Sunday, January 31, 2010

Tip Kejayaan Penulis Novel: Aplikasi Teori Multiple-Intelligence

Teori multiple-intelligence oleh Gardner mengatakan semua manusia dilahirkan dengan memiliki lebih daripada satu bakat. Daripada pelbagai bakat yang dimiliki itu, ada bakat yang paling dominan, kurang dominan, dan tidak dominan.

Sebagai contoh, seseorang itu mungkin memiliki bakat menulis novel, cerpen, puisi, esei, skrip drama, berlakon, bermain gitar, dram, piano dan serunai, di samping dia juga mempunyai bakat melukis cat air gaya Cina dan melukis pensil. Namun bakatnya yang paling dominan adalah bermain dram.

Teori multi-bakat ini sangat relevan kepada para penulis. Ambil sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai banyak bakat dalam bidang penulisan kreatif, tetapi hanya satu bakatnya yang dominan. Dia perlu mengenal pasti bakat dominannya dan fokuskan usaha menghasilkan kategori karya yang menggunakan bakat dominan itu.

Perkara memilih bakat dominan adalah penting bagi tujuan positioning. Tn. Ramlee Awang Murshid adalah contoh penulis yang telah mengenal pasti dengan tepat bakat dominannya, dan menjadikan bakatnya itu asas positioning bagi karya-karyanya.

Tn. Ramlee adalah penulis kreatif yang mempunyai kumpulan peminat dewasa paling besar. Mereka menubuhkan kelab peminat yang dinamakan Kelabram.

Pada masa ini beliau adalah penulis lelaki yang paling besar pendapatan royaltinya, (sama besar, jika tidak lebih besar, daripada pendapatan penulis-penulis perempuan paling ngetop dalam genre novel cinta popular).

Antara karya beliau yang sangat laris adalah Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ranggau, Mandatori, ADAM, Satu Janji, Bagaikan Puteri,  Rahsia Perindu, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, Ungu Karmila, 9 Nyawa.

Ada penulis yang mempunyai banyak bakat kreatif lalu dia menulis dalam banyak kategori buku. Penulis jenis ini menulis macam-macam genre, daripada buku cerita-cerita pendidikan akhlak untuk bacaan kanak-kanak, kepada novel cinta popular, kepada novel lagenda, sampailah kepada genre seram untuk peminat cerita-cerita hantu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis PTS di Karnival MPH, Shah Alam

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 30, 2010

Ini Dia Inovator Dunia Pengurusan dan Pemasaran Novel Remaja Berbahasa Melayu: Tn. Syaizul Amal

Nama Tuan Syaizul Amal (foto) dikenali ramai dalam dunia bisnes mobile-content. Beliau adalah pengasas syarikat Metadome Sdn. Bhd. penjual mobile-content No.1 di Malaysia.

Sebanyak 100 judul buku PTS dapat dibeli dan dibaca menggunakan telefon HP kerana buku-buku itu dijual sebagai mobile content oleh Metadome.

Dalam industri penerbitan buku Melayu, Tn. Syaizul Amal adalah usahawan pertama yang memulakan kerjaya sebagai pengurus profesional kepada penulis.

Klien beliau yang pertama adalah Puan Ain Maisarah, novel remaja PTS yang paling ngetop. Klien beliau yang kedua adalah Izanor, salah seorang penulis bersama AinMaisarah.

Yuran yang beliau terima daripada kliennya adalah 10% daripada billing (pendapatan) klien.

Sebelum ini, di negara kita, hanya artis dan ahli sukan sahaja yang menggunakan khidmat pengurus profesional. Walau bagaimanapun, di negara-negara maju, seperti para artis, para penulis juga menggunakan perkhidmatan pengurus profesional.

Bidang pengurusan penulis adalah suatu Laut Biru. Belum ada pemain dalam laut ini. Sesiapa yang memulakannya berpeluang menjadi dominan dalam sektor ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 29, 2010

Dahsyatnya Pukulan Buku ‘365 Tip Sihat Gaya Rasulullah’

Assalamualaikum wbth Puan Ainon yang dihormati,

Semoga Puan sentiasa sihat, bertenaga dan memperoleh idea-idea luar biasa dalam memandaikan bangsa.

Saya sekadar ingin berkongsi sedikit berita gembira kepada Puan. Buat makluman Puan, buku "365 Tip Sihat Gaya Rasulullah" yang masuk stor pada 19 Januari 2010 sudah kering kontang selepas 9 hari, iaitu pada 28 Januari 2010.

Buku ini dicetak sebanyak 3000 naskhah pada cetakan pertama, dan bagi cetakan kedua, kami sedang berusaha memohon dicetak paling minimum sebanyak 5000 naskhah.

Buku ini berjaya menumpaskan rekod buku "Pesona Solat Tahajud" yang mengambil masa selama 14 hari sebelum diulangcetak kali kedua.

Sekian, yang melaporkan dari Bilik Berita PTS Millennia. Terima kasih.

AHMAD SHAKIR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

SABTU 30 Januari di Kedai Buku Badan Cemerlang Plaza Angsana Johor Baru 4 - 6 ptg

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Wajah Buku Agama untuk Pasaran Urban

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku-buku agama adalah produk konsumer, sebagaimana dengan produk-produk konsumer yang lain.

Yang disebut 'produk konsumer' adalah barang-barang yang dibeli menggunakan wang yang keluar dari dompet si pembeli itu sendiri, yakni bukan wang syarikat ataupun wang kerajaan.

Pembeli terdiri daripada banyak sub-kelompok. Citarasa pembeli yang tinggal di kawasan urban, yang berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak wang, tidak serupa dengan citarasa pembeli biasa-biasa.

Bagi menyampaikan kandungan Islam dalam buku-buku agama kepada golongan urban, pakejing buku-buku agama yang ditargetkan kepada mereka perlu disesuaikan kepada citarasa mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 28, 2010

Susahnya Hendak Menjual Quran….

Sebuah syarikat rangkaian kedai buku yang besar dimiliki oleh bukan Islam sering menerima komplen daripada pelanggan Melayu (dan bukan Melayu) yang hendak membeli Quran dan buku terjemahan Quran kerana kedai-kedainya tidak menjual Quran.

Sebenarnya, banyak orang Melayu yang berpendidikan sekular dan tinggal di bandar-bandar utama hanya pergi ke kedai buku yang terletak dalam mall-mall sahaja, kerana di sanalah mereka menjalankan aktiviti shopping pada hujung minggu, yakni apabila mereka ada masa kerana pada hari lain mereka sibuk dengan urusan kerja dan bisnes. Jadi sambil shopping barang keperluan, mereka singgah juga ke kedai buku dalam mall itu.

Mereka tidak pergi ke kedai buku-buku agama tradisional sebab kedai-kedai itu terletak di tempat-tempat yang jauh dari kawasan perumahan mewah di mana mereka tinggal. Kedai-kedai itu pula tersorok dan susah mencari parking kereta.

Banyak orang tidak tahu bahawa kedai-kedai buku diwajibkan memohon lesen khas kalau hendak menjual Quran. Syarat pemberian lesen itu pula adalah kedai itu hendaklah dimiliki oleh orang Islam, dan semua pekerjanya mestilah orang Islam. (Orang bukan Islam tidak dibenarkan memegang Quran.)

Dua syarat itu tidak dapat dipenuhi oleh syarikat rangkaian kedai buku yang pekerjanya terdiri daripada pelbagai bangsa.

Sebenarnya, banyak orang bukan Islam yang mahu tahu tentang Islam, seperti mereka yang mempunyai rancangan berkahwin dengan pasangan Islam, oleh itu mereka berminat hendak membaca terjemahan Quran dan buku-buku lain tentang Islam.

Bagi orang-orang bukan Islam yang berminat dan mahu membeli dan membaca buku-buku terjemahan Quran, mereka takkan melangkah masuk ke dalam kedai-kedai buku agama tradisional yang ditunggui oleh Pak Haji dan Mak Haji.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Jurutera Izwan Wahab Pengasas BACA@LRT

Tuan Izwan Wahab, pengasas gerakan rakyat BACA@LRT adalah seorang jurutera komputer.

Beliau juga adalah konsultan bidang sistem sekuriti komputer.

Pemuda yang masih solo ini memiliki perpustakaan peribadi yang berjumlah ribuan judul. Wang gajinya habis buat membeli buku sehingga beliau harus naik LRT sahaja....

Makanan kegemaran beliau: Roti dengan sambal sardin.

Nota: SABTU 20 Februari 2010 anggota gerakan BACA@LRT akan membaca sastera!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Agama untuk Orang Bisnes

Menerbitkan buku agama untuk bacaan golongan agama adalah kerja mudah. Kalau bahasanya berbelit-belit pun tidak mengapa kerana ustaz-ustaz memang dapat memahami bahasa yang berbelit-belit itu, maklumlah mereka itu ustaz-ustaz.

Tetapi tidak demikian halnya apabila menerbitkan buku bagi bacaan orang biasa-biasa. Mereka tidak mahu membaca ayat yang berbelit-belit. Mereka mahu supaya buku agama mudah dibaca, semudah membaca surat khabar!

PTS komited dengan program penerbitan buku-buku agama yang ditujukan khusus untuk golongan profesional dengan harapan kandungan buku-buku itu mudah mereka terima dan mendorong mereka supaya mahu mencubanya.

Jadi, menulis buku, mengedit buku, dan menerbitkan buku-buku agama yang semudah surat khabar membacanya, adalah kerja berat....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Kutipan Cek Kali Terakhir untuk PTS Sebelum Memulakan Tugas di ITNM

Tuan Nur Ikhram Hanafiah adalah eksekutif di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

Beliau menjaga jualan buku-buku PTS kepada pengedar dan kedai-kedai buku di zon selatan, iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapura.

Minggu lalu beliau turun padang buat kali terakhir, kerana mulai 1 Februari 2010 beliau akan memulakan fasa baru dalam kerjayanya apabila dilantik sebagai pengurus pemasaran di Institut Terjamahan Negara Malaysia (ITNM).

Kami berdoa moga-moga beliau bertambah berjaya memasarkan dan menjual buku-buku Melayu di tempat baru.

Nota: Foto menunjukkan Tn. Ikhram memegang cek-cek dari agen dan kedai-kedai buku yang beliau kutip untuk PTS buat kali terakhir....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 27, 2010

Perjuangan Membuka Pasaran Laut Biru Komik-M

PTS menerbitkan siri Komik-M (singkatan Komik-Malaysia) yang mempunyai 2 ciri utama yang membezakannya dengan komik-komik lain dalam pasaran, yakni (i) syariah-compliant, dan (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Projek Komik-M adalah satu lagi projek inovasi dari jabatan editorial PTS. Sebagaimana dengan usaha memperkenalkan inovasi baru, ia melibatkan kerja kuat yang mesti dilakukan dengan modal yang besar, secara sistematik, berfokus, bertubi-tubi dan konsisten bagi mempengaruhi dan mengubah citarasa pengguna yang ditargetkan.

Data di bawah adalah rekod jualan Komik-M bagi tahun 2009.

1. Komik-M Raya 1 (3,812)

2. Kad Raya dari Syurga (3,344)

3. Komik-M Kartini (3,159)

4. Langkamaya (2,777)

5. Takaza 1 (2,463)

6. Orang Kuat (2,399)

7. Twin-X 2 (2,392)

8. Budak Takraw 1 (2,362)

9. Shootz! (2,268)

10. Hibrid 1 (2,164)

11. Lili Lulu Lala 2 (2,052)

12. Smash-20 (1,857)

13. Shootz! 2 (1,812)

14. Shootz 1 (1,696)

15. Aku, Kau & Komik 1 (1,662)

16. Lili Lulu Lala 1 (1,053)

17. Liga Pendekar: Perikatan Adiwira (938)

18. Aku, Kau & Komik 2 (927)

19. Liga Pendekar Adiwira (606)

20. Kartini Kembali (386)

Nota: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Data di atas adalah jumlah naskhah yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran atas pesanan pengedar, kedai buku dan agen PTS di seluruh negara dalam tempoh 1 Januari - 31 Disember 2009.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Stadium Melawati Shah Alam: 27 Jan - 1 Feb 2010

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis PTS yang Bukunya Pernah Dicetak Lebih 10000 Naskhah Sekali Cetak

1. Farihah Iskandar (15,000)

2. Chef Hanieliza (10,000)

3. Chef Zul & Chef Dzul (10,000)

Nota: Data ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis PTS yang Bukunya Pernah Dicetak 8000 Naskhah Sekali Cetak

1. Aizam Aiman

2. Farihah Iskandar

3. Majidah Mat Jusoh

4. Engku Zainun binti Engku Abdul Rahman

5. Ain Maisarah

6. Afareez Abd Razak Al-Hafiz

7. Afiq & Nazry

8. Jas

9. Ard One

10. Zulkarnain Dollah

11. Rohidzir Rais

12. Ahmad Adnan Fadzil & Zulkarnain Dollah

13. Marzuki Mohd Noor

14. Yusni Amru Ghazali

Nota: Data ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis PTS yang Bukunya Pernah Dicetak Lebih 5000 Naskhah Sekali Cetak

1. Majidah Mat Jusoh

2. Lily Haslina Nasir

3. Fatimah Az-Zahra

4. Bahruddin Bekri

5. Ashadi Zain & Fred Suriya

6. Umi Kauthar Abdul Razak

7. Ainin Naufal

9. Natasha Effyzal

10. Kusyi Hirdan

11. Hani Ismail

12. Ney Joehan

13. Ahmad Din

14. Dr. Mohamed Sulaiman & Aizuddinar Zakaria

15. Zawiyah Hassan & Rohayati Bakri

16. Muhammad Muhyidin

17. Muhammad Mokhtar

18. Pekomik Pac

19. Pekomik Nurazmi Mohter

20. Pekomik Poyo

21. Pekomik Hafiz

22. Pekomik Aviltone

23. Saridah Hamid & Pekomik Reja

24. Anis Masykhur & Jejen Musfah

25. Muhammad Alexander Wisnu Sasongko

26. Marzuki Mohd Noor

27. Dr. Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman

28. Abdul Latip Talib

29. Aminah Mokhtar

30. Maskiah Masrom

31. Nisah Haron

Nota: Data ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 26, 2010

Tip Survival Penerbit: Mengapa Kedai Buku Mahukan Penerbit Membekalkan Judul Baru Setiap Masa

Buku adalah sejenis barangan konsumer. Sebagaimana dengan pengeluar barang-barang konsumer yang ada di dalam kedai-kedai runcit dan supermarket, penerbit buku adalah pengeluar produk konsumer untuk kedai-kedai buku dan supermarket buku.

Salah satu tabiat pembeli barangan konsumer adalah: Setiap kali dia masuk kedai, dia mahu melihat produk baru, jika tidak dia tidak seronok. Apabila dia tidak seronok, akibatnya dorongan dia mahu pergi semula ke kedai itu jatuh, dan dia pergi ke kedai lain.

Inilah faktor yang menyebabkan kedai memerlukan barangan baru dipamerkan setiap masa, supaya pelanggan tetap mereka suka kerap datang. 

Bagi penerbit yang amat komersial seperti PTS, ia terpaksa menerbitkan banyak buku baru sepanjang bulan, supaya peminat buku-buku PTS suka berulang-ulang kali pergi ke rak buku-buku PTS di dalam kedai-kedai buku, kerana mereka yakin setiap kali mereka pergi ke rak PTS itu sudah tentu ada buku terbaru dipamerkan.

Kedai buku hanya mahu menjual buku-buku yang laku. Bak kata seorang pemilik kedai buku, kedai buku bukan setor tempat penerbit menyimpan buku-bukunya yang tidak laku!

Mindset 'penerbit adalah pengeluar barangan konsumer' perlu ada pada setiap anggota jabatan editorial dan jabatan grafik.

Para editor perlu mempunyai 'feel' buku yang bagaimana yang laku. Editor mungkin suka kandungan buku itu, tetapi pembeli buku belum tentu suka.

Sebagai contoh, penulis dan editor mungkin suka buku agama yang menderet-deretkan ayat Quran dan hadith dalam buku, tetapi pembeli mungkin tidak suka sebab buku seperti itu lebih merupakan deretan koleksi ayat-ayat dalam bahasa Arab. Pembaca mahukan analisis, prinsip-prinsip, teknik dan aplikasi ayat-ayat itu supaya dapat mereka gunakan.

Begitu juga dengan judul buku. Editor perlu ada 'feel' judul bagaimana yang laku. Jika tersalah memilih judul, buku yang sepatutnya laku menjadi tidak laku.

Sebagai contoh, buku "Dahsyatnya Doa Ibu" laku keras. Jika judul buku itu ditukar kepada "Doa Ibu adalah Makbul" buku itu belum tentu mendapat sambutan yang serupa.

Begitu juga desainer cover buku dan desainer layout buku perlu mempunyai feel desain yang bagaimana yang pembeli buku mahu.

Inilah yang ditekankan di PTS, sehingga hasilnya buku-buku PTS digemari oleh para pekedai buku dan pengurusan supermarket buku, kerana buku-buku terbitan PTS digemari oleh peminat buku.

Di seluruh negara, lebih 700 kedai buku kini mempamerkan buku-buku terbitan PTS. Jumlah ini akan terus ditambah dari bulan ke bulan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku MLM Terbaru dari PTS

Keusahawanan dalam bidang multi-level-marketing (MLM) kini sudah mendapat imej negatif kerana banyak individu yang melibatkan diri dalam sektor itu tidak menggunakan strategi dan teknik-teknik profesional apabila menjalankan aktiviti menjual (selling).

Mereka menggunakan strategi dan teknik yang salah sama sekali, yang menyebabkan prospek yang mereka dekati berakhir dengan membenci mereka.

Industri MLM itu sendiri sudah mendapat imej negatif kerana banyaknya peniaga yang memasuki sektor ini tidak menawarkan produk yang benar-benar berkualiti.

Baik dalam bisnes bidang apa sekalipun, jikalau jurujual tidak menggunakan ilmu-ilmu dan disilpin jualan yang betul, mereka gagal menjual.

Ada laporan yang memberitahu, di Amerika, 70% jurujual berhenti kerja menjual dalam tempoh 3 tahun selepas memasuki bidang kejurujualan.

Demikian juga, baik apa jua jenis produk, jika pengeluarnya tidak menawarkan kualiti yang tinggi, pelanggan tidak akan berkali-kali membeli produk yang sama. Selepas membeli, mereka berasa tertipu, lalu itulah kali pertama dan terakhir mereka membeli.

Akibatnya, pendeklah usia produk itu dalam pasaran, maka pendeklah rezeki jurujualnya.

Nota: Buku-buku panduan untuk pengusaha MLM terbitan PTS dijamin tidak mengajarkan teknik-teknik yang salah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 25, 2010

Tip Survival Penulis: Kes Terma dalam Perjanjian Penerbitan -  Ayamnya Menang, Kampung Tergadai

Banyak penulis baru-mahu-muncul bersikap kurang berhati-hati apabila memilih penerbit disebabkan yang paling penting bagi mereka adalah mahu melihat bukunya terbit.

Dulu-dulu, majoriti penerbit tempatan, terutama sekali penerbit yang dimiliki oleh peniaga inividu, tidak peduli hendak menyediakan perjanjian penerbitan dengan penulis.

Pada masa ini, disebabkan kesedaran masyarakat penulis tentang harta intelek dan hak cipta, para penerbit terpaksa menyediakan perjanjian penerbitan. Namun, terma-terma yang mereka tuliskan dalam perjanjian itu masih banyak mengandungi unsur menekan penulis.

Antara terma yang mesti dibaca betul-betul oleh penulis adalah: Berapa lamakah tempoh penulis setuju memberikan hak penerbitan karyanya kepada si penerbit. Ada penerbit yang memaksa penulis memberikan tempoh 3 tahun, ada yang 15 tahun, ada yang 'selagi ada bulan dan matahari'!

Tempoh itu sangat penting diketahui oleh penulis sebelum menandatangni dokumen perjanjian itu, kerana ini adalah salah satu terma yang boleh menyebabkan penulis mengalami kesan 'ayamnya menang, kampung tergadai....'

Katakanlah tempoh itu adalah 15 tahun, ini bermakna selama 15 tahun itu penulis tidak boleh menghantar karyanya itu kepada mana-mana penerbit lain, walaupun bukunya sudah tidak diulangcetak lagi oleh penerbit asal. Padahal, dalam jangka 15 tahun itu mungkin buku itu dapat dibaiki, diolah semula, lalu diterbitkan dengan penerbit lain.

Nota: Di PTS, tempoh itu adalah 3 tahun sahaja. Selepas tamat tempoh 3 tahun, jikalau dalam tempoh 14 hari penulis tidak mengemukakan apa-apa bantahan kepada PTS, maka automatik tempoh itu disambung 3 tahun lagi, dan begitulah seterusnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni: Buku “Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni” Bagus untuk Pengurus dan Jurujual

Tuan Zamri Aminuddin (foto berbaju biru) menulis:

Saya baru saja selesai membaca buku hasil tulisan rakan FB saya; Tuan Syahrul Junaini, yang berjudul "ILMU PENGARUH : BUKAN JAMPI TETAPI SENI".

Saya bertugas sebagai pengurus dan pada yang sama, saya juga mengendalikan aktiviti jualan untuk organisasi saya. Di samping itu saya juga memiliki memilik bakeri yang mempunyai beberapa orang kakitangan sendiri.

Menjadi pengurus memerlukan kemahiran mempengaruhi orang lain - kakitangan dan juga pelanggan. Begitu juga dengan aktiviti jualan dan perniagaan saya.

Melalui buku ini, saya mula memahami akan pentingnya ilmu pengaruh, terutamanya apabila berhadapan dengan kakitangan bawahan yang mempunyai pelbagai ragam. Amat seronok apabila membaca buku ini dan dapat terus mengaitkannya dengan keadaan sebenar di dalam organisasi saya dan bagaimana saya dapat mempengaruhi kakitangan dengan melihat dan memahami tabiat dan perwatakan mereka.

Bagi aktiviti menjual, ilmu pengaruh ini amat bermanfaat kerana sememangnya tugas menjual itu adalah untuk mempengaruhi prospek membeli produk atau perkhidmatan yang dijual. Kita dapat mempelajari beberapa teknik pengaruh yang dapat digunakan dalam aktiviti jualan.

Saya suka mencadangkan buku ini dibaca oleh pengurus dan jurujual, kerana ilmu yang ada di dalam buku ini amat berguna dalam kedua-dua aktiviti, iaitu mengurus dan menjual.

Tahniah kepada Tuan Syahrul kerana berjaya menghasilkan buku yang berguna ini. Mungkin saya boleh mencadangkan Tuan Syahrul untuk menghasilkan pula buku mempengaruhi orang melalui internet pula!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Studio Dapur PTS dalam Pembikinan

PTS Millenia Sdn. Bhd., adalah anak syarikat yang bertanggungjawab menerbitkan buku-buku resipi. Dalam masa terdekat, ia akan memiliki studio dapur sendiri yang terletak dalam kompleks ibu pejabat PTS.

Foto menunjukkan kerja-kerja memasang tiles sedang dijalankan.

Apabila sudah siap nanti, semua kerja memasak dan fotografi dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkualiti.

Kos pembikinan studio dapur ini adalah RM20 ribu.

Cik Norashikin Wahid, ketua unit buku resipi memberitahu, bagi tahun 2010, beliau akan menerbitkan 60 judul baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, January 24, 2010

Tip Survival Penerbit Buku: Pro dan Kontra Penerbit Mengenakan Wang Cagaran kepada Agen

Ada penerbit yang mengenakan wang cagaran kepada pengedar, kedai buku dan agen yang mahu membuka akaun bisnes dengannya.

Bagi penerbit yang mempunyai ribuan judul buku dan nama yang sudah sangat terkenal, mereka mungkin mengenakan wang cagaran sehingga RM250 ribu kepada pengedar yang besar akaunnya. Bagi penerbit yang mempunyai judul sekitar seratus hingga tiga ratus judul, mereka mungkin mengenakan cagaran RM15 ribu.

Jumlah wang cagaran adalah sentiasa diselaraskan dengan jumlah kredit yang diberikan kepada sesebuah agen. Lebih tinggi kredit yang diberikan, lebih banyak wang cagaran yang dikenakan.

Sistem mengenakan wang cagaran adalah strategi mengurus risiko hutang lapuk. Ia membolehkan penerbit menghapuskan risiko agen lari daripada membayar hutang. Jika agen tidak membayar hutang, penerbit akan ambil wang cagaran itu.

Justeru sistem wang cagaran membolehkan penerbit berniaga dengan agen-agen yang kredibel dan berkualiti sahaja. Dengan demikian cash-flow syarikat menjadi sangat stabil.

Menurut Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan jualan PTS, sistem cagaran mempunyai kesan kontranya sendiri.

Walaupun dengan mengenakan wang cagaran penerbit tidak mengalami risiko hutang lapuk, tetapi ia sukar hendak membesarkan bisnesnya pada kadar yang cepat.

Disebabkan kedai-kedai buku tidak mahu membayar wang cagaran, akibatnya salesman penerbit sukar hendak memujuk kedai-kedai buku baru supaya mahu membuka akaun kredit dan menjual buku-buku syarikatnya.

Bagi kedai-kedai buku kecil, daripada membayar wang cagaran RM10 ribu, lebih baik mereka beli tunai sahaja. Sikap seperti itu menyebabkan mereka membeli jumlah yang kecil, dan hanya membeli judul yang terpilih-pilih sahaja sebab mereka mahu memastikan buku yang dibeli tunai itu dapat dijual habis.

PTS adalah contoh penerbit yang tidak mengenakan wang cagaran kepada agen-agennya. Akibatnya, PTS sentiasa berdepan dengan risiko ada agen yang gagal membayar hutang.

Menurut Tn. Arief Rahmad, Presiden PTS, purata jumlah hutang yang gagal dikutip dari agen adalah sekitar RM10 ribu sebulan, yakni sekitar RM120 ribu setahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Baca Sastera dalam LRT: Sabtu 20 Februari 2010

Gerakan BACA@LRT akan mengadakan acara "Baca Sastera dalam LRT" pada SABTU 20 Februari 2010.

Tuan dan Puan pilih buku sastera masing-masing.

Tim penganjur sedang cuba mengajak Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said ikut sama membaca dalam LRT pada hari itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari Filem dan Drama TV ke Novel: Isu-isu yang Perlu Disetujui Sebelum Mula Menulis

Banyak filem dibikin berdasarkan cerita dalam buku-buku yang sudah terbit. Dalam kes begini penerbit filem berunding dengan penulis dan mereka kemudian menandatangi perkara-perkara berkenaan hak-hak penulis dan hak-hak penerbit filem, serta terma-terma pembayaran. Semuanya dituliskan dengan jelas dalam dokumen perjanjian itu.

Ada juga buku yang ditulis berdasarkan filem yang sudah diterbitkan. Di Indonesia kes seperti itu banyak dilakukan. Malah ada kes di mana buku dan filemnya terbit serentak.

Jika tuan dan puan mempunyai rancangan mahu menuliskan novel berdasarkan drama televisyen ataupun filem yang sudah diterbitkan dan dipertontonkan, beberapa isu perlu diambilkira:

(i) Sediakan surat persetujuan daripada pihak-pihak yang memiliki harta intelek dalam siri drama ataupun filem itu. Sebagai contoh, siapa dan berapa orangkah yang terlibat mencipta cerita yang dijadikan drama TV ataupun filem itu. Adakah mereka merupakan pemilik harta intelek cerita tersebut. 

(ii) Pastikan adakah harta intelek mereka itu sudah dipindahmilikkan kepada syarikat yang menerbitkan filem ataupun siri drama itu.

(iii) Pastikan semua pihak yang memiliki harta intelek itu setuju. Ini sangat penting, sebab jika berlaku pertikaian dan saman-menyaman, pihak itu boleh menyaman penulis, penerbit, pencetak, pengedar dan penjual buku itu!

(iv) Rundingkan dengan muktamad pembahagian royalti antara penulis dengan pemilik harta intelek cerita, supaya tidak ada dolak-dalik lagi. (Sebelum ada duit, memang orang tidak cerewet, tetapi apabila sudah nampak duit baru timbul sifat tamak.)

(iii) Dokumen perjanjian sangat penting disediakan dan ditandatangani.

Bak kata orang bisnes: Biar bergaduh sebelum memulakan kerja, daripada bergaduh selepas kerja selesai.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, January 23, 2010

Cekal Membuka Laut Biru Genre Fantasi Melayu

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Membuka Laut Biru mana-mana kategori buku memerlukan banyak sumber.

1. Pertama-tama, sumber bekalan manuskrip yang bermutu tinggi. Apabila kategori itu baru, maka sudah pasti jumlah penulisnya sama ada tiada ataupun hanya ada dua tiga orang sahaja. 

Ini kes ayam dengan telur, disebabkan tidak ada penerbit yang berminat dengan kategori itu maka tidak ada penulis yang menulis manuskripnya, dan sebaliknya juga benar, disebabkan tidak banyak yang menulis maka penerbit tidak berminat.

2. Kedua, sumber tenaga editor yang dapat membangunkan tenaga penulis. Di sebabkan kategori itu belum diterokai, maka tidaklah ada editor yang banyak pengalaman menerbitkan kategori itu.

3. Dan ketiga, sumber wang yang besar, yakni minimun RM500 ribu bagi menampung kos menerbitkan dan mempromosi kategori itu.

Kos RM500 ribu itu adalah anggaran yang diperlukan bagi menerbitkan minimum 50 judul. 

Jumlah 50 judul itu adalah ciritical number (jumlah kritikal) bagi membolehkan pihak jabatan marketing melakukan promosi secara efektif. Sebagai contoh, dengan jumlah 50 judul itu barulah berbaloi jabatan marketing menerbitkan katalog khas, ataupun bagi melancarkan kempen pemasaran.

Jumlah 50 itu juga diperlukan bagi meyakinkan kedai-kedai buku supaya memberikan rak khusus bagi mempamerkan kategori itu. Selagi sesuatu kategori tidak diberikan rak khusus, maka buku-bukunya akan terselit-selit antara ribuan buku-buku lain, menyebabkan pembeli tidak perasan kewujudan buku-buku itu lalu mereka tidak membelinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kartunis Tembakau

Nama 'Tembakau' sangat terkenal. Beliau menerbitkan 2 buku komiknya dengan PTS.

Baca di Berita Harian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Istimewanya Komik-M ‘Meon’

Konsep Komik-M 'Meon' ini dirancang dengan teliti sebelum proses pengkaryaannya dimulakan.

'Meon' adalah karya seorang pekomik yang menggunakan nama glamor Jas. Beliau juga seorang animator.

Semua aspek pada 'Meon' dipilih supaya nanti Meon mudah dialihkan kepada siri animasi.

Cara kerja Pekomik Jas adalah cara kerja yang betul, kerana ia sudah memasukkan faktor-faktor yang memudahkan komik ini dijadikan siri animasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, January 22, 2010

Sasterawan Paling Ngetop di PTS

Abdul Latip Talib adalah sasterawan yang novel-novelnya paling laris jualannya. Setiap tahun novel-novel beliau diulangcetak.

Adalah diramalkan bahawa berdasarkan trend sambutan pembeli buku ke atas karya-karya beliau, ada tanda-tanda jumlah nilai harga keseleruhan novel-novel beliau bagi tahun ini besar kemungkinan mencecah RM1 juta.  Demikian ramalan Tn. Arief Rahmad, Presiden PTS.

Di bawah adalah rekod ulangcetak novel-novel beliau bagi tahun 2009:

1. Abu Bakar Sahabat Sejati (3 kali).

2. Abu Ubaidah al Jarrah (3 kali).

3. Sallehuddin al Ayubi (3 kali).

4. Ali bin Abi Talib diulangcetak (3 kali).

5. Sultan Muhamad Al-Fateh (2 kali).

6. Bilal bin Rabah (2 kali).

7. Hulagu Khan (2 kali)

8. Tariq bin Ziyad (2 kali)

9. Umar al Khattab (2 kali)

10. Uthman Affan (2 kali)

11. Khalid al Walid (2 kali)

12. Ikramah (2 kali)

Ada beberapa faktor yang sangat membantu kejayaan novel-novel Abdul Latip Talib, iaitu:

(i) Beliau mempunyai positioning yang sangat jelas, yakni sebagai penulis sastera sejarah.

(ii) Beliau menulis sepenuh masa dan secara konsisten.

(iii) Beliau sangat menjaga hubungan baik dengan sesiapa sahaja editor PTS yang menguruskan penerbitan karya-karya beliau. Semenjak beliau mula menerbitkan karya dengan PTS, sudah 3 kali editor beliau bertukar orang.

(iv) Beliau sentiasa bersangka baik dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh editor ke atas manuskrip yang beliau hantar.

(v) Sikap beliau yang sangat kooperatif itu membolehkan PTS menempah novel sejarah yang bagaimana yang dimahukan oleh PTS setahun lebih awal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Cinta Islami Terbaru dari PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Satu Lagi Akhbar Alternatif

EraPakatan.com adalah akhbar internet yang terbaru memasuki pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pro dan Kontra Penerbit Buku Menerbitkan Karya Anggota Staf Sendiri

PTS adalah sebuah syarikat penerbitan yang amat menggalakkan stafnya sendiri supaya mengasah bakat masing-masing dan berkarya, dengan objektif karya mereka dapat diterbitkan oleh PTS sendiri. Dasar ini telah berjaya melahirkan banyak penulis di kalangan TimPTS.

Sebagai dorongan tambahan, mereka diberi layanan serupa dengan penulis luar. Meskipun mereka sudah dibayar gaji oleh PTS, apabila mereka berkarya di luar waktu pejabat mereka menikmati kadar royalti yang serupa dengan penulis bukan staf PTS.

(Namun PTS juga membenarkan mereka berkarya untuk penerbit lain, sekiranya karya mereka tidak sesuai untuk PTS.)

Dasar perniagaan PTS ini mempunyai kesan pro dan kontra.

Dari sudut bisnes, banyak kelebihannya apabila PTS menggalakkan stafnya sendiri menulis dan menerbitkan buku mereka.

(i) Kredibiliti PTS dapat dipertingkat kerana editor-editornya dapat membuktikan mereka mempunyai bakat, ilmu dan skill menghasilkan buku-buku yang laku dalam pasaran. Dengan demikian masyarakat lebih menghormati tahap profesionalisme stafnya. 

(ii) Disebabkan mereka sendiri bertugas dalam PTS, maka buku-buku yang mereka hasilkan lebih menepati dasar-dasar editorial PTS, dan terbukti dengan hal yang demikian buku-buku mereka laris jualannya.

(iii) Mereka juga mempunyai banyak informasi tentang trend-trend pasaran buku, maka dengan demikian mereka dapat merancangkan jenis-jenis buku yang sesuai ditulis dan diterbitkan supaya buku-buku itu menepati kehendak pasaran.

(iv) Dengan mengamalkan dasar ini PTS dapat meningkatkan perasaan puas bekerja (job satisfaction) di kalangan para editornya, dengan demikian produktiviti mereka sentiasa tinggi.

(v) Disebabkan para editor itu dapat menjalankan tugas sambil berkarya dengan PTS sendiri, mereka lebih setia kepada PTS, hasilnya mereka tidak mudah meletakkan jawatan. Dengan itu PTS dapat menyimpan bakat dan pengalaman mereka bagi menjaga kepentingan bisnes PTS.

Memanglah dasar perniagaan PTS ini tidak dapat menyukakan hati semua orang.

Bagi PTS, kriteria yang paling utama adalah survival syarikat dengan cara menerbitkan buku-buku yang (a) memandaikan bangsa, (b) syariah-compliant, dan (c) laris. Selagi sesebuah buku itu sangat laku dijual, tidak ada istilah 'percanggahan kepentingan' antara kepentingan PTS dan kepentingan editor.

Sebagai sebuah penerbit swasta yang sangat komersial, PTS mendahulukan kepentingan bisnes daripada faktor-faktor bukan-bisnes, kerana setiap bulan PTS perlu membayar hutang-hutang bank, hutang pencetak, gaji, komisen, bonus, KWSP, SOCSO, insurance kesihatan, yang semuanya hanya faham 'bahasa RM'.

NOTA: Hutang-hutang semasa PTS kepada bank-bank dan pencetak bernilai lebih RM12 juta. Lembaga pengarah PTS menjadi penjamin kepada hutang-hutang itu. Jika PTS gagal membayar hutang-hutang tersebut, bank-bank akan menarik ahli-ahli lembaga pengarah PTS ke mahkamah bagi proses membangkrapkan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Benarkah DBP Membayar Royalti Penuh Walaupun Buku Tidak Laku?

Ruangan "Godam" Berita Harian semalam menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membayar royalti penuh walaupun buku-buku itu tidak laku?

Amalan begitu pernah dilakukan oleh DBP sehingga akhir tahun 70-an dahulu. Malah dulu-dulu banyak kes berlaku di mana buku belum dicetak, royalti sudah dibayar kepada penulis. Dan banyak berlaku, sampai akhir buku-buku yang dibayar royaltinya tidak pernah dicetak!

Jika perkara seperti itu benar masih diamalkan oleh DBP, ia boleh mendorong banyak kesan sampingan negatif, khususnya amalan kong-kali-kong antara pegawai DBP dan penulis.

Umpamanya, pegawai penerbitan DBP yang mahu memberi banyak royalti kepada kroninya boleh membuat keputusan mencetak banyak (sebagai contoh 5,000 naskhah) walaupun buku jenis itu tidak laku dalam pasaran. 

Jika royaltinya adalah RM2.00 setiap naskhah, jumlah yang akan dibayar oleh DBP kepada penulis adalah RM10,000-00.

Ia boleh menggalakkan pegawai-pegawai penerbitan DBP membuat keputusan yang tidak profesional sewaktu menentukan jumlah cetakan buku-buku di bawah seliaannya.

Sebelum ini ruangan sastera dalam Utusan Malaysia menyiarkan keluh kesah sasterawan Sharif Putera yang mengadu bukunya diterbitkan 5000 naskhah oleh DBP, tetapi cuma 1 naskah yang terjual.

Jadi kita tertanya-tanya, benarkah DBP masih mengamalkan pembayaran royalti penuh berdasarkan jumlah dicetak, bukan jumlah buku terjual?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, January 21, 2010

Prestasi PTS dalam Zaman Krisis Kewangan Melanda Negara

Industri buku-buku Melayu adalah sektor yang kebal-gawat. Tidak banyak sektor lain dalam ekonomi kita yang menikmati apa yang dinikmati oleh industri buku-buku Melayu.

Sejak mula beroperasi pada tahun 2000, sudah 2 kali gawat berlaku, namun tiap-tiap tahun PTS terus berkembang purata antara 50% - 60%. Pada masa industri lain membuang pekerja, PTS menambah pekerja.

Keluar-biasaan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi banyak penerbit buku di negara-negara lain juga melaporkan fenomena yang serupa, di mana gawat ekonomi tidak mengecutkan bisnes mereka.

Di bawah ini adalah data yang menunjukkan jumlah naskhah buku yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran kepada pengedar dan kedai-kedai buku di seluruh negara dengan jumlah nilai runcitnya* antara 2007 - 2009:

Tahun 2009: 1,838,016 naskah = RM31.22 juta

Tahun 2008: 1,037,196 naskah = RM20.32 juta

Tahun 2007: 892,879 naskah = RM16.49 juta

* Nilai runcit dikira berdasarkan harga buku yang tercetak pada kulit buku, yakni sebelum ditolak potongan diskaun kepada agen PTS.

PTS adalah sebuah penerbit yang tidak masuk tender kontrak perbekalan buku kepada kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan kerana berpegang pada prinsip bisnes-bebas-rasuah. Sebaliknya, PTS menjual buku-buku terbitannya kepada pembeli melalui saluran kedai-kedai buku di seluruh negara. 

Nota: Data ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Update: BACA@LRT dalam Akhbar Kosmo!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Desain Kulit Buku Perlu Ditukar Supaya Mengikuti Trend Citarasa Pembaca

Menghasilkan desain kulit buku yang dapat memancing mata pengunjung kedai buku adalah suatu kombinasi antara bakat seni, ilmu tentang funsgi-fungsi kulit buku dan psikologi pembaca.

Inilah kulit terbaru novel awal remaja "Impian Harlina" yang telah diulang cetak beberapa kali sebelumnya.

Bilakah sebaiknya kulit buku ditukar?

Jika kulit buku ditukar terlalu cepat, akibatnya nanti kedai-kedai buku akan memulangkan buku cover lama yang masih belum terjual. Hal ini meningkatkan jumlah buku 'return', akibatnya penerbit rugi.

Jika kulit buku tidak ditukar, dan masih diulangcetak dengan cover lama, akibatnya jualan buku mungkin kurang laju kerana desain itu sudah tidak trendi lagi.

Nota: Novel remaja 'Impian Harlina' ini adalah berdasarkan kisah benar yang ditulis oleh Dr. Haslisa Ramli, seorang doktor perubatan lulusan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Harlina adalah pelajar miskin yang mendapat markah A, B, C, dan D dalam peperiksaan UPSR. Di tingkatan 1 dia dihantar ke kelas sains rumahtangga. Di tingkatan 2 dia hantar ke kelas perdagangan. Di tingkatan 4 barulah dia masuk kelas sains. Tetapi akhirnya Harlina lulus sebagai doktor.     

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, January 20, 2010

Tidak Benar Penerbit Sasbadi akan Membeli PTS

Tuan Nur Ikhram Hanafiah, eksekutif jualan dan khidmat pelanggan PTS yang bertugas menjaga akaun bisnes Zon Selatan, memaklumkan kepada Tn. Arief Rahmad, Presiden PTS, dan memberitahu bahawa pekedai-pekedai buku di bandar Muar dan Segamat sibuk bertanya apakah betul PTS akan dibeli oleh Sasbadi.

Sasbadi adalah penerbit buku berkurikulum paling besar di Malaysia. Beberapa tahun yang lalu, heboh diperbualkan orang bahawa Sasbadi akan bergabung dengan Dawama, supaya saham syarikat yang baru itu nanti dapat diperdagangkan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Idea penggabungan Sasbadi-Dawama itu telah menerima banyak tentangan berdasarkan logik politik waktu itu.

Beberapa tahun yang lalu juga, PTS ada menerima lamaran daripada sebuah penerbit media bagi membeli PTS, walau bagaimanapun ahli lembaga pengarah PTS komited akan terus membiayai strategi pembangunan dan pengukuhan PTS sehingga dapat menerbitkan 1,000 judul setiap tahun dalam tempoh 5 tahun lagi.

Maka dengan ini dimaklumkan bahawa cerita PTS akan dibeli oleh Sasbadi adalah tidak benar. Tidak ada sebarang perbincangan diadakan antara Sasbadi dan PTS berkenaan perkara itu.

Sasbadi akan terus kekal sebagai mentor PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Update: Kempen BACA@LRT

Terima kasih, Puan Ainon Mohd,

Laporan berhubung Baca@LRT itu cukup menakjubkan di pihak kami selaku warga kerja. Pada setiap hari, kami sentiasa memantau perkembangan 'hit' untuk mengetahui isu apakah yang paling diminati oleh pembaca kami.

Sehingga kini, kami belum dapat memahami dengan jelas, kenapakah berita itu melambung tinggi. Mungkinkah laporan ini mempunyai peminatnya yang tersendiri, atau, memang PTS ada rahsia dan ramuannya tersendiri? Ini semua membuatkan kami berhajat untuk buat 'follow-up' ke atas semua perkembangan Baca@LRT anjuran PTS sehingga kini.

Justeru, kami berminat mengirim wartawan kami sekali lagi, jika puan bersedia ditemubual oleh Era Pakatan edisi internet untuk sama-sama kita bertukar-tukar fikiran berhubung isu ini. Cik Roziyah akan menghubungi puan nanti untuk menentukan tarikh dan hari yang sesuai untuk sidang temubual itu diadakan kelak.

Salam perjuangan,

Ali Bukhari Amir
Timbalan Pengarang
Erapakatan.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pekedai Buku Menipu Harga Jualan Buku PTS

Seorang rakan-FaceBook yang menggunakan nama Iva Yunus (foto) menulis komen pada posting saya:

"Selalunya, pekedai letak harga baru tutup atas harga PTS itu. Setelah beli, buka pelekat harga baru tahu harga sebenar."

Perkara sebagaimana yang ditulis oleh Iva Yunus itu lazimnya dilakukan oleh kedai-kedai buku indie.

Semasa PTS mula-mula menerbitkan buku, kedai-kedai indie, terutamanya milik Mamak, tidak mahu menjual buku-buku PTS kerana PTS mencetak harga buku pada kulit buku. Dengan hal yang demikian, kedai-kedai itu tidak dapat sesuka hati menaikkan harga jualan buku-buku PTS.

Memang, dari satu sudut, kita rugi apabila ada kedai yang tidak mahu menjual buku-buku kita. Tetapi pada jangka masa panjang, bersikap telus dalam perniagaan dapat menaikkan nama baik dan integriti, dan dua unsur itu sangat penting peranannya dalam kejayaan bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

BACA@LRT dalam Berita Harian Hari Ini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca di sini.

Saya (berdiri kiri sekali) membaca buku "Anwar On Trial".....

Lelaki yang mencangkung kanan sekali adalah blogger Web Sutera, seorang pemegang ijazah sains komputer dan kini usahawan katering yang berjaya. Beliau membaca Komik-M PTS "Takaza". 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasi Lemak Buah Bidara…...

Cik Haryani (foto), salah seorang seorang editor buku sastera remaja di PTS ONE, yang menjadi kesayangan ramai, telah meletakkan jawatan demi cintanya kepada seorang jejaka yang bertugas di Karangkraf.

Pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan mereka sedikit masa lagi itu membuat keputusan akan tinggal serumah di Shah Alam. Cik Haryani kini bertugas di penerbit ALAF15 dan bertanggungjawab menerbitkan sastera remaja.

Kami semua mengucapkan selamat berbahagia. Nasi lemak buah bidara....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, January 19, 2010

Pro dan Kontra Mencetak Harga Buku pada Kulit Buku

PTS adalah sebuah penerbit yang mencetak harga jualan buku pada kulit belakang buku-bukunya. Dengan demikian semua orang tahu berapa harga sebenar sesebuah buku itu.

Tidak semua penerbit  di Malaysia melakukan apa yang PTS lakukan, kerana ada pro dan ada kontranya:

1. Banyak kontraktor buku tidak suka PTS mencetak harga buku pada kulit buku sebab mereka tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku itu apabila di-submit-kan untuk tender kerajaan. Kalau harga buku tidak dicetak, buku yang berharga RM20 dapat mereka submit dengan harga RM35, malah lebih tinggi daripada itu pun boleh. 

2. Pekedai-pekedai kecil pun tidak berapa suka sebab mereka tidak dapat menaikkan harga jualan buku-buku PTS.

3. Runner yang menjual buku dari sekolah ke sekolah pun tidak suka menjual buku-buku PTS atas sebab yang sama, yakni mereka tidak dapat hendak menaikkan harga buku-buku PTS.

4. Pegawai-pegawai kerajaan yang korup pun tidak suka meluluskan judul-judul PTS sebab mereka tidak dapat hendak makan banyak apabila memilih buku-buku PTS.

Walau bagaimanapun, dasar bisnes PTS yang mencetak harga buku-bukunya disukai oleh para penulis PTS kerana sikap PTS itu adalah telus. Mereka dapat mengira dengan tepat royalti mereka. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pemenang Hadiah Utama Peraduan “Saya Mahu Hadiah PTS Baca & Menang”!

Dengan rasminya PTS umumkan 3 pemenang hadiah utama peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang" 2009.

Pemenang-pemenang hadiah utama ini dipilih dikalangan 18 pemenang hadiah mingguan. Pemilihan pemenang hadiah utama ini berdasarkan slogan paling kreatif dan menarik.

Tahniah PTS ucapkan kepada semua pemenang. Para pemenang hadiah utama akan dihubungi oleh PTS. Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diatur dalam masa terdekat.

Pemenang Tempat Pertama Hadiah Utama
Nama: Farah Irdina bt. Mohd. Fuadi
No. K/P:960522-05-5198
Dari: Port Dickson, N.Sembilan
Kedai Buku: MPH Alamanda
Hadiah: TV Plasma LG 42" + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM10,000
Slogan:
Minda Diperkaya, Bahasa Diperkasa, PTS Membina Tamadun Ilmu Bangsa.


Pemenang Tempat Kedua Hadiah Utama
Nama: Shahrul Nazrin b. Wahid
No. K/P: 901116-01-6089
Dari: Segamat, Johor
Kedai Buku: Bookcafe PTS
Hadiah: Kamera Video Canon + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM8,000
Slogan:
Harga Terhebat, Kualiti Memikat,
Bahasa Mudah, Tidak Tersirat,
Kategori Pembaca Berperingkat,
Penulis Tersohor dan Berpangkat,
Mudah Didapati di Setiap Tempat.


Pemenang Tempat Ketiga Hadiah Utama
Nama: Izuana bt. Mahmad Sani
No. K/P: 730126-10-5778
Dari: Kapar, Selangor
Kedai Buku: Popular Bukit Raja
Hadiah: Laptop Acer Aspire Timeline + Set Perpustakaan Mini Bernilai RM5,000
Slogan:
Membongkar Ilmu Segenap Dimensi,
Sentuhan Kreatif Diwarnai Ilustrasi,
Pilihan Bervariasi Melengkapi Koleksi,
Memperkasa Minda Setiap Generasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila ‘Allah’ Digunakan oleh Sasterawan Bukan-Islam…..

'Allah' dalam sastera cetusan bukan Islam
author_photo("Jimadie Shah Othman") Jimadie Shah Othman
Jan 17, 10
5:28pm

 

Adakah kita bimbang kalimah Allah tidak disebut secara benar? Atau kita bimbang ia disebut secara salah?

Reaksi umat Islam ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan nama Allah dalam mingguan Katholik Herald merupakan kebimbangan jenis kedua.

Dan kebimbangan tokoh-tokoh seperti bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan anggota majlis syura PAS Ahmad Awang, kebimbangan jenis yang pertama.

Pengalaman sastera Malaysia selepas pascapenjajahan - atau secara nakal boleh disebut "era Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)" - memperlihatkan perkembangan menarik yang mungkin boleh dijadikan iktibar terhadap polemik terbaru kalimah Allah di negara ini.

Selepas merdeka, walaupun tidak ramai, tetapi masih terdapat penulis bukan Islam yang menulis karya-karya berunsur Islam, termasuk menggunakan kalimah Allah dalam tulisan mereka.

Nama-nama seperti Raja Rajeswati Seetha Raman, Joseph Selvam dan Lim Swee Tim pada suatu masa juga terlibat mewarnai perkembangan sastera berunsur Islam di Malaysia.

Penulis Uthaya Shankar SB pernah menulis karya bernada Islam, mengisahkan kemelut mualaf yang ingin memeluk Islam dan konsep janji menurut Islam.

Selain mendapat tempat di pelbagai penerbitan, karya-karya pernulis bukan Islam ini turut dimuatkan dalam penerbitan Islam seperti majalah Al Islam, Nur dan Dewan Agama dan Falsafah (tidak lagi beroperasi).

Sementara puisi-puisi yang melafazkan kecintaan kepada tuhan seperti buah tangan penyair Kristian Lebanon, Khalil Gibran pula kadangkala diletakkan sebaris dengan puisi-puisi sufi nukilan Hamzah Fansuri, Amir Hamzah dan Muhammad Iqbal.

Namun, mampukah kecurigaan umat Islam menghambat mereka daripada memperkatakan tentang tuhan sekalian alam, memperkatakannya secara benar? Jawapannya, ya.

"Semasa saya menulis, saya anggap diri saya sebagai seorang penulis Islam. Saya fokus seratus peratus. Niat saya ikhlas.

"Tetapi selepas jadi macam ini (polemik penggunaan kalimah Allah), mungkin saya tidak akan tulis lagi," kata seorang penulis beragama Hindu yang menulis karya-karya berunsur Islam.

Menurut seorang pengkaji sastera Islam, penulis Cina kelahiran Kelantan, Lim Swee Tim - yang pernah menulis sajak-sajak berunsur Islam pada permulaan penglibatannya dalam dunia sastera sekitar tahun 1970-an - juga telah beralih arah kepada tema-tema lain seperti kemanusiaan.

Walaupun karya-karya tersebut barangkali tidak selari dengan format sastera Islam ala DBP - yang berpaksikan pandangan Sasterawan Negara Shahnon Ahmad - penulis terkenal Faisal Tehrani berpendapat, karya-karya tersebut diterima kerana ia "sangat sederhana dan tidak melibatkan upacara keagamaan."

Pengamat sastera Salleh Rahamad pula berpandangan, perkara tersebut tidak pernah menjadi isu kerana kumpulan terbabit tidak pernah menyifatkan ajaran Islam atau mencemari kesempurnaan sifat-sifat Allah.

Tambahnya, tidak pernah misalnya ada penulis yang menyifatkan Allah seperti penganut Kristian percaya kepada konsep ketuhanan secara ajaran tritunggal.

Dalam dunia seni budaya, saya percaya, hampir keseluruhan anggotanya tidak melihat penglibatan penulis bukan Islam sebagai ancaman terhadap keharmonian Islam.

Tetapi ramai penulis dan sasterawan yang mungkin berpendirian sebaliknya selepas muncul kontroversi luar biasa kes Herald mencabar larangan Kementerian Dalam Negeri. Mereka dihurung kebimbangan yang sama.

Tetapi bagaimana jika kebimbangan dan kecurigaan kita itu barangkali menyebabkan nama Allah tidak lagi disebut - disebut secara benar?

Sekurang-kurangnya, seorang penulis terkenal beragama Hindu - yang menulis sajak secara 'lebih Islam daripada orang Islam' - sudah menzahirkan keengganannya terus berkarya kepada saya.

Siapakah yang akan menanggung dosa ini?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ilham Hamdani Memenangi Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel ‘Umar Abdul Aziz’ akan Terbit….

Nama Abdul Latip Talib adalah nama novelis genre dewasa PTS yang paling ngetop jualan buku-bukunya.

Meskipun novel-novel beliau ditulis untuk bacaan dewasa tetapi PTS mendapat laporan bahawa kanak-kanak juga sangat menyukai novel-novel beliau.

Populariti novel-novel Tn. Abdul Latip Talib dalam pasaran menyebabkan cetakan pertama novel beliau kini dinaikkan kepada 5 ribu naskhah. 

Barangkali beliau adalah sasterawan pertama di negara ini yang karyanya dapat menembusi, dan sangat dimahukan oleh, kedai-kedai buku agama tradisonal di seluruh negara.

Saya terkenang kali pertama saya berdiskusi dengan beliau. Waktu itu PTS masih beroperasi di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Saya menerangkan kepada beliau tentang ciri-ciri novel bagaimana yang saya mahu supaya beliau tuliskan untuk PTS.  Saya mahu meletakkan 'positioning' beliau sebagai novelis sejarah Islam.

Dalam pertemuan itu saya juga sempat bertanya, adakah beliau masih menerima royalti daripada karya-karya beliau yang sudah pernah diterbitkan. Beliau memberitahu, tidak.

Semasa saya mengusulkan kepada beliau supaya menuliskan novel-novelnya menggunakan teknik surah Yusuf, beliau juga mudah bersetuju, padahal waktu itu beliau seorang penulis yang sudah mapan, dan sudah banyak kali memenangi peraduan dan menerima pelbagai anugerah.

Pengalaman berdiskusi dengan beliau menunjukkan Tn. Abdul Latip Talib seorang yang sangat mudah dibawa berunding (dalam erti kata, waktu itu beliau setuju sahaja dengan idea-idea saya sebagai bakal penerbitnya). Malah sehingga sekarang pun beliau tetap menunjukkan sikap yang konsisten. Ini saya dapati daripada laporan-laporan yang saya terima daripada pegawai-pegawai PTS yang berurusan dengan beliau.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, January 18, 2010

Memperkenalkan Tim Editor Sastera di PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

PTS LITERA UTAMA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat PTS yang khusus bertanggungjawab menerbitkan sastera untuk bacaan umum, terutama sekali genre-genre yang digemari perempuan. Genre novel cinta Islami dan ciklit Malaysia diterbitkan oleh PTS Litera.

Saham PTS Litera dimiliki oleh PTS (51%) dan MIZAN Bandung (49%). Dari sudut bisnes, joint-venture ini adalah strategi bagi memudahkan lalu-lintas antara KL-Jakarta bagi (i) pelesenan buku-buku terbitan Mizan oleh PTS, dan (ii) pelesenan buku-buku PTS oleh Mizan.

Tim PTS Litera adalah terdiri daripada:

(1) Pn. Asma Fadila Habib - Beliau adalah Ketua Editor di PTS LITERA. Beliau juga mengendalikan genre ciklit karya penulis Malaysia dan ciklit terjemahan. Emel beliau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

(2) Tn. Mohammad Baharuddin Mohammad Bekri - Beliau mengendalikan genre novel sejarah. Emel beliau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

(3) Pn. Nor Hafizah Samsudin - Beliau mengendalikan novel penulis Malaysia. Emel beliau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

(4) Cik Puan Faiizah Lood - Beliau mengendalikan novel penulis Malaysia. Emel beliau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Prosedur menulis untuk PTS Litera adalah serupa dengan prosedur untuk semua anak-anak syarikat PTS. Sebelum mula menuliskan novel, hantar dahulu sinopsis cerita menggunakan format yang digunakan di PTS.

Hantar sinopsis kepada mana-mana editor yang tuan dan puan pilih, sesuai dengan genre.

Bagi mendapatkan contoh sinopsis, tulis emel kepada .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >