Tahun 2009 PTS Membuka 30 Akaun Baru di Kota Madya Seluruh Negara
Perkataan 'madya' bermakna 'pertengahan'. Kota madya adalah istilah pinjaman daripada Bahasa Indonesia yang bermakna bandar sederhana besar, seperti Keluang, Taiping dan Marang dan lain-lain.
Sepanjang tahun 2009, PTS membuka 30 akaun baru dengan kedai-kedai buku di kota madya seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia adalah sebahagian daripada strategi PTS melebarkan lagi pasaran buku-buku terbitannya.
Bagi tahun 2010 ini, PTS akan terus menambahkan jumlah kedai-kedai buku yang menjadi agennya.
Target PTS adalah melantik sekurang-kurang sebuah kedai buku sebagai agen di tiap-tiap kota madya Malaysia. Ini bagi membolehkan buku-buku PTS dijual kepada penduduk di sekeliling kota-kota madya itu, yakni kepada penduduk luar bandar.
Tuan Zaharin Zain (foto), pengurus jabatan sales PTS memberitahu, pada masa sekarang jumlah kedai buku di seluruh negara yang menjual buku-buku PTS adalah lebih 700 buah. Jumlah ini akan terus ditambah.
Tugas menambah kedai buku dilakukan oleh pegawai-pegawai jabatan sales PTS. Mereka pergi ke kota-kota madya dan mencari kedai-kedai buku yang ada di situ. Kemudian mereka akan mengkaji keadaan dalam kedai-kedai tersebut.
Selepas itu mereka akan membuat penyelidikan berkenaan nama baik pemilik kedai-kedai itu. Caranya adalah dengan bertanya dan mendapatkan maklumat daripada (i) penerbit lain, (ii) pengedar buku, dan (iii) kedai-kedai buku lain di pekan yang sama. Tujuannya adalah bagi mengetahui apakah pemilik kedai-kedai itu mempunyai disiplin membayar hutang yang baik.
Apabila berpuas hati, pegawai PTS itu akan merekomen kepada Tn. Zaharin nama-nama kedai buku yang layak dilantik menjadi agen PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Apabila PTS menggubal dasar editorial yang menetapkan bahawa buku-buku terbitan PTS hanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sebenarnya PTS meniru dan mengaplikasikan 3 strategi bisnes yang digunakan oleh syarikat Yeo's dalam strategi (i) product positioning, (ii) product differentiation dan (iii) product branding bagi bersaing dalam pasaran yang sudah didominasi oleh brand Coca-Cola dan Pepsi-Cola.

Baca maklumat lanjut 

Wartawan Malaysiakini,
Tuan Ahmad Fadzli Yusof (foto) menulis....
Eksekutif di jabatan marketing PTS yang menggunakan nama glamor 'Datuk Khairul' berasal dari Alor Setar. 

Tuan Nazri Anuar, atau nama glamornya 'Mr. Vovin', editor di PTS FORTUNA, akan bercuti sepanjang tahun 2010 bagi merealisasikan impiannya mahu mengembara secara back-pack sampai ke Mongolia.







wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…