Buku Terjemahan

Sunday, February 28, 2010

Terbaru Dari Taufiqurrahman al-Azizy

Ini adalah novel ke-5 karya Taufiqurrahman al-Azizy terbitan PTS. Sebelum ini semua 4 novelnya terjual laris dan sudah diulangcetak.

Beliau adalah novelis Indonesia yang kedua terpopular selepas Habiburrahman al-Syerazi yang sangat terkenal dengan Ayat-ayat Cinta.

Taufiqurrahman adalah seorang ustaz lulusan pesantren dan kini mengajar di pesantren.

Bagi memenuhi permintaan daripada penggemar novel-novel Islami, PTS akan terus menerbitkan karya-karya penulis Indonesia yang sudah terbukti mendapat sambutan baik di negara itu.

Suatu fenomena yang menarik di Indonesia adalah di mana pesantren (sekolah pondok) mereka terus-menerus melahirkan golongan agama yang juga sasterawan. Semenjak Hamka, pesantren Indonesia tidak pernah berhenti melahirkan Hamka-Hamka kecil.

Salah satu ciri yang istimewa dalam karya-karya penulis pesantren adalah di mana iklim ruh Islam dalam  karya-karya itu sangat ketara, terasa dan mendalam apabila dibandingkan dengan karya-karya novel Islami yang dihasilkan oleh penulis bukan pesantren.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apabila Banyak Penulis Baru Muncul, Penulis Lama Dilupakan

Salah satu fenomena yang lumrah berlaku dalam dunia penerbitan adalah, apabila penerbit mula menerima banyak manuskrip daripada penulis-penulis baru, maka mereka melupakan penulis lama yang satu masa dahulu telah menyumbang kepada kejayaan penerbit itu.

Antara faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah:

1. Editor yang menertbitkan buku-buku penulis lama itu sudah berhenti kerja. Ataupun mereka sudah dipindahkan ke jabatan lain dan tidak lagi bertugas sebagai editor di tempat lama.

2. Editor yang ada sekarang adalah barisan editor baru. Mereka tidak mengenali penulis-penulis lama itu.

3. Pengurusnya pun sudah bertukar orang.

Fenomena seperti ini juga berlaku di PTS. Tuan Ikram Nor Wazir, pengurus PTS Millenia Sdn. Bhd. mengakui perkara itu dan beliau berjanji bagi tahun 2010 ini beliau sudah mempunyai rancangan akan menghubungi penulis-penulis lama PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 27, 2010

Surat: Anugerah PTS

Assalamualaikum Puan Ainon, didoakan puan dalam keadaan sihat sejahtera di samping teman-teman dan keluarga tercinta.

Membaca tulisan puan yang menguar-uarkan mengenai Hadiah Sastera Perdana Malaysia (2008/2009), suka saya mencadangkan agar pihak PTS mempunyai anugerah sendiri. Memandangkan PTS kini semakin berkembang dengan menerbitkan pelbagai jenis buku, saya percaya PTS mampu mewujudkan anugerah buku sendiri. Jika sasaran PTS untuk menerbitkan 1000 judul buku setahun, saya fikir sesuai benar anugerah ini diadakan secara tahunan, atau mungkin dwi-tahunan.

Terdapat banyak kategori yang boleh dipertandingkan bagi buku non-fiksyen seperti buku agama, buku perniagaan, buku motivasi, buku masakan, buku keluarga dan lain-lain. Bagi fiksyen pula, boleh diwujudkan kategori novel islami, novel cinta, novel sains dan fantasi, novel thriller dan misteri, novel tokoh dan sejarah (Pak Latip mesti menang) dan macam-macam lagi. Penganugerahan buku terbaik tahunan berupaya memotivasikan penulis untuk menghasilkan buku-buku yang isinya berkualiti.

Pihak PTS juga boleh mempertandingkan kategori suntingan terbaik, rekabentuk kulit terbaik, layout buku terbaik dan pelbagai kategori lagi sebagai pengiktirafan untuk editor, pereka grafik dan lain-lain. Seperti penulis, mereka juga pasti termotivasi untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Saya harap dengan adanya penganugerahan di kalangan buku-buku PTS sendiri, dapat merancakkan lagi industri penerbitan seterusnya membekalkan juadah bacaan yang berkualiti untuk anak bangsa. Wassalam

Amirul Hadi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Menghantar Manuskrip Karya Orang Lain

Dalam zaman teknologi canggih hari ini, risiko penerbit menerbitkan manuskrip yang mengandungi bahagian-bahagian yang dicuri daripada buku-buku pengarang lain adalah lebih tinggi. Ini disebabkan adanya teknologi scanning yang dapat terus mengubah imej menjadi teks dalam format WORD.

Saya pernah menerima daripada seorang pengirim emel, 10 manuskrip buku yang dia mengaku adalah hasil tulisannya sendiri. Ya, 10!

Dalam emelnya itu dia juga memberikan fotonya dan CVnya, yang menceritakan hasil tulisannya pernah disiarkan dalam akhbar-akhbar dan majalah-majalah, termasuk majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam kes seperti ini, adalah mudah bagi kita mengesyaki ada sesuatu yang tidak betul. Mana mungkin seseorang penulis itu menunggu sehingga selesai menulis 10 buah buku sebelum menghantarkan semua 10 manuskripnya itu serentak kepada penerbit.

Apabila saya buka manuskrip-manuskripnya itu, saya dapati ciri-ciri berikut:

(i) Setiap satu manuskripnya mempunyai tema yang berlainan. Ini tentu luar biasa. Tidak masuk akal seseorang itu mempunyai pengetahuan yang begitu luas dalam pelbagai bidang sehingga bagi setiap bidang itu dia mampu menulis buku mengenainya.

(ii) Gaya bahasa bagi setiap manuskrip itu sangat berbeza.

(iii) Dalam setiap manuskrip itu masih terdapat perkataan daripada Bahasa Indonesia, yang barangkali dia terlepas pandang, lalu tidak digantikan dengan perkataan Melayu Malaysia.

Ada pula penulis yang menghantar satu manuskrip, tetapi dalam manuskrip itu terdapat bahagian-bahagian yang diambil bulat-bulat daripada buku-buku orang lain. Saya juga pernah menerima manuskrip seperti itu. Setiap bab menunjukkan gaya bahasa yang berbeza.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 26, 2010

Terbaru dari Tere-Liye

Tere-Liye adalah salah seorang novelis Islami yang sangat terkenal di Indonesia. Beliau adalah seorang akauntan di Jakarta.

Ini adalah novelnya yang kelima diterbitkan oleh PTS sebagai edisi Bahasa Melayu Malaysia.

Permintaan bagi novel-novel Islami semakin meningkat hari demi hari. Peningkatan itu berlaku perlahan tetapi konsisten.

Manuskrip yang ditulis oleh penulis-penulis tempatan masih belum cukup bagi memenuhi citarasa pembaca tempatan dari sudut:

(i) Kepelbagaian tema.

(ii) Mutu sastera. 

Bagi memenuhi citarasa pembaca Malaysia yang mahukan novel-novel bermutu tinggi,  PTS akan terus menerbitkan novel-novel Islami dari Indonesia, bagi menambah novel-novel karya pengarang tempatan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Surah al-Humazah dalam Bahasa Iban

Enggau nama Allah petara ti pemadu manah serta ti pemadu penyayau.

Tulah meh anak mensia ti selalu bejako ka penyai urang.

Serta sida ti nyimpan reta tengkira serta kepapa enggau reta ia tadi.

Lalu ia ngira reta tengkira ia ulih nulung ia ari neraka.

Sekali pan nadai! laban ia ka ditikau tama ngagai Hutamah enda tau enda.

Kati nuan nemu nama Hutamah nya?

Nya meh api ti diperidup ka Allah petara ti siko.

Api ti nunu anak mensia sampai ka dalam ati.

Ka bendar api nya angat endar  baka periuk  gelegak serta ditutup rapat atas bala sida ti ngelaban petara.

Maia nya sida ti ngelaban perintah petara ditanchang ba tiang ti tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

15 Mac Tarikh Tutup Manuskrip untuk Ramadan 2010

Tuan Ikram Nor Wazir, Pengurus PTS Millenia Sdn. Bhd. memberitahu bahawa semua manuskrip untuk pasaran musim bulan puasa tahun ini hendaklah dihantar kepada beliau sebelum 15 Mac 2010.

Ini bagi membolehkan buku-buku bulan puasa dihantar ke kedai-kedai buku di seluruh negara paling lewat 1 bulan sebelum ketibaan Ramadan.

Sebagaimana tahun lalu, jabatan marketing PTS akan melancarkan kempen promosi Ramadan dalam media bagi meningkatkan pesanan daripada kedai-kedai buku agama.

NOTA: Buku-buku bulan puasa dibeli sebelum bulan puasa. Apabila masuk sahaja bulan puasa, jualan buku-buku musim hari raya mula meningkat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 25, 2010

Buku Percuma tentang Cara-cara Mendapatkan Publisiti oleh Tuan Harlym Yeo

Download buku ini di sini.

Penulis telah mengumpulkan pengalaman beliau yang hampir 20 tahun di dalam eBook ini. Beliau tidak kedekut dengan perkongsian pengalaman serta ilmu kepada para pembaca. Secara peribadi, selama beberapa tahun mengenai penulis, beliau merupakan seorang yang berdedikasi serta berbakat dalam pelbagai bidang - penulisan, pemasaran produk dan perkhidmatan, malah lakonan. Melalui eBook ini, pembaca akan menikmati pelajaran yang bernilai, terutamanya dalan bidang perhubungan awam.

SAMUEL TAN
HiSamuelTan.com [www.hisamueltan.com]
& co-founder of About Communication Sdn Bhd [www.aboutcom.my]

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Festival Buku Antarabangsa Galak Industri Buku Kanak-kanak Asia

SINGAPURA, 24 Feb (Bernama) -- Lebih 400 penulis antarabangsa, penerbit, pengedar, pembeli institusi, ejen sastera dan pengeluar multimedia bahan kandungan kanak-kanak akan berhimpun di sini bagi menyetai Festival Bahan Kandungan Kanak-kanak Asia pada 6 hingga 9 Mei.

Festival yang julung kali diadakan di The Arts House di sini merupakan satu-satu seumpamanya di dunia memberi tumpuan kepada bahan kandungan kanak-kanak Asia, menurut penganjur The Arts House dan Majlis Pembangunan Buku Nasional Singapura Rabu.

Penganjur berharap festival ini akan menggalakkan penghasilan, pengeluaran dan penerbitan mengenai buku kanak-kanak dengan bahan kandungan Asia dalam semua bentuk.

Pertemuan penggiat dalam industri di peringkat antarabangsa bertujuan menambah baik pengedaran dan akses bahan kandungan Asia kepada kanak-kanak seluruh dunia, menurut penganjur.

Industri bahan kandungan untuk kanak-kanak meliputi buku, permainan, filem dan muzik merupakan perniagaan bernilai berbilion dollar.

Pengerusi Lembaga Penasihat festival Claire Chiang berkata sehingga kini, kebanyakan orang mudah mendapatkan dan menikmati faedah daripada pemilihan yang luas bahan pendidikan dan kandungan dari Barat, tetapi mereka tidak mempunyai bahan-bahan dari Asia kerana ia jarang-jarang diterjemahkan dan diperkenalkan, sehingga akhirnya tidak diterokai.

Beberapa penulis Malaysia dan penerbit akan menyertai festival termasuk Daphne Lee, seorang penulis buku kanak-kanak, editor, dan Margaret Lim yang merupakan pengulas buku dan penulis.

Maklumat lanjut mengenai festival itu boleh diperoleh di laman web http://www.afcc.com.sg dan mereka yang berminat menyertai festival itu boleh mendaftar menerusi laman web itu mulai esok.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Lain Padang, Lain Belalang

Tiap-tiap rumah penerbitan mempunyai strategi bisnes, prinsip perjuangan, dan amalan-amalannya masing-masing.

Ada penerbit yang berjuang bagi survival dari sudut kewangan semata-mata. Ada penerbit seperti PTS yang berjuang bagi memandaikan bangsa. Berdasarkan perjuangan itu masing-masing rumah penerbitan mempunyai garis panduan semasa memilih manuskrip. Justeru, manuskrip yang diterima oleh suatu rumah penerbitan mungkin ditolak oleh penerbit lain.

Sebagai contoh, dalam isu bahasa rendah, ada rumah penerbitan yang menerima penggunaan bahasa campur-aduk dalam dialog, manakala ada penerbit yang menolaknya. PTS adalah contoh penerbit yang tidak menerima bahasa campur-aduk.

Dalam isu babak-babak asmara, ada penerbit yang memang mahu supaya babak asmara diselitkan di sana sini dalam novel-novel yang mereka terbitkan, sebagai pelaris. PTS adalah contoh rumah penerbitan yang tidak menerima babak-babak asmara.

Malah dari satu sudut lain, PTS adalah sebuah penerbit yang ekstrem, kerana ia tidak menerima ayat-ayat yang menerangkan kecantikan tubuh badan lelaki dan perempuan.

Ada penulis yang karyanya pernah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai anggapan bahawa DBP adalah benchmark kualiti unggul bagi buku-buku yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Maksudnya, mereka yakin jika karyanya itu sudah cukup baik dalam skema penilaian DBP, maka ia pastilah cukup baik bagi mana-mana penerbit lain.

Dengan anggapan yang sedemikian, mereka tidak dapat menerima kenyataan apabila manuskrip yang dihantar ditolak oleh penerbit-penerbit lain. Akibatnya, mereka menjadi defensif, marah-marah, dan dengan itu merosakkan hubungan baik dengan editor yang menolaknya. Situasi begini merugikan semua pihak.

Apa yang sudah cukup baik pada pandangan pegawai-pegawai di DBP belum tentu dinilai sebagai cukup baik oleh editor-editor di penerbit swasta kerana mereka menerbitkan buku bagi tujuan komersial semata-mata. PTS sendiri, yang mempunyai perjuangan "memandaikan bangsa", bersikap amat komersial apabila memilih manuskrip yang hendak diterbitkan.

Penerbit swasta seperti PTS menggunakan wang bank bagi membiayai setiap judul yang diterbitkan. Apabila buku tidak laris, penerbit tidak dapat membayar hutang-hutang bank. Lainlah penerbit kerajaan seperti DBP yang ditanggung oleh wang cukai rakyat.

Penulis-penulis yang pernah menerbitkan karya dengan DBP perlu mengambil sikap 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak', barulah dengan itu beliau dapat menerbitkan karyanya dengan mana-mana rumah penerbitan yang dipilih, baik di DBP mahupun dengan penerbit swasta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 24, 2010

Tip Survival Penerbit: Sektor Novel Remaja Lelaki adalah Pasaran Laut Biru

Jika tuan dan puan hendak melabur dalam industri penerbitan fiksyen, jangan masuki Laut Merah. Masuki Laut Biru.

Sebagai penulis fiksyen pun begitu juga. Jangan menulis fiksyen bagi pasaran yang sudah menjadi Laut Merah.

Sebagai contoh, jangan terjuni laut novel cinta popular. Setiap bulan antara 20 - 25 judul novel cinta baru diterbitkan. Ini kawasan yang sukar mahu survive, baik sebagai penerbit baru mahupun sebagai penulis baru. Apabila dalam sesuatu sektor itu terdapat terlalu banyak pilihan, hanya nama-nama besar sahaja, yang sudah terkenal, yang sudah banyak penggemar, yang dapat survive persaingan sengit itu.

Sebagai penerbit baru, cari sektor di mana di situ belum ada pemain utamanya. Bak kata idiom orang bisnes, cari negeri di mana penduduknya tidak memakai kasut. Buka kilang kasut di situ.

Salah satu sektor buku yang masih belum diterokai dengan berkesan oleh mana-mana penerbit adalah buku-buku cerita bagi bacaan remaja lelaki. Sektor ini belum didominasi oleh mana-mana penerbit. Ertinya, belum ada "budak besar" dalam sektor ini.

PTS sendiri belum berjaya menjadi budak besar disebabkan jumlah judul yang diterbitkannya belum cukup banyak bagi mendapatkan rak khusus dalam kedai-kedai buku.

Creative (CESB) pernah cuba meneroka sektor ini sejak lama dahulu, tetapi gagal menjadi pemain utamanya disebabkan jumlah judul yang diterbitkannya tidak cukup banyak.

ALAF21 tidak mendominasi pasaran ini disebabkan faktor yang sama apabila ALAF21 hanya mempunyai Ramli Awang Murshid dengan siri thrillernya.

Penerbit Utusan tidak mendominasi sektor ini walaupun ia mempunyai karya-karya Faisal Tehrani disebabkan faktor yang serupa.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 11 tahun yang lalu menutup Bahagian Sastera Remajanya, dan baru membukanya semula. Dengan budaya kerjanya yang lembap oleh kerenah birokrasi yang parah, organisasi itu takkan dapat mendominasi sektor ini.

Dengan senario seperti itu, pada saat ini, jika ada penerbit yang sanggup melaburkan modal besar bagi menerbitkan buku-buku remaja lelaki, maka dia berpeluang dapat menguasai sektor ini dengan relatif mudah.

Nota kaki: Sumbangan paling penting Dato' A Aziz Deraman dalam tempoh beliau memimpin DBP selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah DBP adalah: (a) Menutup bahagian buku pengajian tinggi, (b) Menutup bahagian buku remaja dan kanak-kanak dan (c) Menswastakan DBP kepada DAWAMA dengan deal yang merugikan DBP dan industri buku Melayu. Jasamu dikenang!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari Komik-M

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jadual Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Tajuk buku yang dicetak dan dijadualkan masuk gudang PTS minggu ini adalah seperti berikut:

JUDUL BARU
Wasilah Cinta Weera
Lebai Cilik: Jiran Masam Manis
Pendidikan Kerohanian Dan Moral Prasekolah (sudah masuk)
Herbalis (sudah masuk)

JUDUL ULANG CETAK
Imam Syafie
Bilal Bin Rabah
Chronicle 301
Apa Bakat Saya
Kamus Pepatah Bidalan & Perumpamaan
Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar
Dahsyatnya Doa Ibu (sudah masuk)
Kerjaya dalam Bidang Farmasi (sudah masuk)
Senangnya Memasak Daging (sudah masuk)
Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain (sudah masuk)
Magnet Rezeki Dengan Solat Duha (sudah masuk)
Tempat ke-2 (sudah masuk)
Rahsia Air Mata Khusyuk (sudah masuk)
Offline Dengan Syaitan (sudah masuk)
Dato' Haron Din Menjawab Persoalan Fikah Harian (sudah masuk)
Minda Muslim Super (sudah masuk)
 
Nota: Laporan ini disediakan oleh Cikpuan Marianti Mohd. Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Permohonan Menjadi Petugas Booth PTS pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan diadakan pada bulan Mac (19hb - 28hb) di PWTC, Kuala Lumpur.

Bagi saudara dan saudari yang berminat mencari pengalaman dan wang saku sebagai jurujual dalam booth PTS, tulis emel kepada Puan Nurulhilyati.

(i) nama penuh seperti dalam kad pengenalan, (ii) alamat rumah, (iii) alamat emel, (iv) nombor HP dan (v) kelulusan akademik.

Syarat utama kelayakan adalah: (i) sudah membaca banyak buku-buku PTS, (ii) tinggal di Kuala Lumpur, (iii) dapat bertugas dari pagi hingga malam setiap hari.

Puan Nurulhilyati Abdul Halim (foto), pengarah Akademi Latihan Penerbitan PTS (Akademi PTS) memaklumkan, saudara-saudara yang terpilih nanti akan diwajibkan mengikuti bengkel latihan cara-cara menjalankan tugas kejurujualan di booth PTS. Ini bagi meningkatkan mutu perkhidmatan pelanggan di booth-booth PTS.

Antara latihan yang akan diberikan adalah (i) adab-adab berbahasa, (ii) maklumat produk, dan (iii) pantang-larang budaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 23, 2010

PTS Menerbitkan Ciklit Islami

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerima Hadiah Utama Tempat Pertama dan Kedua, Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009




foto pemenang pertama.Pada 8 Februari 2010, Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran, Tuan Azmi Mamat dan Tuan Wahyudi Mohd Yatim berkunjung ke Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad, Port Dickson, Negeri Sembilan. Tujuan kunjungan adalah untuk meraikan dan menyampai hadiah kepada dua orang pemenang di sekolah ini.

Pemenang utama tempat pertama, CIk Farah Irdina binti Fuadi, pelajar tingkatan dua sekolah ini berjaya mendapat hadiah TV LG Plasma 42" dan set perpustakaan mini bernilai RM10,000.00. Tuan Nazrul Samsudin, Timbalan Pengurus Pemasaran mengiringi Puan Rahana binti Tawan, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Samad menyampaikan hadiah kepada Cik Farah Irdina. Acara penyampaian hadiah berlangsung ketika perhimpunan pagi disaksikan seramai 1300 orang pelajar dan para guru sekolah ini. 

Beliau bukan sahaja menerima hadiah utama, Cik Farah Irdina juga menerima hadiah minggu ke-6, berupa Kamera Digital Panasonic LUMIX dan buku PTS bernilai RM100.00. Kejayaan beliau menjadi perangsang kepada rakan-rakan sekolah untuk bersama-sama menyertai peraduan lain yang bakal dianjurkan PTS.

Puan Rahana binti Tawan juga sudi menyampaikan hadiah pemenang utama tempat kedua kepada Encik Shahrul Nazrin bin Wahid. Beliau merupakan pelajar Kolej Negeri, Kampus Bukit Chedang, Seremban.

Encik Shahrul Nazrin Wahid berjaya memenangi hadiah Kamera Video Canon LEGRIA FS200 dan set perpustakaan mini bernilai RM8,000.00. Beliau hadir ke sekolah ini, ditemani ayah dan kakak sulungnya, "Terima kasih PTS kerana bersusah payah dari Batu Caves datang ke Port Dickson semata-mata mahu menyampaikan hadiah kepada kami di sini," ujarnya. 

foto pemenang kedua.Acara penyampaian hadiah ini, mendapat perhatian daripada wakil akhbar Sinar Harian. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009. Ucapan tahniah kami kepada mereka yang berjaya menjadi pemenang. Kepada mereka yang tidak berjaya, cuba lagi peraduan lain yang bakal kami anjurkan. Jumpa lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penerima Hadiah Utama Tempat ke-3, Peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009


Pada 1 Februari 2009, Puan Nor Hazizam Ab Rahman, Pengurus Pemasaran, Tuan Zaharin Mohamad Zain, Pengurus Jual & Khidmat Pelanggan, Tuan Azmi Mamat dan Tuan Wahyudi Mohd Yatim, berkunjung ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Dorani, Sungai Besar Selangor. Lawatan adalah bertujuan untuk merai dan menyampaikan hadiah kepada pemenang utama tempat ketiga peraduan Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang 2009. 

perhimpunan pagi

Puan Izuana binti Mahmad Sani, guru Matematik merangkap guru kelas tahun empat sekolah ini berjaya memenangi hadiah Laptop Acer Aspire Timeline dan set perpustakaan mini bernilai RM5000.00. Puan Nor Hazizam Ab Rahman, Pengurus Pemasaran mengiringi Puan Hajah Pauzi binti Abd Rahman, Guru Besar SK Sungai Haji Dorani menyampaikan hadiah kepada Puan Izuana Mahmad Sani.
 
menerima hadiah
Acara penyampaian hadiah berlangsung ketika perhimpunan pagi sekolah. Para pelajar dan guru sekolah ini menjadi saksi acara penuh bermakna buat Puan Izuana. "Saya sangat gembira dan seronok hari ini. Tidak sangka PTS mahu sampaikan hadiah di hadapan murid-murid saya,"  kata-kata yang terluah daripada Puan Izuana, selepas acara penyampaian hadiah.
 
Kami ucapkan tahniah kepada Puan Izuana kerana berjaya menjadi pemenang utama tempat ketiga peraduan ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (2008/2009)

Dewan Bahasa dan Pustaka dengan ini mengumumkan suatu pengiktirafan dwitahunan yang diberikan ke atas karya sastera Melayu pelbagai genre yang memperlihatkan mutu penciptaan yang tinggi. Pengiktirafan ini dikenali sebagai Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Antara matlamat hadiah ini adalah untuk menggalakkan penciptaan dan penerbitan karya sastera bermutu yang ditulis dalam bahasa Melayu, dan mengiktiraf karya yang telah mencapai tahap mutu yang membanggakan.

Penilaian akan dibuat terhadap karya yang diterbitkan dalam tahun 2008 dan 2009, berdasarkan kategori berikut:
KATEGORI A (BUKU DEWASA)
KATEGORI B (KARYA ECERAN)
KATEGORI C (BUKU REMAJA/KANAK-KANAK)

Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:
- Novel
- Cerpen
- Puisi
- Drama Pentas
- Esei dan Kritikan Sastera
- Kajian Sastera
- Biografi/Autobiografi

Karya perseorangan yang disiarkan dalam surat khabar, majalah, jurnal atau buku (antologi) pada tahun penilaian bagi genre:
- Cerpen
- Puisi
- Drama Pentas
- Esei/Kritikan/Kajian Sastera

Karya perseorangan yang diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun penilaian bagi genre:
- Novel
- Cerpen
- Puisi
- Drama Pentas

HADIAH
Kategori A    RM10,000.00 x 7 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)
Kategori B    RM1,000.00 x 10 hadiah (genre cerpen)
                     RM1,000.00 x 10 hadiah (genre puisi)
                     RM1,000.00 x 10 hadiah (genre esei/kritikan/kajian sastera)
                     RM1,000.00 x 3 hadiah (genre drama pentas)
Kategori C   RM5,000.00 x 8 hadiah (satu hadiah bagi setiap genre)

SYARAT DAN PERATURAN
1. Penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia.
2. Karya hendaklah diterbitkan atau disiarkan pertama kali dalam tahun penilaian (2008 – 2009), sama ada dalam bentuk buku atau eceran.
3. Bagi genre drama pentas Kategori B, karya hendaklah disiarkan atau dipentaskan pertama kali dalam tahun penilaian. Penilaian akan dibuat berdasarkan skrip asal berserta gambar atau bahan promosi pementasan (poster, brosur atau buku cenderamata) sebagai bukti pementasan.
4. Bagi Kategori C, karya sastera remaja ialah karya sastera untuk bacaan remaja dalam lingkungan umur 13-18 tahun, manakala karya sastera kanak-kanak ialah karya sastera untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan umur 9-12 tahun.
5. Bagi karya berbentuk buku dalam Kategori A dan C hendaklah mempunyai nombor rujukan ISBN atau KDN.
6. Setiap judul karya, sama ada buku atau eceran, hendaklah dihantar dalam empat naskhah karya asli atau salinan fotokopi yang jelas dan dijilid kemas.
7. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan karya semasa penghantaran. Bukti penghantaran tidak boleh dijadikan bukti penerimaan penyertaan.
8. Semua penyertaan hendaklah dialamatkan kepada:

URUS SETIA HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA 2008/2009,
BAHAGIAN PENGEMBANGAN SASTERA,
JABATAN SASTERA, TINGKAT 22, MENARA DBP,
JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.

Untuk pertanyaan, sila hubungi:
Puan Nazmah Ani/Puan Malissa Ab Malik
No. Telefon:  03-21481470/21481240
E-mel:  .(JavaScript must be enabled to view this email address) / .(JavaScript must be enabled to view this email address) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

SAYEMBARA MENULIS NOVEL DAN SKRIP DRAMA KANAK-KANAK DAN REMAJA DBP 2009


Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-kanak dan Remaja DBP kini dibuka untuk penyertaan sehingga 30 September 2010. 

Tema pertandingan adalah seperti yang berikut:

KATEGORI KANAK-KANAK (10 – 12 TAHUN)
Perpaduan
Sains fiksyen
Kasih sayang
Kekeluargaan

KATEGORI REMAJA (13 – 15 TAHUN)
Perpaduan
Sains fiksyen
Kekeluargaan
Pengembaraan

KATEGORI REMAJA (16 – 18 TAHUN)
Sejarah
Konflik sosial
Kemasyarakatan
Biografi tokoh terkenal

* Penulis digalakkan memasukkan unsur-unsur integrasi kaum dalam karya yang dihantar.

Kategori kanak-kanak – karya yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan kanak-kanak dalam lingkungan usia 10 – 12 tahun.
Kategori remaja – karya yang dihasilkan mestilah sesuai untuk bacaan remaja yang berusia 13 – 15 tahun dan 16 – 18 tahun.

NOVEL (10 – 12 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama    : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua       : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga       : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati  : RM750.00

SKRIP DRAMA (10 – 12 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama   : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua      : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga      : RM2,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

NOVEL (13 – 15 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama    : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua       : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga       : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

SKRIP DRAMA (13 – 15 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama   : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua      : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga      : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

NOVEL (16 – 18 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama    : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua       : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga       : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

SKRIP DRAMA (16 – 18 TAHUN)
1 x Hadiah Pertama   : RM3,000.00
1 x Hadiah Kedua      : RM2,000.00
1 x Hadiah Ketiga      : RM1,000.00
3 x Hadiah Sagu Hati : RM750.00

1. Pertandingan dibuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas kecuali warga kerja PURNAMA, DBP.
2. Pertandingan dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
i.   Kategori  novel dan skrip drama kanak-kanak 
ii.   Kategori  novel dan skrip drama remaja
3. Tema sayembara ini adalah berdasarkan tema yang telah ditetapkan.
4. Peserta boleh menyertai kedua-dua kategori tetapi hanya dibenarkan menghantar SATU manuskrip sahaja untuk setiap genre bagi kesemua peringkat umur.
5. Panjang manuskrip bagi novel kanak-kanak adalah dalam lingkungan 15,000 hingga 50,000 patah perkataan manakala bagi novel remaja adalah dalam lingkungan 50,000 hingga 100,000 patah perkataan.
6. Panjang manuskrip bagi skrip drama kanak-kanak adalah dalam lingkungan 10,000 hingga 15,000 patah perkataan manakala bagi skrip drama remaja adalah dalam lingkungan 20,000 hingga 40,000 patah perkataan.
7. Manuskrip yang dihantar mestilah ditaip di atas kertas A4 sebelah muka dengan jarak langkau dua baris dan berjilid kemas.
8. Judul karya hendaklah ditaip pada kulit naskhah.
9. Nama dan alamat peserta TIDAK BOLEH tertera pada manuskrip yang dikirim.
10. Karya mestilah asli, bukan saduran, adaptasi, penyesuaian atau apa-apa sahaja yang membawa pengertian karya itu bukan karya asli serta belum pernah tersiar/diterbitkan oleh mana-mana pihak.
11. Sekiranya karya yang dihantar itu ternyata di ciplak, penyertaan akan terbatal dengan serta-merta.  Jika karya itu memenangi hadiah, hadiah tersebut perlu dipulangkan semula kepada penganjur.
12. DBP berhak menerbitkan manuskrip yang memenangi sayembara ini, tertakluk kepada syarat-syarat penerbitan DBP.
13. Keputusan panel hakim adalah muktamad.
14. Setiap manuskrip yang dihantar kepada urus setia perlu disertakan borang penyertaan, disket manuskrip dan sekeping gambar berukuran pasport.
15. Penyertaan yang lengkap hendaklah sampai kepada urus setia sebelum atau pada tarikh tutup peraduan, iaitu  30 September 2010 dan dihantar kepada alamat yang berikut:

Urus Setia,
Sayembara Menulis Novel dan Skrip Drama Kanak-kanak dan Remaja DBP,
Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA),
Tingkat 21, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur.

Tel.   : 03-21482522 / 03-21482526 /  03-21482345
Faks  : 03-21414109
E-mel : .(JavaScript must be enabled to view this email address) / .(JavaScript must be enabled to view this email address) / .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 22, 2010

Jurutera Kanan di Jabatan Marketing PTS

Inilah wajah cool Tuan Ir. Muhammad Helmi bin Mahamad (29 tahun). 
 
Beliau bertugas di jabatan marketing PTS sebagai jurutera senior, dengan menggalas tugas dan tanggungjawab membangunkan dan menyelenggara portal dan laman web rasmi http://www.pts.com.my
 
Beliau adalah jurutera lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam bidang elektrikal dan elektronik. Orangnya pendiam, tekun, low-profile, dan halus tutur katanya.
 
Jika tuan dan puan mengalami kesukaran sewaktu menggunakan laman web PTS, mohon berikan feedback kepada beliau di alamat emel .(JavaScript must be enabled to view this email address) supaya dapat diperbaiki.  Terangkan apa kesukaran yang tuan alami itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Memperkenalkan Pereka Cerita untuk Tim AinMaisarah

Bakat mencipta cerita tidak semestinya hadir bersama-sama bakat menulis cerita.

Justeru ada penulis yang pandai mencipta jalan cerita yang bagus-bagus, tetapi dia tidak pandai menuliskan ceritanya menjadi buku cerita yang sedap dibaca disebabkan bakat bahasanya tidak cukup tinggi. Hasilnya buku yang dihasilkan tidak sedap dibaca kerana gaya bahasanya kaku dan gaya penceritaannya tidak lancar.

Ada pula penulis yang pandai menghasilkan ayat yang bagus-bagus, tetapi cerita yang diciptanya pula tidak sedap. Hasilnya buku yang dihasilkannya tidak sedap dibaca sebab ceritanya tidak mengasyikkan.

Dalam keadaan seperti itu kedua-dua penulis tidak dapat menghasilkan buku yang meletup-letup dalam pasaran.

Suatu cara lain adalah menggabungkan kedua-dua bakat itu menjadi regu-penulis. Seorang mencipta jalan cerita, yang seorang lagi menuliskannya menjadi buku.

Di PTS, strategi regu-penulis sudah dilakukan oleh Fred Suriya dengan Ashadi Zain (siri Adam Kecil) dan dengan Haslisa Ramli (siri Matahara), di mana Fred Suriya menghasilkan jalan cerita sahaja manakala penulisannya dilakukan oleh Ashadi Zain dan Haslisa Ramli.

Kini Ain Maisarah sedang memulakan strategi yang serupa. Terbaru, Cik Puan Nuraizah, seorang penggemar novel sai-fai telah bersetuju menjadi Pencipta Cerita untuk Tim AinMaisarah. 

Nota: Foto ikhsan Puan Ain Maisarah menunjukkan Cik Puan Nuraizah dengan koleksi buku-buku cerita bacaannya serta VCDnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 21, 2010

Rakyat Malaysia Membaca di Mana-mana

Orang sudah mula tidak berasa janggal membaca di mana-mana. Tabiat membaca di tempat terbuka kini menjadi semakin popular.

Bukan semua jenis buku sesuai dibaca di tempat-tempat yang bising, panas dan tiada kemudahan kerusi yang selesa. Ini bermakna para penerbit buku perlu menerbitkan buku-buku yang sesuai bagi tujuan dibaca di tempat awam seperti itu.

Seperti yang kelihatan dalam foto ini, lelaki tua itu membaca buku nipis, yang mungkin dibeli pada harga RM5.00. 

Orang-orang tua memerlukan buku-buku yang dicetak menggunakan saiz huruf yang lebih besar kerana faktor mata yang sudah rabun dekat. Layout teksnya juga perlu disusun supaya lapang, yakni tidak kelihatan pekat dan semak.

Nota: Foto ikhsan Tn. Syahrul Junaini pengarang buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik Kanak-Kanak bagi Mendorong Mereka Supaya Mahu Cepat Pandai Membaca


Banyak lelaki mengesahkan bahawa semasa zaman kanak-kanak mereka menjadi amat terdorong mahu cepat belajar membaca kerana tersangat ingin tahu apa yang tertulis dalam komik yang mereka pegang.

Malah banyak pelajar Cina dan India memberitahu bahawa mereka belajar Bahasa Melayu dengan membaca komik Melayu.

Inilah faktor yang mendorong PTS komited pada usaha menerbitkan komik-komik khusus untuk kanak-kanak dengan menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Ketua unit Komik-M, Tn. Wan Zuhairi, memberitahu bahawa PTS akan menerbitkan satu judul komik kanak-kanak setiap bulan.

Pada masa ini cabaran utama yang kita mesti atasi adalah persepsi negatif ibu bapa dan guru-guru tentang pengaruh komik. Majoriti masih percaya bahawa kegiatan membaca komik tidak mempunyai nilai positif pada prestasi akademik dalam peperiksaan.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

BACA@KTM di Stesen Seremban

Gerakan BACA@LRT kini sudah merebak ke luar Lembah Kelang apabila sekumpulan penggemar buku di Seremban menubuhkan gerakan BACA@KTM di bandar itu.

Mereka yang menggerakan BACA@KTM itu adalah sekumpulan orang muda yang banyak menggunakan perkhidmatan komuter antara stesen Seremban dan stesen Sentral di Kuala Lumpur.

Pengasas BACA@KTM adalah 2 orang usahawan bidang pembangunan diri, iaitu Tuan Fadzlaida dan Cik Azzah Abd. Rahman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 20, 2010

Pertemuan dengan Pelukis Komik-M

Foto ini diambil pada petang Sabtu 20 Februari  jam 3 petang selepas tamat majlis pertemuan dan silaturahim antara pengurusan Unit Komik-M dengan para seniman komik yang menerbitkan karya mereka dengan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cawangan Ke-5 Kedai Buku Sarjana di Carefour Kota Damansara

Rangkaian kedai buku SARJANA dimiliki sepenuhnya oleh Tn. Hj. Tajuddin Senafi yang berasal dari Kedah.

Pada masa ini Sarjana sudah mempunyai 5 cawangan. Yang terbaru adalah di kompleks Carefour Kota Damansara.

Tuan Azari Hashim, eksekutif di jabatan sales PTS memberitahu semua buku-buku agama, motivasi, sastera kanak-kanak dan remaja serta novel-novel cinta Islami PTS dijual di kedai buku Sarjana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Cabaran Membuka Laut Biru Novel Fantasi: Mengubah Prejudis Negatif Ibu Bapa dan Guru

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kerja-kerja membuka pasaran Laut Biru komik yang syariah-compliant mempunyai banyak faktor yang serupa dengan usaha membuka Laut Biru novel-novel fantasi yang syariah-compliant.

Antara faktor yang serupa adalah prejudis ibu bapa dan guru-guru.

Pada umumnya ibu bapa dan guru-guru mempunyai persepsi dan prejudis negatif terhadap buku-buku komik dan cerita-cerita yang bertemakan fantasi. Oleh yang demikian mereka tidak menggalakkan anak-anak ataupun murid mereka menggemari buku-buku fantasi.

Bagi mengubah prejudis itu kita memerlukan strategi serampang 3 mata. Ketiga-tinganya dijadikan langkah yang perlu diberikan tumpuan:

(i) Para penulis novel fantasi perlu memasukkan informasi yang berkualiti dalam karya-karya mereka supaya karya itu mempunyai nilai-nilai pendidikan.

Ini penting kerana ibu bapa dan guru-guru sangat mementingkan nilai-nilai pendidikan dalam bahan-bahan bacaan anak-anak dan murid mereka.

Bagi ibu bapa, wang yang dikeluarkan bagi membeli buku hendaklah menguntungkan pelajaran anak-anak mereka di sekolah.

Manakala bagi guru-guru pula mereka hanya akan memilih buku-buku untuk pusat sumber sekolah selagi pada pandangan mereka buku-buku itu membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid.

(ii) Jabatan marketing perlu memberikan fokus pada aspek nilai pendidikan yang terkandung dalam buku-buku fantasi itu apabila menulis kopi untuk diterbitkan dalam (a) iklan berbayar, (b) katalog bercetak, (c) katalog internet, dan (d) dalam media sosial seperti Face Book, dan bahan-bahan promosi lain.

(iii) Para editor perlu memasukkan aspek nilai pendidikan pada blurp buku-buku fantasi yang diterbitkan.

Inilah faktor yang menyebabkan penggunaan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) memainkan peranan kritikal bagi mengubah persepsi negatif ibu bapa dan guru-guru terhadap genre fantasi.

Baik ibu bapa mahupun guru-guru, mereka sedar penggunaan BMT dapat membantu anak-anak dan murid sekolah meningkatkan prestasi subjek Bahasa Melayu mereka. Untuk itu sahaja pun mereka sedia  mengeluarkan wang bagi membeli buku-buku fiksyen fantasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 19, 2010

Pasaran Ciklit Islami Mempunyai Potensi Besar

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dua buah novel dalam siri Syok! ini adalah alat sosial (social tool) yang digunakan oleh PTS bagi mendorong remaja supaya jangan berfikir mahu berhenti belajar selepas SPM hanya kerana ingin cepat mempunyai duit sendiri, keluar dari rumah, dapat hidup bebas daripada kongkongan ibu bapa, tinggal serumah dengan kawan-kawan sebaya, dengan cara mencari pekerjaan.

Cerita-cerita dalam dua novel ini menggunakan setting kehidupan di kolej dan universiti yang penuh dengan pelbagai aspek yang menarik dan menyeronokkan di dalam kampus. 

Tujuan novel-novel ini adalah memberikan gambaran kepada remaja yang sedang belajar di sekolah menengah bahawa dunia kuliah adalah jauh lebih menyeronokkan dan penuh makna dibandingkan dengan dunia bekerja di restoran makanan segera, sebagai contoh.

PTS komited pada misi membekalkan kepada golongan remaja urban bahan-bahan bacaan genre fiksyen yang syariah-compliant dan dapat memandaikan mereka apabila membacanya. Inilah yang mendorong PTS menerbitkan pelbagai genre yang cerita dan mesej-mesejnya selaras dengan nilai-nilai universal yang murni.

Novel-novel ciklit dalam siri Syok! diterbitkan oleh 2 buah anak syarikat PTS iaitu PTS One Sdn. Bhd. dan PTS Litera Utama Sdn Bhd. Semua novel dalam siri Syok! adalah bertemakan usaha mencapai kejayaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori dan Teknik Surah Yusuf: Keindahan daripada Suatu Kejahatan

Dalam teori dan teknik menghasilkan karya sastera yang indah berdasarkan surah Yusuf, dalam seluruh kisah panjang itu, hanya terdapat dua (2) peristiwa kejahatan. Kedua-dua kejahatan itu tidak dilakukan oleh watak utama, yakni Nabi Yusuf, sebaliknya dilakukan oleh watak pembantu (Siti Zulaikha) dan watak-watak sampingan (abang-abang Nabi Yusuf).

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, watak utamanya adalah lelaki ideal, yang tidak pernah melakukan sebarang kejahatan.

Dua kejahatan dalam kisah Nabi Yusuf itu adalah:

(i) Kejahatan yang dilakukan oleh abang-abang Nabi Yusuf yang cuba membunuhnya disebabkan mereka cemburu kerana ayah mereka tersangat sayang kepada Nabi Yusuf.

(ii) Kejahatan Siti Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf.

Baik abang-abang Nabi Yusuf mahupun Siti Zulaikha, mereka hanya melakukan kejahatan sekali sahaja. Itupun bukan disebabkan mereka memang karekter yang jahat, tetapi disebabkan mereka menjadi mangsa kelemahan mereka sendiri, yakni mereka gagal mengawal nafsu mereka.

Berdasarkan teknik surah Yusuf, sebuah kisah yang indah dibuka dengan berlakunya suatu kejahatan.  Kemudian kejahatan yang satu itu menjadi punca berlakunya banyak peristiwa-peristiwa lain, yang menghasilkan seluruh perkembangan plot cerita dari permulaan sehingga penamatnya.

Dalam peristiwa pertama, ayah Nabi Yusuf memberitahu anaknya bahawa abang-abangnya mempunyai niat jahat terhadapnya, dan terbukti perkara itu benar. Abang-abang Nabi Yusuf telah membawanya ke tengah gurun lalu mencampakkan beliau ke dalam telaga air. Beliau kemudian diselamatkan oleh kafilah peniaga. Beliau kemudian dijual sebagai hamba kepada seorang pembesar, iaitu suami Siti Zulaikha. Nabi Yusuf besar menjadi pemuda yang elok dan tampan sehingga Siti Zulaikha tergoda... begitulah cerita Nabi Yusuf berkembang sehingga akhirnya beliau menjadi perdana menteri kepada Raja Mesir.

Seandainya Nabi Yusuf tidak dicampakkan ke dalam telaga oleh abang-abangnya, seluruh cerita indah itu tidak berlaku, dan beliau pun tidak menjadi perdana menteri kepada Raja Mesir.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 18, 2010

Novel Cinta Islami Terbaru dari PTS

"Inilah novel wacana Islami yang jarang-jarang sekali kita temui dalam dunia persuratan tanah air." 

- Zaid Akhtar, novelis Salju Sakinah.

"Beberapa perkara yang tidak pernah saya fikirkan dicetus dan diberikan jawapan dengan analogi yang mudah dan berkesan. Ia benar-benar dramatik." 

- A. Ubaidillah Alias, novelis Warkah Cinta Berbau Syurga.

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >