Friday, February 12, 2010

Surah Yusuf: Penggunaan Perkataan ‘Tuhan’ dalam Dialog Akidah untuk Kanak-Kanak

Dalam ayat 5 dan 6 dalam surah Yusuf, apabila Nabi Yaakub bercakap kepada anaknya yang bernama Yusuf, yakni semasa si anak itu masih kecil sekitar 7 tahun, beliau menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan 'Allah'.

Maksud ayat 5 dan 6 itu: Berkata bapanya (Nabi Yaakub), "Wahai anakandaku, jangan anakanda ceritakan tentang mimpimu itu kepada abang-abangmu, nanti mereka akan memperdaya kamu dengan segala tipu daya. Percayalah, bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata. Tuhanmu telah memilih kamu, dan mengajarkan kepadamu ilmu mentafsir mimpi, dan menyempurnakan nikmatnya kepadamu, dan kepada keluarga Yaakub, sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatnya kepada dua orang nenda kamu dahulu, iaitu Ibrahim dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu maha mengetahui dan maha bijaksana."

Daripada kata-kata Nabi Yaakub kepada Yusuf yang masih kecil itu, dapatlah kita ambil 3 prinsip yang terkandung di dalamnya iaitu:

(i) Apabila memperkenalkan konsep ketuhanan kepada kanak-kanak, gunakan perkataan 'Tuhan' (Rab).

(ii) Manakala dua sifat Tuhan yang mula-mula diperkenalkan kepada Nabi Yusuf sewaktu beliau masih kanak-kanak adalah 'maha mengetahui' dan 'maha bijaksana'. Ini berbeza daripada kelaziman ibu-ibu yang gemar berkata kepada anak-anak kecil mereka, "Nanti Tuhan marah...."

(iii) Supaya memperkenalkan kepada kanak-kanak bahawa 'syaitan' adalah musuh manusia.

Juteru, buku-buku cerita untuk bacaan kanak-kanak perlu menyelitkan 3 prinsip di atas itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 11, 2010

Biografi Muhammad bin Abdullah adalah Kitab Sirah untuk Pembaca Dami-Islam

Buku kulit keras ini pertama kali terbit pada tahun 2007. Ia sudah dicetak 4 kali.

Pengarang buku ini adalah Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dan Pn. Noor Naemah Abd. Rahman, dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Menurut Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS, sehingga hari ini sebanyak 7,680 naskhah sudah terjual. Dalam gudang masih ada stok 1,320 naskhah.

Daripada eksekutif sales PTS yang pergi ke kedai-kedai buku, mereka melaporkan bahawa mereka banyak kali terserempak buku ini dibeli oleh golongan modern di bandar-bandar utama, termasuk mereka yang berambut merah dan memakai skirt. Malah petugas kedai-kedai buku elit memberitahu buku ini juga dibeli oleh individu bukan Islam.

Sempena perayaan Maulidur Rasul, jika dibeli di kedai buku online BOOKCAFE, buku kulit keras yang berharga RM35 ini sekarang dapat dibeli dengan diskaun 25% menjadikan harganya RM26.25 sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Runners adalah Agen Paling Berisiko Lari daripada Membayar Hutang

Istilah 'runner' bermakna individu penjual buku yang menjual buku ke sekolah-sekolah. Bisnes para runner yang utama adalah menjual buku-buku kepada pusat-pusat sumber sekolah.

Mereka mengambil buku terus daripada (i) penerbit seperti PTS, (ii) pengedar, ataupun (iii) kedai-kedai buku.

Membekalkan buku kepada para runner dengan memberi kredit adalah sangat berisiko, baik runner itu Melayu, Cina ataupun India.

Rekod senarai hutang lapuk PTS menunjukkan siapa yang paling tinggi risikonya, mengikut jumlah hutang lapuk:

(i) Para runner.

(ii) Kedai buku baru.

(iii) Kedai buku indie yang kecil-kecil yang berada di pekan-pekan jauh dari Lembah Kelang.

Faktor-faktor yang menyebabkan mereka tidak membayar hutang adalah:

(i) Modal pusingan mereka yang amat kecil.

(ii) Sistem pembayaran hutang oleh sekolah yang mengambil masa sangat lama.

Para runner tidak membayar hutang bukan disebabkan mereka berniat jahat, tetapi kerana 2 faktor di atas menyebabkan cashflow mereka tercekik, lalu akibatnya bisnes mereka gulung tikar. Apabila mereka gulung tikar, penerbit tidak dapat hendak menagih hutang kerana runner-runner itu tidak mempunyai duit bagi membayar hutang penerbit.

Disebabkan runner-runner itu mengambil buku daripada beberapa penerbit, pengedar dan kedai buku, maka banyaklah pihak yang mengejar mereka, masing-masing cuba menagih hutang. Kerana tidak tahan diburu pemiutang, mereka menukar nombor telefon, menutup pintu rumah dan apabila dipanggil tidak mahu membuka pintu, malah mereka mungkin pindah rumah sehingga tidak dapat dicari.

Runner diberi tempoh kredit 3 bulan oleh pembekal buku, tetapi sekolah mengambil masa purata lebih 6 bulan membayar hutang. Masuk bulan ke-4, runner tidak boleh mengambil bekalan buku baru melainkan hutang lamanya dibayar dahulu. Tanpa ada bekalan buku, runner tidak boleh hendak menjual buku. Sedangkan sekolah pula masih belum membayar hutang, jadi bagaimanalah runner hendak membayar hutang kepada pembekal buku....

Kebanyakan runner memang memulakan bisnes mereka dengan modal yang tidak mencukupi. Mereka mungkin hanya mempunyai modal RM5 ribu sahaja sedangkan modal yang cukup adalah RM50 ribu.

Dengan modal RM50 ribu, barulah cashflow mereka tidak tercekik sementara menunggu sekolah membayar hutang buku-buku yang dibeli oleh pusat sumber.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 10, 2010

Salahudin Ayubi: Dari Novel ke Komik

Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M memberitahu novel-novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib akan dialihkan ke bentuk komik.

Novel yang pertama dialihkan adalah "Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem". 

Pelukis komik itu adalah Tn. Nor Azri bin Nor Azmi.

Novel-novel Abdul Latip Talib ditulis menggunakan teknik surah Yusuf. Ini menjadikan novel itu mudah dialihkan menjadi komik, kerana dengan menggunakan teknik surah Yusuf, storyboard komik itu bagaikan sudah disediakan dalam novelnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Megaseller “Negeri 5 Menara” Ini Akan Diterbitkan oleh PTS

Inilah dia novel megaseller yang terbaru meletup dalam pasaran sastera Indonesia, selepas Ayat-ayat Cinta, karya Habiburrahman El-Sherazy, diikuti kemudian oleh Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.

Sebagaimana dengan Ayat-Ayat Cinta dan Laskar Pelangi, novel Negeri Lima Menara karya penulis kelahiran Sumatera ini juga didasarkan kepada unsur-unsur pengalaman sebenar kehidupan pengarangnya.

Puan Asma Fadila Habib, pengurus PTS Litera Utama Sdn. Bhd. memberitahu beliau baru sahaja selesai menguruskan perjanjian pelesanan novel ini bagi mendapatkan hak menerbitkan edisi Malaysianya.

Menurut beliau lagi, novel ini akan menemui para peminat sastera Islami tanah air selewat-lewatnya pada bulan Jun tahun 2010, namun ada kemungkinan ia dapat diterbitkan lebih awal sedikit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa di PTS Sinopsis Cerita Perlu Diluluskan Terlebih Dahulu

Bagi penulis-penulis yang baru hendak menulis untuk terbitan PTS, mereka dikehendaki menghantar sinopsis yang terperinci kepada editor supaya dibaca, dinilai dan diluluskan terlebih dahulu. (Contoh format menulis sinopsis boleh dilihat di blog Penerbit PTS.)

Ini disebabkan editor perlu memastikan perkara-perkara berikut:

(1) Cerita itu memenuhi ciri-ciri cerita yang syariah-compliant.

(2) Kualiti cerita cukup tinggi dan memenuhi citarasa pembaca sasaran.

Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh PTS mendapati kualiti cerita adalah faktor paling penting yang menentukan jualan buku-buku fiksyen.

Nota: Seorang editor di PTS Fortuna Sdn. Bhd. pernah menerima manuskrip novel yang dihantar atas nama sebuah 'syarikat'. Apabila si penghantar diminta supaya menghantar sinopsisnya, dia mula bercakap 'berbelit-belit'. Siasatan lanjut mendapati syarikat itu telah melakukan penipuan dengan menghantar kepada PTS manuskrip yang diterima dari penulis lain. Itulah sebabnya dia tidak tahu cerita dalam manuskrip yang dihantarkannya itu. Sekiranya editor PTS telah menerbitkan novel itu, tentulah PTS terlibat dengan jenayah menerbitkan harta intelek curi. Dalam kes ini, ada sebuah syarikat yang mengaku ia sebuah penerbit. Syarikat itu telah membuat iklan mencari manuskrip bagi terbitannya sendiri. Apa yang telah berlaku, syarikat itu telah menghantar manuskrip yang diterimanya kepada PTS dengan tidak menuliskan nama pengarang, sebaliknya meletakkan nama syarikat itu sendiri sebagai pemilik hakcipta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 09, 2010

BACA@LRT Sastera 20 Februari: Stesen Berkumpul

Para 'Ulat Buku' mohon berkumpul di stesen pilihan masing-masing pada jam 9.45 pagi dengan ejen Baca @LRT:

(1) Stesen KLCC dipimpin oleh "Kelab Tidur dengan Buku"

(2) Stesen Masjid Jamek dipimpin oleh "Sindiket Soljah"

(3) Stesen KL Sentral dipimpin oleh "Ramlee Awang Mursyid Fan Club"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori dan Teknik Surah Yusuf: Realisme dan Realiti dalam Sastera Islami

Teori dan teknik surah Yusuf mengusulkan gagasan bahawa kisah dan karya yang indah tercipta apabila sesuatu cerita itu adalah didasarkan pada kisah yang sebenar-benarnya pernah berlaku, bukan berdasarkan kisah ciptaan khayalan manusia.

Cerita yang diceritakan dalam surah Yusuf adalah kisah benar belaka, kisah yang real.

Namun, teknik penceritaan dalam surah Yusuf adalah berdasarkan selective-reality, yakni realiti yang dipilih-pilih, bukan asal realiti sahaja maka diceritakan.

Dalam surah Yusuf itu terkandung prinsip-prinsip yang jelas bagi mengenalpasti unsur-unsur realiti yang bagaimana yang boleh diceritakan dan yang tidak boleh diceritakan.

Surah Yusuf juga menerangkan teknik penceritaan yang boleh digunakan dan yang tidak boleh digunakan apabila menggambarkan realiti. 

Sebagai contoh, jenayah boleh diceritakan. Justeru ada kisah jenayah dan keganasan di mana abang-abang Nabi Yusuf merancang mahu membunuh Nabi Yusuf tetapi tidak diceritakan secara detail dan teknikal bagaimana jenayah itu mereka lakukan. (Prinsip ini juga berlaku pada teknik penceritaan kisah bagaimana Qabil membunuh Habil di mana tidak ada ayat yang menerangkan bagaimana proses pembunuhan itu dilakukan oleh Qabil.)

Sebaliknya pula yang terdapat dalam teknik surah Yusuf, di mana babak-babak kebaikan diceritakan dengan detail, sebagai contoh peristiwa bagaimana Nabi Yusuf memberi layanan baik kepada abang-abangnya yang datang ke Mesir bagi membeli gandum.

Di bawah ini adalah contoh babak yang tidak syariah-compliant kerana babak ini menceritakan dengan detail teknik-teknik dan dialog yang digunakan dalam babak keganasan rumahtangga:

Dia cuba berdiri tetapi dengan tiba-tiba tangan kasar Tuan Musa hinggap di pipi kirinya. Sekali lagi dia terduduk di atas katil.

“Aduh! Sakitlah, bodoh! Ceraikan aku, ceraikan aku sekarang juga!” jerit Rozita.

“Siapa benarkan ustaz itu masuk rumah kita?” marah Tuan Musa sambil menuding jari ke luar rumah mereka. Jarinya mula di hala ke dahi isterinya. “Engkau sahaja hendak sakitkan hati aku, ya?” jeritnya sambil menunjal kuat kepala isterinya.

“Kenapa dengan awak ini? Engkau bodoh, ceraikan aku!” tanya Rozita sambil berdiri dan menumbuk-numbuk dada suaminya.

Tuan Musa menolak lagi Rozita ke katil. Mukanya tersembam ke atas tilam yang empuk. Rozita mula menangis. Dia teresak-esak dalam tiarapannya.

Tuan Musa menarik telekung Rozita dari belakang. Bahagian kepalanya sudah terdedah. Tuan Musa menarik rambut Rozita. Isterinya kesakitan.

“Kau pergi rumah budak itu semalamkan?” jerit Tuan Musa lagi.

Rozita masih meniarap. Dia masih teresak-esak.

“Aku tanya engkau, kenapa engkau pergi rumah budak itu semalam?” Tuan Musa menarik lagi rambut Rozita dan memusingkan badan isterinya. Sekarang dia mencangkung atas badan isterinya di atas katil. “Jawab aku tanya ini, buat apa kau pergi rumah budak itu?”

Rozita menutup matanya yang berair. Tuan Musa semakin berang dia mengangkat kepala isterinya dan menampar sekuat hatinya. Rozita meronta-ronta dan cuba menendang suaminya.

“Engkau tidak berguna, aku mahu engkau ceraikan aku sekarang juga.”

“Engkau jawab dahulu, kenapa engkau pergi rumah budak itu? Hei, engkau jangan hendak buat-buat muka tidak bersalah, walau engkau bertudung lingkup sekalipun keluar rumah, harga diri engkau tidak lebih daripada seorang pelacur, kau faham? Mana ada isteri senang-senang keluar rumah pergi rumah jantan lain?'

“Astaghfirullahal azim... Kau tuduh aku pelacur. Kau memang sudah melampau. Membazir sahaja  hidup dengan kau,” jawab Rozita teresak-esak.

Nota: Petikan di atas diambil dari sebuah manuskrip yang dihantar ke PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Surah Yusuf: Tiada Unsur Manual Bagaimana Cara Melakukan Sesuatu Kejahatan

Cerita dalam surah Yusuf adalah bertemakan "buruk lawan baik" tetapi dalam kisah Nabi Yusuf itu, tidak ada panduan teknikal bagaimana sesuatu kemungkaran itu dilakukan.

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, penulis tidak dibenarkan menulis ayat-ayat naratif mahupun ayat dialog yang menggambarkan bagaimana watak-watak melakukan sesuatu kemungkaran. Malah, penulis tidak dibenarkan menuliskan ayat-ayat monolog yang menerangkan bagaimana watak sedang berfikir dan merancang mahu melakukan sesuatu kemungkaran.

Walaupun abang-abang Nabi Yusuf telah mencampakkan adik mereka ke dalam telaga air, tidak ada ayat yang menerangkan bagaimana perbuatan mungkar itu mereka lakukan. Justeru pembaca tidak diberitahu bagaimana mereka memegang Nabi Yusuf, bagaimana mereka membawa Nabi Yusuf ke tepi telaga, bagaimana mereka menolak ataupun mencampakkan Nabi Yusuf ke dalam telaga. Pembaca juga tidak diberitahu dialog yang diucapkan antara watak-watak dalam peristiwa mungkar itu.

Dalam kes kemungkaran yang dilakukan oleh Siti Zulaikha di mana dia cuba menggoda Nabi Yusuf, tidak ada ayat yang menerangkan secara teknikal apa yang dilakukan oleh perempuan itu supaya Nabi Yusuf tergoda apabila terpandang kepada dirinya. Pembaca tidak diberitahu perkara-perkara yang dilakukan oleh Siti Zulaikha sebagai persiapan bagi menggoda Nabi Yusuf, sebagai contoh apakah pakaian yang dipakainya, apakah dia memercikkan wangian ke tubuhnya, apakah dia menyikat rambutnya, atau lain-lain perbuatan.

Malah tidak ada ayat yang menerangkan apa yang difikirkan oleh Siti Zulaikha terhadap Nabi Yusuf. 

Sebaliknya, dalam teknik penceritaan surah Yusuf, yang diterangkan adalah panduan-panduan melakukan kebaikan. Terdapat banyak ayat yang menerangkan cara-cara bagaimana sesuatu kebaikan itu dilakukan.

Contoh ayat naratif yang menerangkan kemungkaran yang sedang difikirkan oleh watak adalah seperti di bawah ini:

Pak Ali yakin benar usahanya memikat Cikgu Noor berjaya. Jika selama ini dia asyik memandang Cikgu Noor dan mengintai-intai ketika dia sedang mandi, tetapi malam ini dia yakin benar Nenek Besar dapat membantu menyampaikan segala hasrat dan perasaannya.

Contoh ayat naratif yang menerangkan bagaimana watak melakukan perbuatan mungkar ada seperti di bawah ini:

Malam itu Tuan Musa bertemu Tauke Lim di hotel mewah tempat mereka selalu bertemu. Tidak ketinggalan Lily dan Suryani juga menemani mereka. Sambil mereka makan-makan di lounge hotel itu, mereka didendangi oleh kumpulan penyanyi dari Filipina yang terdiri daripada dua orang perempuan yang berpakaian seksi dan seorang lelaki. Dalam kesamaran cahaya lounge, mereka dihidangkan dengan halwa telinga berupa nyanyian lagu-lagu hits tujuh puluhan. Dari tempat duduk mereka juga, mereka dapat menyaksikan tarian-tarian yang mengghairahkan daripada dua gadis Filipina itu.

Contoh dialog yang mengandungi panduan teknikal bagaimana cara melakukan sesuatu kemungkaran adalah seperti di bawah ini:

“Hmmm! Nenek boleh jampikan malam ini jika puan mahu. Pulang ke rumah nanti, puan ambil nasi yang masih panas berasap dan campurkan sedikit dengan apa sahaja jenis kotoran daripada badan puan. Maksud nenek ialah puan boleh campurkan sama ada najis atau pun air kencing puan ke dalam nasi Tuan Musa. Jika puan rasa terlalu kotor, puan boleh gunakan daki puan atau pun kotoran daripada celah kuku puan. Kemudian, puan letakkan nasi tadi di bawah xxxx. Puan boleh duduk xxxxxxx atas nasi yang panas berwap tadi lebih kurang sepuluh hingga lima belas minit. Xxxxxx sehingga wap daripada xxxxxx puan menitik ke dalam nasi tadi,” kata Nenek Besar kepada isteri Tuan Musa.

Contoh-contoh di atas dipetik dari sebuah manuskrip yang dihantar oleh seorang penulis kepada PTS.

Nota: Penulis yang tidak pernah hadir dalam kursus penulisan anjuran PTS cenderung menghantar manuskrip yang mengandungi ayat-ayat yang menggambarkan tingkah laku watak-watak sedang melakukan kemungkaran, seperti babak lelaki dan perempuan bukan muhrim bergaul, berdating, dan banyak lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 08, 2010

Teknik Surah Yusuf: Jumlah Kejahatan yang Dilakukan oleh Watak-watak Jahat

Tema utama cerita-cerita yang terdapat dalam Quran adalah "baik lawan buruk", oleh itu kehadiran watak-watak jahat adalah unsur penting dalam sesebuah cerita.

Salah satu persoalan yang memerlukan jawapan adalah: Bagi menghasilkan cerita-cerita yang syariah-compliant dan indah, berapa kalikah watak-watak jahat perlu melakukan perbuatan jahat.

Perlukah watak-watak jahat melakukan banyak macam kejahatan dan melakukannya banyak kali? Sebagai contoh, seseorang watak jahat itu pernah terlibat dengan rasuah, dia juga pernah meminum arak dan mabuk-mabuk, dia juga pernah berzina, pernah bergi berjumpa bomoh sihir, pernah memukul isterinya, juga dia juga pernah bertengkar dan mengkasari anak-anaknya.

Dalam teori dan teknik surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan hanya SATU kali kasalahan utama sahaja.

Dalam kisah Nabi Yusuf, Siti Zulaikha hanya melakukan satu kesalahan sahaja, yakni beliau cuba menggoda Nabi Yusuf disebabkan beliau sangat tertarik kepada keelokan rupa paras Nabi Yusuf. Abang-abang Nabi Yusuf melakukan satu kesalahan sahaja, yakni cuba membunuh Nabi Yusuf akibat terlalu cemburu akibat ayah mereka memberikan lebih kasih sayang kepada adik mereka itu.

Akibat kesalahan yang satu itu, bagi menutup kesalahan tersebut, mereka melakukan kesalahan lain. Dalam kes Siti Zulaikha, bagi menutup kejahatan yang telah dilakukannya wanita itu memfitnah Nabi Yusuf di hadapan suaminya, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah cuba mencemarkan kesuciannya. Dalam kes abang-abang Nabi Yusuf, mereka berdusta kepada ayah mereka, Nabi Yaakub, dengan mengatakan Nabi Yusuf telah mati dimakan serigala.

Prinsip satu-dosa-sahaja ini juga berlaku dalam kisah Nabi Adam, di mana beliau hanya sekali melakukan kesalahan, yakni memetikkan buah khuldi untuk isterinya, Hawa. Dalam kisah Nabi Nuh pun berlaku prinsip satu-dosa-sahaja, di mana anak dan isteri Nabi Nuh tidak mendengar ajakan beliau supaya ikut naik ke atas kapal.

Nota: Lazimnya, dalam novel-novel yang tidak ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf, watak-watak jahat melakukan banyak dan bermacam-macam kejahatan dan dosa-dosa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Teori Surah Yusuf: Sejahat Manakah Kejahatan Watak-watak Jahat

Dalam surah Yusuf, terdapat lebih banyak watak jahat daripada watak baik. Watak-watak jahat itu adalah Siti Zulaikha dan sembilan abang-abang Nabi Yusuf, menjadikan 10 orang semuanya.

Yang menjadi persoalan adalah, bagi menghasilkan sebuah cerita yang indah dan syariah-compliant, sejahat manakah sifat-sifat jahat watak-watak jahat itu perlu digambarkan? Perlukan watak-watak jahat itu digambarkan sebagai manusia yang tersangat-sangat jahat, ataupun tidak berapa jahat, ataupun jahatnya hanya sedikit sahaja?

Dalam erti kata yang lain, bagi menghasilkan sebuah cerita yang syariah-compliant dan indah, salah satu persoalan yang perlu dijawab adalah: Berapakah banyakkah sifat-sifat jahat yang patut ada pada seseorang watak jahat?

Suatu contoh watak jahat yang tersangat jahat adalah di mana watak itu bukan hanya seorang perasuah, malah dia juga pemabuk, penzina, pengamal sihir, tamak harta, panas baran, dan suami yang kasar kepada anak isterinya.

Dalam teori surah Yusuf, watak-watak jahat adalah manusia-manusia yang sebenarnya baik, tetapi mereka telah melakukan kesilapan. Siti Zulaikha melakukan dosa kerana dia cuba menggoda Nabi Yusuf, manakala abang-abang Nabi Yusuf pula melakukan dosa kerana mereka cuba membunuh Nabi Yusuf.

Punca yang menyebabkan watak-watak jahat itu melakukan dosa itu pula adalah kelemahan yang ada pada diri mereka sendiri. Kelemahan itu pula adalah kelemahan sifat semulajadi yang diciptakan oleh Allah bagi semua manusia.

Allah mencipta manusia dengan diberikan fitrah mempunyai nafsu yang menyukai benda-benda yang cantik dan indah-indah pada pandangan mata kasar mereka. Siti Zulaikha adalah manusia biasa, oleh itu dia tergoda melihat keelokan rupa paras Nabi Yusuf, sebagaimana perempuan-perempuan lain juga turut terkesima apabila terpandang Nabi Yusuf sehingga mereka terpotong jari masing-masing.

Justeru, Siti Zulaikha melakukan dosa itu bukan kerana dia seorang perempuan yang jahat karekternya, sebaliknya dia seorang perempuan yang baik, hanya sahaja dia menjadi terlalu lemah apabila jatuh cinta sehingga dia hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal perasaannya terhadap lelaki yang dicintainya. Dan Siti Zulaikha hanya sekali itu sahaja melakukan dosa, yakni dia bukan seorang jahat yang konsisten melakukan dosa-dosa.

Bukti Siti Zulaikha seorang perempuan yang baik adalah pada kenyataan bahawa dia seorang majikan yang melayan hambanya dengan baik sekali, yakni dengan memberikan makanan yang baik-baik dan pakaian yang baik-baik. Itulah yang menyebabkan Nabi Yusuf membesar menjadi lelaki yang elok rupa parasnya, kerana dia hamba yang diberi cukup makan dan memakai pakaian yang elok. Jika Siti Zulaikha seorang majikan yang kedekut dan zalim, yang memaksa hambanya bekerja kuat macam keldai, serta tidak diberi makan secukupnya, sehingga tubuh mereka menjadi kurus, dan kulit mereka terbakar matahari, sedangkan pakaian mereka pula hanya bercawat, tentulah Nabi Yusuf tidak kelihatan elok rupa parasnya.

Dalam kes dosa yang dilakukan oleh abang-abang Nabi Yusuf, mereka bukan orang-orang yang konsisten melakukan kejahatan. Seperti Zulaikha, mereka juga hanya sekali melakukan dosa.

Punca yang menyebabkan mereka cuba membunuh Nabi Yusuf adalah kelemahan yang ada pada diri mereka. Kelemahan itu adalah ciri sifat semula jadi manusia yang diciptakan oleh Allah sendiri. Adalah fitrah manusia mahu disayangi oleh ibu bapa. Keinginan abang-abang Nabi Yusuf supaya diri mereka disayangi ayah adalah sifat yang baik.

Persaaan cemburu juga diciptakan oleh Allah dan diberikan kepada manusia. Hanya sahaja, dalam kes abang-abang Nabi Yusuf itu mereka terlalu cemburu dalam persaingan mahu menjadi kesayangan ayah.

Abang-abang Nabi Yusuf adalah anak-anak yang baik. Mereka menjaga ibu bapa mereka yang sudah tua dengan baiknya. Semasa negeri Palestin ditimpa kemarau yang buruk sehingga mereka berdepan dengan kebuluran, mereka berjalan kaki dan menaiki unta di tengah panas padang pasir beratus-ratus kilometer pergi ke Mesir bagi membeli gandum, lalu membawa pulang untuk makanan kedua ibu bapa mereka.

Mereka juga anak-anak yang mematuhi suruhan ayah mereka. Semasa hendak ke Mesir kali kedua, ayah mereka menyuruh mereka supaya memasuki kota Mesir dengan melalui pintu-pintu lain, mereka patuh kepada arahan itu.

Justeru, dalam teori surah Yusuf, watak jahat adalah sebenarnya watak-watak yang baik tetapi hanya sanya mereka juga mempunyai kelemahan fitrah manusia. Dan mereka hanya melakukan dosa sekali sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengaruh Jurang Usia ke atas Hubungan antara Editor dengan Penulis

Usia seseorang editor buku itu mempunyai pengaruhnya ke atas penulis-penulis yang bukunya diterbitkan oleh editor itu.

Sudah menjadi lumrah alam, orang muda suka bekerja dengan orang muda. Pola tingkah laku inilah yang dapat kita perhatikan berlaku di rumah-rumah penerbitan, dan PTS tidak terlepas daripada kesannya.

Di rumah penerbitan yang established seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, purata usia editornya lebih 40 tahun, maka mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis sebaya dengan mereka.

Disebabkan usia purata editor PTS adalah antara 26 - 28 tahun, maka tidak hairanlah mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan penulis-penulis muda yang sebaya dengan mereka sendiri. Statistik penulis PTS menunjukkan lebih 70% adalah terdiri daripada mereka yang di bawah 40 tahun.

Keadaan seperti ini memerlukan penulis-penulis yang lebih dewasa supaya memiliki kemahiran bekerjasama dengan editor yang masih sangat muda. Tentu sekali pada waktu yang sama para editor yang muda-muda perlu belajar bekerjasama dengan penulis yang lebih dewasa.

Salah satu tingkah laku yang biasa berlaku apabila orang dewasa berkomunikasi dengan orang muda (yang seusia dengan anak-anak mereka sendiri), mereka cenderung bercakap menggunakan gaya mengajar-ajar dan menasihati. Gaya ini mesti dielakkan kerana ia tidak mencipta iklim komunikasi yang menyeronokkan hati editor yang masih sangat muda usianya.

Nota: Foto menunjukkan editor PTS Tn. Irfan Jani (usia 26 tahun) memberi taklimat kepada kumpulan penulis di bawah kelolaan beliau. Daripada 8 orang itu, hanya seorang yang berusia matang. Beliau adalah Tn. Mohd Ali Berahim (berbaju batik). Yang lain semuanya dalam usia lewat 20-an.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 07, 2010

Rakaman Promosi Sempena Sambutan Hari Lahir Nabi Muhammad

Jabatan Marketing PTS sudah memulakan program promosi sempena sambutan Maulidur Rasul. Sepuluh judul buku-buku agama dijual dengan potongan istimewa sepanjang musim perayaan itu.

Foto di atas menunjukkan kru PTS selepas selesai sesi shooting untuk program promosi itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Warden Asrama Periksa Beg Pelajar

Pada hari Ahad lalu, saya berjumpa dan berbual-bual dengan seorang wanita. Beliau memberitahu anak gadisnya belajar di sebuah sekolah berasrama penuh yang terkenal.

Menurut beliau, di sekolah anaknya, warden asrama akan memeriksa isi kandungan beg yang dibawa oleh pelajar-pelajar apabila mereka balik dari sesi 'outing'. Tujuannya adalah bagi memastikan pelajar tidak membawa masuk item-item yang tidak diizinkan oleh sekolah. Antara item-item yang tidak diizinkan adalah majalah-majalah hiburan dan novel-novel cinta popular.

Menurut beliau lagi, novel-novel kanak-kanak, remaja dan dewasa terbitan PTS tidak dirampas oleh warden, sebaliknya akan dicop 'lulus'.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Mengapa Jualan Gudang Diadakan Awal Tahun

Assalammualaikum, Puan. Semoga puan sihat sejahtera dan senantiasa dilimpahi oleh rahmat-Nya.

Penyebab utama berlakunya jualan gudang adalah jika diperhatikan kebanyakkan penerbit akan melangsungkan jualan gudang mereka sebelum berakhirnya bulan MAC tiap-tiap tahun. Bulan MAC merupakan bulan yang kritikal bagi mereka yang mana ianya adalah penghujung untuk pengiraan akaun untung rugi bagi kebanyakkan penerbit dan juga tidak ketinggalan rangkaian kedai buku seperti MPH dan juga POPULAR.

Melalui jualan gudang ‘terdesak’ ini jugalah merupakan langkah dan pilihan terakhir untuk para penerbit ini untuk melonjakkan nilai jualan atau dengan kata lain bagi mencapai target yang telah ditetapkan untuk tahunan tersebut. Jika tiada target yang dikejar ataupun target jualan yang dibuat, percayalah sindrom jualan gudang ini tidak akan berlaku.

MPH sedang merangka untuk membuat jualannya pada penghujung bulan MAC ini begitu juga POPULAR yang sudah memulakan jualan murahnya sedikit demi sedikit dan akan secara besar-besaran penghujung MAC ini juga.

Para penerbit besar seperti Karangkraf, DBP dan sebagainya terpaksa melakukan jualan gudang ini bagi menutup kekurangan jualan mereka, sama ada untuk mengejar target jualan ataupun untuk menunjukkan nilai jualan meningkat dari segi per sen(%). Para penerbit harus melakukan itu semua kerana kelak apabila laporan tahunan dikeluarkan seakan mereka mencapai target ataupun jualan mereka meningkat berbanding tahun sebelumnya.

Jika laporan kewangan dan jualan hanya dibaca oleh mereka sendiri, perkara ini tidak akan berlaku, namun untuk dipertontonkan kepada pemegang saham ataupun untuk diwar-warkan kepada umum, langkah ini akan diambil.

Pada pemerhatian saya, paskal 2009-2010 lebih banyak penerbit dan pekedai melakukan jualan gudang berbanding paskal 2008-2009. Kesimpulannya, boleh digambarkan pasaran buku untuk penerbit-penerbit ini adalah lembab dan kurang memberangsangkan.

Mohd. Nor Ikhram Hanafiah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni “Bidadari Paderi” Sebuah Novel Cinta dan Perjuangan Yang Indah

Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli menulis dalam blog beliau Lobai Tampin:

Saya selesai membaca novel Bidadari Paderi yang saya beli malam tadi. Mula membaca sebelum ke kelas pagi tadi, di sambung sebelum Zuhur, bersambung semula selepas Zuhur hingga selesai. Ya, novel ini sangat menarik. Di dalamnya ada kisah perjuangan menentang bid'ah, khurafat dan segala macam adat-adat yang melawan syara'. Kaum Paderi boleh jadi jika wujud zaman kini di bumi Malaysia, mereka akan digelar sebagai Wahabi.

Perjuangan Kaum Paderi ditentang oleh kaum adat dan bangsawan. Kaum adat menentang kerana adat istiadat yang bertentangan syara' cuba dihapuskan oleh kaum Paderi. Kaum bangsawan membentuk 'pakatan Ahzab' dengan kaum adat kerana mereka marah dengan sifat perjuangan kaum Paderi yang bukan hanya menentang syirik, bid'ah, khurafat, bahkan cuba menghapuskan segala maksiat seperti perjudian dan lain-lain. Di dalamnya kisah pengkhianatan bangsa.

Bagaimana anak bangsa Minangkabau mengkhianati perjuangan menentang Belanda yang dipelopori Kaum Paderi hingga memberikan laluan kepada si Kafir Belanda menyerang kubu Kaum Paderi yang dipimpin Imam Bonjol. Di dalamnya satu pengajaran kepada pejuang Islam: Golongan pejuang adat dan bangsawan adalah manusia berbahaya yang akan mengkhianati umat tatkala kepentingan mereka atau kesukaan mereka [umpamanya berjudi, tunggang arak] dihapuskan. Saya cuba juga meninjau maklumat-maklumat tentang perang menentang Belanda yang dipelopori Kaum Paderi. Terjumpa maklumat kaum adat meminta bantuan si Kafir Belanda untuk menghapuskan Kaum Paderi.

Dalamnya kisah cinta si dara dan teruna: Cinta tanpa maksiat, apatah lagi memadu asmara. Cinta yang tidak melampaui cinta kepada Allah SWT. Bagaimana seorang dara memberikan syarat ketika bernikah supaya dia dibenarkan terus menyertai pasukan jururawat yang akan membantu perajurit Kaum Paderi yang menentang si kafir Belanda. Bagaimana si suami, isteri, ibu mertua dan bapa mertua menyertai peperangan. Lalu terkorban kesemuanya kecuali si suami. Syahid buruan mereka. [Mana mahu dicari gadis sekental itu? Jika ada berikan kepada saya.]

Ia novel sejarah, ia novel perjuangan Tauhid, ia novel cinta.....

Baca tulisan asal dalam blog Lobai Tampin  di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Dari Bilik Gerakan BACA@LRT

Assalam alaikum wbt, Tuan dan Puan yang dihormati dan dirahmati Allah. Didoakan agar dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan seharian.

Berikut merupakan entri laporan yang saya hantar kepada 2800 ahli .(JavaScript must be enabled to view this email address). Pertemuan Baca@LRT dan Bookxcess.

-----------------

Rakan-rakan Baca@LRT yang dihormati dan sentiasa di hati,

Baca@LRT gelombang kedua bertema sastera memberi kesan positif kepada orang ramai khususnya mereka yang terlibat dalam dunia buku secara langsung.  Kali ini kami membawakan kepada rakan-rakan pendukung Baca@LRT perkara penting yang dapat dicapai dalam pertemuan penting sejarah usaha kita bersama ini.

Seperti biasa, atas bantuan rakan-rakan dalam Baca@LRT yang menyebarkan maklumat gelombang kedua Baca@LRT, kami juga melakukan usaha yang sama melalui Facebook. Sehinggalah kami melayari Facebook Bookxcess. Kami amat gembira dan berbesar hati atas usaha sukarela kedai buku BookXcess menyiarkan catatan berita Baca@LRT dalam Berita Harian ke dalam laman Facebook mereka.

Kepada tuan dan puan yang baru mengenali dan mengetahui nama kedai buku BookXcess, izinkan kami bercerita mengenai latar belakang kedai buku ini. Kedai buku BookXcess mula dibuka di Amcorp Mall pada tahun 2007. Pada awalnya mereka menyewa ruang kedai yang kecil. Fokus mereka adalah menjual majalah luar negara dalam pelbagai kategori pada harga murah bersama-sama seleksi buku luar negara.  Tidak lama kemudian, mereka menyewa sebuah ruang lebih besar sehingga tahun 2010.

Apa yang menarik mengenai falsafah perniagaan BookXcess? Dalam pertemuan 90 minit bersama tuan Andrew dan isterinya, puan Jacquline, perkara paling konsisten yang mereka usahakan sejak tiga tahun lalu adalah merendahkan harga buku, tujuan perniagaan ini adalah meramaikan jumlah pembaca tempatan. Noktah.

Mereka percaya harga buku yang rendah dapat meningkatkan kadar pembacaan buku-buku berkualiti. Noktah.

Jangan terkejut jika anda menemui buku yang sama berkulit keras berharga 70 ringgit, dijual pada harga 24.90, buku berharga RM50.00 dijual pada harga RM19.90 meskipun di kedai buku lain ia dalam kategori bestseller dan dijual pada harga setinggi itu. Ianya buku baru. Di BookXcess sebaliknya. Itulah falsafah perniagaan mereka yang terpampang jelas pada plastik bungkusan, "Read More for Less."

Antara perkhidmatan kedai buku ini ialah mereka menyediakan perkhidmatan membalut buku untuk tujuan hadiah secara percuma. Meskipun buku itu berharga lima ringgit. Malah kad dan reben disediakan percuma pada buku itu.  Sekali lagi, ia adalah percuma semata-mata mahu melihat orang membaca.

Menurut Jacquline, "Membaca mesti menjadi sesuatu yang menyeronokan. Bagi yang sudah biasa membaca, mereka suka berkongsi. Bagi yang jarang membaca, mendapat buku dalam bentuk hadiah yang cantik pasti mengubah persepsi mereka. Kami di BookXcess membantu memudahkan pembaca menyediakan perkhidmatan membalut buku sebagai hadiah agar lebih ramai suka menerima dan membaca buku." Andrew, suami kepada pengurus kedai ini berkata pernah satu ketika satu kumpulan pekerja lelaki datang beramai-ramai membeli buku sebagai hadiah daripada syarikat untuk semua pekerja.

---------------------

Kedai buku ini pernah menganjurkan jualan murah (bukan jualan lelong) Big Bad Wolf di Amcorp Mall. Harga buku yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding kedai bukunya yang sememangnya sangat murah berbanding kedai buku berangkai lain.
 Tujuan Big Bad Wolf adalah memberi peluang mereka yang mempunyai kuasa wang yang sederhana mendapatkan buku yang berkualiti. Big Bad Wolf menukarkan persepsi orang yang tidak membaca menjadi pembaca tegar.

Dalam salah satu testimonial yang diterima penganjur, seorang abang menjadi pembaca tegar selepas mengikut adiknya ke pesta buku ini.  Disebabkan harga buku yang murah, abangnya membeli beberapa buah buku. Menurut adiknya yang menghubungi penganjur, abangnya kini gemar membaca dan membeli buku secara berkala. Itulah penangan Big Bad Wolf anjuran kedai buku Bookxcess

---------------------

Para pekerja di Bookxcess merdeka dari segi kreativiti. Ini dapat dilihat daripada hadiah penanda buku yang dibuat sendiri oleh pekerjanya.  Beliau menghasilkan penanda buku sebagai hadiah kepada sejumlah buku pada harga tertentu.  Inilah keseronokan yang beliau perolehi hasil daripada berkongsi sesuatu yang disukainya.

Buat tuan dan puan, kedai Bookxcess ketika ini sedang menyediakan sesuatu yang istimewa kepada kita semua pada 20 Februari kepada peminat buku yang hadir pada 20 Februari nanti.

-------------------

Ketika saya menulis entri ini, pekerja itu sedang membuat satu persatu penanda buku yang dibuat daripada manik-manik hiasan untuk dihadiahkan kepada semua penyokong Baca@LRT yang datang ke kedai buku itu setibanya kita di LRT Taman Jaya.  Ia diberikan percuma kepada penyokong .(JavaScript must be enabled to view this email address). Ketika mana saya menulis entri ini, seorang pekerja di Bookxcess sedang menyediakan hiasan selamat datang menyambut kedatangan kita dari Baca@LRT ke Bookxcess.

Bilakah kali terakhir kita disambut ke kedai buku? Ketika saya menulis entri ini, seorang pekerja sedang menghasilkan kupon berlogo Baca@LRT untuk diedarkan bersama borang keahlian percuma kepada penyokong Baca@LRT pada hari itu. Biasanya borang itu bernilai pembelian RM100++ tetapi diberikan percuma sebagai sokongan pada pembaca tegar dan peminat buku yang mengikuti .(JavaScript must be enabled to view this email address).

-------------------

Pasangan suami isteri ini membuka Bookxcess bermula sebagai sebuah kedai buku kecil dan berpuas hati dengan kegembiraan orang ramai dapat membeli buku pada harga yang murah.  Perasaan gembira itu dikongsi dengan memberi kepada mereka yang menghargai dunia buku dan percaya dunia esok lebih baik kerana mereka yang berada dalam Baca@LRT bersama-sama melakukan sesuatu untuk itu. Kata Andrew, "Hanya orang yang menghargai dunia buku dan percaya apa yang mereka buat ini untuk masa depan lebih baik bersedia memberi masa cuti mereka bersama .(JavaScript must be enabled to view this email address). Kerana waktu mereka itu bukan percuma, mereka datang kerana mereka benar-benar percaya."

-------------------

Kami di Baca@LRT mengucapkan terima kasih kepada Bookxcess yang menjadi kedai buku pertama yang menghubungi kami dan bertanya apakah yang dapat dibantu dalam .(JavaScript must be enabled to view this email address).  Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Bookxcess yang menghadiahkan penanda buku buatan tangan dan borang keahlian percuma bernilai pembelian RM100++ kepada penyokong .(JavaScript must be enabled to view this email address).  Ini bermakna penyokong Baca@LRT dapat menjadi ahli tanpa perlu berbelanja lebih RM100++ untuk mendapatkan keahlian.  Borang sah diisi pada hari itu sahaja.

-------------------

Andrew dan Jacquline sempat berkongsi impian mereka kepada kami, "Usaha kamu ini adalah untuk menggembirakan orang lain, kamu akan dibantu tuhan. Kami juga ada impian. Satu hari nanti kami akan mempunyai bangunan sendiri yang menjual buku, majalah dan menganjurkan kelas-kelas masyarakat secara percuma. Ketika itu lebih ramai boleh menyumbang melalui skil mereka. Kami bukan kedai buku ketika itu tetapi pusat aktiviti ilmu." Itulah Bookxcess yang konsisten dengan impian meningkatkan jumlah pembaca secara konsisten menurunkan harga buku sepanjang ia beroperasi, dari sebuah kedai kecil sehingga kini.

"Pada 20 Februari 2010, para penyokong Baca@LRT datanglah ke kedai buku kami di Amcorp Mall bagi mendapatkan hadiah penanda buku itu dan keahlian percuma. Tidak perlu membuat apa-apa pembelian, " kata Andrew kepada wakil Baca@LRT dalam pertemuan 90 minit.

-----------------------

Malah Andrew dan isterinya percaya kedai buku rangkaian lain yang mempunyai rangkaian outlet besar di seluruh negara seperti Popular dan MPH akan mendukung usaha baik ini.   Bookxcess sebagai sebuah kedai buku kecil mengakui apa yang mereka lakukan ini tidak seberapa dan tidak dapat menandingi rangkaian kedai buku seperti MPH dan Popular apabila Baca@LRT disokong mereka. Bookxcess percaya gerakan Baca@LRT akan disambut oleh kedai-kedai buku rangkaian ini. "Tetapi kami mahu menjadi sebahagian sejarah kamu yang bersama-sama dalam Baca@LRT mengikut kemampuan kami," kata Andrew.

-------------------

Sekali lagi mereka menawarkan apa bentuk bantuan bagi merancakkan gerakan Baca@LRT pada bila-bila masa. Ketika ini melalui web, blog dan Facebook, kakitangan mereka sedang menyebarkan informasi .(JavaScript must be enabled to view this email address).  Malah mereka menawarkan bantuan menghubungi dan menyebarkan maklumat kepada 4000 ahli berdaftar dan 4000 tidak berdaftar (yang hanya memberi emel) untuk turun ke Baca@LRT pada 20 Februari 2010. Semua pangkalan data itu ialah daripada mereka. Kami menangguhkan bantuan sebaran informasi pada 8000 ahli Bookxcess agar hadir pada 20 Februari ini.

Pada ketika ini tim Baca@LRT hanya akan memfokuskan pada mereka yang akan turun dan mengesahkan kehadiran melalui http://bit.ly/lrtfebruari agar suasana membaca sebagai suatu yang seronok, santai dan selesa dapat diwujudkan. Tawaran Bookxcess melibatkan 8000 ahlinya kita tangguhkan dalam satu aktiviti mega lain. Mungkin ini yang dikata, "Orang yang cinta buku tahu betapa seronoknya buku. Mereka tidak sabar memberitahu."

--------------------

Nota kepada mereka yang akan hadir ke gerakan Baca@LRT pada 20 Februari ini. Bagi mereka yang sah mahu hadir pada 20 Februari, mohon diisi borang dengan mengklik di sini http://bit.ly/lrtfebruari , ia bagi memudahkan kami mengenalpasti jumlah sebenar yang hadir dan jumlah penanda buku buatan tangan yang mahu disediakan oleh Bookxcess. Klik di sini http://bit.ly/lrtfebruari

Pada masa akan datang saya akan berkongsi wajah pemilik kedai buku Bookxcess milik suami-isteri ini. Wajah yang menyokong usaha kita semua. Menjadikan esok hari membaca buku sebagai satu gaya hidup di mana-mana.

ZAMRI MOHAMAD
Bahagian Bahasa Melayu
Penyelaras Komunikasi Baca@LRT

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

BACA@LRT dalam Sinar Harian

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Percuma: Hari Pejuang Bahasa di DBP pada ISNIN 15 Februari 2010

Dewan Bahasa dan Pustaka bekerjasama dengan beberapa NGO bahasa dan sastera Melayu akan mengadakan "Hari Pejuang Bahasa" seperti berikut:

Tarikh: ISNIN 15 Februari 2010

Masa: 9 pagi - 5 petang

Tempat: Dewan Seminar, tingkat 1, bangunan DBP, Kuala Lumpur.

Yuran: Percuma

Dalam majlis itu nanti tokoh-tokoh pejuang Bahasa Melayu akan tampil membentangkan kertas kerja dan bercakap dalam forum.

Nama petugas penting: En. Mohd. Taib 0172760100

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jutawan Cina Singapura Menceritakan Apa yang Beliau Lakukan bagi Menjadi Jutawan

Banyak buku-buku motivasi menjadi jutawan ditulis oleh penulis yang belum menjadi jutawan. Tetapi tidak demikian halnya dengan buku tulisan pemuda Cina Singapura ini. Adam Khoo adalah seorang jutawan. Beliau menjadi jutawan pada usia 26 tahun.

Buku ini menerangkan banyak perkara yang menyebabkan banyak orang yang pandai-pandai di sekolah dan di universiti, yang meskipun mereka berjawatan tinggi dan bergaji besar (di Singapura), sebenarnya adalah orang-orang 'miskin' harta, manakala banyak pula orang-orang yang nampaknya macam orang biasa-biasa tetapi sebenarnya memiliki kekayaan yang nilainya mencecah angka jutaan (dolar Singapura).

Adam Khoo memberikan tip-tip yang beliau sendiri amalkan. Tip-tip itu termasuklah yang dipelajari daripada ayahnya dan jutawan Singapura lainnya.

Bagi orang-orang tua, yang lahir 50 tahun dahulu ataupun lebih, sukar bagi mereka mahu membayangkan bagaimana orang-orang muda dapat menjadi jutawan, sedangkan mereka sendiri hanya menjadi jutawan pada usia relatif tua.

NOTA: PTS berjaya mendapatkan hak eksklusif menterjemahkan buku-bukunya ke dalam Bahasa Melayu dan menerbitkannya untuk pasaran Malaysia, Singapura dan Brunei.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

BACA@LRT SABTU 20 Februari: Naik LRT jam 10.00 pagi di Terminal Putra Gombak

 

 

 

 

 

 

 

 

Stesen KLCC - *10:25 pagi [dipimpin oleh Kelab Tidur Dengan Buku]
Stesen Masjid Jamek - *10:30 pagi [dipimpin oleh Sindiket SOL-JAH]
Stesen KL Sentral - *10:35 pagi [dipimpin oleh Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)]

Tren dijangka tiba di Stesen Taman Jaya pada jam 10:46 pagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Baca Sastera dalam LRT: Sabtu 20 Februari 2010

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 06, 2010

Sabtu 20 Februari: Baca Sastera dalam LRT

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Seni Menulis Surat Komplen Tidak Puas Hati

Apabila buku sudah dicetak dan terbit, barulah kita ternampak masih ada kesilapan di sana sini. Ini adalah perkara lazim. Semasa kita membaca pruf, kita cenderung nampak semuanya sudah betul kerana secara psikologinya kita membaca dengan niat hendak melihat bahawa semuanya sudah betul.

Sebagai penulis, apabila menulis surat komplen kepada editor disebabkan dalam buku tuan terdapat kesilapan, tulis surat yang santun dan pendek.

Surat komplen yang panjang (4 perenggan adalah panjang) mencipta risiko kesan-kesan negatif seperti berikut:

(a) Editor berasa dirinya dimarahi.

(b) Surat komplen yang panjang ditafsir sebagai si pengirim mengutamakan perasaannya sendiri daripada menjaga perasaan orang yang membaca surat itu.

(c) Pada mulanya hanya satu pihak tidak puas hati. Selepas menerima dan membaca surat komplen yang panjang, pihak yang menerima surat itu juga menjadi tidak puas hati. Sekarang kedua-dua pihak tidak puas hati.

(d) Orang yang tidak puas hati tidak duduk diam-diam dan tutup mulut. Beliau akan bercerita kepada rakan-rakan sekerjanya. Keadaan itu mencipta kesan negatif yang meluas di tempat kerja.

Kandungan surat komplen yang sopan adalah:

(a) Dituliskan salam dan doa-doa.

(b) Ada ayat tabik dan minta maaf terlebih dahulu.

(c) Didahului dengan pujian kerana buku sudah terbit, dengan menyebut perkara-perkara yang disukai dan dipuji pada buku itu.

(d) Nyatakan pada halaman mana kesilapan itu berlaku, supaya apabila buku diulangcetak, kesilapan itu dapat dibetulkan.

(e) Sebaiknya, tandakan semua kesilapan, dan serahkan buku itu untuk simpanan editor, supaya mudah dilakukan pembetulan pada cetakan akan datang.

Kesilapan teknikal mudah diperbaiki. Hubungan baik yang rosak sukar dipulihkan....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Perbedaan Nasib Filem Melayu Jalan Ampas dan Novel Popular Melayu Tahun 60-an, 70-an dan 80-an

Seorang sahabat lama saya, Dato' Mokhtar Petah (foto), adalah seorang wartawan dan novelis yang amat popular pada suatu masa dahulu. Siapa yang tidak kenal beliau, semua pembaca akhbar dan buku Melayu tahu nama beliau.

Beliau pernah menulis posting FaceBook yang begini bunyinya: Pada tahun 1960-70 an, kami: Boestamam, Kassim Ahmad, saya dan beberapa orang lagi, adalah penulis2 yang suara lantang dalam Hari Sastera dan pertemuan2 penulis. Tetapi mereka telah tidak ada lagi. Saya termasuk penulis sisa sebelum mengembara jauh ...Saya tinggalkan hasil karya saya, lebih 50 buah buku...

Lebih 50 buah buku! Subhanallah.... Tetapi sebuah pun tidak ada dipamerkan dalam kedai-kedai buku pada hari ini.

Semasa beliau muda dan aktif berkarya, konsep 'harta intelek' belum diketahui lagi oleh kaum penulis, oleh itu mereka menulis demi mengungkapkan perjuangan, pemikiran dan perasaan mereka, dengan tidak memikirkan apakah karya mereka itu dapat dijadikan sumber pendapatan dan kehidupan yang selesa, jangankan merancang supaya harta intelek mereka nanti akan dinikmati oleh anak cucu mereka.

Seorang lagi sahabat lama saya adalah seorang penulis novel popular yang sangat produktif. Sebut sahaja nama beliau, peminat novel Melayu zaman itu pasti pernah mendengar namanya dan membaca karyanya. Beliau menghasilkan lebih 70 buah judul novel. (Sebuah pun tidak ada dipamerkan dalam kedai-kedai buku pada hari ini.)

Beratus-ratus novel popular Melayu terbit sepanjang tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an, hasil tulisan berpuluh-puluh penulis. Namun, jika kita baca semula novel-novel itu, tidak sebuah pun yang dapat diterbitkan semula secara komersial, kerana meskipun tema-tema dan persoalan dalam novel-novel itu tidak lapuk dan masih relevan, tetapi gaya bahasanya sudah ketinggalan zaman. 

Novel-novel popular zaman itu ditulis menggunakan gaya Bahasa Melayu zaman itu. Gaya percakapan yang digunakan dalam dialognya adalah gaya percakapan orang Melayu 30, 40, dan 50 tahun dahulu. Jika kita hendak tahu bagaimana gaya percakapan orang Melayu pada tahun 60-an, 70-an dan 80-an, bacalah novel-novel popular terbitan zaman itu.

Orang Melayu sekarang tidak bercakap seperti watak-watak dalam novel-novel itu bercakap. Perubahan laras bahasa percakapan adalah faktor utama yang menyebabkan novel-novel itu tidak dapat diulangterbit dan dijual kepada pembaca zaman ini.

Novel-novel itu adalah sezaman dengan filem-filem Melayu hitam-putih keluaran studio Jalan Ampas. Sementara filem-filem Jln. Ampas (yang dibintangi oleh lagenda seperti P Ramlee, Nordin Ahmad, Jins Shamsuddin, Sarimah, Latifah Omar, Maria Menado, Umi Kalthum, Rahmah Rahmat dll) masih dapat dinikmati oleh penonton hari ini, tidak demikian halnya dengan novel-novel tersebut.

Faktor yang membedakan nasib novel-novel itu dengan filem-filem Jalan Ampas adalah bahasa percakapan harian yang digunakan dalam ayat-ayat dialog novel-novel itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 05, 2010

Komik-M untuk Kanak-Kanak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit Komik-M PTS menerbitkan komik untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

Pada masa ini PTS menerbitkan 2 judul sebulan, tetapi dalam masa terdekat jumlah itu akan dinaikkan menjadi 3 judul sebulan, dan akan terus dinaikkan lagi.

Tiga ciri utama siri Komik-M adalah: (i) Ceritanya adalah syariah-compliant, (ii) Lukisannya adalah syariah-compliant, dan (iii) Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Ketua unit Komik-M PTS adalah Tn. Wan Zuhairi. Beliau sentiasa mencari bakat-bakat pekomik baru.

Tuan dan puan yang berminat menerbitkan komik dengan PTS, tulislah surat emel kepada Tn. Wan Zuhairi di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Dalam surat itu, sertakan (i) contoh lukisan komik tuan, dan (ii) sinopsis cerita.

Bagi mengetahui cara pembayaran yang diamalkan di PTS baca maklumat di blog ini http://pernerbitpts.blogspot.com Dalam blog itu juga ada contoh format menulis sinopsis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ainol Kusyairi Ustaz yang Pandai Bercerita

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak banyak ustaz yang menguasai Bahasa Melayu modern dengan baik. Ustaz Ainol Kusyairi adalah antara mereka yang tidak banyak itu. Bahasa Melayu beliau sangat kontemporari.

Apabila membaca karya-karya beliau, sukar hendak dipercayai bahawa penulisnya adalah lulusan aliran agama. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya di Universiti Mu'tah, Jordan.

Lazimnya, golongan kanak-kanak dan remaja tidak suka membaca buku-buku cerita agama. Puncanya adalah gaya bahasa yang digunakan dalam buku-buku cerita itu berbelit-belit, berbau kearab-araban, dan persis bahasa orang Melayu tua-tua.

Disebabkan buku-buku Ustaz Ainol Kusyairi ditulis menggunakan Bahasa Melayu kontemporari, buku-bukunya diminati oleh pembaca kanak-kanak, remaja dan golongan berpendidikan sekular. 

Ustaz Ainol Kusyairi memiliki bakat lingusitik yang sangat tinggi. Beliau sangat fasih bahasa Arab, malah beliau dapat membaca dan memahami kitab-kitab Arab klasik.

Golongan ustaz-ustaz terkenal pandai menulis buku dengan menggunakan ayat-ayat yang berbelit-belit dan kearab-araban. Fenomena ini berlaku bukan hanya di kalangan ustaz-ustaz tua, malah ustaz-ustaz yang masih muda belia pun cenderung menulis menggunakan Bahasa Melayu yang berbau klasik.

Faktor yang menyebabkan bahasa ustaz-ustaz berbelit-belit adalah disebabkan mereka tidak membaca buku-buku yang ditulis menggunakan bahasa Melayu kontemporari. Majoriti ustaz-ustaz hanya membaca buku-buku agama yang ditulis menggunakan bahasa berbelit-belit.

Teori pemerolehan bahasa mengatakan manusia hanya dapat menghasilkan ayat-ayat yang terakam dalam memorinya. Itulah sebabnya anak Cina yang dibela oleh keluarga India akan bercakap Tamil, bukan bercakap Cina.

Apabila seseorang itu banyak membaca ayat-ayat yang berbelit-belit, maka itulah ayat-ayat yang akan terakam dalam memori kita, maka apabila kita menulis, justeru ayat-ayat berbelit-belit itulah yang akan kita keluarkan semula dari memori kita. Fenomena inilah yang dialami oleh ustaz-ustaz itu. Disebabkan mereka tidak banyak membaca buku-buku dalam subjek selain agama, akibatnya mereka tidak menguasai bahasa Melayu kontemporari.

Nota: Ustaz Ainol Kusyairi adalah seorang penulis sepenuh masa. Beliau sudah menerbitkan 5 buah buku dengan PTS. Semua bukunya sudah diulang cetak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat: Panduan Memilih Tema Cerita untuk Sastera Kanak-kanak dan Remaja

Buku-buku cerita adalah alat menyampaikan dakwah yang sangat berkesan kepada kanak-kanak dan remaja.

Dalam Quran terdapat banyak cerita, justeru Allah sendiri menggunakan cerita sebagai medium dakwah. Nabi Muhammad juga menggunakan banyak cerita-cerita bagi menyampaikan dakwahnya. Dengan demikian berdakwah dengan menggunakan cerita-cerita adalah sunnah Quran dan sunnah Rasulullah.

Namun ada ayat-ayat dalam Quran yang memberi amaran keras kepada tukang-tukang cerita dan penyair. Ini bermakna, dari satu sudut, cerita-cerita dan puisi boleh meninggalkan kesan negatif kepada mereka yang mendengarnya (ataupun membacanya).

Kita memerlukan analisis fungsi-fungsi cerita dalam Quran dan dalam hadith, yakni untuk tujuan apa cerita-cerita digunakan. Kemudian, kita memerlukan analisis bentuk-bentuk cerita yang digunakan bagi melaksanakan fungsi-fungsi itu. Ringkasnya, kita perlu tahu cerita apa digunakan untuk tujuan apa.

Sebagai contoh, salah satu fungsi cerita dalam Quran adalah bagi menanamkan nilai-nilai taat kepada ibu bapa dan taat kepada Allah. Dalam Quran ada cerita tentang sifat taat kanak-kanak yang bernama Ismail. Sebaliknya ada cerita tentang anak yang tidak taat kepada ayahnya iaitu cerita anak Nabi Nuh.

Justeru cerita-cerita tentang balasan baik kepada anak-anak yang taat kepada ibu bapa,  dan balasan buruk kepada anak-anak yang tidak taat kepada ibu bapa, perlu diperbanyakkan dalam buku-buku cerita yang dijadikan medium dakwah kepada kanak-kanak dan remaja.

Kita juga memerlukan analisis jenis-jenis watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita-cerita dalam Quran dan hadith. Sebagai contoh, dalam cerita-cerita yang terdapat dalam Quran dan hadith, tidak ada watak suami yang panas baran, pemabuk, penzina, dan mengamalkan sihir ke atas isterinya. Begitu juga tidak ada watak anak yang membenci, memusuhi dan berdendam kepada ayahnya.

Kita juga memerlukan analisis isu-isu dan jenis-jenis konflik yang terdapat  dalam cerita-cerita Quran dan hadith. Sebagai contoh ada tema konflik ayah-dan-anak ada dalam Quran. Isu yang mencetuskan konflik itu adalah persoalan perbezaan aqidah, seperti dalam cerita antara Nabi Ibrahim dan ayahnya, sebaliknya bukan isu anak memusuhi si ayah yang merupakan pelaku dosa-dosa besar seperti pemabuk, perasuah, penzina, pezalim ke atas anak dan isteri, serta pengamal ilmu sihir.

Penerbit buku-buku cerita untuk bacaan kanak-kanak dan remaja perlu memilih tema-tema cerita dan perwatakan yang hendak diterbitkan dengan berpandukan jenis-jenis tema cerita yang terdapat dalam Quran dan hadith. Apabila sesuatu tema itu tidak terdapat dalam cerita-cerita yang terkandung dalam Quran dan hadith, maka bererti tema seperti itu tidak boleh dijadikan medium dakwah.

Bukan semua tema boleh disogokkan kepada kanak-kanak dan remaja. Salah satu ciri psikologi kanak-kanak adalah mereka tidak dapat membezakan antara realiti dan bukan realiti.

--------------

Nota: Bagi orang Islam yang membaca entri ini, bacalah salawat sebaik-baik terbaca nama 'Nabi Muhammad' dan 'Rasulullah' kerana sangat besar ganjarannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 04, 2010

Testimoni Bahawa Buku-Buku PTS Memandaikan Pelajar

Assalamualaikum, puan.

Saya doakan puan sihat ceria, cergas dan senantiasa berada dalam lindunganNya.

Buat julung kali PTS mengadakan peraduan "Saya Mahu Hadiah PTS: Baca & Menang" sempena musim cuti sekolah akhir tahun 2009. Pelbagai perkara menarik yang berjaya diteroka oleh Jabatan Pemasaran PTS. Antaranya menerima borang-borang peraduan yang dihantar penuh hiasan kreatif dan menarik.  Juga slogan-slogan yang ditulis dengan rasa jujur. Kami menghargai para peserta yang terlibat dalam peraduan ini. Selepas tamat tempoh peraduan, kami menerima sebanyak 2812 borang penyertaan, dihantar oleh kedai-kedai yang terlibat, borang online dan juga mereka yang mengepos sendiri terus ke Jabatan Pemasaran.

Paling menarik perhatian ialah slogan-slogan yang ditulis oleh para pelajar sekolah. Walaupun slogan ini tidak menjadi pemenang tetapi kami amat menghargai mereka. Slogan yang ditulis penuh rasa jujur dan mengesahkan tentang prinsip Bahasa Melayu Tinggi yang diamalkan oleh PTS, membantu mereka menguasai bahasa melayu dengan lebih baik. Berikut adalah contoh slogan mereka:

i. Saya suka baca buku PTS kerana ceritanya yang menarik dan mengandungi pelbagai jenis moral yang boleh dipelajari. Ceritanya boleh juga digunakan untuk tulis karangan. Perkataannya pula baru dan juga boleh digunakan untuk karangan. Ia juga menambahkan pengetahuan. Daripada: Yageswary Balamurugan, pelajar SK Seri Makmur, Sungai Besar, Selangor.

ii. Saya suka baca buku PTS kerana menghiburkan saya dan memberikan saya pelajaran yang tidak saya belajari di sekolah. Daripada: Jennifer Tham Ai Ching, pelajar SK St. Joseph, Miri, Sarawak.

iii. Saya suka baca buku PTS kerana untuk menambah pengetahuan dan memperbaiki struktur bahasa juga menambah pembendaharan kata. Daripada Al-Atiqah binti Awang Ngah, pelajar Sek.Men Keb Mersing, Johor.

iv. Saya suka baca buku PTS kerana dapat menambah perbendaharaan kata dan boleh penguasaan bahasa saya dengan baik serta dapat menambah ilmu pengetahuan. Daripada Komathi Thangaraj, pelajar  Sek.Men.Keb Bandar Rinching, Selangor.

v. Saya suka baca buku PTS kerana buku-buku PTS sangat menghiburkan dan banyak membantu saya meningkatkan mutu tatabahasa saya. Daripada Muhammad Amir bin Jamaludin, pelajar SK Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.

vi. Saya suka baca buku PTS kerana ceritanya seronok dibaca manakala bahasanya pula mudah difahami dan pada masa yang sama Bahasa Melayu saya bertambah baik. Daripada Hafizahtul Naimah bt. Amran, pelajar Sek.Men.Keb Seri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.

vii. Saya suka baca buku PTS kerana jalan cerita yang menarik serta memberikan saya inspirasi untuk mereka karangan yang lebih baik. Daripada Nur Sabrina bt. Ja'afar, pelajar SK Taman Bukit Kempas, Johor Bahru.

viii. Saya suka baca buku PTS kerana mempunyai banyak kisah yang menarik. Selain itu, buku PTS telah membuatkan saya lebih pandai dan kreatif untuk menulis karangan. Daripada Nur Aisya bt Amnoradi, pelajar SK Agama (MIS) Miri, Sarawak.

Kami menerima lebih 81 borang penyertaan yang menulis slogan hampir sama seperti mereka. Ucapan syabas kami kepada para pelajar ini yang telah berjaya menulis karangan dan mendapat keputusan peperiksaan lebih baik selepas membaca buku-buku terbitan PTS. Tahniah kami ucapkan.

Wahyudi Mohd. Yatim
Ketua Unit Peraduan, Jabatan Pemasaran PTS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Polis Rampas Buku dan Komik

Sebanyak 22 naskhah buku "Where is Justice? Death and Brutality in Custody" ini dirampas oleh pasukan polis dari cawangan kedai buku Popular, Seremban, pada hari Jumaat 5 Februari 2010. Demikian dilaporkan oleh Malaysiakini,
 
Turut dirampas dari kedai buku yang sama adalah 12 buku komik '1Funny Malaysia'.
 
Situasi begini adalah salah satu risiko yang dihadapi penerbit.
 
PTS sendiri mengalami situasi begini beberapa kali. Pernah berlaku judul buku PTS yang dirampas adalah buku bacaan kanak-kanak, iaitu siri cerita rakyat Jepun.
 
Yang menjadi kemusykilan penerbit adalah, apabila kita bertanya apakah ada senarai garis panduan buku-buku bagaimana yang layak dirampas, senarai garis panduan itu tidak ada.  Padahal para editor sangat memerlukan garis panduan itu.
 
Pihak yang mempunyai kuasa merampas buku adalah pegawai polis, pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pegawai Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Kejayaan Novel Awal Remaja: Tema Dunia Sekolah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS ONE Sdn. Bhd. adalah penerbit novel remaja No. 1 saat ini.

Nama-nama terbesar dalam sektor novel remaja dilahirkan oleh PTS ONE, seperti Ain Maisarah, Farihah Iskandar, Ezee Rahmani, Aizam Aiman, Ainin Naufal, Ashadi Zain, Fred Suriya, Mohd. Kholid Hamzah dan Meor Shariman. Lebih banyak nama-nama baru sedang dilahirkan oleh PTS One. 

Resipi kejayaan novel-novel remaja PTS One adalah:

1. Menjaga kepercayaan ibu bapa dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu memberi kesan-kesan positif kepada pertumbuhan psikologi, minda, dan akhlak anak-anak mereka.

Faktor ini sangat penting dijaga kerana buku-buku bacaan remaja dibeli menggunakan wang ibu bapa. 

Ibu bapa mesti yakin bahawa dengan membelikan buku-buku PTS, anak-anak mereka bukan setakat dapat membaca buku sebagai hiburan malah ia sangat baik kerana buku-buku itu membantu perkembangan sahsiah anak-anak mereka.

2. Menjaga kepercayaan guru-guru dengan membuktikan bahawa novel-novel PTS itu membantu meningkatkan prestasi akademik murid-murid mereka.

Guru-guru sekolah perlu diyakinkan bahawa novel-novel remaja PTS memberi faedah langsung dan tidak langsung meningkatkan keputusan peperiksaan murid-murid mereka. Ini dilakukan kerana novel-novel remaja itu (a) ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), dan (ii) menyelitkan maklumat matematik, sains, sejarah, budaya, geografi, dan lain-lain maklumat yang relevan dengan subjek-subjek dalam kurikulum sekolah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Buku Paling Popular

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 03, 2010

Ilham Hamdani Pemenang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen)

Inilah sasterawan Ilham Hamdani, pemenang Anugerah Hadiah Sastera Perdana Malaysia - (kategori antologi cerpen). Antologi beliau yang bertajuk "Mekar Sakura di Mimbar Cinta" adalah terbitan PTS.

Foto ini diambil sewaktu beliau menghadiri bengkel penulisan yang saya kendalikan untuk bakal-bakal penulis PTS. Beliau terpaksa duduk di lantai kerana terpaksa datang lambat.

Pada waktu ini beliau berada di Canberra, Australia kerana menemani isteri beliau yang sedang menyelesaikan PhDnya di sana. Beliau pulang ke tanah air bagi menghadiri majlis penyampaian anugerah itu.

Orangnya kecil, pemalu, dan sangat halus tutur katanya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Pro & Kontra Jualan Gudang

Jualan gudang sudah menjadi tradisi dan acara tahunan di kalangan beberapa penerbit negara ini.

Jualan gudang yang paling terkenal adalah jualan buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, kerana pada masa itu ada buku-buku yang bagus dijual pada harga semurah RM1 ringgit.

Malah pernah berlaku buku-buku sastera DBP dijual pada harga RM1 ringgit dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur!

Ada pekedai buku yang memborong buku-buku jualan gudang DBP dengan tujuan akan menjual semula buku-buku itu di kedainya dengan harga yang lebih tinggi.

Jualan gudang diadakan dengan tujuan:

1. Mengurangkan kerugian penerbit.

Jualan gudang lebih baik daripada menjual buku-buku itu kepada kilang kertas kitar semula.

2. Mengosongkan ruang dalam gudang.

Ruang adalah wang. Ruang dalam gudang perlu dikosongkan kerana ruang itu dapat digunakan bagi menyimpan buku-buku yang baru diterbitkan.

Meskipun jualan gudang dapat mengurangkan kerugian, namun ia mempunyai kesan yang sangat merugikan penerbit pada jangka masa panjang:

1. Motivasi berkarya di kalangan penulis jatuh. 

Sudahlah buku mereka tidak laris, akibatnya mereka tidak menerima royalti. Kini mereka menanggung malu apabila melihat buku-bukunya dijual lambak. Akibatnya mereka tidak mempunyai semangat mahu menghasilkan karya baru yang dapat diterbitkan.

2. Penulis lari kepada penerbit lain.

Penulis hilang kepercayaan kepada penerbit, akibatnya mereka menulis untuk penerbit lain.

Nota: Buku-buku yang dijual pada jualan gudang tidak layak menerima royalti.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Kontraktor Buku Gembira dengan Langkah KPM Mewajibkan Guru-guru Membaca 7 Buku Setahun

Tuan Mohd. Yusry Mohamad Yusopp adalah editor buku-buku pendidikan di PTS Professional Sdn. Bhd., oleh itu adalah menjadi tugas beliau sentiasa melakukan pemerhatian tentang perkara-perkara yang berlaku di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), yang ada kaitan langsung dan tidak langsung kepada industri buku.

Beliau memberitahu, kementerian telah memotong bajet sebanyak 30% bagi tahun 2010. Banyak langkah telah dilakukan, seperti dapur sekolah asrama tidak lagi menyediakan makanan kepada pelajar pada hari Sabtu dan Ahad.

Satu lagi langkah penjimatan yang terpaksa dilakukan adalah guru-guru tidak akan dihantar mengikuti pelbagai kursus sebagaimana yang lazim dilakukan sebelum ini.

Bagi menggantikan kursus yang tidak dapat diberikan kepada guru-guru itu, kementerian mewajibkan guru-guru membaca buku sahaja, iaitu sebanyak tujuh judul setahun.

Berita ini disambut baik oleh komuniti kontraktor buku. Mereka mengharapkan KPM akan mengeluarkan kontrak membekalkan buku-buku yang perlu dibaca oleh guru-guru itu. Justeru mereka berpeluang mendapat tender KPM.

Perbincangan dengan beberapa kontraktor buku menghasilkan isu-isu berikut:

1. Adakah semua guru diwajibkan membaca 7 judul setahun. Jika ya, jumlah guru adalah lebih 250 ribu orang.

2. Adakah buku-buku itu dibekalkan kepada semua sekolah. Jika ya, terdapat lebih 20 ribu buah sekolah.

3. Adakah 7 judul itu ditetapkan oleh kementerian? Jika ya, bermakna hanya 7 judul itu sahaja dibekalkan ke semua sekolah.

4. Adakah guru-guru diwajibkan membeli sendiri buku-buku itu? Jika ya, kawasan luar bandar tiada mempunyai kedai buku yang menjual buku-buku ilmu.

Sehingga entri ini ditulis kita belum menerima maklumat berkenaan bagaimana projek-7-buku ini akan dilaksanakan.

NOTA: Sebagai sebuah syarikat yang berpegang pada prinsip bebas-rasuah dan syariah-compliant, PTS tidak masuk sebarang tender kerajaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 02, 2010

Apa Itu ‘Kesan Supermarket’

Kesan supermarket (supermarket effect) adalah istilah dalam sains pemasaran yang cuba menerangkan tingkah laku orang yang membeli-belah di dalam supermarket yang menunjukkan ciri-ciri tingkah laku tak-rasional.

Memang diketahui bahawa apabila orang masuk ke dalam supermarket, mereka cenderung membeli lebih banyak daripada apa yang dirancangkan sebelum memasuki supermarket itu. Sebagai contoh, sebelum masuk seseorang itu cuma berhajat mahu membeli sabun dan tepung, tetapi apabila keluar, mereka sudah membeli sabun, tepung, jus oren, burger dan sos.

Pengurusan supermarket tahu tingkah laku tak-rasional itu, lalu bagi mendorong orang supaya bertambah-tambah tak-rasional, justeru mereka akan terbeli lebih banyak barang-barang yang tak dirancang, maka itulah sebabnya pengurusan supermarket menyediakan troli yang besar, supaya orang terdorong mengisi troli besar itu sampai penuh!

Namun apakah yang mendorong tingkah laku tak-rasional yang diistilahkan sebagai 'impulsive buying' itu? Ya, pilihan yang amat banyak, sampai orang menjadi rambang mata, lalu membeli secara impulsif.

Kesan supermarket inilah yang sedang diusahakan keterciptaannya oleh PTS. 

Bagi mendorong supaya orang menjadi tidak rasional semasa membeli buku-buku Melayu, PTS akan menerbitkan banyak judul bagi setiap kategori, supaya banyak buku Melayu dipamerkan dalam supermarket buku seperti MPH, POPLUAR dan Kinokuniya. Biar rambang mata mereka!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Terbaru dari Novelis Ngetop Ain Maisarah

Dua judul terbaru Ain Maisarah ini dicetak tiap satu 8000 naskhah, demikian yang dilaporkan oleh Cik Nurismaliza, editor siri BSB (Buletin Seri Bangsar) merangkap ketua unit Teen-Pro di PTS rofessional Sdn. Bhd., yang menerbitkan siri BSB.

Menurut beliau lagi, 5000 naskhah dijual dalam bentuk boxset, yakni sebagai buku kembar, dibungkus di dalam kotak khas yang cantik.

Edisi boxset itu ditargetkan khusus untuk peminat-peminat tegar Ain maisarah. Apabila boxset itu habis, ia tidak akan dikeluarkan lagi.

3000 naskhah lagi akan dijual sebagai buku tunggal.

Adalah diramalkan cetakan pertama ini dapat dihabiskan jualannya dalam tempoh kurang 2 bulan, sebagaimana yang berlaku kepada boxset "Aku Mahu ke New York".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Lengkap Judul Buku yang Diulangcetak pada Bulan Januari 2010

1. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
2. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
3. Senangnya Memasak Sambal & Sos
4. Dahsyatnya Doa Ibu
5. Ajaibnya Sedekah
6. Aku Mahu Saiz S
7. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
8. Sarah dan Bunga Mawar
9. Sejak Bila Kami Berkawan? Rayyan vs Naznin
10. Berucap Dengan Yakin
11. Magnet Diri 
12. Yakjuj & Makjuj : Bencana Di Sebalik Gunung
13. Dunia Jam Sepuluh
14. G.T.O (Guru Terhebat Olan) 
15. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi 
16. Warna - Warni Si Puteri 
17. Dua Dunia 
18. Gitar Dan Lolipop  
19. Sherlock Holmes 4: A Study In Scarlet (Kajian Merah Berdarah) 
20. Adam Kecil 9: Sakit Gigi
21. Usahawan Cilik: Biskut Ajaib
22. Senangnya Memasak Ayam
23. Aisyah: Keanggunan Sejati - kulit lembut
24. Senangnya Memasak Ikan
25. Senangnya Memasak Nasi
26. Senangnya Memasak Daging
27. Senangnya Memasak Sayur 
28. 50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia 
29. Petua Membantu Anak Berjaya
30. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
31. Cincin Delima Raja 
32. Sultan Muhammad Al-Fateh
33. 100 Jam
34. Sayalah Puteri Raja! 
35. Abang, Adik & Kasut
36. Janji Puteri Beradu
37. Sherlock Holmes 1: Perunding Detektif Pertama Dunia
38. Adam Kecil 1: Debaran Buku Biru
39. Adam Kecil 4: Bertarung Dengan Kerengga
40. Adam Kecil 2: Hampir Kena Tangkap
41. Impiana II 
42. Aku Mahu Popular
43. Perancangan Strategik Sekolah
44. Buletin Sri Bangsar: Kini Berwajah Baru
45. Usahawan Cilik: Abang, Adik Dan Ayam 
46. Usahawan Cilik: Taman Botani Harapan
47. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
48. Kaya Dengan Rumah
49. 7000 Mutiara Kata
50. Panduan Protokol & Tatatertib Majlis 
51. Hendak Gagal Ataupun Berjaya 
52. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
53. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains - Edisi Jimat
54. Motivasi Alihan Pelajar
55. Di Dunia Ada Syurga 
56. Aura Personaliti Warna
57. Tip Menjadi Individu Menarik 
58. PSQ: Rahsia Personaliti Unggul
59. Apa Bakat Saya?
60. 31 Kisah Teladan: Di Manakah Tuhan
61. Hidup Diredai Tuhan: Koleksi terpilih drpd Kitab Riyadus Solihin
62. Jatuhnya Sebuah Tamadun
63. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem 
64. Wo Ai Ni Allah
65. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi  
66. Khalid: Memburu Syahid  
67. Abu Bakar: Sahabat Sejati
68. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
69. Dahsyatnya Doa Ibu
70. Pesona Solat Tahajud
71. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah 
72. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
73. Young Aisyah: Ponteng Puasa

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet percetakan. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jadual Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

JUDUL BARU
1. Jejak Bisnes Rasul
2. Panduan Melaksanakan Kem Motivasi
3. BSB - Perang Rumah Sukan
4. BSB - Juara Rumah Sukan
5. Rahsia Yahudi Menakluk Dunia

JUDUL ULANG CETAK
1. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
2. Motivasi Alihan Pelajar
3. Salahudin Ayubi: Penakluk Jeruselam
4. Wo Ai Ni Allah
5. Khalid: Memburu Syahid
6. Abu Bakar: Sahabat Sejati
7. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
 
Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Berjuang Menjadi Budak Besar dalam Sektor Novel Cinta Islami

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Apabila dibandingkan dengan jualan novel-novel cinta popular, maka jualan novel-novel cinta Islami adalah kecil.

Risikan pasaran yang dilakukan oleh PTS mendapati jumlah cetakan pertama novel-novel cinta popular terbitan syarikat yang terkenal adalah antara 15,000 - 30,000 naskhah. 

Manakala cetakan novel cinta Islami PTS andalah antara 3,000 - 5,000 naskhah sahaja.

Meskipun jualannya kecil, PTS akan terus menerbitkan judul-judul baru setiap bulan. Ini adalah strategi PTS bagi mencipta kesan supermarket (supermarket effect) di dalam kedai-kedai buku.

Teori kesan supermarket mengatakan semakin kecil jumlah produk yang dipamerkan, semakin kurang laku jualannya. (Jualan kedai runcit lebih kecil daripada jualan kedai besar.)

Demikian juga sebaliknya. Semakin banyak produk dipamerkan, semakin banyak yang laku dijual. (Jualan kedai besar lebih kecil daripada jualan supermarket). Inilah faktor yang sangat penting diberi perhatian oleh PTS.

Dengan komitmen PTS yang tidak henti-hentinya menerbitkan novel cinta Islami, pengurusan kedai-kedai buku akan perasan bahawa judul novel cinta Islami PTS semakin banyak, hal itu mendorong mereka memberikan rak khas kepada novel-novel PTS itu.

Pemberian rak-rak khusus itu dapat meningkatkan visibiliti novel-novel itu, di mana mata peminat novel akan mudah ternampak novel-novel yang tersusun banyak pada rak. Dengan demikian barulah kesan supermarket tercipta.

Pada masa ini cetakan novel Islami PTS masih kecil disebabkan kesan supermarket itu belum tercipta di dalam kedai-kedai buku.

Memang sudah ada kedai buku yang membuka rak khusus untuk novel cinta Islami, tetapi jumlah rak itu masih kecil kerana jumlah judul yang dipamerkan belum banyak.

PTS yakin kesan supermarket itu pasti dapat dicipta apabila semakin banyak penerbit lain ikut terjun masuk ke dalam sektor ini. Dengan demikian, semakin banyak rak yang akan diberikan oleh pengurusan kedai-kedai buku kepada novel cinta Islami. Dengan itu juga barulah jualan meningkat, dan jumlah cetakan pertama novel-novel itu dapat dinaikkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 01, 2010

Pelukis-Pelukis Komik-M PTS Menemui Peminat di Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor Baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novelis Remaja Maslina Ngadiman Hari Ini Memulakan Tugas di PTS

Cik Maslina Ngadiman bertugas sebagai editor di PTS Litera Utama Sdn. Bhd.

PTS Litera menerbitkan:

(i) novel sejarah

(ii) novel cinta Islami

(iii) novel chicklit

(iv) novel umum

Pengurus PTS Litera adalah Puan Asma Fadila. Emel beliau .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Belum 2 Bulan Terbit Stok Sudah Licin dalam Gudang PTS

Menjual buku-buku profesional karya penulis tempatan adalah sukar kerana pembaca buku-buku profesional mempunyai persepsi negatif terhadap pengarang tempatan. Mereka hanya percaya buku profesional yang bagus kalau buku itu tulisan pengarang 'orang putih' sahaja.

Tetapi jualan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" tulisan Tn. Syahrul Nizam ini, yang dicetak 3000 naskhah, membuktikan bahawa buku profesional karya pengarang tempatan dapat dijual dengan larisnya.

Saya pernah berbincang dengan seorang penerbit Cina tentang isu menerbitkan buku profesional tulisan penulis Malaysia. Menurut beliau, di kalangan orang Cina sekalipun mereka hanya percaya buku terbitan Amerika dan UK sahaja yang bagus kualitinya. Mereka percaya kepada nama orang putih.

Malah kata penerbit itu lagi, orang Cina tidak percaya kepada penerbit Malaysia. Itulah sebabnya buku tulisan pengarang Cina Malaysia akan diterbitkan (konon-kononnya) oleh penerbit Singapura bagi mengabui mata pembeli buku di Malaysia, kerana mereka mempunyai persepsi buku yang diterbitkan di Singapura lebih berkualiti (padahal penerbit Singapura itu hanya pada namanya sahaja)!

Memang banyak buku tulisan orang putih bagus-bagus kualitinya. Tetapi itu tidak bermakna buku pengarang tempatan semuanya tidak berkualiti.

Kejayaan buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" ini membuktikan buku profesional karya penulis tempatan dapat dipasarkan dengan baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Kejayaan Penulis Novel: Aplikasi Teori Multiple-Intelligence

Teori multiple-intelligence oleh Gardner mengatakan semua manusia dilahirkan dengan memiliki lebih daripada satu bakat. Daripada pelbagai bakat yang dimiliki itu, ada bakat yang paling dominan, kurang dominan, dan tidak dominan.

Sebagai contoh, seseorang itu mungkin memiliki bakat menulis novel, cerpen, puisi, esei, skrip drama, berlakon, bermain gitar, dram, piano dan serunai, di samping dia juga mempunyai bakat melukis cat air gaya Cina dan melukis pensil. Namun bakatnya yang paling dominan adalah bermain dram.

Teori multi-bakat ini sangat relevan kepada para penulis. Ambil sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai banyak bakat dalam bidang penulisan kreatif, tetapi hanya satu bakatnya yang dominan. Dia perlu mengenal pasti bakat dominannya dan fokuskan usaha menghasilkan kategori karya yang menggunakan bakat dominan itu.

Perkara memilih bakat dominan adalah penting bagi tujuan positioning. Tn. Ramlee Awang Murshid adalah contoh penulis yang telah mengenal pasti dengan tepat bakat dominannya, dan menjadikan bakatnya itu asas positioning bagi karya-karyanya.

Tn. Ramlee adalah penulis kreatif yang mempunyai kumpulan peminat dewasa paling besar. Mereka menubuhkan kelab peminat yang dinamakan Kelabram.

Pada masa ini beliau adalah penulis lelaki yang paling besar pendapatan royaltinya, (sama besar, jika tidak lebih besar, daripada pendapatan penulis-penulis perempuan paling ngetop dalam genre novel cinta popular).

Antara karya beliau yang sangat laris adalah Tombiruo, Semangat Hutan, Tombiruo Terakhir, Ranggau, Mandatori, ADAM, Satu Janji, Bagaikan Puteri,  Rahsia Perindu, Hatiku Di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, Ungu Karmila, 9 Nyawa.

Ada penulis yang mempunyai banyak bakat kreatif lalu dia menulis dalam banyak kategori buku. Penulis jenis ini menulis macam-macam genre, daripada buku cerita-cerita pendidikan akhlak untuk bacaan kanak-kanak, kepada novel cinta popular, kepada novel lagenda, sampailah kepada genre seram untuk peminat cerita-cerita hantu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis PTS di Karnival MPH, Shah Alam

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2