Wednesday, March 31, 2010

Peri Pentingnya Penulis Sastera Remaja Mempunyai Perancangan Kewangan Masa Hadapan

Pada masa ini majoriti penulis sastera remaja di PTS adalah dalam braket usia antara 25 - 30 tahun. Ini bermakna mereka masih sangat muda. Perjalanan hidup mereka masih sangat jauh. 

Adalah sangat penting karya-karya yang mereka hasilkan itu dapat terus menerus diulangcetak sehingga usia mereka meningkat tua, dengan demikian mereka dapat menikmati pendapatan royalti yang berpanjangan. Malah, lebih penting lagi supaya mereka menjadi semakin tua semakin kaya.

Jika pada hari ini mereka mampu menggunakan wang royalti RM60 ribu bagi membayar wang pendahuluan membeli rumah dengan mengambil pinjaman bank sebanyak RM300 ribu selama 20 tahun, maka sangat penting mereka mempunyai pendapatan secukupnya bagi membayar hutang bank itu.

Jika tidak, rumah yang mereka beli itu tidak mampu mereka servis hutang banknya kerana mereka juga akan membeli kereta, berkahwin, mempunyai anak-anak, seterusnya menyekolahkan anak-anak di mana semakin hari mereka memerlukan semakin banyak duit bagi memenuhi keperluan hidup seharian.

Ini bererti, mereka perlu menghasilkan karya-karya yang berciri evergreen. Dengan demikian wang royalti karya mereka dapat terus menerus digunakan bagi membayar hutang rumah yang dibeli itu.

Sebagai perbandingan, buku-buku Enid Blyton sudah lebih 70 tahun diterbitkan tetapi masih laku dalam pasaran hingga saat ini. Di PTS, buku-buku Rejab FI sudah lebih 35 tahun usianya, tetapi masih dapat diterbitkan semula dan dipasarkan.

Salah satu ciri yang menyebabkan buku dapat bertahan lama dalam pasaran adalah ciri bahasa.  Apabila buku ditulis menggunakan bahasa-bahasa trendi, maka gaya bahasa itu cepat menjadi out-of-date. Kesannya, buku itu tidak sedap dibaca lagi oleh generasi baru. 

Buku-buku cerita yang berdasarkan teknologi semasa cepat menjadi out-of-date. Sebagai contoh, cerita-cerita yang berkisar pada teknologi internet, SMS, MMS, blog, chatroom dan seumpamanya cepat ketinggalan zaman kerana teknologi itu amat pantas berubah. 

Budaya dan gaya hidup juga ada yang bersifat trendi. Ada aktiviti sosial yang trendi, ada yang evergreen. Contoh aktiviti sosial yang trendi adalah sukan futsal, manakala bolasepak adalah evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Bajet RM30 Ribu bagi PTS Melancarkan Kempen Melebarkan Pengedaran Buku-buku Agamanya

Puan Norhazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS memberitahu bahawa sepanjang bulan April ini, jabatannya akan menjalankan kempen  bagi menggalakkan lebih banyak kedai-kedai buku agama tradisional di seluruh negara menjadi agen jualan buku-buku agama PTS.

PTS menyediakan bajet RM30 ribu bagi membeli ruang iklan dalam Radio IKIM dan media cetak yang ditargetkan kepada pembaca buku-buku agama.

Dalam kategori kedai buku agama tradisional itu adalah:

(i) Kedai-kedai indie yang khusus menjual buku-buku agama sahaja

(ii) Penjual buku di pasar-pasar malam

(iii) Operator kiosk buku dalam hipermarket

Sehingga sekarang PTS sudah menerbitkan lebih 150 judul buku agama, tetapi sebelum ini buku-buku agama PTS hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku utama sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 30, 2010

Brand adalah Kepercayaan

Brand bukan logo.

Banyak logo dikenal orang, tetapi logo itu dibenci oleh banyak yang mengenalnya, contohnya logo 'dacing'. Banyak logo yang dahulu sinonimus dengan brand tetapi sekarang sudah menjadi liabiliti.

Brand bukan nama produk.

Banyak nama produk dikenal orang, tetapi produk itu tidak dibeli oleh banyak orang. Banyak nama produk yang dahulu digemari orang sekarang sudah tidak lagi digemari orang, contohnya brand 'Kia'.

Brand bukan nama syarikat.

Banyak nama syarikat dikenal orang, tetapi bisnes syarikat itu tidak disukai oleh banyak orang.

Brand adalah kepercayaan orang. Logo yang dipercayai orang. Produk yang dipercayai orang. Nama syarikat yang dipercayai orang.

Aktiviti branding bukan mengiklankan logo, nama produk ataupun nama syarikat. Aktiviti branding adalah melakukan semua perkara yang menyebabkan pelanggan menaruh kepercayaan kepada logo, produk dan syarikat kita.

Adakah "PTS" sudah mendapatkan kepercayaan orang?

Seorang ibu dan Fan-PTS yang bernama Afidah Mohd Ali menulis komen begini dalam FaceBook: "....dengan terbitnya novel kanak-kanak dan komik PTS, sebagai ibu, saya rasa memudahkan saya untuk memilih bahan bacaan untuk anak-anak. Kalau dulu, saya perlu membaca, menapis segala bahan yang hendak dibeli tetapi sekarang saya minta mereka memilih terbitan PTS. Mereka memang sukakannya dan sudah memiliki novel kanak-kanak dan komik PTS hampir 100 buah..."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Update Kedai Buku Pustaka Munirah Kemaman

Bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang Pustaka Munirah, klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni buku “Buat Duit dengan Menjual Pakaian”

Seorang rakan FB PTS yang bernama Cikpuan Ibtihaj Saian (foto) menulis: "Saya beli buku (Buat Duit dengan Menjual Pakaian) ini di PBAKL tahun lepas (2009), ia sangat bermanfaat untuk saya memulakan perniagaan."

PTS Professional Sdn. Bhd. sudah menerbitkan lebih 30 judul dalam siri "Buat Duit..." ini, dan semuanya diterima baik oleh pasaran. 

Ciri utama siri ini adalah:

(i) Bisnes yang dipilih adalah jenis bisnes yang memerlukan modal kecil bagi memulakannya.

(ii) Ia menerangkan langkah-demi-langkah bagaimana bisnes itu dimulakan.

(iii) Ia juga merangkan risiko-risiko yang perlu dihadapi dan cara mengatasinya.

Sebagai contoh, bisnes menjual pakaian baru (bukan baju bundle) dapat dimulakan dengan modal sekecil RM500 ringgit sahaja. Buku karya Tuan Saat Sulaiman ini menerangkan semua aspek perniagaan menjual pakaian secara kecil-kecilan pada peringkat awalnya. Beliau sendiri sudah menjalankan bisnes ini selama 15 tahun.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 29, 2010

Ada-ada Sahaja: Cerita Salesman PTS Menyusahkan Salesman Penerbit Lain

Semasa PBAKL, dalam tempoh menunggu unit Publisiti bertindak dalam dua fasa (11 pagi dan 3 petang), saya ada berkunjung satu per satu ke gerai penerbit kecil dan berbual dengan tuan kedai. Sebenarnya saya sedang melakukan spy. Bagi yang mengenali saya, maka saya tidak boleh bersembunyi lagi. Tapi, bagi yang belum kenal saya, mereka tidak tahu saya ini staf PTS.

Saya mendapat cerita ini, ikhlas dari sebuah penerbit kecil:
 
"Orang Sales PTS benar-benar menyusahkan kami. Dulu-dulu, tak pernah kedai buku MPH Popular suruh kami kemaskan buku dan kirakan stok.  Sekarang, MPH dan Popular sudah sombong. Tidak mahu ambil stok baru kalau tidak ada sesiapa yang ingin kirakan stok dan susunkan buku untuk mereka. Mereka selalu sindir-sindir, "Salesman PTS lagi pandai kerja, siap kirakan stok untuk kami lagi. Sudahnya, kami penerbit-penerbit baru ini kenalah ikut rentak PTS juga. Tak boleh malas-malas."
 
Saya sekadar mengangguk. Dalam hati cuma berkata, "Kalau Tuan Kimy dan Tuan Al-Beruntungi mendengar cerita ini, pasti hidung mereka kembang kuncup kembang kuncup.
 
(Nama dirahsiakan bagi menjaga keselamatan.)
 
 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rundingan Jual Beli Hakcipta antara PTS dan Penerbit Indonesia

Foto menunjukkan penerbit-penerbit dari Indonesia sedang berunding di dewan trade center PWTC pada PBAKL baru lalu.

Mereka membincangkan cara-cara bagaimana proses jual-beli lesen penerbitan semula edisi Malaysia dan edisi Indonesia dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Dua buah penerbit rakan niaga utama PTS di Indonesia adalah Grup MIZAN dan Grup Gramedia. Kedua-dua buah gergasi itu berpuas hati dengan prestasi jualan judul-judul mereka yang dilesenkan kepada PTS selama ini.

Mereka telah memberikan komitmen menjadikan PTS pilihan pertama apabila mereka mempunyai judul-judul yang berpotensi untuk pasaran Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 28, 2010

Twin-X 2 Memenangi Anugerah Komik Terbaik 2009

Komik-M siri Twin-X 2 oleh Pac telah memenangi anugerah komik terbaik 2009 yang dianjurkan oleh Pesatuan Pekomik Malaysia (PeKomik).

Majlis penyampaian anugerah itu diadakan di Dewan Kedah bangunan  PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010.

Kemenangan Sdr. Pac adalah sangat membanggakan rakan-rakan pelukis Komik-M dan pegawai-pegawai PTS yang hadir dalam majlis itu, kerana beliau bersaing dengan pekomik-pekomik ternama, baik Melayu mahupun Cina, yang sudah lama bermain dalam industri, dan mereka sudah pernah berkali-kali memenangi pelbagai hadiah dan anugerah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Idea Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta

Idea-idea yang terkandung dalam buku tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Oleh itu tema dalam sesebuah buku tidak dilindungi.

Sesiapa sahaja boleh menulis buku yang mengandungi idea-idea dan tema yang sudah ditulis oleh orang lain. Tetapi jalan cerita dilindungi oleh hakcipta. Ini disebut 'parenting right' yakni penulis yang mencipta jalan cerita itu dianggap sebagai orang yang melahirkannya, dan jalan cerita itu ibarat anaknya.

Justeru tuan boleh menulis cerita-cerita yang temanya serupa tetapi jalan ceritanya berlainan. Jadi, selepas menonton filem Pontianak Sundal Malam, tuan boleh menulis buku cerita tentang pontianak tetapi jalan ceritanya tidak boleh serupa dengan jalan cerita dalam filem itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siapa Pemilik Karya Biografi Tokoh Terkenal?

Katakanlah tuan dan puan menulis biografi Siti Nurhaliza, dan kemudian biografi itu diterbitkan oleh PTS. Bagimanakah urusan pembayaran royaltinya, yakni, adakah Siti Nurhaliza berhak menuntut sebahagian daripada royalti buku itu?

Hakcipta hanya diberikan kepada ayat-ayat yang tuan tuliskan dalam karya tuan itu. Siapa yang menuliskan ayat-ayat dalam buku itu, dialah yang memiliki hakcipta ke atas ayat-ayat itu.

Apa ertinya ini?

Disebabkan setiap patah ayat dalam biografi Siti Nurhaliza itu ditulis oleh tuan, maka Siti Nurhaliza tidak mempunyai hak ke atas hakcipta buku itu. Dengan itu Siti Nurhaliza tidak berhak meminta sebahagian daripada royalti buku tersebut.

Baik, sekarang kita beralih kepada isu lain.

Katakanlah tuan seorang yang terkenal seperti M. Nasir. Pada suatu hari tuan didatangi oleh seorang penulis yang hendak menuliskan biografi tuan. Bagaimana?

Jika tuan bercakap-cakap sahaja dengan penulis itu, di mana dia bertanya dan tuan menjawab pertanyaannya. Kemudian apa yang tuan ceritakan tentang kisah hidup tuan itu dituliskan dalam bukunya. Adakah tuan berhak menuntut hakcipta dan royalti buku itu?

Jawabnya, TIDAK.

Kalau begitu, bagaimanakah caranya supaya tuan boleh mendapatkan hakcipta dan royalti daripada biografi saudara yang ditulis oleh orang lain?

Jawabnya, buatlah perjanjian bertulis di mana tuan bersetuju menceritakan kisah hidup tuan dengan syarat-syarat yang diperetujui bersama. Selepas perjanjian itu ditandatangani barulah tuan mula bercerita kepada penulis itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 27, 2010

Anggota Gerakan BACA@KOMUTER Seremban-Kuala Lumpur Menuju ke Pesta Buku 2010

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa itu Bahasa Melayu Tinggi

Ciri-ciri Melayu Tinggi (BMT) adalah:

(i) Menggunakan sistem ejaan yang lengkap dan betul.

(ii) Menggunakan tatabahasa yang betul.

(iii) Menggunakan sistem morfologi (penambahan) yang betul.

(iv) Menggunakan sistem sendi yang beul.

(v) Menggunakan perbendaharaan kata yang betul.

(vi) Menggunakan semantik (makna) yang betul.

(vii) Menggunakan bunga-bunga bahasa yang betul.

(viii) Menggunakan sistem panggilan yang betul.

(ix) Menggunakan adab-adab berbahasa yang betul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Fungsi Utama Pesta Buku adalah Branding

Fungsi utama pesta buku bukanlah tempat seperti pasar malam di mana orang berjual-beli buku. Aktiviti menjual buku adalah fungsi sampingan sahaja.

Pesta buku adalah tempat yang baik bagi aktiviti marketing dan promosi memperkenalkan produk-produk yang mahu dipasarkan. 

Itulah sebabnya, sangat penting orang ramai datang ke booth kita dan menengok-nengok buku-buku kita, supaya mereka tahu ciri-ciri buku yang kita terbitkan. 

Sekiranya orang yang datang itu juga membeli, maka itu adalah bonus.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 26, 2010

Memahami Tingkah Laku Membaca Remaja Awal Perempuan

Remaja awal perempuan seperti dalam foto ini tidak mahu lagi membaca buku-buku cerita yang hero dan heroinnya sama usia dengan mereka.

Mereka adalah pelajar-pelajar sekolah rendah, tetapi mereka sangat tertarik mahu membaca novel-novel yang watak-watak utamanya adalah lebih tua daripada mereka, yakni pelajar sekolah menengah dan kolej.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

RM150,000-00 Modal Pameran PTS di PABKL

PTS menyediakan 960 nasi bungkus untuk petugas-petugas sepanjang pesta buku. Setiap bungkus berharga RM6-00.

Itu tidak termasuk bekalan makan ringan sepanjang masa: mi maggi, kopi, teh, roti, sekaya, sardin tuna, gula-gula, air putih, biskut tawar, roti manis....

Sewa 15 buah booth adalah RM50,000-00, dibayar tunai setahun lebih awal.

Pelbagai hadiah dan cenderamata.

Elaun kerja lebih masa untuk petugas logistik.

Bayaran iklan dan promosi di media cetak dan TV9.

Dan segala macam kos mencetak katalog, banner, poster, bunting dan kad bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 25, 2010

Tempoh Hakcipta Karya yang Tersiar dalam Media

Apabila cerpen ataupun makalah tuan dan puan diterbitkan dalam akhbar ataupun majalah, bagaimanakah kedudukan hakcipta karya tuan itu memandangkan tuan dibayar honorarium.

Cek honorarium yang tuan terima itu adalah bayaran 'sagu hati' sahaja. Itu bukan bukti tuan menjual dan majalah ataupun akhbar itu sudah membeli hakcipta karya itu, melainkan tuan ada menandatangi sebarang surat ataupun dokumen 'pelepasan' hakcipta karya kepada mereka.

Apabila karya tuan diterbitkan di akhbar ataupun majalah, tuan melesenkan karya itu kepada mereka bagi tempoh 1 terbitan sahaja. Disebabkan akhbar harian terbit setiap hari, maka dalam tempoh hari itu sahaja penulis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.

Bagi akhbar dan majalah mingguan ataupun bulanan, tempoh itu adalah berdasarkan tempoh mingguan ataupun bulanan itu. Maknanya, pada minggu ataupun bulan berkenaan sahaja penulis tidak boleh menerbitkan karya yang sama di tempat lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Sai-Fai Perlu Belajar Bercakap di Hadapan Peminat

Para penulis sai-fai dan fantasi perlu belajar dan berlatih bercakap dengan fasih, lancar dan persuasif apabila tampil di hadapan audiens.

Mereka sangat pemalu, merendah diri, dan juga amat sopan. Namun kemunculan mereka tidak berapa dapat meningkatkan minat hadirin.

Kemahiran bercakap di hadapan khalayak sangat berguna bagi tujuan mempromosi diri penulis dan karyanya.

PTS sentiasa berusaha mencari peluang membolehkan pengarang-pengarang PTS muncul di skrin televisyen dan bercakap tentang karya mereka. Justeru pengarang perlu bercakap dengan cara-cara yang berkesan dan disukai oleh penonton TV.

Foto menunjukkan sebahagian daripada penulis sai-fai dan fantasi PTS.

Dari kiri: Tn. Nuriazam Ismail, Tn. Silsoh Khairul dan Tn. Hasbullah Abu Bakar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 24, 2010

Hakcipta Terjemahan Karya yang Sudah Menjadi Harta Awam

Apabila PTS menerbitkan siri penyiasatan Sherlock Holmes karya Sir Arthur Conan Doyle, PTS tidak perlu mendapatkan izin bagi menterjemahkan karya-karya itu.
 
PTS juga tidak perlu membayar royalti kepada waris Doyle. Ini disebabkan siri SH sudah menjadi harta awam.
 
Katakanlah siri SH itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Tn. Imran Yusuf, PTS hanya membayar royalti kepada beliau seorang, waris Doyle tidak menerima satu sen pun.
 
Apakah makna semua ini?
 
(i) Hanya karya asal Sherlock Holmes, yang ditulis sendiri oleh mendiang Doyle, yang sudah bertaraf 'harta awam'. Karya original itu sahaja yang boleh diterbitkan semula oleh sesiapa tanpa meminta izin dan tanpa membayar royalti.
 
(ii) Ada penerbit di England yang menerbitkan siri SH edisi pelajar, maka hakcipta SH edisi pelajar itu bukan harta awam. Maka jangan menterjemahkan SH ke dalam Bahasa Melayu berdasarkan edisi pelajar itu tanpa izin kerana perbuatan itu melanggar hakcipta.
 
(iii) Berpuluh-puluh negara sudah menterjemahkan siri SH ke dalam bahasa masing-masing, maka hakcipta terjemahan itu belum menjadi harta awam. Maka jangan menterjemah SH berdasaran edisi terjemahan itu tanpa izin.
 
(iv) Katakanlah Tuan Imran menterjemahkan siri SH ke dalam Bahasa Melayu, maka beliau mesti menterjemah dengan menggunakan edisi original. Hakcipta terjemahan adalah dimiliki oleh Tuan Imran. Hanya selepas 50 tahun Tn. Imran meninggal dunia barulah terjemahannya itu menjadi harta awam.
 
(v) Katakanlah ada penerbit ABC hendak menterjemah siri SH juga ke dalam Bahasa Melayu, silakan. Bagi edisi terjemahan itu hakciptanya dimiliki oleh pihak yang berkaitan. PTS mahupun Tn. Imran tidak berhak menghalang mana-mana pihak lain menerbitkan terjemahan Bahasa Melayu mereka sendiri.
 
Bagi tiap-tiap karya terjemahan, hakciptanya adalah milik si penterjemah itu. Sebagaimana undang-undang hakcipta melindungi karya asal, undang-undang itu melindungi karya terjemahan sebagai karya asal juga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wira Malam PTS

Bunga sundal malam sudah sejak senja tadi mengeluarkan bau harumnya. Hari kini hampir dini. Pontianak sedang bersiap-siap mahu menunggu anak muda pulang dari surau dengan menaiki basikal yang akan lalu di tepi rumpun buluh. Tim logistik PTS (foto) masih tekun bekerja di dalam gudang memproses 2 ribu buku yang mesti dinaikkan ke atas lori malam ini juga untuk booth di PBAKL di PWTC....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Gara-Gara Pesta Buku….

Ibu kanak-kanak ini bertugas di pesta buku. Ayahnya tidak pandai memberi layanan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Banner bagi Menyambut Kedatangan Grup BACA@KOMUTER dari Seremban ke Booth PTS

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Layanan 5 Bintang di Booth PTS

Seorang pembeli buku PTS yang menggunakan nama FB "CT" menulis posting seperti di bawah ini:

"Pakaian (topi koboi PTS) sebagai first impression.... tetapi layanan mereka yang amat saya hargai.... Dengan senarai buku yang ingin saya beli, staff PTS membantu saya mencarinya, sampai ada buku tu panas lagi, baru sampai ke PWTC. Dah tu bila saya siap membeli... mereka tolong jaga buku-buku yang saya beli sementara saya keluar mencari teksi, selepas itu, mereka bantu pula usung buku-buku yang saya beli dan masukkan ke dalam teksi."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Duduk Tak Sama Tinggi, Namun…..

Mr. Vovin (Karipap-Karipap Cinta), Tuan Sinaganaga (Sting Garden), dan Puan Nisah Haron (Lantera Mustika) menulis genre yang sangat berbeza untuk terbitan PTS.

Bak kata orang, mereka bertiga berdiri tak sama tinggi, duduk tak sama rendah. Namun di pentas aktiviti PTS mereka duduk setaraf di satu meja yang sama, sambil mempromosi karya masing-masing.

Ada satu lagi faktor yang membolehkan mereka duduk semeja: Mereka semua lahir pada bulan April!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Macam-macam Cerita di PABKL

Pada hari Selasa, rupa-rupanya pekerja PWTC melancarkan piket kerana tidak berpuas hati dengan kenaikan gaji yang dikatakan cuma "2-3 ringgit" sahaja.

Tukang-tukang masak di dapur PWTC pun ikut berpiket tidak mahu memasak!

Pagi-pagi lagi sepasukan pegawai polis sudah datang bagi memonitor keadaan di PWTC.

Mujurlah sebelum tengah hari piket itu dibatalkan....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Membeli Buku PTS dengan Duit Tabung

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, March 23, 2010

Buku Paling Laris di PABKL

Tuan Azari Hashim al-Beruntungi, eksekutif jualan dan khidmat pelanggan di Jabatan Sales PTS memberitahu bahawa buku "Alexander adalah Zulkarnain" adalah buku bukan fiksyen paling laris di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (PABKL).

Meskipun buku ini baru 3 hari dipamerkan, hampir 800 naskhah sudah terjual.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan buku berharga RM35 ini menjadi buruan peminat buku-buku sejarah:

(i) Pengarang buku ini adalah ahli sejarah yang sama dengan buku topseller "Yakjuj & Makjuj: Bencana dari Sebalik Gunung", yang diulangcetak 10 kali dalam empoh 12 bulan.

(ii) Mereka yang sudah membaca "Yakjuj & Makjuj" memang mahukan buku ini.

(iii) Pengarang buku ini sekali lagi diterbangkan dari Malang, Indonesia, bagi menjalankan promosi.

(iv) Tema sejarah Islam memang mempunyai banyak peminatnya sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Bagaimana PTS Mencipta Imej sebagai Penerbit Besar yang Tetap COOL….

Setiap tahun apabila diadakan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL), para petugas di booth PTS tampil dengan gaya gila-gila. 

Pada tahun-tahun lalu, mereka memakai apron dan telinga tikus.

Tahun ini mereka memakai topi koboi!

Ini adalah strategi yang dicipta oleh jabatan marketing PTS supaya dengan penampilan gila-gila itu, para penyokong, peminat, pendukung, dan pengunjung booth PTS mendapat kesan bahawa PTS adalah sebuah korporat yang sangat periang, mesra, ramah-tamah, mudah didekati, tidak formal, tidak mementingkan duit semata-mata, suka berkawan dan amat menggembirakan.

Pendek kata, penampilan gila-gila itu bertujuan mencipta kesan emosi yang sangat positif kepada para pengunjung booth. 

Matlamat pemakaian topi koboi tahun ini supaya PTS mudah dijadikan korporat kesayangan pembeli buku-buku Melayu....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Hak Moral Pengarang Tidak Dapat Dibeli oleh Penerbit

PTS berhak mengedit manuskrip yang diterbitkannya supaya sesuai dengan dasar perniagaan dan dasar editorial PTS.

Namun PTS menghendaki pengarang menyemak pruf terakhir karya mereka. Pengarang diberi tempoh 1 minggu sahaja bagi menyemaknya.

Prosedur kerja PTS iu adalah dmi menjaga hak moral semua pengarang PTS, maka itulah sebabnya pruf terakhir sentiasa diserahkan kepada pengarang, supaya disemak dan kemudian dipersetujui oleh pengarang, sebelum karya itu dicetak.

Konsep hak moral adalah konsep yang masih tidak difahami oleh majoriti pengarang dan penerbit negara ini. Bagi kebanyakan pengarang dan editor, mereka mungkin tidak pernah mendengar istilah 'hak moral'.

Sebagai pengarang, apabila seseorang itu tidak berpuas hati dengan perbuatan penerbitnya yang telah melakukan kerja-kerja editing sehingga karya yang diterbitkan itu mengalami pencacatan, atau istilahnya 'mutilasi', maka dia boleh membawa kesnya ke mahkamah berdasarkan apa yang disebut undang-undang hak moral.

Hak-hak utama dalam konsep hak moral adalah:

1. Seseorang pengarang itu berhak menerbitkan karyanya dengan 'tanpa nama' ataupun dengan menggunakan nama samaran.

2. Seseorang pengarang itu berhak mempertahankan integriti karyanya, iaitu tidak boleh mana-mana pihak lain mengubah, menukar ataupun mencacatkan karyanya, ataupun melakukan sebarang perbuatan yang menjatuhkan mutu karyanya, sehingga menjejaskan maruahnya ataupun nama baiknya. Ini bermakna jikalau penerbit hendak melakukan perubahan ke atas manuskrip, maka pengarang berhak diberitahu dan dirundingi serta persetujuan diperolehi terlebih dahulu daripada si pengarang.

3. Hak moral seseorang pengarang adalah kekal menjadi kepunyaan si pengarang meskipun hakcipta karya itu sudah dijual ataupun dipindahkan kepada pihak lain. Ini bermakna, walaupun penerbit sudah membeli hakcipta karya itu, penerbit tidak mempunyai hak moral ke atas karya tersebut. Sebelum melakukan sebarang perubahan, penerbit hendaklah mendapatkan persetujuan pengarang.

4. Hak moral pengarang dapat diwarisi oleh pewaris pengarang itu. Ini bermakna, anak-anak ataupun cucu-cicit pengarang memiliki hak moral karya ayah, ibu ataupun datuk nenek mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 22, 2010

Penulis dan Ilustrator Berkongsi Royalti

Novel kanak-kanak dalam siri "Young Aishah" ditulis cerita-ceritanya oleh Puan Saridah Hamid (kiri).

Manakala ilustrasinya pula dilukis oleh pekomik yang dikenal dengan nama Reja (kanan).

Apabila PTS mengadakan majlis mempromosi siri itu, mereka sama-sama hadir dan memberikan kerjasama.

Mereka berdua berkongsi royalti daripada jualan siri ini.

Puan Saridah sebagai penulis menerima 70% daripada jumlah yang dibayar, manakala Tuan Reja menerima 30%.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ Zuraidah Atan Mengunjungi Booth PTS

Hari ini, antara orang besar yang datang ke booth PTS di PWTC, adalah Dato' Zuraidah Atan (baju kuning), pengarah NCB Holdings Bhd., juga seorang peguam.

Beliau sempat membeli karya terbaru Baharuddin Bekri (tengah), Diari Mat Despatch.

Dato' Zuraidah adalah bekas ketua pegawai eksekutif Perwira Affin Bank, wanita Melayu pertama memegang tampuk sesebuah bank. Kini beliau adalah juga pengarah HSBC Bank Malaysia dan TH Hin Corporation.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Duduk di Lantai Sambil Memilih Buku

Barangkali disebabkan kaki mereka sudah terlalu lenguh berjalan, apabila perempuan-perempuan dalam foto ini tiba di booth PTS yang terletak di seberang sungai, mereka lantas duduk sahajalah di hadapan rak buku resipi sambil memilih....

PTS sengaja dengan sukarela membuka booth di seberang sungai, meskipun semasa mencabut undi PTS mendapat lokasi di dalam PWTC.

Lokasi dalam PWTC adalah lebih strategik, orang di situ lebih ramai, jualan pun lebih rancak dibandingkan dengan lokasi di seberang sungai.

Tetapi PTS mahu menolong penerbit-penerbit lain yang mendapat lokasi di seberang sungai.  

Disebabkan PTS sudah mempunyai banyak peminat, walaupun berada di seberang sungai, peminat tetap akan pergi ke sana mencari PTS.

Dengan itu PTS dapat menarik orang ramai pergi ke dewan seberang sungai. 

Mudah-mudahan, mereka akan pergi melawat booth-booth lain dan membeli juga buku-buku mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Dr. Arieff Salleh Rosman (UTM) dan Famili Dapat Hamper Pembelian RM500 ke atas

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik-M ke Perpustakaan Universiti Frankfurt

Dr. Holgar, pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Frankfurt, Jerman, sengaja dihantar oleh universiti beliau datang ke PBAKL bagi membeli dan membawa pulang buku-buku Melayu untuk perpustakaan UF.

Beliau juga membeli semua Komik-M!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, March 21, 2010

Bapak Muhammad Alexander Memperkenalkan Sains Quranic Archeology

Bapak Muhammad Alexander (foto) mempertahankan teorinya bahawa Alexander the Great dan Zulkarnain yang disebut dalam surah al-Kahfi dalam Quran itu adalah orang yang sama.

Beliau membuat kesimpulan itu dalam buku terbarunya Alexander adalah Zulkarnain, dengan mengemukakan banyak sekali dalil dan hujah historis.

Yang lebih menarik, beliau juga menggunakan suatu disiplin ilmu yang amat baru, yakni Quranic archeology (sains arkeologi yang berdasarkan ayat-ayat dan perkataan-perkataan yang digunakan dalam Quran).

Dalam kajiannya, beliau telah menemukan lokasi-lokasi yang pernah disinggahi oleh Alexander dalam perjalanan misi ketenteraannya, dan lokasi-lokasi itu menepati diskripsi yang terdapat dalam Quran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Cik Hanan Abdullah Terima Hamper untuk Belian RM500 dalam 1 Resit

Cikpuan kecil ini bernama Hanan Abdullah (kiri). Beliau membeli buku lebih RM500 di booth PTS. Sebagai imbuhan PTS menghadiahkan hamper.

Beliau mempunyai koleksi 240 buku-buku terbitan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, March 20, 2010

Wira-wira Malam PTS

Setiap hari, sepanjang pesta buku berlangsung, bertan-tan buku PTS laku dijual di gerai buku di PWTC.

Apabila petang, petugas di booth PTS akan menyediakan laporan buku-buku yang stoknya habis terjual, ataupun tinggal sedikit sangat.

Malam itu juga senarai buku-buku yang habis itu terus diproses di gudang PTS di ibu pejabat.

Sehingga tengah malam petugas gudang mengisi lori PTS dengan muatan. Foto menunjukkan petugas sedang menaikkan palet-palet buku ke dalam lori.

Besok pagi, subuh-subuh lagi pilot lori PTS dan kru gudang sudah keluar rumah masing-masing menuju ke gudang. Lori yang sarat muatan sudah sedia menunggu mahu bertolak ke PWTC.

Sebelum jam 9 pagi, mereka dalam lori mesti sudah berada di depan pintu loading bay PWTC. Apabila pintu dibuka sahaja, mereka terus mengangkut buku-buku itu ke gerai PTS.

Buku-buku mesti sudah disusun di atas meja dan di rak sebelum jam 10 pagi apabila pintu depan dewan pameran dibuka dan pengunjung menderu masuk!

Tim yang bertugas di gudang adalah WIRA MALAM PTS!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Merchandise PTS di Booth PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Panduan Menjual Hakcipta Ilustrasi

Adakah tuan dipilih oleh mana-mana penerbit bagi projek melukis ilustrasi buku-bukunya? Katakanlah tuan menjadi pelukis buku cerita kanak-kanak bertajuk “Puteri Bisu”. Tuan telah melukis 60 keping ilustrasi 4 warna bagi buku tersebut.

Adakah tuan tahu prinsip-prinsip umum apabila hendak membuat keputusan sama ada mahu menyimpan hakcipta lukisan tuan itu ataupun menjualnya?

Royalti adalah bayaran yang dibuat apabila tuan mahu memegang hakcipta lukisan tuan yang digunakan sebagai ilustrasi buku. Lazimnya, royalti dibayar setahun sekali berdasarkan angka jualan buku. Semakin banyak buku terjual, semakin banyak royalti pelukisnya. Begitu juga semakin banyak kali buku itu diulang cetak, semakin berulang kali pelukisnya menerima royalti.

Apabila pelukis menjual hakcipta lukisannya itu, dia dibayar satu kali sahaja, katakanlah 60 keping lukisan itu dibayar RM1500. Jikalau buku “Puteri Bisu” itu dicetak 10 kali sebanyak 30 ribu naskhah dalam tempoh 5 tahun sekalipun, pelukis tidak menerima apa-apa bayaran lagi.

Katakanlah, pelukis memilih royalti. Bagi setiap unit, royaltinya adalah 20 sen, maka dalam tempoh itu pelukis menerima RM6000. (Sekarang tuan faham mengapa penerbit suka membeli hakcipta lukisan!)

Jadi, prinsip pertama: Apabila buku yang tuan buat lukisannya itu adalah jenis buku evergreen, simpan hakcipta lukisan tuan. Buku-buku cerita seperti "Puteri Bisu" mempunyai ciri-ciri jenis buku evergreen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kesesakan di Booth PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, March 19, 2010

Teenlit, Chiclit… dan Kini Pelit!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasaran novel remaja adalah Laut Biru yang menjanjikan banyak duit bagi penerbit dan penulis yang pandai memenangi hati remaja.

Kedai-kedai buku banyak mempamerkan rak-rak novel remaja di hadapan pintu masuk disebabkan jualan novel remaja amat laris.

Pada saat ini PTS One Sdn. Bhd. adalah penerbit sastera remaja dan kanak-kanak yang paling aktif dan paling inovatif dalam pasaran. Strategi dan sikap inovatif dalam penghasilan produk-produk remaja menjadi faktor kejayaan PTS One. 

Remaja adalah golongan konsumer yang citarasa mereka belum stabil. Oleh itu mereka tidak mempunyai citarasa yang tetap sebagaimana orang dewasa.

Citarasa remaja amat trendi, mudah berubah-ubah. Mereka cepat jemu dengan sesuatu yang serupa. 

Penerbit produk-produk remaja mesti sentiasa memikirkan dan mencipta produk-produk baru. Demikian juga penulis buku-buku remaja.

Terbaru, PTS One memperkenalkan novel remaja genre 'pelit'.

Genre 'pelit' datang daripada gabungan perkataan 'personal' dan 'literature'. Genre ini ditulis menggunakan gaya entri dalam diari.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, March 18, 2010

Risiko Menjual Hakcipta Karya kepada Penerbit

Dunia penerbitan buku-buku Melayu sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Permintaan bagi buku-buku Melayu terus meningkat. Kedai-kedai buku meletakkan buku-buku Melayu di hadapan pintu masuk.

Penerbit buku-buku Melayu sedang menikmati zaman yang serba positif, manakala banyak penulis mengaut keuntungan besar dengan menulis buku-buku Melayu.

Banyak pula orang yang terpengaruh dengan peluang membuat duit dengan menulis buku Melayu. Rumah-rumah penerbitan buku Melayu kini menerima banyak manuskrip daripada penulis-penulis baru, sehingga bekalan melebihi keupayaan mereka menerbitkannya.

Banyak penulis baru tidak ambil pusing tentang isu-isu hakcipta karya mereka. Prioriti mereka adalah mahu melihat buku mereka terbit.

Apabila tuan dan puan sudah siap menuliskan buku tuan, automatik tuan sudah mencipta suatu harta intelek kepunyaan tuan.

Tetapi selepas 50 tahun tuan mati, undang-undang negara kita tidak lagi melindungi harta tuan itu. Kalau ada orang mencetak dan menjual  karya tuan, waris tuan tidak boleh membuat laporan polis ataupun mendakwa si pencuri ke mahkamah.

Banyak penerbit kecil mengamalkan tataniaganya dengan membeli hakcipta karya penulis. Ramai juga penulis yang memilih cara itu. Mereka pula yang menawarkan kepada penerbit supaya mahu membeli hakcipta buku mereka.

Apabila tuan menjual hakcipta buku tuan kepada mana-mana penerbit, ertinya sampai bila-bila tuan tidak mempunyai sebarang hak ke atas buku yang tuan tulis itu.

Walaupun nama tuan sebagai pengarang tetap dicetak atas kulit buku itu, buku itu bukan kepunyaan tuan lagi.

Apabila penerbit itu membeli hakcipta buku tuan, dia akan membayar tuan sekali sahaja. Selepas itu tidak ada apa-apa bayaran lagi. Sampai bila-bila. Kalau buku itu diulang cetak berkali-kali sekalipun, tuan tidak berhak meminta apa-apa bayaran daripada penerbit itu lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Kraftangan dari PTS

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Delegasi Indonesia ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL)

Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang akan berlangsung mulai Jumaat 19 - Ahad 28 Mac di PWTC, banyak penerbit Indonesia akan turun ke Kuala Lumpur. Dijangka lebih daripada 100 orang akan datang.

Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) secara rasmi akan menghantar 16 orang dalam delegasinya. PTS menjadi tuan rumah mereka.

Puan Asma Fadila Habib (foto), Pengurus  PTS Litera Utama Sdn. Bhd. bertugas menjaga kebajikan delegasi IKAPI selama mereka berada di pesta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, March 17, 2010

PABKL: PTS Sengaja Memilih Lokasi Seberang Sungai Demi Membantu Rakan-Rakan Penerbit Kecil

Pada hari ini kru PTS akan berperang dengan kerja-kerja menyediakan 15 buah booth pameran PTS di PWTC. Bertan-tan buku akan dipunggah dari lori PTS ke dalam dewan pameran.

Booth PTS tahun ini terletak di seberang sungai!

Sekali lagi, pada tahun ini PTS sengaja secara sukarela membuka booth di sebarang sungai kerana mahu menolong penerbit-penerbit kecil yang terpaksa berada di seberang sungai akibat cabutan undi.

Kita mengharapkan, dengan berada di seberang sungai, PTS dapat menarik banyak pengunjung ke situ. Diharapkan sambil mereka datang ke booth PTS mereka juga akan mengambil peluang itu bagi mengunjungi booth-booth lain yang berada di sana.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Alexander The Great dan Nabi Zulkarnain Itu Orang yang Sama

Buku ini mengemukakan banyak hujah dan bukti bagi menguatkan teori bahawa Alexander The Great itu adalah Nabi Zulkarnain.

Dikatakan juga Alexander adalah orang yang telah membina tembok Yakjuj-Makjuj.

Semenjak dahulu sehingga hari ini, ada 2 kubu tentang persoalan siapa Alexander yang sebenarnya. 

Satu kubu mengatakan Alexander bukan Nabi Zulkarnain. Mereka mengemukakan hujah-hujah yang kuat bagi membuktikan hal itu.

Satu lagi kubu mengatakan Alexander adalah orang yang sama dengan Nabi Zulkarnain. Mereka juga mengemukakan hujah-hujah mereka yang tidak kalah kuatnya.

Nota: Dalam catatan sejarah orang-orang Yunani, ahli falsafah Yunani yang teragung iaitu Aristotles pernah menjadi guru kepada Alexander sewaktu beliau masih remaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >