Tuesday, March 02, 2010

Tip Survival Penerbit Buku: Siapakah yang Ditugaskan Menggubal Strategi Bisnes

Buku ini 'The Mind of the Strategist' (Cara-pikir Ahli Strategi) karya Kenichi Ohmae ini mula-mula ditulis dalam bahasa Jepun, dan diterbitkan di Jepun pada tahun 1975.

Apabila buku ini meletup-letup di Jepun barulah ia diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris untuk pasaran Amerika.

Intisari buku ini menerangkan seni dan otak bisnes bangsa Jepun, serta perbezaannya dengan seni dan otak orang kulit putih. Yang dimaksudkan dengan 'otak' adalah cara-pikir.

Semua bisnes, baik kecil mahupun besar mestilah dimulakan sejak awal dengan adanya strategi bisnes. Ini bermakna, mesti ada individu, ataupun sekumpulan individu, yang menjalankan fungsi dan tugas menggubal strategi bisnes.

Dalam bisnes kecil-kecilan, lazimnya orang yang menggubal strategi itu adalah orang yang memiliki bisnes tersebut. Demikian juga bagi perusahaan yang bermodal besar (lebih dari RM50 ribu), lazimnya usahawan itu sendiri yang menggubal strategi bisnesnya.

Tidak semua orang mempunyai otak strategist.

Sesetengah orang mempunyai bakat berfikir secara analitikal. Mereka pandai berfikir menggunakan logik sebab-dan-akibat.

Majoriti orang hanya pandai berfikir secara kritikal. Mereka pandai mencari kesalahan dan kelemahan orang lain.

Berfikir secara strategis adalah aplikasi bakat 'design thinking'. Bakat ini memerlukan kamahiran berfikir pada peringkat abstrak dan konseptual.

Pilih 3 ataupun 4 orang pegawai dalam syarikat yang memiliki otak strategist, bawa mereka duduk semeja, dan ajak mereka menggubal strategi-strategi bisnes kita. ('strategi-strategi' bukan 'strategi').

Baca dahulu buku Kenichi Ohmae ini sebelum memulakan sesi menggubal strategi, supaya mereka jelas perbezaan antara konsep-konsep yang disebut dengan istilah (i) dasar bisnes, (2) strategi bisnes, (3) taktikal bisnes.

Bagi bisnes yang sudah mempunyai banyak anak syarikat, perlu ada (i) Strategi dan Taktikal peringkat kumpulan, dan (ii) Strategi dan Taktikal peringkat anak syarikat.

Nota: Strategi dan Taktikal bisnes hendaklah selaras dengan Dasar-Dasar Bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, March 01, 2010

Novel Kanak-kanak dan Remaja PTS Menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dalam Dialog

Novel-novel remaja terbitan PTS ONE menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT), sedangkan dalam dunia realiti, tidak ada kanak-kanak dan remaja yang bertutur menggunakan BMT dalam percakapan harian mereka.

Ada beberapa faktor yang diambil kira sewaktu PTS menggubal dasar editorialnya:

1. Novel-novel remaja PTS ONE ditargetkan kepada pasaran perpustakaan sekolah rendah dan menengah. Oleh itu bahasa dalam novel-novel itu mesti mematuhi sistem ejaan dan tatabahasa DBP.

2. Selain ditargetkan kepada ibu bapa Melayu, novel-novel remaja PTS juga ditargetkan kepada ibu bapa bukan Melayu yang membelikan bahan-bahan bacaan tambahan bagi membantu anak-anak mereka meningkatkan prestasi pelajaran Bahasa Melayu.

3. Model kanak-kanak bercakap menggunakan bahasa tinggi diambil daripada surah Yusuf, di mana semasa Nabi Yusuf masih kecil beliau bercakap kepada ayahandanya menggunakan bahasa tinggi.

Dasar editorial PTS berpegang pada prinsip bahawa PTS bukan hanya menerbitkan buku-buku cerita demi membuat untung biarpun buku-buku itu merosakkan bahasa golongan remaja. Perjuangan PTS adalah menerbitkan buku-buku bacaan pengkayaan yang isinya baik bagi remaja, manakala pada waktu yang sama buku-buku itu membantu meningkatkan prestasi remaja dalam subjek Bahasa Melayu dalam peperiksaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Percuma dari PTS

Aduhai Tuan dan Puan, pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (19-28 Mac), 100 orang pembeli pertama di booth PTS akan menerima buku percuma setiap hari selama 10 hari pesta buku itu berlangsung di PWTC. Buku-buku yang diberi percuma ini bernilai sekitar RM20 setiap satu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Editor Proaktif, Editor Pasif

Dalam industri buku di Malaysia, pada masa ini masih banyak editor buku yang menjalankan tugas mereka secara pasif. Maksudnya, editor duduk di mejanya sambil menunggu penulis menyerahkan manuskrip kepada mereka, lalu mereka menilainya bagi tujuan mahu diterima ataupun ditolak.

Cara kerja seperti itu adalah cara pasif. Ia tidak sesuai digunakan, melainkan oleh editor buku yang berkerja dalam perkhidmatan kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Dalam dunia bisnes, penerbit-penerbit swasta seperti PTS, mesti bersikap proaktif dalam strategi bisnesnya.

Itu bermakna para editor swasta mesti berkerja dengan cara proaktif. Maksudnya, editor mengenal pasti judul-judul yang pasaran mahukan, kemudian editor mencari penulis bagi menuliskan manuskripnya. Malah editor memberitahu penulis isi kandungan yang perlu ada dalam buku itu.

Dengan cara kerja proaktif seperti itu barulah buku-buku yang diterbitkan laku dalam pasaran.

Kita tidak boleh setakat duduk di meja sambil mengharapkan akan ada penulis yang menghantar manuskrip yang menepati ciri-ciri buku dikehendaki oleh pekedai buku dan pembeli buku. Lazimnya, para penulis menulis dengan tidak membuat analisis pasaran buku, oleh itu mereka menulis dengan tidak mengambil kira kehendak pasaran.

Jika kebetulan ada penulis yang menghantar manuskrip yang sesuai dengan pasaran, itu adalah kebetulan. Sebagai penerbit kita jangan mengambil sikap untung-untungan -- kalau ada manuskrip yang bagus, kita untung, kalau tidak, apakan daya.

Editor-editor mesti kerap pergi ke kedai-kedai buku dan menganalisis maklumat terbaru daripada trend jualan buku. Maklumat itu boleh didapati dengan menjalin hubungan baik dengan petugas-petugas dalam kedai buku. Bertanyalah kepada mereka buku-buku yang bagaimana yang laju jualannya, ataupun buku apa yang dicari oleh pembeli tetapi belum ada dalam Bahasa Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 3 pages  <  1 2 3