Friday, April 30, 2010

Pasaran Buku Motivasi Terjemahan

PTS komited akan terus menerus menerbitkan buku-buku motivasi dan pembangunan diri yang diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain kerana permintaan untuk buku-buku itu memang ada. Dengan memperkenalkan banyak judul dalam kategori ini, PTS yakin hal itu akan mengembangkan lagi pasaran tersebut.

Rekod jualan judul-judul terjemahan PTS menunjukkan permintaan bagi buku terjemahan memang ada dan membolehkan penerbitnya survive. Justeru pelaburan dalam sektor ini adalah pelaburan yang selamat. Cetakan pertama sebanyak  3 ribu naskhah dapat dihabiskan dalam tempoh kurang setahun.

Faktor yang paling penting yang menentukan jualan buku-buku terjemahan adalah kualiti terjemahannya. Berkenaan faktor ini, nampaknya PTS Professional Sdn. Bhd. sudah menjadi benchmark dalam pasaran. Apabila pembaca bercakap tentang kualiti terjemahan, mereka menyebut buku-buku terjemahan PTS sebagai contoh buku terjemahan yang sedap dibaca, dan mencipta rasa puas membacanya.

Berkenaan sumber bahasa, adalah menjadi tujuan PTS mahu menterjemahkan buku daripada pelbagai bahasa, bukan hanya bahasa Inggeris.

Pada masa ini PTS Profesional Sdn. Bhd. sudah menubuhkan unit terjemahan yang dipanggil Biro Terjemahan PTS. Pada suatu masa nanti biro ini akan dinaikkan tarafnya menjadi syarikat sendirian berhad. Sesuai dengan namanya sebagai biro, ia akan melibatkan dirinya dengan pelbagai aktiviti terjemahan, bukan hanya menerbitkan buku-buku terjemahan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dikehendaki: Manuskrip Novel Fiksyen Travelog

Ketua unit kanak-kanak dan remaja di PTS Profesional Sdn. Bhd., Cik Nurismaliza Ismail (nama glamor beliau adalah Cik Ann) memberitahu bahawa unit beliau mempunyai rancangan menerbitkan novel yang bertemakan travelog dan pengembaraan baik dalam negara mahupun luar negara.

Menurut beliau, maklumat yang perlu dimasukkan ke dalam novel-novel itu adalah (i) proses pengembaraan, (ii) kehidupan masyarakat setempat, dan (iii) maklumat budaya.

Cik Ann (foto) memberikan garis kasar jalan novel travelog yang beliau mahukan:

1. Dimulakan dengan tema dan persoalan (permulaan jalan cerita, pengenalan watak dsb.)

2. Diikuti dengan perkembangan plot (watak dan perwatakan berkembang, bagaimana perjalanannya bermula, apa persediaannya dsb.)

3. Kemudiannya klimaks (puncak cerita, konflik, tragedi, isu dan permasalahan yang timbul dsb.)

4. Seterusnya dengan penyelesaian (cara atasi masalah dsb.)

5. Diakhiri dengan pengakhiran cerita (penutup; gembira/ sedih, pengalaman yang tidak dapat dilupakan, wawasan ataupun rancangan masa hadapan dsb.)

Penulisan ini adalah fiksyen namun masih berdasarakan fakta yang benar dan pengalaman sebenar. Penulisan yang bagus juga haruslah menceritakan kepada pembaca sehingga pembaca sendiri berasa berada di tempat yang dimaksudkan.

Segala persembahan penceritaan bergantung kepada penulis dan diharapkan penceritaanya menarik, seperti seseorang yang bercerita secara lisan.

Cik Ann juga menggalakkan penulis memasukkan info-info mahupun tips yang tidak pernah diketahui oleh masyarakat umum. Sekiranya penulis mempunyai sebarang gambar/poster/flyers mahu dilampirkan, sangatlah kami galakkan.

Beliau memberitahu siri ini akan mula diterbitkan pada bulan Oktober 2010.

Bagi tuan dan puan yang berminat, tulis emel kepada Cik Ann di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 29, 2010

Fiksyen adalah Alat Bantu Pendidikan Moral Baik dan Moral Tidak Baik

Beberapa remaja dalam Face Book PTS menulis tentang mengapa remaja perempuan sangat asyik membaca novel-novel asmara:

Sharliza Syalina Ahmad: "Women have dreams. Kebanyakannya hanya boleh direalisasikan melalui novel dan filem. Kerana itu bukan semua novel disukai wanita. Semuanya bergantung kepada jalan cerita, adakah sama seperti yang diimpikan atau diangankan, atau tidak."

Mirza Afiqah: "Remaja terutamanya perempuan lebih suka membaca novel cinta kerana mereka juga ingin merasai tentang keadaan seperti dalam novel cinta tersebut dan kadang-kadang babnya juga menyentuhkan perasaan."

Siti Anisah: "Ini pendapat dari saya, dari seorang remaja. Remaja khusyuk membaca novel cinta oleh sebab mereka menyukai bab yang romantis dan menyentuh perasaan. Mereka teringin untuk merasai seperti dalam kisah novel cinta tersebut. Itulah yang menyebabkan remaja khusyuk membaca buku novel cinta."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Karya Abdul Latip Talib Membantu Pelajar Mendapat Markah A

Banyak kali kita menerima laporan bagaimana pelajar sekolah yang membaca novel-novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talip berjaya memperbaiki markah ujian mata pelajaran sejarah Islam.

Cerita bagaimana buku-buku PTS membantu prestasi pelajaran murid sekolah bukan hanya berlaku dengan karya siri novel sejarah Islam. Buku-buku fiksyen kanak-kanak dan remaja terbitan PTS juga membantu prestasi subjek Bahasa Melayu murid-murid kerana fiksyen PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Malah kita juga mendengar laporan dari ibu bapa yang bercerita bagaimana anak-anak kecil mereka terdorong mahu cepat belajar membaca apabila dibelikan Komik-M terbitan PTS. Inilah faktor yang menyebabkan komok-komik PTS diterbitkan dengan menggunakan bahasa Melayu Tinggi supaya dengan demikian komik-komik tersebut dapat digunakan sebagai alat bantu mengajar bahasa.

NOTA: Puan Shima Mahiddin (foto FB) menulis komen dalam FaceBook: "SubhanaALLAH....moga ALLAH merahmati sasterawan Abdul Latip Talip & PTS. Suatu usaha yang terpuji. Anak2 saya berumur 11 & 12 thn amat meminati novel2 sejarah Islam karya beliau sehingga subjek sirah yang sukar dlm UPKK sek. agama dapat A berkat tulisan beliau... SYABAS & TAHNIAH sekali lagi buat Sasterawan Abdul Latip Talip & PTS."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 28, 2010

Editor dan Designer PTS Bertungkus-lumus Dikejar Jadual Kempen Bulan Puasa

Puan Nor Hazizam Abdul Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu bahawa jabatannya sudah mula bergerak dalam penyediaan bahan-bahan bagi mempromosi buku-buku yang ditargetkan untuk pasaran bulan Ramadhan.

Menurut beliau, jabatan sales PTS akan menggerakkan pasukan eksekutif jualannya, yang akan mula keluar outstation ke seluruh negara pada awal bulan Mei nanti. Mereka akan membawa bersama-sama mereka cover buku-buku terbaru PTS yang bertemakan bulan Ramadhan.

Cover buku-buku itu akan ditunjukkan kepada para pengurus kedai buku bagi meyakinkan mereka supaya membuat pesanan awal bagi mendapatkan stok buku-buku itu. Unit grafik di jabatan editorial saat ini sedang berhempas pulas menyediakan cover buku-buku itu.

Judul-judul untuk bulan Ramadhan bukan terhad kepada buku-buku agama, tetapi juga termasuk juga Komik-M, novel-novel cinta Islami dan buku-buku resipi yang sesuai untuk bersahur, berbuka, dan hidangan hari raya.

Para editor yang menguruskan judul-judul baru itu sedang berhempas pulas mengedit manuskripnya bagi memastikan buku-buku itu dapat dihantar ke kilang cetak dan terbit pada bulan Jun.

Bulan Ramadhan tahun ini jatuh pada bulan Ogos. Ini bermakna buku mesti sampai ke kedai-kedai buku paling lewat pada bulan Julai.

Sangat stress!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Studio Dapur PTS

Inilah ruang studio dapur PTS yang sudah siap bagi kegunaan para penulis buku-buku resipi PTS.

Studio ini adalah bagi aktiviti menyediakan masakan dan mengambil foto untuk buku resipi sahaja. Ia bukan studio untuk rancangan TV.

Semua peralatan itu adalah jenis mudah alih supaya apabila PTS berpindah ke kompleksnya sendiri nanti, semua peralatan itu dapat diangkut dengan mudah.

Studio ini menelan kos RM20 ribu. Alat yang yang paling mahal adalah serobong asap yang berharga lebih RM7 ribu. Ia adalah model yang paling kuat daya-sedutnya, bagi memastikan kualiti foto yang diambil dalam studio itu nanti tidak berasap!

Dengan adanya studio dapur ini, chef-chef PTS dapat bekerja di studio sepanjang hari sehingga malam bagi menyiapkan masakan mereka. (Juga supaya mudah pegawai-pegawai PTS menguji keenakan masakan itu....)

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 27, 2010

Tip Survival Penerbit: USP adalah Unsur Wajib-Ada

Dalam bisnes, salah satu unsur yang wajib ada dalam strategi bisnes adalah apa yang disebut USP (unique selling point), atau Melayunya UUP (unsur unik produk).

USP adalah faktor yang membezakan produk kita daripada produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat lain. Jadi, USP adalah semacam cap jari produk kita, yang tidak serupa daripada cap-cap jari produk orang lain.

Produk kita mesti mempunyai USPnya sendiri. Produk-produk yang tidak mempunyai USP akan menjadi komoditi. Barang komoditi dijual secara timbang-kati, semakin murah semakin laku.

Apabila buku-buku terbitan kita serupa sahaja dengan buku-buku terbitan syarikat lain, akibatnya adalah:

(i) Tanpa USP, buku-buku kita menjadi buku komoditi. Sebagaimana dengan komoditi-komoditi lain, buku-buku komoditi tidak dapat dijual dengan margin yang tinggi. Buku-buku itu terpaksa dijual lebih murah daripada buku-buku yang serupa dengannya, kalau tidak, buku kita tidak laku, kerana pembeli boleh membeli banyak buku lain yang serupa.

(ii) USP juga memainkan peranan paling penting mencipta kelompok peminat tegar. Produk yang tidak mempunyai peminat tidak dapat bertahan lama dalam pasaran kerana peminat tegar adalah mereka yang akan terus menerus membeli produk-produk kita.

(iii) USP menjadi unsur paling penting dalam branding. Branding adalah semakna dengan 'profit'. Ada brand, ada profit. Semakin kuat branding kita, semakin tinggi profit daripada jualan produk-produk kita.

Ambil sebagai contoh, novel cinta bukan produk baru dalam pasaran. Sudah ada beribu judul novel cinta diterbitkan dan dijual. Jika PTS menerbitkan novel-novel cinta yang tidak memiliki ciri USPnya sendiri, maka amat sukar bagi memasarkan novel-novel cinta PTS.

USP novel-novel cinta terbitan PTS adalah:

(i) Ditulis menggunakan BMT (Bahasa Melayu Tinggi), dan

(ii) Isi kandungannya mematuhi hukum-hakam dalam Islam (syariah-compliant). 

Dua unsur di atas itu menjadi "cap jari" produk-produk PTS. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Lagi-lagi Cerita Penulis Ditipu Penerbit

Tuan Nazmi Yaacob (foto) menulis tentang gejala penerbit buku menipu penulisnya. Beliau semacam menyalahkan persatuan-persatuan penulis yang tidak membela nasib penulis-penulis yang ditipu penerbit.

Dalam isu penulis ditipu penerbit, kita jangan lupa bahawa penipu ada di mana-mana. Bukan dalam dunia penerbitan buku sahaja ada penerbit yang baik dan ada penerbit penipu. Dalam semua sektor ada orang baik, ada orang jahat. Ini adalah realiti kehidupan. Tidak ada sektor yang semua pemainnya baik-baik belaka.

Penulis penipu pun ada di mana-mana. Berbual-buallah dengan penerbit, mereka masing-masing mempunyai cerita tentang penulis penipu.

Dalam isu menyalahkan persatuan penulis, kita terima kenyataan bahawa tidak ada pihak lain dapat menjamin kita daripada tidak akan ditipu oleh sesiapa.

Kita bertanggungjawab menjaga diri kita sendiri daripada ditipu. (Dalam berjaga-jaga pun ada kalanya kita masih kena tipu!)

Nasihat saya kepada penulis, apabila memilih penerbit, pilihlah macam kita memilih isteri. Pilih betul-betul....

Antara penerbit swasta yang terkenal tidak menipu penulisnya adalah ALAF21. Dari sudut pembayaran royalti, penerbit itu paling tinggi disiplinnya. Malah tidak ada penerbit yang sanggup membayar royalti 4 kali setahun, melainkan ALAF21. Walaupun kadar peratusan royalti yang ditawarkan relatif rendah, namun disebabkan jualan ALAF21 sangat tinggi, para penulis ALAF21 memperoleh cek-cek royalti yang mencemburukan.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) pun tidak menipu penulis dan penterjemahnya. Malah kedua-dua penerbit itu menawarkan formula royalti dan honorarium yang terbaik di negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 26, 2010

Siri Usahawan Cilik Masih Diteruskan

Cik Nurismaliza Ismail (nama glamor beliau adalah Cik Ann), ketua unit buku kanak-kanak dan remaja di PTS Profesional Sdn. Bhd. memberitahu bahawa beliau masih mengelu-elukan penulis yang mahu menghantar karya untuk siri Usahawan Cilik.

Menurut beliau jualan siri Usahawan Cilik yang sudah diterbitkan sangat positif, itulah sebabnya beliau mahu menerbitkan lebih banyak novel dalam siri ini.

Siri Usahawan Cilik juga sudah dilesenkan kepada PT Gramedia (Indonesia) bagi diterbitkan di negara itu sebagai edisi Indonesia.

Cik Ann memberitahu bahawa siri ini adalah novel fiksyen yang temanya adalah membimbing remaja memulakan bisnes dan keusahawanan.

Novel dalam siri ini memerlukan penulis memberikan unsur bisnes dan pengurusan kepada watak utama. Antara maklumat yang perlu dimasukkan adalah:

(i) Maklumat teknikal, tip-tip, dan cara-cara berniaga.

(ii) Produk yang menjadi bisnes watak utama hendaklah (a) modalnya murah, (b) bisnes itu dapat dimulakan oleh pelajar sekolah, (c) dapat menjana wang poket, (d) mengikut trend terkini, (e) ada selling point, dan yang sangat penting, (f) logik.

Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan karya untuk siri ini, tulis sinopsis cerita yang dicadangkan dan hubungi Cik Ann (foto) di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Apabila Cik Ann berpuas hati dengan mutu cerita, beliau akan meluluskannya. Selepas itu barulah tuan dan puan mula menuliskan karya itu.

Bagi tuan yang belum menghasilkan karya dalam siri ini, Cik Ann mengesyorkan supaya tuan membaca beberapa novel dalam siri ini terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan konsepnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jadual Buku Masuk Setor PTS

Berikut adalah buku-buku yang dijadualkan masuk setor PTS minggu ini:
 
JUDUL BARU
1. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
2. Transformasi Kepimpinan Dalam Organisasi
3. Pintar Bahasa Inggeris Melalui Kaedah Greek & latin
4. My Memory
5. Putera Impian
6. Sayur Lipat Berinti

JUDUL ULANG CETAK
1. Senangnya Memasak Makanan Laut
2. Ajaibnya Sedekah
3. 55 Petua Orang Berjaya
 
Nota: Jadual ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet dan jadual percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Langkah DBP Menutup Jabatan Sasteranya: Gerakan BUDAYAWAN BERTINDAK akan Bertindak

Seniman dan aktivitis drama Melayu yang terkenal, merangkap pengerusi gerakan Budayawan Bertindak, Sdr. Dinsman, telah menghubungi UNIKA-PTS dan memberitahu bahawa mulai 1 Mei 2010, status Jabatan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan diturunkan apabila jabatan itu digabungkan dengan Jabatan Bahasa menjadi "Jabatan Bahasa dan Sastera". Langkah ini dilakukan dalam rangka penstrukturan semula organisasi agensi itu.

Menurut Sdr. Dinsman, beliau akan memanggil anggota-anggota gerakan Budayawan Bertindak yang dipimpinnya itu bagi merancang tindakan yang akan diambil oleh gerakan itu bagi memprotes apa yang dilakukan oleh pengurusan DBP itu.

Menurut beliau, "Langkah mengecilkan jabatan sastera itu serupa dengan mengembalikan status jabatan sastera kepada zaman sebelum era Kris Mas dan Usman Awang. Allahyarham Dato' Kris Mas adalah orang yang bertanggungjawab menaikkan status unit sastera menjadi Bahagian Sastera. Sebelumnya unit sastera diletakkan di bawah Bahagian Bahasa dan Sastera. Selepas proses evolusi yang begitu lama, daripada unit sastera menjadi bahagian sastera dan akhirnya menjadi "jabatan sastera", kini ia diturunkan semula tarafnya."

Beliau sama sekali tidak yakin bahawa dengan penstrukturan semula itu prestasi kepimpinan sastera DBP akan bertambah baik. 

Menurut beliau lagi, "DBP seharusnya menyelesaikan banyak masalah yang sudah lama gagal diselesaikannya, seperti penerbitan buku yang semakin lesu semenjak penswastaan DBP-DAWAMA, isu pengedaran dan jualan buku-buku DBP yang lemah, isu peminggiran Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan peradaban oleh dasar kerajaan sendiri, isu pendidikan sastera yang amat lesu di sekolah-sekolah dan banyak isu-isu lain yang takkan dapat dijawab dan dibetulkan dengan cara menstrukturkan semula carta organisasi DBP".

Beliau merakamkan rasa kesal dan kecewa terhadap langkah undur ke belakang itu. Menurut beliau lagi, "Idea menurunkan status jabatan sastera itu mencerminkan akal singkat pada pengurusan DBP dalam melaksanakan klausa-klausa dalam akta penubuhan organisasi itu."

"Dahulu DBP melakukan langkah 'bunuh-diri' apabila ia menswastakan aktiviti produksi dan pengedaran buku-bukunya kepada DAWAMA. Kini DBP seperti mahu membunuh sastera pula,"katanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 25, 2010

Unit Buku Resipi PTS akan Dinaik-taraf Menjadi Syarikat Sendirian Berhad pada 2011

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS memberitahu bahawa pada tahun 2011, unit buku masakan akan dijadikan anak syarikat sendiri bertaraf sendirian berhad.

Kertas cadangan perkara itu sedang disediakan untuk dibawa kepada lembaga pengarah PTS bagi mendapatkan kelulusan.

Pihak pengurusan PTS yakin bahawa pasaran buku-buku resipi di negara ini belum sepenuhnya diterokai, oleh itu masih ada ruang bagi PTS memperkenalkan buku-buku resipinya sendiri.

Data jualan buku-buku resipi PTS menunjukkan konsep yang dicipta oleh jabatan editorial itu sangat digemari oleh orang awam.

Pada masa ini pembinaan studio dapur masakan PTS sudah siap, hanya menunggu proses perolehan periuk belanga dan pinggan mangkuknya sahaja. Dengan adanya studio itu, proses penggambaran dan penyediaan makanan menjadi lebih mudah, cepat, murah, manakala mutu fotografinya lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Dato’ A Samad Said dan Isteri Ikut Serta dalam BACA@LRT

Foto  di atas menunjukkan Sasterawan Negara Dato' A Samad Said dan isteri, Datin Rashidah (berbaju hitam) dalam LRT pada 27 April 2010.

 

Saya dan Tuan Harlym Yeo (foto sebelah) mengambil kesempatan menyokong kempen derma buku anjuran UNICEF, di Kinokuniya dengan mendermakan buku ke dalam kotak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pesta Buku Kelantan: ISNIN 26 April - AHAD 2 Mei 2010

Tarikh: 01 Mei 2010
Tempat: Dewan Jubli Perak, MPKB, Jalan Mahmood, Kota Bharu, Kelantan

Program: Bicara Buku
Masa: 11.30 - 12.30 tengah hari
Penulis: Shamsuddin Kadir
Buku: Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Buat Duit dengan Rumah, Kaya dengan Rumah, Makan Gaji tetapi Kaya, Garaj Aiman, Biskut Ajaib & Tukang Gunting Terbang

Program: Sesi Bertemu Peminat

Masa: 2.00 - 3.00 petang
Penulis: Farihah Iskandar
Buku: Siri Dear Yayah, Hai, Suria!, Sepasang Mata Itu, Dear Yayah the Comics

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 24, 2010

PTS Berminat Membuka Stesen Radio Ilmu

Lembaga Pengarah PTS berminat memasuki sektor media radio tradisional. Ini bermakna PTS perlu mendapat lesen bagi membuka stesen penyiaran yang dapat memancarkan siarannya ke seluruh negara.

Pada masa ini PTS adalah sebuah penerbit buku-buku yang bermutu tinggi dari sudut ilmu dan maklumat yang terkandung dalam buku-bukunya. Konten dalam buku-buku itu sangat sesuai diterbitkan sebagai rancangan radio.

Jumlah penulis PTS yang sudah melebihi angka 400 orang juga adalah aset yang sangat berguna kepada stesen radio PTS nanti. Mereka semua berpeluang muncul dalam rancangan dalam bidang kepakaran masing-masing.

Projek membuka stesen radio adalah salah satu projek masa depan PTS. Lembaga pengarah mempunyai rancangan jangka panjang menjadikan PTS benar-benar sebuah syarikat media.

NOTA: Saat ini PTS sedang bekerja keras melaksanakan kerja-kerja asas bagi membuka radio podcast, bagi membiasakan bakat-bakat yang ada dalam PTS dengan aktiviti menerbitkan pelbagai rancangan radio.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 23, 2010

Peluang Memulakan Bisnes Pakaian dengan Modal RM500

Siri "Buat Duit" terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. sangat popular dalam pasaran kerana maklumat dalam buku-buku itu memang hasil kajian dan pengalaman sebenar para penulisnya. Sehingga sekarang jumlah judul dalam siri itu sudah lebih 30 semuanya.

Tuan Saat Sulaiman, penulis buku ini adalah seorang pengeluar, pemborong dan pengedar pakaian baru.

Beliau mempunyai 4 pintu kedai menjual pakaian: Di Alor Gajah, di Masjid Tanah, di Bukit Rambai, dan di Kg. Jawa.

Beliau juga mempunyai 52 orang "runners" iaitu orang-orang yang mengambil stok pakaian dari kedai-kedai beliau lalu menjual pakaian itu dari rumah ke rumah.

Tuan Saat menawarkan peluang kepada tuan dan puan yang berminat memulakan bisnes menjual pakaian dengan modal minimum RM500. Pakaian yang tidak laku boleh dipulangkan kepada beliau dan ditukar dengan pakaian lain.

Menurut beliau, apabila tiba bulan puasa dan musim raya, jualan pakaian naik 10 kali lipat.

Hubungi beliau di alamat emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Komitmen PTS kepada Genre Novel Sejarah

Novel "Aminah" karya Ezee Rahmani adalah novel sejarah Islam terbaru terbitan PTS.

Novel-novel sejarah adalah jenis buku yang evergreen hayatnya dalam pasaran. Judul-judul evergreen dapat terus laku selama berpuluh tahun disebabkan maklumat di dalamnya tidak akan menjadi out-of-date ataupun ketinggalan zaman.

Peranan judul-judul evergreen sangat penting ke atas survival penerbit. Semakin banyak penerbit mempunyai judul evergreen, semakin tinggi daya-survivalnya.

Peminat buku-buku sejarah memang ada. Pasaran buku sejarah di negara ini tidaklah sangat besar, tetapi cukup bagi membolehkan buku-buku sejarah dicetak 2 ribu naskhah setiap tahun. Kelebihan menerbitkan buku sejarah adalah pada ciri evergreennya.

Novel-novel sejarah yang berkaitan Islam mempunyai jumlah peminat yang lebih besar, oleh itu cetakan pertama 3 ribu naskhah masih selamat dan dapat dihabiskan stoknya dalam tempoh setahun.

Sebelum PTS menerbitkan novel-novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib, buku-buku sejarah itu ditulis oleh ustaz-ustaz menggunakan gaya tradisional. Akibatnya remaja dan orang awam tidak berminat membaca kitab-kitab sirah itu.

Keadaan berubah dengan kemunculan novel-novel sejarah karya sasterawan Abdul Latip Talip. Karya beliau diminati oleh semua golongan usia.

PTS komited menerbitkan lebih banyak novel sejarah, baik sejarah Islam, sejarah tempatan, mahupun sejarah dunia.

Novel-novel sejarah terbitan PTS ditulis dengan menggunakan "teori dan teknik surah Yusuf". Inilah faktor utama yang menjadikan novel-novel itu sedap dibaca, seperti membaca buku-buku cerita yang mengasyikkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 22, 2010

PTS Mencari Pelukis Komik untuk Projek Komik Pendidikan

Komik pendidikan mempunyai pasaran yang baik dan ia evergreen. Komik jenis ini dapat dipasarkan ke sekolah-sekolah mahupun kepada ibu bapa.

Tuan Muhd. Yusry Mohamad Yusopp, Ketua Unit Pendidikan di PTS Professional Sdn. Bhd. mempunyai rancangan menerbitkan siri komik pendidikan. Beliau akan menubuhkan kumpulan yang terdiri daripada (i) pelukis komik dan (ii) penulis cerita bagi menghasilkan siri itu.

Pelukis dan penulis cerita akan bekerja secara beregu bagi menghasilkan siri masing-masing regu. Royalti komik akan dikongsikan antara pelukis komik dan penulis cerita.

Siri komik pendidikan itu nanti akan dipakej supaya serupa dengan siri Komik-M PTS.

Suatu majlis taklimat akan diadakan bagi tuan dan puan yang berminat ikut serta dalam projek ini.

Tuan dan Puan yang berminat, tulis emel kepada Tuan Yusry di .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Hari Hakcipta Sedunia

Hari ini 23 April 2006 adalah "HARI HAKCIPTA SEDUNIA".

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Banyak Jenis Bisnes Kecil yang Dapat Dilakukan dari Rumah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada masa ini banyak orang yang berminat dengan gaya hidup yang tidak dikongkong oleh majikan. Dalam erti kata lain, mereka tidak mahu makan gaji. Mereka mahu mencari pendapatan dengan cara mereka sendiri

Bagi mereka yang mahu hidup merdeka dengan mempunyai bisnes kecil tetapi stabil, PTS menerbitkan dua buah buku di atas sebagai pencetus idea-idea bisnes.

Trend hidup berdikari sudah menjadi trend yang semakin popular. Trend ini bukan hanya berlaku di kalangan wanita yang mempunyai anak kecil. Ia juga berlaku di kalangan mereka yang memiliki kelulusan profesional dan belum berkahwin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 21, 2010

PTS Menubuhkan Biro Terjemahan

Tuan Muhammad Aizat Abdul Rakan, pengurus PTS Professional Sdn. Bhd., memberitahu anak syarikat itu telah membuka unit atau biro terjemahan yang dikelolakan oleh 2 orang editor iaitu Cik Fatin Farhana Hasan dan Cik Nurul Husna Yaakub.

Langkah itu adalah didorong oleh data jualan buku-buku terjemahan yang menunjukkan trend positif. Biro terjemahan PTS itu menguruskan proses pelesenan judul-judul dari luar negara dan penerbitannya.

Bagi tahun 2010, biro akan menerbitkan 2 buku sebulan. Jumlah itu akan ditambah dari masa ke masa, sehingga mencapai 100 judul setahun.

Menurut Tuan Aizat, pada masa ini fokus PTS adalah buku-buku dari bahasa Inggeris, tetapi beliau mempunyai rancangan akan menterjemah daripada bahasa-bahasa lain juga.

Dalam fasa pertama pembukaan biro itu, buku-buku yang diutamakan adalah dalam bidang bisnes, pembangunan diri, kepimpinan, pemasaran dan lain-lain judul best-seller pada peringkat antarabangsa.

Sepuluh buah judul yang sedang diterjemahkan sekarang adalah:

1. The E-myth Revisited - Micheal E. Gerber

2. Start Where You Are - Chris Gardner

3. Lord of The Rim - Sterling Seagrave

4. Predictable Result in Unpredictable Time - Stephen Covey

5. Storm of My Grandchildren - James Hansen

6. Soccernomics - Simon Kuper & Stefan Szymanski

7. Warren Buffet Secret Management - Warren Buffet

8. Act Like a Lady, Think Like a Man - Steve Harvey

9. Guerrilla marketing - Jay Conrad Levinson

10. Men from Mars, Women from Venus - John Gray

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif jabatan kewangan yang menguruskan bajet percetakan melaporkan judul-judul beriukut sudah masuk gudang PTS:

1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - edisi jimat (ulang cetak)

2. Apa Itu Islam (ulang cetak)

3. Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah (ulang cetak)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Komited Membuka Laut Biru Pasaran Buku Terjemahan

Tuan Muhammad Aizat Abbdul Razak, pengurus PTS Professional Sdn. Bhd. memberitahu bahawa anak syarikat PTS itu yakin pasaran buku-buku terjemahan daripada bahasa Inggeris mempunyai potensi yang bagus dan berbaloi diterokai.

Sehingga kini TimPTS-Pro sudah berjaya menerbitkan 10 judul buku terjemahan daripada bahasa Inggeris:

1. The 21 Indispensable Qualities of A Leader - John C Maxwell

2. The Psychology of Selling - Brian Tracy

3. The Art of Closing Sales - Brian Tracy

4. Law of Attraction – Michael J. Losier

5. The Effective Executive – Peter F. Drucker

6. 360 Degree Leader – John C. Maxwell

7. Kotler on Marketing – Philip Kotler

8. How To Win Friends and Influence Other People - Dale Carnegie

9. Law of Connection - Micheal J Losier

10. The Magic of Thinking Big - David J. Schwartz

Bagi bulan Mei akan datang ini 2 judul akan terbit:

1. The Leader in Me - Stephen Covey (akan terbit - Mei)

2. Great Work, Great Career - Stephen Covey (akan terbit - Mei).

Menurut Tuan Aizat, PTS-Pro mempunyai pasukan penterjemahnya sendiri yang terdiri daripada mereka yang mencapai status penterjemah Gred A, berdasarkan kayu ukur penilaian yang digunakan oleh PTS sahaja.

Pasukan penterjemah itu terdiri daripada penterjemah profesional, yakni mereka memiliki ijazah, memiliki diploma penterjemahan, serta lulus ujian kelayakan yang dikendalikan oleh PTS sendiri.

PTS mengenakan syarat kelayakan yang sangat ketat apabila memilih anggota pasukan penterjemahnya disebabkan kualiti terjemahan adalah faktor paling kritikal yang menentukan sama ada buku terjemahan itu laku ataupun tidak laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 20, 2010

Penulis Sebagai Trainer ataupun Speaker

Penulis buku mempunyai peluang mendapat pendapatan tambahan dengan menjadi (i) trainer, ataupun (ii) speaker. Kedua-dua bidang ini sangat berbeza, macam labu dengan tembikai.

Saya adalah seorang trainer. Saya pernah menjadi trainer profesisonal selama 14 tahun dalam pasaran organisasi dan korporat. Sehingga sekarang pun saya masih menjalankan sesi training kepada bakal-bakal penulis PTS.

Saya bukan seorang speaker, itu sebabnya saya tidak menerima sebarang undangan bagi menyampaikan ceramah kerana saya tidak pandai bercakap banyak di hadapan khalayak yang banyak. Saya juga tidak masuk TV sebab saya tidak mempunyai bakat bercakap di depan lensa.

Bisnes 'speaking' banyak keserupaannya dengan bisnes menyanyi. Kedua-duanya sangat bergantung kepada kesihatan. Jika penyanyi demam batuk, dia tidak dapat menyanyi, maka pendapatannya jatuh.

Speaker pun begitu juga. Jika speaker demam batuk, dia tidak dapat berceramah, maka pendapatannya jatuh.

Justeru para penulis yang menceburkan diri ke dalam pasaran 'speaking' perlu mempunyai pelan survival kecemasan, yakni jika sekiranya si speaker demam lama, beliau perlu bersedia supaya pendapatannya tetap ada.

Sebagaimana dengan penyanyi, bisnes speaking sangat personal. Jika pelanggan sudah menempah M. Nasir yang akan datang dan membuat persembahan, jika M. Nasir demam batuk, beliau tidak dapat menghantar penyanyi lain sebagai pengganti bagi menyampaikan lagu-lagunya. Pelanggan akan mencari penyanyi lain.

Trainer lain halnya. Trainer bekerja dengan modul-modul training. Modul itu dapat difrancaiskan kepada individu-individu lain. Jadi, jika si trainer demam batuk, orang lain dapat mengendalikan sesi training itu dengan menggunakan modul yang serupa.

Bagi para trainer, mereka perlu memformalkan modul training mereka, dan mereka dapat bekerja secara berkumpulan, supaya jika salah seorang demam lama, bisnes training itu masih dapat diteruskan oleh rakan yang sihat.

Nota: Foto menunjukkan peserta sedang berlatih menulis artikel untuk terbitan akhbar dan majalah dalam bengkel yang dikendalikan oleh Trainer Zamri Mohamad. Beliau sendiri adalah seorang penulis buku dan penulis artikel akhbar dan majalah. Skill itulah yang beliau pindahkan kepada peserta bengkelnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Di Mana Semangat 1 Malaysia Kedai Buku Borders?

Salam, Puan Ainon.

Saya amat memandang sinis dengan kedai buku Borders. Saya merasakan Borders amatlah sombong (bodoh sombong barangkali) tatkala membuka cawangan kedai di Malaysia. Berapa kerat sangatlah buku terbitan penerbit Malaysia di kedai buku itu. Jika ada pun, sekadar cukup syarat dan tidak bersungguh-sungguh sebagaimana yang dilakukan oleh kedai berantai MPH dan POPULAR.

Entri Amir Muhd: http://amirmu.blogspot.com/2010/04/does-reading-make-you-white.html menambahkan 'point' saya tentang Borders yakni:

1. Mereka tidak tahukah bagaimana rupa rakyat Malaysia?

2. Mungkin mereka tahu tapi malu hendak letak muka orang Melayu, atau Cina atau India (muka 3 stereotaip kaum Malaysia pun tak letak, apatah lagi Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya). Mungkin jatuh saham Borders di mata dunia?

3. Atau mungkin Borders mahu bersifat elitis?

4. Ahli strategi pemasaran Borders bodoh.

Saya berharap Puan dapat membangkit isu ini di blog, supaya pihak pengurusan Borders dapat sedar yang tindakan mereka sedikit salah (dari aspek pemasaran). Jika mereka terlupa bagaimana wajah orang Melayu atau Cina atau India, mohon hubungi saya. Saya mempunyai banyak stok gambar 3 kaum ini sebagai rujukan pihak pemasaran Borders.

Umpama Borders cawangan Nigeria meletakkan poster dengan gambar kanak-kanak Eskimo lengkap dengan pakaiannya. Terima kasih.

NZ ANNUAR

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 19, 2010

Jualan Buku-buku PTS sebagai Indikator Pasaran Buku Melayu

Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS melaporkan, dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2010 (Januari, Februari & Mac), jumlah buku PTS yang terjual adalah sebanyak 544,839 naskhah, dengan nilai runcit lebih RM8 juta. Semua buku-buku itu dipesan oleh kedai-kedai buku di seluruh negara.

Nilai runcit jualan buku-buku PTS semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru lalu (di booth PTS sahaja) adalah RM800 ribu. Pada pesta itu PTS juga membekalkan buku-buku kepada 9 buah booth lain di mana mereka adalah agen-agen rasmi PTS. Menurut Tuan Zaharin, jualan buku PTS di booth mereka juga sangat baik, menjadikan jumlah runcit semua jualan buku-buku PTS sepanjang pesta itu hampir RM1 juta.

Angka-angka jualan ini bukan hanya menjadi indikator perkembangan sihat industri buku Melayu, tetapi juga indikator buku-buku Melayu bagaimana yang dimahukan oleh pembeli.

Dalam pasaran terbuka, tidak semua buku Melayu laku keras. Banyak buku Melayu tidak laku. Banyak yang laku suam-suam kuku. Begitu juga, tidak semua penerbit buku Melayu mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan. Ada yang berkembang pesat, ada yang tidak.

Buku-buku Melayu yang laku adalah disebabkan buku-buku itu ditulis dan diterbitkan dengan mengambil kira faktor kehendak pasaran.

Penulis buku-buku Melayu perlu mengambil kira kehendak pembeli buku. Penerbit buku Melayu pula perlu menjalankan bisnes mereka dengan sentiasa meningkatkan kemahiran profesional kakitangan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 18, 2010

Nasib Penerbit Cap Ayam Apabila Tiada Kontrak Buku

Tahun ini bajet semua kementerian dan jabatan kerajaan dipotong minimum 30%. Apabila kerajaan tidak ada duit, antara bajet yang paling awal dan cepat dipotong adalah bajet pembelian buku!

Jadi, sebagai contoh, pada tahun ini semua perpustakaan awam tidak diberi langsung bajet khusus bagi membeli buku. Kalau perpustakaan awam mahu membeli buku mereka terpaksa menggunakan bajet untuk pentadbiran.

Dalam keadaan seperti ini para penerbit cap ayam paling teruk terpukul kerana mereka hanya menerbitkan buku yang dapat mereka bekalkan kepada perpustakaan sahaja. Buku-buku mereka tidak laku dalam pasaran terbuka. Kedai-kedai buku pun tidak mahu mempamerkan buku-buku mereka.

Pada zaman ekonomi bagus, kerajaan mempunyai bajet besar bagi pembelian buku, justeru masing-masing penerbit cap ayam mendapat kontrak, jadi mereka tidak nazak, masing-masing seronok.

Apabila kementerian dan agensi-agensi kerajaan tidak ada duit, penerbit cap ayam bergaduh sesama mereka, berebut duit yang sedikit, masing-masing sanggup memberi diskaun (baca, duit pemudah kerja) yang gila-gila, kerana apa lagi yang hendak mereka buat kepada stok buku yang berlonggok dalam setor.

Di kalangan penerbit cap ayam itu, apabila ekonomi merudum, yang paling teruk menanggung pukulan adalah penerbit Cina, kerana mereka lebih mampu bermain dengan duit besar, jadi risiko mereka lebih besar.

Persaingan menjadi sangat runcing bagi mendapatkan duit yang semakin tidak ada.

Penerbit cap ayam yang sudah mengeluarkan 'duit pemudah kerja' tetapi tidak mendapat kontrak sanggup bergaduh dengan penerbit cap ayam yang mendapat kontrak.

Ada penerbit cap ayam yang mengugut akan melaporkan kepada SPRM nama-nama individu dalam kerajaan dan penerbit cap ayam yang terlibat. Golongan inilah yang akan mendedahkan nama-nama itu.

Dalam zaman beginilah baru pecah rahsia nama-nama individu yang selama ini dibela oleh penerbit-penerbit cap ayam itu, dan apa, serta berapa banyak kos yang dikeluarkan oleh penerbit bagi membela mereka.

Penerbit cap ayam bangsa Melayu tidak mampu bermain dengan duit besar. Stok buku yang berlonggok dalam setor mereka tidak banyak. Modal yang mereka gunakan sebagai duit pemudah kerja juga kecil.

Oleh hal yang demikian penerbit cap ayam Melayu dapat menyesuaikan diri dengan keadaan merudum. Apabila mereka tidak mendapat kontrak, mereka melakukan kerja-kerja lain, seperti membuat pameran buku bergerak, dan membuka bisnes kecil-kecilan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 17, 2010

Buku Panduan Cara yang Betul Mengendalikan Emosi Cemburu

Buku "Keranamu Aku Cemburu" adalah judul ketiga oleh Asma Nadia yang diterbitkan oleh PTS.

Sebelum ini 2 buah buku Asma Nadia adalah "Abang, Apa Salahku?" dan "Di Dunia Ada Syurga".

Asma Nadia adalah penulis buku-buku motivasi psikologi dan pengurusan emosi yang paling terkenal di Indonesia. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis dan Peminat

Lazimnya orang menyangka hanya penulis-penulis kreatif, seperti novelis dan penyair, yang mempunyai peminat, manakala penulis buku-buku deskriptif tidak. Sebenarnya, semua penulis berpeluang mempunyai peminat. Peminat novel cinta ada, peminat novel sejarah pun ada. Peminat buku-buku motivasi ada, peminat buku-buku agama pun ada.

Peminat mempunyai peranan penting meningkatkan jualan buku. Peminat adalah pembeli setia buku penulis yang diminatinya.

Mereka adalah pasaran tersedia bagi buku terbaru penulis. Malah peminat akan membeli buku-buku yang sudah lama terbit, yang belum mereka miliki.

Peminat berpotensi menghadiri seminar-seminar komersial yang kendalikan oleh penulis. Pasaran seminar dan ceramah adalah sumber pendapatan penting bagi penulis buku-buku motivasi. Malah pendapatan daripada yuran seminar dan ceramah adalah lebih besar daripada royalti.

Mereka juga menjadi jurujual dan jurukempen bagi penulis. Mereka menceritakan kepada orang lain akan keistimewaan buku-buku itu.

Itulah sebabnya penulis perlu menulis banyak buku, kerana jika penulis cuma menerbitkan satu ataupun dua buah karya, dia tidak dapat mengumpulkan banyak peminat. Semakin banyak buku, semakin banyak peminat, maka semakin banyak jurujual dan jurukempen si penulis!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 16, 2010

Sastera Remaja Tema Budaya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pendidikan budaya adalah pendidikan yang penting kepada kanak-kanak dan remaja. Namun aspek ini tidak terdapat dalam silabus sekolah. Oleh hal yang demikian pendidikan budaya perlu disalurkan dengan cara-cara lain.

Sastera remaja dapat berfungsi sebagai alat bantu mengajar pendidikan budaya yang sangat berkesan kepada kanak-kanak dan remaja.

Puan Nik Faridah adalah seorang guru yang pandai bercerita. Melalui buku-bukunya, Puan Nik Faridah menyampaikan maklumat berkenaan budaya masyarakat kampung, nilai-nilai kekeluargaan Melayu, dan seni kulinari tradisional Kelantan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Strategi Berunding Cara Nabi Muhammad

Kemahiran berunding adalah kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap orang. Ada kajian psikologi yang mendapati individu-individu yang berjaya adalah mereka yang memiliki kemahiran berunding yang tinggi.

Individu yang tidak mahir berunding cenderung mengalami banyak konflik dan berseteru dengan orang-orang di sekeliling mereka, manakala mereka yang mahir berunding cenderung mempunyai lebih banyak sahabat dan penyokong.

Sekolah tidak mengajar kita kemahiran berunding dengan tujuan sama-sama mencipta hasil perundingan yang memuaskan hati semua pihak, sebaliknya sekolah mengajar kita kemahiran bersaing dengan mengalahkan orang-orang lain.

Nabi Muhammad adalah seorang yang mempunyai kemahiran berunding. Buku ini menerangkan bagaimana beliau telah menggunakan kemahiran itu dengan cara yang sangat menguntungkan, dengan tidak menyebabkan pihak lain berasa mereka kerugian ataupun kalah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 15, 2010

Buku-Buku Motivasi Sembahyang adalah Buku Ruji

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Buku-buku panduan sembahyang adalah termasuk dalam kategori buku ruji agama, yakni buku-buku wajib beli dan wajib baca. Oleh itu pasaran buku-buku ruji sangat besar kerana ia diperlukan oleh semua orang Islam.

Buku-buku ruji termasuklah buku panduan ibadat-ibadat yang asas, seperti panduan bersuci, sembahyang, puasa, umrah, haji, muqadam, Yasin, doa-doa, zikir dan seumpamanya.

Pasaran buku ruji adalah pasaran Laut Merah. Buku-buku ini dapat dibeli di mana-mana kedai buku, baik yang kecil mahupun yang besar. Malah ia banyak dijual di pasar minggu, pasar malam, dan pasar ceramah-ceramah politik anjuran parti PAS.

Buku-buku ruji adalah kubu penerbit buku-buku agama tradisional, di mana majoritinya adalah penerbit Mamak. Mereka mencetaknya berpuluh ribu naskhah sekali cetak bagi menurunkan kos, dan dengan itu dapat dijual pada harga murah.

Sesiapa penjual buku yang mahu mendapatkan buku-buku ruji daripada penerbit tradisional itu terpaksa membeli tunai, dan mereka diberi diskaun yang besar. Disebabkan buku-buku ruji takkan menjadi out-of-date, mereka sanggup membelinya kerana akhirnya setiap naskhah dapat dijual.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni Novel Islami

Cik Aida (foto di bawah) menulis: "Secara peribadi, saya amat terbawa-bawa dengan novel ini, dan novel ini telah membuatkan saya tidak sabar-sabar mahu mengetahui dan mempelajari bahagian seterusnya.

Sejujurnya saya boleh katakan novel ini ibarat satu buku yang ringkas tetapi cukup padat untuk kita semua belajar tentang Islam.

Penulis telah menyelitkan tafsiran ayat Al-Quran berserta dengan penjelasan tentang ayat yang telah disebut bagi membantu pembaca lebih memahami kandungan yang tersirat disebalik ayat Al-Quran itu.

Dan penulis juga telah memasukkan ayat-ayat dari kitab Bible bagi memberi perbandingan dan membantu pembaca untuk berfikir dan membuat keputusan berdasarkan perbandingan yang telah dimasukkan.

Saya bersyukur dilahirkan di dalam Islam tetapi saya mengakui bahawa saya sendiri masih tidak begitu memahami Islam secara keseluruhan. Dengan membaca novel ini, sedikit sebanyak telah membuka minda saya untuk berbuat sesuatu selepas ini.

Dan saya juga telah membaca novel ini sepanjang saya berada di Tanah Haram bagi menunaikan ibadah umrah yang mana saya rasakan telah membantu saya untuk berfikir dan memahami kenapa kejadian-kejadian ini semua berlaku.

Sesungguhnya, saya berpendapat penulis telah membuat kajian dan penyelidikan dengan begitu teliti sehingga setiap garapannya membuatkan pembaca akan berfikir dan terdiam."

Baca artikel asal klik di sini.

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 14, 2010

Apakah Item yang Dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta?

Katakanlah, pada suatu masa yang lalu tuan pernah menulis lalu mengirimkan dengan SMS sebuah puisi cinta kepada bekas kekasih tuan. Kemudian bekas kekasih tuan itu telah menyerahkan puisi itu kepada seorang pencipta lagu, lalu puisi itu dijadikan senikata lagunya.

Apabila lagu itu dirakamkan, nama bekas kekasih saudara ditulis sebagai pencipta senikata lagu itu. Kemudian lagu itu meletup dalam pasaran dan bekas kekasih saudara menerima beribu-ribu ringgit royalti daripada penerbit lagu itu. Perbuatan bekas kekasih tuan itu adalah mencuri hakcipta tuan. Tetapi bagaimanakah tuan mahu membuktikan bahawa senikata lagu itu adalah hasil karya tuan?

Undang-undang hakcipta melindungi semua jenis 'karya seni'. Tetapi apakah benda-benda yang termasuk dalam istilah 'karya seni'?

Dalam undang-undang hakcipta, apa-apa sahaja yang tuan tulis ataupun lukis, adalah karya seni, justeru secara automatis ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Termasuk dalam karya seni adalah surat-surat peribadi yang tuan hantar kepada kekasih tuan melalui emel. Malah semua tulisan dalam emel dan SMS adalah karya seni dan dilindungi hakciptanya.

Semua tulisan yang tuan terbitkan dalam blog saudara adalah dilindungi di bawah undang-undang hakcipta. Malah semua tulisan dalam diari tuan adalah dilindungi.

Di bawah undang-undang hakcipta, tuan tidak perlu mendaftarkan karya saudara di mana-mana pejabat kerajaan bagi mendapatkan perlindungan hakcipta. Perlindungan itu diberi secara automatis.

Undang-undang hakcipta bukan melindungi hasil tulisan yang sudah diterbitkan sahaja. Semua tulisan saudara yang tidak diterbitkan tetap dilindungi.

Kesukaran berlaku apabila karya tuan dicuri oleh orang lain, iaitu apabila tuan hendak membawa kes tuan ke mahkamah. Makan tuan perlu membuktikan karya itu adalah karya tuan.

Maka simpan semua bukti yang dapat mengesahkan bahawa karya itu tuan yang menulisya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Menambahkan Judul Sastera Sains untuk Kanak-Kanak dan Remaja

Mempelajari sains di sekolah, mahupun buku-buku teks sains yang terbaik, kedua-dua faktor itu tidak berupaya mencetuskan minat mendalam pada jiwa kanak-kanak dan remaja bagi meminati ilmu sains dan bagi mencetuskan cita-cita mahu menjadi saintis.

Banyak sekali kisah yang pernah kita baca dalam biografi saintis saintis terkenal mereka melaporkan bahawa minat mereka dalam bidang sains tercetus semenjak masih kanak-kanak apabila mereka membaca buku cerita sains.

Demikianlah peri pentingnya peranan yang dapat dimainkan oleh buku-buku sains yang dipersembahkan dalam format cerita dalam proses melahirkan saintis pada masa hadapan.

PTS sudah, dan terus, menerbitkan lebih banyak judul buku-buku cerita yang berdasarkan sains untuk bacaan kanak-kanak dan remaja supaya mereka berminat menjadi saintis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Jawatan Kosong Editor Agama di PTS Islamika Sdn. Bhd.

Tuan dan puan yang berminat menjadi editor buku-buku agama dipersilakan menulis surat kepada Tuan Faris Hasbullah di .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Siapakah yang dicari oleh PTS?

1. Kelulusan minimum adalah ijazah dalam pengajian Islam.

2. Orang muda, baik lelaki ataupun perempuan, usia sebaiknya di bawah 30 tahun.

3. Suka buku dan suka membaca buku.

4. Pandai bekerjasama dengan rakan-rakan sekerja dan para penulis.

5. Suka bermian-main dengan idea-idea baru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 13, 2010

Hakcipta Ilustrasi Buku Kanak-kanak dan Remaja

Banyak buku terpaksa diterbitkan dengan menggunakan banyak ilustrasi. Sebagai contoh, buku-buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja awal terpaksa menggunakan banyak lukisan. Lebih cantik lukisan itu, lebih laku jualan buku itu.

Adakah tuan dan puan berminat menjadi ilustrator buku kanak-kanak dan remaja awal?

Ada dua cara tuan dapat menjadi ilustrator buku.

(i) Buka blog rasmi tuan di mana dalam blog itu tuan pamerkan contoh-contoh karya tuan yang terbaik. Syarat ini adalah wajib dalam zaman internet sekarang.

(ii) Tulis surat dan hantarkan contoh-contoh karya lukisan tuan kepada penerbit-penerbit buku. Mereka mungkin berminat menggunakan perkhidmatan tuan bagi menyediakan ilustrasi buku-buku mereka.

Hakcipta bagi semua ilustrasi yang tuan lukis itu adalah hak kepunyaan tuan. Jika mahu, tuan boleh menjual hakcipta itu kepada penerbit. Jikalau tuan menjualkannya, tuan akan dibayar sekali sahaja.

Tuan boleh juga tidak menjualkan hakcipta lukisan itu. Dengan demikian tuan berkongsi royalti dengan penulis buku. Sebagai ilustrator buku, undang-undang harta intelektual negara kita tetap melindungi hakcipta karya tuan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pelajar Tahun 2 Sudah Dapat Membaca Siri “Penyiasat Ekstrovert” Terbitan PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Seorang Rakan-FaceBook yang bernama Tuan Ahmad Zahiruddin Mohd. Zabidi menulis:

Ustazah yang menjaga koperasi telah meminta saya membelikan beberapa buah buku dari PTS. Satu untuk dirinya, satu untuk anak lelakinya (darjah 2) dan 2 untuk anak gadisnya (darjah 6). Anak lelakinya itu marah dan tidak bersetuju Uminya membeli buku cerita 'Siri Penyiasatan Ekstrovet' kerana mahukan komik. Uminya hanya b...uat tidak tahu. Akhirnya si anak membaca juga buku itu. Uminya terkejut pada malam itu, anak lelakinya itu masih belum tidur dan dilihat dia sedang membaca buku tersebut. Pagi keesokannya, sejurus selepas bangun dan mandi dia dilihat terus menatap buku yang dibacanya semalam. Ketika di sekolah, sewaktu menunggu bas pulang. Uminya pelik kerana dia tidak datang ke pejabat seperti biasa, bila dicari rupanya dia sedang membaca buku tersebut dengan tekunnya. Akhirnya, buku itu dihabiskan dalam masa dua hari sahaja. Dia mendapatkan Uminya dan berkata, "Umi, adik hendak baca lagi buku macam ini, Umi beli lagi, ya?"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Fakta Tidak Dilindungi oleh Undang-Undang Hakcipta

Tema, idea dan fakta yang terkandung dalam buku karangan tuan itu tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta. Ertinya, sesiapa sahaja boleh menulis buku-buku lain yang mengandungi tema, idea-idea dan fakta-fakta yang serupa sebagaimana yang terdapat dalam buku tuan, dengan syarat mereka menggunakan susunan ayat-ayat mereka sendiri.

Fakta adalah sesuatu yang dapat dibuktikan kebenarannya. Fakta bukan hasil kerja seni.

Banyak orang keliru antara 'fakta' dengan gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, gambar dan carta.

Gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, dan gambar adalah hasil kerja seni, oleh itu dilindungi. 

Justeru, jangan menyalin gambarajah, carta, graf, peta, lukisan, layout, khat, gambar dan carta yang terdapa dalam buku-buku orang lain kerana perbuatan itu melanggar hakcipta. Sebaliknya lukis sendiri benda-benda itu. Kalau hendak menyalin juga, dapatkan izin bertulis terlebih dahulu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 12, 2010

Sebuah Kisah Cinta Benar yang Biasa-Biasa….

Ini kisah yang sangat biasa kita dengar, kisah seorang pelajar lelaki di sekolah menengah jatuh cinta kali pertama kepada pelajar perempuan juniornya.

Macam kisah-kisah biasa lain, kedua-dua pelajar itu kemudian sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti.

Seterusnya, macam biasa juga, sejurus selepas tamat univerisiti mereka pun berkahwin.

Bukanlah cerita luar biasa apabila gadis itu mempunyai kehidupan spiritual yang lebih mendalam daripada pemuda itu. Gadis itu pandai mengaji dan sembahyangnya lengkap 5 waktu setiap hari.

Biasalah, dia berkahwin dengan kekasihnya yang tidak pandai mengaji itu. Biasalah... selepas berbelas tahun berkahwin akhirnya kini mereka berdua sama-sama membaca Quran sebagai rutin harian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tajuk-tajuk Buku Masuk Gudang PTS

Berikut adalah tajuk-tajuk buku yang dijadualkan masuk ke stor PTS minggu ini:

BARU
1. Dunia Sains Aiman: Demam F1 (sudah masuk)
2. Harumnya Nurjannah (sudah masuk)
3. Travelog Cinta (sudah masuk)
4. Komik-M: Amin (sudah masuk)
5. Hidangan Dunia: Cina (14/04/10)

ULANG CETAK
1. Kita Hanya Di Seberang Jalan (16/04/10)
2. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang (sudah masuk)
3. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu (sudah masuk)
4. Usahawan Cilik: Mufin Manja (sudah masuk)
5. Di Mana Terangnya Bulan (sudah masuk)
 
Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Mariyanti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Inilah Iklan yang akan Terbit dalam Akhbar Harakah

Tuan Roslan Isa, eksekutif marketing (media) di Jabatan Marketing PTS, memberitahu iklan di atas akan terbit pada edisi Harakah 16, 23, & 30 April 2010.

Siri iklan dalam Harakah ini akan diteruskan pada bulan Mei 2010.

Menurut Tuan Roslan lagi, PTS sudah menempah 8 kali terbitan bagi iklan ini, setiap kali diterbitkan yurannya adalah RM1,900-00 (RM15,200-00).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kesan Membaca Buku Motivasi

Mardiah Hayati Acudiah menulis: "... (selepas saya) membaca buku Tukang Gunting Jutawan, terus 2 minggu selepas itu, saya mengambil kursus jahitan selama 6 bulan!"

Inilah contoh suatu kes di mana sebuah buku motivasi bisnes benar-benar berjaya menghasilkan tindakan konkrit oleh pembacanya.

PTS mencari lebih banyak buku-buku motivasi bisnes yang membantu pembaca membuat perancangan yang betul ke arah menceburkan diri ke dalam dunia bisnes yang "real" bukan yang penuh dengan angan-angan dan harapan-harapan palsu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wallpaper Komik-M Sudah Siap!

Bagi mendapatkan lebih banyak pilihan wallpaper Komik-M, mohon tuan klik di sini.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 11, 2010

Terbaru dari PTS! Siri Profesion untuk Remaja

Banyak kanak-kanak dan remaja mempunyai keinginan mahu menjadi ahli dalam bidang itu dan bidang ini, tetapi mereka tidak mempunyai maklumat bagaimana mereka dapat membuat perancangan yang betul bagi merealisasikan angan-angan mereka itu.

PTS kini mula menerbitkan siri novel remaja yang menceritakan langkah-langkah menjadi seorang ahli profesional.

Novel pertama dalam siri ini ini adalah "A untuk....". Novel ini ditulis oleh seorang pereka grafik dan ilustrator terkenal, Nuriazam Ismail.

Dalam cerita ini, gadis cilik Afika sangat ingin menjadi seorang pereka grafik profesional apabila besar nanti. Melalui watak utamanya, pengarangnya menerangkan pelbagai maklumat berkenaan kehidupan sebenar seorang pereka grafik dan keperluan-keperluan bagi menjadi seorang pereka grafik yang berjaya.

Sebelum ini PTS menerbitkan novel panduan memulakan bisnes kecil di bawah siri "Usahawan Cilik" yang menerangkan langkah demi langkah bagaimana remaja dapat memulakan bisnes kecilnya sendiri.

Siri usahawan cilik itu mendapat sambutan sangat baik dalam pasaran. Siri ini juga sudah dilesenkan ke Jakarta bagi diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

NOTA: Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan novel remaja dalam siri ini, mohon menulis emel kepada Cik Nurismaliza di .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >