Siapa Kata Cover Buku Tidak Penting?
Tuan Hj. Saifuddin Awang (foto) adalah pemilik toko Pustaka Munirah, kedai buku paling besar di bandar Kemaman, sebuah kota madya yang pesat berkembang di Terengganu.
Beliau seorang jurutera yang pernah bertugas selama 15 tahun di sebuah kilang percetakan Jepun sebelum membuka kedai buku sendiri. Isteri beliau adalah seorang doktor.
Dalam blog Pustaka Munirah, beliau menerangkan peri pentingnya peranan cover buku dari kacamata pengurusan kedai buku.
Di bawah ini saya salinkan sebuah artikel yang beliau pernah tulis dalam blognya. Apa yang beliau tulis ini sangat penting dibaca oleh para penerbit buku....
Sebagai pembaca atau peminat buku sejak kecil, kemudian terlibat dalam percetakan/penjilidan buku selama 15 tahun dan sekarang ini pembaca dan 'penjual' buku sejak 4 tahun lalu, saya suka melihat perkembangan kulit buku. Dahulu, kulit buku hanyalah kertas tebal biasa dan dilaminate (plastik jernih). Designnya stereotype, tidak banyak berbeza antara satu sama lain.
Hari ini, kebanyakan kulit buku amat menarik. Mungkin seiring dengan perkembangan teknologi komputer, maka designer kulit buku boleh mencuba pelbagai jenis grafik, warna dan corak menjadikannya lebih menarik. Ditambah pula oleh kesan khas seperti spot uv, ianya menjadi lebih terserlah. Bagi yang belum tahu, spot uv ialah lapisan kilatan di atas plastik laminate kulit buku itu. Ianya boleh memberi kesan khas, agak ‘timbul’ dan dilakukan pada tempat yang terpilih — kerana itulah ia dipanggil ’spot’. Jika digunakan pada keseluruhan kulit (applied on the whole surface), ianya dipanggil uv varnish. Secara umumnya kos uv varnish lebih murah berbanding laminate, tetapi ianya kurang disukai kerana mudah tercalar atau ‘crack’ selepas dipotong.
Empat tahun dulu, ketika saya mula membuka kedai buku, seingat saya penerbit novel Melayu utama, Alaf 21 Sdn Bhd yang mula memperkenalkan spot uv pada kulit buku mereka. Penerbit-penerbit buku Melayu lain belum berbuat demikian. Saya pernah menulis kepada beberapa penerbit dan mencadangkan supaya menukar kulit buku mereka kepada spot uv. Selepas dari itu, beberapa penerbit mula menggunakan konsep spot uv pada kulit buku mereka, antaranya PTS. Tidaklah dipastikan sama ada PTS menukar konsep itu selepas membaca cadangan saya atau memang itu semua sudah ada dalam perancangan mereka.
Tetapi ada sebuah penerbit novel Melayu indie yang dimiliki oleh seorang novelis membalas email saya, dengan kata-kata yang maksudnya lebih kurang begini, “…kami sudah mengkaji citarasa pembaca. Novel-novel kami tetap best seller. Walaupun cover kami kurang menarik pada pandangan saudara, pembaca hari ini sudah bijak memilih novel manakah yang akan dibeli asalkan isinya menarik. Ada novel yang covernya menarik, tetapi tetap tidak laku…”. Itulah tulisan si penerbit novel itu. Dan sejak 2 tahun kebelakangan ini, saya sudah tidak nampak lagi novel-novel keluaran syarikat ini di pasaran! Hmmm…terlebih pandai agaknya.
Sebagai pemilik kedai buku, saya tetap mengutamakan kulit buku. Mana-mana buku yang kulitnya menarik, saya akan susun di tempat yang strategik. Walaupun isinya mungkin tahap “sederhana”, bukan yang terbaik, tetapi jika kulitnya menarik…tempatnya ialah diruang display yang utama. Apatah lagi jika kulit buku berkenaan menarik dan isi kandungannya cemerlang, saya akan cetak poster dan menampalnya di depan kedai.
Baca artikel original beliau di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Seorang rakan-FaceBook yang bernama Tuan Riduan Khairi menulis nota, begini bunyinya:
Pasaran buku-buku cerita untuk bacaan remaja sedang berkembang dengan pesatnya sekarang. Banyak penerbit mula menceburi pasaran yang sangat menguntungkan ini. Mereka berebut-rebut cuba mendapatkan penulis. 
Tuan Azrul Jaini adalah seorang jurutera. Beliau juga menghasilkan novel sai-fai genre Islami.
Pengurus PTS One Sdn. Bhd., Cik Mazlia Murat (yang juga terkenal dengan nama penanya Aizam Aiman) mengambil cuti tanpa gaji selama setahun bermula pada 1 April 2010.
Berikut adalah judul buku-buku yang dijadualkan masuk stor PTS minggu ini:
Enam tahun lalu, dua orang pensyarah Universiti Putra Malaysia (UPM), 


Tuan Shamsuddin Kadir adalah pakar pengurusan kewangan peribadi yang juga telah menerbitkan buku-bukunya dalam subjek itu dengan PTS.
.
Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS, memberitahu bahawa di kalangan penerbit buku-buku Melayu, mereka sudah membincangkan kemungkinan diadakan karnival jualan buku-buku Melayu sahaja.
Mulai 1 April 2010, Puan Nurulhilyati bukan lagi menjawat jawatan eksekutif di PTS. 







salam sume…..
cuber korang beli buku novel AKU MAHU SAIZ S best tau sumer .....:o