Monday, May 31, 2010

TOP 30 PTS Islamika Sdn. Bhd. (Januari - Mei 2010)

1. Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung
2. Alexander adalah Zulkarnain: Pembebas Barat dan Timur
3. Biografi Muhammad bin Abdullah
4. Kamus al-Quran
5. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
6. Young Aisyah: Cuti Sekolah
7. Travelog Haji (ed. jimat)
8. Travelog Haji (ed. kulit lembut)
9. Offline dengan Syaitan
10. Travelog Cinta Abadi
11. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi
12. Travelog Dakwah
13. Syahadah Gadis Ateis
14. Bahagiakan Hatimu
15. 31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan
16. Apa Kata Islam Mengenai Manusia & Alam
17. Lebai Cilik; Misteri Ayam Beracun
18. Munajat Malam
19. Young Aisyah: Summer Camp
20. Teladan Gempak: Jiran Masam Manis
21. Young Aisyah: Ponteng Sekolah
22. Haji Muda: Tip-Tip Menjadi tetamu Allah
23. Berubat dengan Solat
24. Young Aisyah: Buli
25. Young Aisyah: Sayang Cikgu
26. Bagaimana Islam Memimpin Masyarakat Majmuk
27. Siri Muaz dan Haikal: Kapten Baru
28. Jatuhnya Sebuah Tamadun
29. Koleksi Doa Terpilih daripada Hadis
30. Online dengan Tuhan

Ranking di atas adalah berdasarkan nilai RM yang diperoleh.

NOTA: Laporan ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Tugas Eksekutif Marketing (Program Event dalam Kedai Buku)

Promosi buku adalah tugas dan tanggungjawab jabatan marketing.

Aktiviti promosi terdiri daripada pelbagai kategori. Salah satu kategori itu adalah penganjuran event.

Cik Siti Norfadilah (foto) adalah eksekutif di jabatan marketing PTS yang bertanggungjawab menguruskan semua jenis event yang mempromosi para penulis dan buku-buku PTS.

Termasuk dalam 'event' yang beliau uruskan adalah:

(i) Semua acara pelancaran buku.

(ii) Semua aktiviti promosi yang melibatkan penampilan penulis (a) di kedai-kedai buku dan (b) di pesta-pesta buku, bagi tujuan bertemu dengan pembeli dan peminat mereka.

(iii) Mengadakan aktiviti window-display dan bulk-display buku-buku PTS di kedai-kedai buku.

(iv) Mengadakan pameran buku-buku PTS dengan kerjasama syarikat kontraktor buku.

(v) Membantu aktiviti promosi buku-buku PTS yang dijalankan oleh Duta PTS Puan Ain Maisarah.

(vi) Mencipta idea-idea bagi menghasilkan pelbagai kit promosi, seperti bunting, poster dan menyediakan pelbagai merchandise untuk cenderamata dan sagu hati kepada peminat PTS yang hadir pada event semasa pesta-pesta buku dan di dalam kedai-kedai buku.

Pada saat ini Cik Siti Norfadilah sedang sibuk menguruskan event promosi besar-besaran di dalam kedai-kedai buku terpilih di seluruh negara sempena bulan Ramadhan nanti.

Menurut beliau, pada tahun ini kedai-kedai buku elit, baik yang dimiliki oleh pelabur Islam mahupun bukan Islam, akan mengadakan promosi Ramadan masing-masing bagi menarik lebih banyak pembaca buku-buku Melayu masuk ke dalam kedai mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 30, 2010

Buku Motivasi Luar Negara lawan Buku Motivasi Tempatan

Pasaran buku-buku motivasi untuk bacaan ibu bapa adalah sekitar 3 ribu naskhah setahun. Ertinya, jualan judul-judul dalam kategori ini tidak meletup-letup. Walau bagaimanapun, pasaran itu ada sepanjang tahun, tahun demi tahun.

Bagi memenuhi keperluan pembaca, PTS menerbitkan judul-judul tulisan penulis luar negara dan penulis tempatan.

Kehadiran judul-judul luar negara yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tidak akan membunuh jualan judul-judul karya pengarang dalam negara. Masing-masing mempunyai kekuatannya sendiri.

Buku-buku karangan penulis tempatan dapat memasukkan unsur-unsur spiritual dan lokal yang relevan kepada keperluan ibu bapa, seperti unsur ajaran agama dan budaya tempatan. Inilah yang tidak ada dalam buku-buku dari luar negara.

Kelebihan buku-buku pengarang luar adalah dari sudut keluasan dan kedalaman ilmu-ilmu sains yang digunakan oleh pengarangnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 29, 2010

Young Aisyah: Edisi Indonesia & Edisi Malaysia

Inilah cover buku siri Young Aisyah yang sudah mula diterbitkan sebagai edisi Indonesia di Jakarta (kiri).  Ia diterbitkan dengan desain cover yang dilukis semula. 

Menurut editor siri Young Aisyah, Puan Siti Asyuura Jalaludin, sebelum penerbit PT Gramedia setuju melesen siri ini, editor di sana telah menyerahkan buku itu kepada beberapa orang pembaca kecil terlebih dahulu supaya dibaca.

Hanya selepas pembaca-pembaca kecil itu melaporkan mereka menyukai cerita dalam buku itu barulah editor tersebut membuat keputusan melesen buku itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pembekal Buku ke Pusat Sumber Sekolah Sangat Terkesan oleh Bajet Sekolah yang Dipotong

Apabila bajet pembelian buku untuk pusat sumber sekolah dipotong, antara orang bisnes buku yang sangat terkesan adalah para 'runners', iaitu mereka yang menjual buku dari pintu sekolah ke pintu sekolah. Mereka dipanggil runner disebabkan mereka bekerja dengan cara 'berlari' dari-sekolah-ke-sekolah.

Tanpa duit dari kementerian, sekolah tidak membeli buku. Habis cerita.

Sebuah syarikat yang mempunyai 4 orang runner, kini sudah membuang 2 orang.

Sebuah syarikat lain kini menjalankan aktiviti MLM.

NOTA: Bagaimanakah sistem pendidikan kebangsaan dapat ditinggikan mutunya, apabila bajet buku adalah bajet yang mula-mula dipotong setiap kali berlaku gawat?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 28, 2010

Penerbit Buku Agama Sibuk Menyusun Judul Ulangcetak

Apabila tiba musim bulan puasa, jualan buku-buku puasa kurang laku. Sebaliknya buku-buku hari raya yang laku keras!

Justeru buku-buku puasa wajib sampai ke kedai buku paling lewat sebulan sebelum bulan puasa bermula. Inilah faktor yang menyebabkan pada saat ini penerbit buku-buku agama sibuk mengulang cetak judul-judul buku yang laku keras sebelum bulan puasa.

Data jualan buku-buku bulan puasa PTS pada tahun 2008 dan 2009 menunjukkan sesuatu yang menarik:

(i) Jualan judul-judul ulang cetak laku tetapi tidak laku keras. Yang lebih laku adalah judul-judul baru.

(ii) Jualan judul haji dan umrah mula laju pada musim bulan puasa.

Bagi musim bulan puasa tahun ini, diramalkan lebih banyak judul baru akan muncul dalam pasaran kerana (i) jumlah penerbit buku agama sudah bertambah banyak dengan kemunculan penerbit-penerbit baru, dan (ii) banyak judul Indonesia dibawa masuk dan diterbitkan semula sebagai judul Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 27, 2010

Uniform Korporat PTS yang Baru

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Unit Komik-M akan Dinaikkan Statusnya Menjadi Syarikat Sendirian Berhad pada 2011

Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS, memberitahu bahawa pada tahun 2011 Unit Komik-M akan dinaikkan tarafnya menjadi anak syarikat sendirian berhad. Pada masa ini unit Komik-M adalah sebahagian daripada PTS Millenia Sdn. Bhd.

Ahli Lembaga Pengarah PTS sudah bersetuju dengan cadangan itu atas dasar jualan siri Komik-M sudah membolehkan unit itu membayar gaji para pegawainya sendiri apabila ia dijadikan anak syarikat.

Cetakan pertama setiap judul Komik-M adalah 8 ribu naskhah. Sewaktu mula-mula diterbitkan, cetakan pertama Komik-M adalah 3 ribu, naik kepada 5 ribu, dan sekarang 8 ribu.

Ketua unit Komik-M, Tuan Wan Zuhairi, memberitahu bahawa judul-judul Komik-M yang mula dihasilkan mulai tahun 2009 semuanya dirancang supaya dapat dianimasikan dengan mudah apabila PTS sudah bersedia memasuki sektor animasi.

Beliau menggalakkan supaya pelukis-pelukis komik yang mahu bernaung di bawah label PTS datang dahulu berjumpa beliau dan berbincang sebelum mula melukiskan karyanya. Tulis  emel di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 26, 2010

Penerbit Buku dan Restoran Piza

Mengapakah majoriti penerbit kecil memberhentikan bisnesnya dalam tempoh 3 tahun selepas mula beroperasi?

Ada banyak faktor yang mendorong seseorang itu menceburkan diri dalam dunia penerbitan buku.

1. Penulis terkenal yang tidak puas hati menerbitkan buku-bukunya dengan penerbit lain lalu mengambil keputusan menerbitkan sendiri buku-bukunya.

Kes seperti ini banyak berlaku. Sasterawan Negara A. Samad Said adalah kes paling klasik. Beliau tidak puas hati dengan prestasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai penerbit buku-bukunya, lalu mengambil keputusan menubuhkan Wira Bukit yang menerbitkan karya-karya beliau.

Lain-lain contoh adalah Puan Norhayati Berahim,  Puan Fauziah Ashaari dan Puan Aina Emir, penulis-penulis novel cinta paling laris. Mereka yang sebelumnya menerbitkan karya dengan penerbit Creative Enterprise dan Alaf21, kini menerbitkan sendiri karya-karya mereka.

2. Penulis yang gagal mendapatkan penerbit yang mahu menerbitkan bukunya lalu demi kepuasan, menerbitkan bukunya sendiri.

Termasuk dalam golongan ini adalah penulis-penulis yang tidak berapa besar namanya, ataupun belum mempunyai nama, oleh itu karya mereka belum tentu diterima oleh penerbit. Karya yang ditolak penerbit itulah yang diterbirtkannya sendiri.

3. Orang bisnes yang mempunyai kaitan dengan buku.

Termasuk dalam kumpulan ini adalah pencetak, dan pengedar buku, pemilik kedai buku, dan penerbit majalah yang hendak meluaskan perniagaannya.

4. Bekas pekerja dalam syarikat penerbitan buku ataupun majalah yang hendak memulakan penerbitannya sendiri.

Mereka mungkin bekas editor, artis grafik ataupun bahagian lain dalam syarikat itu.

5. Orang dalam bisnes lain sama sekali yang hendak meluaskan bisnesnya.

Salah satu faktor yang mendorong individu-individu yang tidak tahu menahu tentang bisnes penerbitan buku menceburi bidang ini adalah faktor “atas dorongan orang lain”.

Ambil kes ini sebagai contoh. Seorang penulis dan penceramah mendorong rakannya supaya menerbitkan buku yang ditulisnya. Penceramah itu mengemukakan berbagai-bagai alasan yang menarik di mata si rakannya.

“Saya boleh bawa buku itu ke mana-mana sahaja saya pergi berceramah,” kata si penceramah. “Dalam satu ceramah kita boleh jual dua tiga ratus naskhah,” sambungnya. “Tidak sampai 5 kali ceramah, sudah dapat menjual 2 ribu naskhah.”

Si rakan pun mula mencongak dalam kepalanya. “Kalau satu buku boleh dapat untung RM2, dua ribu naskhah sudah untung RM4 ribu!”

Si rakan pun mengeluarkan modal RM6 ribu bagi  mencetak 3 ribu naskhah buku si penceramah itu. Kemudian dia serahkan buku-buku itu kepada si penceramah supaya dapat dijual setiap kali dia berceramah.

Selepas 6 bulan, buku entah ke mana, untung jualan buku itu entah ke mana.

Ini pesanan daripada tokoh-tokoh perniagaan: Orang yang pandai membuat pizza belum tentu pandai membuka dan menguruskan restoran pizza!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Nama Tradisional Laku Keras

Memilih nama yang digunakan sebagai unsur pakejing buku-buku fiksyen adalah sesuatu yang penting kerana nama mempunyai pengaruh ke atas emosi dan psikologi pembeli, sekaligus nama mempengaruhi jualan buku.

Ada 2 nama yang penting: (i) nama pengarang dan (ii) nama-nama watak.

Kajian berdasarkan data jualan buku-buku PTS menunjukkan, nama-nama pengarang yang menerima royalti paling tinggi (setiap tahun berturut-turut) adalah nama-nama yang tradisonal. Ertinya, baik nama sebenar mahupun nama pena, nama-nama pengarang itu berbau nama-nama Melayu tradisonal.

Nama 'Abdul Latip Talib' adalah nama sebenar pengarang, (sehingga ejaan bunyi sebutan kampung itupun tetap dikekalkan). Manakala nama 'Ain Maisarah' dan 'Farihah Iskandar' adalah nama pena.

Judul buku-buku yang menggunakan nama tradisonal juga menunjukkan angka jualan yang sangat positif. Contoh yang jelas adalah siri Young Aishah. 'Aisyah' adalah nama watak utama dalam siri ini. Dalam tempoh antara 1.1.10 - 24.5.10, siri Young Aishah terjual 15,971 naskhah. Angka itu tidak termasuk jualan Young Aishah yang sudah diterbitkan semula sebagai edisi Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 25, 2010

Surat: Label ‘Jualan Gudang’

Assalamualaikum wbt, Puan yang dihormati dan dirahmati Allah. Didoakan agar Puan berada dalam keadaan sihat dan diberikan rahmat Allah.

Mohon bertanya berdasarkan pengumuman jualan gudang di FB PTS, adakah PTS secara rasmi menggunakan perkataan jualan gudang bagi jualan clearance stok. Secara peribadi, perkataan jualan gudang itu memberi kesan yang tidak positif sifatnya. Kerana perkataan gudang sinonim dengan lelong dalam jualan buku penerbit.

Jika dapat dicadangkan perkataan gudang itu ditukar kepada 'tema' lain.

Isu buku tidak laju dalam jualan sehingga mengambil ruang stor juga dialami oleh produk konsumer lain. Kes terhampir yang menjadi rujukan saya adalah BMW Malaysia.

Pada tahun 2008 BMW berhadapan dengan 88 unit jualan kereta mewah yang tidak dapat dijual, tinggalan model tahun sebelum itu. Berhadapan dengan situasi kereta yang tidak keluar dari simpanan mereka dan dikategorikan sebagai kereta tidak laku, ditambah lagi ia sudah disifatkan kereta lama, BMW melakukan sesuatu bagi menjaga jenama bisnes mereka. Kemudian apa yang dilakukan adalah merendahkan faedah pinjaman dan dihantar sebelum tahun Baru Cina.

Kesan daripada kempen jualan penghabisan stok dengan memberi nama dan tema baru, mereka berjaya menjual kesemua kereta tersebut lima kali ganda tinggi berdasarkan perbandingan jualan normal dan jualan dalam kempen 'jualan gudang' mereka. Ini terbukti dengan 88 buah kereta dijual dalam tempoh seminggu.

Mereka mencipta tema bagi mengubah persepsi, menurunkan harga dan membuat pengumuman agresif. Inilah situasi yang sama dilalui PTS ketika ini melalui jualan gudang.

Berdasarkan rujukan ini, ingin saya mencadangkan PTS ke arah penjenamaan penerbitan berstatus korporat pada masa akan datang menjenamakan semula kempen jualan gudang mereka sebagai menjaga nilai nama PTS dan memberi momentum yang baik kepada penulis-penulis dalam apa jua situasi jualan buku yang dihadapi.

Ia memberi keseronokan kepada pembeli, tetapi kesan jangka panjang pada persepsi juga perlu dilihat dengan penggunaan perkataan jualan gudang. PTS dapat menggunakan tema 'jualan pertengahan tahun' atau pun 'cuti sekolah' selain daripada jualan gudang (lelong). Sekadar menyampaikan sudut pandang. Terima kasih.

ZM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Judul Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah judul buku-buku yang dijangka masuk ke stor pada minggu ini:

JUDUL BARU
1. Seni Debat Panduan Komprehensif
2. Rancang Wang Dari Sekarang
3. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei
4. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur
5. ARDH 2
6. Aku, kau & Bola: Separuh Masa Kedua
7. Takaza 2
8. Bisikan Syurga

ULANG CETAK
1. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
2. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
3. Buletin Sri Bangsar: Perang Rumah Sukan
4. Buletin  Sri Bangsar: Juara Rumah Sukan
5. Memasak Sehebat Chef: Rendang
6. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
7. Motivasi Alihan Pelajar
8. Dunia Sains Aiman: Jiran Baru
9. Dunia Sains Aiman: Kereta Solar

NOTA: Laporan ini disedikan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekutif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 24, 2010

Cara Mengundang Puan Ain Maisarah Datang ke Sekolah

Kepada Tuan Guru dan Puan Guru di sekolah-sekolah dalam Lembah Kelang, dimaklumkan bahawa Puan Ain Maisarah dapat diundang datang ke sekolah bagi memberi ucapan dorongan kepada pelajar-pelajar supaya menceburi profesion sebagai penulis.

Tulis emel kepada Pengurus AinMaisarah, Tn. Syaizul Amal, di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

Berikan maklumat berikut kepada beliau:

1. Nama sekolah

2. Nama dan nombor HP guru yang bertugas menguruskan undangan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Agenda di Sebalik Demo Memasak di Kedai Buku

Di manakah untungnya mengadakan acara demo memasak di dalam kedai buku? Jumlah orang yang datang melihat demo tidak sampai 20 orang. Jumlah buku yang dibeli pula tidak sampai 20 naskhah.

Modal yang dikeluarkan oleh chef dan penerbit pada hari itu ibarat kata, "hangus" sahaja.

PTS menganjurkan sesi demo memasak dengan 3 objektif:

(i) Memperkenalkan chef-chef yang menulis buku-buku resipi PTS.

(ii) Memberikan pendedahan kepada chef-chef itu supaya mereka belajar cara-cara berkomunikasi dengan khalayak 'live'.

(iii) Memberikan kerjasama kepada kedai buku bagi menggalakkan lebih banyak pengunjung masuk dan membeli buku-buku.

Sebagaimana dengan penulis buku-buku lain, tidak semua chef mempunyai bakat berinteraksi dengan audiens.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

DAWAMA Masuk ICU

MARC DOWNGRADES DAWAMA SDN BHD’S RATINGS, REVISES OUTLOOK TO NEGATIVE

Posted Date: 14 May 2010

MARC has lowered Dawama Sdn Bhd’s (Dawama) RM120.0 million Senior and RM20.0 million Junior Sukuk Musyarakah Medium Term Notes Programme (Sukuk) to AIS and A-IS respectively from A+IS and AIS. The outlook for the rating has been revised to negative from stable. The rating actions are premised on Dawama’s weakened credit profile stemming from significant losses for the 17-month accounting period to September 30, 2009 as well as for the five-month period ending February 28, 2010.

The extended period of poor results was brought about by the disruption to its five-year textbook revision cycle, which, in turn was the result of an unexpected policy change by the Ministry of Education (MoE). The poor operating performance has impaired cash flow generation and associated credit measures.

Dawama is also burdened by its high fixed cost, a legacy of the privatisation programme of the former publishing division of government-owned Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) and main publisher of Malaysian school textbooks. The negative outlook on the ratings incorporate potential for a gearing covenant breach and expectations that Dawama’s earnings and cash flow generation will remain constrained in the current financial year.

Dawama holds the exclusive rights to print DBP’s publications, a government-owned body under the MoE, which is responsible for the publication of Malaysian school textbooks as well as other general titles. Dawama had obtained the rights to publications of school textbooks under a 12-year concession agreement between DBP and Dawama, ending in June 2014. 

Dawama was allocated a significantly smaller number of new school textbooks in 2009 for the 2010 school year on account of syllabus changes introduced by the MoE following the ministry’s decision to revert to Bahasa Malaysia as the teaching language for science and mathematics in national schools. The delay in securing new textbook orders had an adverse effect on the company which receives 80% of its revenue from school textbooks publications.

Dawama has now secured firm orders for the printing of new school textbooks for Primary One for the 2011 school year under the new national curriculum. The commencement of a new multi-year textbook revision cycle leads MARC to believe that Dawama is assured of textbook orders in subsequent years as the latest curriculum is gradually implemented to all grades/levels.

Dawama maintains strong ties with its key shareholders, DTP Enterprise Sdn Bhd (51%) and Konsortium Dewan Edaran (M) Sdn Bhd (40%), both of which are distributors of Dawama’s non-textbook titles which currently constitute 20% of its revenues. MARC notes whilethe close relationship has provided operational continuity following Dawama’s inception, the relationship has also given rise to sizeable related-party transactions and high receivables.

For the 17-month period ending September 30, 2009 (FY2009), the company’s revenue declined to RM135.9 million, an annualised decline of 37.7% from the RM154.1 million registered in the 12-month period ending April 2008 (FY2008), attributed to the aforementioned delay in rolling out the new school textbooks. Consequently, Dawama recorded a pre-tax loss of RM30.0 million in FY2009 (FY2008: pre-tax profit of RM9.1 million).

Dawama’s interim results in the five-month period ending February 28, 2010 showed further pre-tax losses of RM15.7 million on revenue of RM9.3 million.

Cash flow from operations (CFO) declined to RM4.4 million (FY2008: RM14.8 million), and CFO interest coverage decreased to 0.41 times (FY2008: 2.03 times), mainly on account of the change in financial year-end to September.

As Dawama’s revenue is mostly recognized in the last quarter of its financial year ending September, its receivables rose to RM90.7 million in FY2009 (FY2008: RM41.0 million), and has since declined to RM41.0 million as at February 28, 2010. Of Dawama’s trade receivables, 35.7% are due from its holding company.

Dawama’s losses have led to an erosion in shareholders’ funds, resulting in a sharp increase in the debt-to-equity ratio (DE) to 46.9 times in FY2009 (FY2008: 3.1 times).

MARC believes Dawama is facing an imminent covenant breach at its financial year end of September 30, 2010 and expects the company to seek the indulgence of Sukukholders or negotiate covenant waivers.

The negative outlook reflects material risk of a covenant breach notwithstanding MARC’s belief that incoming orders for the 2011 and 2012 school years will provide medium-term earnings and cash flow support for Dawama. The rating could be lowered further if Dawama is unable to address its covenant issues and restore credit protection measures.

Baca laporan original di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pengaruh Kesan Familiariti ke atas Jualan Produk Konsumer

Buku adalah sejenis produk konsumer. Yang dikatakan 'produk konsumer' adalah produk-produk yang dibeli di kedai dan supermarket dengan menggunakan duit milik peribadi, untuk kegunaan peribadi.

Justeru, buku-buku yang dijual di kedai-kedai buku adalah produk konsumer. Dengan hal yang demikian, dapatan-dapatan dalam kajian sains konsumer mempunyai relevansi kepada penerbit buku.

Kajian pakar-pakar psikologi mendapati manusia mahukan benda-benda dan perkara-perkara yang sudah familiar (sudah biasa) kepada mereka. Inilah faktor yang mendorong orang suka apabila berjumpa dengan orang-orang yang mereka sering jumpai; mereka suka pergi makan ke restoran yang sama, suka membeli-belah di supermarket yang sama, dan suka membeli produk-produk daripada jenama-jenama yang sama.

Komsumer memilih berdasarkan faktor familiariti (sudah biasa, sudah kenal, sudah dipercayai) disebabkan dengan memilih produk yang sudah mereka kenali, ia menghilangkan risiko tersalah membuat pembelian. Mereka tidak mahu membeli jenama baru kerana ia melibatkan risiko.

Barangkali faktor familiariti ini jugalah yang mendorong pembeli buku membuat pilihan berdasarkan nama pengarangnya, yakni mereka sudah kenal pengarang itu. Dalam suatu tinjauan yang dibuat dalam FaceBook PTS, majoriti mereka yang menjawab soalan memberitahu bahawa nama pengarang adalah faktor penting mereka membeli buku.

Teori familiariti ini sangat penting diberikan perhatian apabila:

(i) Menerbitkan karya pengarang baru muncul pertama kali.

Nama pengarang yang baru muncul belum mempunyai ciri familiariti. Justeru, pembeli tidak berani mengambil risiko. Lebih selamat mereka membeli buku karya penulis yang sudah tentu mereka ketahui kualitinya.

Bagi mengatasi risiko buku penulis baru yang kurang laku, penulis-penulis baru hendaklah menerbitkan sekurang-kurangnya "trilogi" dalam tempoh setahun pertama.

PTS mempunyai banyak pengalaman menerbitkan karya kreatif bermutu tinggi, tetapi jualannya lembap, disebabkan penulisnya tidak segera menghasilkan trilogi.

Di satu pihak lain, pengarang-pengarang baru yang menulis buku bersiri terbukti berjaya dalam pasaran.

(ii) Menerbitkan genre yang belum banyak dalam pasaran.

Jika genre itu masih baru, genre itu sendiri belum mempunyai ciri familiariti. Justeru, pembeli belum kenal genre itu, justeru peminatnya belum ada.

Risiko ini dapat ditangani dengan menubuhkan kumpulan penulis yang cukup besar supaya banyak judul dalam genre itu dapat dihasilkan sehingga dalam tempoh yang tidak lama genre itu menjadi familiar di dalam kedai-kedai buku. Ini yang dilakukan oleh unit Komik-M apabila ia menerbitkan genre yang belum familiar.

(iii) Menerbitkan cerita-cerita yang "terlampau pelik-pelik dan luar biasa".

Majoriti pembeli buku suka membaca cerita-cerita yang familiar kepada mereka, yang mirip-mirip dengan cerita mereka sendiri, yang berada dalam orbit pengalaman mereka sendiri. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 23, 2010

Surat: Mahu Jadi Penerbit Buku Sendiri

Assalamu'alaikum, Pn Ainon.

Semenjak dari zaman sekolah saya baca buku-buku yang ditulis oleh Pn Ainon. Sebahagian besar buku puan dah masuk koleksi saya. Saya dah letih baca buku. Saya nak jadi penulis dan penerbit buku pula. Saya baru menyiapkan sebuah buku akademik berkaitan analisis data penyelidikan pendidikan.

Saya nak cari syarikat yang boleh cetak buku ni. Harap puan tolong anak murid ini cadangkan syarikat percetakan yang terbaik untuk saya cetak buku ni. Maklumat buku ini seperti berikut:

Tajuk: Analisis Data Penyelidikan
Saiz: B5 (7" X 10")
Bil m/surat: 178
Kulit: 4 warna
Kuantiti: 1000 buah

Tolong, ya puan...

MYI

.....................

Alaikumussalam warahmatullah.
Didoakan tuan dilindungi Allah daripada kesusahan dan kesedihan. Amin. Terima kasih kerana membaca buku-buku saya. Saya anggap tuan anak murid saya dalam bisnes penerbitan buku. Maka saya catitkan perkara-perkara di bawah:

1. Terbitkan buku itu dalam betuk POD (publishing on demand) sahaja. Pergi ke kedai DOCUPLAN, dan cetak di sana.

2. Cetak 10 naskhah dulu, apabila laku, cetak lagi.

3. Mengapa saya nasihatkan begitu adalah disebabkan kedai-kedai buku tidak mahu judul buku yang seperti itu.  (Hendak membuka akaun sebagai pembekal kepada kedai buku adalah satu kisah lain yang bukan mudah.)

4. Kedai buku universiti pun tidak ambil lebih dari 5 naskhah sahaja.

Puan Ainon.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Duta PTS AinMaisarah Membolehkan Komik-M Masuk Sekolah

Apabila DutaPTS AinMaisarah datang ke sekolah atas undangan, pintu get sekolah automatis terbuka mengalu-alukan ketibaan novelis remaja paling ngetop di tanah air. 

Lulus jarum, lulus kelindan. Itulah kata pepatah Melayu.

Apabila AinMaisarah masuk ke dalam premis sekolah, maka Komik-M pun ikut masuk (lihat foto).

Secara tradisinya, sekolah memusuhi komik. Kedai buku dan alat tulis dalam premis sekolah tidak diizinkan menjual komik. Guru-guru akan menyita komik yang didapati ada dalam beg sekolah pelajar. Malah ibu bapa pun tidak membelikan komik untuk anak-anak.

Justeru, adalah suatu perkara yang luar biasa apabila DutaPTS Ain Maisarah diberi peluang oleh pengurusan sekolah-sekolah bagi menyampaikan ucapan motivasi di hadapan perhimpunan pagi, sambil beliau  memegang Komik-M "Misi 8 A", karya Afiq & Nazry.

Komik "Misi 8 A" itu diangkat tinggi-tinggi oleh beliau supaya para pelajar nampak, dan semua guru-guru nampak. Kemudian beliau menceritakan mengapa komik itu sangat istimewa dan patut dibaca oleh semua pelajar yang mahu mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan.

Itulah tugas berat yang dipikul oleh DutaPTS AinMaisarah, yakni meyakinkan guru-guru bahawa Komik-M adalah alat bantu mengajar dan belajar Bahasa Melayu yang betul, serta mengandungi mesej-mesej yang dekat di hati golongan remaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 22, 2010

Alif Lelaki Kacak PTS di Berita Harian

Kartunis kacak, Tn. Alif Firdaus Azis, hari ini mendapat publisiti hebat di Berita Harian.

Tn. Alif adalah editor di unit  Komik-M. Orangnya besar, masih solo, dan baik hati. Beliau juga pandai bermain silap mata.

Nota: Klik foto bagi membaca lebih banyak tentang sejarah bagaimana bakat beliau bersinar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Travelog Haji Edisi Baru

Inilah wajah edisi ke-2 buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman oleh Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim.

Edisi ini mempunyai 50 halaman tambahan. Ia juga disertai sekeping CD percuma.

Semenjak diterbitkan, sudah lebih 40 ribu naskhah buku ini terjual. Apabila buku ini diterbitkan sebagai edisi kulit lembut dan edisi jimat, didapati kedua-kua edisi laku keras walaupun  dalam kedai yang sama.

Barangkali ini adalah buku yang paling banyak mendapat kesan apa yang disebut dengan istilah "viral marketing" (pemasaran virus). Individu-individu yang pernah membaca buku ini akan mengesyorkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan lain supaya membeli dan membacanya juga. Malah tidak kurang yang membeli lebih daripada 1 naskhah kerana hendak menghadiahkannya kepada orang lain.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Spiritual untuk Baca@Ramadan Sementara Menanti Azan Berbuka

Pada tahun ini PTS menerbitkan banyak novel spiritual khusus untuk bacaan golongan muda dan remaja yang sedang mencari-cari sesuatu bagi mengisi jiwa dan sanubari.

Bagi individu yang sudah alim dan banyak ilmu, buku-buku yang sesuai untuk mereka adalah buku-buku agama yang ditulis oleh ustaz-ustaz. Buku-buku seperti juga diterbitkan oleh PTS.

Namun bagi golongan remaja, dan mereka yang masih muda, mereka mahukan buku-buku agama yang ditulis dengan gaya santai dan cerita-cerita yang indah, yang menusuk kalbu, yang tidak mengajar-ajar mereka, apatah lagi menghukum mereka.

Novel-novel spiritual berfungsi sebagai bahan bacaan permulaan yang memperkenalkan indahnya kehidupan rohaniah. Apabila usia mereka semakin meningkat, mereka akan mencari kitab-kitab agama pula....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 21, 2010

Surat: Nama-Nama Watak dalam Novel PTS

Assalamualaikum Puan Ainon,

Saya menulis surat ini sekadar memberi pandangan dan mungkin juga teguran membina berkaitan dengan nama-nama watak di dalam novel terbitan PTS. Teguran ini berasaskan peristiwa di zaman Nabi Muhammad SAW. Pernah seorang sahabat nabi bernama Abu Khail (ertinya 'bapa kuda') lalu nabi ubah namanya kepada Abu Khair ('bapa kebaikan'). Nabi amat sensitif kepada nama sahabatnya, kerana ia suatu doa.

Malah saidina Umar pernah ditanya apakah tanggungjawab bapa kepada anak, lalu umar menjawab, ada 3: Pertama: memilih ibu yang baik. Kedua: memilih nama yang baik. Ketiga: mengajarkan ilmu al-Quran. Kesimpulan, saya syorkan agar penerbit menjadikan nama-nama watak di dalam novel itu membawa maksud Islam yang segar, kerana nama adalah simbol dan signifikan bagi seorang muslim. Biarlah -watak itu membawa imej Islam dari segi namanya dan perwatakannya.

Saya risau, trend meletakkan nama-nama watak sesedap rasa ini akan menjadikan pembaca PTS meniru dan meletakkan nama anak mereka mengikut 'rasa' dan bukan ilmu. Sedangkan nama itu mempunyai nilai besar di sisi agama. Malah ada sebahagian nama yang haram diletakkan seperti 'Rabbul Izzati', dan amat makruh meletakkan nama sifat Allah tanpa 'Abdul'. Contoh nama 'Rahman' adalah makruf, sepatutnya 'Abdul Rahman'. Begitu juga 'Jabbar' kena dimasukkan 'Abdul jabbar'.

Sebagai contoh nama watak dalam Tasawuf Cinta 'Rona' dari segi bahasa arabnya tiada maksud. Begitu juga watak-watak lain seperti nama Aryo, juga tiada maksud. Di dalam novel 'Nyanyi Sunyi', ada nama watak seperti Arjuna dan Cempaka. Ia memang punya nilai sastera, tetapi watak-watak itu adalah lebih baik jika diberikan nama-nama yang Islamik, kerana ia akan mewujudkan satu suasana yang taqarrub kepada syiar Islam.

Oleh itu, saya sekadar mencadangkan agar penerbit meletakkan suatu guide line kepada penulis mana-mana novel agar meletakkan nama watak Muslim dengan nama yang 'Bagus' dan 'Segar' dari segi keislamannya. Bukan bermaksud 'melarang' tetapi lebih kepada membudayakan nama-nama yang Islam. Ini adalah sunnah dan wajar kita turutkan. Firman Allah: Dan tidaklah aku diperintahkan melainkan menyembah Allah, ikhlas kepadanya dan bagi agamaNya.

Terima kasih.

UB

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Tauhid

Menggunakan wacana kreatif bagi menyampaikan pengalaman dan pencarian Tuhan serta pemikiran-pemikiran ketuhanan adalah sesuatu yang ada presedennya dalam Quran.

Salah satu kisah panjang berkenaan pencarian Tuhan yang terdapat dalam Quran adalah kisah bagaimana Nabi Ibrahim mencari-cari Tuhannya.

Berdasarkan sunah Quran itu, PTS Islamika kini sedang mencari lebih banyak penulis novel yang berminat melahirkan genre novel tauhid.

Bagi menghasilkan genre ini, seseorang itu tidak perlu menjadi ustaz ataupun ustazah. Cukup dengan sudah banyak membaca buku-buku tentang Tuhan dan mempunyai kefahaman berkenaan prinsip-prinsip utama dalam tauhid.

Novel tauhid bukan kitab tauhid. Kedua-duanya mempunyai target pembaca yang berbeza dan fungsi yang berbeza, meskipun tujuannya serupa.

Kitab-kitab tauhid, ditulis oleh ustaz-ustaz, dan dibaca oleh individu yang sudah percaya bahawa Tuhan itu ada, dan dia mahu mendalami lagi pengetahuannya serta imannya tentang Tuhan.

Novel-novel Tauhid dibaca oleh individu-individu yang masih samar-samar berkenaan persoalan asas, seperti apakah Tuhan ada dan mengapa berlainan agama mempunyai konsep-konsep yang berbeza tentang Tuhan. Justeru ia sesuai dibaca oleh para remaja dan orang bukan Islam yang ingin tahu tentang Tuhan dalam Islam.

Dua kelompok utama yang menjadi target novel tauhid adalah (i) pembaca muda dan (ii) mereka yang berminat mahu mendekati kehidupan bertuhan tetapi belum betul-betul yakin.

Tuan dan puan yang berminat menulis novel tauhid, mohon hubungi editor kreatif di PTS Islamika, Tuan Ahmad Zahiruddin Mohd. Zabidi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 20, 2010

SABTU 22 Mei: MPH Midvalley Kuala Lumpur

Tarikh: 22 Mei 2010, hari Sabtu
Masa: 2.00 hingga 4.00 petang.
Tempat: MPH MidValley, Kuala Lumpur

Pengarang:  Natasha Effyzal, Aizam Aiman, Iman Qaisara, Haryani Kamilan dan Adha Ameera. 

Pegawai PTS yang bertugas: Cikpuan Siti Nor Fadilah Salleh

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 23 Mei 2010: Bengkel Penulisan Novel Sejarah

Penulis Novel Sejarah Islam terkenal masa kini, Tuan Abdul Latip Talib sudi menyampaikan bengkel penulisan novel sejarah kepada anda yang berminat. Beliau yang berpengalaman luas dan sudah menghasilkan berpuluh karya novel sejarah seperti Salehuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Khalid Al-Walid, Khulafah Ar-Rasyidin dan banyak lagi. Bertemu Tuan Abdul Latip Talib di bengkel ini.

Tempat: Sekolah Al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang. (Pergi ke GIANT, Tmn. Permata, cari kedai 7-Eleven, sederet ada Klinik Gigi Nooriah, naik tangga ke tingkat 2, Sekolah al-Ikhlas betul-betul di atas klinik.)

Masa: 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Tarikh: 23 Mei 2010, Ahad.

Pegawai PTS bertugas: Tuan Bahruddin Bekri di alamat emel .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Komik-M untuk Musim Raya Sudah Mula Dicetak

Sebagaimana dengan buku-buku agama yang diterbitkan khusus untuk jualan menjelangnya bulan Ramadan, maka komik-komik yang ditargetkan untuk jualan menjelang musim hari raya juga kini sudah masuk proses percetakan.

Tim penulis cerita dan pelukis Komik-M sudah mula bekerja semenjak bulan Januari 2010, bagi memastikan komik-komik itu dapat dihantar ke kilang cetak pada bulan Mei.

Bulan puasa tahun ini jatuh pada bulan Ogos. Pada bulan Jun buku-buku semestinya sudah masuk gudang PTS dan mula dihantar ke kedai-kedai di seluruh negara supaya buku-buku sudah mula dipamerkan sebelum bulan Julai.

Pembeli buku agama mula membeli buku sebulan sebelum menjelang bulan puasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 19, 2010

AHAD 23 Mei 2010: Chef Arm dan Chef Nazira di MPH One Utama

Tarikh: Ahad 23 Mei 2010

Tempat: MHP One Utama

Event: Demo memasak

Chef: Chef Arm & Chef Nazira

Masa: Jam 3.00 petang

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Memilih Acara yang Layak Diberi Tajaan

Sebagai penerbit buku kita kerap menerima surat-surat yang meminta kita menaja pelbagai acara dan majlis yang dianjurkan oleh pelbagai pihak kerana mereka percaya syarikat mempunyai banyak wang.

Ada pihak yang terus menuliskan jumlah wang yang mereka mahu kita berikan kepada mereka atas nama 'penaja' program yang mereka anjurkan. Ada yang menulis supaya kita beri RM5 ribu, malah ada yang mahukan RM10 ribu.

Berikut adalah tip memilih surat yang tidak perlu dilayan:

1. Program itu tidak akan menaikkan jumlah jualan buku-buku kita.

Sebagai contoh, program "Kembara Buku" anjuran pihak-pihak yang berkait rapat dengan parti politik. Bunyinya macam ada kaitan dengan kempen membaca buku, tetapi lazimnya para peserta program-program kembara seperti itu adalah anak-anak muda yang bukan terdiri daripada pembeli buku. Mereka cuma suka berseronok-seronok sesama mereka.

2. Program itu dijalankan jauh dari Lembah Kelang.

Acara di luar Lembah Kelang tidak akan dihadiri oleh wartawan dari media di Kuala Lumpur. Oleh itu ia tidak akan dilaporkan dalam edisi nasional. Kalau nasib baik ia cuma dilaporkan untuk edisi wilayah sahaja.

3. Majlis itu tidak dianjurkan oleh pihak-pihak yang amat penting bagi survival bisnes kita.

Sebagai penerbit buku, ada pihak sangat relevan dengan survival bisnes kita, ada yang tidak. Jika majlis itu dianjurkan oleh "Persatuan Pekedai Buku", maka sumbangan kepada majlis itu adalah relevan kepada bisnes kita. Jika majlis itu dianjurkan oleh "Persatuan Belia 1Malaysia", ia tidak relevan.

4. Majlis itu diadakan pada hujung minggu.

Lazimnya, wartawan tidak akan datang membuat liputan pada majlis pada hujung minggu disebabkan mereka bercuti.

5. Majlis itu tidak mempunyai USP (unique selling point).

Acara yang tidak mempunyai USP tidak mempunyai nilai berita, justeru tidak menarik minat wartawan. Jika majlis itu adalah "Pesta Melukis Kanak-Kanak", ia tiada USP.

6. Majlis itu dirasmikan oleh tokoh politik.

Majlis yang dirasmikan oleh tokoh politik akan di-hijack oleh tokoh politik itu. Wartawan akan melaporkan statement yang dibuat oleh tokoh politik itu, bukan melaporkan majlis tersebut, apatah lagi menyebut nama syarikat kita sebagai penaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 18, 2010

Buku-buku Baru untuk Kempen Membaca Bulan Ramadan

Tuan Arief Rahmad, CEO PTS memberitahu bahawa tahun ini sekali lagi PTS akan melancarkan kempen membaca sempena bulan Ramadan. Kempen pertama dilancarkan pada tahun 2009 dengan bajet RM50 ribu sahaja. Sebahagian besar bajet itu adalah bagi membeli ruang iklan.

Menurut beliau, bajet bagi membeli ruang iklan bagi tahun 2010 ini adalah RM140 ribu.

Pada saat ini para eksekutif jualan PTS sedang bekerja keras menjelajah ke seluruh negara, berjumpa dengan para pengurus kedai buku besar dan kecil yang menjual buku-buku PTS supaya ikut serta berkempen dengan cara membuat pameran buku-buku yang bagus bagi bacaan Ramadan di dalam kedai masing-masing.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Duta PTS AinMaisarah Sudah Memulakan Kempen Jejalah Sekolah 2010

Sekolah-sekolah di sekitar Lembah Kelang yang berminat mengundang DUTA PTS AinMaisarah kini boleh menghubungi pengurus beliau Tuan Syaizul Amal.

Duta AinMaisarah akan datang dan memberi ucapan motivasi kreativiti dalam bidang penulisan selama 20 minit kepada semua pelajar.

Pada hari itu beliau akan membuka meja pameran bagi memperkenalkan dan mempromosi pelbagai buku-buku PTS yang sesuai untuk bacaan para guru dan pelajar, bukan hanya buku beliau sahaja.

Kemudian, bagi pelajar-pelajar yang mempunyai bakat menulis dan berminat mahu menjadi penulis, Duta AinMaisarah boleh mengadakan sesi khas untuk mereka mengetahui persediaan asas menjadi penulis yang berjaya dalam pasaran dan dapat hidup sepenuh masa sebagai penulis profesional.

Jika sekolah mempunyai senarai buku-buku PTS yang mahu dipesan khas untuk pusat sumber sekolah, mohon emelkan senarai itu lebih awal kepada Tuan Syaizul Amal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 3 pages  1 2 3 >