Sunday, May 09, 2010

Apa Kata Tn. Saifuddin Awang Tentang Buku The Magic of Thinking BIg

Tuan Saifuddin Awang adalah pemilik kedai buku terkenal di Kemaman, Pustaka Munirah. Dalam blog rasminya, antara lain beliau menulis:

Buku ini sudah saya baca 20 tahun dulu, dalam versi Bahasa Inggeris.  Tidak keterlaluan jika saya katakan yang anda WAJIB membaca buku ini sebelum anda membaca buku-buku motivasi yang lain. Saya juga akui sebahagian besar isi kandungan buku ini sudah saya ‘amalkan’ sejak saya berumur 23 tahun, ketika saya mula-mula bekerja sebagai eksekutif  junior di sebuah syarikat swasta di Johor Bahru.

Saya cadangkan anda semua membacanya … tidak kira sama ada anda adalah seorang pelajar, guru, suri rumah, bapa, ibu, ahli politik, usahawan dan lain-lain. Anda pasti akan dapat memperolehi ilmu baru setelah membaca buku ini.

Percayalah, kita akan lebih berjaya jika kita berfikir besar, optimistik, yakin diri  dan tidak mudah lemah semangat. Kita tidak boleh kata kita ‘gagal’, tetapi sebenarnya “belum berjaya”. Kita tidak boleh kaya kerana bisnes kita ‘kecil’, tetapi sebenarnya “belum besar”. Apa yang penting, sematkan impian yang tinggi dalam fikiran anda dan InsyaAllah suatu hari nanti impian itu akan menjadi nyata.

Artikel original beliau dapat dibaca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS akan Memperkenalkan Skim Galakan Menulis Reviu Buku-buku PTS

Tuan Nazrul Samsuddin, Ketua Unit Pemasaran Internet PTS, memberitahu bahawa unit beliau akan memperkenalkan skim bagi menggalakkan pembeli dan pembaca buku-buku PTS supaya menulis reviu buku-buku yang sudah selesai dibaca.

Pada fasa pertama itu nanti, bagi setiap reviu yang memenuhi ciri-ciri yang dikehendaki oleh PTS akan diberi ganjaran dalam bentuk buku terbitan PTS secara percuma.

Oleh hal yang demikian tuan dan puan yang menghantar reviu itu nanti diminta supaya menyertakan alamat surat menyurat yang lengkap supaya buku dapat dihantarkan ke alamat yang betul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 08, 2010

Keluarga Sanggup Sewakan Rumah Supaya Berkarya

Baca lebih banyak tentang Jas di sini.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku untuk Bulan Puasa Sudah Mula Dicetak

Bagi orang biasa, bulan puasa masih lama lagi. Namun bagi orang bisnes, bulan puasa sudah sangat hampir tiba. Mereka tercungap-cungap bekerja mengejar masa.

Semua produk yang ditargetkan untuk pasaran bulan puasa dan hari raya akan datang, seperti pakaian baju Melayu, songkok, bunga-bunga plastik, kain langsir, sarung kusyen dan lain-lain, semunya sudah mula dikerjakan semenjak bulan Januari.

Para penerbit tidak kurang sibuknya.  Banyak jenis buku ditargetkan untuk musim bulan puasa dan hari raya.

Buku-buku untuk bulan puasa mesti sudah mula masuk kilang cetak mulai sekarang. Jika tidak, buku-buku itu terlambat dihantar ke kedai. 

Ini semua bermakna, sejak bulan Januari para penulis yang mahu karya mereka diterbitkan sempena musim bulan puasa perlu menyerahkan manuskrip mereka kepada editor paling lewat pada bulan Mac.

Rekod jualan PTS pada tahun-tahun lalu menunjukkan sebulan sebelum puasa, jualan buku-buku agama meningkat dengan ketara sekali.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 07, 2010

Edisi Gramedia Jakarta & Edisi PTS Kuala Lumpur

Eksport-import buku antara Malaysia dan Indonesia sangat menguntungkan pihak Indonesia. Malaysia lebih banyak mengimport buku Indonesia daripada sebaliknya. 

Buku-buku yang paling banyak diimport oleh Malaysia adalah buku-buku agama. Indonesia memang banyak menerbitkan judul agama setiap tahun, baik yang diterjemahkan dari bahasa Arab mahupun yang diulis oleh agamawan Indonesia sendiri.

PTS adalah penerbit Malaysia yang paling aktif berusaha mengeksport hakcipta pengarang-pengarang PTS ke Jakarta. Pengarang PTS yang paling berjaya dieksport adalah Abdul Latip Talip.

Judul PTS yang paling berjaya dieksport ke Indonesia adalah judul-judul yang bersiri. 

(i) Siri Novel Sejarah Islam (ditulis oleh seorang pengarang)

(ii) Siri Young Aisyah (ditulis oleh seorang pengarang)

(iii) Siri 31 Cerita (ditulis oleh banyak pengarang)

(vi) Siri Usahawan Cilik (ditulis oleh banyak pengarang)

Keempat-empat siri di atas juga sangat berjaya dalam pasaran Malaysia.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sastera Islami: Tema Cerai-Berai Tiada dalam Quran

Antara tema dan isu yang popular dibincangkan dalam sastera Melayu kontemporari adalah isu perceraian. Perceraian menjadi begitu lumrah, baik dalam sastera yang berat-berat mahupun dalam sastera yang ringan-ringan.

Malah terdapat dalam buku sastera kanak-kanak dan sastera remaja di mana aspek perceraian diwujudkan, biasanya dalam cerita-cerita itu ada watak kanak-kanak yang datang daripada latar belakang ibu bapa yang bercerai.

Suatu pola yang menimbulkan keprihatinan kita adalah di mana, berbanding pengarang lelaki, pengarang-pengarang perempuan lebih cenderung menghasilkan cerita yang berunsurkan perceraian.  Malah pengarang perempuan yang yang muda belia, dan yang belum berkahwin pun sudah menghasilkan cerita-cerita yang dikaitkan dengan perceraian.

Apakah posisi tema dan isu perceraian dari sudut teori sastera Islami? Ini dapat dijawab dengan mengkaji ciri-ciri cerita yang terkandung dalam Quran.

Salah satu ciri pada cerita-cerita yang terdapat dalam Quran adalah ketiadaan watak-watak yang terlibat dengan cerai-berai, baik secara langsung mahupun tidak langsung. Maksudnya, tidak ada watak yang dia sendiri pernah bercerai, ataupun yang ibu bapanya bercerai-berai.

Dalam lain perkataan, dalam cerita-cerita Quran, tidak ada cerita di mana watak-wataknya terlibat dengan perceraian, ataupun ada watak yang merupakan anak mangsa perceraian.

Pasangan suami isteri seperti Nabi Nuh dan isterinya yang derhaka itu pun, tetap sampai sudah Nabi Nuh tidak menceraikan isterinya. Asiah, ibu angkat Nabi Musa, yang juga isteri kepada Firaun yang teramat kejam itu pun, tetap sampai sudah tidak meminta cerai. Dalam surah Yusuf, al-Aziz, suami Siti Zulaikha, tidak  menceraikan isterinya, meskipun dia sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana baju Nabi Yusuf koyak di bahagian belakang!

Sebaliknya, dalam Quran, terdapat cerita berkenaan lelaki yang terlibat dengan dengan poligami, iaitu Nabi Ibrahim yang mempunyai dua orang isteri. 

Cerita anak-anak yang mempunyai ibu tiri ada, iaitu Nabi Ishak dan Nabi Ismail. Mereka adalah anak-anak kepada Nabi Ibrahim daripada 2 orang isterinya, Siti Sarah dan Siti Hajar. Nabi Yusuf dan Nabi Bunyamin juga mempunyai ibu tiri dan abang-abang tiri.

Cerita lelaki yang kematian isteri, kemudian berkahwin lain pun terdapat dalam Quran, iaitu Nabi Yaakub, ayahanda kepada Nabi Yusuf. Nabi Bunyamin dan Nabi Yusuf adalah anak daripada isteri kedua beliau, selepas isteri pertamanya meninggal dunia. Dengan isteri pertamanya Nabi Yaakub mempunyai 9 orang anak.

Pada prinsipnya dalam Quran tidak terdapat cerita di mana ada watak lelaki ataupun perempuan yang berkahwin, kemudian bercerai, kemudian berkahwin lain, ataupun tidak.

Allah jualah yang maha tahu mengapa di dalam Quran Allah tidak menyampaikan cerita-cerita tentang pasangan suami isteri yang bercerai-berai, ataupun cerita anak-anak daripada keluarga yang bercerai-berai.

Dari sudut teori sastera Islami, sastera perlu selaras dengan Quran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 06, 2010

TOP 10 di BookCafe PTS bagi April 2010

1. Alexander adalah Zulkarnain
2. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
3. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
4. Yakjuj Makjuj
5. Kamus al-Quran
6. Dahsyatnya Qiamullail
7. Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
8. Biografi Muhammad bin Abdullah
9. Syahadah Gadis Ateis
10. Magnet Rezeki

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Nordianah Abd. Kadir, pengurus Book Cafe.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tn. Azzyzul Abd. Aziz: Ketua Unit Credit Control PTS

Tuan Azzyzul Abd. Aziz (foto) adalah antara pegawai yang baru masuk menjadi keluarga besar PTS.

Beliau adalah Senior Credit Controller merangkap Ketua Unit Kawalan Kredit di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS. Misi beliau adalah membantu pihak pengurusan PTS memperbaiki aliran tunai syarikat dengan cara meningkatkan keberkesanan sistem menagih dan mengawal hutang para agen PTS.

Sebelum bersama PTS, Tn. Azzyzul bertugas di Airod Berhad.

Menurut Tn. Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS, tugas seorang senior kredit controller tidak melibatkan proses menagih hutang. Kerja-kerja menagih hutang dilaksanakan oleh eksekutif credit controller.

Sebagai ketua unit kawalan kredit, antara tugas-tugas Tn. Azzyzul adalah:

(i) Memperbaiki sistem menyediakan dan mengirimkan penyata hutang piutang kepada 1,800 agen, pengedar, kedai buku dan kontraktor yang menjadi pelanggan PTS. Dokumen penyata hutang mesti sudah diterima oleh kedai buku sebelum salesman tiba di kedai-kedai buku seluruh negara bagi menyemak stok, mengambil pesanan baru, dan sekaligus mengambil cek.

(ii) Memperbaiki sistem memproses borang pesanan, memproses cek-cek, dan penghantaran buku-buku kepada pelanggan, supaya lebih cepat dan lebih tepat.

(iii) Melakukan analisis prestasi setiap agen PTS supaya cepat dapat dikesan apabila sesebuah pelanggan itu menunjukkan tanda-tanda awal ia akan bermasalah dalam membayar hutang PTS.

(iv) Memonitor rekod dan data kredit setiap pelanggan, dan memberikan nasihat kepada Tn. Pengurus Jabatan Sales berkenaan apa langkah yang sebaiknya diambil bagi setiap agen, seperti menaikkan lagi had kreditnya, ataupun menurunkannya.

(v) Membantu pelanggan-pelanggan utama PTS apabila mereka mengalami masalah berurusan dengan PTS, dengan itu menaikkan lagi rasa puas hati mereka terhadap kualiti servis PTS, dengan itu meningkatkan lagi bisnes PTS kepada mereka.

(vi) Meningkatkan jumlah hutang yang dapat dikutip setiap bulan.

(vii) Menurunkan risiko hutang lapuk yang tidak dapat dikutip daripada pelanggan PTS.

(viii) Menjalin hubungan yang lebih baik dengan pelanggan-penggan utama PTS dengan ikut bersama salesman PTS pergi ke seluruh negara bagi menemui dan berkenalan dengan pelanggan utama PTS dan berbincang tentang bagaimana PTS dapat membantu bisnes mereka dengan lebih baik lagi.

Menurut Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS, belum pun 3 bulan Tn. Azzyzul bertugas, terbukti jumlah kutipan hutang PTS sudah meningkat.

Menurut Tn. Zulkimy, eksekutif jualan PTS  yang menjaga kedai-kedai buku Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis), sebagai bukti keberkesanan kehadiran Tn. Azzyzul, kali terbaru Tn. Zulkimy pergi out-station menjalankan tugas, semasa pulang beliau telah berjaya membawa pulang cek-cek bernilai lebih RM100 ribu, suatu rekod baru bagi beliau.

NOTA: Unit kawalan kredit PTS mempunyai 3 orang anggota, iaitu Tn. Azzyzul, dan 2 orang eksekutif, Puan Khalilah Mad dan Puan Halimahton Ab. Rahman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 05, 2010

Top 50 bagi April 2010

1. Alexander Adalah Zulqarnain
2. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa
3. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
4, Projek Diet Ain Maisarah
5. Aminah: Bunga Kaum Quraisy
6. Law Of Connection - Edisi Bahasa Melayu
7. Senangnya Memasak Nasi
8. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
10. Aku Mahu Superbibik
11. Dahsyatnya Doa Ibu
12. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
13. Urus Bisnes Dengan Google
14. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
15. Tukar Sekolah Lagi!
16. Meja Runding: Dari Konflik Ke Solusi Strategik
17. Senangnya Memasak Ayam
18. Senangnya Memasak Daging
19. Cita Rasa Malaysia - Johor
20. Senangnya Memasak Ikan
21. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
22. Usahawan Cilik: Jutawan 3R
23. Senangnya Memasak Sayur
24. S Untuk...
25. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
26. Miss Epal
27. Young Aisyah: Summer Camp
28. Senangnya Memasak Sambal & Sos
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - Edisi Kemas Kini
32. Keranamu Aku Cemburu
33. Kamus Al-Quran
34. Siapa Lebih Popular?
35. Buat Duit Dengan Tadika
36. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
37. Biografi Muhammad bin Abdullah - Hard Cover Edisi 2010
38. Buat Duit Dengan Jaga Budak
39. How To Win Friends & Influence People - Edisi Bahasa Melayu
40. Aku, Dia & Gosip
41. Menjadi Remaja Smart Studi: Belajar Saat Akhir
42. Usahawan: Kaya Wang Kaya Iman
43. Dahsyatnya Qiamullail
44. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
45. Si Monster Cilik
46. Travelog Cinta Abadi
47. Tip Jana Wang Dari Rumah
48. Diari Mat Despatch
49. Senangnya Memasak Makanan Barat
50. Geng Genius: Rakit Terpantas

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohd. Ridi, eksekutif kewangan yang menguruskan bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Edisi Gramedia Jakarta & Edisi PTS Kuala Lumpur

Apakah strategi bisnes yang digunakan oleh PTS bagi mengekport judul-judulnya ke Indonesia supaya diterbitkan semula dan dicetak di negara itu sebagai edisi Indonesia?

Mengeksport judul ke Indonesia adalah ibarat kerja memanjat gunung sukarnya. Yang lebih mudah adalah kerja menuruni gunung, yakni kerja mengimport judul-judul Indonesia untuk diterbitkan semula sebagai edisi Malaysia.

Pertama-tama industri buku Indonesia sekurang-kurangnya 20 tahun lebih maju dibandingkan dengan industri buku di Malaysia, baik dari sudut jumlah judul mahupun isi kandungan buku.  Faktor ini pun sudah cukup menyusahkan judul Malaysia bagi bersaing dengan judul-judul Indonesia.

Indonesia juga mempunyai jauh lebih banyak pengarang. Pada waktu yang sama pengarang mereka juga sangat kreatif dan produktif. 

Cabaran paling utama mengeksport judul ke Indonesia adalah kualiti buku. 

Rahsia kejayaan siri "Usahawan Cilik" dilesenkan ke Jakarta adalah pada konsep di sebalik siri itu.

Konsep fiksyen remaja yang tujuannya adalah mendorong pembaca remaja menjadi usahawan sejak masih kecil adalah amat menarik bagi PT Gramedia. Siri seperti itu belum ada di Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 04, 2010

Edisi Gramedia Jakarta & Edisi PTS Kuala Lumpur

Sehingga saat ini PTS sudah mengeksport lebih 60 judul terbitannya ke Indonesia.

Judul-judul PTS itu dilesenkan kepada penerbit Indonesia secara pelesenan. Dalam klausa perjanjian antara PTS dan pihak penerbit di Indonesia, mereka dibenarkan menerbitkan dan mencetak karya PTS itu dengan melakukan penyesuaian semula yang diperlukan supaya edisi Indonesianya menepati citarasa pasaran negara itu.

Yang terbaru dilesenkan adalah siri "Usahawan Cilik" terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Siri ini dilesenkan kepada PT Gramedia, penerbit paling besar di negara itu.  Pihak Gramedia bersetuju melesen semua judul dalam siri ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Buku Masuk Gudang PTS

Berikut adalah tajuk buku yang dijangka masuk ke stor PTS minggu ini:

JUDUL BARU
1. Sayur Lipat Berinti
2. Muaz Haikal: Gerak Kilat
3. Hidangan Terbaik Dunia - Brunei
4. Great Work, Great Career
5. Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) 1
6. The Leader In Me

JUDUL ULANG CETAK
1. Hulagu Khan
2. 24 jam Amlan Rasullullah
3. Rahsia Islam di China
4. Online Dengan Tuhan
5. Wacana Al Quran
6. Berbunga Cinta Aisyah di Hati Rasulullah
7. 501 Persoalan Fikah Wanita
8. Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Hati Suami

NOTA: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohd. Ridi, eksekuitif di jabatan kewangan PTS yang menguruskan baje percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 03, 2010

Tip untuk Novelis Remaja: Tema Persahabatan Sangat Popular

Analisis data jualan buku-buku PTS menunjukkan salah satu trend yang menarik, iaitu novel-novel remaja yang temanya adalah dunia persahabatan terbukti mendapat sambutan sangat baik daripada pasaran.

Dua orang novelis remaja paling ngetop PTS adalah Puan Ain Maisarah dan Puan Farihah Iskandar. Mereka berdua menghasilkan novel-novel yang mempunyai lebih dari satu orang watak utama, yakni sekumpulan sahabat baik.

Banyak novelis remaja PTS yang menjadikan tema persahabatan sebagai mesej utama dan jualan karya mereka semuanya tinggi.

Nilai persahabatan sangat penting dalam kejayaan, baik kejayaan kerjaya mahupun kejayaan bisnes. Networking, yakni menjalin persahabatan, adalah modal sosial yang sangat berharga.

PTS mahukan lebih banyak novel remaja yang menggarap tema persabahatan supaya pembaca remaja PTS mendapat asuhan nilai-nilai yang baik dan murni tenang pergaulan dengan rakan-rakan sebaya.

Dalam agama, persahabatan adalah senjata umat Islam. Kita mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada sahaba-sahabat kita, baik semasa mereka hidup, ataupun apabila mereka mati. Termasuk antara tugas itu adalah menghantar jenazah mereka ke perkuburan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 02, 2010

Tip Membuka Kiosk Buku dalam Supermarket

Pada masa ini PTS membekalkan kepada beberapa peniaga kecil buku yang membuka kiosk-buku, atau gerai-sorong, dalam beberapa hipermarket.

Data jualan PTS kepada mereka menunjukkan peningkatan dari masa ke masa, ertinya perniagaan itu boleh survive.

Berikut adalah beberapa tip bagi tuan dan puan yang berminat membuka perniagaan kiosk-buku:

1. Perniagaan ini sesuai untuk peniaga kecil. Justeru bagi tuan dan puan yang mempunyai anak remaja dan mahu menggalakkan anak memulakan bisnes sendiri, model ini sesuai.

2. Jenis orang yang membeli-belah dalam hipermarket adalah golongan berpendidikan dan berduit, oleh itu mereka mempunyai nilai pendidikan yang tinggi.

3. Operator kiosk buku perlu mengetahui judul-judul buku apa yang macam mana yang dimahukan oleh golongan pengunjung hipermarket.

4. Jumlah judul yang sesuai dipamerkan adalah antara 100 - 150 judul.

5. Pamerkan judul-judul yang terbukti sudah laku dalam pasaran sahaja.

6. Purata sewa tapak kiosk dalam hipermarket adalah RM3,000 sebulan.

7. Buku agama ruji wajib dipamerkan kerana jualannya bagus.

8. Bekalan buku boleh didapatkan daripada 2 ataupun 3 penerbit ataupun pengedar sahaja.

9. Pengedar boleh memberikan maklumat tentang judul-judul yang sangat laku.

10. Modal pertama membuka kiosk buku adalah antara RM15 - RM20 ribu.

11. Jumlah jualan bulanan yang 'bagus' dan 'selesa' adalah sekitar RM25 ribu.

12. Buku yang tidak laku boleh dipulangkan kepada penerbit dan digantikan dengan buku-buku lain.

Dengan membuka kiosk buku lebih dahulu, lama-lama peniaga akan mempunyai asas yang kuat bagi membuka kedai buku.

Bagi tuan dan puan yang berminat menjual buku-buku terbitan PTS, tulis surat emel kepada Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS, di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 01, 2010

Pasaran Buku Motivasi Terjemahan

PTS komited akan terus menerus menerbitkan buku-buku motivasi dan pembangunan diri yang diterjemahkan daripada bahasa-bahasa lain kerana permintaan untuk buku-buku itu memang ada. Dengan memperkenalkan banyak judul dalam kategori ini, PTS yakin hal itu akan mengembangkan lagi pasaran tersebut.

Rekod jualan judul-judul terjemahan PTS menunjukkan permintaan bagi buku terjemahan memang ada dan membolehkan penerbitnya survive. Justeru pelaburan dalam sektor ini adalah pelaburan yang selamat. Cetakan pertama sebanyak  3 ribu naskhah dapat dihabiskan dalam tempoh kurang setahun.

Faktor yang paling penting yang menentukan jualan buku-buku terjemahan adalah kualiti terjemahannya. Berkenaan faktor ini, nampaknya PTS Professional Sdn. Bhd. sudah menjadi benchmark dalam pasaran. Apabila pembaca bercakap tentang kualiti terjemahan, mereka menyebut buku-buku terjemahan PTS sebagai contoh buku terjemahan yang sedap dibaca, dan mencipta rasa puas membacanya.

Berkenaan sumber bahasa, adalah menjadi tujuan PTS mahu menterjemahkan buku daripada pelbagai bahasa, bukan hanya bahasa Inggeris.

Pada masa ini PTS Profesional Sdn. Bhd. sudah menubuhkan unit terjemahan yang dipanggil Biro Terjemahan PTS. Pada suatu masa nanti biro ini akan dinaikkan tarafnya menjadi syarikat sendirian berhad. Sesuai dengan namanya sebagai biro, ia akan melibatkan dirinya dengan pelbagai aktiviti terjemahan, bukan hanya menerbitkan buku-buku terjemahan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2