Tip Survival Penerbit: ‘Bahasa Komoditi’ versus ‘Bahasa Sastera’
Pada saat ini masyarakat sedang membaca laporan akhbar berkenaan kes konflik rumah tangga di mahkamah yang melibatkan seorang penulis yang sangat terkenal namanya.
Beberapa waktu dahulu, penulis itu adalah penulis yang paling tinggi pendapatannya daripada hasil jualan novel-novelnya. Apa yang berlaku kepada kedudukan ekonomi penulis terkaya itu bukan unik, dan bukan tidak mungkin dialami oleh penulis-penulis yang pada saat ini sedang menikmati pendapatan tinggi.
Ia berlaku disebabkan hukum pasaran semula jadi. Apabila sesuatu pasaran itu berkembang pesat, maka akan banyaklah pemain baru memasuki pasaran itu dengan menawarkan produk yang serupa. Maka pemain lama terpaksa bersaing dengan generasi pemain-pemain baru. Dan lazimnya, pemain lama kalah. Kemudian kitaran itu berlaku lagi, apabila generasi pemain terbaru pula muncul, lalu mereka pula dapat mengalahkan generasi sebelumnya. Begitulah kitaran pasaran....
Inilah pola semula jadi dalam pasaran buku-buku komoditi. Ia pola yang pasti berlaku, tidak ada tangan yang dapat menghalang.
Kitaran pasaran seperti itu hanya berlaku dalam sektor buku-buku yang bertaraf 'komoditi' semata-mata disebabkan banyak penulis mampu menghasilkan buku-buku komoditi.
Sekarang ini pun kita dapat lihat betapa banyaknya buku-buku novel dewasa, remaja dan kanak-kanak yang bertaraf komoditi dipamerkan dalam kedai-kedai buku. Meskipun bertaraf komoditi, buku-buku itu tetap laku dijual. Namun, hayat pasarannya tidak lama, hanya selagi belum ada generasi penulis komoditi baru yang lebih disukai pasaran.
Di kalangan penulis PTS pun terdapat novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang masih tebal menggunakan 'bahasa komoditi'. Situasi ini tidak sihat bagi survival PTS.
PTS sedang menjalankan usaha mencari dan melatih generasi penulis yang mampu menghasilkan novel-novel kanak-kanak dan remaja menggunakan bahasa sastera. Ini adalah demi survival PTS sendiri kerana banyak penerbit sudah menceburi sektor kanak-kanak dan remaja.
Ciri yang membezakan antara buku komoditi dan buku sastera adalah pada mutu bahasa sasteranya. Penulis 'bahasa komoditi' berlambak-lambak dalam pasaran. Yang tidak banyak dalam pasaran adalah penulis yang menghasilkan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa dengan menggunakan 'bahasa sastera'.
Kitaran pasaran yang membolehkan penulis terkaya jatuh muflis seperti itu tidak berlaku dalam pasaran buku-buku yang bermutu 'sastera' kerana hanya-senya tidak banyak penulis yang mampu menghasilkan karya bermutu sastera. Justeru tidak berlaku 'lambakan' novel kanak-kanak, remaja dan dewasa yang bermutu sastera. Inilah yang membolehkan novel-novel bermutu sastera kekal evergreen dalam pasaran.
Nota: Aliff Danial adalah penulis 'buku sastera' kanak-kanak yang terbaru muncul.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006




Tuan dan puan yang berminat menyusun kamus, mohon menulis surat kepada Tn. Khairul Taufiq Abu Bakar (foto) di
PTS berniaga menggunakan sistem konsainmen dengan agen-agennya. Di sini 'agen' termasuklah pengedar buku dan pekedai-pekedai buku. Pada masa ini PTS mempunyai sekitar 800 agen yang aktif di seluruh negara, Singapura dan Brunei.


Tuan Fauzul Naim Ishak, pengurus besar jabatan editorial PTS memberitahu bahawa mulai bulan Julai hadapan PTS akan mula menerbitkan buku-buku komputer.












Tuan Faris Hasbullah (foto), pengurus PTS Darul Furqan Sdn. Bhd., memberitahu kerja-kerja penterjemahan surah-surah juzuk amma ke dalam bahasa Iban sudah siap. Dengan demikian proses seterusnya dalam usaha menerbitkan buku muqadam dalam bahasa Iban itu kini masuk ke dalam fasa ke-2, yakni mendapatkan lesen penerbitannya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Filem-filem lawak karya seniman agung Tan Sri P. Ramlee masih digemari ramai meskipun usia filem-filem itu sudah hampir 50 tahun. Ini berbeza dengan siri lawak "Senario" yang dikatakan sudah basi dalam sebuah artikel. Baca artikel itu 









PTS adalah sebuah penerbit yang memasuki pasaran dengan mengamalkan teori Long Tail (teori ekor panjang) yang dipopularkan oleh Chris Anderson dalam bukunya yang fenomenal, The Long Tail: Why the Future of Business Is Selling Less of More (Teori Ekor Panjang: Mengapa Masa Depan Bisnes Bergantung pada Menjual Lebih Sedikit daripada Yang Banyak.)
Dalam masa 4 tahun setengah, buku Motivasi Alihan Pelajar Dr. Tengku Asmadi ini sudah dicetak 12 kali: 



-320x488.jpg)







-320x484.jpg)



Hari ini, Ahad 13 Jun 2010, jabatan marketing PTS membeli ruang iklan dalam akhbar Harian Metro khusus bagi mengiklankan novel humor 'Karipap-Karipap Cinta' karya Nazri M Annuar.













wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…