Wednesday, June 09, 2010

Desain Cover Buku yang Digemari Gadis Remaja

Dalam catatan FaceBooknya, Puan Ain Maisarah menulis seperti di bawah:

"Kulit buku begini amat digemari oleh para remaja. Konsep kulit buku ini menyebabkan pelajar terus memegang buku ini dan membelek-belek isinya. Ini adalah hasil pengamatan kami sepanjang Program Jelajah Sekolah AinMaisarah di lebih 20 buah sekolah.

Antara elemen penting pada kulit buku tersebut:

1) Warna
Coklat dan Ungu gelap pastel memang sedang trend.

2) Effect
Blink-blink pada kulit buku Gadis Bubble Gum amat menarik minat pelajar.

3) Tajuk
Buku A untuk.. dan S Untuk.. mempunyai tarikan tajuk yang terbuka dan tajuk itu sendiri adalah sebahagian dari desain kulit buku."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Plus Minus Apabila Novel Diskrinkan

Apabila novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata difilemkan dengan judul yang sama, jualan novel itu yang sudah mula berkurangan tiba-tiba naik semula, melonjak lebih tinggi daripada sebelum ia difilemkan.

Filemnya itu demikian tinggi kualitinya sehingga ia memenangi anugerah filem terbaik di Festival Filem Asia 2009. Kualiti tinggi filem Laskar Pelangi itu dapat direalisasikan kerana produksinya dibiayai oleh gabungan dompet korporat (i) PERTAMINA (syarikat minyak nasional Indonesia) dan (ii) penerbit MIZAN, penerbit buku ke-2 terkaya di Indonesia.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono telah memaksa semua nggota kabinetnya menonton filem itu dalam suatu sidang parlimen supaya wakil-wakil rakyat Indonesia tahu kegagalan sistem pendidikan negara itu.

Begitu hebat kesan filem itu, sehingga saat ini, hampir 800 ribu naskhah novel Laskar Pelangi sudah terjual. Edisi terjemahan Inggerisnya dengan judul "Rainbow Warrior" akan diterbitkan tidak lama lagi.

Banyak karya lama, yang sudah hampir dilupakan orang, dan sudah tidak ada dalam kedai-kedai buku, apabila difilemkan jualan bukunya naik semula.  Fenomena seperti inilah yang mendorong penulis sangat mahukan karya mereka diadaptasi menjadi filem ataupun drama televisyen.

Namun, bukan semua buku yang jualannya akan melambung apabila diskrinkan. Hanya apabila filem ataupun drama itu diskrinkan dengan kualiti yang amat tinggi barulah jualan bukunya mendapat manfaat. Manaka kualiti seni dan kuasa modal adalah sinonimus.

Ada risiko jualan buku boleh jatuh teruk apabila filem ataupun drama TVnya bermutu rendah.  Penonton yang tidak menggemari edisi filemnya tidak mahu membeli bukunya. Bukan itu sahaja, mereka akan bercakap dan menulis dalam internet berkenaan betapa buruknya filem itu sehingga memberi kesan seolah-olah bukunya juga demikian buruknya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 08, 2010

Penyanyi Suhaimi Meor Hassan dan Novelis Ain Maisarah di Majlis Pelancaran ‘Travelog Cinta Abadi’

Foto menunjukkan Tuan Suhaimi Meor Hassan dengan 3 orang anak gadisnya, dan isteri (kebaya panjang) dan Puan Ain Maisarah (tudung ungu).

Tuan Suhaimi adalah seorang jurutera radar, dan kini seorang tokoh korporat. Beliau menghadiahkan 400 naskhah buku Travelog Cinta Abadi karya Puan Roza Roslan (isteri kepada Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim) kepada sekolah-sekolah di daerah Segamat. Buku-buku itu disampaikan kepada wakil sekolah-sekolah yang hadir pada majlis pelancaran buku tersebut di kampus UiTM Segamat.

Dalam majlis itu Tuan Suhaimi menyanyikan lagunya yang terkenal "Epilog Cinta dari Bromley" sebagai pembuka majlis, sempena judul yang sama dalam salah satu bab buku Travelog Cinta Abadi.

Ketiga-tiga anak gadis beliau adalah mahasiswa UiTM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wajah Lelaki versus Wajah Perempuan

Salah satu faktor yang sangat mempengaruhi pembeli perempuan adalah desain cover buku yang cantik di mata perempuan.

Bagi penerbit, kita bukan hanya perlu menghasilkan cover yang cantik, tetapi juga cover yang memberi kelainan kepada produk-produk kita.

Bagi para editor pula, mereka perlu mencipta konsep-konsep baru bagi menghasilkan cover yang cantik lagi berlainan.

PTS sudah melakukan banyak eksperimen bagi menghasilkan cover novel-novel teenlit, ciklit dan novel-bovel cinta Islami terbitannya. Pelbagai konsep dan desain dicuba, tetapi nampaknya PTS masih belum berjumpa faktor-X itu.

Yang terbaru sedang dicuba oleh PTS adalah menggunakan wajah lelaki tampan bagi novel-novel cinta Islami yang ditargetkan kepada perempuan muda....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 07, 2010

Jadual Buku Masuk Setor PTS Minggu Ini

Berikut adalah tajuk buku yang dijangka masuk ke stor PTS minggu ini:

JUDUL BARU
1. Aku, Kau & Komik: Separuh Masa Kedua (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
2. Komik-M:Takaza 2 (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
3. Bara Cinta Canberra (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
4. Perang Badar
5. Lelaki Berkasut Merah
6. Adab Ramadan
7. Peristiwa Bersejarah Ramadan
8. Nabi Isa Diangkat Ke langit
9. 101 Akhlak Rasullullah
10. Predictable Results In Unpredictable Times - ed. Bahasa Melayu (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)

JUDUL ULANG CETAK
1. Adam Kecil:Lari Dari Rumah
2. Aku Mahu Ke New York 2
3. Aku Mahu Buli
4. Adam Kecil: Merdeka
5. Adam Kecil: Konsprirasi Doktor (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
6. Young Aisyah: Juara kampung Badak Berendam (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
7. Lebai Cilik: Misteri Ayam Beracun
8. Law Of Connection - ed. bahasa Melayu (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)
9. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
10. Ikramah: Penentang Jadi Pembela (tersasar- dijadualkan masuk minggu lalu)

Dilaporkan oleh: MARIANTI BINTI MOHAMAD RIDI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Baru Dibuka Semula: Kedai Buku POPULAR di kompleks KOMTAR Pulau Pinang

Semalam telah diadakan majlis pembukaan rasmi kedai buku POPULAR yang terletak di dalam kompleks bangunan KOMTAR Pulau Pinang. PTS menghantar pengarah urusannya, Tn. Arief Rahmad, ke majlis itu.

Kedai buku POPULAR di KOMTAR itu mempunyai sejarah yang menarik. Ia adalah cawangan pertama POPULAR di luar Kuala Lumpur. Ia kemudian ditutup pada tahun 2004 disebabkan kompleks itu sudah 'tua' dan tidak lagi mampu menarik pengunjung yang banyak, menyebabkan jualan dalam kedai itu jatuh. 

Disebabkan kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang mempunyai komitmen bagi meremajakan semula kompleks itu, POPULAR mengambil tindakan membuka semula cawangannya.

Keluasan kedai buku POPULAR di KOMTAR adalah 12,000 kaki persegi. Di dalam layout baru kedai ini, diadakan seksyen khusus bagi buku-buku Melayu.

Selepas majlis itu Tn. Arief berpeluang berkenalan dan sempat bercakap-cakap dengan Ms. Lim Lee Ngoh, pengarah eksekutif POPULAR Malaysia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pengaruh Posisi Buku di Rak Kedai Buku ke atas Jualan Buku

Salah satu tugas 5 orang eksekutif jualan PTS adalah mengkaji lokasi buku-buku PTS dipamerkan dalam kedai-kedai buku di bawah jagaan masing-masing.

Foto di atas menunjukkan Tn. Azari Hashim, eksekutif sales PTS yang menjaga kedai-kedai buku di Zon Pantai Timur, sedang mengambil foto di mana buku-buku PTS diletakkan oleh pihak pengurusan sebuah kedai buku.

Foto-foto itu kemudian diserahkan kepada jabatan editorial, supaya para editor mengetahui apa yang berlaku di dalam kedai-kedai ke atas buku-buku yang mereka terbitkan. 

Buku-buku yang dipamerkan di para atas lebih laku jualannya daripada buku di para yang lebih rendah. Buku di para aras lantai paling tidak laku.

Dua persoalan sentiasa dibincangkan:

1. Adakah disebabkan sesuatu buku itu diramalkan tidak laku keras maka pihak pengurusan kedai meletakkan buku itu di rak aras lantai?

Jika ini benar, maka sangat penting pekerja kedai yang bertugas meletakkan buku-buku di rak itu yakin buku kita akan laku keras. Kalau dia tidak yakin, dia akan letakkan buku kita di rak aras lantai.

Ini bermakna eksekutif sales kita perlu mahir memberikan penerangan yang meyakinkan pekerja kedai itu bahawa buku kita akan laku keras, dengan demikian buku kita akan diletakkan di rak atas.

Ini juga bermakna wajah dan penampilan buku-buku kita perlu meyakinkan pekerja kedai buku itu bahawa buku itu akan laku keras.

2. Adakah disebabkan buku kita tidak laku, maka barulah buku itu kemudian dipindahkan dari rak atas ke rak aras lantai?

Jika ini benar, bermakna jabatan editorial telah menerbitkan buku yang tidak laku keras.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 06, 2010

Buku Pertama yang Disediakan di Dalam Studio Dapur PTS Dicetak 30 Ribu Naskhah

Baru-baru ini Puan Chef Hanieliza berkampung di dalam studio dapur PTS selama 3 minggu bagi memasak 66 resipi.

23 resipi puding dan desert. Buku ini dicetak 30,000 naskhah.

23 resipi kuih-kuih kukus. Buku ini dicetak 15,000 naskhah.

20 resipi untuk edisi premium.

Cik Ashikin Wahid, editor produk wanita di PTS Millenia memberitahu, sebuah rangkaian kedai buku elit meminta PTS menerbitkan secara eksklusif untuk jualan dalam kedai-kedainya sahaja koleksi 365 resipi Puan Hanieliza dalam bentuk buku premium.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Plus dan Minus Buku Bersiri

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan jualan buku-buku fiksyen remaja yang bersiri adalah lebih baik daripada jualan judul-judul bukan-siri.

Contoh fiksyen remaja yang bersiri adalah Adam Kecil, Aku Mahu..., Dear Yayah, Melah Milea dan lain-lain.

Namun ini tidak bermakna buku-buku bersiri tidak mempunyai sebarang kesan minus sama sekali.

Menurut Tuan Syaizul Amal, pengurus novelis Ain Maisarah, beliau perasan satu fenomena yang berlaku apabila AinMaisarah.com mengadakan pameran di sekolah-sekolah.

Menurut Tuan Syaizul, pelajar yang sudah kenal siri Dear Yayah dan Aku Mahu.... mereka akan membeli siri yang belum mereka miliki. Faktor inilah yang menyebabkan buku bersiri terjual dengan baik.

NAMUN, pelajar-pelajar yang baru melihat buku-buku PTS buat pertama kali, mereka tidak mahu membeli buku siri, sebaliknya mereka membeli buku bukan-siri.

Beliau bertanya sendiri kepada pelajar-pelajar itu mengapa mereka tidak mahu membeli buku bersiri. Salah satu penerangan yang diberikan adalah mereka tidak mahu 'terpaksa' membeli buku-buku lain dalam siri itu...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 04, 2010

Cerita Tentang Kasut

Salah satu tingkah laku pembeli buku komersial adalah mereka mahu melihat sesuatu yang baru setiap kali memasuki kedai buku. Ini bermakna cover buku-buku komersial tidak boleh menggunakan konsep yang sama lama-lama.

Maklumat yang kita terima daripada jabatan sales PTS menunjukkan buku-buku yang baru terbit sekalipun, jikalau desain covernya serupa sahaja dengan buku-buku yang sudah sedia ada dalam pasaran, maka cover seperti itu sukar memancing mata pembeli.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bajet RM140 Ribu untuk Iklan Kempen Membaca Sempena Menyambut Ramadhan

Pengarah Urusan PTS, Tuan Arief Rahmad memberitahu bahawa pihak Jabatan Marketing PTS sudah mengemukakan permohonan kepada beliau kertas kerja bajet sebanyak RM140 ribu khusus bagi kos membeli ruang iklan dalam media masa bagi menggalakkan umat Islam membaca sepanjang bulan Ramadhan.

Bajet RM140 ribu itu hanyalah bagi membeli ruang iklan dalam (i) sebuah stesen radio dan (ii) iklan dalam 3 buah akhbar. Ia tidak termasuk bajet untuk senarai lain-lain aktiviti promosi yang akan dijalankan, seperti pameran, event dalam kedai buku dan lain-lain.

Menurut beliau, tahun ini PTS mempunyai perancangan promosi bulan Ramadhan yang lebih kemas berbanding tahun-tahun sebelum ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 03, 2010

TOP 50 bagi Jualan Bulan Mei 2010

1. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
2. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
3. Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K)
4. Senangnya Memasak Nasi
5. Mukjizat Qiamullail
6. Dahsyatnya Doa Ibu
7. Ajaibnya Sedekah
8. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
9. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
10. Senangnya Memasak Daging
11. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
12. Senangnya Memasak Makanan Laut
13. Senangnya Memasak Sayur
14. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
15. Memasak Sehebat Chef Sup
16. Travelog Cinta Abadi
17. My Memory
18. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
19. Senangnya Memasak Makanan Barat
20. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
21. Memasak Sehebat Chef: Bubur
22. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
23  Young Aisyah: Summer Camp
24. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
25. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa
26. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
27. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
28. Cita Rasa Malaysia: Kelantan
29. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
30. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
31. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
32. Karipap-Karipap Cinta
33. Senangnya Memasak Sambal & Sos
34. Cita Rasa Malaysia: Johor
35. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (ed. jimat)
36. Aku Mahu Superbibik
37. Biografi Muhammad bin Abdullah
38. Munajat Malam
39. Senangnya Memasak Ikan
40. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
41. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
42. Putera Impian
43. Young Aisyah: Ponteng Puasa
44. Dahsyatnya Qiamullail
45. Alexander Adalah Zulqarnain
46. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
47. Young Aisyah: Cuti Sekolah
48. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
49. Jejak Bisnes Rasul
50. Senangnya Memasak Kambing

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Kedai Buku: Bagaimana Runner Buku Menipu Kedai Buku

Baru-baru ini saya berpeluang makan tengah hari dengan Tn. Azari Hashim, eksekutif sales PTS. Kebetulan saya berada di Kuantan dan beliau pun bari tiba di Kuantan dalam perjalanan menjalankan tugas rasmi ke Pantai Timur.

Sambil makan nasi dengan lauk ikan patin sungai masak tempoyak di tebing Sg. Pahang, beliau bercerita bagaimana mudahnya runner buku ke sekolah-sekolah menipu majikan. Beliau menyebut 2 kes yang beliau ketahui. Salah seorang towkay kedai buku itu kerugian lebih RM100 ribu.

Runner adalah salesman yang menjual buku ke sekolah-sekolah. Mereka bekerja dengan kedai buku, justeru mereka dibayar gaji oleh kedai buku. Buku yang dijual ke sekolah-sekolah itu diambil dari pihak kedai buku.

Mereka kemudian membuka syarikat enterprais (modal RM100). Towkay kedai buku di mana mereka bekerja tidak tahu hal itu. Mereka meminta pihak sekolah supaya cek dikeluarkan atas nama akaun syarikat mereka!

Kes-kes seperti inilah yang menyebabkan ada kedai-kedai buku yang langsung tidak mahu mengambil salesman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 02, 2010

Negeri Lima Menara Sedang Dicetak

PTS banyak menerima pertanyaan bilakah novel bestseller ini akan terbit.

Puan Asma Fadila Habib, pengurus PTS Litera Utama memberi jaminan novel ini akan segera berada di pasaran.

Menurut beliau, PTS Litera sudah mendapatkan lesen edisi Malaysia bagi semua 3 trilogi A. Fuadi.

Laporan daripada penerbit Gramedia di Jakarta memberitahu novel ini terjual 80 ribu naskhah pada bulan pertama ia muncul dalam pasaran negara itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Strategi Memasuki Pasaran Laut Merah Novel Cinta Popular

Seorang rakan-FaceBook bernama Lieza Mustafa menerbitkan foto dalam FB beliau yang menunjukkan sebahagian daripada koleksi novel-novel miliknya (foto).

Pasaran novel cinta adalah pasaran yang besar. Pasaran ini sudah matang, yakni dalam pasaran ini sudah ada "budak besar"nya.

Banyak pelabur cuba memasuki pasaran ini, masing-masing menawarkan produk yang serupa isi kandungan dan penampilannya dengan produk-produk pemain utama pasaran ini.

Berikut adalah beberapa tip memasuki pasaran yang sudah ada budak besarnya:

1. Apabila kita cuba memasuki pasaran buku yang sudah ada budak besarnya, kita perlu menawarkan kelainan, yakni ciri-ciri yang membezakan buku-buku kita daripada buku-buku terbitan budak besar itu.

Dalam kes ini PTS menerbitkan novel cinta Islami, di mana ada 2 ciri yang membezakan novel-novel cinta PTS daripada novel-novel lain dalam pasaran.

Pertama, novel cinta PTS adalah syariah-compliant. Kedua, novel cinta PTS menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

2. Bagi bersaing dengan budak besar, kita memerlukan modal yang sangat besar.

Ini kerana kita (i) Perlu menerbitkan puluhan, malah ratusan produk alternatif, supaya mereka yang masuk ke kedai buku perasan akan kehadiran produk-produk kita dalam pasaran. (ii) Kita juga perlu secara konsisten menerbitkan judul-judul baru setiap bulan.

Faktor modal besar inilah yang sangat kritikal. Jika novel-novel yang kita terbitkan itu mempunyai ciri kelainan, tetapi kita tidak dapat menerbitkan secara konsisten judul baru setiap bulan, kita tidak dapat mencipta khalayak bagi produk-produk kita.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, June 01, 2010

Jadual Buku Masuk Setor PTS Minggu Ini

Berikut adalah tajuk buku yang akan masuk setor PTS minggu ini:

JUDUL BARU
1. Komik-M: Aku, Kau & Bola: Separuh Masa Kedua
2. Komik-M: ARDH 2
3. Komik-M: Takaza 2
4. Bara Cinta Canberra
5. Predictable Results In Unpredictable Times - (Edisi Bahasa Melayu)
6. Teknik Memori Smart Study
7. Sarah Dan Duit Raya
8. Akademi Gemilang: Kunci Dimensi
9. Seni Debat panduan Komprehensif
10. Rancang Wang Dari Sekarang

JUDUL ULANG CETAK

1. Young Aisyah: Pindah Rumah
2. Young Aisyah: Sayang Cikgu
3. Young Aisyah: Juara Kampung Badak Berendam
4. Punya Cinta Ramadan
5. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
6. Khalid: Memburu Syahid
7. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
8. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
9. Law Of Connection - (Edisi Bahasa Melayu)
10. Adam Kecil: Konspirasi Doktor
11. Adam Kecil: Merdeka
12. Sherlock Holmes: Wira Kota London
13. Sherlock Holmes: Detektif Penuh Kejutan
14. Nydia, Terendak & Bintang: Episod Pengenalan
15. Sahabat Kole Kacang: Misteri Banglo Lama
16. Alien Itu Kawan Kami
17. 31 Kisah Teladan: Bahtera Nabi Nuh & Kisah-Kisah Lain
18. Dunia Sains Aiman: Dari Rusia Ke Malaysia
19. Usahawan Cilik: Aisyah & Roti Canai
20. BSB: Perang Rumah Sukan
21. BSB: Juara Rumah Sukan

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi, eksekuif di jabatan kewangan PTS yang mengurus bajet percetakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Anak-Anak yang Dibesarkan di Dalam Rumah yang Menyimpan Buku Lebih Berjaya

Books in the home as important as parents’ education level

Whether rich or poor, illiterate or college graduates, parents who have books in the home increase the level of education their children will attain, according to a 20-year study led by Associate Professor Mariah Evans.

Whether rich or poor, illiterate or college graduates, parents who have books in the home increase the level of education their children will attain, according to a 20-year study led by Associate Professor Mariah Evans.

Monday, May 24, 2010

By Claudene Wharton

Whether rich or poor, residents of the United States or China, illiterate or college graduates, parents who have books in the home increase the level of education their children will attain, according to a 20-year study led by Mariah Evans, University of Nevada, Reno associate professor of sociology and resource economics.

For years, educators have thought the strongest predictor of attaining high levels of education was having parents who were highly educated. But, strikingly, this massive study showed that the difference between being raised in a bookless home compared to being raised in a home with a 500-book library has as great an effect on the level of education a child will attain as having parents who are barely literate (3 years of education) compared to having parents who have a university education (15 or 16 years of education). Both factors, having a 500-book library or having university-educated parents, propel a child 3.2 years further in education, on average.

Being a sociologist, Evans was particularly interested to find that children of lesser-educated parents benefit the most from having books in the home. She has been looking for ways to help Nevada’s rural communities, in terms of economic development and education.

“What kinds of investments should we be making to help these kids get ahead?” she asked. “The results of this study indicate that getting some books into their homes is an inexpensive way that we can help these children succeed.”  

Evans said, “Even a little bit goes a long way,” in terms of the number of books in a home. Having as few as 20 books in the home still has a significant impact on propelling a child to a higher level of education, and the more books you add, the greater the benefit.

“You get a lot of ‘bang for your book’,” she said. “It’s quite a good return-on-investment in a time of scarce resources.”

In some countries, such as China, having 500 or more books in the home propels children 6.6 years further in their education. In the United States, the effect is less, 2.4 years, than the 3.2-year average advantage experienced across all 27 countries in the study. But, Evans points out that 2.4 years is still a significant advantage in terms of educational attainment.

For example, according to the U.S. Census Bureau’s American Community Survey, Americans who have some college or an associate’s degree, but not a bachelor’s degree, earn an average of $7,213 more annually than those with just a high school education. Those who attain a bachelor’s degree earn $21,185 more each year, on average, than those with just high school diplomas.

The study by Evans and her colleagues at Nevada, UCLA and Australian National University is one of the largest and most comprehensive studies ever conducted on what influences the level of education a child will attain.

The researchers were struck by the strong effect having books in the home had on children’s educational attainment even above and beyond such factors as education level of the parents, the country’s GDP, the father’s occupation or the political system of the country.

Having books in the home is twice as important as the father’s education level, and more important than whether a child was reared in China or the United States. Surprisingly, the difference in educational attainment for children born in the United States and children born in China was just 2 years, less than two-thirds the effect that having 500 or more books in the home had on children (3.2 years).

The study, “Family scholarly culture and educational success: Books and schooling in 27 nations,” was published in the journal, Research in Social Stratification and Mobility (online at www.sciencedirect.com).

Artikel asal dapat dibaca di sini: http://unr.edu/nevadanews/templates/details.aspx?articleid=5450

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2