Monday, July 05, 2010

Senarai Buku Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah tajuk buku yang dijangka akan masuk stor minggu ini:

JUDUL BARU
1. Komik-M: Twin X 3
2. Aku, Dia & Glamor
3. Landasan Maut
4. Si Kaca Mata
5. Puteri di Alam Fantasi

JUDUL ULANG CETAK
1. Tip Pelajar Cemerlang 
2. Aura Penyembuhan Reiki 
3. 55 Petua Kerja Berpasukan 
4. Langkah Bestari Isteri Mithali
5. Alexander adalah Zulkarnain
6. Biografi Muhammad Bin Abdullah
7. Doa Murah Rezeki
8. Young Aisyah: Cuti Sekolah
9. Law Of Attraction - Ed. Bahasa Melayu
10. Kemahiran Bimbingan Dan Kaunseling
11. My Memory
12. Sayalah Puteri Raja

Nota: Laporan ini disediakan oleh Cik Marianti Mohamad Ridi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Perihal Penyanyi, Penulis dan Beg Klub Golf

Banyak penyanyi mampu hidup selesa sebagai penyanyi sepenuh masa. Namun, adalah normal tidak semua penyanyi akhirnya mampu hidup selesa dengan pendapatannya sebagai penyanyi. Banyak penyanyi dapat bertahan lama dalam pasaran. Namun, lebih banyak yang gagal bertahan.

Demikianlah juga dengan penulis. Tidak semua penulis mampu hidup selesa daripada royalti buku-bukunya.

Dalam apa jua industri dan bidang yang memerlukan bakat -- seperti pelbagai bidang seni, sukan dan sastera -- mereka yang dapat hidup selesa sebagai pemainnya mempunyai banyak skill dan ilmu dalam bidang masing-masing.

Pemain golf yang hidup sepenuh masa dengan bermain golf mempunyai beg golf yang diisi dengan banyak klub golf. Klub-klub golf itu adalah alat kerja mereka. Lebih banyak klub yang mahir digunakannya maka semakin tinggi mutu permainannya, maka semakin tinggi pendapatannya.

Teori-teori sastera adalah klub golf bagi penulis kreatif. Semakin banyak teori sastera yang digunakannya semasa berkarya, semakin tinggi mutu karyanya, semakin panjang hayat karyanya dalam pasaran, dan semakin tinggi pendapatannya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Bagaimana Membekalkan Buku ke Rangkaian Kedai Buku Elit

Apabila kita baru membuka bisnes penerbitan buku, tentulah kita mahu supaya buku kita dapat dijual di dalam kedai-kedai buku seperti Popular dan MPH.

Rangkaian kedai buku mempunyai kriteria yang ketat apabila memilih pembekal buku. Mereka tidak mahu berurusan dengan terlalu banyak pembekal kerana perkara itu menyusahkan kerja-kerja pengurusan. Justeru mereka hanya mahu berurusan dengan pembekal yang mempunyai banyak judul (baca 'minimum berpuluh-puluh judul'). Bagi penerbit baru, kriteria itu tidak dapat mereka penuhi.

Disebabkan penerbit baru tidak mempunyai berpuluh-puluh judul, ini memaksa mereka menggunakan perkhidmatan pengedar buku yang besar, yang sudah menjadi pembekal kepada rangkaian kedai buku seperti Popular dan MPH.

Apabila kita menggunakan perkhidmatan pengedar, ada beberapa isu yang akan dialami:

(i) Pengedar akan menekan kita supaya memberikan diskaun yang tidak masuk akal, yang akhirnya membunuh kita.

Pengedar mempunyai kuasa menekan (baca 'mencekik') yang sangat tinggi ke atas penerbit baru muncul. Sebenarnya, pengedar adalah faktor No. 1 pembunuh bisnes penerbit baru.

Apabila penerbit gulung tikar, pengedar bertambah untung disebabkan mereka tidak lagi terpaksa membayar hutang yang berbaki kepada penerbit.

(ii) Pengedar adalah juga pesaing kita.

Sikap pengedar lokal tidak profesional. Di negara maju, pengedar buku hanya mengedarkan buku.

Pengedar buku di negara kita tidak profesional kerana mereka juga mempunyai bisnes penerbitan buku, terutamanya novel. Disebabkan mereka juga menerbitkan novel, mereka utamakan novel-novel mereka dahulu. Apabila kedai memesan novel kita, pengedar akan berkata: "Itu novel sudah habis (maksudnya novel kita). Novel lain ada (maksudnya novel yang dia terbitkan)."

Pengedar akan promo novel-novel terbitan mereka sendiri kerana mereka sudah keluarkan modal mencetaknya. Kalau tidak dijual, novel-novel itu berlonggok menjadi kertas buruk dalam gudang pengedar. Lagipun menjual novel mereka sendiri memberi margin lebih besar, oleh itu lebih menguntungkan.

(iii) Etika bisnes pengedar lokal tidak cukup tinggi, khususnya dalam isu membayar hutang.

Menagih hutang dari pengedar adalah sangat perit. Mereka terkenal suka melambat-lambatkan membayar hutang. Ada yang sampai 9 bulan, malah lebih daripada itu pun ada.

Apabila kita gagal mengutip hutang dari pengedar, cash-flow kita tercekik. Kita tidak dapat membayar hutang printer, sedangkan kredit printer cuma 3 bulan. Akibatnya printer tidak mahu mencetak buku baru kita. Tanpa buku baru, kerja mengutip hutang dari pengedar menjadi bertambah perit (baca, takkan dapat dikutip)!

Jalan selamat bagi penerbit baru adalah dengan mengedarkan sendiri buku-buku terbitannya. Ini bermakna modal bisnes yang diperlukan adalah besar kerana kita terpaksa (i) segera menerbitkan banyak judul, dan (ii) mengambil beberapa orang salesman, kerani dan pekerja setor.

Adalah menjadi realiti dalam survival bisnes penerbitan buku, di mana bisnes ini memerlukan modal besar.

Bisnes buku serupa dengan bisnes hotel. Peniaga hotel tidak dapat survive jika hotelnya cuma mempunyai 10 ataupun 20 bilik. Dalam bisnes buku, penerbit tidak dapat survive jika kita cuma menerbitkan 10 ataupun 20 judul buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, July 04, 2010

Edisi Indonesia: Judul Asal Diubah

Apabila PTS melesenkan judul-judul buku terbitannya kepada penerbit Indonesia supaya diterbitkan semula sebagai edisi Bahasa Indonesia, PTS membenarkan perubahan dilakukan bagi membolehkan buku itu laku dalam pasaran negara itu.

Termasuk dalam senarai perubahan itu adalah:

(i) Judul buku.

(ii) Desain kulit buku.

(iii) Penterjemahan daripada bahasa Melayu ke Bahasa Indonesia.

(iv) Lokalisasi, seperti perubahan nama-nama watak, nama tempat, nama makanan dan seumpamanya.

Sebagai contoh, judul "Sekolah Baru" adalah judul buku edisi Indonesia, manakala judul "Buli" adalah judul asal terbitan PTS.

Perubahan-perubahan itu dilakukan bukan hanya kepada buku-buku kanak-kanak dan remaja, tetapi semua buku PTS yang dilesenkan ke Jakarta. Bagi penerbit di Jakarta, perubahan itu memerlukan kos tambahan yang ditanggung oleh penerbit di sana.  Kos itu adalah kos (i) penterjemahan, (ii) editing, dan (iii) kos desain dan layout.

Di PTS, semua penulis PTS dimaklumkan bagaimana karya mereka yang diterbitkan semula di Jakarta akan disesuaikan semula dengan kehendak pasaran di negara itu, dan mereka bersetuju.

Golongan sasterawan Malaysia (yang tidak menerbitkan karya dengan PTS) juga mahukan karya mereka dieksport ke Indonesia. Sanggupkah mereka melihat karya mereka diterjemahkan semula ke dalam Bahasa Indonesia?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, July 03, 2010

Sesi Rakaman Iklan Baca@Ramadhan PTS di TV9 Sudah Bermula

Tuan Roslan Isa (foto), eksekutif pemasaran (media) memberitahu, pada hari ini bermulalah kerja-kerja rakaman iklan-iklan televisyen untuk program promosi .(JavaScript must be enabled to view this email address).

Lokasi shooting adalah di dewan pameran Book Cafe dalam bangunan ibu pejabat PTS.

Pengacara iklan adalah Ustaz Zamri ("Ustaz Zamri Bercerita", TV9) dan Cik Dayana (Juara Idola Kecil 2).

Dua rancangan berbentuk (i) majalah TV dan (ii) slot kanak-kanak ini akan disiarkan pada bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel-novel PTS yang Dipulangkan oleh Kedai Buku

Foto di atas menunjukkan sebahagian sahaja daripada buku-buku PTS yang dipulangkan oleh kedai-kedai buku. Ini adalah longgokan novel-novel PTS, baik novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Sebenarnya, jumlahnya lebih banyak tetapi tidak kelihatan kerana buku-buku itu terselindung.

Kedai-kedai buku mempamerkan buku selama 3 bulan, selepas itu buku-buku yang tidak laku dipulangkan kepada penerbit.

Penulis mungkin pergi ke kedai buku dan melihat bukunya tidak ada di rak. Mereka menyangka sama ada (i) buku-buku sudah habis terjual semuanya, ataupun (ii) penerbit tidak menghantar bukunya ke kedai itu. Tetapi, ada kemungkinan bukunya tidak laku lalu semuanya sudah dipulangkan kepada penerbit.

Berdasarkan buku-buku return itu, kita dapat menganalisis jenis-jenis buku yang mudah ataupun sukar dijual.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Dasar Hijau PTS

PTS adalah sebuah syarikat yang mendukung polisi pengurusan yang mengamalkan Dasar Hijau. Seboleh-bolehnya PTS menyokong usaha mengurangkan penebangan hutan.

Inilah faktor yang mendorong PTS menggunakan kotak-kotak terpakai bagi menghantar buku-buku PTS.

Foto di atas menunjukkan sebahagian daripada kotak-kotak terpakai yang digunakan bagi menghantar buku-buku PTS kepada agen-agennya di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Kotak-kotak itu dibekalkan oleh seorang peniaga yang mempunyai kontrak mengumpulkan kotak-kotak itu daripada supermarket.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, July 02, 2010

Bagaimana Buku-buku PTS Diletakkan Di Rak Kategori yang Salah

Editor mempunyai andaian. Mereka percaya desain kulit buku dan judul buku yang mereka terbitkan itu sudah amat jelas memberitahu buku itu termasuk dalam kategori apa. Sebagai contoh judul "Sayap dari Syurga" tentulah buku cerita agama.

Pekerja dalam kedai buku yang bertugas menyusun buku juga mempunyai andaian. Ada masanya andaian mereka serupa.

Ada masanya, andaian editor dan penyusun buku amat berbeza. Sebagai contoh, dalam foto di atas buku "Sayap dari Syurga" diletakkan di rak buku fantasi.

Banyak penyusun buku di kedai buku adalah (i) bukan Melayu, dan (ii) bukan Islam. Justeru, berdasarkan desain kulit mereka tidak dapat mengagak kategori buku dengan tepat. Mereka main agak-agak sahaja berdasarkan desain kulit buku-buku itu. Inilah faktor yang menyebabkan buku-buku cerita agama terbitan PTS diletakkan di rak buku fantasi!

Apabila buku diletakkan di rak yang salah, hal itu memberi kesan negatif ke atas jualan buku.

Orang yang mencari buku-buku cerita agama akan pergi ke rak-rak buku agama. Mereka tidak pergi ke rak buku fantasi dan sai-fai. Akibatnya mereka tidak terjumpa buku-buku cerita agama itu.

Peminat buku fantasi dan sai-fai akan pergi ke rak itu dengan tujuan hendak membeli buku fantasi dan sai-fai. Apabila mereka ternampak buku-buku agama, mereka tidak membeli buku-buku itu.

Di sinilah pentingnya peranan eksekutif jualan dan salesman buku. Mereka perlu memeriksa bagaimana buku-bukunya disusun di dalam kedai buku, dan menasihati penyusun kedai buku berkenaan rak yang betul bagi buku-buku tersebut.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Laut Biru Buku Agama untuk Anak-anak Orang Kaya

Salah satu pasaran Laut Biru dalam industri penerbitan adalah sektor buku agama untuk anak-anak orang kaya. Laut ini benar-benar masih sangat biru. Belum ada penerbit buku agama yang menekuni sektor ini, malah produk-produknya pun belum ada.

Buku-buku agama untuk kanak-kanak yang sekarang ini ada dalam pasaran tidak menarik di mata anak-anak orang kaya. Puncanya, para penerbitnya mahu mengawal kos penerbitan supaya buku-buku itu dapat dijual dengan harga murah.

Buku premium Akhlak Rasulullah tulisan Rohayati Bakri ini adalah buku yang ditujukan kepada kanak-kanak antara 5 - 7 tahun dalam keluarga Melayu yang berpendapatan tinggi.

Ia dicetak 100% dalam empat warna menggunakan kertas kualiti tinggi. Harganya yang mahal, iaitu RM32 di Semenanjung, menjadikan buku ini di luar kemampuan keluarga berpendapatan rendah. Jadi, buku dalam kategori ini hanya dapat dijual di dalam rangkaian kedai-kedai buku elit di bandar-bandar besar sahaja.

Menjual buku-buku (baik apa-apa buku jenis buku, bukan buku agama sahaja) untuk bacaan anak-anak daripada keluarga kaya perlu mengambil kira citarasa golongan itu. Buku-buku bagi bacaan anak-anak kecil dibeli oleh ibu-ibu mereka, tetapi jika anak-anak mereka tidak suka, maka si ibu itu tidak akan membelinya.

Isteri-isteri orang kaya tidak suka memaksa anak-anak mereka, malah mereka sering kali mengalah kepada kehendak anak apabila membeli produk untuk anak. Justeru sangat penting supaya desain buku untuk anak-anak orang kaya dilihat cantik, jika tidak mereka tidak mahu memegang buku itu.

Isu harga buku yang mahal bukan isu kritikal kerana daya beli golongan kaya adalah sangat tinggi. Yang kritikal adalah isu desain, kandungan dan mutu bahasanya.

NOTA: Puan Rohayati Bakri adalah seorang jurutera. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, July 01, 2010

Tuah Menggolek untuk Industri Filem (Mana Pula Dana untuk Industri Buku?)

DANA PEMBANGUNAN SENI FILEM & MULTIMEDIA

PENGENALAN

Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia diwujudkan bertujuan melahirkan karya filem Malaysia yang bermutu tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta menggalak pertumbuhan bakat dan memajukan tahap profesionalisme para penggiat dan pengamal filem. Skim ini dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari kalangan karyawan dan penggiat filem.

OBJEKTIF

1. Meningkatkan kuantiti dan kualiti penerbitan filem terutama filem pendek, dokumentari & animasi.
2. Menempatkan industri filem Malaysia ditahap yang sewajarnya diperingkat antarabangsa.
3. Menghargai karyawan dan seniman filem Malaysia mencapai kejayaan di peringkat antarabangsa.
4. Menampilkan kemampuan pembikin filem tempatan di peringkat antarabangsa.

SKOP

Pembiayaan bagi menerbitkan filem pendek / dokumentari / animasi yang bermutu tinggi termasuk pembangunan skrip

TERMA PEMBIAYAAN

Jumlah Pembiayaan – Bantuan Penerbitan
Tidak melebihi RM20,000 untuk penerbitan video pendek (tidak melebihi 30 minit)
Tidak melebihi RM50,000 untuk penerbitan dokumentari / animasi (tidak melebihi 60 minit)

KELAYAKAN PEMOHON

1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
2. Persatuan / Kelab Perfileman yang diiktiraf
3. Karyawan yang dikenalpasti oleh Jawatankuasa

KAEDAH PERMOHONAN

Bantuan Penerbitan

Bagi permohonan penerbitan, kertas kerja mestilah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-

1. idea / konsep cerita
2. anggaran kos produksi;
3. cadangan artis / krew filem;
4. pelan pemasaran / promosi;
5. kenyataan sumber modal tambahan; dan
6. latarbelakang dan pengalaman perfileman pemohon

Borang permohonan yang lengkap dialamatkan kepada:

Urusetia
Dana Pembangunan Seni Filem & Multimedia
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Lot 1662, Batu 8, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor.
(u.p. Unit Dana & Insentif)

Jawatankuasa Pemilihan akan membuat penilaian terhadap semua permohonan yang lengkap dan memenuhi kriteria. Permohonan akan dijemput untuk menghadiri sesi temuduga / pitching. Pemohon akan dimaklumkan keputusan melalui surat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Pelukis Komik: Rancang Kejayaan Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Jangan rancang buku! Rancanglah kejayaan buku!

Apabila kita menulis buku, jangan hanya merancang buku apa yang mahu ditulis. Lebih penting daripada itu adalah kita merancang kejayaan buku kita itu nanti.

Ringkasnya, sebagai penulis kita wajib merancang kejayaan buku kita.

Banyak penulis berjaya menulis buku dan bukunya diterbitkan, tetapi apabila sudah terbit buku itu tidak berjaya dalam pasaran.

Baik buku mahupun komik, situasinya serupa sahaja. Kejayaan buku perlu dirancang oleh penulisnya. Demikian juga, kejayaan komik perlu dirancang oleh pelukisnya.

Banyak komik yang cantik-cantik lukisannya, malah konsepnya bagus, tetapi komik-komik itu tidak berjaya dalam pasaran.

Komik-M siri "Meon" oleh Tn. Jas adalah contoh sebuah siri komik yang konsepnya dan lukisannya dibuat dengan rancangan jangka pendek dan jangka panjang.  "Meon" dihasilkan dengan rancangan pada suatu hari nanti siri itu akan dianimasikan.

Menurut Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M, PTS mempunyai rancangan jangka masa panjang akan melabur ke dalam industri animasi, sama ada dengan memulakan anak syarikat baru ataupun dengan membeli syarikat animasi yang sudah ada. Justeru, komik-komik terbitan PTS perlu sesuai dianimasikan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2