Tip Survival Penerbit: Risiko Memberi Diskaun Terlalu Tinggi kepada Agen
Banyak penerbit yang baru membuka perniagaan memberikan diskaun yang terlalu tinggi kepada pengedar, agen dan kedai-kedai buku. Ini adalah sangat berisiko. Diskaun tinggi yang sudah kita berikan takkan dapat ditarik balik!
Semasa syarikat masih kecil, maka sememangnya kos operasi kita rendah, oleh itu meskipun kita memberi diskaun melebihi 45% kita masih mempunyai margin keuntungan. Tetapi, apabila syarikat semakin besar, kos operasi kita semakin tinggi.
Banyak kos yang tidak ditanggung semasa syarikat masih kecil terpaksa ditanggung apabila syarikat semakin membesar. Ambil sebagai contoh 'kos hospitaliti' ataupun istilah Melayunya 'kos ketamuan'.
Semasa syarikat masih kecil kita tidak menerima rombongan tetamu yang datang melawat pejabat kita. Justeru kita tidak terpaksa menanggung kos menyediakan jamuan dan beg cenderamata. Tetapi apabila syarikat kita sermakin membesar, jumlah rombongan semakin banyak, dan kos hospitaliti semakin meningkat.
Kita tidak patut menolak rombongan yang mahu datang melawat syarikat kita bagi menurunkan kos operasi. Ini kerana mereka adalah peminat dan sekaligus pembeli produk-produk kita. Mereka juga akan menjadi promoter produk-produk kita kepada network mereka, justeru peranan mereka sangat penting bagi bisnes kita. Jadi, kedatangan mereka membawa banyak kebaikan.
Nota: Foto menunjukkan sebahagian daripada rombongan pelajar dan pensyarah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) pada bulan September lalu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salah satu faktor yang menyebabkan penulis lari kepada penerbit lain adalah tahap kepercayaan mereka terhadap ketelusan pengurusan penerbit.
Salah satu idea menarik dibentangkan oleh Tuan Zamri Mohamad (foto). 
Pengurus besar jabatan editorial PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak memberitahu bahawa pada saat ini perbincangan sedang dijalankan antara PTS dan Wira Bukit Sdn. Bhd. tentang kemungkinan karya-karya SN Dato' A Samad Said diterbitkan dan dipasarkan oleh PTS.

Tuan Faris Hasbullah, pengurus PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. memberitahu anak syarikat itu akan menerbitkan Quran edisi terjemahan dalam bahasa Khmer di Kampuchea pada tahun 2011.
Kanak-kanak amat menyukai cerita pari-pari (fairy tale) dan cerita fabel (fable). 





Istilah 'cerita pari-pari' adalah sejenis genre sastera rakyat (folktale). Bezanya, sastera rakyat ditujukan kepada orang dewasa manakala cerita pari-pari ditujukan kepada kanak-kanak.
Buku cerita kanak-kanak lain. Buku sastera kanak-kanak lain. Ini meskipun kedua-duanya menajalankan fungsi yang sama iaitu menyampaikan cerita kepada kanak-kanak.
Dalam industri penerbitan buku kanak-kanak dan remaja, terdapat banyak istilah.
Lazimnya, apabila kita berbincang tentang sastera kanak-kanak, yang segera tergambar dalam fikiran kita adalah 'picture books' atau 'buku bergambar'.
Dalam kategori sastera kanak-kanak, ada genre yang disebut 'toon books' - buku toon. 

Pagi ini Tn. Arief Rahmad (foto), pengarah urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS berlepas ke Hanoi bagi menghadiri Pesta Buku Hanoi dan sekaligus menghadiri mesyuarat jawatankuasa Persatuan Penerbit Buku ASEAN (ASEAN Book Publishers Association - ABPA).
Jumlah perempuan beragama Islam yang muda (antara 18 - 28 tahun) dan menerima pendidikan modern serta hidup sebagai wanita modern dalam dunia modern semakin hari semakin banyak. Pasaran ini adalah Laut Biru bagi buku-buku agama.
Saiz kelas menengah Melayu-Islam semakin besar. Mereka adalah pembeli utama buku-buku di dalam kedai buku. 

Puan Nur Hasnah Ibrahim (foto), pengurus jabatan kewangan PTS, memberitahu pada minggu ini cek-cek terakhir royalti akan dihantarkan kepada kumpulan terakhir penulis PTS.
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS, memberitahu beliau sudah semacam membuat keputusan akhir berkenaan media Cina mana yang akan beliau pilih dan gunakan bagi membolehkan buku-buku PTS menembusi pasaran Cina dengan lebih agresif dan efektif..jpg)




Cik Roziyah Mohamad Jusob adalah wartawan yang bertugas di jabatan marketing PTS, spesifiknya di unit internet-marketing.
Nota: Dalam tempoh yang sama jualan buku-buku Melayu naik! Foto di bawah menunjukkan 2 orang petugas PTS sedang menguruskan penghantaran kotak-kotak buku PTS ke kedai buku POPULAR 4 hari sebelum Hari Raya.
PTS adalah sebuah syarikat yang menyokong Dasar Hijau. Sebagai contoh, sejak penubuhannya pada tahun 2000, buku-buku PTS dihantar menggunakan kotak-kotak terpakai, bagi membantu usaha mengurangkan penebangan pokok.


.








wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…