Sunday, October 31, 2010

Tip untuk Penulis Baru Kategori Remaja: Strategi Supaya Sinopsis Diluluskan oleh Editor

PTS mempunyai jumlah penulis paling banyak dalam kategori novel kanak-kanak dan remaja. Bukan setakat paling banyak, malah kedua-dua sektor ini sudah mempunyai penulis-penulis ngetopnya. Mereka diistilahkan sebagai 'Big Girls'.

Antara nama-nama besar itu adalah Ain Maisarah, Farihah Iskandar dan Aizam Aiman. Mereka tergolong di dalam barisan pertama senarai Big Girls PTS. Nama-nama mereka menjadi sebutan, manakala buku-buku mereka menjadi rebutan.

Nama-nama lain dalam barisan ke-2 Big Girls PTS adalah Ezee Rahmani, Kusyi Hirdan, Saridah Hamid, Ainin Naufal dan Natasya Effyzal.

Dalam barisan ke-3 adalah puluhan nama-nama lain. Mereka sedang bekerja kuat meningkatkan kualiti serta produktiviti masing-masing.

Setiap tahun Big Girls PTS itu masih terus menghasilkan manuskrip-manuskrip baru bagi memenuhi permintaan kedai-kedai buku. Kualiti manuskrip mereka juga semakin bertambah baik kerana mereka menjalankan kajian pasaran dan menambahkan ilmu kepengarangan yang mereka miliki. Mereka juga aktif mempromosi karya masing-masing.

Pintu masuk genre kanak-kanak dan remaja semakin hari semakin sempit bagi penulis-penulis baru. Faktor utamanya adalah disebabkan mereka belum mempunyai nama dan trek-rekod.

Bagi penerbit dan kedai buku, menjual buku-buku yang membawa nama-nama Big Girls adalah sangat mudah, manakala menjual nama-nama yang belum terkenal dalam pasaran adalah sangat sukar.

Bagi tuan dan puan yang serius mahu menulis fiksyen remaja, tuan perlu meyakinkan editor bahawa tuan berupaya menghasilkan cerita-cerita menarik dan gaya bahasa yang bermutu tinggi. Bagi membuktikan perkara itu, hantarkan:

(i) Minimum 3 sinopsis cerita. Ikut format sinopsis seperti yang ditunjukkan di http://penerbitpts.blogspot.com

(ii) Satu bab cerita yang sudah dituliskan. Untuk ini editor akan menilai (a) sistem ejaan, (b) tanda bacaan, (c) tatabahasa, (d) gaya penceritaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Promosi Komik-M

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 30, 2010

Gosip Hujung Minggu: Godaan Cinta dari Gadis-Gadis yang Sanggup Jadi Isteri Kedua Pengarang PTS

Salah satu godaan yang dialami oleh novelis lelaki adalah tawaran cinta yang datang sendiri. Mereka adalah gadis-gadis dari kalangan peminat karya sang novelis.

Beberapa novelis PTS memberitahu saya berkenaan emel cinta yang mereka terima. Antara novelis yang mengalami perkara itu adalah seorang pemuda yang baru menerbitkan sebuah novel dengan PTS.

Novelis-novelis PTS itu sudah mempunyai isteri dan anak, malah blog dan foto mereka dalam FB pun menunjukkan status mereka yang sudah berkeluarga, namun mereka masih tetap menerima tawaran dari peminat perempuan yang sanggup menjadi isteri kedua.

Gadis-gadis yang melamar sang novelis itu, mereka amat terkesan dan jatuh cinta pada karya yang dibaca. Ini macam kes "dari novel turun ke hati"....

Apakah faktor yang barangkali menyebabkan gadis-gadis berkelulusan tinggi mudah jatuh cinta dan sanggup menjadi isteri kedua kepada novelis pujaan mereka, padahal mereka tidak pernah mengenali novelis itu dari dekat, hanya setakat membaca karya mereka.

Apakah cerita-cerita yang mereka dengar tentang penulis menerima royalti ratusan ribu ringgit menjadi salah satu daya penariknya?

Macam-macam cerita....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 29, 2010

Penulis Melukis Ilustrasi Bukunya Sendiri

Ada penulis yang memiliki 2 bakat, yakni bakat menulis dan juga bakat melukis. Oleh sebab itu mereka dapat melakukan kedua-dua kerja kreatif itu bagi buku-buku mereka sendiri.

Di PTS, penulis Alif Firdaus Azis dan Maslina Ngadiman adalah contoh penulis yang melukis sendiri ilustrasi buku mereka.

Jika tuan berminat melukis sendiri ilustrasi buku tuan, hal itu wajib disetujui oleh editor. Justeru hantar contoh lukisan tuan kepada beliau supaya dapat dinilai terlkebih dahulu.

Hak memilih ilustrator dan ilustrasi bagi buku-buku terbitan PTS adalah hak penerbit, bukan hak penulis. Namun penulis boleh mengemukakan idea, cadangan dan pandangan bagaimana bukunya itu sebaiknya diilustrasi.

Penulis juga boleh mencadangkan artis yang digemarinya, yang sesuai menjadi ilustrator bukunya.

Apabila penulis sendiri yang melukis islustrasi bukunya, maka 100% royalti buku itu dibayar kepadanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Siri IMPIANA Dijadikan Siri Televisyen

Tuan Syaizul Amal, pengurus AinMaisarah, memberitahu bahawa siri novel IMPIANA akan dijadikan drama TV untuk Astro.

Skrip drama itu sudah disiapkan. Syarikat produksinya pula sudah bersedia memulakan penggambaran dan sedang menunggu pihak pengurusan AinMaisarah memberikan persetujuan sahaja.

Pengurus AinMaisarah sedang membaca skrip itu dari sudut kualiti penerbitan. Menurut beliau, kualiti drama sangat kritikal, kerana jika kualiti drama itu bagus, penonton akan yakin novel-novelnya bagus, dan jualan novel-novel AinMaisarah akan melambung tinggi. Begitu juga sebaliknya, jika kualiti drama itu rendah.

Sebelum ini beliau pernah menolak proposal dari 3 buah syarikat produksi yang ingin menjadikan siri IMPIANA siri drama televisyen.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 28, 2010

AHAD 14.11.10: Kursus Teori Sastera: Applikasi Teori Interteks

Salah satu teori sastera yang mudah dipelajari dan diaplikasikan adalah teori interteks. Teori ini dapat menghasilkan cerita-cerita dan novel-novel yang bermutu sastera. Editor-editor kreatif PTS sudah dilatih memahami teori ini, oleh itu mereka akan menilai mutu manuskrip dengan menggunakannya.

Tarikh: Ahad 14 November 2010

Tempat: Sekolah Al Ikhlas

Waktu: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Yuran: Gratis

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Ke Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(16) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 28.11.10: Kursus Menulis Buku Bukan Fiksyen Menggunakan Teknik Adaptasi

Tarikh: Ahad 28 November 2010

Tempat: Sekolah Al Ikhlas

Waktu: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Yuran: Gratis

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Ke Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(35) Diskusi Kuliah | Permalink

Watak Perempuan dalam Sastera Islami

Watak-watak perempuan dalam cerita-cerita al-Quran:

1. Perempuan yang meminta suaminya memenuhi keinganan yang bukan-bukan sehingga suaminya melanggar larangan Allah. (Siti Hawa)

2. Perempuan yang berkahwin atas pilihan ibubapa. (anak-anak Nabi Adam)

3. Perempuan yang kejelitaannya mendorong lelaki melakukan kesalahan. (anak Nabi Adam)

4. Perempuan yang tidak cantik dan ditolak oleh suaminya. (anak Nabi Adam)

5. Perempuan ibu tiri yang berlaku baik kepada 9 orang anak tirinya. (isteri Nabi Yaakub)

6. Ibu yang malang akibat kezaliman dasar negara yang dibuat oleh pemerintah zalim. (ibu Nabi Musa)

7. Anak perempuan yang patuh dan taat kepada suruhan ibunya. (kakak Nabi Musa)

8. Perempuan baik yang berkahwin dengan lelaki jahat. (Asiah)

9. Perempuan ibu angkat yang baik. (Asiah)

10. Perempuan yang memiliki kerajaannya sendiri. (Puteri Balqis)

11. Perempuan isteri pertama yang cemburu kepada madunya. (Sarah)

12. Perempuan isteri kedua yang sangat tabah. (Hajar)

13. Gadis yang sangat suci. (Mariam)

14. Perempuan yang sudah bersuami tetapi masih jatuh hati kepada pemuda tampan. (Zulaikha)

15. Perempuan pintar yang menggunakan kepintaran dengan cara yang salah. (Zulaikha)

16. Perempuan yang mengumpat perempuan. (kawan-kawan Zulaikha)

17. Perempuan yang terkesima memandang lelaki tampan. (kawan-kawan Zulaikha)

18. Gadis adik beradik yang menjalankan kerja-kerja lelaki demi membantu ayah mereka yang sudah sangat tua. (anak Nabi Shuib)

19. Gadis yang membawa pemuda berjasa balik ke rumah dan memperkenalkan kepada ayahnya. (anak Nabi Syuib)

20. Perempuan mandul. (isteri Nabi Zakaria)

21. Perempuan yang kematian suami. (Khadijah)

22. Perempuan berkahwin dengan suami lebih muda. (Khadijah).

23. Perempuan yang mencari sendiri nafkah dan harta kekayaan. (Khadijah)

24. Gadis muda yang berkahwin dengan lelaki tua. (Aisyah)

25. Perempuan bersuami yang difitnah melakukan kecurangan. (Aisyah)

26. Perempuan yang menyusahkan fikiran dan perasaan suaminya dan akibatnya diugut dengan ugutan suaminya akan diberikan isteri-isteri yang lebih baik. (Aisyah dan madu-madunya.)

27. Bayi-bayi perempuan yang dianggap membawa beban oleh masyarakat jahil.

28. Perempuan yang menerima hukuman kerana derhaka kepada suami. (isteri Nabi Nuh)

29. Perempuan yang menerima hukuman kerana terikut-ikut gaya hidup buruk masyarakat di sekelilingnya. (isteri Nabi Lut)

30. Perempuan yang menerima hukuman kerana ikut sama dengan suaminya melakukan kesalahan. (isteri Abu Lahab)

NOTA: Watak perempuan yang tiada contohnya dalam al-Quran:

1. Perempuan sesama perempuan berebut-rebut cinta lelaki.

2. Perempuan yang diceraikan oleh suaminya ataupun yang meminta cerai dari suaminya.

3. Perempuan yang belum berkahwin dan mempunyai hubungan asmara dan cinta.

4. Perempuan yang sudah berkahwin dan berlaku curang.

5. Perempuan yang melakukan hubungan seks di luar nikah.

6. Perempuan keturunan anak luar nikah ataupun perempuan yang dituduh sebagai anak luar nikah.

7. Perempuan diperkosa lelaki.

8. Perempuan yang berkonflik dengan suami, ibu bapa, ataupun dengan adik beradik, ataupun kaum kerabatnya.

9. Perempuan mangsa keganasan rumahtangga.

10. Perempuan berebut-rebut harta ataupun berebut penjagaan anak.

11. Perempuan yang menyebabkan perempuan lain ditimpa nasib malang.

12. Perempuan kaki gaduh, tamak, busuk hati, pendengki, pendendam dan lain-lain sifat buruk yang amat dibenci masyarakat.

13. Perempuan yang membuang anak.

(Allah jualah yang maha mengetahui.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Testimoni: Komik Sebagai Alat Bantu Belajar Membaca

Seorang rakan Facebook saya, Tuan Wan Muhd Ali (foto) menulis:

"Saya mula pandai membaca hanya ketika darjah 3 selepas bertungkus-lumus membaca komik Doraemon. Saya mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam untuk menghabiskan sebuah komik Doraemon ketika itu. Walau bagaimanapun perbuatan membaca komik selalu dimarahi ibu."

Pakar-pakar pendidikan kanak-kanak sudah lama mendapati komik dapat digunakan dengan baiknya bagi tujuan mendorong kanak-kanak supaya mahu dan suka belajar membaca.

PTS menerbitkan siri Komik-M (singkatan bagi Komik-Malaysia) yang syariah-compliant.

Pada masa ini banyak guru-guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah, malah termasuk ustaz dan ustazah, sudah memahami manfaat membaca komik kepada kanak-kanak, dan mereka tidak lagi memusuhi komik, khususnya Komik-M.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 27, 2010

Siri Big Book Khusus untuk Guru Tadika dan Pra-sekolah

Penulis siri ini, Puan Alia Nina, adalah pakar bidang pendidikan kanak-kanak peringkat pra-sekolah. Beliau kini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sedang menyiapkan penyelidikannya bagi mendapatkan Ph.D beliau.

Siri buku besar (big book) ini adalah untuk guru-guru, bukan untuk kanak-kanak.

Buku besar digunakan oleh guru-guru prasekolah sebagai alat bantu bagi mendorong kanak-kanak supaya menyukai buku dan menyukai sesi belajar membaca.

Guru yang memegang buku big book, manakala kanak-kanak duduk mendengar guru membacakan buku itu bagi mereka.

Meskipun teks dalam buku ini kelihatan mudah, tetapi banyak ilmu kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan metodologi yang digunakan bagi menghasilkan teks dalam buku kategori ini.

Pelukis ilustrasi siri ini adalah Puan Emila Yusof.

Buku untuk kanak-kanak memerlukan ilustrasi yang khusus. Lukisan yang cantik pada mata kanak-kanak prasekolah amat berbezaa daripada ciri lukisan yang cantik pada mata orang dewasa.

Nota: Puan Alia Nina dan Puan Emila Yusof berkongsi harta intelek 50-50.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Promosi Komik-M: Peraduan Dialog Lucu

Ketua unit peraduan di jabatan marketing PTS, Tn. Wahyudi Mohd. Yatim (foto beliau sedang bermain FB pada waktu pejabat), memberitahu salah satu aktiviti promosi Komik-M adalah peraduan mengarang dialog lucu.

Peraduan ini akan dimulakan pada 1 hb November 2010, dan akan berterusan sehingga tamat pada 31 Disember 2010.

Sebuah minisite khas akan dibuka.

Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kempen Agresif Bagi Mempromosi Komik-M Sempena Musim Cuti Sekolah

Jabatan marketing PTS akan menjalankan kempen promosi Komik-M secara agresif sempena musim cuti sekolah hujung tahun nanti. Kempen akan dijalankan selama 2 bulan iaitu sepanjang bulan November dan Desember 2010.

Foto di atas menunjukkan pengarah urusan PTS, Tn. Arief Rahmad, sedang menerangkan kepada anggota Tim Sales PTS strategi marketing yang akan dijalankan sepanjang tempoh kempen itu. 

Semua eksekutif jabatan sales yang keluar out-station akan membawa bersama mereka poster, banting, hanging mobile, masthead, dan brosur yang akan dibekalkan secara percuma kepada kedai-kedai buku agen PTS di seluruh negara.

Unit internet marketing (IM) pula akan menjalankan aktiviti peraduan.

Jabatan marketing juga akan membekalkan rak beroda tambahan kepada kedai-kedai buku khusus bagi mempamerkan Komik-M. Setiap unit rak berharga RM170.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 26, 2010

Sastera Kanak-Kanak Genre Cerita Pari-Pari: Perbezaan Nilai-Nilai Antara-budaya

Dalam tradisi sastera Melayu klasik, tidak wujud apa yang disebut genre 'sastera' kanak-kanak. Malah apa yang disebut 'cerita' untuk kanak-kanak pun tidak wujud.

Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan (oleh orang dewasa) dengan mengemukakan watak utamanya kanak-kanak, bercakap tentang dunia dan alam kanak-kanak, bagi dinikmati oleh kanak-kanak.

Memang ada cerita-cerita dalam sastera rakyat Melayu di mana terdapat watak kanak-kanak di dalamnya, tetapi cerita-cerita itu tidak dapat 'dinikmati' oleh kanak-kanak disebabkan cerita-cerita itu tidak memenuhi keperluan psikologis kanak-kanak, sebagai contoh cerita-cerita itu tidak dapat menghiburkan kanak-kanak. Selepas mendengar cerita Si Tanggang ataupun Batu Belah Batu bertangkup, kanak-kanak tidak mahu mendengarnya lagi berkali-kali.

Ketiadaan sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu menyebabkan cerita-cerita terjemahan daripada tradisi sastera asing menjadi sangat popular.

Salah satu isu yang timbul adalah perbezaan nilai-nilai budaya. Sebagai contoh, sesetengah tingkah laku yang diterima dalam sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai dalam budaya lain.

Umpamanya, dalam cerita Snow White and the Seven Dwarfs, seorang gadis tinggal serumah dengan 7 orang lelaki. Meskipun semua lelaki itu sudah tua, namun mereka tetap lelaki. Dalam cerita Cinderella pula, seorang gadis pergi ke majlis tari menari, dan dia menari dengan pasangan lelaki sehingga masuk waktu subuh. Dalam cerita The Sleeping Beauty pula, seorang pemuda mencium seorang gadis.

Situasi begini memerlukan kita menghasilkan cerita-cerita yang indah-indah dalam bahasa Melayu, dan dituliskan dengan menggunakan gaya bahasa bermutu sastera bagi memenuhi keperluan psikologis kanak-kanak negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kamus adalah Harta Intelek yang Menguntungkan

Apabila kita pergi ke rak kamus di kedai-kedai buku, kita dapat melihat banyaknya kamus dipamerkan, daripada kamus yang kecil-kecil ke kamus yang besar-besar.

Kamus adalah harta intelek yang bagus. Ia sangat tahan lama dalam pasaran, oleh itu setiap tahun ia diulangcetak. Meskipun jualan kamus tidak meletup-letup, namun ia terus laku sepanjang tahun.

Bagi tuan dan puan yang berminat menyusun kamus, berhati-hati dengan isu melanggar hakcipta penyusun kamus lain.

Banyak penyusun dan penerbit kamus tempatan yang mencuri hakcipta kamus-kamus lain apabila mereka menyalin definisi dari kamus-kamus itu. Perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama.

Ketua unit perkamusan PTS adalah Tuan Khairul Taufiq Abu Bakar (foto).

Jika tuan berminat menyusun kamus untuk terbitan PTS, tulis surat emel kepada beliau dan terangkan konsep dan ciri-ciri kamus yang tuan cadangkan itu. Sertakan contoh entri dan definisi kamus tuan.

Tunggu sehingga beliau bersetuju dan meluluskannya. Ini bagi memastikan idea tuan itu tidak bertindan dengan projek lain yang sudah diluluskan oleh beliau.

Alamat emel Tuan Khairul Taufiq Abu Bakar: .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 25, 2010

Iklan! PTS Mencari Penterjemah Novel dari Bahasa Cina

Puan Nahdatun Nisaak Othman (foto), pengurus PTS One Sdn. Bhd. mencari penterjemah novel kanak-kanak dan remaja awal daripada bahasa Cina ke dalam Bahasa Melayu.

Latihan teori dan teknik terjemahan akan diberikan oleh Puan Ainon Mohd.

Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Pekomik: Berkongsi Harta Intelek dengan Brand Ternama

Nama Farihah Iskandar sudah sangat terkenal. Beliau sudah menjadi Big Name dalam kategorinya.

Farihah Iskandar kini sudah menjadi brand dalam pasaran sastera remaja tanah air. Jumlah peminat karyanya mencecah puluhan ribu.

Koleksi novel Dear Yayah yang diterbitkan sebagai antologi kulit keras dijual pada harga RM75 di cawangan kedai buku POPULAR di seluruh negara. Walaupun harga itu mahal, tetapi 10 ribu naskah sudah terjual. Ini adalah pencapaian luar biasa.

Kini Farihah Iskandar menghasilkan siri komiknya sendiri yang juga menggunakan judul Dear Yayah. Untuk siri komiknya beliau bekerja dengan pekomik Ard One.

Mereka berkongsi harta intelek. Farihah Iskandar sebagai pencipta cerita menerima 30% manakala Ard One sebagai pelukis komiknya menerima 70%.

Pekomik Ard One berkarya dalam 3 kategori dengan PTS:

(i) Beliau melukis ilustrasi siri Adam Kecil oleh Ashadi Zain & Fred Suriya. Sebagai ilustrator beliau dibayar honorarium bagi setiap keping lukisan yang dihasilkan. Beliau dibayar kontan sebaik-baik lukisannya diterima oleh editor, oleh itu tidak ada risiko kerugian.

(ii) Beliau menghasilkan komik beliau sendiri di mana beliau menerima 100% hakcipta dan royaltinya. Risiko komik tidak laku keras sentiasa ada, oleh itu royalti yang diterima tidak banyak sedangkan kerja penghasilan komik itu sukar dan mengambil banyak masa.

(iii) Beliau berkongsi dengan penulis yang sudah mempunyai nama besar seperti Farihah Iskandar.

Rekod bayaran royalti yang dibuat oleh jabatan kewangan PTS kepada para pelukis ilustrasi dan pekomik menunjukkan:

(a) Pekomik dan pelukis ilustrasi yang juga menulis buku cerita kanak-kanak, novel genre nomik, dan novel-novel remaja, mereka menerima royalti paling tinggi. Contoh mereka dalam kategori ini adalah Nuriazam Ismail, Alif Firdaus Azis, dan Maslina Ngadiman.

(b) Pekomik yang melakukan ketiga-tiga jenis pengkaryaan (i), (ii) dan (iii) menerima royalti kedua paling banyak, sebagai contoh Pekomik Reja.

(c) Pekomik yang hanya menghasilkan komiknya sendiri (ii) menerima royalti ketiga rendah.

(d) Pelukis dan ilustrator yang hanya melakukan (i) menerima pendapatan paling rendah. Mereka dibayar dalam bentuk honorarium. Golongan ini tidak memiliki harta intelek.

NOTA: Banyak pekomik dan pelukis sebenarnya mempunyai bakat bercerita dan menulis buku-buku cerita, seperti Nurizam Ismail, Alif Firdaus Aziz dan Maslina Ngadiman. Mereka hanya perlu berguru kepada mentor yang dapat membantu mereka mengasah bakatnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah judul buku yang dijadualkan masuk gudang PTS minggu ini:

JUDUL BARU                                                   
1. Dear Yayah: The Comics 2  (8000 unit)
2. Koleksi Nama Anak Terindah (8000)
3. Kamilah Kembar Diraja (5000)
4. Andai Gerimas Berhenti (3000)

JUDUL ULANG CETAK 
1. Aisyah: Keanggunan Sejati (1500)
2. Abu Bakar: Sahabat Sejati (3000)
3. Hidup Kaya Tanpa Riba (2000) 
4. Buat Duit Dengan MLM (2000)
5. Berubat Dengan Solat (3000)
6. Mengurus Acara Rasmi Sekolah (1000)
7. Kaedah Mengajar & Kemahiran Interpersonal Guru (1000)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 24, 2010

Kursus Teori dan Teknik Menterjemah untuk Buku Agama

Dikehendaki segera oleh Tn. Faris Firdaus (foto) editor di PTS Darul Furqan Sdn. Bhd. adalah calon-calon penterjemah untuk buku-buku agama daripada bahasa Arab dan Bahasa Indonesia ke dalam Bahasa Melayu.

Kursus akan dikendalikan oleh Pn. Ainon Mohd.

Tempat: Sekolah al-Ikhlas.

Yuran: Percuma.

Kelayakan: (i) Ijazah dalam sebarang bidang. (ii) Suka dan banyak membaca buku-buku agama.

Tarikh akan diberitahu kemudian.

Tulis nama, alamat emel dan nombor HP.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(20) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul TOP 100 PTS Berdasarkan Nilai Ringgit antara 1 Januari - 21 Oktober 2010

1. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
2. Alexander Adalah Zulqarnain
3. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
4. Biografi Muhammad bin Abdullah (ed. kulit keras)
5. Dahsyatnya Doa Ibu
6. Khalifah-khalifah Yang Benar
7. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
8. Kamus Al-Quran
9. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
10. Jejak Bisnes Rasul
11. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
12. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
13. Dear Yayah The Series
14. Travelog Haji + VCD
15. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
16. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
17. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
18. Aku Mahu Ain Maisarah
19. Sultan Muhammad Al-Fateh
20. 101 Akhlak Rasulullah
21. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
22. Penilaian Tahap Kecekapan (P.T.K)
23. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
24. Khalid: Memburu Syahid
25. Aku Mahu Superbibik
26. Abu Bakar: Sahabat Sejati
27. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
28. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
30. Perang Badar: Perang Penentuan
31. The Magic Of Thinking Big (ed. Bahasa Melayu)
32. Aisyah: Keanggunan Sejati (ed. kulit lembut)
33. Projek Diet Ain Maisarah
34. Bilal Bin Rabah
35. Ajaibnya Sedekah
36. Koleksi 33 Kisah Sejarah Melayu
37. Senangnya Memasak Ayam
38. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
39. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
40. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
41. How To Win Friends & Influence People (ed. Bahasa Melayu)
42. Senangnya Memasak Nasi
43. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
44. Senangnya Memasak Ikan
45. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
46. Ali Bin Abi Talib
47. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
48. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (ed. jimat)
49. Dahsyatnya Qiamullail
50. Buletin Sri Bangsar (box-set)
51. Diari Ramadan
52. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
53. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
54. Hidangan Mudah, Cepat & Enak : Bersahur
55. Jika Anda Ingin Berjaya, Bersolatlah
56. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
57. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa
58. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
59. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
60. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Sepakat?
61. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
62. Senangnya Memasak Sambal & Sos
63. Siapa Lebih Popular?
64. 3T: Taubat Tasbih Tahajud
65. Aku, Dia & Gosip
66. Manual Pengajaran Pra Sekolah Perancangan Mingguan Dan Harian
67. Senangnya Memasak Makanan Barat
68. Gadis Bubble Gum
69. Peristiwa Bersejarah Ramadan
70. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
71. Didik Anak Gaya Rasulullah - Hard Cover
72. Senangnya Memasak Puding & Desert
73. Senangnya Memasak Daging
76. 99Q: Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna
77. Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
78. Minda Muslim Super
79. Nyanyi Sunyi
80. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
81. Law Of Connection (ed. Bahasa Melayu)
82. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
83. Bagaikan Khadijah di Hati Rasullullah
84. Dato' Dr. Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian
85. Karipap-Karipap Cinta
86. Travelog Cinta Abadi
87. Tariq: Menang ataupun Syahid
88. Young Aisyah: Cuti Sekolah
89. Memasak Sehebat Chef: Sup
90. Sarah Dan Duit Raya
91. Senangnya Memasak Makanan Laut
92. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
93. Kita Hanya Di Seberang Jalan
94. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains (ed. jimat)
95. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
96. Bacakan Saya Satu Cerita
97. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
98. Memasak Sehebat Chef: Bubur
99. Offline Dengan Syaitan
100. Urus Bisnes Dengan Google

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Tuan Zain Aziz (foto), timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

*Istilah 'jualan' adalah berdasarkan jumlah buku yang keluar dari gudang PTS bagi penghantaran kepada agen dan kedai buku.

*Nilai ringgit dikira berdasarkan harga buku yang tercetak pada kulit buku.

*Nilai ringgit Judul No.1 dalam senarai adalah lebih RM500 ribu. Manakala nilai ringgit judul No. 100 adalah lebih RM70 ribu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! Ain Maisarah Menawarkan kepada Pelukis Komik-M Peluang Promosi

Bersempena Program Jelajah Sekolah AinMaisarah 2011, kami meletakkan sasaran 50 buah sekolah tahun hadapan, 30 buah sekolah rendah dan 20 buah sekolah menengah.

Kami berharap dapat bekerjasama dengan pihak Komik-M dalam program ini. Kami mencari pelukis komik yang dapat:

a) Memberi ucapan 15 minit di perhimpunan pagi.

b) Memberikan bengkel melukis selama 2 jam.

c) Memberikan demonstrasi lukisan di kantin sekolah pada waktu rehat.

Pelukis boleh menjual komik masing-masing dan mengambil untung dari komik yang dijual.

Syaizul Amal
Pengurus AinMaisarah

NOTA: Pekulis Komik-M yang berminat, tulis nama, alama emel, dan nombor HP. Ataupun terus menulis surat kepada Tuan Syaizul di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 23, 2010

Sastera Remaja: Apa Itu Genre ‘Young Adults’

Di Eropah dan Amerika, istilah 'young adults' (YA) digunakan oleh perpustakaan dan penerbit buku bagi merujuk kepada remaja belasan tahun, atau 'teen'.

Pada suatu masa dahulu, buku-buku untuk bacaan remaja belasan tahun dikategorikan sama dalam kelompok 'remaja' ataupun 'kanak-kanak'. Hanya sekarang buku-buku mereka diasingkan sebagai genre tersendiri.

Dalam dunia sastera Inggeris, trend mengasingkan pembaca teen bermula semenjak tahun 1960-an apabila novelis seperti S. E. Hinton, Walter Dean Myers, dan Judy Blume mula menulis novel-novel yang 'challenging' untuk bacaan remaja. Semenjak itulah konsep buku YA tercipta.

Ciri utama genre YA adalah di mana penulis menulis novel-novel yang secara langsung menyorot, menganalisis dan memahami dunia remaja belasan tahun dari sudut pandang remaja itu sendiri.

YA berbeza dengan novel yang ditulis oleh orang dewasa, ditujukan kepada remaja, tetapi menggunakan sudut pandang orang dewasa, yang tujuannya adalah mengajar-ngajar remaja, dengan cara memaksakan ke atas remaja supaya mereka memandang dunia dan berfikir macam orang dewasa.

Dalam sastera Melayu, PTS adalah pelopor dalam usaha membangunkan pasaran Laut Biru bagi novel-novel YA, apabila PTS mula-mula memperkenalkan karya novelis Faizal Dzasrik dan kemudian Bahruddin Bekri.

Pada masa ini PTS menerbitkan minimum 2 judul YA setiap bulan dalam siri "Syok!"

Disebabkan genre YA masih sangat baru dalam sastera Melayu, perbincangan berkenaan genre ini belum dilakukan, malah konsepnya pun belum difahami dengan baik oleh penulis, editor dan pengkritik.

Beberapa ciri terdapat pada karya YA yang berada dalam pasaran saat ini:

(i) Ciri 'challenging' pada karya yang sudah terbit itu masih belum mantap.

(ii) Penerbit dan pengarang lebih cenderung melebihkan unsur hiburan santai dalam karya mereka.

(iii) Penggunaan alat-kerja sastera (literary devices) oleh pengarangnya masih belum cukup.

Genre YA adalah sub-kategori dalam karya genre sastera. Ciri inilah yang membolehkan genre YA dibaca serta dinikmati keindahannya baik oleh pembaca remaja mahupun pembaca dewasa. Genre YA juga dapat dinilai dan dikritik menggunakan teori-teori sastera.

YA yang bernilai sastera mempunyai potensi kekal lama dalam pasaran. Ini yang berlaku dengan novel The Catcher In the Rye oleh JD Salinger, yang terbit pada tahun 1951, sudah diterjemahkan ke dalam 70 bahasa, dan sehingga sekarang masih terjual.

NOTA: Istilah Melayu bagi 'young adults' YA adalah 'dewasa muda' (DM)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Hak Pengarang

Apabila tuan dan puan menyerahkan manuskrip kepada, sebagai contoh Penerbit ABC, ambil perhatian berkenaan hak-hak cipta subsidiari yang tuan setuju menyerahkannya kepada penerbit itu.

Hak-hak itu ada dituliskan dalam dokumen perjanjian penerbitan yang tuan tanda tangani.

Saman mahkamah antara pengarang ngetop Sherry Argov dan penerbit Group Planeta banyak memberi iktibar kepada penulis dan penerbit.

Sherry Argov, author of Why Men Love Bitches, and Why Men Marry Bitches, has filed a lawsuit against Group Planeta and four affiliated companies charging the Spanish publishing giant with copyright infringement and breach of contract related to the sale of the Spanish-language editions of Argov’s two titles in Latin America as well as in Europe and England.

According to the suit, filed in the U.S. District Court for the District of Massachusetts, Planeta and its Editorial Diana Mexicana subsidiary have under paid Argov by at least $1 million by engaging in a number of practices that included: assigning the book to unknown entities without Argov’s permission; deceiving the author by paying royalties based on paperback rather than hardcover prices; selling editions in England and Europe with acquiring the rights; and concealing publication and sales of different editions of the books.

Baca laporan lengkap di Publishers Weekly.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 22, 2010

TOP 50 Judul bagi Tempoh 1 Januari - 21 Oktober 2010 Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual

1. Senangnya Memasak Ayam - 20,869
2. Senangnya Memasak Nasi - 19,944
3. Senangnya Memasak Ikan - 19,931
4. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 19,874
5. Dahsyatnya Doa Ibu - 19,667
6. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Bersahur - 19,262
7. Hidangan Mudah, Cepat & Enak: Berbuka Puasa - 18,914
8. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang - 18,226
9. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 18,214
10. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 16,852
11. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 16,523
12. Senangnya Memasak Makanan Barat - 16,104
13. Senangnya Memasak Puding & Desert - 15,729
14. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah - 15,593
15. Senangnya Memasak Daging - 15,546
16. Alexander Adalah Zulqarnain - 15,304
17. Memasak Sehebat Chef Sup - 13,678
18. Senangnya Memasak Makanan Laut - 13,460
19. Memasak Sehebat Chef: Bubur - 12,528
20. Senangnya Memasak Sayur - 12,301
21. Senangnya Memasak Tauhu & Telur - 12,224
22. Senangnya Memasak Kuih Kukus - 11,088
23. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 10,438
24. Memasak Sehebat Chef Rendang - 10,267
25. Senangnya Memasak Kambing - 9,962
26. Ajaibnya Sedekah - 9,891
27. Biografi Muhammad bin Abdullah ed. Hard Cover - 9,812
28. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza - 9,759
29. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 9,751
30. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand - 9,635
31. Dahsyatnya Qiamullail - 9,616
32. Cita Rasa Malaysia: Kelantan - 9,600
33. Cita Rasa Malaysia: Johor - 9,579
34. Hidangan Terbaik Dunia: Cina - 9,465
35. Hidangan Terbaik Dunia: Siam - 9,387
36. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa - 8,576
37. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman - 8,554
38. Aku Mahu Superbibik - 8,304
39. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain - 8,286
40. Hidangan Terbaik Dunia: Singapura - 8,210
41. Munajat Malam - 8,118
42. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin - 8,046
43. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - 7,999
44. Hidangan Terbaik Dunia: Brunei - 7,969
45. Agenda Yahudi Menakluk Dunia - 7,784
46. Adab Ramadan - 7,697
47. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis - 7,400
48. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran - 7,375
49. Jejak Bisnes Rasul - 7,332
50. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran - 7,160

Istilah 'terjual' yang digunakan di sini bermakna jumlah buku yang keluar dari gudang PTS dan dihantar kepada agen dan kedai-kedai buku.

NOTA: Data ini disediakan oleh Tuan Zain Aziz (foto), timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 21, 2010

Laut Biru: Sastera Agama

Salah satu genre sastera yang mempunyai potensi pasaran Laut Biru adalah sastera agama.

Novel-novel sastera agama ditulis dengan tujuan menyampaikan mesej-mesej agama menggunakan bentuk sastera.

Novel yang ditulis dengan mengemukakan tema agama tidak semestinya dapat dimasukkan dalam genre sastera agama. Sebagai contoh, karya besar Sasterawan Negara Dato' Abdullah Hussain, Imam, adalah contoh novel konvensional yang mengemukakan tema agama tetapi tidak termasuk dalam kategori sastera agama.

Novel yang ditulis berdasarkan biografi tokoh-tokoh Islam juga tidak semestinya dapat dimasukkan dalam kategori sastera agama. Sebagai contoh, novel-novel karya sasterawan Abdul Latip Talib adalah dalam kategori sastera sejarah.

Yang menjadikan sesebuah karya sastera itu termasuk dalam kategori sastera agama adalah kesan spiritualiti yang dialami oleh pembacanya sepanjang dan sesudah dia membaca karya itu.

Kesan spiritualiti itu tercipta oleh banyaknya pengaruh intertekstualiti antara novel itu dengan teks-teks agama.

PTS meneroka sektor sastera agama (Islam) dengan memperkenalkan nama Zahiruddin Zabidi.

Sektor pasaran sastera agama adalah besar. Ini terbukti apabila novel Rabiatul Adawiyah yang dicetak 5 ribu naskhah telah habis terjual dalam tempoh 2 bulan selepas diterbitkan. Prestasi novel itu mengatasi prestasi jualan novel-novel PTS yang lain, termasuk novel cinta Islami PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Rancangan Promosi Komik-M

Tuan Wan Zuhairi, ketua unit Komik-M, memberitahu pada tahun 2011 PTS akan menganjurkan peraduan melukis komik peringkat sekolah-sekolah.

Tujuan peraduan itu adalah:

1. Memperkenalkan brand Komik-M ke sekolah-sekolah di seluruh negara.

2. Menyedarkan pihak guru-guru bahawa bakat melukis adalah bakat yang mempunyai nilai komersial tinggi dan perlu dipupuk di kalangan pelajar.

3. Mencari bakat-bakat baru di kalangan pelukis komik bagi mendapatkan generasi pelapis.

4. Meningkatkan jumlah peminat Komik-M.

5. Mendorong kedai-kedai buku di bandar-bandar kecil supaya menjual Komik-M.

Menurut Tn. Wan Zuhairi, dalam pertandingan itu nanti, penyertaan adalah atas nama sekolah. Guru-guru dan pelajar sama-sama boleh ikut serta dalam pertandingan itu. 

Lukisan-lukisan yang menang akan diterbitkan oleh PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Kuasa Kedai Buku ke Atas Nasib Buku: Kes Komik-M

Kedai-kedai buku mempunyai kuasa paling besar ke atas nasib jualan buku. Akhirnya, kedai bukulah yang paling berkuasa menentukan buku apa yang terjual.

Pembeli buku hanya dapat membeli buku-buku yang dipamerkan dalam kedai-kedai buku. Buku-buku yang baik sekalipun, jika kedai buku tidak membawa buku itu, ia tidak akan terjual.

Dalam pasaran sekarang, banyak bahan bacaan yang tidak berkualiti dibeli dan dibaca oleh orang muda. Faktornya adalah kerana kedai-kedai buku menjual bahan-bahan itu. Pokoknya, apa yang ada di dalam kedai, itulah yang dibeli orang.

Penerbit boleh menerbitkan apa-apa buku dan majalah yang dia mahu, tetapi jika kedai buku tidak mahu ambil buku itu, maka buku itu akan tersadai dalam setor penerbit.

Ambil kes Komik-M terbitan PTS. Banyak orang mengeluh kerana komik itu sukar diperoleh selain di kedai-kedai buku utama sahaja.

Antara faktornya adalah:

1. Kedai-kedai indie kepunyaan orang Melayu kebanyakannya adalah kedai buku agama yang kecil-kecil.

Kedai-kedai buku Melayu itu bukan kedai buku umum (general bookstore) yang menjual segala jenis buku. Mereka hanya membawa buku agama kerana pelanggan mereka adalah orang-orang yang mahukan buku-buku agama. Selain menjual buku agama, kedai-kedai itu menjual peralatan sembahyang, haji dan kematian. Mereka tidak mahu membawa Komik-M.

Kedai-kedai buku agama tidak mahu membawa Komik-M kerana bagi mereka komik bukan buku agama.

2. Kedai-kedai buku kepunyaan towkay Cina hanya menjual buku-buku Cina, alat tulis, dan komik-komik Cina, kerana pelanggan mereka adalah pembeli Cina. Oleh sebab itu mereka tidak berminat membawa buku-buku bacaan umum dalam bahasa Melayu, apatah lagi Komik-M.

3. Majoriti pemilik kedai-kedai Mamak yang menjual surat khabar, majalah, komik, rokok dan gula-gula tidak berminat menjual Komik-M. Bagi mereka, menjual komik-komik terjemahan Cina, Jepun dan Korea adalah lebih menguntungkan.

Pasaran komik adalah Laut Merah. Dalam pasaran itu sudah ada budak-budak besarnya. Mereka sangat berkuasa dalam pasaran.

Namun, PTS tetap terus komited membangunkan pasaran Komik-M kerana pasaran itu ada potensinya. Ia ibarat kerja membuka hutan. Ia kerja yang sukar, sangat sukar.

Namun, PTS akan meneruskan komitmen ini kerana lambat-laun, pasaran ini tetap dapat dibuka. Apabila pasaran itu sudah besar, PTS-lah yang akan menjadi budak besarnya....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 20, 2010

Tip Survival Penerbit: Jualan E-Book Naik 172% di Amerika

Laman web Publishers Weekly melaporkan bagi bulan Januari - Ogos 2010 jualan buku di Amerika turun 14.3%. Bagi bulan Ogos 2009, jualan e-book melonjak 172.4%, dengan nilai jualan US$39 juta pada bulan itu.

Angka di atas adalah berdasarkan laporan jualan 14 buah penerbit Amerika yang melaporkan bisnes mereka kepada AAP (Persatuan Penerbit Amerika).

Baca lagi di sini Publishers Weekly

Trend peningkatan jualan e-book ini sangat penting diambil perhatian oleh penerbit buku-buku Melayu. Buku-buku Melayu mestilah bersedia dijual, dipasarkan dan dibaca menggunakan teknologi kontemporari.

Justeru penerbit buku Melayu perlu memahami trend terbaru ini dan bersiap-siap untuknya.

Bukan hanya para penerbit buku Melayu yang perlu memahami bisnes e-book, penulis-penulis juga mesti mengambil tahu tentang bagaimana harta inteleknya akan dipasarkan dan dijual dengan menggunakan teknologi ini.

Sebagai contoh, struktur royalti e-book tidak serupa dengan struktur royalti buku konvensional (cetak-kertas). Harga e-book jauh lebih murah daripada harga buku konvensional. Ini bermakna royalti yang akan diterima oleh penulis juga akan lebih rendah bagi setiap unit e-book yang terjual.

Suatu perkara yang perlu diketahui di sini adalah bahawa jualan e-book yang melonjak itu adalah jualan e-book yang dijual sekaligus bersama gajet reader-nya, seperti dalam foto, bukan e-book yang dijual eceran oleh penulisnya sendiri.

PTS sudah lama bersedia membolehkan semua buku terbitannya dijual dalam bentuk e-book. Kita hanya menunggu saatnya yang sesuai sahaja. Strategi yang akan digunakan oleh PTS adalah dengan melesenkan hak penerbitan edisi e-book kepada pihak seperti Kindle, Sony-reader, dan yang seumpamanya. 

Dalam pasaran sekarang sudah banyak syarikat teknologi yang memperkenalkan pelbagai rupa e-book reader, masing-masing gajet dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Armagedon 2012 Diulangcetak Selepas 24 Hari Masuk Gudang PTS

Buku Armagedon 2012 tulisan Muhammad Alexander ini dicetak kali pertama sebanyak 8,000 naskhah. Ia masuk gudang PTS pada 30 Ogos 2010.

Pada 23 September 2010, jabatan sales PTS mengarahkan supaya buku ini diulang cetak sebanyak 5000 naskhah.

Buku ini berharga RM31.50, justeru ia bukan buku murah.

Jualan buku ini yang laku keras adalah disebabkan pembeli buku Melayu sudah bertambah banyak, dan daya beli mereka juga semakin tinggi.

NOTA: Buku-buku lain oleh Muhammad Alexander adalah Yakjuj & Makjuj dan Alexander adalah Zulkarnain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 19, 2010

Tip Survival Penerbit: Mahu Buat Duit dengan Edisi Murah ataupun Edisi Mahal?

Patutkah buku yang sangat laku jualannya diterbitkan juga dalam edisi murah? Berkenaan isu ini ada 2 amalan:

(1) Disebabkan sesuatu buku itu sangat laku, ini bermakna permintaannya sangat tinggi, maka ini adalah peluang penerbit membuat lebih banyak keuntungan dengan menaikkan lagi harga jualan buku itu.

Harga dapat dinaikkan dengan dua cara:

(i) Apabila diulangcetak, buku itu diberi sedikit perubahan supaya harganya dapat dinaikkan, sebagai contoh desian kulitnya ditukar. Justeru memang ada penerbit yang melakukan ini.

(ii) Edisi kulit lembutnya tidak diulangcetak lagi, sebaliknya edisi kulit keras sahaja yang dicetak.

(2) Disebabkan buku itu sangat laku, bermakna masih ada golongan yang ingin membeli buku itu tetapi tidak mampu, maka ini adalah peluang menjual buku tersebut dalam bentuk edisi jimat supaya lebih banyak orang dapat membelinya. Ini dipanggil 'mass market'.

Memang amalan ini banyak dilakukan oleh penerbit di mana buku yang sama dicetak dalam bentuk paperback, supaya ia dapat dijual dengan harga yang lebih rendah.

Inilah prinsip yang diamalkan oleh PTS, iaitu menjual buku-buku yang tinggi permintaannya dengan harga lebih murah demi memandaikan bangsa.

Sebagai contoh, sehingga saat ini, buku Yakjuj & Makjuj karya Muhammad Alexander ini sudah terjual lebih 40,000 naskhah, dan jualannya masih berterusan.

PTS baru sahaja memperkenalkan edisi jimat bagi buku ini. Edisi kulit lembutnya berharga RM31.50, manakala edisi paperbacknya berharga RM24.00.

Ada buku diterbitkan semula oleh PTS dalam edisi kulit keras supaya harganya lebih murah. Contoh terbaik adalah buku antologi 4 buah novel Khalifah-Khalifah yang Benar. Jika 4 novel itu dibeli eceran, harga lebih RM100. Jika dibeli edisi kulit kerasnya, harganya cuma RM55 sahaja.

Pada waktu yang sama, edisi eceran dalam bentuk paperbacknya juga diterbitkan khusus bagi pasaran golongan berpendapatan rendah.

Apabila edisi jimat siri khalifah ini diterbitkan, jualan edisi kulit keras dan edisi kulit lembutnya yang lebih mahal itu tetap berjalan. Ini berlaku disebabkan kelompok pembelinya tidak serupa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan! Projek Rumah Buku Mencari Hos

Kelab Baca@LRT akan menubuhkan "Rumah Buku" di flat-flat Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beginilah konsepnya:

1. Rumah Buku itu adalah perpustakaan kecil supaya anak-anak penghuni flat itu boleh meminjam buku.

2. Perpustakaan itu akan diletakkan di salah sebuah rumah. Tuan rumah akan menjaga perpustakaan itu.

3. Buku-buku itu dibekalkan secara percuma oleh .(JavaScript must be enabled to view this email address). Hanya buku-buku yang popular sahaja akan dibekalkan, iaitu buku yang laku jualannya di kedai-kedai dan diminati oleh kanak-kanak dan remaja.

4. Tuan rumah dibenarkan mengenakan bayaran perkhidmatan kepada sesiapa yang meminjam buku. Bayaran itu menjadi pendapatan dan saguhati kepada tuan rumah kerana membenarkan rumahnya digunakan sebagai perpustakaan dan sekaligus menguruskan buku-buku itu.

5. Calon tuan rumah yang sesuai adalah suri rumah sepenuh masa yang suka membaca buku dan pandai menggunakan internet.

Bagi tuan dan puan yang berminat, tulis (i) nama penuh, (ii) alamat rumah DBKL, (iii) nombor HP dan (v) alamat emel.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 18, 2010

Tip dari Ain Maisarah: 4 Judul dalam Satu Siri Novel Remaja

Puan Ain Maisarah adalah pengarang novel-novel ciklit dan teenlit Malaysia yang paling berjaya dalam pasaran buku Melayu.

Semenjak novel pertama beliau diterbitkan oleh PTS, nilai jualan novel-novel beliau sudah berjuta-juta ringgit, sehingga dengan menggunakan wang royaltinya beliau mampu membeli sebuah kondominium mewah berharga RM400 ribu.

Baru-baru ini beliau menjalankan survei kajian pasaran novel-novel bersiri. Hasil survei itu mendapati majoriti pembeli novel ciklit dan teenlit mahukan 4 judul sahaja dalam sesuatu siri.

Di Indonesia pula, PTS pernah bertanya berkenaan perkara yang sama kepada penerbit Mizan, iaitu penerbit buku kedua terbesar di negara itu. Pegawai Mizan memberitahu bahawa berdasarkan pengalaman Mizan, jumlah maksimum judul dalam siri ciklit adalah enam.

NOTA: Data jualan PTS menunjukkan novel-novel ramaja yang ditulis bersiri lebih tinggi angka jualannya daripada novel yang stand-alone. Data bayaran royalti PTS menunjukkan penulis novel remaja yang mempunyai siri menerima royalti lebih banyak daripada penulis yang tidak mempunyai siri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kuasa Wang dan Kepentingan Sastera

Dalam majlis Dialog Orang Muda (DOM) di Rumah PENA pada Sabtu 16 November 2010 yang lalu, saya telah berkata (foto), "Saya adalah lambang kuasa duit. Akhirnya kuasa duitlah yang menentukan karya mana yang diterbitkan dan karya mana yang tidak."

Saya juga berkata, "PTS adalah sebuah penerbit kuih tempah. PTS memberitahu penulis-penulisnya buku-buku yang bagaimana yang dimahukan oleh PTS, lalu mereka menuliskan buku-buku itu. Jadi, penulis PTS adalah ibarat semacam kontraktor-supplier. Sebagai contoh, dalam novel-novel PTS tidak boleh ada babak dating-dating, pegang-pegang tangan, I-love-you, I-love-you, walaupun hanya dalam mesej SMS...."

Saya juga berkata, "PTS hanya menerbitkan buku-buku yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Melayu Tinggi. Oleh itu tidak ada perkataan kontot seperti 'tak', 'nak', 'dah', 'ni', 'tu' dan lain-lain. Semua perkataan hendaklah ditulis dengan menggunakan ejaan lengkap.

Nota: Foto ikhsan Cikpuan Zalila Isa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sasterawan Aidil Khalid Menentang Sikap dan Pendirian Ainon Mohd.

Semalam sekali lagi saya menghadiri Dialog Orang Muda di rumah Pena. Kali ini jumlah kehadirannya amat memberangsangkan, cuma sayang sekali, saya hanya sempat menghadiri pusingan pertama sahaja diskusi, kerana pada jam 11 pagi saya sudah terpaksa pergi atas urusan kerja. Entah memang kerana topiknya yang menarik untuk didiskusikan, atau entah promosi yang dilakukan oleh Nazmi Yaakub memang amat berkesan – tapi antara yang turut sama hadir termasuklah Ainon Mohd.

Ainon Mohd bukanlah nama asing dalam arena kesusasteraan tanah air. Beliau yang merupakan pengerusi PTS – antara penerbit terbesar menerbitkan bahan-bahan bacaan berbahasa Melayu – adalah sosok yang lantang memperjuangkan soal-soal budaya terutamanya letak duduk bahasa Melayu. Malahan, beliau antara yang berada di baris hadapan pada tarikh 7 Mac 2009, ketika mana 100,000 rakyat berhimpun menentang PPSMI. Beliau dengan beraninya menggagahi serangan-serangan gas pemedih mata dan tembakan pancuran air kimia, sedangkan sesetengah pengarang arus perdana yang kononnya (dengan penuh tidak jujur) dalam karya-karayanya amat cinta dan kasihkan budayanya, hanya tahu duduk bersilang kaki dan memerhati dari balik tembok rumah yang selesa dan selamat dengan penuh bacul. Atas sebab ini, saya amat-amat menghormati dan mengagumi Ainon Mohd, walaupun dalam banyak hal, terutamanya dalam hal teori-teori sasteranya, saya amat-amat tidak bersetuju dengannya.

Dalam dialog semalam, Ainon Mohd telah diminta oleh moderator untuk memberikan sedikit pandangannya. Waktu itu saya sudah pun beredar untuk ke pejabat, jadi saya hanya mendengar dari cerita dan laporan rakan-rakan sahaja. Kata mereka, Ainon Mohd bercerita mengenai wang. Segala-galanya tentang wang, begitulah kira-kira pandangan Ainon Mohd. Dia melihat dirinya sebagai pengusaha, dan pengarang sebagai kontraktor. Dia menempah jenis-jenis buku yang diingininya, dan pengarang tulis buku mengikut apa yang telah ditempah oleh bos besar mereka. Dengan cara itu, buku-buku yang diterbitkan sudah tentu akan laku, kerana Ainon sebagai bos besar sudah terlebih dahulu membuat kajian pasaran tentang buku jenis apakah yang diingini oleh khalayak pembaca.

Ketika rakan-rakan saya bercerita tentang hal tersebut kepada saya, mereka menggambarkannya dengan cemikkan di muka – bahawa mereka tidak rela sastera diperlakukan sedemikian atas tuntutan komersil. Malah salah seorang turut berkata, bahawa sastera itu adalah seni, dan sifatnya seni itu memang tidak untuk dinikmati oleh siapa-siapa sahaja, melainkan oleh khalayak yang faham seni sahaja.

Secara peribadi, saya melihat pandangan yang dilontarkan oleh Ainon Mohd itu lebih sebagai suatu pernyataan protes. Ainon Mohd bukanlah tokoh sebarangan. Beliau berpuluh tahun terlibat dalam arena kesusasteraan dan sudah tahu benar setiap selok dan beloknya. Beliau bukan tak arif tentang teori-teori kesusasteraan. Malahan beliau telah pun membangunkan teori kesusasteraannya sendiri yang mempunyai ramai pengikut terutamanya dari kalangan penulis generasi baharu. Beliau bukan tidak faham tentang perkaitan antara seni dan sastera. Bacaannya amat meluas bahkan. Justeru analoginya tentang pengarang dan penerbit yang disifatkannya seperti kontraktor itu – walaupun merupakan suatu kenyataan yang amat dungu – bukanlah kerana beliau tidak mengerti tentang aspek estetika, sebaliknya sebagai menempelak segolongan (atau sebahagian besar) sasterawan yang boleh digolongkan sebagai sasterawan totok. Seperti dalam karya-karya sastera adakalanya pengarang membesar-besarkan sesuatu perkara -- hiperbola -- bagi menekankan sesuatu penegasan, begitulah Ainon Mohd memperbesar-besarkan aspek komersilisme bagi menegaskan protesnya terhadap sasterawan totok.

Sasterawan totok adalah golongan sasterawan yang menulis, dan syok sendiri dengan nilai estetikanya (atau pemikirannya). Sasterawan totok adalah golongan sasterawan yang tak memikirkan aspek komersil dan hanya memikirkan keegoan nafsu seninya semata-mata. Sasterawan totok adalah golongan sasterawan yang tak pernah mahu berkompromi dengan keinginan dan kehendak pembaca dan pasaran.

Justeru pernyataan protes Ainon Mohd itu, walaupun pada bentuknya saya tolak, tetapi secara dasarnya perlu diberi perhatian serius oleh para penggiat sastera seluruhnya daripada sekecil-kecil penulis, ke sebesar-besar penerbit. Kita tak mahu lagi pengarang menulis karya-karya yang (kononnya) amat tinggi nilai pemikirannya, tetapi apabila terbit, hanya menjadi timbunan batu bata di koperasi DBP dan tidak masuk pun ke rangkaian kedai-kedai buku utama.

Nota: Saya menulis entri ini berdasarkan sumber dengar-cakap (hearsay), kerana seperti yang telah saya nyatakan, saya beredar awal dari majlis, justeru kalau ada salah petik, mohon dibetulkan.

Sumber: http://aidilkhalid.blogspot.com/2010/10/fahaman-ainonisme.html

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah judul buku yang dijadualkan masuk gudang PTS minggu ini:
JUDUL BARU                                             
1.  Puteri Kemilau Cahaya (10,000 unit)
2.  Puteri Tudung Bermanik (10,000)
3.  Kesatria Ajaib: Kuasa Lobak Kecil (3,000)
4.  Transformasi Fikah Semasa (3,000)
5.  21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris (3,000)

JUDUL ULANG CETAK                                        
1. Khalifah-Khalifah Yang Benar (3,000 unit)
2. Rindu & Air Mata Di Ktzi'ot (2,000 unit)
3. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi (2,000 unit)
4. Mengintai Cinta Khalifah (2,000 unit)                    
5. Melakar Cinta Firdausi (2,000 unit)
6. Young Aisyah: Ponteng Puasa  (2,000 unit)
7. Memasak Sehebat Chef: Rendang (5,000 unit)
8. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa (5,000 unit)
9. Armagedon (5,000)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 17, 2010

Tip Survival Penerbit: Sejauh Mana Manfaat Menjalankan Peraduan-Peraduan PTS

Pada masa ini Unit Internet Marketing PTS sedang menjalankan 2 peraduan:

(i) Peraduan Teka Judul Buku sedang berlangsung.

(ii) Peraduan menulis ulasan buku terbitan PTS juga sedang berlangsung.

Kos menjalankan kedua-dua peraduan itu adalah RM70 ribu. Kos yang paling mahal adalah menyediakan hadiah-hadiahnya.

Menurut Tn. Nazrul Samsudin (foto), timbalan pengurus jabatan marketing PTS dan merangkap ketua unit internet marketing, objektif utama kedua-dua peraduan itu adalah bagi meningkatkan 3 perkara:

(i) Meningkatkan jualan buku-buku PTS secara on-line di BookCafe.

(ii) Meningkatkan trafik web rasmi PTS.

(iii) Meningkatkan jumlah ahli Facebook PTS.

Menurut beliau, data-data menunjukkan kedua-dua objektif itu menunjukkan tanda-tanda pencapaian.

(i) Jumlah jualan BookCafe meningkat purata RM10 ribu setiap bulan (kecuali pada musim cuti hari raya lalu).

(ii) Jumlah trafik ke web rasmi PTS pula meningkat 20%.

(iii) Manakala jumlah ahli Facebook PTS sudah mencecah 25 ribu orang.

NOTA: Klik pada banner bagi mengetahui maklumat peraduan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Risiko dan Peluang Membesar Bersama Penerbit Kecil

Menerbitkan karya dengan penerbit kecil yang baru muncul mempunyai kelebihan dan risikonya.

Sepuluh tahun yang lalu PTS adalah sebuah penerbit kecil. Banyak penulis tidak berminat menerbitkan karya mereka dengan PTS kerana PTS kecil. Namun ada penulis-penulis yang mengambil risiko dengan mimilih PTS, dan kini, 10 tahun kemudian, mereka tidak menyesal.

Antara penulis yang paling awal menerbitkan karya dengan PTS adalah Tuan Dr. Danial Zainal Abidin (foto).

Beberapa kelebihan menerbitkan karya dengan penerbit kecil:

1. Peluang karya diterima adalah lebih besar kerana tiada persaingan sengit dengan penulis-penulis besar.

2. Tempoh menunggu karya terbit adalah lebih singkat kerana jumlah manuskrip tidak banyak.

3. Tiada kerenah birokrasi.

4. Lebih mudah mencipta hubungan peribadi dengan editor kerana tidak banyak penulis yang perlu dilayan.

Apabila memilih penerbit kecil, gunakan senarai semakan di bawah bagi mengurangkan risiko tersalah pilih penerbit:

a. Dapatkan maklumat daripada penulis-penulis lain berkenaan etika bisnes penerbit itu. Sebagai contoh, apakah pemiliknya seorang yang tidak pernah menipu penulisnya. Juga lihat kepada gaya hidupnya, apakah dia seorang yang bergaya mewah.

b. Sebaiknya pilih penerbit yang sudah beroperasi lebih 3 tahun, ataupun pemiliknya sudah lama aktif dalam dunia bisnes.

c. Pilih penerbit yang kakitangannya terdiri daripada lulusan universiti.

d. Baca dahulu contoh dokumen perjanjian penerbitan yang digunakan oleh penerbit itu.

Di mana-mana pun ada risiko. Risiko menerbitkan karya dengan penerbit kecil tetap ada, malah banyak, tetapi bagi mereka yang berani mengambil risiko, ganjarannya berbaloi, sebagaimana yang dialami oleh penulis-penulis yang memilih PTS 10 tahun yang lalu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 15, 2010

Surat: Tip Kejayaan Novel Remaja dari Pengurus AinMaisarah

Assalamualaikum Warahmatullah, Puan Ainon. Semoga Puan diberikan kesihatan dan rezeki yang berkat-berkat olehNya.

Terima kasih kami ucapkan atas penulisan entri ini yang memberikan pencerahan kepada kami.

AinMaisarah telah menulis 15 buah buku, InsyaAllah ada 4 buah buku sedang disunting bakal menemui peminat hujung tahun ini.

Sebagai penulis yang menulis dalam kategori Chiclit dan Teenlit, kami tidak dapat mengelak daripada mengeksploitasi trend. “Fashion Statement” ini adalah salah satu kriteria utama di dalam Chiclit. Tiada cerita Chiclit yang heroinnya tidak mengikut trend semasa.

Namun pengalaman menulis buku selama tiga tahun membantu kami mengenalpasti cara mengelak penggunakan elemen Mood Pasaran dalam penulisan.

Tip 1:
Apabila menulis mengenai brand, pastikan brand yang digunakan telah melangkaui 50 tahun operasi. LV, Guess dan Levi’s telah melangkaui 100 tahun. Jenama baru seperti Mui Mui, atau jenama yang berkaitan selebriti seperti JLO, Paris Hilton atau Baby Phat by Kimora Lee Simmons mestilah dielakkan kerana masih baru dan diragui tidak akan kekal lama dalam industri.

Tip 2:
Apabila menulis mengenai teknologi, lebihkan penerangan kepada kelebihannya, bukan kepada teknologinya. Contoh : Fasya tidak menggunakan internet yang biasa-biasa, sistem internetnya mampu memuatturun 10 filem dalam masa 1 minit sahaja.

Tip 3:
Jika perlu menulis jenama berkaitan teknologi. Di dalam kategori Chiclit, telefon adalah salah satu “Fashion Statement”, jadi elakkan menulis nama model telefon tetapi boleh gunakan jenama telefon seperti NOKIA atau SAMSUNG.

Buku pertama AinMaisarah mempunyai banyak kesalahan-kesalahan “Mood Pasaran” ini. “Trend Pasaran” juga boleh membunuh sekiranya tidak ditangani dengan betul. Kami cuba perbaiki dari masa ke semasa. Namun ia kekal menjadi cabaran buat kami.

Cabaran lain yang dihadapi adalah dialog perbualan. Perbualan watak yang mengikut trend tentulah “cool” di mata pembaca. AinMaisarah terpaksa kreatif mencipta ayat-ayat perbualan lain bagi menggelakkan ia dipandang “skema” atau “baku” oleh para pembaca. Kebanyakan respon mengatakan ayat-ayat perbualan menjadi seperti ayat-ayat di dalam buku teks sekolah.

Sebagai seorang pengurus saya melihat ini satu cabaran yang perlu ditangani. Saya perlu mencipta formula baru bagi memenangi hati para pembaca yang lebih kuat dipengaruhi oleh trend semasa.

Sebagai penulis yang baru dalam perniagaan ini, kami belum cukup kuat untuk mencipta trend sendiri. Namun perjuangan ini belum berakhir.

Pengurus AinMaisarah
Syaizul Amal (foto)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Penulis Senior Bersaing dengan Penulis Baru

Bagi mereka yang mahu menjadi penulis PTS, persaingannya semakin hari semakin sukar. Sementara mereka belum mempunyai nama, mereka harus bersaing dengan penulis-penulis PTS yang sudah terkenal dan mempunyai ribuan peminat.

Mutu karya penulis-penulis senior PTS semakin hari semakin bertambah baik. Salah satu faktornya adalah sikap mereka yang terus belajar ilmu-ilmu baru demi meningkatkan kualiti karya mereka.

Foto di atas menunjukkan peserta kursus penulisan anjuran PTS yang bertajuk "Plot, Story Arc, Twist-and-Turn dan Cliff Hanger".

Dalam foto itu, kelihatan peserta di tepi kanan sekali adalah peserta yang duduk di lantai kerana tidak cukup kerusi.

Dalam kumpulan itu 20% adalah penulis PTS yang karya mereka sudah terbit.

Sebagai contoh, wanita berbaju dan bertudung hitam itu adalah penulis senior PTS. Beliau sudah menerbitkan 7 novel remaja dengan PTS, antaranya novel "Puteri Salsabila".

Nama beliau adalah Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, pensyarah di fakulti kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM), kampus Transkrian, Pulau Pinang.

Setiap kali PTS memperkenalkan tajuk kursus baru, beliau turun ke Kuala Lumpur bagi mengikuti bengkel-bengkel itu.

Seperti Prof. Madya Dr. Umi Kalthum, penulis-penulis senior PTS menerima realiti bahawa mereka sedang disaingi oleh bakat-bakat baru muncul, oleh itu mereka mengambil langkah menambahkan ilmu kepengarangan mereka dengan menghadiri kursus. Faktor inilah yang menyebabkan pintu masuk PTS semakin sukar diterobosi oleh penulis-penulis baru, melainkan mereka selalu datang kursus PTS.

Dalam dunia penerbitan, senioriti tidak menjaminkan setiap buku baru akan laku dalam pasaran. Banyak nama-nama pengarang yang sangat popular pada suatu masa dahulu kini buku mereka tidak laku lagi. Sebaliknya nama-nama baru sudah muncul dan mengambil tempat mereka.

Citarasa pembaca semakin hari semakin bertambah tinggi. Justeru hanya pengarang yang dapat memenuhi citarasa pembaca sahaja yang akan survive.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 14, 2010

Tip Survival Penerbit: Edisi Mahal pun Laku, Edisi Murah pun Laku

Buku Khalifah-Khalifah yang Benar ini dijual pada harga RM55.00 senaskhah.

Ia bukan buku baru. Ia adalah antologi 4 buah novel sejarah khalifah yang sudah terbit sebelumnya.

Pertama kali antologi ini diterbitkan, ia dicetak 5,000 naskhah. Cetakan pertama adalah pada Jun 2010. Saat ini, hanya selepas 3 bulan dipasarkan, ia sudah diulangcetak sebanyak 3,000 naskhah.

Sejak mula-mula diterbitkan, keempat-empat novel itu sudah diterbitkan dalam 3 edisi:

(a) Edisi kulit lembut - harga sederhana,

(b) Edisi antologi kulit keras - harga mahal, dan

(c) Edisi jimat (paperback) - harga murah.

Ketiga-tiga edisi itu laku keras dalam pasaran.

Menurut Tuan Azari Hashim (foto), eksekutif senior di jabatan jualan PTS, buku edisi mahal ini mendapat sambutan panas.

Para pekedai akan memberitahu kepada bakal pembeli bahawa jika mereka membeli 4 buah novel yang sama dalam edisi kulit lembut, harganya lebih RM100. Manakala edisi antologi ini hanya RM55.00.

Menurut beliau lagi, buku ini laku di semua jenis kedai, baik di rangkaian kedai buku elit mahupun di kedai-kedai buku indie di bandar-bandar kecil.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 13, 2010

Siri “Buat Duit” Masih Diteruskan

PTS Professional Sdn Bhd, anak syarikat yang menerbitkan judul-judul bisnes, pengurusan dan pendidikan, masih meneruskan penerbitan buku-buku panduan memulakan bisnes kecil dan sederhana dalam siri "Buat Duit".

Judul yang terbaru terbit adalah Buat Duit dengan Salun, tulisan Mahsuri Ayu. Antara judul yang akan terbit adalah Buat Duit dengan Membaiki Telefon hasil tulisan Tn. Asyraf Hafzan.

Buku-buku dalam kategori ini mempunyai pasaran yang stabil, ertinya jualannya tidak meletup-letup, tetapi dapat dijual sepanjang tahun.

Tuan dan puan yang berminat menulis buku dalam siri ini tidak perlu memiliki bisnes sendiri. Tuan hanya perlu membuat kajian asas bagi mendapatkan maklumat yang betul.

Cara yang mudah adalah dengan menginterviu beberapa orang yang sudah menjalankan sesuatu bisnes itu.

Sebaiknya tuan baca dahulu beberapa buku dalam siri ini bagi mendapatkan gambaran jenis-jenis maklumat yang wajib ada dalam buku tuan itu nanti.

Proposal wajib dihantar bagi mendapatkan kelulusan terlebih dahulu sebelum buku itu ditulis. Ini bagi memastikan buku tuan itu tidak bertindan dengan buku lain yang sudah diluluskan judulnya dan sedang dalam proses penulisan ataupun penerbitan.

Bagi tuan yang berminat, mohon hantarkan proposal buku kepada pengurus PTS Professional, Tn. Muhamad Aizat Abd. Razak (foto), di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) .

Pilih jenis bisnes yang popular, yakni yang banyak terdapat di seluruh negara. Contohnya, bisnes bengkel motorsikal, kedai repair jeans, kedai jam dan lain-lain. Buku jenis ini lebih besar pasarannya.

Sestengah jenis bisnes hanya terdapat di bandar-bandar besar sahaja, contohnya kedai bunga, kedai piza dan lain-lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Jualan Buku Resipi Chef Hanieliza Mengatasi Jualan Novel

Cik Azrina Azmi (foto), adalah eksekutif yang bertanggungjawab membangunkan pasaran dan jualan produk-produk berbahasa Melayu di dalam rangkaian kedai buku POPULAR.

Kedai buku POPULAR dimiliki oleh pelabur Singapura.

Sebelum Cik Azrina dilantik bertugas di syarikat POPULAR, syarikat itu terkenal sebagai kedai buku Cina yang terbaik di negara ini. Beliau memikul tanggungjawab memperkenalkan buku-buku Melayu, dan membawa masuk pembeli buku berbangsa Melayu ke dalam kedai-kedai buku syarikat itu.

Dalam posting Facebook beliau semalam, beliau mencatatkan berita yang menggembirakan, iaitu pada minggu lalu, jumlah jualan buku resipi Chef Hanieliza mengatasi jumlah julan novel popular.

Buku ini hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku POPULAR.

Pada masa ini POPULAR mempunyai 63 buah cawangan di seluruh negara.

POPULAR adalah pelanggan terbesar PTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Apa Kata Albert Einstein Tentang Pengaruh Fairy Tales ke atas Minda Kanak-Kanak

Albert Einstein pernah berpesan: "Kalau tuan mahu anak tuan menjadi pintar, bacakan cerita pari-pari. Jika tuan mahukan anak tuan menjadi lebih pintar, bacakan mereka lebih banyak cerita pari-pari."

(If you want your children to be intelligent, read them fairy tales. If you want them to be more intelligent, read them MORE fairy tales.)

Kata-kata Einstein itu adalah hujah kuat bagi PTS membuka satu lagi Laut Biru baru dalam sektor buku bacaan kanak-kanak.

Dengan keyakinan bahawa cerita pari-pari mempunyai fungsi dan pengaruh penting ke atas pertumbuhan dan perkembangan intelek serta kesihatan psikologi kanak-kanak, PTS kini komited menjadi penerbit cerita pari-pari dalam Bahasa Melayu yang paling aktif.

PTS sudah menjalankan bengkel melatih penulis-penulis yang berminat menghasilkan cerita pari-pari Melayu yang syariah-compliant.

Editor-editor PTS juga sudah dilatih bagaimana menilai manuskrip cerita pari-pari yang bermutu tinggi dan evergreen dalam pasaran.

PTS memerlukan lebih banyak pelukis yang memiliki bakat membuat ilustrasi yang cantik-cantik untuk cerita pari-pari yang akan diterbitkan.

Tidak semua pelukis memiliki bakat melukis untuk ilustrasi buku kanak-kanak. Disebabkan PTS akan menerbitkan banyak buku dalam siri cerita pari-pari, maka jumlah pelukis yang diperlukan juga banyak.

Mohon hantarkan sampel lukisan kepada Puan Nahddatun Nisaak Othman (foto), pengurus PTS ONE Sdn Bhd. di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 12, 2010

Senarai Kedai Buku Indie yang Menjadi Pelanggan Terbesar PTS

Di bawah ini adalah nama syarikat kedai buku indie yang menjadi pelanggan terbesar PTS. Maksud 'kedai buku indie' adalah kedai buku yang dimiliki oleh individu.

Senarai ini disusun mengikut tertib nilai buku yang dibekalkan oleh PTS kepada mereka. Nilai buku dikira berdasarkan harga buku yang tercetak pada kulit buku.

1. Badan Cemerlang Sdn. Bhd.  
2. Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd.
3. Tajrid Enterprise  
4. Hasani Edar Sdn. Bhd.  
5. Erfan Hj. M. A. Ghani  
6. Pustaka Habibi  
7. Pustaka Azhar
8. Galeri Buku Syabab  
9. Pustaka Mukmin (KL) Sdn. Bhd.
10. City Megazone Sdn Bhd  
11. Marwilis Publisher And Distributor Sdn Bhd  
12. Landmark Books Enterprise

Nilai buku yang dibekalkan kepada syarikat yang menduduki tempat pertama adalah lebih RM1 juta setahun, manakala nilai bekalan kepada syarikat pada kedudukan nombor 12 adalah lebih suku juta setahun.

NOTA: Maklumat ini dibekalkan oleh Tn. Zain Aziz (fotto), timbalan pengurus jabatan sales PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 11, 2010

Tip Survival Penerbit: Buku Tidak Dapat Masuk Kotak

Buku "Baju Cantik" ini sudah terbit. Lebih seribu naskhah sudah dipesan oleh kedai-kedai buku, tetapi masih tidak dapat dihantarkan kepada mereka.

Menurut Cik Nurismaliza Ismail, ketua unit buku pendidikan kanak-kanak di PTS Professional Sdn Bhd yang menerbitkan siri Buku Besar (Big Book) ini, sewaktu diadakan sesi perbincangan bagi memutuskan penerbitan buku ini, tiada wakil dari unit gudang yang diajak ikut serta dalam perundingan itu.

Akibatnya, apabila buku ini siap dicetak dan masuk gudang, kru gudang terpinga-pinga. Mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja packing. Puncanya kerana saiz buku ini terlalu besar bagi membolehkan buku itu dimasukkan ke dalam kotak yang ada.

Seorang kru gudang menelefon Cik Nurismaliza, dan berkata, "Cik Ann, adakah Cik Ann mahu kami gulung buku-buku ini?....."

Pihak pengurusan terpaksa menempah kotak khas saiz besar, dan itu mengambil masa.

Pihak kedai sudah marah-marah kerana web PTS memaklumkan buku sudah terbit, pelanggan sudah datang mencarinya di kedai buku, tetapi bayang buku pun belum nampak....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Berikut adalah tajuk buku yang dijangka masuk gudang minggu ini:

JUDUL BARU
1. Sekolah Agama
2. Spanar dan Spatula
3. Babap Boi
4. Planet-Planet Cinta

JUDUL ULANG CETAK
1. Khalifah-Khalifah Yang Benar
2. Dear Yayah 4
3. Mulakan Kerja Dengan Doa
4. Lasykar Pelangi
5. Young Aisyah: Ponteng Puasa

Nota: Maklumat ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >