Tuesday, November 30, 2010

TOP 50 November 2010

Senarai di bawah ini adalah berdasarkan bilangan naskhah yang terjual sepanjang bulan Oktober 2010:

1. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
2. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
3. Cita Rasa Malaysia: Terengganu
4. Cita Rasa Malaysia: Negeri Sembilan
5. Senangnya Memasak Puding & Desert
6. Dear Yayah The Series
7. Senangnya Memasak Ayam
8. Senangnya Memasak Kuih Kukus
9. Senangnya Memasak Nasi
10. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
11. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
12. Senangnya Memasak Ikan
13. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
14. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
15. Akukah Cinderella Itu?
16. Dahsyatnya Doa Ibu
17. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (ed. jimat)
18. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
19. Mendidik Anak Perempuan
20. Senangnya Memasak Makanan Barat
21. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel (ed. jimat)
22. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
23. Seperti Keju & Coklat
24. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
25. Khalid: Memburu Syahid (ed. jimat)
26. Tariq: Penakluk Andalusia (ed. jimat)
27. Puteri Kemilau Cahaya
28. Senangnya Memasak Daging
29. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi (ed. jimat)
30. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur (ed. jimat)
31. Didik Anak Gaya Rasulullah (ed. kulit keras)
32. Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada
33. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
34. Cita Rasa Malaysia: Melaka
35. Ikramah: Penentang Jadi Pembela (ed. jimat)
36. Cita Rasa Malaysia: Pahang
37. O.T.A.I - Tunjuk Bakat
38. Alexander Adalah Zulqarnain
39. Ratib Kekasih Allah
40. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
41. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
42. Spanar Dan Spatula
43. 501 Soal Jawab Darah Wanita
44. Komik-M: Budak Takraw 2
45. Detektif Bertudung Hitam: Penyiasat Masjid
46. 21 Rahsia Fasih Berbahasa Inggeris
47. Ketua Bilik LA 101: Kami Hero!
48. Komik-M: Dear Yayah The Comics 2
49. Komik-M: Semangat Gahsing
50. Komik-M: Aku, Kau & Malaysia

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan sales PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Dituduh Menipu Penulisnya

Saya telah membuka emel saya dan menerima sepucuk surat daripada pembaca blog UNIKA-PTS ini, di mana dalam suratnya itu beliau memaklumkan kepada saya maklumat tidak elok yang beliau dengar berkenaan etika bisnes PTS. Beliau telah meng-copy & paste tulisan seperti di bawah ini:

"Mengenai penerbitan dengan PTS, seorang pensyarah poli (kawan Hubby akak) ada nak terbit buku dengan PTS juga, tapi lepas berurusan - senyap saja, so tak jadi sebab byk masalah. Tup2 tengok buku itu diterbitkan juga tanpa pengetahuan penulis (nama penulis dah tiada) isi 80% sama, cuma diedit sedikit shj...dan royalti tidak dibayar sampai sekarang. Beliau kata nak ambil tindakan.

Pensyarah USM pun ada kata begitu...cuma kes dia, tahu dari orang ramai bahawa bukunya terbit dipasaran, PTS tak inform diapun...tapi rasanya royalti dibayar.

Saya mohon kepada mana-mana penulis PTS yang pernah mengalami perkara seperti dalam petikan di atas, mohon melaporkannya kepada saya, supaya saya ambil tindakan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis dan Stail Kehidupan

Penulis fiksyen remaja memerlukan peminat yang banyak supaya buku-bukunya terjual banyak.

Patutkah penulis fiksyen remaja meniru gaya hidup artis dan bintang filem demi mendapatkan peminat yang banyak dan menjadikan dirinya pujaan mereka?

Mr. Eng owns a row of houses in a high-end residential area, has a yellow Lamborghini and a silver Mercedes-Benz. Baca laporan penuh yang asal di sini.

Mr. Eng (foto) adalah seorang guru tuisyen di Hong Kong. Beliau sangat popular. Pelajar-pelajar tergila-gila mahu belajar dalam kelas tuisyen beliau. Kata-kata nasihatnya didengari oleh pelajar-pelajarnya, itu menyebabkan mereka belajar dan lulus peperiksaan. Hal itu menyebabkan beliau semakin popular, dan semakin banyak pelajar tergila-gila mahu belajar di bawah asuhannya.

Beliau memiliki sebaris rumah di kawasan perumahan mahal, sebuah Lamborghini kuning dan sebuah Mercedes-Benz silver.

Salah satu faktor yang menyebabkan beliau amat popular di kalangan pelajar-pelajarnya adalah disebabkan beliau menampilkan dirinya dengan gaya penuh stail, ala-ala artis dan bintang filem, bukan macam guru-guru tuisyen biasa yang suka memakai pakaian lusuh dan tidak berjenama.

Guru-guru tuisyen menjual perkhidmatan mereka kepada pasaran remaja. Penulis fiksyen remaja pun menjual buku-buku mereka kepada pasaran remaja.

Pasaran remaja adalah pasaran yang sukar dipecahkan, tetapi pasaran ini sangat besar saiznya. Penjual produk remaja perlu memahami psikologi dan kehendak remaja.

Mungkinkah pembaca buku-buku remaja mahukan idola yang dapat mereka gilai?

Mungkinkah remaja Melayu mahukan penulis pujaan mereka seorang yang ada gaya?....

NOTA: Terima kasih kepada Tn. Shen Yee Aun yang memberikan pautan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 29, 2010

Dato A Samad Said Dipilih sebagai Duta sekaligus Mata Anak Panah PTS bagi Menembusi Pasaran Cina

Syarikat Wira Bukit Sdn. Bhd. memiliki semua hak penerbitan karya Sasterawan Negara Dato' A samad Said (foto). Dua bulan lalu Wira Bukit memilih PTS sebagai pemegang lesen penerbitan semua karya beliau untuk pasaran dalam negara.

PTS FORTUNA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang dipilih sebagai penerbit karya-karya beliau. Di bawah persetujuan itu PTS FORTUNA akan membayar royalti daripada hasil jualan buku-buku Dato' A Samad Said kepada Wira Bukit Sdn. Bhd.

Apabila Sasterawan Negara itu memilih label PTS, ia adalah rezeki berganda-ganda kepada PTS:

(i) Nama beliau sudah terkenal dalam pasaran, malah sudah menjadi brand.

(ii) Beliau adalah satu-satunya Sasterawan Negara yang dikenali oleh masyarakat Cina!

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS memberitahu, beliau telah menjalankan kajian pasaran sebelum memilih siapa penulis PTS yang sesuai menjadi mata anak panah bagi menembusi pasaran Cina.

Beliau telah bertanya kepada beberapa orang guru bahasa Cina di sekolah-sekolah Cina, pekerja-pekerja Cina di dalam kedai-kedai buku, dan ibu bapa Cina yang membeli buku-buku PTS untuk anak-anak mereka.

Dalam proses itu Pn. Nor Hazizam mendapati tidak seorang pun informan yang ditanya mengenali nama-nama penulis PTS. Apabila ditanya siapa nama penulis Melayu yang mereka tahu, nama A Samad Said yang timbul.

NOTA: Pada Rabu 1 Disember, wartawan Sin Chew Jit Poh akan menjalankan sesi interviu dengan SN Dato A Samad Said di ibu pejabat PTS. Beliau akan menerangkan mengapa beliau memilih PTS sebagai penerbit karya-karyanya. Interviu ini adalah salah satu aktiviti kempen 'brand awareness' yang dijalankan oleh jabatan marketing PTS. Mesej yang ditujukan kepada ibu bapa dan guru-guru sekolah Cina adalah: "Dato' A Samad Said pun yakin akan kualiti PTS, maka semua orang boleh yakin kepada label PTS!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

JUDUL BARU
1. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh (3000 unit)
2. Indahnya Malam Pengantin (3000 unit)
3. Ultra Qalif - Adiwira Muda Beraksi Lagi (8000 unit)
4. Dunia Didi - Pasukan Kitar Semula (8000 unit)
5. Shootz! Cabaran Seorang Jaguh (8000 unit)

JUDUL ULANG CETAK
1. Penyiasat Ekstrovert: Terowong Rahsia (2000 unit)
2. Penyiasat Ekstrovert: Pedang Yamashita (2000 unit)
3. Panduan Melaksanakan Kem Motivasi (1000 unit)
4. Armagedon 2012 (5000 unit)
5. Komik-M: Budak Takraw 1 (3000 unit)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kusyi Hirdan Memenangi Hadiah Sastera Perdana (ke-19)

Novel kanak-kanak terbitan PTS One Sdn. Bhd. bertajuk Umairah dan Kuda Putih karya Puan Kusyi Hirdan, memenangi Hadiah Sastera Perdana ke-19 bagi kategori novel kanak-kanak.

Hadiah Sastera Perdana adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan Malaysia kepada dunia sastera negara.

Hadiah akan disampaikan besok, 30 Disember 2010, jam 4 petang, oleh Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Yassin, di bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka.

PTS mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Kusyi Hirdan.

NOTA: Chairman PTS, Puan Ainon Mohd. dan Penasihat Bahasa PTS, Prof. Abdullah Hassan akan menghadiri majlis bagi meraikan kemenangan penulis PTS itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 28, 2010

Book Cafe Naik Taraf Menjadi Anak Syarikat

Tuan Arief Rahmat, Pengarah Urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, memberitahu bahawa unit Book Cafe, kedai online PTS, sedang dalam proses dinaikkan tarafnya menjadi syarikat sendirian berhad.

Kerja-kerja pendaftaran anak syarikat PTS Book Cafe Sdn. Bhd. sedang dijalankan oleh jabatan kewangan PTS.

Langkah ini bertujuan membolehkan Book Cafe berkembang dengan lebih tangkas dalam zaman serba internet ini.

Pada saat ini jualan Book Cafe adalah antara RM80 - RM100 ribu sebulan.

Dari sudut pengurusan korporat PTS, Book Cafe berada dalam Unit Internet Marketing yang diketuai oleh Tn. Nazrul Samsuddin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 27, 2010

Tahun 2011 AinMaisarah akan Memperkenalkan Siri Baru Bagi Melebarkan Asas Pasarannya

Dalam Fanpage beliau, Puan Ain Maisarah memaklumkan pada tahun 2011 beliau akan memperkenalkan siri barunya. Kali ini siri itu akan ditargetkan kepada kanak-kanak geek pula.

Beliau akan bekerjasama dengan pelukis Illy Muzliza bagi menghasilkan karya khusus untuk bacaan murid-murid sekolah rendah, bermula sejak tahun 1.

Penghasilan siri ini adalah strategi bisnes AinMaisarah bagi melebarkan lagi jumlah peminat brand itu.

Dengan memperkenalkan siri kanak-kanak itu nanti, brand AinMaisarah dapat menawan peminat-peminat barunya semenjak mereka berusia 6 tahun.

Ini bermakna, dalam fasa membesar dan menjadi remaja awal, kanak-kanak yang membaca AinMaisarah sejak berusia 6 tahun akan berterusan menjadi pembaca karya AinMaisarah yang ditargetkan kepada remaja pula, seperti siri 'Aku Mahu...' dan 'Impiana'.

Dari sudut PTS pula, strategi AinMaisarah itu mempunyai implikasi penting ke atas hayat pasaran (shelf life) buku-buku AinMaisarah yang diterbitkannya.

Apabila kanak-kanak awal-awal lagi sudah mengenali brand AinMaisarah, hal itu dapat menjamin backlist karya AinMaisarah yang ada sekarang akan terus menerima permintaan dari pasaran, dan ini bermakna peluang ulangcetak yang lebih banyak bagi judul-judul lama AinMaisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kisah Benar Ramlee Awang Murshid: 10 Tahun Buku Tidak Laku

Saya petik teks di bawah ini dari blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, di mana beliau menulis kata-kata yang diucapkan oleh Tn. Ramlee Awang Murshid (foto) kepada beliau:

“Darjah tiga, saya masih tidak boleh membaca. Ayah saya menangis apabila saya berjaya memperolehi ijazah.”

“Prof, 10 tahun buku-buku saya tidak laku. Saya melalui zaman merayu dan meminta simpati untuk hasil karya saya diterbitkan. Alaf 21 yang memberi peluang kepada saya. Saya merayu kepada Allah, kemudian saya membayar zakat dan saya percaya janji Allah itu sentiasa benar. Rumah saya di beli hasil royalti. Kereta juga begitu.”

Tn. Ramlee Awang Murshid adalah penulis novel popular lelaki paling berjaya (dan kaya) dalam pasaran saat ini.

Kisah benar beliau itu menjadi bukti bahawa penulis buku Melayu mempunyai peluang hidup selesa daripada pendapatan royalti mereka. Zaman penulis buku Melayu harus hidup 'miskin' sudah berlalu....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 26, 2010

Kedai Buku POPULAR telah Memesan 10 Ribu Naskhah Lagi Buku Chef Hanilieza

Pada bulan Ogos 2010, kedai buku POPULAR telah memesan 10,000 unit buku '1 Hari 1 Resipi' oleh Chef Hanilieza yang dijual pada harga RM39.90 ini. Pada bulan November 2010, sebanyak 10,000 unit lagi dipesan.

Ini bermakna PTS telah menjual 20,000 unit kepada POPULAR dalam tempoh 4 bulan, menjadikan buku ini pemegang rekod buku PTS yang paling laris jualannya.

Buku ini hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku POPULAR sahaja. Ia tidak dijual di mana-mana kedai lain.

Bagi mendapatkan hak eksklusif penjualan buku ini, syarikat POPULAR membeli secara tunai semua 20,000 unit itu dari PTS.

Kejayaan buku-buku resipi oleh Chef Hanilieza di pasaran membuktikan beberapa perkara:

(i) Nama chef yang tidak bertaraf selebriti-TV masih dapat menjual buku resipinya dengan keras sekali. Jumlah jualan semua buku resipi Chef Hanilieza sudah hampir 300,000 unit. Ini menjadikan beliau penulis buku masakan paling ngetop dalam pasaran.

(ii) Mempunyai blog dan fotopages yang amat popular adalah lebih penting daripada kemunculan dalam skrin TV.

(iii) Chef Hanilieza bukan sahaja aktif memperkenalkan resipi-resipi terbarunya dalam internet, beliau juga sangat aktif menjalin hubungan baik dengan peminat-peminatnya dalam internet.

(iv) Resipi-resipi yang diperlukan bagi masakan harian di rumah untuk hidangan keluarga adalah lebih memenuhi keperluan pembeli.

(v) Kemahiran bekerjasama dengan penerbit, khususnya dengan editor, dalam merancang judul dan jadual kerja adalah sangat penting.

(vi) Kemahiran bekerjasama dengan pihak pengurusan kedai buku dalam menjalankan aktiviti promosi di seluruh negara adalah kemahiran yang sangat kritikal.

Banyak yang dapat dipelajari dan dicontohi daripada chef yang dikenali di kalangan staf PTS dengan nama jolokan "Makcik Senduk Merah" ini....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Karya SN Dato A Samad Said akan Terbit dalam “Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara”

PTS Fortuna Sdn. Bhd. akan mula menerbitkan karya-karya SN Dato' A Samad Said pada bulan Disember 2010.

Menurut Tuan Zaki Zainol (foto), editor yang menguruskan penerbitannya, kumpulan pertama karya Sasterawan Negara itu akan diterbitkan dalam "Siri Apresiasi Remaja Sasterawan Negara".

Lima buah karya yang dipilih adalah:

1. Bendera di atas Bukit

2. Rumah Rahsia

3. Yang Berat Sama Dipikul

4. Jangan Ikut Jalan Ini

5. Mengejar Tetamu di Waktu Senja

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 25, 2010

Formula Bagaimana PTS Mengaplikasikan Sunnah Ghanimah bagi Mengagihkan Komisen kepada Semua Stafnya

Sejak awal penubuhunan PTS, selaras dengan dasar perniagaannya yang syariah-compliant, Lembaga Pengarah PTS telah menetapkan dasar bahawa komisen bulanan dibayar kepada SEMUA staf, daripada yang paling tinggi kepada yang paling rendah jawatannya.

Dalam pengurusan gaya Islami, ayat Quran yang bermaksud: "Kamu mendapat apa-apa yang kamu usahakan." menjadi dasar mengapa SEMUA staf PTS layak menerima komisen hasil daripada jualan buku-buku yang diterbitkannya, kerana setiap orang staf PTS menyumbang usaha kepada penghasilan dan jualan buku-buku itu.

Formula pembahagian kuantum komisen itu dicontohkan kepada formula yang digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau membahagi-bahagikan harta rampasan perang, atau ghanimah. Pasukan tentera berkuda menerima porsi yang paling besar, diikuti oleh pasukan pemanah dan infantri, dan diikuti oleh kor sokongan (dalam tentera modern, kor perubatan, kor kejuruteraan, kor komunikasi dll.)

Puan Nur Hasnah Ibrahim (foto) adalah Pengurus Jabatan Kewangan PTS. Beliau menerangkan bagaimana komisen dikongsi oleh semua staf PTS.

Pada setiap setiap hujung bulan, jabatan kewangan PTS mengira jumlah hutang yang dapat dikutip daripada semua pengedar, agen dan kedai buku. Tugas mengutip hutang dijalankan oleh eksekutif-eksekutif kawalan kredit.

Daripada jumlah hutang yang yang berjaya dikutip itu, 4.5% diambil sebagai komisen yang akan diagih-agihkan kepada semua staf.

Berikut adalah formula yang digunakan:

(i) Daripada jumlah 4.5% itu, 50% diagih-agihkan sama rata di kalangan "tentera berkuda PTS". Mereka adalah para eksekutif jualan dan eksekutif kawalan kredit. Jadi, Tuan Pengurus jabatan sales menerima komisen sama banyak dengan salesman.

(ii) Jumlah 30% diagih-agihkan sama rata di kalangan "pasukan pemanah dan tentera berjalan kaki PTS". Mereka adalah staf di (a) jabatan editorial, (b) jabatan marketing dan (c) jabatan gudang dan logistik. Jadi, Tuan Pengurus Besar jabatan editorial menerima komisen sama banyak dengan drebar lori PTS.

(iii) Jumlah 20% diagih-agihkan sama rata di kalangan "kor sokongan PTS" yang terdiri daripada staf (a) jabatan pentadbiran dan sumber manusia, (b) jabatan kewangan dan (c) staf peringkat perkeranian di semua jabatan. Jadi, Tuan pengurus jabatan kewangan menerima komisen sama banyak dengan kerani kewangan.

Komisen staf dibayar pada setiap 15 haribulan. Dari satu sudut staf PTS menerima 'gaji' 2 kali sebulan.

Selain gaji, komisen, dan elaun, staf PTS juga layak menerima 2 jenis bonus:

(i) Bonus tahunan: Bonus ini dibayar setahun sekali, yakni bergantung kepada prestasi keuntungan syarikat. Bonus tahunan ini dibahagi-bahagikan kepada semua staf selaras dengan gaji bulanan mereka.

(ii) Bonus prestasi suku-tahunan: Bonus ini dibayar 4 kali setahun, yakni 3 bulan sekali. Bonus ini hanya dibayar apabila prestasi setiap unit mencapai KPInya.

NOTA: Bagi staf yang berkarya dan menerbitkan karya mereka di PTS, mereka juga layak menerima royalti serupa dengan penulis bukan staf PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Iklan 3 USP PTS Menaikkan Jualan Komik-M

Foto di atas dikirimkan oleh Cikpuan Azzah Abd. Rahman, pemilik kiosk buku BACHA dalam supermarket ECONSAVE di bandar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Beliau memberitahu, jualan Komik-M di dalam kiosk BACHA naik dengan ketara sekali apabila beliau meletakkan iklan yang menerangkan USP (unique selling point) Komik-M:

(i) Komik-M adalah syariah-compliant dari sudut (a) ceritanya, dan (b) lukisannya.

(ii) Komik-M hanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi.

Dua USP itu membolehkan Komik-M menerima kepercayaan dari ibu bapa dan guru-guru.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 24, 2010

Tip Survival Penerbit: USP Ilustrasi Buku Kanak-Kanak dan Remaja

Industri penerbitan buku kanak-kanak sangat bergantung kepada bakat para pelukis ilustrasi kerana ilustrasi yang bermutu tinggi penting bagi melariskan buku, sehingga pelukis yang baik menjadi rebutan kalangan editor buku kanak-kanak.

Bagi menerbitkan dan menjual buku kepada kanak-kanak dan remaja, cerita yang sedap tidak cukup. Ilustrasi buku itu mestilah cukup baik bagi memikat hati mereka.

Ada penerbit yang sanggup menawarkan hak memegang harta intelek kepada pelukis-pelukisnya di mana dengan demikian pelukis dapat menikmati sistem bayaran royalti sebagaimana yang dinikmati oleh penulis.

Malah ada penulis buku kanak-kanak yang sanggup menawarkan hak pembahagian royalti yang sangat tinggi kepada pelukis buku-buku karangannya.

USP adalah singkatan bagi istilah 'unique selling point'. Faktor USP adalah sangat penting dalam isu hayat pasaran dan populariti sesebuah karya. Penulis-penulis yang berjaya dalam pasaran mempunyai USP mereka masing-masing.

Para pelukis ilustrasi juga penting mencipta USP masing-masing. Inilah yang perlu mula dilakukan oleh para pelukis ilustrasi. Sebelum mula melukis, fikirkan apa USP yang mahu ditampilkan pada lukisan itu nanti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Belajar dari AinMaisarah Tentang Proses Memilih Co-Author

Puan Ain Maisarah kini sedang melaksanakan strategi menghasilkan lebih banyak produk bagi jadual penerbitan tahun 2011 dan 2012. Beliau sedang dalam proses mencari dan memilih co-author bagi produk-produk baru beliau.

Dalam Facebooknya, Puan Ain Maisarah ada menulis posting begini:

"Pagi ini memeriksa permohonan 'co-author' AinMaisarah. Ada 26 calon yang memohon. Cuba mencari penulisan gaya bahasa AinMaisarah, tidak banyak kesilapan tatabahasa dan punya kreativiti mengembangkan plot. Lima calon terakhir yang dipilih akan dipanggil untuk bertemu bagi melihat kesesuaian personaliti pula."

AinMaisarah menggunakan 3 kriteria bagi memilih co-author, yakni:

(i) Mempunyai gaya bahasa yang mirip gaya bahasa pada novel-novel AinMaisarah.

(ii) Menguasai tatabahasa yang baik.

(iii) Mempunyai bakat kreativiti mengembangkan plot.

(iv) Mempunyai kesesuaian personaliti.

NOTA: Barangkali kita boleh bertanya kepada Tuan Pengurus AinMaisarah ciri-ciri personaliti yang dicari supaya dapat dicontohi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 23, 2010

Mulai 2011 Buku-Buku PTS akan Dipasarkan Melalui Saluran Bukan Kedai Buku

Tuan Arief Rahmad (foto) Pengarah Urusan kumpulan syarikat-syarikat PTS, mulai Januari 2011 PTS akan memulakan kerja-kerja meluaskan lagi jaringan pemasaran buku-buku PTS dengan memasuki sektor outlet bukan kedai buku.

Outlet bukan kedai buku yang ditargetkan adalah seperti:

1. Rangkaian kedai-kedai 7-Eleven

2. Syarikat rangkaian stesen minyak

3. Rangkaian koperasi Felda

4. Rangkaian kedai Pernama dan lain-lain.

Bagi tujuan itu sebuah anak syarikat, PTS EDAR Sdn. Bhd. akan dibuka yang dikhususkan bagi meneroka sektor baru ini.

Personel penting bagi misi ini sudah dikenalpasti dan beliau akan memulakan tugasnya pada bulan Desember 2010.

Apabila sektor ini mula dapat dibuka nanti, akan ada peluang beberapa jawatan kosong sebagai eksekutif jualan dan khidmat pelanggan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Unsur Futuristik dalam Hikayat-Hikayat Melayu

Prof. Madya Dr. Hassan Hayastani (Universiti Malaya) adalah satu-satunya cendekiawan Melayu dalam bidang future studies.

Dalam posting Facebooknya beliau menganjurkan Tri Hikayat yang perlu dibaca: (1) Hikayat Malim Deman (2) Hikayat Gul Bakawali (3) Hikayat Carang Kulina.

Seterusnya beliau menulis:

"Lalu apakah percakapan Penglipur Lara yang diterbitkan dalam Hikayat Malim Deman berkenaan dirinya berkahwin dengan Putri Bongsu yang datang dari ‘kayangan’ yang diwaktu itu kita mentafsirkannya sebagai dongeng atau kisah purbawara; tetapi sekiranya para cendekiawan dan saintis Melayu dapat memindahkan persepsi ke prediksi dengan mengambil hujah-hujah karya sastera tersebut dengan teliti dan melalui proses kajian, pemerhatian, penelitian serta ‘forecast’ barangkali Malaysia telah pun seawal mungkin dapat mencipta roket-roket dan menguruskan angkasalepas.

Hal yang sama seandainya sarjana dan cerdik pandai Melayu dapat menguruskan potensi-potensi ilmu yang ada dengan menangani perbincangan secara lengkap dalam ceritera peminangan Putri Gunung Ledang dalam teks agung Sejarah Melayu, permintaan disediakan 7 dulang hati kuman dan 7 dulang hati nyamuk, barangkali krisis wabak denggi, H1N1 dan lain-lain telah dapat diselesaikan dan menempatkan sains perubatan Malaysia sebagai terbaik. Malah mungkin menunjukkan prediksi yang sama terhadap reformasi kepolitikan dari auktorasi dengan nyamuk dan kuman sebagai lambang korupsi, kronisme dan pecah manah kepada sebuah amalan demokrasi partisipasi.

Ini sama bila matinya pengarang Iris Murdoch pada tahun 1999 maka para saintis neuro kognitif mula memberi perhatian terhadap novel beliau Jackson Dilemma. Dari penelitian demi penelitian akhirnya saintis-saintis neuro ini menemukan apa yang disebut wabak Alzheimer yang menunjukkan bagaimana persepsi Iris Murdoch akahirnya membuktikan prediksi masadepan tertanam di masalepas dan berkeliaran di masakini. Pilihan, strategi menguruskan potensi maka akan menemukannya, inilah yang disebut sebuah projek Future Studies." (Hassan Hayastani, 2010)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 22, 2010

Tip Survival Penulis: Ciri-Ciri Novel Fantasi Yang Tidak Laku

PTS sudah menerbitkan 20 judul novel fantasi. Namun sangat sedikit yang diulangcetak.

Novel 'Pahlawan Adamus' adalah salah sebuah yang diulangcetak. Feedback dari pembaca mengatakan mereka puas hati membaca novel tebal ini disebabkan daya imaginasi pengarangnya yang tinggi.

Dengan menganalisis novel-novel fantasi yang tersadai di dalam gudang PTS, didapati  ciri-ciri novel fantasi yang tidak laku dalam pasaran adalah seperti di bawah:

(i) Nipis.

Ukuran 'nipis' adalah kurang daripada 350 halaman.  Cerita yang baik, gaya bahasa yang indah, dan imaginasi yang tinggi sekalipun, apabila bukunya nipis, orang tidak teringin mengambilnya dari rak buku di dalam kedai buku.

Komplen yang popular diterima dari pembeli buku adalah 'tidak puas dibaca'.

(ii) Ceritanya tidak mempunyai kaitan dengan unsur-unsur sejarah alam Melayu ataupun Nusantara, yakni tidak mempunyai unsur historisiti.

(iii) Judul yang pelik.

Maksud judul yang 'pelik' adalah perkataan judul yang bukan perkataan Melayu, dan juga bukan perkataan yang ada dalam kamus mana-mana bahasa, yakni perkataan yang direka-reka sehingga pembaca tidak dapat mengagak apa maknanya. Dari sudut pandang teori interteks, judul itu tiada mempunyai unsur interteks sama sekali.

(iv) Judulnya perkataan Melayu yang 'pelik'.

Judulnya menggunakan perkataan Melayu tetapi perkataan itu tidak biasa digunakan dalam kehidupan sehari-harian, sehingga pembaca Melayu pun tidak tahu apa makna perkataan itu.

(v) Nama-nama watak yang 'pelik'.

Nama yang 'pelik' adalah nama-nama watak yang tidak dapat dikaitkan dengan perkataan Melayu, oleh itu tidak dapat diketahui maknanya ataupun kaumnya. Nama yang pelik itu direka-reka dengan tidak menggunakan teori makna, oleh itu pembaca tidak dapat menggambarkan ciri-ciri personaliti watak-watak itu.

(vi) Nama tempat yang 'pelik', yang tiada kaitan dengan perkataan Melayu dan alam Melayu-Nusantara.

Novel fantasi yang laku dalam pasaran adalah novel-novel yang kuat unsur-unsur interteks sejarahnya. Ini bermakna penulis fiksyen fantasi mestilah mempunyai pengetahuan yang luas tentang sejarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 21, 2010

Tip Survival Penerbit Fiksyen: Laut Biru Novel Fantasi

Dalam bisnes penerbitan buku fiksyen, semua kategori fiksyen mempunyai peminatnya sendiri. Jadi, secara teorinya semua jenis fiksyen dapat dijual kepada peminatnya.

Namun, buku adalah produk konsumer. Jadi, sebagaimana produk-produk konsumer lain, bukan semua produk laku dijual.

Ambil sebagai contoh kes kategori fiksyen fantasi. Kategori ini adalah Laut Biru yang mempunyai potensi baik. Sebagai buktinya adalah kejayaan luar biasa novel-novel Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam pasaran.

Kelab peminat beliau (RMFC) mempunyai lebih 7 ribu fans. Klik di sini. Jumlah peminat setia beliau adalah jauh lebih besar kerana bukan semua peminat beliau mempunyai akses internet. Di kalangan mereka yang mempunyai internet pula, bukan semua menjadi ahli kelab RMFC.

Ini menjadikan Ramlee Awang Murshid lelaki penulis fiksyen paling ngetop saat ini. Tiap-tiap tahun nilai jualan novel-novel beliau mencecah jutaan ringgit.

Dalam bidang seni, seseorang itu meminati 'genre'. Ertinya, mereka akan membeli dan membaca produk-produk dalam genre yang sama.

Peminat Ramlee Awang Murshid adalah lombong duit yang besar.  Peminat RAM berpotensi meminati novel-novel fantasi hasil karya penulis lain.

RAM telah berjaya membuka Laut Biru pasaran fantasi Melayu dengan sangat berkesan. Jasa dan sumbangan beliau sangat besar.

Bak kata pepatah, Ramlee Awang Murshid telah membukakan hutan, kini penulis-penulis lain dapatlah berkebun. Isunya sekarang adalah bagaimana mahu menjual novel-novel fantasi kepada peminat-peminat RAM.

Novel-novel RAM yang paling laris mempunyai ciri-cirinya. Ini bermakna, ciri-ciri itulah yang diminati oleh peminat-peminat beliau.

Bagi penulis fiksyen yang mahu menjual karyanya kepada peminat RAM, langkah pertama adalah membaca dan membedah novel-novel terlaris RAM.

PTS berminat meneroka potensi pasaran genre fantasi Melayu dengan efektif. Tetapi PTS tidak boleh menawarkan produk-produk yang amat serupa dengan karya-karya RAM. PTS mesti menawarkan genre yang sama tetapi dengan USPnya (unique selling point) sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 5.12.10: Kursus Menulis Buku Menggunakan KJ Method

KJ Method adalah strategi kerja yang membolehkan seseorang penulis itu menulis banyak buku serentak.

Tarikh: Ahad 5 Disember 2010

Tempat: Sekolah Al Ikhlas

Waktu: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Yuran: Gratis

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Ke Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(51) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Judul Ulang Cetak

1. Membina Keluarga Bahagia (2000 unit)
2. Teori Amalan Dan Kaunseling (1000 unit)
3. O.T.A.I - Tunjuk Bakat (3000 unit)
4. Penyiasat Ekstrovert: UFO (2000)
5. Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada (3000 unit)
6. Menjadi Jutawan MLM - edisi jimat (2000 unit)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 20, 2010

Surat: Isu Penulisan dan Penerbitan Novel Remaja

Assalamualaikum Puan Ainon, semoga Puan sihat dan dilimpahi rezeki yang berkat-berkat. Doa saya juga agar perniagaan Puan terus berkembang maju setiap tahun.

Saya sangat setuju dengan statement "remaja tidak loyal" dan "remaja sukakan pembaharuan". Antara faktor utama mereka tidak "loyal" adalah kerana pengaruh rakan. Mereka menentukan apa yang "cool" untuk mereka, mereka juga menentukan apa yang baik.

Oleh itu memenangi hati sekelompok remaja adalah lebih baik daripada cuba memenangi hati individu. Aktiviti pemasaran untuk dua kaedah ini amat berbeza.

Untuk mengatasi masalah "remaja yang mahukan pembaharuan" pula, penulis dan penerbit mesti berganding bahu mencuba yang baru.

Perniagaan dan produk mesti lebih fleksibel. Contohnya, kulit buku perlu ditukar.

Mengikut kajian kami, trend kulit buku 3 tahun lepas sudah kurang sambutan. Kos desain buku mungkin mencecah RM300-RM400, tetapi jika ianya dapat menaikkan 20% sales. Ini tentunya sesuatu yang perlu diambilkira.

Penulis perlu sentiasa up to date dengan trend, penerbit pun begitu juga, namun operasi syarikat adalah lebih penting, adakah sistem operasi syarikat atau SOP, fleksibel memenuhi kehendak remaja yang sentiasa mahukan perubahan. Wasalam.

Pengurus AinMaisarah

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 12.12.10: Kursus Bahasa Persuasif

Bahasa persuasif adalah salah satu faktor mengapa orang suka membaca apa yang kita tulis, oleh itu mereka lebih mudah dapat dipengaruhi. Buku-buku non-fiksyen yang ditulis menggunakan bahasa persuasif lebih laku dalam pasaran.

Tarikh: Ahad 12 Disember 2010

Tempat: Sekolah Al Ikhlas

Waktu: 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Yuran: Gratis

Mendaftar di sini. Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

(Ke Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata, Hulu Kelang, KL. Pergi ke GIANT Tmn. Permata. Cari 7-Eleven. Sederet dengan 7-Eleven ada Klinik Gigi NOORIAH. Sekolah al-Ikhlas berada di atas klinik gigi itu. Naik ke tingkat 2.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(51) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 19, 2010

PTS Mula Menerbitkan Buku Pop-Up

Kanak-kanak dan remaja perempuan sangat meminati buku-buku pop-up. Malah perempuan dewasa pun tetap menyukai buku-buku pop-up.

PTS memang sudah menerbitkan buku pop-up yang simpel-simpel bagi memenuhi kehendak pembaca. Terbukti buku-buku pop-up PTS itu diterima baik oleh pasaran.

Namun, PTS belum dapat menerbitkan buku-buku pop-up yang lebih kompleks dan lebih cantik. Ini kerana di Malaysia belum ada syarikat percetakan yang mempunyai mesin dan kepakaran tinggi mencetak buku pop-up.

Negara yang paling dekat yang mempunyai banyak pengalaman mencetak buku pop-up adalah Thailand dan Indonesia. PTS sedang dalam perancangan bagi melawat pencetak buku pop-up di Indonesia bagi mendapatkan gambaran sebenar bagaimana buku pop-up yang kompleks itu dicetak.

Antara maklumat teknikal yang diperlukan adalah:

(i) Perlukah seluruh buku dicetak sempurna di Indonesia.

(ii) Bolehkah bahagian buku yang mengandungi elemen pop-up itu sahaja yang dicetak di Indonesia, kemudian disusun menjadi buku final di Malaysia.

Harga buku-buku pop-up memang lebih mahal, tetapi pendapatan keluarga menengah Melayu sudah cukup tinggi bagi membolehkan buku-buku pop-up dijual kepada mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku ‘Indahnya Malam Pengantin’ dari Perspektif Perempuan

Buku 'Indahnya Malam Pengantin' ini mempunyai 3 keistimewaan:

(i) Pengarang buku ini adalah seorang perempuan!

(ii) Semua tip dan panduan dalam buku ini disandarkan kepada nas Quran dan hadis.

(iii) Dalil-dalil yang dikemukakan dalam buku ini adalah dalil naqli dan akli.

Lazimnya, topik malam pertama didiskusikan oleh penulis-penulis lelaki. Kerana hal yang demikian, topik-topik yang diberatkan oleh pengarang lelaki cenderung topik yang seputar isu-isu kelelakian.

Disebabkan pengarang buku ini perempuan, justeru sudut pandang buku ini berat kepada perspektif perempuan, namun tanpa melupakan topik-topik yang penting bagi diketahui oleh lelaki juga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 18, 2010

Apabila Tiba Musim Krismas: Buku Melayu Bersaing dengan Buku Kristian dan Toys

Foto di atas dirakamkan pada jam 5 petang di dalam gudang PTS, 3 hari sebelum Hari Raya Aidil Adha. Ia menunjukkan sebahagian daripada stok buku-buku PTS yang dipesan oleh kedai-kedai buku seluruh negara dan menunggu proses packing. Kru gudang PTS telah diarahkan menjalankan kerja-kerja packing sebagai overtime pada malam itu.

Jumlah stok yang dipesan oleh kedai-kedai buku melambung disebabkan faktor musim cuti sekolah hujung tahun. Sepanjang cuti sekolah, jumlah pengunjung yang masuk ke dalam kedai-kedai buku akan meningkat dengan sangat ketara. Oleh itu jualan buku-buku juga meningkat. Jualan buku kanak-kanak dan remaja juga meningkat dengan banyaknya.

Hujung tahun adalah juga musim festival, festival paling besar waktu itu adalah hari Krismas.

Adat memberi hadiah Krismas yang diamalkan oleh komuniti Kristian menyebabkan semua perniagaan berkempen supaya produk mereka dipilih sebagai hadiah Krismas.

Pada musim Krismas, 2 produk yang sangat laku adalah buku-buku Kristian dan mainan kanak-kanak (toys). Permintaan untuk 2 produk itu melambung kerana ibu bapa yang beragama Kristian perlu membelikan hadiah untuk anak-anak mereka.

Faktor itu mendorong sesetengah kedai buku yang mempunyai banyak pelanggan tetapnya yang beragama Kristian mengambil kesempatan mempromosi buku-buku Kristian dan toys lama sebelum Hari Krismas menjelang. Apabila ini berlaku, di sesetengah kedai buku, beberapa rak buku Melayu dikosongkan bagi mempamerkan buku-buku Kristian dan toys.

Bagi penerbit buku-buku Melayu, strategi bagi mengatasi saingan daripada buku-buku Kristian dan toys adalah dengan menerbitkan buku kanak-kanak dan remaja yang laku keras.

KPI (key performance index) pengurusan kedai buku adalah jumlah duit yang masuk ke dalam akaun bank mereka. Kedai buku survive dengan menjual buku. Apabila buku-buku Melayu dapat dijual dengan lebih banyak daripada buku-buku Kristian dan toys, kedai buku lebih suka menjual buku-buku Melayu.

Justeru, penerbit-penerbit buku Melayu mesti menerbitkan buku-buku yang sangat laku!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku Pengurusan Melayu Mengambil Alih Rak Buku Management di dalam Cawangan Kedai Buku Elitis

Foto ini diambil di dalam sebuah kedai buku elit. Rak di tengah-tengah itu adalah rak "Pengurusan Perniagaan".

Rak di kanan sekali adalah rak "Management". Dahulu rak management itu mempamerkan buku-buku management dalam bahasa Inggeris. Terbaru, semua buku Inggeris yang dipamerkan di rak itu telah digantikan dengan buku-buku pengurusan dalam Bahasa Melayu.

Apakah yang mendorong pengurusan kedai itu meletakkan buku-buku Melayu di rak buku-buku Inggeris? Tidak ada alasan lain melainkan isu jualan.

KPI kedai buku adalah jumlah RM hasil daripada jualan buku. Apabila buku-buku Melayu menghasilkan lebih banyak RM, maka lebih banyak rak akan diberikan kepada buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 17, 2010

Anak-Anak Kelas Menengah Melayu dan Pasaran Buku Sastera Remaja Melayu

Namanya Raja Fara binti Raja Abd. Jalil (foto). Beliau adalah peminat AinMaisarah.

Raja Fara adalah contoh tipikal anak-anak keluarga kelas menengah Melayu, yang dibesarkan di dalam rumah di mana bahasa seharian mereka adalah bahasa Inggeris, dan mereka digalakkan membaca buku-buku cerita dalam bahasa Inggeris supaya penguasaan bahasa Inggerisnya bertambah baik.

Sehingga 7 tahun yang lalu, anak-anak kelas menengah Melayu tidak membaca sastera remaja dalam bahasa Melayu. Antara faktor yang menyebabkan fenomena itu adalah:

(i) Kedai-kedai buku elit seperti KINOKUNIYA, POPULAR dan MPH tidak menjual buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu, sedangkan golongan kelas menengah Melayu hanya pergi ke kedai-kedai itu bagi mendapatkan bahan bacaan mereka.

(ii) Buku-buku sastera remaja dalam Bahasa Melayu ada diterbitkan oleh penerbit seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), tetapi buku-buku itu tidak menepati citarasa anak-anak kelas menengah Melayu yang sudah biasa dengan kualiti buku Inggeris.

Pasaran kelas menengah Melayu adalah pasaran yang amat menguntungkan bagi penerbit buku kerana, (a) mereka mempunyai banyak wang lebihan, dan (b) mereka sangat mementingkan nilai pendidikan untuk anak-anak.

Bermula 7 tahun yang lalu PTS menerbitkan buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja dalam bahasa Melayu yang memenuhi citarasa anak-anak kelas menengah Melayu.

Dalam postingnya di fanpage AinMaisarah, Raja Fara menulis:

"Kak Ain, saya ada koleksi semua buku bersiri seperti Aku Mahu..., Dear Yayah..., Sarah Dan ..., Nydia, Terendak & Bintang..., Melah Melia... dan Rayyan vs Naznin, dan buku-buku yang lain juga.

Bilangan buku-buku PTS yang saya miliki kini melebihi 150 buah buku (kebanyakannya terbitan PTS One dan PTS Islamika tetapi ada juga terbitan PTS Professional dan PTS Litera).

Tetapi, sesetengah buku yang saya minati seperti Nydia, Terendak & Bintang tidak dijual di Kedai Buku Harris (Popular), Tebrau City, J.B. Jadi saya terpaksa mencarinya di lain-lain kedai buku. Buku-buku baru PTS juga lambat sampai di kedai itu. Kalau semua buku bersiri terbitan PTS ada dijual di rangkaian kedai buku Popular maka lebih bagus, mudahlah saya dan kawan-kawan mendapatkannya.

Kawan-kawan saya pula ramai yang membaca buku PTS tetapi tidak dapat memberikan maklum balas mereka kerana ada yang tidak mempunyai akses kepada internet."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit Sastera Remaja: “Berbeza ataupun Berkubur”

Sektor sastera remaja sudah berada di ambang Laut Merah. Setiap bulan sekitar 20 judul baru diterbitkan dan ditawarkan kepada kedai-kedai buku supaya dipamerkan di rak kedainya.

Sesuatu pasaran itu dikatakan 'laut merah' apabila dalam sektor itu sudah ada 'budak-budak besar'nya (Big Boys). Ini bermakna jika ada pemain baru mahu masuk ke dalam sektor itu, dia perlu bersaing dengan budak-budak besar itu.

Disebabkan pembeli sastera remaja membeli buku menggunakan wang saku sekolah, ataupun peruntukan khas yang diminta dari ibu bapa, mereka tidak dapat membeli lebih daripada 2 ataupun 3 judul sebulan.

Dalam teori familiariti, apabila pembeli disogokkan dengan banyak dan pelbagai pilihan, mereka akan berasa khuatir terbeli produk yang salah, yakni tidak berkualiti. Bagi mengelakkan risiko tersalah pilih, pembeli terdorong memilih produk yang mereka sudah biasa (familiar). Produk itu adalah produk keluaran big-boys.

Ini tidak bermakna pemain baru tidak berpeluang masuk padang di mana sudah ada nama-nama besar bermain di dalamnya. Ini bermakna pemain baru tidak boleh menawarkan produk yang serupa dengan produk big-boys itu.

Pemain baru mesti menawarkan produk yang 'berbeza'. Pemain baru tiada mempunyai pilihan lain. Teori familiariti mengatakan jika pemain-pemain baru menawarkan produk yang serupa dengan produk big-boys, nasib produk itu akan 'berkubur'.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 16, 2010

Hakim Mahkamah Rayuan Membaca Sastera Melayu

Seorang rakan Facebook yang bernama Azizah Aling (foto kanan) kini bertugas di Mahkamah Rayuan Putrajaya. Sebelumnya, beliau pernah berkhidmat sebagai majistret di Perak.

Beliau bercerita bahawa salah seorang hakim Mahkamah Rayuan adalah peminat novel-novel terbitan PTS. Antara novel yang beliau sangat puas hati membacanya adalah novel Bara Cinta Canberra, karya Ilham Hamdani.

Sasterawan Ilham Hamdani adalah pemenang Anugerah Sastera Perdana (2008) bagi kategori antologi cerpen. Karya beliau yang menang itu adalah Mekar Sakura di Mimbar Cinta, terbitan PTS. Beliau kini bertugas di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra, Australia.

Dalam salah satu posting FBnya, Cik Azizah Aling Menulis:

"Siapa bilang sastera itu hanya bisa dinikmati golongan tertentu sahaja? Orang-orang atasan saya yang berada nun di puncak awan juga menggilai sastera melayu yang lembut susun bicaranya. Ada kisah istimewa di sebalik buku ini. Tahniah untuk penulis dan selamat menulis... beribu-ribu kalimat yang baik lagi dan lagi. Tahniah untuk penerbitnya juga. Barakallahu fikum ajma'een."

Cik Azizah Aling sendiri adalah peminat sastera Melayu.

Bahawa sastera Melayu dibaca dan dinikmati oleh anggota kelas menengah Melayu yang berpendidikan Barat membuktikan bahawa pasaran konsumer bagi buku-buku sastera Melayu itu ada dan dapat diterokai dengan menggunakan strategi bisnes yang dirangka dengan teliti supaya efektif.

Memasarkan dan menjual buku-buku sastera secara komersial melalui kedai-kedai buku adalah serupa sahaja sebagaimana memasarkan dan menjual buku-buku tradebook lain.

Di mata pengurusan kedai-kedai buku, buku adalah buku. Buku perlu dipakejkan dengan betul dan cantik. Isi kandungannya mestilah memenuhi kehendak pembeli dan pembaca buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

AinMaisarah Mencari Co-author

Dalam Facebooknya, Puan Ain Maisarah memberitahu bahawa beliau sedang mencari penulis novel sepenuh masa.

1. Gaji bulanan disediakan.

2. Royalti buku dikongsi bersama.

3. Jalan cerita disediakan.

4. Kerja bermula 9am hingga 5pm (Isnin - Jumaat) di rumah.

5. Tempoh percubaan 1 bulan.

Kepada yang berminat sila emel kepada Tuan Pengurus AinMaisarah di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) dengan subjek emel: "Kerjasama Buku Bersiri AinMaisarah"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 15, 2010

PTS Mencari Ratu Novel Kanak-Kanak

PTS sudah mempunyai ratu sastera remaja. Ratu novel remaja yang paling ngetop adalah Puan Ain Maisarah, diikuti oleh Farihah Iskandar, Aizam Aiman dan lain-lain.

Dalam kategori sastera kanak-kanak, PTS mempunyai banyak penulis, namun belum ada yang muncul sebagai 'ratu'. Oleh itu pasaran novel kanak-kanak masih merupakan Laut Biru bagi penulis yang mahu menjadi ratu ataupun raja dalam sektor ini.

Antara faktor yang membolehkan seseorang itu menjadi ratu adalah:

(i) Jumlah karyanya yang banyak.

(ii) Jumlah jualan setiap judulnya yang banyak.

(iii) Jumlah ulangcetak yang banyak.

(iv) Jumlah peminatnya yang banyak.

(v) Karya-karya yang evergreen.

Seseorang itu menjadi 'ratu' apabila namanya sangat popular sehingga menjadi buah mulut. Pada waktu itu namanya sudah menjadi 'brand'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

JUDUL DARU

1. Tuesdays with Morrie ed. BM (3000)
2. 31 Kisah Teladan: Zikir Ikan Di Laut (3000)

JUDUL ULANG CETAK

1. Adam Kecil 09: Sakit Gigi (2000)
2. Siapa Lebih Popular? (3000)
3. Seni & Kraf Bersama Kak Emila - Kraf Kitar Semula (3000)
4. Senangnya Memasak Sambal & Sos (5000)
5. Hidangan Terbaik Dunia: Cina (5000)
6. Cita Rasa Malaysia: Johor (5000)
7. Bara Cinta Canberra (3000)
8. Yasin Dan Tahlil (10,000)
9. Menjadi Jutawan MLM ed. jimat (2000)
10. Teori Amalan Dan Kaunseling (1000)
11. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza (10,000)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-Ada Sahaja: Kisah Penulis Ngetop PTS dengan Kereta Buruknya

Salah seorang penulis ngetop PTS mempunyai 2 buah kenderaan: Sebuah kereta proton yang sudah berusia 24 tahun dan sebuah van yang tidak juga lebih baru usianya.

Pada suatu waktu, dalam perjalanan pulang dari PTS, van beliau pernah rosak di kawasan pergunungan Bukit Tinggi!

Royalti bagi jualan buku-buku beliau pada tahun 2009 yang sudah dibayar tahun ini membolehkan beliau membeli kereta baru dengan bayaran tunai, namun beliau masih menggunakan kereta dan van antiknya.

Beberapa kali juga beliau datang ke PTS untuk sesi foto-shoot dengan menaiki bas ekspres. (Minggu hadapan beliau akan datang lagi ke PTS, masuk studio bagi menjalankan sesi foto-shoot buku terbaru beliau.)

Sebagai Chairman, saya hanya geleng kepala memikirkan kereta dan van penulis ngetop PTS yang satu ini. Saya khuatir orang menyangka PTS menipu royalti beliau. Sebabnya, semua orang tahu buku-buku beliau laku keras. Kalau betul laku keras, tentulah beliau menerima royalti yang banyak. Kalau betul PTS tidak menipu, takkan penulis ngetopnya tidak mampu menggunakan kenderaan yang lebih baik.

Aduh!...

NOTA: Barangkali Chairman PTS perlu mengarahkan Cik Norizah Wahid (foto), eksekutif di jabatan kewangan PTS, supaya membayar royalti beliau bagi jualan tahun 2010 nanti dibayar dalam bentuk sebuah kereta brand new sahaja.....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 14, 2010

Idea Membuka Kiosk Buku di Stesen LRT

Baguskah idea menyewa ruang niaga di stesen LRT bagi membuka kiosk menjual buku?

Saya menerima pertanyaan ini daripada seorang yang percaya idea itu bagus dan beliau sedang menimbang-nimbang mahu melakukannya. Menurut beliau, stesen LRT yang beliau sedang tinjau-tinjau itu adalah stesen yang sibuk, yakni banyak orang naik turun di stesen itu kerana ia adalah stesen terakhir.

Saya telah merujukkan pertanyaan itu kepada Tn. Zain Aziz (foto), timbalan pengurus jabatan sales PTS. Inilah pandangan beliau:

1. Walaupun stesen LRT dikunjungi banyak orang, tetapi mereka semua dalam transit. Mereka mahu pergi ke tempat lain.

2. Orang pergi ke stesen LRT bukan dengan tujuan mencari buku yang sesuai dibeli.

3. Orang datang ke stesen LRT dalam keadaan tergesa-gesa, semakin cepat mereka dapat meninggalkan stesen, semakin baik. Membeli buku memakan waktu, dan waktu adalah perkara yang mereka tidak punya pada saat berada di stesen.

4. Stesen LRT tidak berhawa dingin. Ia tidak sesuai bagi tujuan membeli buku.

Pada suatu masa dahulu Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB) pernah mempamerkan novel-novel terbitannya di stesen LRT. Ia sudah lama menjadi sejarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 13, 2010

Tip Survival Penulis: Buka Fanpage Sebagaimana AinMaisarah

Semasa entri ini ditulis jumlah peminat fanpage Ainmaisarah sudah hampir 23 ribu orang.

Bagi mengetahui lebih banyak tentang bagaimana pengurus AinMaisarah berinteraksi dengan peminat, klik pada foto.

PTS sangat menggalakkan penulis-penulisnya mempunyai fanpage dalam Facebook kerana fanpage adalah:

(i) Sangat berguna bagi mendapatkan maklum balas daripada pembaca berkenaan apa yang mereka suka ataupun tidak suka tentang karya yang diterbitkan.

(ii) Dapat memberikan banyak maklumat berkenaan profile pembaca karya.

(iii) Sesuai digunakan bagi menjalankan promosi pra-penerbitan karya yang sedang dirancang ataupun sedang ditulis.

(iv) Berguna bagi mengiklankan karya-karya yang sudah terbit dan menjualnya terus kepada peminat.

(v) Memberikan laporan terkini berkenaan aktiviti penulis.

Facebook, fanpage dan blog adalah alat-alat yang penting digunakan bagi mencipta kejayaan karya dalam pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 12, 2010

Macam-Macam Cerita Kedai Buku dengan Komik-M dan Buku Resipi

Tuan Mohd. Saifulnizam bin Razali adalah salah seorang eksekutif jualan di jabatan sales PTS.

Sepanjang kempen promosi Komik-M, beliau dipertanggungjawabkan menyelia pelaksanaan kempen itu di semua kedai buku yang menjadi agen PTS di sepanjang Jln. Tuanku Abd. Rahman, Kuala Lumpur.

Ada sebuah kedai buku Mamak yang terkenal jugalah di Jln. Tuanku. Sebelum kempen promosi Komik-M dilancarkan, PTS telah memberi sebuah rak beroda kepada kedai Mamak itu (berharga RM175) bagi meletakkan buku-buku resipi yang dipamerkan di depan pintu masuk kedai.

Hasilnya, jualan buku-buku resipi sangat bagus kerana pejalan kaki perempuan yang lalu-lalang di hadapan kedai itu akan ternampak lalu membeli.

Untuk kempen promosi Komik-M, Tuan Mohd. Saifulnizam telah meminta pengurus kedai itu supaya rak roda itu digunakan bagi mempamerkan Komik-M. Towkay kedai itu berkeras tidak mahu kerana buku resipi sangat laku.

Tuan Mohd. Saifulnizam pun melaporkan keadaan itu kepada pihak pengurusan PTS, lalu beliau diberi rak beroda baru supaya diserahkan kepada pihak kedai, supaya rak itu digunakan bagi mempamerkan Komik-M. Itulah yang segera dilakukan oleh beliau.

Seminggu kemudian beliau pergi ke kedai itu bagi memeriksa pelaksanaan kempen promosi Komik-M. Beliau dapati rak kedua itu pun digunakan bagi mempamerkan buku-buku resipi juga!

Puaslah beliau memujuk pengurus Mamak itu supaya mempamerkan Komik-M pada rak kedua itu, tetapi Mamak tersebut tidak mahu, atas alasan dengan adanya rak ke-2 itu jualan buku resipinya telah meningkat lebih banyak!

Lalu Tuan Mohd. Saifulnizam melaporkan situasi itu kepada pihak pengurusan PTS, lalu beliau diberi rak ke-3 supaya kedai Mamak itu mahu mempamerkan Komik-M.

(Laporan selanjutnya akan didapatkan daripada beliau....)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Mencari Modal bagi Memulakan Bisnes Menjual Buku

Seorang rakan Facebook saya yang bernama Tn. Zulkifli Sharif, menulis komen pada posting saya yang bermanfaat dibaca:

Ada seorang peniaga sandal yang buat bisness kerana minatnya dan beliau masih bekerja. Idea beliau: Mengadaikan emas milik isterinya yangg dibeli beberapa tahun lalu di Bank Rakyat dan dijadikan modal. Sebahagian keuntungan digunakan untuk menebus emas itu kembali. Sebahagian digunakan untuk modal pusingan. Dan sebahagian lagi digunakan untuk hidupnya.

Dan yang menariknya, keuntungan yang selebihnya beliau gunakan untuk membeli emas lagi. Kerana katanya, emas itu saban tahun akan memberi lebih tinggi nilai gadaiannya kerana harga pasaran emas yang terus meningkat.

Katanya lagi, emas yang sama telah membantu beliau berkali-kali untuk memberikan modal tanpa membuat pinjaman peribadi kepada bank.

Dia kata, cara paling mudah untuk mengeluarkan modal adalah melalui emasnya. Dan beliau tidak pelik kerana beliau belajar dari mereka yang berada di Pantai Timur.

Jadi, sebenarnya untuk peniaga kecil, mungkin ini salah satu cara yang anda boleh lalukan kalau setakat nak berniaga bermodalkan 2000 ringgit.

Kalau anda makan gaji, belilah emas yang betul emas tanpa batu. Kemudian gunakanlah gadaiaan emas (Ar Ranhu ) itu sendiri untuk membina modal.

Berhutang dengan sandaran emas seperti anda berhutang dengan diri anda sendiri. Pihak bank hanya mengambil upah tolong simpan emas itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 11, 2010

PTS Mencari Model Superhero dalam Sastera Islami

Cerita-cerita superhero sangat diminati oleh pembaca lelaki, khususnya mereka yang masih remaja. Justeru aliran sastera Islami memerlukan teori, ataupun sekurang-kurangnya model, cerita superhero yang ideal, yang seleras dengan Islam dan juga dapat digemari oleh pembaca.

Pada saat ini model superhero yang available kepada masyakarat Melayu adalah:

(i) Superhero ciptaan Amerika (melalui media komik dan televisyen).

(ii) Superhero Timur (yakni Cina, Jepun dan Korea melalui media komik dan televisyen).

(iii) Superhero Hindu (dalam hikayat-hikayat klasik terjemahan kitab Sansekerta seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Marakarma, Hikayat Pendawa Lima dll).

(iv) Superhero Islam (dalam hikayat-hikayat klasik terjemahan dari bahasa Arab seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhamad Hanafiah, Hikayat Iskandar Zulkarnain dll.)

(v) Superhero Melayu lama (dalam sastera dongeng Melayu yang sudah dibukukan seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Inderaputera, Hikayat Merong Mahawangsa dll).

Kita mempunyai satu lagi alternatif, iaitu mencipta model superhero berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam al-Quran, dengan tujuan menghasilkan suatu model superhero yang ideal dari sudut pandang sastera Islami.

Pada masa ini kita memilih kisah Nabi Musa sebagai model superhero Islami. Selepas ini kita akan menerangkan ciri-ciri Nabi Musa sebagai seorang 'superhero'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 10, 2010

Tip Survival Penulis Novel Remaja: Mengenal Pasti dengan Tepat Komuniti Remaja yang Dijadikan Target

Salah satu faktor yang menjadi aspek kejayaan marketing pada brand AinMaisarah adalah ciri spesifik komuniti remaja yang menjadi target novel-novel beliau.

Karya AinMaisarah bukan hanya ditargetkan kepada 'remaja', tetapi kepada 'remaja geek'.

Remaja geek adalah remaja seperti pada foto hiasan.

Antara ciri-ciri remaja geek adalah:

(i) Mereka adalah remaja urban.

(ii) Mereka sangat menyukai komputer dan internet.

(iii) Mereka pintar di sekolah.

(iv) Mereka mempunyai trend fesyen sendiri.

(v) Mereka membaca.

(vi) Mereka mempunyai sikap 'hidung tinggi' tentang bidang yang berkaitan dengan kepintaran mereka.

Watak-watak dalam karya Puan Ain Maisarah adalah watak-watak yang relevan kepada dunia remaja geek. Melalui watak-watak geek itu, beliau menyampaikan mesej-mesej yang membina.

NOTA: Selepas membaca entri ini dalam Facebook saya, seorang rakan FB, Dr. Wan Mazwati menulis:

"Anak gadis saya yang di sekolah menengah.... urban, suka komputer dan internet, pintar, fesyen muslimah tutup aurat dengan baju dan seluar baggy.... badan saiz M pakai baju saiz XXL, suka membaca, diam tapi bila buat assignment berkumpulan, dia buat sorang.... orang lain jadi free rider, sangat-sangat suka membaca buku AinMaisarah dan buku-buku PTS yang lain."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

JUDUL BARU
   
1. Big Book: Ke Mana Perginya? 5000 unit (sudah masuk)
2. Big Book: Apa yang Bergerak? 5000 unit (sudah masuk)
3. Pendekar Siamang Gagap 3000 unit (sudah masuk)
4. Curahan Kasih Seharum Syurgawi 3000 unit
5. Yakjuj & Makjuj - ed. jimat 8000 unit (sudah masuk)
6. Cita Rasa Malaysia: Kedah 10000 unit
7. Cita Rasa Malaysia: Perak 10000 unit unit

JUDUL ULANG CETAK

1. Semanis Tart Ceri 3000 unit
2. The Leader In Me - ed. Bahasa Melayu 2000 unit (sudah masuk)
3. Usahawan Cilik: Garaj Aiman 2000 unit (sudah masuk)
4. Seperti Keju & Coklat 3000 unit (sudah masuk)
5. Pahlawan Adamus 2000 unit (sudah masuk)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Strategi Relaunch dengan Memperkenalkan Edisi 1+1

Strategi 'relaunch' atau 'luncur-semula' adalah amalan yang biasa dilakukan oleh syarikat-syarikat penerbitan.

PTS ONE Sdn. Bhd., penerbit sastera kanak-kanak remaja yang paling aktif dalam pasaran, kini giat melakukan relaunch karya penulis-penulis popularnya dengan memperkenalkan "Edisi 1+1".

Bagi Edisi 1+1 ini, 2 buah novelet karya pengarang yang sama diterbitkan dalam 1 buku, supaya ia lebih tebal, kerana pembeli novel-novel Melayu sekarang ini mahukan buku-buku yang tebal.

Novel "G.I.M - Gemuk Itu Menarik" karya Puan Ida Rizyani adalah dwilogi novel yang sama dan novel "Eligi Tupai dan Sepet" yang pernah diterbitkan (cover di bawah).

Salah satu harta syarikat penerbitan adalah apa yang disebut 'back titles' atau 'judul lama'. Semakin banyak jumlah back titles yang dimiliki, semakin kaya syarikat penerbitan itu kerana back titles adalah sumber keuntungan.

Bukan semua back titles menjadi 'harta' syarikat. Hanya back titles yang evergreen sahaja yang menjadi harta, baik kepada penerbit mahupun kepada penulisnya.

Sebelum ini PTS meluncurkan semula siri 'Aku Mahu...' oleh Puan Ain Maisarah dan siri 'Dear Yayah' oleh Puan Farihah Iskandar dalam bentuk koleksi premium yang mahal. Meskipun mahal, kedua-duanya laku keras.

Strategi relaunch sangat menguntungkan penulis kerana ia menjadi sumber royalti baru daripada karya lama mereka. Inilah salah satu faktor mengapa para penulis perlu menulis dengan konsep siri dalam perancangan mereka. Judul-judul bersiri mudah diluncurkan semula ke dalam pasaran dengan diberikan pakejing baru.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 09, 2010

Tip Survival Penerbit: Kotak Salah Saiz

Apabila menempah kotak bagi penghantaran buku, hati-hati sewaktu memilih saiz kotak.

Foto (kanan) menunjukkan Tn. Mohd. Huszaimi Zolkeple, salah seorang Team Leader di gudang PTS, menunjukkan kotak-kotak saiz C yang sudah ditempah tetapi tidak sesuai digunakan.

Kotak saiz C itu besar, akibatnya apabila diisi dengan buku, beban kotak itu boleh mencecah sehingga 50 kilogram.

Berat 50 kg itu sukar diangkat oleh petugas, baik petugas di dalam setor PTS mahupun oleh pekerja lori transport, ataupun pekerja di kedai-kedai buku.

Jika mahu digunakan juga, kotak saiz C itu perlu dipotong dengan tangan oleh kru packing, dan ini membuang tenaga serta masa kerja.

Kotak yang sesuai dibeli adalah saiz A dan saiz B sahaja.

Foto di bawah menunjukkan perbezaan antara kotak saiz A dan saiz C.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kotak Big Book Sudah Dicetak

Buat pertama kalinya PTS menerbitkan buku dalam bentuk Buku Besar (Big Book). Buku jenis ini digunakan oleh guru-guru tadika dan ibu bapa bagi mendorong kanak-kanak supaya menyukai buku dan seronok belajar mengenal huruf, menulis dan membaca.

Salah satu implikasi menerbitkan siri Big Book adalah saiz kotaknya yang tidak standard. Akibatnya PTS terpaksa menempah kotak saiz khusus bagi penghantaran buku-buku itu.

Kerana ini adalah pengalaman pertama, sewaktu merancang penerbitannya aspek kotak telah terlepas pandang. Sebaiknya kotak-kotak itu ditempah awal supaya apabila bukunya siap dicetak kotak-kotak itu pun siap dicetak juga. Dengan itu penghantaran ke kedai-kedai buku dapat dilakukan dengan cepat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 08, 2010

Permintaan untuk Komik-M Semakin Meningkat

Menjelang musim cuti sekolah, kedai-kedai buku di seluruh negara sibuk bersiap sedia dengan stok buku-buku yang diminati oleh kanak-kanak dan remaja.

Antara buku-buku yang banyak dipesan oleh kedai adalah Komik-M.

Foto di atas menunjukkan stok Komik-M yang dipesan oleh sebuah kedai, sebelum dimasukkan ke dalam kotak bagi penghantaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 2 pages  1 2 >