Saturday, December 04, 2010

Deklarasi Istanbul 2010

Esei ini di bawah ini ditulis oleh Tn. Nazmi Yaakub (foto):

Pada 25 hingga 27 November lalu, Parlimen Pengarang Eropah (EWP) menganjurkan acara sastera antarabangsa yang dianggap terbesar dalam sejarahnya di Istanbul, Turki. Ada beberapa hal penting yang dibincangkan, iaitu membabitkan industrialisme, kebudayaan massa dan sastera; penstrukturalan semula konsep sempadan sastera Eropah; sastera dalam era digital dan landskap sastera.

Ini kerana hal seperti isu sastera dalam arus komersialisasi, usaha menampilkan Eropah sebagai budaya super termasuk sasteranya, impak teknologi maklumat terhadap medium utama sastera, iaitu kertas dan ranah sastera dalam konteks nasionalisme dan globalisasi adalah masa depan sastera yang perlu dijawab, bukan saja dalam konteks Eropah, bahkan dunia hari ini, termasuklah Malaysia.

Sastera yang tidak terlepas daripada dunia kapitalisme yang tentunya berkait dengan isu kegawatan dan pra-keruntuhan ekonomi dunia hari ini, adalah sebahagian komoditi yang melintas sempadan dunia dan pada masa sama berdepan dengan cubaan untuk mewujudkan satu nilai untuk mengukur mutu sastera, iaitu nilai wang. Justeru, karya yang melonjak sebagai best-seller atau memenangi anugerah dianggap sebagai karya yang bermutu, bukannya nilai yang ada pada karya sastera itu sendiri.

Eropah juga sedang usaha membebaskan diri daripada isu-isu dalaman yang membabitkan persaingan antara sastera Inggeris dengan Perancis atau Jerman, sebaliknya sedang berusaha untuk tampil sebagai budaya super yang cuba mendominasi dunia - kerana itu proses mewujudkan sastera atau budaya Eropah mendapat perhatian besar.

Mereka tidak lagi membincangkan proses pembinaan pengarang muda atau penterjemahan karya multi-etnik atau pemartabatan bahasa kebangsaan, sebaliknya meletakkan sastera sebagai agenda budaya yang penting untuk mendominasi dunia. Sekurang-kurangnya mereka memiliki tiga bahasa penting yang berkait rapat dengan wilayah pasca-kolonial masing-masing, iaitu Inggeris, Perancis dan Jerman, serta memperkukuhkan cengkaman sedia ada.

Justeru, dunia sastera tanah air hendaklah melihat perkembangan sedia ada dan masa depan yang sedang dirancang itu, serta tidak boleh terperangkap dalam isu tempatan semata-mata.

Deklarasi yang dikeluarkan oleh EWP sempena persidangan besar mereka itu sebenarnya sudah menampakkan bayang-bayangnya di negara kita. Memang ada yang perlu diberikan perhatian yang berhati-hati dan berhemat kerana ia bukan saja menyentuh soal nasionalisme, bahkan tidak mustahil boleh menggegarkan sempadan yang ditetapkan Islam itu sendiri.

Soalnya sejauh manakah pengarang sama ada secara individu atau kolektif, menyedari bahaya sastera sebagai satu senjata budaya yang sedang dan akan dimanfaatkan oleh Eropah secara optimum ini?

Deklarasi Istanbul 2010 - sempena Parlimen Pengarang Eropah (EWP)

• Kebebasan semua jenis tindakan kebudayaan dan kesusasteraan adalah penting. Setiap penghalang yang menghadang kebebasan ekspresi sama ada secara langsung atau tidak, hendaklah dihapuskan. Institusi yang berkuasa dan masyarakat sivil hendaklah digerakkan untuk menghalang keganasan dan ancaman terhadap kebebasan ekspresi.

• Semua tindakan yang menghalang kebebasan penerbitan hendaklah dimusnahkan; semua cara yang menekan pengarang, penterjemah dan penerbit termasuklah penggunaan akta dan undang-undang penal yang mengganggu dan mengugut pengarang seperti yang berlaku di Turki dan di tempat lain di Eropah.

• Tekanan linguistik tidak dapat diterima. Setiap orang hendaklah bebas untuk meluahkan diri mereka dalam bahasa yang menjadi pilihan mereka. Cara yang sepatutnya hendaklah difikirkan untuk menghapuskan hierarki antara pusat dengan kelompok luar. Bahasa minoriti dan minor hendaklah disokong, manakala penterjemahan dua hala antara bahasa-bahasa hendaklah diberikan dana. Peranan penterjemahan yang optimum, penting untuk menentukan landskap sastera. Terjemahan sangat mustahak untuk menyeberangi sempadan sastera. Sumber dana yang baru hendaklah ditinjau, manakala dana sedia ada hendaklah dipertahankan.

• Tindakan hendaklah diambil untuk menghasil dan membuka laluan untuk karya bukan aliran perdana dan hasil independen dalam sastera. Genre sastera yang berisiko untuk lenyap hendaklah dipertahankan. Polisi sepatutnya diwujudkan untuk menghalang daripada proses standardisasi karya ekspresi dan mempromosi kerencaman judul buku.

• Media digital sangat penting untuk kebebasan berfikir dan ekspresi. Media digital adalah lingkungan yang berpotensi untuk pendemokrasian. Kami menentang strategi pemantauan dan penapisan kerajaan yang bertujuan untuk mengehadkan aliran maklumat dan idea yang bebas. Cara baru hendaklah ditemui untuk mendapatkan laluan maklumat berkualiti tinggi dan mempertahankan hak pengarang.

• Sempadan politik, etnik, agama dan negara hendaklah tidak menjadi halangan kepada pengarang. Kami menyokong kepelbagaian dan penukaran kebudayaan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, December 03, 2010

Promosi Buku-Buku PTS untuk Pasaran Zon Selatan Menggunakan Perkhidmatan ‘Johor Biz’

Di Johor Baru ada sebuah syarikat periklanan yang menerbitkan sisipan iklan dalam akhbar dengan nama "Johor Biz" (foto).

Ia dicetak menggunakan kertas mutu tinggi, oleh itu kualiti warnanya bagus. Faktor ini penting kerana iklan yang cantik dapat mendorong pembaca akhbar membaca iklan itu dan tidak cepat-cepat membuangnya sebagai kertas buruk.

Sisipan Johor Biz diedarkan sebanyak 30,000 naskhah di kawasan Johor Baru.

Banyak syarikat Bumiputera menggunakan perkhidmatan Johor Biz bagi mengiklankan produk mereka.

PTS sudah beberapa kali menerbitkan iklan dalam Johor Biz.

Semasa musim bulan puasa PTS mengiklankan buku-buku resipi. Semasa cuti sekolah PTS mengiklankan Komik-M dan novel kanak-kanak dan remaja.

NOTA: Jualan buku-buku PTS paling tinggi di kawasan Lembah Kelang, diikuti oleh Johor.

.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Risiko dan Kelemahan Teknologi Penyemak Ejaan

Pada masa ini sudah ada teknologi penyemak ejaan automatik (automatic spellchecker) bagi Bahasa Melayu. Penggunaan spellchecker mempunyai kelebihannya dan risikonya.

Salah satu kesan penggunaan spellchecker adalah editor menjadi malas membaca, lalu dia tidak membaca seluruh teks yang diedit.

Banyak perkataan memang "betul ejaannya", oleh itu spellcheker akan "meluluskan" ejaan itu. Namun, penggunaan perkataan itu salah sama sekali.

Foto di atas menunjukkan halaman dari buku "Nota Kaki" tulisan Dato Johan Jaaffar, seorang tokoh media yang sangat terkenal. Pada masa ini beliau adalah Pengerusi Kumpulan Media Prima, gergasi media terbesar di negara ini, yang menguasai Kumpulan NST, TV3, TV9 dan lain-lain.

Nota: Foto di atas disalin dari Facebook seorang penulis PTS, Tn. Mohd. al Adib Samuri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, December 02, 2010

Tip Survival Penerbit Buku Agama: Strategi bagi Memasuki Laut Merah

Sektor buku agama Islam adalah sektor yang paling besar dalam pasaran buku Bahasa Melayu di negara ini. Saiz pasaran buku agama lebih besar daripada saiz pasaran buku fiksyen.

Namun sektor buku agama sudah menjadi Laut Merah. Penerbit dan pengedar buku-buku agama yang paling besar dan kini menjadi 'Big Boy' dalam sektor ini ini adalah syarikat penerbit Al Hidayah dan anak-anak syarikatnya.

PTS menceburi sektor buku agama dengan menawarkan USPnya (unique selling point) sendiri.

Dua USP buku-buku agama PTS adalah:

(i) Menggunakan Bahasa Melayu kontemporari dan gaya penulisan yang mudah difahami, supaya pembaca bukan Islam pun dapat memahami isi kandungannya.

(ii) Penampilan dan pakejing yang cantik serta user-friendly.

Pembeli dan pembaca yang menjadi target utama bagi pemasaran buku-buku agama PTS adalah:

(i) Anggota kelas menengah Melayu.

(ii) Pembaca yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama tradisional.

Saiz sektor buku agama terus berkembang dengan baik kerana jumlah umat Islam di negara ini semakin banyak dan daya beli mereka juga semakin meningkat.

Perkembangan ini bermakna lebih banyak buku agama diperlukan, sama ada dari sudut jumlah cetakannya mahupun jenis-jenis judulnya. Ini adalah peluang yang baik bagi pemain baru. Caranya adalah dengan menerbitkan buku-buku yang memenuhi keperluan pembaca yang menjadi target spesifik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mengiklankan Buku-Bukunya dalam Akhbar Sin Chew Jit Poh

Foto di atas menunjukkan iklan PTS yang disiarkan dalam akhbar Cina terbesar, Sin Chew Jit Poh.

Akhbar itu dicetak 400,000 naskhah setiap hari. Pada hujung minggu ia dicetak 450,000 naskhah, menjadikannya akhbar Cina paling besar dan amat berpengaruh di negara ini.

Walaupun yuran iklan dalam Sin Chew Jit Poh amat mahal tetapi akhbar itu diedarkan di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. Sekolah-sekolah Cina juga melanggan akhbar itu. Inilah faktor yang menjadi asas PTS memilih Sin Chew Jit Poh.

Sin Chew Jit Poh juga menerbitkan 2 akhbar pendidikan, satu khusus untuk sekolah rendah, dan satu lagi untuk sekolah menengah.

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman (foto), pengurus jabatan marketing PTS memberitahu, selepas ini, PTS akan membeli ruang iklan dalam akhbar pendidikan SCJP.

Menurut Puan Nor, jabatan beliau mempunyai bajet RM250,000 bagi aktiviti promosi dalam media Cina.

Matlamat jabatan beliau adalah mendapatkan keyakinan ibu bapa dan guru-guru Cina supaya menggunakan buku kanak-kanak dan remaja PTS sebagai alat bantu belajar menguasai subjek Bahasa Melayu. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku-buku PTS yang menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

Promosi dalam Sin Chew Jit Poh akan dijalankan dalam 2 fasa:

FASA 1: Kempen kesedaran brand (brand awareness).

Dalam fasa ini tema kempen adalah memperkenalkan brand "PTS" sebagai penerbit buku terbaik yang semua produknya adalah sesuai dengan keperluan pendidikan pelajar-pelajar Cina.

FASA 2: Kempen kesedaran produk (product awareness).

Dalam fasa ini barulah nanti (a) judul-judul buku PTS dan (b) nama-nama pengarang PTS, mula diperkenalkan kepada pembeli buku kaum Cina.

Puan Nor Hazizam meminta supaya penulis-penulis buku PTS menghasilkan cerita-cerita yang disukai oleh pelajar-pelajar dan remaja Cina. Beliau juga meminta supaya para pelukis ilustrasi PTS menghasilkan lukisan-lukisan dan wajah-wajah yang neutral-bangsa, yakni yang dapat diterima oleh semua bangsa dan kaum.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, December 01, 2010

Novel Remaja Rejab FI Diterbitkan Semula bagi Menembusi Pasaran Cina

Menurut Pn. Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS, guru-guru dan ibu bapa Cina yang beliau jadikan informan semasa membuat kajian pasaran, memberitahu bahawa penulis Melayu yang mereka kenal adalah A Samad Said dan Rejab FI.

Mereka kenal Rejab FI kerana itulah nama yang mereka membaca buku beliau semasa belajar di sekolah Cina pada tahun 70-an dan 80-an dahulu.

Berdasarkan maklumat itu PTS mengambil langkah meluncurkan semula beberapa novel kanak-kanak Rejab FI yang ada dalam senarai backlist PTS. Judul-judul yang dipilih adalah:

1. Sesat dalam Cahaya
2. Kolam Rahsia
3. Lima Penyiasat Muda
4. Awang Selamat Menabur Bakti.

Buku-buku itu diterbitkan sebagai edisi baru dan diberikan pakejing yang sesuai dengan citarasa ibu bapa Cina dan guru-guru Cina di sekolah Cina.

Sebagai strategi menghidupkan semula kenangan guru-guru dan ibu bapa Cina itu, desain baru kaver buku-buku Rejab FI tidak terlalu berbeza daripada desain kaver yang tersimpan di dalam memori mereka semasa mereka mula membaca buku-buku itu 20 tahun dahulu.

Lihat contoh desain baru kaver "Kolam Rahsia" yang menggunakan konsep tahun 70-an.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Dana RM5 Juta Tidak Cukup, U-Wei Mahukan Dana Tambahan

Untungnya menjadi penerbit dan pengarah filem di Malaysia. Mereka mempunyai 'Bapa Krismas'. Bagi menerbitkan sebuah filem, kerajaan boleh memberikan dana sebanyak RM5 juta. Jika masih tidak cukup bagi menyiapkan filem itu, boleh minta dana tambahan.

Tidak seperti penerbit buku. Satu ringgit pun tidak ada dana dari kerajaan. Padahal, baik penerbit filem mahupun penerbit buku, menterinya adalah orang yang sama.

Manakan hati tidak cemburu....

Baca di sini berita asalnya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Rais Yatim Tuduh Penerbit dan Pengedar Menzalimi Penulis

"....bagi melindungi penulis daripada penerbit dan pengedar yang cuba mengaut keuntungan tinggi daripada karya mereka." - Datu Seri Utama Dr. Rais Yatim.

Baca laporan asal di M-Star.

Tuduhan Pak Menteri sangat serius.

Penerbit-penerbit yang kredibel adalah mereka yang menjadi ahli MABOPA (Malaysian Book Publishers Association - Persatuan Penerbit Buku Malaysia).

Antara ahli-ahli MABOPA termasuklah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), penerbit-penerbit universiti di Malaysia (UM, UKM, UTM dll), Penerbit Utusan, Karangkraf, PTS dan banyak lagi.

Cuba Pak Menteri semak, semenjak beliau menjadi menterinya, adakah majoriti nama-nama penerbit yang bukunya dibeli oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terdiri daripada ahli-ahli MABOPA?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Penulis Malaysia ‘dhaif’

"...kita juga perlu terus membeli buku dari penulis sebab keadaan penulis di negara ini agak dhaif," - Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Baca laporan kenyataan Rais Yatim di M-Star.

Benarkah penulis Malaysia dhaif?

Dalam apa juga sektor ekonomi, ada kelompok yang kaya raya, ada yang hidup sederhana, ada yang miskin. Ini adalah situasi normal. Jika semua anggota kelompok sesuatu sektor itu kaya-kaya belaka, itu tidak normal, dan mustahil wujud situasi begitu.

Fungsi dan tugas sesebuah kementerian adalah bagi mendorong pembangunan dan perkembangan sektor industri yang di bawah pengawasan kementerian itu. Apabila sesuatu industri itu berkembang maju, maka semua pemain dalam industri tersebut akan maju.

Apabila industri penerbitan buku maju, semua sektor dalam industri perbukuan, seperti penerbit, pengedar, pencetak, pekedai buku, penulis, penterjemah, editor, ilustrator dan lain-lain akan maju.

Tugas Pak Menteri bukan membantu penulis-penulis yang dhaif sahaja!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Pertanyaan kepada Pak Menteri Buku: Dana RM200 Juta untuk Penulis Kreatif Sahaja?

Berita gumbira ini adalah untuk mereka yang menghasilkan novel dan skrip filem, animasi dan drama televisyen sahaja.

"Rais berkata sebagai rangsangan, penulis kreatif boleh memohon peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta jika berhasrat menghasilkan karya berbentuk cereka, novel atau skrip televisyen dan filem berkualiti, yang boleh dianggap sebagai penulisan kreatif." (Baca berita asal di M-Star dan di Bernama.)

Bagaimana dengan dana untuk membangunkan industri penerbitan buku ilmu, yang juga di bawah kementerian yang sama.

Industri filem dan hiburan adalah industri yang seksi, maka Pak Menteri nampak yang seksi-seksi sahaja....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 2 of 2 pages  <  1 2