Monday, February 28, 2011

Tip Survival Penerbit: Fasa Mencabut Rumput Menyebabkan PTS Rugi hampir RM400 Ribu

Simpulan bahasa 'mencabut rumput' digunakan di kalangan orang bisnes bidang pengeluaran. (Penerbitan buku adalah bidang pengeluaran.)

Para pengeluar mengedarkan dan menjual produk mereka melalui kedai-kedai milik peniaga lain.

Pengeluar melantik kedai-kedai sebagai agen mereka. Kedai-kedai itu diberi kredit, maknanya pembekal menghantar produk kepada kedai dan kedai hanya perlu membayar dalam tempoh yang ditetapkan, sebagai contoh 30 hari, 60 hari ataupun 90 hari.

Bagi penerbit buku yang baru memulakan bisnes, salah satu kesilapan yang lazim kita lakukan adalah melantik sebanyak-banyak kedai buku sebagai agen. Akibatnya, kita menghadapi situasi di mana akan ada kedai-kedai buku yang tidak membayar hutang. Buku kita sudah dijualnya tetapi mereka tidak membayar hutang kepada kita.

Keadaan ini menyebabkan buku kita laku tetapi akaun bank kita kosong.

Ciri kedai-kedai yang berisiko tinggi tidak membayar hutang adalah:

(i) Kedai buku kecil

Termasuk dalam kategori ini adalah kiosk buku dalam supermarket. Disebabkan mereka berniaga dengan modal kecil, maka isu tarik-duit-di-sana-letak-di-sini menjadikan mereka tidak mempunyai aliran tunai yang baik.

(ii) Kedai buku yang lokasinya jauh dari Kuala Lumpur

Jadi, apa yang kita lakukan adalah menutup akaun bisnes dengan kedai-kedai itu. Inilah yang disebut fasa 'mencabut rumput jahat'. Selepas seselsai menutup akaun kedai-kedai jahat itu, kita meneruskan bisnes dengan kedai-kedai baik sahaja.

Apabila kita melakukan tindakan mencabut rumput jahat, kerugian tidak dapat dielakkan. Kita tidak dapat hendak mengambil semula buku-buku yang dibekalkan sebab buku-buku itu sudah dijual! Dengan menutup akaun kedai itu pula, semakin towkay kedai tidak mahu membayar hutangnya.

PTS melakukan tindakan mencabut rumput jahat pada tahun ke-3 ia beroperasi. Nilai hutang lapuk yang terpaksa dilupuskan adalah RM380 ribu.

Sebagai penerbit, dengan menutup akaun, kita menanggung bukan kerugian itu sahaja. Bagi buku-buku yang sudah dibekalkan kepada kedai-kedai jahat itu, royalti pengarang tetap wajib dibayar, meskipun hutang gagal dikutip.

Bagi mengelakkan kita daripada menanggung kerugian ditipu oleh kedai-kedai buku jahat, sebelum melantik mana-mana kedai sebagai agen, lakukan ini:

(i) Semak rekod kewangan towkay kedai itu dengan membeli laporan dari agensi seperti CTOS supaya dapat dipastikan nama towkay itu bersih, sebagai contoh dia tiada masalah hutang kad kredit dan lain-lain.

(ii) Tengok di dalam kedai itu, jika buku-buku penerbit besar tidak ada di dalam kedai itu, ambil perhatian serius. Tentu ada sebab mengapa penerbit besar tidak melantik kedai itu sebagai agen. Jika buku-buku mereka ada, itu belum tentu kedai itu adalah agen, dia mungkin membeli buku-buku itu secara tunai!

(iii) Bertanya dahulu kepada salesman penerbit lain yang sudah lama beroperasi. Mereka akan memberi maklumat kedai-kedai mana yang mempunyai rekod baik.

Sebagai penerbit, galakkan saleman kita berkawan-kawan dengan salesman penerbit besar, supaya mudah mendapatkan nasihat dari mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 27, 2011

Tip Survival Penulis: Mencipta Nama untuk Cerita Kanak-Kanak dan Awal Remaja

Penerbit buku-buku Melayu adalah orang bisnes. Mereka mahu supaya buku-buku yang diterbitkan dapat dijual kepada pembaca semua kaum, bukan hanya laku kepada pembaca Melayu sahaja.

Buku-buku panduan menulis cerita untuk bacaan kanak-kanak dan awal remaja memberi garis panduan bagaimana mencipta nama-nama watak dan juga tempat-tempat.

Pakar-pakar memberi memberi 4 faktor yang perlu diambil perhatian:

(i) Faktor perkembangan kognitif kanak-kanak

Pilih nama yang terdiri daripada dua suku kata sahaja, seperti nama 'Yayah' ataupun 'Aisyah' ataupun 'Adam' dalam siri Dear Yayah, siri Young Aisyah, dan siri Adam Kecil. Ini kerana perkataan dua suku kata mudah diingat bagi tahap perkembangan kognitif kanak-kanak.

Nama-nama yang panjang dan kedengaran sedap pada telinga dan citarasa orang dewasa mungkin tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana nama-nama itu sukar diingat.

(ii) Faktor perbezaan bahasa

Pilih nama yang menggunakan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa-bahasa lain. Nama yang mudah disebut oleh lidah orang Melayu mungkin sangat sukar disebut oleh lidah kanak-kanak kaum lain.

Ada bunyi-bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain, oleh iu sukar disebut oleh kanak-kanak dalam bahasa berkenaan.

Kanak-kanak mengambil masa yang lama sebelum pandai mengeluarkan bunyi-bunyi dalam bahasa asing. (Rujuk kesukaran kanak-kanak Melayu berlatih menyebut bunyi-bunyi dalam bahasa Arab semasa belajar membaca Quran.)

Sebagai contoh bunyi 'r' dan 'd' tidak terdapat dalam bahasa Cina, jadi kanak-kanak Cina sukar menyebut nama-nama yang menggunakan bunyi 'r' dan 'd'.

(iii) Faktor perbezaan citarasa budaya

Pilah nama yang disukai dalam semua budaya. Ada nama-nama yang maknanya hanya sedap ataupun indah dalam budaya Melayu-Islam, tetapi tidak demikian dalam budaya lain.

(iv) Faktor perbezaan citarasa kanak-kanak dan orang dewasa

Pilih nama yang sesuai dengan citarasa kanak-kanak. Sesetengah nama hanya sedap bagi citarasa orang dewasa dan orang tua-tua.

Apabila menggunakan perkataan umum sebagai nama watak, gunakan perkataan yang ada dalam perbendaharaan kanak-kanak.

Ada perkataan yang diketahui maknanya oleh orang dewasa Melayu, tetapi kanak-Kanak Melayu belum tahu perkataan itu, apatah lagi kanak-kanak bukan Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 26, 2011

Sekolah Fanatik AinMaisarah

Foto menunjukkan ketibaan Puan Ain Maisarah ke Sekolah Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, sebuah sekolah rendah. Beliau disambut oleh guru-guru yang memakai pakaian sedondon, lengkap dengan bunga manggar. Pendek kata, sambutan yang diberikan kepada beliau ala-ala sambutan untuk timbalan menteri di kementerian pelajaran!

Sekolah ini bolehlah diberi jolokan 'Sekolah Fanatik AinMaisarah' kerana pada hari itu buku-buku dan novel-novel lain terbitan PTS yang dipamerkan boleh dikatakan macam 'tidak laku' melainkan buku-buku AinMaisarah yang habis licin, satu naskhah pun tidak tertinggal.

Pada hari itu, novel-novel AinMaisarah terjual sebanyak 1012 naskah. Puan Ain Maisarah terpaksa menunggu sehingga jam 2 petang bagi menghabiskan tandatangan ratusan pelajar yang menunggu dari jam 10 pagi. Habis dakwat dua batang pen.

Kita nama fenomena ini sebagai 'Fenomena AinMaisarah'. Ia adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Belum pernah sebelum ini penulis novel mengalami apa yang sedang dialami oleh Puan Ain Maisarah di mana penulis disambut sebagai selebriti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 25, 2011

Tip Survival Penerbit: Apa Tugas Eksekutif Junior di Jabatan Sales PTS

Jawatan eksekutif junior (sales) penting diwujudkan. Antara rasionalnya adalah:

(i) Mencipta peluang peningkatan kerjaya bagi staf daripada kategori bukan-eksekutif yang mempunyai bakat, dedikasi dan potensi.

(ii) Menggilap bakat-bakat yang sedia ada dalam syarikat bagi mengisi jawatan eksekutif yang kosong.

Pengurus Jabatan Sales PTS, Tn. Zaharin Zain, memberitahu perbezaan kuasa dan tugas antara kategori eksekutif dan eksekutif junior adalah:

(i) Eksekutif sales mempunyai kuasa merekomen kepada pihak pengurusan PTS nama-nama syarikat kedai buku yang layak membuka akaun kredit dengan PTS. Eksekutif junior tidak mempunyai kuasa itu.

(ii) Tugas eksekutif junior adalah memberikan servis kepada kedai-kedai buku yang mempunyai akaun kredit dengan PTS. Dengan memberikan servis yang baik, jumlah jualan buku-buku PTS kepada kedai-kedai buku itu dapat ditingkatkan.

Tn. Safizal Mustafa (kiri) dan Tn. Nafizal Nazarudin (kanan) adalah 2 orang eksekutif junior di jabatan jualan PTS. Sebelum mereka bertugas di unit sales, mereka bertugas di unit operasi dan logistik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 20 Mac 2011: Terjemahan Kreatif Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu

Tarikh: AHAD 20 Mac 2011

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata, Hulu Kelang - KL.

Masa: 10 pagi - 1 petang

Yuran: Gratis

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

NOTA: Tidak boleh mendaftar dalam Facebook Puan Ainon Mohd. Mesti mendaftar di blog http://universitipts.com

Bagi peserta dari luar KL: Pergi ke KL Sentral. Ambil LRT ke Terminal Putra (Gombak). Ambil teksi, suruh hantar ke Giant Tmn. Permata. Cari kedai 7-Eleven. Satu deret dengan 7-Eleven, ada KLINIK GIGI NOORIAH. Naik tingkat 2 atas klinik itu. Di situlah sekolah al-Ikhlas, sekolah orang tua dan kanak-kanak belajar mengaji.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(56) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 24, 2011

SABTU 26 Februari: Diskaun Istimewa di BookCafe, HQ PTS, Batu Caves

Tarikh: 26 Februari 2011 (Sabtu)
Masa: 10.00 pagi - 6.00 petang
Tempat: PTS Bookcafe Sdn. Bhd.
    Tingkat 1, No. 12,
    Jalan DBP, Dolomite Business Park,
    68100 Batu Caves, Selangor.
  
A. Diskaun 35% bagi buku terpilih seperti berikut:
   1. Buat Duit Dengan Katering (Buku Baru)
   2. No Excuses (Buku Baru)
   3. 11 Teori & Prinsip Motivasi Di Tempat Kerja (Buku Baru)
   4. Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik
   5. Bagaimana Saya Boleh Menjadi Jutawan
   6. 7 Formula Individu Cemerlang
   7. Makan Gaji Tetapi Kaya
   8. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
   9. Menjadi Pemimpin Super

B. Diskaun 25% Bagi Promosi Buku Cinta & Sayang:
   1.  Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
   2.  Fahamilah Perasaanku : 30 Luahan Suami
   3.  Langkah Bestari Isteri Mithali
   4.  Langkah Bestari Suami Mithali
   5.  Abang, Apa Salahku? Disaat Cinta Suami Berpaling
   6.  Bibir Merayu Hati Bernafsu
   7.  Men Are From Mars, Women Are From Venus
   8.  Act Like A Lady, Think Like A Man
   9.  77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
  10. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
  11. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasullah
  12. Magnet Cinta
  13. Memahami Bahasa Cinta Lelaki
  14. Petua Membentuk Cinta Abadi
  15. Petua Mendapat Pasangan
  16. Psikologi Cinta
  17. Travelog Cinta Abadi

C. Diskaun 25% Bagi Semua Buku Dalam Promosi Salam Maulidur Rasul´╗┐:
   1. Syamail Muhammadiah
   2. Uswatun Hasanah: Meneladani Rasul, Meraih Cinta Allah
   3. Muhammad bin Abdullah - Peribadi Seorang Pa..
   4. Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad bin Abdullah
   5. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
   6. Ku Damba Cintamu Ya Rasulullah
   7. Khutbah Rasulullah: Pesanan Kekasih buat Umat yang Tercinta
   8. Rahsia Cinta Segi Tiga Muhammad
   9. Perang Badar
  10. Perang Uhud
  11. Ikramah-Penentang Jadi Pembela
  12. Puteri Penawar Hati
  13. Sejarah Khalifah Rasulullah
  14. Siapa Khadijah binti Khuwailid
  15. Umar Al-Khattab - Reformis Dunia Islam
  16. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
  17. Pengintip Kota Syam
  18. Khalid-Memburu Syahid
  19. Khalifah-khalifah yang Benar
  20. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi
  21. Jadi Seperti Muhammad
  22. Hijrah
  23. Doa Ajaran Rasul
  24. Doa Ajaran Sahabat
  25. Didik Anak Gaya Rasulullah
  26. Bukti-bukti Sains dan Sejarah Kerasulan Muhammad
  27. Biografi Muhammad Bin Abdullah (Edisi 2011)
  28. Bilal bin Rabah
  29. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
  30. Berbicara Cara Nabi
  31. Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah
  32. Aminah - Bunga Kaum Quraisy
  33. Aminah : Cinta Puteri Quraisy
  34. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
  35. Ali bin Abi Talib
  36. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
  37. Abu Bakar : Sahabat Sejati
  38. 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga
  39. 31 Kisah Sahabat: Kamus Tuhan

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pasaran Buku Panduan Perkahwinan Bahagia

Saiz pasaran buku-buku panduan perkahwinan bahagia adalah besar dan aktif sepanjang tahun. Jadi, penerbit yang mahu survive dalam pasaran perlu mempunyai judul-judul dalam kategori ini.

Pembeli utama buku-buku panduan perkahwinan adalah perempuan muda yang sudah mempunyai rancangan berkahwin dan isteri-isteri yang masih muda.

Selama ini pasaran buku panduan perkahwinan didominasi oleh penerbit buku-buku agama sahaja. Buku-buku yang diterbitkan adalah terjemahan kitab-kitab Arab ataupun buku-buku kecil yang ditulis oleh ustaz-ustaz tempatan berdasarkan kitab-kitab Arab.

Tiga buku di atas mempunyai kekuatan masing-masing:

Buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah ditulis oleh 2 orang penulis lelaki. Tuan Zamri seorang pemuda yang belum berkahwin dan beliau memegang ijazah bidang komunikasi masa. Tuan Imran Yusof adalah seorang suami dan memegang ijazah sains.

Buku mereka Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah adalah panduan praktikal yang menggabungkan teknik-teknik komunikasi ciptaan ilmuwan Barat dengan prinsip-prinsip umum dalam Islam. Buku itu mereka laku keras dalam pasaran dan cepat diulangcetak.

Buku ini tiada saingannya dalam kategori ini. Kekuatan buku ini adalah ia ditulis dengan menggunakan sudut pandang lelaki dan ditujukan kepada perempuan. Pasaran bagi buku jenis ini adalah Laut Biru dan saiznya amat besar. Mereka adalah perempuan muda yang 'biasa-biasa' latar belakang pendidikan agama, yakni mereka bukan lulusan fakulti Islam.

Buku Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa di tulis oleh Mardiana Mat Ishak. Buku ini baru terbit. Ia menggunakan pendekatan tradisional Islami tulen. Buku ini dijangka memberi persaingan baru kepada beratus judul yang sedia ada dalam pasaran. Buku ini tiada kekuatan istimewa dari sudut isi kandungannya, tetapi diramalkan akan laku disebabkan 2 faktor, (i) kulitnya yang cantik dan (ii) bahasanya yang mudah. Sektor buku jenis ini adalah Laut Merah.

Buku Men Are From Mars, Women are From Venus - Bintang Timur, Bintang Barat, adalah buku terjemahan daripada bahasa Inggeris. Buku ini baru sahaja terbit. Edisi Inggerisnya sudah 40 tahun dalam pasaran dan ia sangat terkenal dalam kalangan pembaca buku-buku panduan perkahwinan dalam bahasa Inggeris. Ia sudah bertaraf klasik dalam sektornya. Sektor buku terjemahan adalah Laut Biru. Diramalkan buku ini akan laku keras.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 3 April 2011: Terjemahan Teks Agama Bahasa Indonesia - Bahasa Melayu

Tarikh: AHAD 3 April 2011

Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Tmn. Permata, Hulu Kelang - KL.

Masa: 10 pagi - 1 petang

Yuran: Gratis

Tulis nama penuh, alamat emel dan nombor HP.

NOTA: Tidak boleh mendaftar dalam Facebook Puan Ainon Mohd. Mesti mendaftar di blog http://universitipts.com

Bagi peserta dari luar KL: Pergi ke KL Sentral. Ambil LRT ke Terminal Putra (Gombak). Ambil teksi, suruh hantar ke Giant Tmn. Permata. Cari kedai 7-Eleven. Satu deret dengan 7-Eleven, ada KLINIK GIGI NOORIAH. Naik tingkat 2 atas klinik itu. Di situlah sekolah al-Ikhlas, sekolah orang tua dan kanak-kanak belajar mengaji.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(34) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip dari Pengurus AinMaisarah Tentang Tingkah Laku Pembeli Buku

Foto di atas menunjukkan buku-buku yang terpamer dia atas meja. Ada 3 judul yang masing-masing tinggal satu naskhah sahaja.

Menurut Tuan Syaizul Amal, pengurus brand AinMaisarah, apabila buku hanya tinggal satu naskhah, segera tokok. Ini kerana, buku yang tinggal 1 naskhah sahaja sukar terjual berbanding buku yang masih banyak naskhah.

Beliau mengatakan ada kemungkinan di kalangan orang Melayu, mereka tidak suka mengambil apa-apa yang tinggal satu unit sahaja. Tingkah laku ini dapat diperhatikan pada fenomena orang Melayu yang tidak mahu mengambil kuih terakhir yang tertinggal dalam pinggan!...

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 22, 2011

Tip Survival Penulis: Peri Pentingnya Product Planning

Kita sekarang sudah berada dalam zaman harta intelek.

Mungkinkah penulis-penulis kreatif yang saat ini sedang menikmati zaman kegemilangan novel Melayu akan dapat menikmati pendapatan daripada royalti novel-novel mereka secara berterusan?

Bagi penulis yang sekarang menerima royalti lebih daripada RM100 ribu setahun, adakah pendapatan seperti itu dapat dinikmati selama berpuluh-puluh tahun lagi?

Pendapatan penulis datang daripada pelbagai punca, bukan daripada jualan buku-buku mereka sahaja.

Sumber-sumber pendapatan penulis adalah:

i. Royalti buku edisi originalnya.

ii. Royalti edisi ringkas buku original.

iii. Royalti edisi komik buku original.

iv. Royalti edisi downloadable dari internet.

v. Royalti daripada edisi e-book.

vi. Royalti edisi terjemahan ke dalam pelbagai bahasa.

vii. Royalti edisi paperback, softcover dan hardcover.

viii. Royalti edisi buku audio.

ix. Royalti apabila karya itu difilemkan, di telenovelakan, dianimasikan.

x. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu diterbitkan dan diedarkan dalam bentuk VCD.

xi. Royalti apabila filem ataupun telenovela itu di-dubbing ke dalam bahasa-bahasa asing dan diekspot keluar negara.

xii. Royalti apabila buku itu di-merchandise-kan.

xiii. Royalti sebagai story-creator apabila pengarang-pengarang lain menghasilkan siri lanjutan daripada konsep buku original.

xiv. Royalti daripada modul-modul kursus yang dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan daripada karya original.

xv. Royalti apabila watak utama dalam karya itu dijadikan watak dalam game komputer.

xvi. Honorarium apabila penulis muncul sebagai tetamu undangan dalam pelbagai ceramah, seminar, kursus, bengkel, majlis-majlis perasmian, pelancaran, pembukaan, kempen dan banyak lagi.

xvii. Royalti apabila penulis melesenkan penggunaan nama dirinya pada buku-buku hasil penulisan penulis-penulis lain.

vix. Royalti dari penggunaan nama pengarang secara komersial untuk pelbagai bisnes dan produk.

Apabila menulis buku, rancang bagaimana hendak menghasilkan buku-buku yang dapat menghasilkan pendapatan berpanjangan. Ambil banyak waktu dan daya fikir bagi merancang KEJAYAAN sesebuah buku itu. Ini disebut 'product planning'.

Buku yang bagus apabila dinilai daripada sudut nilai harta intelektualnya adalah buku yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia dieksploitasi dengan pelbagai cara, oleh pelbagai pihak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 21, 2011

Kategori Buku Kanak-Kanak dan Remaja

Buku-buku remaja juga biasa disebut 'buku YA' (young adult) oleh pemain dalam industri penerbitan buku.

Buku-buku YA adalah adalah fenomena baru dalam dunia penerbitan buku. Dulu, perpustakaan dan kedai-kedai buku tidak mempunyai rak khas bagi mempamerkan buku-buku YA, sebaliknya buku-buku YA diletakkan di rak buku kanak-kanak.

Dalam bahasa Melayu, buku-buku YA Melayu baru semenjak beberapa tahun belakangan ini sahaja muncul dalam pasaran. Sebelum ini buku-buku yang disebut sastera remaja sebenarnya bukan buku YA. (Ini akan diterangkan dalam entri lain.)

Buku-buku untuk bacaan kanak-kanak dan remaja terbahagi kepada 5 kategori:

(i) Buku kadbod. Buku kanak-kanak jenis ini dicetak menggunakan kad tebal, bukan kertas nipis. Buku-buku ini adalah untuk kanak-kanak yang belum pandai membaca. Ia dibacakan kuat oleh ibunya.

(ii) Buku bergambar. Buku jenis ini ditargetkan untuk kanak-kanak yang sedang belajar membaca.

(iii) Buku bacaan awal (6-9 tahun)

(iv) Buku bacaan pertengahan (8 -12 tahun)

(v) Buku awal dewasa atau buku YA (12 tahun ke atas)

Selain kategori seperti di atas, ada juga penerbit di Barat yang menggunakan braket usia 10 - 15 tahun untuk buku-buku YA. Malah ada juga penerbit yang menggunakan kategori sehingga 15 tahun ke atas.

Sebenarnya, kategori-kategori di atas dicipta oleh penerbit buku sebagai alat kerja mereka semasa menetapkan aras bacaan (reading level). Aras bacaan adalah tahap kesukaran sesebuah buku. Jadi, setiap buku kanak-kanak mengesyorkan usia yang sesuai bagi kanak-kanak yang membacanya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

JUDUL BARU
1. EQ: Menjana Kecerdasan Emosi (2000 unit)
2. Laksamana Cheng Ho (5000 unit)
3. No Excuses: Jangan Berdalih lagi untuk Berjaya (3000 unit)
4. Buat Duit dengan Katering (3000 unit)

Judul Ulang Cetak
1. Aku, Dia & Coklat (3000 unit)
2. Hidangan Terbaik Dunia: Cina (3000 unit)
3. How To Win Friends & Influence People (2000 unit)
4. Miss Epal (2000 unit)
5. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran (3000 unit)
6. Kelab Gadis Ayu (3000 unit)
7. Tok Mudin Datang (2000 unit)
8. Young Aisyah: Sayang Cikgu (2000 unit)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif produksi di jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 20, 2011

Faktor Kejayaan Novel Remaja Sehingga Dapat Menyaingi Novel Cinta Popular

Dunia sastera remaja tanah air belum pernah menyaksikan kemeriahan sebagaimana yang sedang berlaku saat ini. Begitu banyak karya novel remaja diterbitkan. Demikian pula begitu banyaknya nama-nama penulis novel remaja yang baru muncul.

Risikan pasaran yang dilakukan oleh pegawai-pegawai di jabatan jualan PTS mendapati ada tanda-tanda bahawa saiz pasaran novel remaja sudah mengatasi saiz pasaran novel cinta popular.

Malah, maklumat dari petugas di kedai-kedai buku mengatakan jualan novel-novel remaja sudah mencuri sebahagian pasaran novel cinta popular, di mana pada suatu masa dahulu, sebelum novel remaja banyak diterbitkan, remaja perempuan membeli dan membaca novel-novel cinta popular, tetapi pada masa ini trend itu menurun dengan ketara sekali. Remaja perempuan yang masuk ke kedai buku terus menuju rak novel remaja!

Faktor utama yang membolehkan sektor novel remaja berkembang pesat adalah kreativiti penulis-penulisnya yang tidak putus-putus menghasilkan cerita-cerita yang tidak klise.

Ini berbeza dengan penulis novel cinta popular yang seperti tidak berjaya mencipta inovasi sehingga angka jualannya merosot.

Pada masa ini jumlah cetakan pertama novel remaja semakin meningkat, tetapi yang sebaliknya pula sedang berlaku ke atas novel cinta popular.

Unsur paling penting yang menyebabkan remaja gila-gila membaca novel remaja adalah disebabkan novel-novel itu mempunyai banyak unsur 'excitement' dan 'exciting' pada jalan ceritanya. Unsur excitement itulah menyebabkan remaja mengalami pelbagai jenis perasaan yang dikaitkan dengan emosi seronok yang dapat mereka kongsikan dengan rakan-rakan sebaya.

Di sinilah perbezaan yang paling ketara antara novel remaja dengan novel cinta popular. Manakala novel remaja mencetuskan perasaan excitement, novel cinta popular, termasuklah novel cinta Islami, masih terus dengan jalan cerita dan gaya bahasa yang memain-mainkan dan membuai-buai emosi pembacanya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 19, 2011

PTS Netmedia Sdn. Bhd. Mula Menerbitkan Buku

PTS NetMedia Sdn. Bhd. adalah anak syarikat PTS yang terbaru beroperasi.

Anak syarikat ini ditubuhkan khusus bagi menerbitkan buku-buku teknikal dan komersial bagi membantu pembaca yang memerlukan buku-buku panduan pantas menggunakan pelbagai gajet dalam kehidupan sehari-hari.

Target utama PTS NetMedia adalah golongan muda antara 16 tahun sehingga 38 tahun, khususnya pembaca lelaki.

Buku Kuasai Fungsi & Kawalan kamera DSLR adalah buku terbitan PTS NetMedia yang pertama. Buku ini sedang dicetak dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Pasaran buku-buku panduan teknikal adalah pasaran yang cepat berkembang dan cepat berubah. Justeru buku-buku dalam kategori ini tidak tahan lama dalam pasaran. Dengan demikian penulis perlu bersedia menghasilkan edisi terbaru setiap kali teknologinya berubah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 18, 2011

Cara Kerja AinMaisarah Mencipta Jalan Cerita

Puan Ain Maisarah tidak putus-putus menghasilkan novel-novel remaja yang cerita-ceritanya digilai oleh peminat-peminat beliau, seolah-olah idea dapat dipetik dari langit! Jumlah Fan Page beliau sudah 40 ribu orang.

Selama ini memang terdapat dilema bagi penulis. Apabila seseorang penulis itu mengambil masa yang panjang bagi menyiapkan sebuah novel, kualiti ceritanya bertambah elok kerana dia mengambil masa bagi memastikan ceritanya betul-betul berkualiti. Inilah faktor yang menyebabkan sukar bagi penulis hendak menulis 2 ataupun 3 buah novel setahun. Malah, mahu menghasilkan sebuah novel setahun pun berat. Akibatnya, pendapatan royalti mereka tidak banyak sehingga mereka tidak mampu menjadi penulis sepenuh masa.

Di sisi lain, jika penulis menulis banyak novel setahun, kualiti cerita yang dihasilkan jatuh. Akhirnya, peminat mereka lari. Fenomena ini sudah berlaku dalam genre novel cinta popular. Nama yang yang satu masa dahulu sangat popular kini sudah malap dan hampir terkeluar dari pasaran. Malah sudah ada nama besar yang terkeluar langsung dari pasaran.

Puan Ain Maisarah menyelesaikan dilema itu dengan cara mencipta banyak jalan cerita serentak!

Jadi, beliau memisahkan (i) proses mencipta jalan cerita, dengan (ii) proses menuliskan jalan cerita itu menjadi novel.

Foto di atas menunjukkan cara kerja beliau dalam mencipta jalan cerita yang lain dari pada yang lain, sehingga tidak ada pertindanan peristiwa antara tiap-tiap karya beliau. Hasilnya, setiap cerita dalam novel-novel beliau adalah unik.

Nota: Nilai jualan novel-novel AinMaisarah pada tahun 2010 adalah melebihi RM1 juta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Persatuan Editor Malaysia (PEM) Ditubuhkan

Persatuan Editor Malaysia (PEM) sudah selamat ditubuhkan.

Pengerusi PEM adalah Prof. Madya Dr. Hamedi Mohd Adnan (foto), dari Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya.

Tujuan PEM ditubuhkan adalah bagi menjaga dan memperjuangkan kepentingan editor di Malaysia.

Pada masa ini jawatan editor belum diiktiraf dalam sektor kerajaan.

PEM berusaha meningkatkan taraf profesionalisme editor di Malaysia. Layari www.editormalaysia.com bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai PEM.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 17, 2011

Seni Pakejing Buku Agama bagi Memikat Pembaca Remaja

Menyampaikan maklumat agama kepada remaja adalah wajib.

Namun remaja tidak mahu mendengar ceramah agama, melainkan dipaksa oleh orang dewasa. Jika diberi pilihan mereka mahu pergi ke stadium menyaksikan concert muzik ataupun bola sepak.

Mereka juga tidak menggunakan wang poket sekolah mereka bagi membeli buku-buku agama. Paling atas sekali, mereka membeli topap untuk hanfon mereka.

Jika ada wang lebihan, remaja perempuan membeli novel-novel pengarang idola mereka seperti Ain Maisarah dan Farihah Iskandar. Remaja lelaki pula membeli komik.

Penerbit perlu mencari pelbagai punca mengapa dalam kalangan remaja yang memang suka membaca sekalipun, mereka tidak suka membaca buku-buku agama, dan kemudian mencari jalan bagi mengatasi punca-punca itu.

Buku Ku Dambakan Cintamu ya Rasulullah adalah contoh daya usaha PTS bagi menghasilkan kaver buku agama yang berpotensi dapat memikat mata dan hati remaja supaya mahu membacanya.

Buku ini bukan buku kreatif, namun kavernya mempunyai interteks yang tinggi dengan kaver buku kreatif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 16, 2011

Fungsi Unit Produksi PTS

Foto di atas menunjukkan empat orang eksekutif di Unit Produksi di jabatan editorial PTS. Unit ini berada di bawah pengurus besar jabatan editorial.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh unit produksi adalah:

(i) Urusan pembelian kertas dan arahan penghantaran kertas dari gudang pembekal kertas ke syarikat-syarikat percetakan.

(ii) Kawalan dan penjadualan bajet percetakan bulanan bagi judul baru dan judul ulang cetak.

(iii) Menguruskan proses ulang cetak judul.

(iv) Koordinasi gerak kerja antara jabatan editorial dan jabatan marketing supaya jadual promosi buku berjalan dengan efektif.

(v) Penyediaan fail-fail judul PTS dalam format yang dikehendaki oleh Google E-book Store, I-book Store dan Kobo Reader.

(vi) Menguruskan fail-fail backup untuk semua judul PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 15, 2011

Tip Survival Penerbit: Mencipta Trend Baru Desain Kaver Novel Remaja

Pada masa ini pasaran novel remaja sedang berkembang dengan menggebu-gebu. Ini mendorong (i) timbulnya lebih banyak nama-nama penulis baru, dan (ii) lebih banyak penerbit menceburi sektor ini.

Perkembangan sektor novel remaja mendorong semua penerbit yang sudah lama bertapak ikut menerbitkan novel remaja. Ada penerbit yang baru muncul juga masuk pasaran ini. Situasi ini mendorong kedai-kedai buku membuka rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku remaja sahaja.

Kajian pasaran yang dilakukan oleh PTS mendapati setiap bulan lebih 10 judul baru kategori novel remaja dan awal remaja dipamerkan di kedai-kedai buku. Jumlah bekalan itu melebihi keupayaan pembeli kerana remaja membeli buku menggunakan duit saku sekolah. Jadi, pilihan remaja sangat terbatas.

Remaja yang mampu membeli buku-buku bacaan tambahan adalah mereka yang datang daripada kelas menengah. Purata seorang remaja mampu membeli satu judul sahaja sebulan. Ini bermakna, daripada 10 judul baru yang dipamerkan di kedai, hanya 1 judul sahaja yang akan dipilih oleh remaja itu.

Apabila berlakunya lebihan bekalan, peranan desain cover menjadi sangat penting.

Pemerhatian yang dilakukan oleh Tn. Syaizul Amal, pengurus novelis remaja paling top AinMaisarah, beliau melaporkan bahawa remaja perempuan sangat terpengaruh oleh desain cover. Menurut beliau lagi, banyak remaja perempuan memilih buku semata-mata disebabkan mereka tertarik dengan desain covernya. Ini berlaku dalam kalangan remaja yang baru sahaja hendak membaca buku dalam bahasa Melayu oleh itu mereka belum menjadi peminat tegar kepada mana-mana nama pengarang.

Citarasa remaja sangat cepat berubah-ubah. Ini menyebabkan desain cover buku remaja tidak boleh tidak berubah-ubah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 14, 2011

Tip Survival Penerbit: Kawalan Hutang

Banyak syarikat penerbit buku gulung tikar bukan disebabkan buku mereka tidak laku, tetapi disebabkan mereka tidak dapat mengutip hutang dari pekedai. Cerita hutang lapuk adalah cerita yang dialami oleh semua penerbit. Semakin besar bisnes penerbit, semakin besar jumlah hutang lapuk yang mereka tanggung.

Kes pekedai tidak membayar hutang bukan hanya disebabkan oleh faktor towkay kedai tidak mempunyai modal operasi yang cukup besar sehingga mereka terpaksa 'tarik duit di sini, gunakan duit itu di sana'.

Ada kes di mana towkay kedai mempunyai duit kerana kita tahu dia membeli kereta baru yang mahal harganya. Maknanya, dia memang tidak mahu membayar hutang.

Towkay kedai jenis ini memang 'pandai membelit pembekal-pembekalnya.' Semasa mula-mula membuka kedai buku dia sanggup membeli tunai, sehingga lama-lama kita yakin dia seorang peniaga yang boleh diberikan akaun kredit.

Semasa baru-baru sahaja dia diberi akun kredit, dia membayar hutang dengan bagus sekali, sehingga kita pun yakin had kreditnya boleh dinaikkan, dari RM10k ke RM20k, ke RM30k, ke RM40k.

Apabila hutangnya sudah RM50k, tiba-tiba dia tidak mahu membayar hutangnya! Ini yang sedang dilakukan oleh sebuah kedai buku terkenal di sebuah kompleks di Bangi kepada pembekal-pembekalnya, termasuklah PTS. Pengurusan PTS sudah memulakan proses undang-undang kepada towkay kedai itu.

NOTA: Foto di atas menunjukkan mesyuarat mingguan jabatan jualan dan kawalan kredit di PTS. Di hujung meja adalah Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan. Di PTS, mesyuarat sales dan kredit diadakan setiap minggu. Dalam mesyuarat ini data-data jualan dan kutipan hutang mingguan dibentangkan dan dianalisa bagi diambil tindakan.

PTS mempunyai 4 orang eksekutif kawalan kredit. Tugas mereka adalah mengutip hutang daripada agen dan kedai-kedai buku. Mereka mempunyai kuasa mengarahkan penyelia gudang PTS supaya jangan menghantar kotak buku-buku yang sudah sedia bagi penghantaran selagi cek bayaran hutang belum diterima.

Di PTS, bayaran komisen bulanan kepada SEMUA staf adalah dikira berdasarkan hutang yang dapat dikutip bagi bulan berkenaan, yakni bukan berdasarkan nilai jualan buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Judul Baru

1. 11 Teori & Prinsip Motivasi di Tempat Kerja (3000 unit)
2. Peribahasa Kontemporari - ed. ke-3 (2000 unit)
3. Cinta di Hujung Sejadah (3000 unit)
4. Misi Suhana-Saya Sayang Semua (3000 unit)

Judul Ulang Cetak

1. Panduan Mudah Urus Jenazah (3000 unit)
2. Yakjuj & Makjuj - ed kulit lembut (3000 unit)
3. 501 Soal Jawab Darah Wanita (3000 unit)
4. Aku Mahu Super Bibik (2000 unit)
5. Dato' Dr Harun Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian (2000 unit)
6. The 21 Indispensable Qualities of A Leader - ed. Bahasa Melayu (2000 unit)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 13, 2011

Tip Survival Penerbit: Memilih Kru Gudang

Foto di atas menunjukkan beberapa kru gudang PTS sedang berehat selepas makan tengah hari, sementara menunggu jam 2 petang apabila mereka kembali ke tempat tugas masing-maisng.

Pada saat ini kru gudang PTS berjumlah 36 orang.

Dalam mana-mana syarikat, kru gudang adalah kelompok staf yang paling sukar dijaga supaya setia dengan syarikat, yakni tidak berhenti kerja.

Insiden kru gudang berhenti kerja menjadi sangat tinggi disebabkan banyak faktor:

(i) Gaji mereka adalah yang paling rendah dalam syarikat.

(ii) Tempat kerja mereka adalah yang paling tidak selesa, yakni panas kerana tiada pendingin hawa.

(iii) Kerja-kerja yang mereka jalankan adalah yang paling berat.

(iv) Usia mereka adalah yang paling muda.

PTS cuba menambat hati kru gudangnya supaya suka berkhidmat lama dengan PTS dengan menggunakan 2 startegi:

(i) Bagi mendapatkan staf gudang baru, dasar pengurusan PTS amat menggalakkan supaya staf PTS memperkenalkan keluarga dan saudara-mara mereka sendiri sebagai calon kru.

(ii) Memberikan mereka peluang membuat kerja-kerja OT (overtime) dalam gudang PTS sendiri. Ini hanya dapat dilakukan apabila jabatan editorial PTS menghasilkan buku-buku yang sangat laku sehingga jabatan sales menerima pesanan yang banyak dari agen dan kedai-kedai buku.

Kru gudang memainkan peranan yang sangat penting kerana hanya kru yang berpengalaman sahaja yang dapat mengingat setiap satu judul buku dan lokasi di mana rak mana setiap judul buku itu disimpan.

Sehingga saat ini PTS sudah menerbitkan lebih 2 ribu judul buku. Ini bermakna kru gudang perlu mempunyai ingatan yang cekap berkenaan setiap judul buku, rupa kulit buku, dan di rak mana buku itu disimpan, serta sama ada stok buku itu masih ada ataupun sudah habis. Jika tidak, proses mencari buku dan mengambil buku itu menjadi lambat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 12, 2011

AinMaisarah Menubuhkan Syarikat Penerbitan Blink Books Sdn. Bhd.

Brand AinMaisarah menapak selangkah lagi ke hadapan dengan penubuhan syarikat penerbitan Blink Books Sdn. Bhd. (BBSB)

Blink Books akan menerbitkan semua buku-buku baru di bawah brand AinMaisarah.

Antara siri baru AinMaisarah yang akan muncul dalam pasaran tidak lama lagi di bawah bendera BBSB adalah siri 'Dongeng Sri Bangsar'.

Semua buku terbitan BBSB akan diedarkan oleh PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Pemegang saham BBSB adalah (i) AinMaisarah - 40%, (ii) Ainon Mohd. - 30%, dan (iii) Arief Rahmad - 30%. Lembaga pengarah BBSB adalah Tn. Syaizul Amal (yang mewakili kepentingan AinMaisarah), Pn. Ainon Mohd. dan Tn. Arief Rahmad.

Dengan struktur pemilikan saham itu, BBSB bukan anak syarikat PTS, tetapi berstatus 'associated company' kepada PTS kerana 2 orang individu pemegang saham dalam PTS adalah juga pemegang saham dalam BBSB.

Disebabkan BBSB bukan anak syarikat PTS maka ahli lembaga pengarah dan pengurusan BBSB adalah bebas 100% bagi menetapkan dasar-dasar dan strategi peniagaannya sendiri.

Lembaga pengarah BBSB sudah melantik Cik Nurismaliza Ismail sebagai pengurus editorialnya. Cik Nuris pernah bertugas sebagai ketua unit teen di PTS Professional Sdn Bhd. Beliau adalah seorang pakar dalam bidang penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja dengan track-record yang amat cemerlang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 11, 2011

TOP 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Jumlah Naskhah Terjual

Di bawah ini adalah ranking jadul-judul PTS yang terjual bagi bulan Januari 2011 berdasarkan jumlah naskhah:

1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza (10119 unit)
2. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman (7060 unit)
3. Senangnya Memasak Puding & Desert (6712 unit)
4. Senangnya Memasak Kuih Kukus (6688 unit)
5. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung ed. jimat (6453 unit)
6. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit (5960 unit)
7. Cita Rasa Malaysia: Kedah (5852 unit)
8. Cita Rasa Malaysia: Perak (5518 unit)
9. Dahsyatnya Doa Ibu (5505 unit)
10. Senangnya Memasak Nasi (5293 unit)
11. Senangnya Memasak Ayam (5139 unit)
12. Motivasi Alihan Pelajar Gaya Smart Study (5046 unit)
13. Senangnya Memasak Ikan (5016 unit)
14. Impiana: Boxset (4893 unit)
15. Puteri Tudung Bermanik (4788 unit)
16. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah (4760 unit)
17. Puteri Kemilau Cahaya (4586 unit)
18. Cita Rasa Malaysia: Pahang (4227 unit)
19. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang (4150 unit)
20. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh (4145 unit)
21. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (4065 unit)
22. Hidangan Terbaik Dunia: Thailand (3938 unit)
23. Hijrah (3928 unit)
24. Impiana: Finale (3707 unit)
25. Impiana: Misteri Terbongkar (3700 unit)
26. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah (3662 unit)
27. Koleksi Cerita Adam Kecil (3632 unit)
28. Senangnya Memasak Makanan Barat (3604 unit)
29. Cita Rasa Malaysia: Melaka (3604 unit)
30. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu (3545 unit)
31. Senangnya Memasak Sambal & Sos (3484 unit)
32. Cita Rasa Malaysia: Terengganu (3471 unit)
33. Cita Rasa Malaysia: Negeri Sembilan (3450 unit)
34. Kamilah Kembar Diraja (3441 unit)
35. Cita Rasa Malaysia: Sabah (3440 unit)
36. Senangnya Memasak Daging (3435 unit)
37. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib (3363 unit)
38. Senangnya Memasak Kerabu & Salad (3360 unit)
39. Komik-M: Dear Yayah The Comics 2 (3351 unit)
40. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar (3311 unit)
41. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan (3281 unit)
42. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau (3266 unit)
43. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang (3057 unit)
44. Koleksi Nama Anak Terindah (3030 unit)
45. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3019 unit)
46. Komik-M: Shootz! 3 (2931 unit)
47. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis (2913 unit)
48. Lelaki Berbaju Biru (2913 unit)
49. Hidangan Terbaik Dunia: Jawa (2912 unit)
50. Akukah Cinderella Itu? (2903 unit)

NOTA: Istilah 'terjual' di sini bermakna buku itu keluar dari gudang PTS dan dihantar kepada agen dan kedai-kedai buku.

Informasi ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 09, 2011

Jawatan Kosong: Editor di PTS Millenia

PTS Millennia Sdn Bhd sedang mencari 3 orang calon untuk mengisi kekosongan jawatan editor.

2 orang editor kontrak.

1 orang editor kreatif di unit DIY dan Hobi.

Tulis emel kepada tuan Ikram Nor Wazir (foto), Pengurus PTS Millenia, di .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Duta PTS Menjalankan Kempen ‘Tahun Apresisasi SN A Samad Said’

Tahun 2011 ini adalah 'Tahun Kempen Apresiasi Karya SN A Samad Said'. Kempen ini bertujuan memperkenalkan nama dan sumbangan Sasterawan Negara itu, khususnya kepada generasi muda, dan kepada seluruh masyarakat umumnya.

Jentera PTS sudah mula bergerak bagi menjadikan kempen itu suatu kenyataan.

Duta PTS, Puan Ain Maisarah (foto) sudah mula melaksanakan tugas kedutaan beliau dengan memperkenalkan nama dan karya SN A Samad Said dalam program Jelajah Sekolah yang beliau jalankan.

Menurut Puan Ain Maisarah, banyak guru dan pelajar terkejut apabila mereka mendapat tahu bahawa sasterawan negara juga menghasilkan karya sastera untuk bacaan remaja. Mereka selama ini menyangka sasterawan negara menghasilkan karya untuk pembaca dewasa sahaja.

Kempen ini dijalankan oleh PTS khusus untuk SN A Samad Said sahaja kerana hanya beliau seorang sahaja sasterawan negara yang bernaung di bawah brand PTS.

Wira Bukit Sdn. Bhd. memiliki hakcipta semua harta intelek SN A Samad Said, yakni buku dan lukisan. Pada tahun 2010 Wira Bukit telah melantik PTS sebagai pemegang hak penerbitan dan pemasaran semua 60 buah karya beliau dalam bentuk buku.

Dengan menjalankan "Kempen Apresiasi Karya SN A Samad Said" ini maka diramalkan akan ada sasterawan negara lain yang berminat bernaung di bawah brand PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 08, 2011

Tip Survival Penerbit: Trend Pasaran Novel Genre Ciklit PTS bagi Tahun 2010

Trend jualan novel-novel ciklit PTS menunjukkan pola yang baik. Pasaran ini sedang berkembang dengan sihat sekali. Fenomena ini mendorong lebih banyak penerbit dan penulis menceburi sektor ini.

Adalah diramalkan, dalam tempoh yang tidak lama dari sekarang pasaran sektor ciklit akan menjadi tepu, melainkan penulis-penulis ciklit berinovasi bagi menghasilkan produk-produk yang segar.

PTS membuka laut biru novel ciklit dan laut biru novel cinta Islami secara serentak. Hasilnya didapati pasaran novel ciklit adalah 3 kali lebih besar daripada pasaran novel cinta Islami. Ini tergambar jelas sebagaimana yang dapat dilihat daripada data jualan kedua-dua genre itu.

Jualan 15 judul terlaris novel ciklit PTS bagi tahun 2010:

1. Aku Mahu Superbibik (9,635 unit)
2. Projek Diet Ain Maisarah (7,280 unit)
3. Siapa Lebih Popular? (6,542 unit)
4. Aku, Dia & Gosip (6,360 unit)
5. Gadis Bubble Gum (5,841 unit)
6. Aku, Dia & Coklat (4,963 unit)
7. Aku, Dia & Glamor (4,846 unit)
8. Akukah Cinderella Itu? (4,729 unit)
9. Kita Hanya Di Seberang Jalan (4,361 unit)
10. Kelab Gadis Ayu (4,322 unit)
11. Gadis Lolipop (4,184 unit)
12. Sayalah Putera Mahkota! (3,972 unit)
13. Seperti Keju & Coklat (3,747 unit)
14. Semanis Tart Ceri (3,631 unit)
15. Lelaki Berkasut Merah (3,026 unit)

Data jualan 15 judul terlaris novel cinta Islami PTS bagi tahun 2010:

1. Nyanyi Sunyi (4,052 unit)
2. Kala Cinta Dan Wahyu Bersatu (3,288 unit)
3. Punya Cinta Ramadan (3,050 unit)
4. Bara Cinta Canberra (2,836 unit)
5. Wasilah Cinta Weera (2,779 unit)
6. Kasih Seharum Manisah (2,718 unit)
7. Ku Seru Nur Kasih (2,466 unit)
8. Tuhan Masih Mencintaiku (2,226 unit)
9. Salju Sakinah (2,104 unit)
10. Aku Bukan Malaikat  (2,001 unit)
11. Biarawati Qaseh Puteri (1,830 unit)
12. Qasidah Untuk Kekasih (1,680 unit)
13. Warkah Cinta Berbau Syurga (1,561 unit)
14. Menunggu Cinta Tuhan (1,211 unit)
15. Doa Insan Berkasih (1,066 unit)

PTS sedang melakukan analisis pasaran bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi trend jualan kedua-dua genre di atas.

Dari hasil analisis dan perbandingan data di atas, dapat disimpulkan bahawa dari sudut logik bisnesnya, menerbitkan genre ciklit adalah lebih menguntungkan daripada menerbitkan novel cinta Islami.

Namun, pada waktu yang sama, ada kemungkinan bahawa data jualan novel cinta di atas tidak memberi gambaran saiz sebenar pasaran genre itu. Ada kemungkinan saiz pasarannya besar tetapi strategi bisnesnya yang belum betul, sehingga novel cinta Islami tidak laku banyak.

Kesilapan strategi mungkin berlaku pada pada perancangan produk (product planning) sehinggakan tidak kelihatan apa yang menjadi USP (unique selling point) novel-novel cinta Islami PTS dibandingkan dengan novel Ayat-Ayat Cinta.

i. Konsep produk - Penulis novel cinta Islami PTS tidak menawarkan konsep-konsep baru yang segar-bugar, yang berbeza daripada konsep Ayat-Ayat Cinta. Ini berbeza daripada para penulis novel ciklit yang tidak henti-hentinya menawarkan tema dan cerita-cerita yang segar.

Kejayaan AAC meninggalkan kesan negatif ke atas daya kreasi penulis novel cinta Islami. Habiburrahman El-Sherazy menerbitkan berbelas-belas judul. Namanya menguasai pasaran novel cinta Islami ala-ala Ayat-Ayat Cinta (AAC). Pengaruh AAC sangat dirasakan dalam novel-novel cinta Islami yang dihasilkan oleh penulis-penulis lain selepas AAC. Sebenarnya pasaran ACC sudah tepu, namun penulis lain masih terus menghasilkan manuskrip ala-ala AAC.

Contoh inovasi yang pernah berlaku dalam genre novel cinta Islami PTS adalah novel Nazri M Annuar, Karipap-Karipap Cinta (KKC). KKC menawarkan pembaharuan. Ceritanya segar, desain kulitnya juga menyimpang daripada desain-desain yang sudah klise. Terbukti jualan KKC baik, sehingga dijadikan filem oleh Osman Hafsham dengan mengekalkan judul itu. 

Kejayaan KKC dalam pasaran adalah indikasi produk-produk inovatif seperti itu berpotensi membuka laut biru.

Sayangnya, inovasi KKC itu tidak diikuti oleh penulis-penulis lain. Nazri M Annuar pula tidak produktif seperti halnya dengan Habiburrahman El-Sherazy. Dengan demikian, inovasi yang dilakukan oleh Nazri M Annuar itu gagal membangunkan trend pasaran dan pengikut.

ii. Desain kulit - Pereka desain kulit novel cinta Islami PTS tidak menawarkan desain yang keluar dari trend desain kulit Ayat-Ayat Cinta (wajah perempuan berpurdah).

iii. Judul novel - Ciri-ciri judul yang digunakan oleh novel cinta Islami PTS sangat serupa dengan judul ala-ala Ayat-Ayat Cinta.

iv. Bahan cerita - Tema utama dalam novel-novel cinta Islami PTS tetap 'perebutan cinta' sebagaimana dalam Ayat-Ayat Cinta. Tema perebutan cinta menjadikan novel-novel cinta Islami serupa sahaja dengan novel cinta popular, yang berbeza hanyalah ayat-ayat agama yang ditempelkan pada cerita-cerita itu.

Inovasi adalah aspek yang paling kritikal saat ini. Penulis novel-novel cinta tidak melakukan inovasi, hanya terikut-ikut sub-genre ala-ala AAC. Ini bukan hanya berlaku dalam kalangan penulis novel cinta PTS sahaja. Ini adalah fenomena umum. Ia berlaku kepada penerbit-penerbit selain PTS. 

Menurut Tuan Azari Hashim (foto), eksekutif senior di jabatan sales PTS, pada saat ini situasi yang berlaku di dalam kedai-kedai buku, novel cinta Islami PTS hanya menumpang tuah rak buku-buku PTS yang sedia ada di dalam kedai. Novel-novel itu tidak mempunyai appealnya sendiri, di mana jika sekiranya ia mempunyai appeal maka ia berdaya menjadikan pembeli mencari-carinya, sebagaimana halnya yang berlaku dengan novel-novel ciklit PTS.

Kita percaya saiz pasaran novel cinta Islami adalah lebih besar daripada saiz pasaran AAC. Pada saat ini pasaran itu mahukan -- dan sedang menunggu-nunggu -- kemunculan produk-produk alternatif selain produk ala-ala ACC.

Pasaran novel cinta Islami menunggu-nunggu inovasi berlaku. Faktor yang menyebabkan inovasi sukar berlaku dalam sektor novel cinta Islami ada pada konsep 'novel cinta Islami' itu sendiri. (Saya akan menulis entri khusus berkenaan topik ini.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, February 07, 2011

Genre Novel Remaja Amat Inovatif

Sektor sastera remaja dalam Bahasa Melayu belum pernah menyaksikan apa yang sedang berlaku saat ini, di mana anak-anak remaja perempuan dari kelas menengah Melayu di bandar-bandar besar sanggup berkongsi wang saku sekolah sesama mereka bagi membeli dan membaca novel-novel dalam Bahasa Melayu.

Inilah senario yang sedang berlaku pada hari ini. Remaja-remaja perempuan sama-sama berpakat membeli novel yang berlainan judul, kemudian mereka bertukar-tukar novel, supaya mereka dapat membaca lebih banyak novel.

Senario ini berlaku disebabkan 2 faktor yang berjalan serentak:

(i) Editor-editor sastera remaja yang memahami kehendak remaja, lalu mereka berjaya membuka pasaran laut biru itu.

(ii) Penulis-penulis sastera remaja yang kreatif dalam mencari tema-tema dan jalan cerita yang segar, sehingga dapat menawarkan kelainan demi kelainan dalam setiap novel yang dihasilkan.

Gandingan dua faktor di atas menyebabkan sastera remaja dalam bahasa Melayu hari ini berjaya menghasilkan nama-nama novelis yang digilai pembaca remaja, seperti Ain Maisarah dan Farihah Iskandar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Judul Baru
1. Kuntum Cinta di Taman Syurga (3,000 unit)
2. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis (3,000 unit)
3. Geng Genius - Misi Kami (5,000 unit)
4. Nian Hati Salsabila (3,000 unit)

Judul Ulang Cetak
1. Armageddon 2012: Bencana Akhir Zaman (5,000 unit)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Puan Miliza Mohd Ghazali, eksekutif di unit produksi PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, February 06, 2011

Seni Pempameran dalam Kiosk Buku

Foto di atas menunjukkan kiosk buku KELIKI di pusat membeli belah Alam Jaya, Shah Alam.

Seni pempameran di atas menggunakan konsep butik buku.

Ini adalah eksperimen yang sedang dijalankan oleh pengurusan KELIKI dengan tujuan menarik minat pengunjung kompleks supaya masuk dan membelek-belek buku-buku PTS yang dipamerkan.

Ia dibuat demikian berdasarkan hipotesis majoriti penduduk kawasan di sekitar kompleks itu adalah terdiri daripada golongan kelas menengah Melayu yang terpelajar, oleh itu mereka lebih selesa dengan seni tatahias yang modern.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Revolusi Mesir: Laporan dari Pegawai PTS yang Terkandas di Mesir

KUALA LUMPUR, 6 Feb: Ketika rakyat dan kerajaan sibuk mahu membawa pelajar Malaysia di Mesir pulang, seorang rakyat Malaysia yang baru pulang dari sana mempunyai pendapat yang berlainan.

Bagi beliau, mereka tidak perlu dibawa pulang bahkan membawa pulang mereka memberikan kesan negatif kepada pelajar itu sendiri.

"Bagaimana dengan barangan mereka di sana dan apa pandangan penduduk sana yang melihat kita mahu bersama dengan mereka dalam keadaan aman tetapi lari ketika susah," kata Editor Kanan PTS Islamika, Ustaz Rohidzir Rais, 36, yang baru pulang dari sana.

Beliau lebih bersetuju dengan tindakan kerajaan negeri Kelantan yang menghantar wakil ke sana dan membekalkan wang untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah.

Beliau mempersalahkan media tempatan kerana membesar-besarkan sesuatu isu yang tidak pun berlaku seperti pelajar wanita dirogol, kematian yang sebenarnya telah berlaku sebulan lalu dan tidak cukup makanan selain roti.

Rohidzir yang baharu pulang ke tanah air dua hari lalu selepas seminggu terperangkap di dalam suasana demontrasi di Kaherah, tindakan media itu sangat melampau.

"Media dengan maksud tertentu menimbulkan suasana resah perasaan di kalangan ibu bapa yang setiap hari dihidangkan dengan kejadian yang seolah-olahnya anak-anak mereka akan diperapa-apakan oleh keadaan di Mesir.

"Sedangkan pengalaman seminggu saya di sana, kami boleh tidur lena hingga 10 jam kerana langsung tidak terasa apa-apa melainkan sedikit sahaja, malah penduduk tempatan pula bersedia melindungi rakyat Malaysia.

"Ibu bapa yang kelam kabut dengan suasana tidak menentu yang dibangkitkan oleh pihak media dengan sajian berita menakutkan setiap hari lantas mereka mendesak pihak berwajib untuk bawa pulang pelajar," jelasnya.

Tambahnya, jika media memaparkan makanan yang ada roti sahaja tiada nasi dan sebagainya seperti makanan Malaysia, itu sesuatu yang sangat lucu kerana memang orang Arab makan roti yang merupakan makanan asasi mereka.

Makanan seperti beras masih ada walaupun dalam jumlah berkurangan dari biasa dan harga sedikit bertambah dari sebelumnya namun pelajar-pelajar itu masih mampu meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu pulang asalkan mereka mengikut arahan pegawai negara ini yang bertugas di sana, ujarnya.

Rohidzir ditemui di pinggir ibu kota selepas sehari pulang ke Malaysia namun kelihatan gembira dengan peristiwa ini meskipun terperangkap selama seminggu di sana kerana pengalaman ini baginya, sangat bernilai.

Beliau dan Imran Azmi, juga Editor Kanan Islamika, dalam rangka menghadiri Pesta Buku Kaherah yang terbesar di dunia Arab yang dijadualkan bermula pada 26 Januari lalu dalam usahanya mencari buku-buku terkenal Mesir untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

"Memang ketika hendak pergi, kami sudah tahu tentang kebangkitan rakyat itu tetapi kerana sudah berpengalaman bahawa ia tidak lama kerana memang Mesir adalah negara demontrasi; kami tidak menjangkakan mereka akan berhimpun melebihi 2 juta di Tahrir Square (Dataran Merdeka).

"Sesampainya kami di Dataran Merdeka langsung terperangkap di tengah-tengah suasana demontrasi (muzaharat) dan sempat juga mengambil gambar-gambar menarik untuk titipan sejarah ke dalam bentuk buku.

"Niat hati ketika datang untuk meninjau tempat bersejarah kerana empat tahun ketika belajar dahulu, tidak berkesempatan berbuat demikian, rupanya kami terlibat secara tidak langsung di dalam senario mencipta sejarah baru," jelasnya.

Selain itu, tambahnya, keputusan Kerajaan Malaysia disifatkan sebagai tidak mempunyai rasa persahabatan sesama umat Islam ekoran membawa pulang ribuan pelajar ketika Mesir dilanda musibah.

Rohidzir yang berpengalaman selama empat tahun (1998 - 2002) belajar di negara itu berpendapat, sewajarnya rakyat Malaysia tidak perlu dibawa pulang.

"Kita dilihat sebagai hanya mementingkan diri sendiri sahaja atau selfish kerana hanya sanggup tinggal di sana ketika senang dan meninggalkannya ketika mereka ditimpa bencana," jelasnya.

Kedudukan tempat tinggal pelajar negara ini, ujarnya, agak jauh dalam beberapa jam perjalanan kereta dan apa yang berlaku di Kaherah seperti dentuman, tidak pun didengari oleh pelajar.    

Dalam pada itu, Rohidzir turut membayangkan, jika pun semua pelajar berjaya dibawa pulang dengan selamat, bagaimana keselamatan peralatan belajar mereka yang ditinggal sementara seperti kitab-kitab yang banyak dan kandungan komputer sangat berharga.

Setelah aman, ujarnya, pelajar-pelajar akan datang semula ke Mesir dengan kos siapa pula dan banyak lagi perkembangan negatif yang bakal berlaku ekoran tindakan kurang tepat yang diambil oleh pihak berwajib.

Sementara itu, beliau menyanjung tinggi usaha segera yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kelantan yang menghantar Ustaz Zulkifli Yaakob dengan membawa wang sebanyak RM120,000 di ketika satu badan wakil kerajaan pusat hanya diperuntukkan sebanyak RM35,000.

Rohidzir bagaimanapun melahirkan rasa syukur tidak terhingga kerana selamat pulang dengan membawa perjanjian hakmilik buku dengan penerbit terbesar negara Arab, Darus-Salam.

Baca laporan asal di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, February 05, 2011

Tip Penulis Buku Kanak-Kanak dan Awal Remaja: Memilih Usia Watak Utama

Kanak-kanak dan awal remaja tidak suka membaca buku-buku cerita yang heronya lebih muda daripada dirinya sendiri.

Ini adalah dapatan daripada hasil kajian pakar dalam bidang sastera kanak-kanak dan awal remaja. Memang ada kekecualian pada ciri ini. Yang paling terkenal adalah dalam kes siri Harry Potter.

Justeru berhati-hati apabila memilih usia watak-watak dalam buku kanak-kanak dan remaja awal. Apabila usia watak utamanya 6 tahun, kanak-kanak 9 tahun tidak mahu membacanya. Ini menjadikan pasaran buku kanak-kanak 6 tahun itu tersangat kecil.

Sebaliknya pula yang berlaku. Apabila watak utama dalam ceritanya berusia 9 tahun, kanak-kanak 6, 7, dan 8 tahun mahu membacanya. Ini menjadikan saiz pasaran buku itu lebih besar.

NOTA: Fenomena ini sangat jelas berlaku pada buku-buku AinMaisarah yang watak-watak utamanya adalah pelajar sekolah menengah tetapi banyak dibeli dan dibaca oleh pelajar sekolah rendah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, February 04, 2011

Tip Survival Penerbit: Proses Melupuskan Buku

Foto di atas menunjukkan salah satu judul terbitan PTS yang tidak mendapat sambutan dari pembeli-pembeli buku. Selepas 3 tahun terbit, banyak yang masih tersimpan elok dalam bungkusan kerana kedai-kedai buku tidak mahu, malah naskhah yang sudah dihantar ke kedai buku dipulang semula kepada PTS.

Walaupun keadaan fizikal buku-buku itu masih sangat elok, tetapi ia terpaksa dilupuskan. Buku yang tidak bergerak keluar dari gudang memakan wang setiap saat kerana ruang adalah wang.

Tempat bagi menyimpan buku-buku itu diperlukan bagi menyimpan buku-buku yang baru tiba dari kilang percetakan, jika tidak PTS terpaksa menyewa setor tambahan.

Di PTS, buku-buku yang tidak laku hanya dapat dilupuskan selepas 3 tahun dierbitkan kerana tempoh itu termaktub di dalam dokumen perjanjian penerbitan antara PTS dengan penulis.

Sebelum proses pelupusan dijalankan, PTS menulis surat kepada penulis memberitahu akan hal itu terlebih dahulu. Penulis diberi laporan terperinci tentang judul buku dan jumlah naskhah yang akan dilupuskan.

Ada banyak cara buku dilupuskan. Ada penerbit yang mengadakan lelong buku di gudangnya setiap tahun. Ada yang senyap-senyap menjual buku-buku itu kepada pembeli kertas buruk.

Nota: Pada tahun 2010, kos mencetak buku-buku yang dilupuskan oleh PTS adalah lebih RM300 ribu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat: Syor bagi Meningkatkan Mutu Cover Buku-Buku PTS

Salam sejahtera dan diharap Puan sentiasa berada dalam keadaan sihat. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas panduan dan maklumat yang diberikan puan di dalam web UNIKA.

Berkenaan hasrat PTS untuk memperluaskan pasaran ke luar negara yang rasanya tidak mustahil dan pasti boleh dengan melihat prestasi PTS. Tetapi untuk melangkah lebih jauh lagi perlu sedikit pembaharuan dalam menarik minat pembaca bukan Melayu. Antaranya rekaan kover buku yang lebih bersifat komersial, yakni memaparkan ilustrasi yang tidak hanya menfokuskan Melayu dan Islam.

Tidak dinafikan kover buku PTS amatlah cantik dan setaraf kulit buku luar negara (saya sendiri kagum) tetapi dengan sedikit perubahan mungkin boleh menambah jumlah pembeli. Contohnya, seorang kanak-kanak berketurunan Cina menyuruh ibunya membeli buku keluaran syarikat PTS tetapi ibunya tidak mahu membelinya. Ini kerana persepsi si ibu yang melihat watak utama memakai tudung dan beranggapan ianya cerita berkenaan orang Melayu dan Islam (si ibu takut anaknya terpengaruh) sedangkan buku itu menpunyai kebaikannya dan teladan untuk semua lapisan masyarakat.

Agaknya pihak PTS boleh membuka satu lagi bahagian pereka kover kulit buku untuk pembaca bukan Melayu iaitu membuat rekaan kover buku yang berbeza tetapi isinya adalah sama. Seperti yang Puan pernah katakan tentang buku Harry Potter yang menpunyai 2 kover buku iaitu satu untuk golongan kanak-kanak dan satu lagi untuk pembaca dewasa.

Mungkin juga buku-buku PTS yang bersifat untuk semua golongan boleh membuat 2 edisi berlainan iaitu satu untuk orang Melayu dan satu lagi kover untuk bukan Melayu. Ataupun letakkan sahaja kover buku yang tidak memaparkan watak manusia atau karakter kartun. Mungkin juga PTS boleh membuka kursus untuk pelukis yang ingin menjadi pengilustrasi buku. Puan sangat berpengalaman mengenai dunia penerbitan, oleh itu Puan boleh bukukan kesemua tips dan panduan yang Puan ketahui kepada peminat PTS yang berminat menceburkan diri dalam bidang ini.

Nampaknya itu sahaja, saya memohon maaf sekiranya terdapat kesalahan tatabahasa atau ayat yang menguris perasaan. Ini cumalah pendapat dan belum tentu tepat, oleh itu saya mengundur diri dari e-mel yang menganggukan ini. Terima kasih dan salam sejahtera saya ucapkan kepada PTS. Semoga PTS semakin maju jaya dan melangkah jauh ke persada dunia penerbitan antarabangsa.

Sekian sahaja dari,
OrdinaryGirl

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, February 03, 2011

Rahsia Mengapa Buku ini Sudah Lebih 20 Ribu Naskhah Terjual

Barangkali buku ini adalah buku sejarah hidup Nabi Muhammad yang paling banyak terjual. Semenjak diterbitkan, sudah lebih 20,000 naskhah terjual, dan baru sahaja dicetak semula.

Buku ini ulangcetak settiap tahun!

Buku-buku sejarah Nabi Muhammad yang tebal-tebal, yang ada dalam pasaran sekarang, adalah buku tulisan pakar-pakar Arab yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, dan cetak semula di Malaysia.

Tetapi buku ini ditulis oleh pakar tempatan. Dato' Prof. Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dan Puan Noor Naemah Abd. Rahman adalah pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Buku ini ditulis menggunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami sehingga orang bukan Islam pun dapat membacanya dengan mudah. Sangat sedikit perkataan pinjaman dari bahasa Arab yang digunakan dalam buku ini.

Semasa buku ini mula-mula diterbitkan, ia menerima banyak kritikan daripada golongan agamawan, malah sehingga hari ini pun kritikan masih diterima.  Mereka yang mengkritik menganggap buku ini tidak memuliakan Nabi Muhammad, malah menghina beliau. Punca kritikan itu adalah beberapa kelaziman yang biasa digunakan dalam buku-buku agama tradisonal tidak digunakan dalam buku ini.

Buku ini ditargetkan kepada pembaca yang bukan Islam, itulah sebabnya ciri-ciri buku agama tradisional itu tidak digunakan dalam buku.  Namun, banyak pembaca Islam yang tidak datang dari golongan agamawan yang membeli dan membaca buku ini.

Seorang rakan Facebook yang bernama Mohd. Rezwan (foto) menulis dalam posting beliau:

"Ingin mengucapkan tahniah kepada tauke PTS, pn Ainon Mohd. kerana menerbitkan buku Biografi Muhamad bin Abdullah. Sudah membaca buku ini sebanyak 3 kali...."

Terbukti, buku yang ditargetkan kepada pembaca bukan Islam juga sangat sesuai dibaca oleh orang Islam. Faktor inilah yang menyebabkan buku ini sangat laku dalam pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Laporan dari Pegawai PTS yang Terkandas di Mesir

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Tuan Arief, Tuan Fauzul, pengurus-pengurus dan para sahabat yang dikasihi Allah sekalian.

Alhamdulillah, berkat doa tuan puan kami selamat keluar dari Mesir dan huru-hara masih berlaku di sana. Sekarang saya di Dubai bagi menyalurkan maklumat melalui talian internet yang pertama.

1. Pesta Buku Antarabangsa Kaherah yang pada mulanya ditangguhkan dari 26 Januari ke 29 Januari, dibatalkan terus untuk tahun ini. Banyak penerbit mengalami kerugian baik dalam dan luar negara. Tinjauan kami ke tapak pesta mendapati laluan ke tempat tersebut dipenuhi dengan kereta kebal dan kereta perisai (seperti bertukar menjadi Pesta Kereta Kebal Antarabangsa Kaherah).

Pengumuman pada saat akhir tidak menjanjikan sebarang jaminan daripada Kerajaan Mesir bahawa pesta buku akan tetap berlangsung. Jawapan mudah, "bukhrah..  au ba'da bukhrah.. au ba'da ba'da bukhrah..." (esok ataupun selepas esok ataupun selepas daripada selepas esok).

2. Sebenarnya tidak ada sesiapa yang menjangkakan impak kebangkitan rakyat di Tunisia akan menular ke Mesir. Setakat rekod di Mesir, kebangkitan rakyat hanya berlaku secara setempat dan berjaya dipadamkan oleh Mesir (Mesir adalah negara yang paling berjaya menghapuskan pemberontakan atau kebangkitan Islam, contoh, kebangkitan Gerakan Ikhwanul Muslimin).

Kesan ketara berlaku bermula pada 25 Januari 2010 apabila rakyat Mesir mengisytiharkan Yaumul Ghadab (Hari Kemarahan) dan berlanjutan hingga kini.

3. Kemuncak berlaku pada 28 Januari apabila rakyat Mesir membakar hampir semua balai polis yang terdapat di bandar-bandar utama seperti Kaherah, Suez dan Iskandariah. Lebih 30 ribu banduan melarikan diri dari penjara. Selepas polis melarikan diri, Kerajaan Mesir mengisytiharkan perintah berkurung dengan mengerahkan tentera untuk mengawal di setiap lokasi utama di Mesir. Ketiadaan polis digantikan dengan sukarelawan rakyat Mesir yang menjaga di setiap pintu masuk ke kawasan perumahan (seperti anggota RELA atau Rukun Tetangga di Malaysia). Rusuhan, rompakan dan pembunuhan berlaku di beberapa tempat. Perintah berkurung bermula jam 6 malam hingga 8 pagi diawalkan sehingga bermula jam 1 petang hingga 8 pagi, Aktiviti kami terus tersekat dengan berkurung di rumah dan di Rumah PMRAM sebagai lokasi terdekat untuk mendapatkan bantuan.

Lapangan terbang pada peringkat awal rusuhan memang kelam kabut kerana ketiadaan polis dan tentera yang berkawal sekadar membiarkan penumpang masuk tanpa pemeriksaan. Lebih 200 pelajar kita terkandas di lapagan terbang tanpa bekalan makanan yang cukup. Situasi ini tidak memungkinkan kami untuk balik awal dan memutuskan untuk pulang pada tarikh dirancangkan kerana situasi semakin pulih.

4. Kami juga kerap mendengar berita dari Malaysia dan beberapa khabar angin yang tidak benar sampai ke Mesir seperti pelajar Malaysia mati dibunuh, 10 pelajar Malaysia dirogol, kapal PDRM akan datang ambil pelajar Malaysia dan sebagainya. Ia sekadar menjadi bahan penghibur kami pada waktu perintah berkurung.

5. Walaupun Pesta Buku Antarabangsa Kaherah dibatalkan, alhamdulillah, kami dapat mengunjungi ke beberapa penerbit buku utama di Mesir dan berjaya menjalinkan kepercayaan mereka terhadap PTS. Terdapat juga urusniaga secara perkongsian untung (Murabahah) antara PTS dengan syarikat penerbit besar di Mesir (Ini akan diperhalusi kemudian).

6. Kita juga berjaya menganjurkan bengkel penulisan dengan Badan Pengurus PMRAM dan ahli yang berminat. Alhamdulillah, setakat ini kita memperoleh beberapa proposal.

7. Selain kita, ada satu penerbit Malaysia yang turut sama hadir ke Mesir untuk mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kaherah dan bengkel penulisan bersama PMRAM. Mereka juga kecewa dengan situasi yang berlaku namun fokum mereka adalah kepada pelajar agama di Universiri Timur Tengah. Selepas bengkel mereka pada 29 Januari tersebut, mereka menyambung terus penerbangan ke Amman, Jordan bagi bertemu dengan pelajar di sana.

6. Keadaan kami alhamdulillah sihat dengan berkat doa tuan puan cuma badan terasa agak letih kerana terkejar-kejar waktu kerja di Mesir dengan lari ke rumah sebelum perintah waktu berkurung.

Itu sahaja catatan ringkas daripada kami. Doakan semoga kami terus selamat. Jumpa di Malaysia, insya Allah.

Sekian, terima kasih.

IMRAN AZMI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, February 02, 2011

Komik-M Dijual di Semua Rangkaian myNews.com

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

5 Buku John C. Maxwell akan Terbit

Judul sudah terbit:
1. 360 degree Leader (Pemimpin 360 darjah) - sudah terbit
2. 21 Indispensible Qualities of a Leader (Kunci Pemimpin Efektif) - sudah terbit

Judul akan terbit:
1. Everyone Communicate, Few Connect - sudah siap diterjemah
2. Make Today Count - sedang dierjemah
3. How Successful People Think - sedang diterjemah

Pasaran buku-buku terjemahan memang ada, dan inilah faktor yang mendorong PTS menambahkan penerbitan judul-judul terjemahan. Target jangka masa panjang PTS adalah menerbitkan seribu judul baru setahun dengan pecahan 60% buku terjemahan dan 40% buka karya asal.

PTS menawarkan 2 sistem ganjaran bagi para penterjemahnya: (a) bayaran kontan (b) bayaran royalti.

PTS melatih sendiri penterjemah-penterjemahnya. Selepas latihan, hanya penterjemah yang lulus ujian PTS sahaja yang ditawarkan kerja terjemahan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, February 01, 2011

Cerpen ‘Interlok Mat Motor’ oleh Baharuddin Bekri

Biasalah, penunggang motosikal kecil seperti saya ini, berkawan-kawan juga dengan penunggang motosikal kecil yang lain. Berjumpa di warung, duduk semeja lalu berbual berkenaan dunia motosikal yang kecil. Bicaranya, hanya seputar masalah enjin, bunyi, aksesori import dan terkadang berlarut pada cukai motosikal import yang tidak masuk akal. Inilah dunia kami, dunia orang kecil.

Namun ada waktunya, perbincangan tembus keluar juga dari dunia kecil kami. Berbicara berkenaan peribadi, keluarga, masalah negara dan entah bagaimana pada malam itu kami berbicara berkenaan hal yang sangat jarang. Perbualan yang saya tidak pasti bagaimana mahu menceritakannya kerana ia bersangkutan dengan novel Interlok.

Semuanya bermula pada ketika seorang teman yang berwajah garang, tahu yang saya ini seorang penulis lalu bertanya soalan yang mudah.

“Novel Interlok ni apa cerita? Asyik bising kat TV.”

Tidak tahulah saya menjawabnya. Saya ini bukan orang sastera. Namun oleh kerana Interlok itu buku, saya sangat tidak setuju ia dibakar. Entah apalah rasional yang diguna oleh pembakar buku itu. Mungkin rasional yang dipinjam daripada tentera Hulagu Khan semasa menakluki Baghdad.

Lalu perbualan berlanjut antara kami sehingga seorang rakan saya mengeluarkan pendapatnya yang membuat saya diam lama.

“Yang aku faham, novel Interlok ini banyak edisi. Edisi asal, edisi murid, edisi apatah lagi. Kalau sudah ada gelar 'edisi' maknanya ia sudah diubah. Kalau sudah diubah, mengapa pula orang sastera guna hujah mempertahankan kesucian sastera? Alang-alang sudah ubah edisi murid, ubah teruslah apa yang membuat orang India tidak puas hati. Apa yang susahnya? Sebab orang yang suruh ubah itu India?”

Wah, tidak berani saya menyambung. Namun pendapat itu ditentang juga oleh rakan yang lain. Hujahnya, sastera itu adalah paparan sebenar dan ia tidak perlu diubah kerana sekiranya diubah paparan sebenar akan menjadi tidak asli. Tidak tahu saya sama ada betul ataupun tidak hujah itu. Namun saya yakin, mereka semua ini bukanlah serius mahu berbicara berkenaan Interlok melainkan ia sangat menarik bagi diperdebatkan untuk mengisi masa.

Sesekali debat itu diselangi juga dengan masalah bola sepak liga Inggeris dan kemudiannya seorang teman kembali menyemarak debat Interlok dengan pendapatnya yang membuat saya sekali lagi diam.

“Interlok ni macam nasi goreng pedas. Kalau masak untuk orang dewasa, kita bubuh cili banyak-banyak. Kalau kita buat untuk budak-budak, kita kurangkan cilinya. Jadilah nasi goreng pedas edisi murid. Kemudiannya datang lagi budak-budak yang tidak tahan pedas, mintak kurangkan pedas lagi. Kurangkan jelah pedasnya. Dah alang-alang buat nasi goreng pedas edisi murid. Apa susah sangatnya?”

Mahu juga waktu itu saya menjawab, kalaulah Interlok itu semudah nasi goreng pedas, namun saya pendam sahaja dalam hati. Yalah, berbicara perkara yang bukan bidang saya dengan orang yang bukan juga dalam bidangnya terasa aneh. Sepertinya ikan yang berbicara sesama ikan berkenaan rumput apa yang sesuai dibuat sarang burung.

Itulah dunia, dalam perbualan begitu terkadang tersesat juga hujah-hujah yang saya fikir besar. Hujah-hujah yang membuatkan saya terpaksa kembali menilai rakan-rakan permotoran saya. Misalnya dengan hujah teman saya yang seorang ini.

“Perjanjian apa yang Nabi Muhammmad SAW buat dengan orang Quraisy sehingga Nabi terpaksa banyak ubah perjanjian itu?” soal rakan saya sambil meluruhkan abu yang sudah terkumpul di hujung rokok.

“Perjanjian Hudaibiyah.”

“Haa... mengapa sasterawan kita tidak ikut hikmah perjanjian Hudaibiyah? Sedangkan Nabi pun boleh bertoleransi bagi mengubah perjanjian, apalah sangat dengan Novel Interlok,” kata rakan saya lalu menghisap rokoknya dengan nikmat, “Apa yang aku ingat ustaz cerita dulu, orang Quraisy nak Nabi buang tulisan yang menyatakan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah kerana mereka cakap, mereka tidak mengakui Nabi sebagai pesuruh Allah. Nabi rilek je, dibuangnya tulisan itu. Orang Quraisy nak ubah itu ini, Nabi rilek lagi sebab Nabi kita jelas objektifnya. Jadi dalam kes novel Interlok, adakah sasterawan kita jelas objektifnya? Kalau sekadar objektifnya mahu mempertahankan kebebasan berkarya dan kesucian karya, leceh sangat objektif tu. Adakah perjanjian Hudaibiyah objektifnya begitu?”

“Kau cakap pandailah. Apa hikmah perjanjian Hudaibiyah dan apa pula persamaannya dengan novel Interlok?” gertak rakan saya lalu ketawa.

“Ahh senang,” jawab rakan aku dengan nada yang yakin. Orang seperti kami memang mudah menjawab begitu, kerana kami cuma berbual sesama rakan-rakan, bukan siapa-siapa.

“Yang aku ingat, hikmah perjanjian Hudaibiyah ialah berkembangnya ajaran Islam, kehidupan masyarakat aman damai, Rasulullah diiktiraf sebagai rasul dan Madinah juga ikut diiktiraf sebagai negara Islam. Membuka jalan kepada pembebasan Kota Mekah dan Rasulullah dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

“Kalau kita tengok situ, novel Interlok yang setuju diubah pun boleh copy hikmah perjanjian Hudaibiyah. Kita boleh memperkembangkan sastera Melayu kepada masyarakat India, masyarakat hidup aman damai, penulis Interlok diiktiraf sebagai penulis yang hebat oleh orang India dan sastera Melayu pun ikut diiktiraf. Membuka jalan kepada pembebasan sastera Melayu yang dianggap bosan dan kita boleh menjadikan Interlok sebagai penghubung Melayu dengan masyarakat India.”

“Tetapi waktu itu Islam masih lemah. Mungkin sebab itu perjanjian Hudaibiyah banyak timbang rasanya.”

"Mana ada lemah. Waktu itu Islam sudah kuat. Tetapi mengapa masih buat perjanjian begitu? Dan adakah sastera Melayu kita ini memang kuat sekarang?" soal rakan saya, “Lemah ataupun tidak Islam waktu itu, yang pasti hikmah perjanjian Hudaibiyah itu sangat besar dan pasti Nabi kita sudah nampak semua itu.”

Aduhai, tidak tahu saya, bagaimana mahu menanggapi persoalan Interlok. Sampaikan hujah perjanjian Hudaibiyah pun sudah ikut dimasukkan dalam perbincangan kami. Perbincangan yang asalnya hanya mahu mengisi masa senggang.

Dan hujah penutup malam itu adalah daripada rakan saya yang berwajah garang.

“Apalah susah-susah sangat pasal Interlok ni. Sastera kan jalan kebenaran yang keempat selepas agama, falsafah dan ilmu. Jadi, Interlok bukan agama, bukan falsafah dan bukan ilmu pengetahuan. Ia sastera dan layan ia selayaknya pada tempatnya. Ia tidak suci dan nak ubah, ubahlah asalkan semua orang dapat manfaat.”

Kami semua berpaling ke arah rakan saya yang seorang itu. Yang tidak pernah jemu mengusap-usap kepalanya yang botak.

“Siapa cakap sastera adalah jalan kebenaran yang keempat?”

“Aristotle.”

 

NOTA: Saya siarkan cerpen karya Baharuddin Bekri (foto) ini bagi membuktikan Mat-Mat Motor pun dapat berdialog secara intelektual dan filosofikal apabila mereka menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

TOP 50 bagi Bulan Januari 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit

Di bawah ini adalah ranking judul-judul PTS bagi jualan bulan Januari 2011 berdasarkan nilai ringgit:

1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza (10119 unit)
2. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman (7060 unit)
3. Impiana: Boxset (4893 unit)
4. Khalifah-khalifah Yang Benar (2672 unit)
5. Motivasi Alihan Pelajar Gaya Smart Study (5046 unit)
6. Hijrah (3928 unit)
7. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung ed. jimat (6453 unit)
8. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit (5960 unit)
9. Puteri Tudung Bermanik (4788 unit)
10. Puteri Kemilau Cahaya (4586 unit)
11. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu (3545 unit)
12. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib (3363 unit)
13. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh (4145 unit)
14. Dahsyatnya Doa Ibu (5505 unit)
15. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis (2913 unit)
16. Alexander Adalah Zulqarnain (2191 unit)
17. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung (2220 unit)
18. Impiana: Misteri Terbongkar (3700 unit)
19. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan (3281 unit)
20. Koleksi Cerita Adam Kecil (3632 unit)  39562.53
21. Travelog Haji + VCD ed. kemas kini (2240 unit)
22. Kamilah Kembar Diraja (3441 unit)
23. Impiana: Finale (3707 unit)
24. Puteri Selembut Bayu (2559 unit)
25. Lelaki Berbaju Biru (2913 unit)
26. Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik (1503 unit)
27. Indahnya Malam Pengantin (2837 unit)
28. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem (1944 unit)
29. Agenda Yahudi Menakluk Dunia (3019 unit)
30. Salju Sakinah (1998 unit)
31. Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas (2144 unit)
32. Akukah Cinderella Itu? (2903 unit)
33. Putera Danish & Villa Fantasi (2030 unit)
34. Rahsia Cinta Segitiga Rasulullah (3662 unit)
35. Mengurus Harta Pusaka (1940 unit)
36. Tuesdays With Morrie (2890 unit)
37. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam (1736 unit)
38. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran (1933 unit)
39. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah (4065 unit)
40. Mendidik Anak Perempuan (2381 unit)
41. Motivasi Alihan Untuk Pelajar (2391 unit)
42. Act Like A Lady, Think Like A Man ed. BM (1896 unit)
43. Sultan Muhammad Al-Fateh (1781 unit)
44. Siri Muaz & Haikal: Sayang Bola Sayang Bumi (2849 unit)
45. Hidangan Si Cilik (2777 unit)
46. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar (3311 unit)
47. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib (1881 unit)
48. Aminah: Cinta Puteri Quraisy (1696 unit)
49. Peta Minda: Langkah Demi Langkah (1761 unit)
50. Travelog Cinta Abadi (1973 unit)

Nota: Istilah 'jualan' bermakna jumlah unit buku yang keluar dari gudang PTS atas permintaan agen dan kedai buku.

Maklumat ini disediakan oleh Tn. Zain Aziz, timbalan pengurus jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Judul Baru
   
1. Kuseru Nur Kasih (2000 unit)

2. Bibir Merayu Hati Bernafsu (3000 unit)

Judul Ulang Cetak
   
1. Ajaibnya Sedekah (3000 unit)

2. Dahsyatnya Qiamulail (3000 unit)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages