Saturday, April 30, 2011

Pesta Buku Mydin Bermula 27 Mei 2011

Mydin adalah gedung membeli-belah yang terkenal dengan harga borongnya.

Ia akan mengadakan pesta bukunya sendiri pada 27 Mei 2011 bagi mempromosi pembukaan seksyen bukunya.

Foto menunjukkan ruang luas yang dikhaskan untuk seksyen buku dalam Gedung Mydin di bandar Subang Jaya. PTS membekalkan semua tajuk terbitannya kepada Mydin Subang Jaya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 29, 2011

Barisan Penulis Novel Sejarah di PTS

PTS adalah penerbit novel sejarah yang paling aktif dalam pasaran. Sehingga kini sudah hampir 40 judul novel sejarah sudah diterbitkan. Ada yang sangat laris, ada yang kurang laris.

Novel sejarah berbeza daripada novel fiksyen sejarah.

Dalam novel sejarah, semua fakta sejarahnya adalah benar, yakni tidak bercanggah daripada rekod sejarah. Nama-nama watak, tarikh, tempat dan peristiwa semuanya benar belaka.

Dalam fiksyen sejarah, ada maklumat yang benar dan ada maklumat yang dicipta oleh pengarang sendiri dan tidak dapat dipertahankan kebenarannya.

Dalam masa terdekat PTS akan memperkenalkan 2 orang penulis novel sejarah perempuan iaitu Azzah Abd. Rahman yang menulis tentang Shamsiah Fakeh, dan Nor Hayati Redzwan yang menulis tentang Tok Kenali.

Nota: Foto menunjukkan barisan penulis novel sejarah PTS di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur , dari kanan Tetuan Ahmad Zahiruddin Zabidi, Imran Yusof, Salleh De Ran, Abdul Latip Talib.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 28, 2011

Pakar Buku Agama untuk Kanak-Kanak

Menjual buku agama kepada kanak-kanak adalah sukar. Pertama, agama bukan produk yang diminati oleh kanak-kanak.

Secara fitrah, agama adalah produk orang tua. Justeru menjual produk-produk agama, (seperti buku, ceramah, tazkirah, kelas membaca Quran dll) kepada orang tua adalah mudah.

Namun, demi memandaikan bangsa, penulis dan penerbit wajib menjual pelbagai produk agama kepada kanak-kanak.

Strategi dan pendekatan menjual agama kepada kanak-kanak memerlukan kelainan daripada strategi menjual produk agama kepada golongan dewasa.

Bagi buku agama, penulis yang pandai menulis buku untuk orang dewasa belum tentu pandai menulis untuk kanak-kanak. Pakar sirah Islam belum tentu pandai menulis buku sejarah untuk bacaan kanak-kanak. Ia adalah dua bakat dan kepakaran yang berlainan.

Pakar agama belum tentu pakar buku kanak-kanak. Bagi menghasilkan buku agama yang disukai oleh kanak-kanak, ilmu agama yang diperlukan tidak banyak. Yang lebih diperlukan adalah kepakaran dalam bidang penulisan buku untuk kanak-kanak.

Demikian juga bagi pelukis dan ilustrator. Melukis untuk orang dewasa adalah lain sama sekali dengan melukis untuk kanak-kanak. Ia adalah dua bakat yang berlainan. Lukisan yang cantik pada mata orang dewasa belum tentu cantik pada mata kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 27, 2011

Satu Lagi Siri PTS Diterbitkan di Indonesia

Siri Geng Genius adalah siri erbaru terbitan PTS yang sudah mula diterbitkan di Indonesia sebagai edisi Bahasa Indonesia.

Lesen hak penerbitannya diberikan kepada PT Gramedia, penerbit paling besar di negara itu. PT Gramedia bersetuju menerbitkan semua judul dalam siri ini, termasuk judul yang akan ditulis dan diterbitkan pada masa hadapan.

Sebelum ini PT Gramedia sudah menerbitkan siri Young Aisyah.

Setiap kali Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) diadakan, PT Gramedia menghantar pegawainya datang bagi mencari dan menilai judul-judul terbaru terbitan PTS supaya dapat dilesen dan diterbitkan sebagai edisi Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 26, 2011

Strategi PTS Meninggikan Jualan Buku kepada Pembaca Bukan Melayu

Buku-buku Melayu tidak patut ditujukan kepada pembaca Melayu sahaja. Ia semestinya dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang pandai membaca dalam Bahasa Melayu.

PTS mempunyai strategi serampang 5 mata bagi meningkatkan jualan buku-buku terbitannya kepada pasaran bukan Melayu:

(i) Menerbitkan buku-buku terjemahan yang berpotensi diminati oleh semua pembeli, baik Melayu mahupun bukan Melayu.

(ii) Menjadikan buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja PTS sebagai alat bantu belajar bagi subjek Bahasa Melayu.

(iii) Memastikan kandungan buku-buku PTS sesuai dibaca dan dinikmati oleh pembaca bukan-Melayu dan bukan-Islam.

(iv) Bahasa Melayu yang digunakan seharusnya mudah difahami oleh pembaca bukan-Melayu.

(v) Desain kulit buku yang menarik pada mata pembeli bukan-Melayu.

Pasaran bukan-Melayu adalah pasaran yang berpotensi kerana jumlah mereka yang belajar dalam sekolah aliran kebangsaan adalah besar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 25, 2011

Bagaimana PTS Membangunkan Peminat Buku Terjemahan

Pada masa ini PTS adalah penerbit buku-buku terjemahan yang paling aktif dalam pasaran.

Beginilah strategi PTS memilih pengarang yang karyanya akan diterjemahkan:

1. Pilih pengarang-pengarang yang buku-bukunya yang sudah evergreen dalam pasaran.

2. Bagi setiap pengarang, pilih judul-judul yang paling baik jualannya.

Menterjemahkan banyak judul oleh seseorang pengarang adalah strategi PTS bagi membangunkan kumpulan pembaca yang meminati buku-buku pengarang itu. Sebagai contoh, PTS menterjemahkan banyak buku John C. Maxwell supaya buku-buku beliau mempunyai peminatnya sendiri.

Pengarang yang yang hanya mempunyai 1 ataupun 2 judul tidak akan mempunyai peminat.

Peminat memainkan peranan penting bagi jualan buku kerana peminat akan membeli semua buku pengarang yang diminatinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 24, 2011

Bagaimana PTS Memilih Penterjemah

Pada masa ini PTS adalah penerbit buku-buku terjemahan yang paling aktif dalam pasaran.

Beginilah prosedur PTS memilih penterjemah:

1. Dari waktu ke waktu, apabila PTS memerlukan tambahan penterjemah baru, maka iklan kursus terjemahan akan dibuka di blog ini.

2. Calon penterjemah akan mengikuti kursus dan akan diuji. Hanya mereka yang lulus ujian dengan gred A sahaja yang akan diterima untuk kursus lanjutan dari masa ke masa.

Lazimnya, tidak sampai 10% daripada peserta kursus yang mengambil ujian akan lulus dengan gred A.

Faktor utama yang menyebabkan majoriti gagal mendapat Gred A adalah penguasaan Bahasa Melayu mereka tidak cukup tinggi. Ini disebabkan mereka tidak banyak membaca buku-buku yang bagus dalam Bahasa Melayu.

Justeru calon penterjemah perlu banyak membaca dalam Bahasa Melayu, dan lebih baik lagi mereka juga banyak membaca buku-buku dalam Bahasa Indonesia.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 23, 2011

Hakcipta Resipi Tradisional

Pertanyaan: Assalamualaikum, saya ingin bertanya jika saya kumpulkan resepi tradisional dan mahu jadikannya sebagai e-book, adakah resepi itu ada hak cipta memandangkan ia adalah resepi turun-temurun/budaya Melayu. Terima kasih. - Marzuki.

Jawapan: Hakcipta resipi tidak dilindungi, baik resipi itu resipi tradisional, modern ataupun ciptaan kita sendiri.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan resipi dalam buku-buku orang lain bagi menghasilkan buku masakannya sendiri.

TETAPI, semua bentuk yang ditampilkan dalam buku resipi adalah dilindungi. Ertinya, mana-mana bahagian dalam buku itu tidak boleh disalin, ditiru ataupun diedarkan tanpa izin bertulis daripada pemilik hakcipta buku tersebut.

Jika tuan mahu menghasilkan buku resipi jenis masakan yang serupa dengan resipi dalam buku orang lain, jangan tiru bulat-bulat ayat-ayat dalam buku itu. Tulis ayat-ayat tuan sendiri.

Konsep buku asal itu juga tidak boleh ditiru. Tuan mesti mempunyai konsep sendiri.

Foto-foto dalam buku asal juga tidak boleh disalin dan digunakan. Tuan perlu mengambil foto sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 22, 2011

Faktor-Faktor yang Mendorong Jualan Ebook Semakin Mengalahkan Jualan Buku Bercetak

Laporan industri penerbitan di negara-negara maju menunjukkan trend jualan ebook yang semakin mengancam jualan buku bercetak.

Salah satu faktor yang menaikkan jualan ebook adalah trend di kalangan ibu bapa yang membelikan devais ebook sebagai hadiah hari jadi kepada anak-anak mereka dengan tujuan menggalakkan supaya anak-anak mereka membaca lebih banyak buku.

Jualan ebook juga meningkat dengan amat ketara beberapa waktu sebelum menjelangnya musim percutian.

Trend ini akan terus meningkat apabila harga jualan devais ebook semakin turun.

PTS sudah mula bersedia supaya SEMUA buku-buku terbitannya dapat dijual sebagai ebook.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 21, 2011

Pesta Buku Bermula Hari Ini: 22 April - 1 Mei 2011

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ciri-Ciri Buku Bisnes PTS Yang Berjaya Dieksport ke Jakarta

Foto di atas menunjukkan 2 judul buku PTS yang berjaya dieksport lesen hak penerbitannya ke Jakarta. Justeru sudah terbukti bahawa karya penulis Malaysia dapat dieksport ke negara itu bagi membuka pasaran yang lebih besar di sana.

Walaupun penerbit Indonesia jauh lebih aktif dan lebih banyak menerbitkan buku-buku bisnes, tetapi pengarang Malaysia masih dapat meneroka potensi buku mereka diterbitkan di Jakarta.

Pengalaman PTS menunjukkan buku-buku bisnes yang dapat dieksport ke Jakarta adalah judul-judul yang mengandung aspek bisnes cara Islam.

Cara buku dieksport ke Indonesia adalah dengan melesenkan hak menterjemah dan hak menerbitkan sesuatu judul itu dalam Bahasa Indonesia kepada mana-mana penerbit Indonesia.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 20, 2011

Buku-Buku PTS Mula Masuk Gedung Mydin Subang Jaya

Foto di sebelah menunjukkan rak buku-buku PTS yang kini dipamerkan di dalam mall Mydin Subang Jaya, Selangor.

Pihak pengurusan Mydin memberikan ruang yang cukup luas bagi membolehkan PTS mempamerkan semua judul yang diterbitkannya.

Selepas berjaya membuka rak di Mydin Subang Jaya, PTS akan membuka rak di dalam cawangan supermarket Mydin di lokasi-lokasi lain.

Buku-buku PTS itu diedarkan oleh anak syarikat, PTS Era Edar Sdn Bhd, yang bertanggungjawab membuka pasaran buku-buku PTS melalui saluran bukan kedai-kedai buku konvensional.

Pengurus PTS Era Edar, Tn. Ahmad Ridza Jailani, memberitahu beliau sedang dalam proses membuka lebih banyak ruang pameran buku-buku PTS di dalam rangkaian supermarket selain Mydin.

Beliau juga mengajak penerbit-penerbit lain supaya ikut langkah PTS. Dengan demikian pengunjung supermarket akan tertarik singgah ke rak buku-buku itu disebabkan banyaknya jumlah judul yang dipamerkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 19, 2011

Novel Remaja Bertema Sains dan Matematik

PTS Professional Sdn Bhd adalah anak syarikat yang aktif menerbitkan novel kanak-kanak dan remaja dengan tema-tema sains. Tujuan utamanya bagi memperkenalkan sains kepada kanak-kanak dan remaja dengan cara-cara yang kreatif supaya mencetuskan minat mereka menjadi saintis.

Novel-novel sains terbitan PTS ditujukan kepada kanak-kanak bermula pada braket usia 7 tahun sehingga kepada braket 14 tahun. Maklumat sains dalam buku-buku PTS adalah lebih tinggi daripada maklumat yang ada dalam buku-buku teks sekolah.

Semua novel sains PTS diterbitkan dalam bentuk bersiri. Yang terbaru adalah siri Tim Best.

Penulis siri Tim Best adalah Puan Umi Danial. Beliau adalah seorang pensyarah bidang sains.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 18, 2011

Jualan Ebook Semakin Mengalahkan Jualan Buku Bercetak

Trend terbaru di semua negara maju menunjukkan jualan ebook sedang mengatasi jualan buku cetakan kertas. Ini mendorong syarikat-syarikat penjual buku mengambil langkah menjual buku mereka dengan 2 srategi:

(i) Memperkenalkan devais ebook sendiri.

Strategi ini dilakukan oleh penjual buku (book retailer) yang beraraf gergasi, sebagaimana yang dilakukan oleh Amazon yang memperkenalkan Kindle, dan oleh Barnes & Noble yang memperkenalkan Nook. Retailer Borders jatuh muflis disebabkan ia gagal memasuki pasaran ebook.

(ii) Berkerjasama dengan penjual ebook.

Strategi ini dilakukan oleh penerbit-penerbit buku, jadi sebagai contoh PTS akan membekalkan buku-buku terbitannya kepada Google Bookstore.

Baca lebih banyak di sini dan di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 17, 2011

Judul-Judul Ebook yang Akan Dibekalkan kepada Google Bookstore untuk Fasa Pelancaran

Google Bookstore Asia Pasifik akan dilancarkan pada bulan Jun 2011 akan datang. PTS akan menjual semua judul bukunya melalui Google Bookstore. Proses perbincangan aspek-aspek bisnes dengan pihak Google Bookstore masih dijalankan.

Apabila proses itu selesai PTS akan menghantar dokumen perjanjian kepada semua penulis PTS khusus untuk projek ebook ini kerana perjanjian yang ada tidak memasukkan klausa berkenaan pengedaran buku melalui Googlestore.

Pada tarikh pelancaran Google Bookstore Asia Pasifik itu nanti PTS akan memperkenalkan judul-judul berikut:

PTS MILLENNIA Sdn Bhd
1. Senangnya Memasak Ayam
2. Senangnya Memasak Nasi
3. Senangnya Memasak Ikan
4. Senangnya Memasak Puding &Desert
5. Senangnya Memasak Kuih Muih Minum Petang
6. Senangnya Memasak Mi, Mihun dan Kuetiau
7. Senangnya Memasak Masakan Barat
8. Senangnya Memasak Sambal dan Sos
9. Senangnya Memasak Kerabu &Salad
10. Senangnya Memasak Daging
11. Senangnya Memasak Kuih Kukus
12. Senangnya Memasak Masakan Laut
13. Senangnya Memasak Sayur
14. Senangnya Memasak Tahu &Telur
15. Senangnya Memasak Kambing
16. Mendidik Anak Perempuan
17. Motivasi Alihan Pelajar
18. 21 Fasih Berbahasa Inggeris
19. Magnet Rezeki dengan Solat Duha
20. Ajaibnya Sedekah
21. Dahsyatnya Qiamullail

PTS PROFESSIONAL
1. Berfikir Gaya Donald Trump
2. Buat Duit dengan Salon
3. Mengurus Harta Pusaka
4. Rahsia Bisness Orang Cina
5. Act Like A Lady, Think like A Men

PTS ONE Sdn Bhd
1. Aku Mahu Superbibik
2. Akukah Cinderella itu?
3. Impiana
4. Kembara Lima Putera
5. Putera Danish & Villa Fantasi
6. Puteri Selembut Bayu
7. Wafiya Puteri Kota Cinta
8. Cikgu Paling Gempak
9. Diari Mat Despatch

PTS LITERA UTAMA Sdn Bhd
1. Hijrah
2. Khalifah-khalifah yang Benar
3. Muhammad Al Fateh -Edisi jimat
4. Khalid Al Walid -Edisi jimat
5. Ikramah
6. Gadis Ayu

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 16, 2011

PTS Netmedia Sdn. Bhd. Mula Menerbitkan Buku Fotografi

PTS Net Media Sdn Bhd adalah anak syarikat yang menerbitkan buku-buku teknikal jenis popular.

Termasuk dalam kategori ini adalah buku-buku yang membantu pembaca menguasai teknologi internet, terutamanya bagi tujuan bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 15, 2011

Novel Remaja Awal Bertema Fikah

Novel remaja ini ditulis dalam bentuk jurnal.

Tema Catatan Rahsia Gadis... Shhh... ini adalah berkenaan haid. Kisah seorang remaja yang masih belum datang bulan. Isi jurnal ini banyak berkisar mengenai bagaimana dia memerhati rakan-rakan dan guru-guru perempuan di sekolah, serta resah gelisah dan debarannya kerana belum datang bulan. Penantiannya berakhir apabila dia betul-betul datang bulan. Namun dia panik kerana di sekelilingnya tiada ahli keluarga perempuan yang boleh membantu. Jurnal ini cuba mengaitkan haid dan perubahan-perubahan hormon, tingkah laku dan mood kepada wanita, sama ada remaja ataupun perempuan dewasa. Masalah berkaitan PMS dan hal-hal taboo mengenai haid juga cuba ditonjolkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Peri Pentingnya Sastera Kanak-Kanak dan Remaja

Penerbitan sastera kanak-kanak dan remaja memainkan peranan besar bagi membangunkan masyarakat yang gemar membaca. Orang-orang dewasa yang suka membaca sememangnya mereka sudah suka membaca semenjak masih kanak-kanak dan remaja.

Justeru, industri buku bacaan dewasa dapat berkembang apabila industri buku kanak-kanak dan remaja berkembang.

Di sinilah pentingnya kerajaan memberi dukungan kepada industri buku kanak-kanak dan remaja, supaya kualiti buku-buku yang diterbitkan itu tinggi dan memenuhi keperluan perkembangan psikologi dan intelek mereka. Namun hal ini belum berlaku. Kerajaan masih tidak menubuhkan dana buku yang membolehkan para penerbit buku mendapatkan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah supaya kos penerbitan buku dapat diturunkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 14, 2011

Berdakwah kepada Remaja Gedik

Berdakwah kepada remaja gedik adalah suatu kaedah dakwah yang menggunakan pendekatan outreach. Istilah outreach (reach out) bermakna menyampaikan maklumat Islam kepada golongan yang selama ini maklumat Islam tidak sampai kepada mereka.

Memang menjadi fitrah remaja mereka lebih berminat kepada perkara-perkara lain, bukan kepada hal-hal agama. Ini lebih benar apabila mereka datang daripada keluarga yang tidak kuat pegangan agamanya, ataupun memang keluarga mereka bukan keluarga Islam.

Berdakwah kepada remaja gedik memerlukan strategi kreatif dan inovatif di kalangan penulis, ilustrator dan penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 13, 2011

Senarai Judul yang Dipilih untuk Promosi Ramadhan 2011

Jabatan Pemasaran PTS akan melancarkan kempen promosi Ramadan 2011  bermula pada bulan Mei. Iklan pertama akan disiarkan pada 6 Mei 2011 dalam akhbar Harakah. 

Paparan iklan akan dibuat dalam akhbar, majalah, radio, televisyen,  dan online.

Jabatan pemasaran juga akan menjalankan promosi di dalam kedai-kedai buku yang menjadi agen PTS. Bahan-bahan seperti flyers, poster, standee dan bunting akan diedarkan ke kedai-kedai yang terlibat di seluruh Malaysia.

Judul-judul yang akan dipromosi adalah seperti di bawah: 

PTS Islamika    
1. Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi    
2. Travelog Haji: 50 Tip Motivasi    
3. Step by Step: Puasa untuk Orang Sibuk    
4. Travelog Ramadan: Menyingkap Tabir Hamba dan Pencipta
5. Akademi Ramadan    
6. Ramadan Balqis    
7. Young Aisyah: Tabung Raya    

PTS Millennia    
1. Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan    
2. Tuan Bertanya Dr. Danial Menjawab    
3. Kembara Tetamu Allah    
4. Resipi Sihat & Mudah: Salad & Buah    
5. Resipi Sihat & Mudah: Pembuka Selera    
6. Resipi Sihat & Mudah: Sarapan Pagi & Minum Petang    
7. Resipi Sihat & Mudah: Tengah Hari & Makan Malam    
8. 50 Hidangan Penambat Selera    
9. Resipi Kek & Biskut    
10. Seni Tatarias Wajah    
11. Mari Belajar Crochet    
12. Gubahan Bunga daripada Beg Plastik    
13. Tip Berfesyen Muslimah    
14. Sulaman Riben Bersama Ribbon Chanteq (Siri 1)    
15. Gaya Ikatan Tudung    
16. Hiasan Dalaman Rumah    
17. Teknik Jahitan Langsir    
18. Solat A-Z    
19. Zakat A-Z    
20. Puasa A-Z    
21. Haji A-Z    

 

 

 

 

 

 

 

 

PTS Litera    
1. Imam-imam yang Benar    
2. Perang Badar    
3. Perang Khaibar    
4. Perang Khandaq    
5. Perang Uhud    
6. Laksamana Cheng Ho    
7. Ranah 3 Warna    
8. Dwilogi Padang Bulan    

PTS Darul Furqan    
1. Tafsir Ayat Ahkam    
2. Fahami Bacaan Dalam Solatmu    
3. Kaedah Jibril: Cara Mudah & Praktikal Menghafaz al-Quran    

PTS One    
1. Untuk Si Gadis: Wah Cantiknya Awak!    
2. Diari Diet Lola    
3. 101 Info: Seronoknya Berpuasa      

PTS Pop    
1. Komik-M Raya 3    
2. Duit Raya dari Syurga    
3. Al Amin    
4. Bara Cinta Kuih Keria      

PTS Professional    
1. Usahawan Cilik: Ustaz HP    
2. Idola: Budak Surau    

Nota: Maklumat ini disediakan oleh Puan Siti Nor Fadilah Salleh, eksekutif di Jabatan Marketing PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Memilih Konsep dan Desain Kulit Majalah Baru

Dalam pasaran, terdapat banyak majalah yang sudah lama usianya, sudah berpuluh-puluh tahun wujud. Oleh itu peminatnya sudah ada. Pembelinya sudah tahu apa isi kandungannya. Jadi, setiap bulan editor hanya perlu memilih desain yang serupa konsepnya dan cantik pada mata pembeli regularnya.

Apabila kita menerbitkan majalah baru, beberapa perkara sangat penting dijadikan asas pilihan desain.

(i) Desain yang dipilih itu mesti dapat dengan sekali pandang sahaja sudah berjaya memberitahu kepada bakal pembeli bahawa majalah itu tidak serupa konsepnya dengan majalah-majalah yang sudah ada. Jadi desain cover itu mesti mempunyai unsur 'kelainan' yang sangat nyata, yang tidak ada pada cover majalah-majalah lain dalam pasaran, yakni lain dari yang lain.

(ii) Desain itu tidak boleh setakat cantik, sebab majalah-majalah lain pun cantik-cantik juga.

(iii) Paling penting, desain itu mesti mencetuskan 'curiosity' (rasa ingin tahu) yang sangat tinggi. Hanya apabila bakal pembeli berasa sangat 'curious' barulah dia mahu mengambil majalah itu dari rak, lalu membukanya serta memeriksa apa isi kandungan majalah itu. Desain cover itu mesti mencetuskan kata-kata, "Eh! Majalah apa ini?"

(iv) Desain itu mesti dapat memberitahu kepada pembeli target bahawa majalah itu adalah untuk dirinya. Sebagai contoh, apabila target majalah itu adalah untuk pelajar sekolah agama dan anak-anak ustaz, maka model yang digunakan mestilah model yang menampilkan ciri-ciri pelajar sekolah agama dan anak-anak ustaz. Apabila majalah itu ditargetkan kepada bukan anak-anak ustaz, maka anak-anak yang ayah mereka bukan ustaz cepat dapat tahu bahawa itu adalah majalah untuk dirinya.

Desain kulit berfungsi sebagai umpan yang diletakkan pada mata kail bagi menarik perhatian ikan yang kita mahukan. Lain ikan makan lain umpan. Ada ikan makan cacing sahaja. Ada ikan makan anak katak. Ada ikan makan cengkerik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 12, 2011

Senarai Judul Dijangka Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Judul Baru

1. Ranah 3 Warna (3000 unit)
2. Hantaran Kasih Tuhan (3000 unit)

Judul Ulang Cetak

1. Indahnya Malam Pengantin (3000 unit)
2. Terapi Ruqyah (5000 unit)
3. Usahawan Cilik: Nasi Lemak Bonda (2000 unit)
4. Seni & Kraf Bersama Kak Emila - Kad Ucapan (3000 unit)

NOTA: Senarai ini disediakan oleh Pn. Miliza Mohd. Ghazali, eksekutif di Unit Produksi PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 11, 2011

Tip Survival Penerbit: Cover Buku Melayu Bukan Cantik pada Mata Melayu Sahaja

Penerbit-penerbit antarabangsa mempunyai dasar export-ready apabila memilih desain kulit buku-buku yang diterbitkan kerana mereka mahu supaya buku-buku mereka dapat dijual di mana-mana sahaja, dan kepada sesiapa sahaja, baik dalam negara ataupun di luar negara.

Penerbit buku Melayu juga perlu menggunakan dasar yang seperti itu.

Buku-buku Melayu hendaklah dapat dijual kepada pembaca bukan Melayu, bukan Islam, kepada pembaca bandar dan juga luar bandar, kepada golongan profesional, malah kepada pembaca golongan atasan.

Sebagai bahasa nasional, Bahasa Melayu tidak boleh dijadikan hak orang Melayu sahaja, dengan itu buku-buku Melayu tidak patut dijual kepada orang Melayu sahaja. Ini bermakna penerbit Melayu tidak patut berniaga dengan orang Melayu sahaja.

Pertama-tama, saiz pasaran Melayu adalah kecil, jadi kita mesti membuka pasaran buku Melayu kepada masyarakat bukan Melayu, jika tidak, bisnes kita tidak dapat membesar.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 10, 2011

Judul-Judul Terjemahan akan Datang dari PTS Professional Sdn Bhd

Ketua Unit Buku Terjemahan di PTS Professional Snd Bhd, Cik Fatin Farhana Hasan (foto), memberitahu jumlah judul terjemahan akan dinaikkan daripada 2 menjadi 3 judul setiap bulan. Ini bagi memenuhi permintaan yang lebih tinggi daripada pembeli buku.

Pada masa ini banyak judul sedang dalam proses penerbitan, iaitu seperti di bawah:

Manuskrip dalam proses produksi:

   1. Sun Tszu: Art of War - Ilustrasi oleh Wang Xuanming
   2. Focal Point – Brian Tracy
   3. Reinvention – Brian Tracy
   4. Speak to Win – Brian Tracy
   5. Guerrilla Marketing for Writer – Jay Conrad Levinson
   6. The Presentation Secret of Steve Jobs – Carmaine Gallo
   7. Start Where You Are – Chris Gardner

Manuskrip yang sedang dalam proses terjemahan:

   1. How to get from where you are to where you want to be – Jack Canfield
   2. Chicken Soup for the Soul – Jack Canfield
   3. Total Victory: Sun Tzu
   4. The One Minute Presenter – Warwick J. Fahy
   5. The Confession of an Economic Hitman – John Perkins
   6. Real Leader Don't Do Powerpoint – Christopher Witt
   7. Think and Grow Rich – Napoleon Hill

Manuskrip yang sedang dalam proses pelesenan:

   1. Rich Dad Poor Dad – Robert Kyosaki
   2. Why we want you to be rich – Robert Kyosaki dan Donald Trump
   3. Think like champion – Donald Trump
   4. Maximum Influence – Kurt Mortensen
   5. Six Thinking Hat – Edward De Bono
   6. Freakonomics – Levitt dan Dubner
   7. Super Freakonomics – Levitt dan Dubner
   8. The Tipping Point – Malcolm Gladwell

NOTA: Penterjemah PTS adalah mereka yang menerima latihan di PTS dan lulus ujian PTS dengan gred A sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 09, 2011

Remaja Lelaki Suka Membaca Buku Apa

Tuan Roslee Saad adalah salah seorang rakan Facebook saya. Foto menunjukkan anak lelaki beliau, seorang pelajar berusia 10 tahun, Tn. Ahmad Faris, sedang membaca buku bertajuk Armagedon 2012 karya Muhammad Alexander.

Kanak-Kanak lelaki mempunyai minat membaca bahan-bahan yang sesuai dengan jiwa dan intelek mereka.

Mereka mahukan bahan-bahan bacaan yang mengemukakan informasi sejarah, sains dan teknologi. Mereka sanggup membaca buku-buku yang ditulis untuk bacaan orang dewasa.

Seorang lagi pengarang yang digemari oleh remaja lelaki adalah Tn. Abdul Latip Talib yang terkenal dengan novel-novel sejarah beliau.

Inilah cabaran bagi penulis dan penerbit kita. Kita perlu menghasilkan buku-buku yang diminati oleh kanak-kanak dan remaja lelaki, barulah mereka mahu membaca.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 08, 2011

Pesta Buku Daerah Semakin Rancak

Foto di atas menunjukkan orang ramai yang datang ke pesta buku di Dungun. Pesta sedang berlangsung sekarang di bangunan Perpustakaan Awam Dungun.

Trend hari ini menunjukkan minat membaca di kalangan masyarakat bandar-bandar sederhana besar sudah meningkat dengan ketara sekali.  Ini jelas dapat dilihat dengan membandingkan jumlah pengunjung pesta-pesta buku yang diadakan, baik oleh pihak swasta mahupun oleh perpustakaan awam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 07, 2011

Budaya Kerja PTS: Duduk di Lantai Pejabat Menadah Ilmu

Pada setiap hari Jumaat, tepat jam 12 tengah hari, staf PTS akan menutup komputer, menolak kerusi ke tepi lalu duduk di atas lantai bagi mendengar sesi tazkirah selama 30 minit.

Tazkirah disampaikan oleh ustaz-ustaz yang berkhidmat di PTS sendiri. Ini adalah budaya menadah ilmu dari rakan sejawat yang sudah diamalkan di PTS semenjak zaman PTS masih beroperasi di Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, dan sehingga sekarang masih diteruskan.

Disebabkan staf PTS menggunakan lantai pejabat sebagai tempat sembahyang berjamaah, membaca Yasin dan doa tahlil, menadah ilmu dan makan kenduri, itulah sebabnya lantai pejabat diperbuat daripada bahan kayu, bukan marbel ataupun bahan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 06, 2011

Judul-Judul Ini Sudah Masuk Gudang PTS

Judul Baru

1. Meniti Jalan Suci (8000)
2. Siti Hajar (3000)
3. Make Today Count (3000)

Judul Ulang Cetak
   
1. Motivasi Alihan Pelajar (3000)
2. Armagedon (5000)
3. 1 Hari 1 Resipi (10,000)
4. Hebatnya Kuasa Istikharah (2000)
5. How Successful People Think (3000)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 05, 2011

Senarai 200 Top Seller PTS Berdasarkan Nilai Ringgit bagi Bulan Mac 2011

1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
2. Ensiklopedia Sejarah Rasulullah SAW - Boxset
3. Syama'il Muhammadiyah
4. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Tentang Solat
5. Khutbah Rasulullah
6. No Excuses! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya
7. Dahsyatnya Doa Ibu
8. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
9. Laksamana Cheng Ho
10. Khalifah-khalifah Yang Benar
11. Puteri Qairina & Kristal Ajaib
12. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
13. Men Are from Mars, Women Are From Venus - ed. BM
14. Kamus Peribahasa Kontemporari - ed ke-3
15. Nota Adania
16. Menjadi Wanita Super Dengan Asma Al-Husna
17. 11 Teori Dan Prinsip Motivasi Di Tempat Kerja
18. Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik
19. Fatimah Fatty
20. Misi Suhana: Saya Sayang Semua
21. Cinta Di Hujung Sejadah
22. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
23. 10 Tokoh Idola Muslimah - Kemantapan Diri & Kecemerlangan Kerjaya
24. Kuntum Cinta Di Taman Syurga
25. Resipi Sihat & Mudah: Sarapan Pagi & Minum Petang
26. Tiga Hati
27. Didik Anak Gaya Rasulullah - ed. HC
28. Resipi Sihat & Mudah: Tengah Hari & Makan Malam
29. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
30. Blues Amni: Oh Kerja!
31. Sebongkah Batu di Kuala Berang
32. Sekiranya Aku Menjadi Novelis
33. Smart Heart
35. Demi Dhuha
36. Yassin, Tahlil & Doa + CD Audio
37. How To Win Friends & Influence People - ed. BM
38. Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung
39. DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi & Kawalan
40. Mcmya Detektif Matematik
41. 101 Akhlak Rasulullah
42. Deeper - Edisi Bahasa Melayu
43. EQ, Menjana Kecerdasan Emosi
44. Yang Berat Sama Dipikul
45. Amalan Meraih Ganjaran Pahala
46. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
47. Ilmu Hikmah
48. Pen Merah Pen Biru
49. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
50. Bibir Merayu Hati Bernafsu
51. 7 Formulas of Excellent Individuals
52. Akukah Cinderella Itu?
53. Jangan Ikut Jalan Ini
54. Penulis Yang Disayang Tuhan
55. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
56. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
57. Panduan Menulis Cerpen
58. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja
59. Sultan Muhammad Al-Fateh
60. Bilal Bin Rabah
61. Travelog Haji + VCD - ed. kemas kini
62. Hijab Cinta
63. Cikgu Paling Gempak
64. Huhaland Taman Ajaib
65. Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan
66. Khalid: Memburu Syahid
67. Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
68. Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
69. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
70. Buat Duit Dengan Katering
71. Edisi 1+1 Ida Rizyani: GIM & Elergi Tupai & Sepet
72. Everyone Communicates Few Connect - ed. BM
73. 501 Soal Jawab Darah Wanita
74. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis
75. Nian Hati Salsabila
76. Bacakan Saya Satu Cerita
77. Puteri Tudung Bermanik
78. Melatih Anak Berfikir
79. Alexander Adalah Zulqarnain
80. Gadis Skuter
81. Abu Bakar: Sahabat Sejati
82. Puteri Kemilau Cahaya
83. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
84. Hijrah
85. Projek Fesyen Ain Maisarah
86. Dato' Dr Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian
87. Ajaibnya Sedekah
88. Young Aisyah: Operasi 3K
89. Puteri Selembut Bayu
90. Diari Pengawas Sekolah
91. For One More Day - ed. BM
92. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
93. Peta Minda: Langkah Demi Langkah
94. Aku Mahu Superbibik
95. Bendera Di Atas Bukit
96. Rumah Rahsia
97. Aku, Dia & Drama Queen
98. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
99. Dunia Aktiviti Didi
100. Qaseh Puteri: Mengejar Bayangan Qaseh Puteri
101. Aku, Dia & Coklat
102. Kotler On Marketing - ed. BM
103. Ali Bin Abi Talib
104. Mengurus Harta Pusaka
105. Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab
106. Senangnya Memasak: Puding & Desert
107. Putera Danish & Villa Fantasi
108. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
109. Impiana: Misteri Terbongkar
110. Kelab Gadis Ayu
111. 3T: Taubat Tasbih Tahajud
112. Diari Mat Despatch
113. Ku Damba Cintamu Wahai Rasulullah
114. Mudahnya Bisnes dengan Forum Online
115. Kamilah Kembar Diraja
116. Motivasi 5A UPSR
117. The Magic Of Thinking Big - ed. BM
118. Gadis Bubble Gum
119. Aisyah: Keanggunan Sejati - ed. SC
120. Wafiya Puteri Kota Cinta
121. Semanis Tart Ceri
122. Hidangan Si Cilik
123. Geng Genius: Misi Kami
124. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
125. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
126. Impiana: Finale
127. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
128. Dahsyatnya Qiamullail
129. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
130. Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas
131. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - ed. jmat
132. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
133. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
134. Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
135. Manual Pengajaran Pra Sekolah Perancangan Mingguan Dan Harian
136. Memasak Sehebat Chef: Sup
137. Minda Muslim Super
138. Senangnya Memasak: Kuih-Muih Minum Petang
139. 7 Formula Individu Cemerlang - Edisi Ke-2
140. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang
141. Harta Harun- Bukan Harta Karun
142. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden
143. Biografi Muhammad bin Abdullah - ed. 2011
144. Aku, Dia & Glamor
145. Al-Asma Al-Husna 99 Nama Allah Terindah
146. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
147. Perang Kelang
148. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
149. Young Aisyah: Sayang Cikgu
150. Gila Gila PSP
151. Memasak Sehebat Chef: Bubur
152. Tariq: Menang ataupun Syahid
153. Senangnya Memasak: Ikan
154. Diufuk Fajar
155. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
156. Siapa Lebih Popular?
157. Aku, Dia & Gosip
158. Aku Mahu Popular
159. Komik-M: Aku, Kau & Facebook
160. Quran Saintifik - ed. jimat
161. Senangnya Memasak: Makanan Barat
162. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
163. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah
164. Diari Hidup Rasulullah
165. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
166. Seperti Keju & Coklat
167. Sayalah Puteri Raja!
168. Komik-M: Aku, Kau & Cuti Sekolah
169. Komik-M: Aku, Kau & Sekolah
170. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - ed. Soft Cover
171. Impiana
172. Namaku Bukan Maria
173. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
174. Koleksi Cerita Adam Kecil
175. Memasak Sehebat Chef: Rendang
176. Senangnya Memasak: Daging
177. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
178. Kolam Rahsia - ed. Baru
179. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - ed. jimat
180. Komik-M: Meon 4 Jerat Burung
181. Awang Selamat Menabur Bakti - ed. baru
182. Berfikir Gaya Trump
183. Aminah: Cinta Puteri Quraisy
184. Travelog Hidayah
185. Tuk Mudin Datang
186. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
187. Dhiyadin
188. 5 Penyiasat Muda - Edisi Baru
189. Young Aisyah: Summer Camp
190. Impiana II
191. Aku Mahu Ke New York 2
192. Senangnya Memasak: Makanan Laut
193. Hidup Tenang Walaupun Berhutang - ed. kemas kini
194. Aku Mahu Saiz S
195. Komik-M: Meon 3 Perang Bola Kampung Lagi
196. Young Aisyah: Buli
197. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - ed. jimat
198. Usahawan Cilik: Coklat Ataupun Strawberi?
199. Hidangan Terbaik Dunia: Cina
200. Berubat Dengan Solat

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, April 04, 2011

Senarai Judul PTS yang Terjual Lebih 1000 Naskhah pada Bulan Mac 2011

1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza - 10,005
2. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang - 5,000
3. Syama'il Muhammadiyah - 3,672
4. Dahsyatnya Doa Ibu - 3,392 
5. Khutbah Rasulullah - 3,151 
6. Yang Berat Sama Dipikul - 2,512 
7. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - 2,466 
8. Amalan Meraih Ganjaran Pahala - 2,396
9. Yassin, Tahlil & Doa + CD Audio - 2,342 
10. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 2,328 
11. Nota Adania - 2,321
12. Jangan Ikut Jalan Ini - 2,178 
13. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Tentang Solat - 2,175 
14. 10 Tokoh Idola Muslimah - 2,129
15. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja - 2,099
16. Senangnya Memasak: Puding & Desert - 1,986
17. Laksamana Cheng Ho - 1,985 
18. Misi Suhana: Saya Sayang Semua - 1,947 
19. Fatimah Fatty - 1,887
20. Resipi Sihat & Mudah: Sarapan Pagi & Minum Petang - 1,876
21. Puteri Qairina & Kristal Ajaib - 1,862
22. Ilmu Hikmah - 1,843 
23. No Excuses! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya - 1,721
24. Memasak Sehebat Chef: Sup - 1,718
25. Smart Heart - 1,706
26. DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi & Kawalan - 1,693 
27. Resipi Sihat & Mudah: Tengah Hari & Makan Malam - 1,676
28. Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung - 1,667
29. Diari Pengawas Sekolah - 1,638
30. Mcmya Detektif Matematik - 1,635
31. Kuntum Cinta Di Taman Syurga - 1,629
32. Cinta Di Hujung Sejadah - 1,599
33. Senangnya Memasak: Kuih-Muih Minum Petang - 1,582
34. Memasak Sehebat Chef: Bubur - 1,549
35. Sebongkah Batu di Kuala Berang - 1,512
36. Blues Amni: Oh Kerja! - 1,484
37. Tiga Hati - 1,432 
38. Demi Dhuha - 1,427
39. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh - 1,426
40. Rumah Rahsia - 1,414
41. Bendera Di Atas Bukit - 1,411
42. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 1,408 
43. EQ, Menjana Kecerdasan Emosi - 1,406
44. Memasak Sehebat Chef: Rendang - 1,398 
45 Senangnya Memasak: Ikan - 1,397
46. Sekiranya Aku Menjadi Novelis - 1,394
47. Bibir Merayu Hati Bernafsu - 1,365
48. 11 Teori Dan Prinsip Motivasi Di Tempat Kerja - 1,349
49. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang - 1,340
50. Senangnya Memasak: Makanan Barat - 1,332
51. Dunia Aktiviti Didi - 1,328 
52. Menjadi Wanita Super Dengan Asma Al-Husna - 1,251
53. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed. BM - 1,250 
54. Senangnya Memasak: Daging 1,250
55. Pen Merah Pen Biru 1,203
56. Cikgu Paling Gempak - 1,180 
57. Manzil Rasm Uthmani - 1,175 
58. Huhaland Taman Ajaib - 1,162
59. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah - 1,151
60. Senangnya Memasak: Makanan Laut - 1,120 
61. Akukah Cinderella Itu? - 1,117 
62. Ajaibnya Sedekah - 1,100
63. Buat Duit Dengan Katering - 1,096
64. Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan - 1,094 
65. Komik-M: Aku, Kau & Facebook - 1,078 
66. Hidangan Terbaik Dunia: Cina - 1,072 
67. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha - 1,066 
68. Komik-M: Aku, Kau & Sekolah - 1,063 
69. Penulis Yang Disayang Tuhan - 1,052
70. Diari Mat Despatch - 1,047 
71. Komik-M: Aku, Kau & Cuti Sekolah - 1,027 
72. Hidangan Terbaik Dunia: Siam - 1,012 
73. Komik-M: Meon 4 (Jerat Burung ) - 1,010 
74. Gadis Skuter - 1,010
75. Hadiah Daripada Pengantin - 1,005

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 03, 2011

Buku-Buku PTS Mula Masuk Gedung Mydin

Tuan Ridza Jailani (foto) adalah pengurus anak syarikat PTS Era Edar Sdn Bhd, yang baru sahaja ditubuhkan.

PTS Era Edar bertanggungjawab membuka laut biru baru, iaitu mengedarkan buku-buku PTS melalui rangkaian non-tradisional, yakni selain kedai buku, seperti stesen minyak, rangkaian koperasi, rangkaian farmasi, rangkaian kedai 24 jam dan lain-lain.

Beliau memaklumkan, mulai bulan April, buku-buku PTS akan mula dijual di rangkaian supermarket Mydin. Bekalan stok buku-buku PTS akan dibekalkan secara berperingkat-peringkat kepada rangkaian Mydin kerana tidak semua cawangannya mempunyai ruang yang sesuai bagi mempamerkan koleksi buku-buku PTS.

Dalam fasa 1 ini, cawangan Mydin Subang Jaya akan menjadi cawangan pertama menjual buku-buku PTS. Semua kategori buku PTS akan dipamerkan di supermarket Mydin.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 02, 2011

Kanak-Kanak Dyslexia dan Novel Ain Maisarah

Seorang ibu, Puan Suhaili Abdul Wahid, melalui Facebook, menulis kepada sahabat beliau, Puan. Nazhatulshima Nolan tentang anaknya yang mengalami keadaan dyslexia, yang menyebabkan seseorang itu sukar membaca. Beginilah apa yang beliau tuliskan:

"Bestnya, Shima! My daughter who has dyslexia and doesn't have a reading habit, is now avidly reading AinMaisarah Novelis book. She's now asking for 'Aku Mahu Ke New York 2'. Seriously, I have tried so many materials including Enid Blyton etc etc... but to no avail. Yang ini akhirnya terpaut juga."

Ini adalah testimoni yang menunjukkan bahawa sastera remaja karya penulis tempatan mempunyai daya tarikan yang sangat tinggi kepada remaja kita dibandingkan dengan buku-buku yang diimport. Faktor daya tarikan yang utama adalah cerita-cerita tempatan membolehkan remaja kita 'connect' dengan watak-watak dan peristiwa-peristiwa dalam karya itu.   

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, April 01, 2011

Jurutera IT Developer PTS

Tuan Mohd. Izwan Abd. Wabah, juga dikenali dengan nama Robotys (foto) adalah salah seorang dari 3 orang jurutera yang menggalas kerja-kerja pembangunan sistem di Jabatan IT (teknologi maklumat) PTS.

Beliau khusus membangunkan sistem pengurusan proses editorial sejak daripada buku baru mula dirancang sehinggalah buku masuk gudang.

Proses penerbitan buku adalah sangat kompleks dan melibatkan peranan pelbagai pihak. Dengan adanya sisem editorial itu nanti banyak proses akan menjadi lebih efisien.

Sebelum bertugas sebagai Senior IT Developer di PTS, Tuan Izwan pernah bertugas di syarikat konsultan IT. Beliau adalah lulusan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga salah seorang daripada penulis novel sains remaja dalam siri 'Geng Genius'..

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Judul-Judul Ini Sudah Masuk Gudang PTS

1. Magnet Rezeki Dengan Solat Dhuha (3000 unit)
2. Perang Badar (2000 unit)
3. Rabiatul Adawiyah (2000 unit)
4. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain (2000 unit)
5. Misteri Firaun (4000 unit)
6. Imam-Imam Yang Benar (4000 unit)
7. Fahami Bacaan Dalam Solatmu (3000 unit)
8. Motivasi Alihan Untuk Pelajar (840 unit)
9. The 360 Leader - Ed. Bahasa Melayu (2000 unit)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pasaran Buku Agama untuk Dami-Agama

Kategori pembaca yang disebut sebagai dami (dummy) adalah mereka yang tidak mempunyai maklumat latar belakang berkenaan tema dalam buku yang dibacanya.

Antara buku-buku dalam bahasa Inggeris, ada 2 siri buku-buku yang ditulis untuk pembaca dami, iaitu siri 'Idiot's' dan siri 'For Dummies'.

Kelompok dami ada dalam semua bidang ilmu. Dalam bidang masak-memasak pun ada golongan dami.

Pasaran buku-buku dami adalah pasaran yang bagus. Pasaran ini sentiasa ada sepanjang masa, dan sampai bila-bila.

Salah satu sektor pasaran dami adalah dalam bidang buku-buku agama Islam. Pasaran ini sangat besar dan PTS memberi fokus utama kepada sektor ini.

Dami-agama Islam mempunyai 3 ciri utama:

(i) Tidak tahu langsung membaca tulisan Arab.

(ii) Tidak pernah mempelajari agama Islam.

(iii) Tidak mengamalkan ritual-ritual yang asas dalam agama Islam.

Justeru kelompok dami-agama mungkin terdiri daripada:

(i) Orang bukan-Islam yang berminat mahu membaca buku tentang Islam.

(ii) Orang Islam keturunan semata-mata.

(iii) Saudara baru yang memeluk Islam kerana berkahwin.

(iv) Kanak-kanak ataupun awal remaja.

Majoriti buku agama yang ada dalam pasaran tidak dapat difahami oleh kelompok dami-agama disebabkan buku-buku itu memang sejak awal ditulis ataupun diterjemahkan bagi bacaan orang-orang Islam yang pengetahuan agamanya sudah baik.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages