Tip Survival Penerbit: Mengapa PTS Melatih Pembekal Manuskripnya

Sebagaimana dalam bisnes-bisnes lain, bisnes penerbitan buku juga menggunakan strategi perniagaan.
Pada dasarnya, ada 2 perkara pokok dalam apa jua strategi bisnes:
(i) Mengkaji apa keperluan dan kehendak pasaran - pendek kata, penerbit mesti membuat kajian bagi mengetahui orang ramai mahu buku yang macam apa.
(ii) Menghasilkan produk-produk yang diperlukan oleh pasaran pada harga yang berpatutan - yakni menerbitkan buku-buku yang dikehendaki oleh pembeli dan harganya tidak boleh terlalu mahal
Maklumat berkenaan 2 perkara itu wajib diberitahu kepada penulis kerana mereka adalah pembekal manuskrip yang yang diterbitkan menjadi buku yang laku keras jualannya.
Penulis wajib tahu buku-buku bagaimana yang dikehendaki oleh pekedai buku dan pembeli buku. Kalau pembaca mahukan buku itu tetapi pekedai tidak berminat mempamerkannya, buku itu akan berlonggok di dalam gudang penerbit.
Begitu juga, kalau pekedai mahu mempamerkan buku tetapi pembeli tidak mahu membelinya, buku-buku itu akan dipulang kepada penerbit sebagai buku tak laku.
Justeru, sangat penting supaya penulis menghasilkan manuskrip yang apabila sudah diterbitkan menjadi buku para pekedai mahu mempamerkannya dan para pembeli pun mahu membelinya.
Nota: Foto menunjukkan Tuan Imran Azmi, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberi taklimat kepada penulis-penulis PTS yang berminat menulis bagi diterbitkan oleh anak syarikat itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Hari ini, Ahad 29 Mei 2011, selepas waktu Asar, Tn. Adlie Shamsuddin meninggalkan seorang ibu, seorang isteri dan dua orang anak lelakinya, kerana pulang ke Negeri Abadi.


Blink Book Sdn Bhd kini sedang menjalankan pertandingan menulis sinopsis.




Pada tahun 2010, PTS membelanjakan RM250 ribu untuk kempen promosi 



Iklan dalam majalah ASUH, Jun 2011





PTS mempunyai Tim Penterjemah sendiri yang dipilih, dilatih dan diuji sendiri oleh PTS dengan menggunakan kriteria sangat ketat.
Semakin banyak penulis dan penterjemah PTS mampu membeli tiket melancong ke luar negara ataupun membeli tiket menunaikan ibadah umrah untuk diri sendiri mahupun untuk ibu bapa.
Melalui penerbitan karya-karya sasterawan Ahmad Zahiruddin Zabidi, PTS memperkenalkan apa yang diistilahkan sebagai genre 'sastera spiritual', atau disebut juga sebagai 'sastera agama'.
Buku-buku yang ditargetkan bagi jualan musim bulan puasa dan hari raya sudah mula terbit. Ada yang sudah masuk gudang, ada yang sedang di kilang cetak.


Editor-editor PTS mempunyai mentaliti businessman. Mereka berfikir sebagai businessman, dan bertindak sebagai businessman. Meskipun mereka makan gaji, tetapi sikap mereka sebenarnya adalah sebagai orang membayar gaji, komisen dan bonus kepada diri mereka sendiri.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Puan Ainon.










Pada masa ini buku-buku yang akan terjual dengan lakunya menjelang bulan Ramadan sudah siap dicetak ataupun sedang dicetak.
Puan Nur Hasnah Ibrahim (foto), Pengurus Jabatan Kewangan PTS melaporkan jumlah kutipan tunai daripada hasil jualan buku di dalam booth PTS sepanjang 10 hari Pesta Buku PBAKL 2011 adalah RM830 ribu.
Pada 6 Mei 2011, pihak pengurusan PTS telah menyampaikan Anugerah Emas (Gold Disc) kepada pihak pengurusan syarikat kedai buku POPULAR kerana berjaya menjual 30 ribu naskhah buku 1 Hari 1 Resipi, karya Puan Hanieliza Kamaruddin dalam tempoh kurang daripada 6 bulan.



Pada Ahad 1 Mei 2011, bertempat di PWTC, Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menganjurkan majlis Bicara Sasterawan Negara, dengan tajuk 'Mengantarabangsakan Karya Sastera Tempatan'. Majlis diadakan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).










wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…