Tip Survival Penulis: Perbezaan antara Penulis dan Pakar Bidang
Dari sudut sumber pendapatan, penulis buku mempunyai banyak persamaan dengan penyanyi. Penulis mempunyai buku, manakala penyanyi mempunyai album. Penyanyi muncul dalam show dan roadshow dan pendapatan daripada show dan roadshow mungkin jauh lebih tinggi dari jualan albumnya.
Penulis juga boleh muncul dalam show dan roadshow dalam bentuk menyampaikan ceramah, bengkel training dan kursus.
Sebagaimana keadaannya dengan penyanyi, pendapatan penulis dari roadshow juga berpotensi jauh lebih tinggi daripada jualan album. Namun, itu memerlukan si penulis dilihat sebagai seorang 'pakar bidang', bukan setakat seorang 'penulis buku'.
Apabila seseorang penulis mahu menceburi pasaran training, beliau perlu dilihat sebagai seorang 'pakar' dalam bidang yang ditulis dalam buku-bukunya. Ini bermakna beliau perlu menulis banyak buku dalam sesuatu bidang. Kedua, penulis perlu mempunyai maklumat berkenaan situasi tempatan dan semasa.
Apabila membaca buku, ada 2 nilai yang penting yang dicari oleh pembaca:
(1) Nilai Kefahaman: Dengan membaca buku itu, pembaca sudah faham.
(2) Nilai Tahu: Dengan membaca buku itu pembaca tahu apa yang dia perlu lakukan.
Hanya apabila penulis dapat mengemukakan contoh-contoh tempatan dan semasa, barulah beliau dipersepsi sebagai seorang 'pakar' yang sudah menjalankan kajian tempatan dan juga mengetahui situasi tempatan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006














Tn. Muhammad Aizat Abd. Razak adalah timbalan pengurus jabatan pemasaran PTS. Sebelum ini beliau adalah pengurus PTS Profesional Sdn Bhd, anak syarikat yang menerbitkan buku-buku bisnes, pengurusan dan pendidikan.
Cikpuan Norizah Wahid (foto) adalah eksekutif di Jabatan Kewangan PTS yang menguruskan hal-ehwal pembayaran royati. Beliau memberitahu bahawa proses pengiraan royalti sudah selesai.






Foto menunjukkan kotak-kotak yang berisi dengan buku-buku PTS yang tidak laku dijual dan dipulangkan semula oleh kedai-kedai buku ke gudang PTS. Kotak-kotak itu baru sampai, oleh sebab itu masih belum dibuka bagi dikira dan disimpan.
Dalam pasaran fiksyen Melayu, 2 sektor yang sudah sesak adalah (a) sektor novel cinta, dan (b) sektor novel remaja.
Setakat ini saya sudah membaca lebih dua pertiga novel Nian Hati Salsabila. 



































Kita tidak boleh membaca buku-buku terjemahan yang ditulis oleh penulis bangsa-bangsa asing sahaja. Jika bangsa kita tidak membaca buku-buku karya bangsanya sendiri, risikonya sangat besar.














wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…