Kesan Inflasi Harga Barang: Jualan Novel Dewasa Terpukul
Buku dibeli menggunakan wang lebihan (disposable income), yakni lebihan selepas perbelanjaan wajib seperti makan, sewa rumah, tambang pergi balik kerja dll.
Semenjak harga barang-barang naik akibat kenaikan harga minyak dan elektrik, jualan novel dewasa terpukul teruk. Data jualan PTS menunjukkan jualan novel dewasa turun 30%, suatu angka yang sangat parah.
Novel bukan barang keperluan hidup, yakni tidak wajib dibeli. Membaca novel adalah aktiviti leisure, masa lapang. Apabila harga barang naik, jualan novel sangat terjejas.
Foto menunjukkan sebahagian daripada novel dewasa yang dipulangkan oleh kedai-kedai buku kerana tidak laku walaupun sudah dipamerkan selama 90 hari.
Maklumat terkini yang kita terima dari kedai-kedai buku adalah, disebabkan banyaknya judul baru diterima dari penerbit, kedai buku menurunkan tempoh pameran daripada 90 hari kepada 30 hari sahaja bagi sesetengah kategori buku yang sukar dijual.
Selepas 30 hari, stok buku yang tidak laku akan terus dipulangkan kepada penerbit. Termasuk dalam kategori itu adalah novel dewasa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Salah satu trend terbaru dalam jualan novel-novel remaja adalah semakin banyak judul baru novel remaja diterbitkan, semakin banyak buku yang dipulangkan oleh kedai buku kepada penerbit disebabkan tidak laku.






















Negara kita sudah mempunyai 10 orang Sasterawan Negara:


Banyak kedai buku memberikan rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku PTS. Rangkaian kedai buku elit seperti POPULAR dan MPH pun melakukan yang serupa.







Jabatan Jualan PTS terbahagi ke dalam 3 unit:
Tuan Ahmad Ridza Jailani, pengurus anak syarikat PTS Edar Sdn. Bhd memberitahu, PTS Edar kini bekerjasama dengan syarikat Komik Tian Shia Sdn Bhd, sebuah pengedar komik terbesar di Malaysia.








Data jualan PTS pada tahun-tahun menunjukkan jualan buku meningkat dengan ketaranya 2 bulan sebelum tibanya bulan puasa.







Tuan Roslan Isa, pegawai pemasaran PTS (media) memaklumkan bahawa mulai hari ini iklan radio kempen promosi buku-buku PTS untuk menyambut Ramadhan akan ke udara, sebanyak 5 ataupun 6 kali sehari melalui stesen radio terpilih.


Mulai hari ini, 1 Julai 2011, iklan radio promosi Baca@Ramadhan mula disiarkan di Sinar FM, THR Gegar, Radio 24, Best 104 Johor, dan Kedah FM. Demikian dimaklumkan oleh Tn. Hisham Salmin, Pengarah Seni PTS, yang menerbitkan iklan itu.
Pesta Buku Jakarta akan berlangsung sepanjang 2 - 10 Julai 2010.















wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…