Monday, October 31, 2011

Model Buku bagi Dijadikan Modul Latihan

Buku dan trainer adalah ibarat penyanyi dan album.

Buku ini adalah model yang baik bagi dijadikan modul training komersial dalam bidang peningkatan nilai diri dan kejayaan peribadi.

Penulis yang mahu masuk ke dalam sektor pembangunan diri sebaiknya menulis buku seperti buku ini bagi meningkatkan kredibiliti modul yang ditawarkan kepada pelanggan.

Memang buku yang menggunakan model begini sangat popular dalam bahasa Inggeris, namun buku Kuasa Sukses oleh Fadzli Yusof ini mempunyai kelebihannya sendiri.

Contoh-contoh dan kes yang digunakan di dalam buku ini sesuai dengan nilai-nilai Malaysia, yang tidak ada dalam buku-buku yang ditulis oleh pengarang Amerika.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 30, 2011

Dari Novel ke Filem: Risikonya 50-50

Lazimnya, penulis dan penerbit suka apabila ada penerbit drama televisyen ataupun penerbit filem berminat mengadaptasi novel mereka ke skrin kerana dipercayai hal itu dapat melariskan jualan buku.

Menurut Tuan Syaizul Amal, pengurus brand AinMaisarah, adaptasi dari novel ke skrin tidak menjamin jualan bukunya akan bertambah laris, malah ada risiko sebaliknya pula. Menurut beliau, banyak produser telah mengemukakan minat mereka mahu mengadaptasi novel-novel AinMaisarah, namun beliau masih berhati-hati sebelum memberi persetujuan.

Apabila adaptasi skrin itu berjaya, jualan buku boleh meningkat. Malah bagi buku-buku yang sudah lama dalam pasaran dan jualannya sudah jatuh, adaptasi ke skrin boleh memberi nyawa baru kepada jualan buku.

Sebaliknya pula yang akan berlaku apabila adaptasi ke skrin itu gagal. Meskipun bukunya bermutu tinggi, namun kegagalan drama ataupun filemnya menyebabkan bakal pembeli mempunyai persepsi negatif tentang kualiti bukunya lalu mereka tidak membelinya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 29, 2011

Senarai Judul yang akan Diiklankan dalam Harakah 4 November

1. Misteri Firaun
2. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
3. Ustaz Azhar Idrus
4. Yakjuj Makjuj 2
5. Bencana Akhir Zaman
6. Biografi Nafsu Manusia
7. Cara Terindah untuk Mati
8. Dahsyatnya Taubat Nasuha
9. Hijrah
10. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
11. Kembara Tetamu Allah
12. Sebarkan Cinta-Mu
13 Kaedah Jibril: Teknik Menghafaz al-Quran
14. Fahami Bacaan dalam Solatmu
15. Tafsir Ayat Ahkam

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 27, 2011

Brand AinMaisarah Terus Maju

Pada SABTU 29 & AHAD 30 Oktober 2011 Pusat Kegiatan Guru (PKG) daerah Gombak, Selangor mengadakan Pesta Buku Ain Maisarah.

Sempena pesta buku ini Puan Ain Maisarah akan menyampaikan bengkel penulisan kepada guru-guru 30 buah sekolah dalam zon PKG itu.

Pada pesta buku ini hanya buku-buku PTS sahaja dipamerkan.

Pengurus AinMaisarah memberitahu, siri kerjasama dengan PKG ini akan diteruskan di beberapa daerah lain di sekitar Selangor dahulu sebelum dilebarkan ke negeri-negeri lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 26, 2011

Rak Novel Remaja Sudah Sesak Badak

Beginilah keadaannya rak novel remaja sekarang ini.

Persaingan antara penerbit sudah sangat sengit, masing-masing menawarkan produk masing-masing yang sama cantik desain kulitnya dan sama menarik isi ceritanya.

Persaingan antara penulis-penulis pun sudah sangat sengit. Penulis senior bersaing dengan penulis senior.

Persaingan bagi penulis junior apatah lagi, mereka bukan hanya bersaing dengan penulis senior, mereka juga bersaing dengan penulis-penulis junior lain yang baru cuba-cuba masuk pasaran.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 25, 2011

Tip Survival Penulis: Perkataan Menjadi Lusuh

Salah satu jenis makna disebut dengan istilah 'makna emosi'. 

Perkataan bukan hanya mempunyai makna rujukan, tetapi juga makna emosi, maksudnya apabila kita mendengar ataupun membaca perkataan itu maka timbul semacam emosi dalam hati kita.

Sebagai contoh makna rujukan perkataan 'perempuan', 'wanita' dan 'betina' adalah serupa, tetapi makna emosi ketiga-kita perkataan itu berbeza.

Makna emosi boleh berubah-ubah. Dari sudut makna, perkataan adalah seperti kain, apabila terlampau kerap digunakan lama-lama perkataan itu menjadi 'lusuh', hilang daya tarikannya. Sebagai contoh, perkataan 'cinta' apabila terlalu sering digunakan sebagai judul novel, lama-lama perkataan 'cinta' itu tidak lagi menimbulkan emosi positif lagi.

Apabila mencipta judul buku, elakkan perkataan yang sudah lusuh makna emosinya.

Pada masa ini, selain perkataan 'cinta', perkataan 'cemerlang', 'gemilang,', 'terbilang', 'dahsyat' dan 'hebat' semuanya sudah lusuh.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 24, 2011

Edisi Bumper Komik-M

PTS Pop Sdn Bhd adalah penerbit siri Komik-M.

Terbaru PTS Pop menerbitkan semula siri Komik-M yang pernah terbit sebagai edisi kecil dalam bentuk 3+1 supaya kelihatan lebih tebal, seperti buku.

Ini dilakukan selepas PTS menjalankan eksperimentasi bermula pada tahun 2010, di mana novel-novel remaja yang nipis diterbitkan semula sebagai edisi 2+1, dan hasil eksperimentasi itu menujukkan jualan yang lebih baik.

Eksperimentasi juga pernah dijalankan dengan novel dewasa di mana 3 siri novel sejarah Islam karya Abdul Latip Talib diterbitkan sebagai antologi edisi mewah, hasilnya juga positif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 22, 2011

PTS akan Meningkatkan Jumlah Judul Terjemahan

Pasaran buku-buku terjemahan dalam Bahasa Melayu adalah bagus dan permintaan sentiasa ada kerana 3 faktor:

1. Jumlah judul hasil tulisan penulis tempatan tidak cukup banyak.

2. Mutu isi kandungan buku-buku dari luar banyak yang sangat bagus.

3. Sifat peminat buku yang mahu membaca bahan-bahan dari pelbagai sumber luar.

Pembaca buku-buku Melayu semakin matang dan kompleks. Mereka tidak mahukan buku-buku asas lagi. Mereka mahukan bahan-bahan bacaan yang lebih advans.

Ini mendorong PTS memperbanyakkan penerbitan judul-judul terjemahan yang ditargetkan kepada golongan kelas menengah Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 21, 2011

Buku-Buku Otak Bisnes Orang Cina

Otak bisnes orang-orang Cina sentiasa dikagumi.

PTS mengambil langkah menterjemahkan siri terbaik yang menerangkan perkara-perkara fundamental dalam budaya bisnes orang Cina.

Buku-buku bisnes terjemahan PTS semuanya laku dengan baik dalam pasaran. Setiap tahun buku-buku itu diulangcetak. Ini adalah pentunjuk baik bahawa pasaran buku terjemahan mempunyai potensi.

Resipi kejayaan buku-buku terjemahan PTS adalah: (i) Judul yang memenuhi keperluan pasaran, (ii) Mutu terjemahan yang tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 20, 2011

Etika Bisnes Penerbit Menjadi Modal Penting dalam Suasana Persaingan Mendapatkan Penulis

Pada masa ini dunia penerbitan buku dalam Bahasa Melayu berkembang dengan baik, sehingga kedai-kedai buku sangat bergantung kepada jualan judul-judul Melayu untuk survival mereka.

Sektor buku yang paling aktif berkembang adalah (i) buku agama dan (ii) sastera remaja. Semua penerbit buku Melayu memasuki kedua-dua sektor ini.

Sektor buku remaja sedang mengalami fenomena lambakan judul, suatu situasi yang menyebabkan kerugian kepada penerbit apabila banyak buku mereka dipulangkan oleh kedai-kedai buku.

Perkembangan sektor buku agama pula sangat luar biasa, kerana pasaran sedang menyaksikan bagaimana jualan buku-buku agama edisi premium menunjukkan jualan yang sangat baik, dan menghasilkan keuntungan besar kepada penerbit.

Penerbit buku-buku agama berani mengeluarkan modal besar bagi menerbitkan buku-buku yang tebal dan mahal-mahal kerana sambutan dari pasaran sangat menguntungkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya persaingan kuat di kalangan penerbit bagi mendapatkan pengarang-pengarang yang mempunyai nama baik dalam pasaran. Mereka dilamar oleh banyak penerbit, masing-masing memberikan umpan yang menarik.

Dalam keadaan begini, isu amalan etika bisnes penerbit menjadi faktor yang sangat mempengaruhi keputusan pengarang sewaktu memilih penerbit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 19, 2011

Jabatan Marketing PTS Melancarkan Kempen Membaca Musim Sambutan Tahun Baru dan Maal Hijrah

Tuan Muhammad Aizat Abdul Razak (foto), timbalan pengurus jabatan pemasaran PTS memberitahu kerja-kerja untuk promosi kempen membaca sempena musim sambutan tahun baru dan tahun Hijrah sudah mula dijalankan.

Pada tahun ini buku-buku yang akan dijadikan bahan promosi adalah buku-buku motivasi -- sama ada buku motivasi Islamik ataupun motivasi konvensional.

Setiap tahun PTS melancarkan kempen membaca dengan kerjasama kedai-kedai buku di seluruh negara.

Data jualan di jabatan sales PTS menunjukkan hasil kempen membaca pada tahun-tahun lalu memang menunjukkan peningkatan jualan yang baik.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 18, 2011

Coaching Online Teknik Surah Yusuf

Teknik surah Yusuf adalah mazhab rasmi penulisan kreatif di PTS.

Kepada tuan dan puan yang bercita-cita mahu menulis buku-buku cerita untuk kanak-kanak dan remaja menggunakan teknik surah Yusuf, ikuti program berbayar coaching online di bawah bimbingan Cikpuan Azzah Abd. Rahman (foto).

Mendaftar di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 16, 2011

Desain Cover Sudah Tidak Menjadi USP Buku-Buku Agama PTS Lagi

Pada suatu masa yang lalu, desain kaver buku-buku agama PTS membezakan mana buku PTS, mana bukan buku PTS. Hal ini sudah tidak berlaku lagi apabila penerbit buku-buku agama lain mula mengambil langkah meningkatkan kualiti desain kaver buku-buku mereka.

Pada masa ini peminat buku-buku PTS keliru apabila pergi ke kedai buku, mereka sangka buku yang dipagang adalah buku PTS, rupa-rupanya bukan.

Hanya ada satu lagi USP buku-buku agama PTS yang belum dapat disaingi, iaitu kualiti bahasa yang digunakan, di mana buku-buku PTS sangat mudah dibaca, meskipun oleh pembaca bukan Islam.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 15, 2011

Surat: Perihal Komik

Puan,

Kami mempunyai tiga orang anak lelaki. Tingkatan 3, Darjah 4 dan lima tahun. Tingkatan 3 dan Darjah 4 meminati Komik Lawak Kampus, versi Bahasa Malaysia.

Pemerhatian yang kami perolehi:

(1) Pelajar lelaki hanya membeli Komik yang mereka minat sahaja. Harga kurang dari RM10.00 Lawak Kampus = RM 7.50, Full Colour.

(2) Rata-rata pelajar lelaki di Sek. Taman Melawati (2)membawa Komik ini ke Sekolah dan membacanya semasa menunggu perhimpunan diadakan. Guru Besar galakkan para pelajar membaca buku.. Buku Cerita.. Komik-M dan Lawak Kampus berbentuk binding, dan tidak dilihat sebagai majallah. (andaian kami)

Strategi Popular: Kedai Buku Popular membuat binding menjadikannya sebuah buku; kompilasi mantap, dan menjualnya dengan harga RM29.90 Kulitnya berwarna merah darah.

(3) Semasa Pesta Buku Popular @ KLCC 2011, sesi tandatangan bersama pelukis kartun, didapati pelajar-pelajar lelaki melayu IPTA/IPTS juga membeli, tetapi hanya membeli sebuah sahaja buku kompilasi. Harga promosi RM 19.90. Mungkin duit sudah habis beraya.

(4) Pelajar Awal Remaja lelaki sangat kedekut.

(5) Tetapi jika mereka sudah suka, mereka akan ikut Siri itu. Sehingga kini, Lawak Kampus terkini adalah Jilid 11.

(6) Komik-M PTS, hanya akan dibeli oleh anak lelaki kami apabila ada tajuk dan gambar yang berkaitan dengan remaja lelaki. Ada tiga tajuk yang mereka beli sendiri, dengan duit mereka:

(a) Aku, Kau & Komik #1
(b) Aku, Kau & Bola
(c) Misi 8A

Nota: Lawak Kampus tiada mempunyai tajuk. Lawak Kampus itulah tajuknya!

Ibu Waiz

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 14, 2011

Sastera Kanak-Kanak Dwibahasa

PTS sedang menjalankan ujian pasaran buku sastera kanak-kanak dwibahasa (Melayu dan Inggeris) dengan menerbitkan buku 5 Kisah Si Manis ini. Jika terbukti buku dwibahasa laku dengan baik, maka lebih banyak judul akan diterbitkan.

Pada suatu masa dahulu ada usaha menerbitkan cerita-cerita tempatan dalam bahasa Inggeris, tetapi nampaknya inovasi itu gagal dalam pasaran. Yang terbukti sangat laku adalah siri cerita hantu-hantu tempatan yang ditulis dalam bahasa Inggeris sahaja.

Dalam dunia penerbitan buku, inovasi menjadi amat penting. Dalam apa jua bidang bisnes konsumer, begitulah hukum pasarannya. Buku adalah produk konsumer.

Penerbit yang tidak menghasilkan produk-produk inovatif akan jatuh bisnesnya. Namun bukan semua produk buku yang inovatif mendapat sambutan baik dari pasaran.

Nasib penulis yang tidak inovatif pun serupa. Mereka akan terkeluar dari pasaran.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 13, 2011

Menjadikan Novel Gedik Media Pendidikan Tauhid

Ain Maisarah adalah penulis novel remaja yang mempunyai identiti sebagai penulis kreatif-inovatif.

Karya terbaru Ain Maisarah yang bertajuk Aku Mahu Lawan Hantu adalah inovasi yang istimewa. Ini adalah novel remaja gedik yang pertama membawa mesej tauhid, khususnya berkenaan akidah.

Pasaran novel remaja gedik saat ini sedang mengalami fenomena lambakan, di mana antara 15 hingga 20 judul baru dibekalkan ke kedai-kedai buku oleh para penerbit. 

Salah satu ciri lambakan adalah produk-produk yang serupa, lebih kurang sama sahaja jalan cerita dan gaya bahasanya.

Penulis-penulis baru muncul membaca karya penulis-penulis senior dan meniru tema, jalan cerita serta gaya bahasa mereka. Karya Ain Maisarah dibeli, dibaca dan dibedah oleh penulis-penulis baru muncul, lalu mereka menulis novel-novel ala-ala Ain Maisarah.

Penerbit-penerbit baru pula meniru desain kulit penerbit yang dominan sehingga pembeli baru tidak dapat membezakan produk-produk penerbit itu. Inilah ciri utama pasaran komoditi.

Dalam keadaan begini, bagi mengekalkan survival, penulis senior tidak mempunyai pilihan lain selain menghasilkan inovasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, October 11, 2011

Strategi Meneroka Pasaran Remaja Awal Lelaki

Pada masa ini jualan buku-buku untuk remaja lelaki tidak serancak jualan buku-buku remaja perempuan. Inilah faktor yang menyebabkan majoriti penerbit Melayu memfokuskan bisnes mereka kepada remaja perempuan, sehingga berlakunya fenomena lambakan buku remaja perempuan dalam pasaran -- suatu keadaan yang merugikan semua pihak.

Pasaran remaja lelaki mempunyai potensi, namun sektor ini masih belum berjaya kita kembangkan. Ini isu ayam dengan telur. Disebabkan penerbit tidak mahu menerbitkan buku untuk remaja lelaki maka akibatnya remaja lelaki tidak mempunyai banyak pilihan, akibatnya mereka tidak gemar membeli, akibatnya penerbit tidak mahu menerbitkan judul untuk mereka, dan begitulah seterusnya.

Dari sudut bisnes, disebabkan pembeli remaja lelaki masih kecil, buku-buku remaja lelaki perlu dijual kepada remaja perempuan juga.

Manakala remaja lelaki tidak membaca buku remaja perempuan, sebaliknya remaja perempuan juga mahu membaca buku remaja lelaki.

Antara langkah-langkah yang dapat digunakan bagi mengembangkan pasaran buku remaja lelaki adalah dengan melakukan strategi di bawah ini, supaya dengan itu barulah buku itu dibeli baik oleh remaja lelaki mahupun oleh remaja perempuan.

1. Desain kulit bagi buku-buku yang ditargetkan kepada remaja lelaki perlu menarik kepada mata remaja perempuan juga.

2. Walaupun heronya lelaki, watak perempuan perlu ada dalam cerita.

3. Nama pengarang perlu neutral, yakni tidak terlalu lelaki dan tidak terlalu perempuan.

4. Tajuk buku perlu neutral.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 10, 2011

Kempen Promosi PTS di Blog CikEpal

Hari ini bermulalah sponsored post untuk kempen promosi PTS di blog cikepal06.blogspot.com.

Dengan kekuatan visit sebanyak 305,715 sebulan dan sasaran kepada remaja perempuan, PTS mentargetkan peningkatan jumlah peserta dalam kempen "Bongkar Kod Rahsia".

Senarai buku dalam kempen ini ada di sini http://suka.pts.com.my/

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 09, 2011

Top 200 Jualan September 2011 Berdasarkan Jumlah Unit Terjual

1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Permasalahan Semasa - 19037
2. The Best of Dear Yayah The Comics - 9502
3. Young Aisyah The Series - 4951
4. Akukah Puteri Itu? - 4891
5. Bencana Akhir Zaman - 4837
6. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza - 4332
7. Resipi Ala Gerai: Masakan Mamak - 3601
8. Resipi Ala Gerai: Masakan Thai - 3212
9. Komik-M: Aku, Kau & Bola 1 (Separuh Masa Pertama) - 2983
10. Pilihlah Aku Menjadi Pramugari - 2870
11. Senangnya Memasak Puding & Desert - 2558
12. Puteri Damia & Cermin Ajaib - 2324
13. Cara Terindah Untuk Mati - 2297
14. Komik-M: Raya 3 (Misi Menyelamatkan Puan Ainon) - 2275
15. Komik-M: Dunia Kartun - 2199
16. 23 Resipi Buah-buahan: Durian - 2155
17. Aku Mahu Lawan Hantu - 2096
18. Aku Mahu Saiz XL - 2087
19. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit - 2045
20. Dahsyatnya Taubat Nasuha - 2030
21. Komik-M: Meon 4 (Jerat Burung) - 1998
22. Mustafa Kamal Atarturk - 1963
23. Komik-M: Dear Yayah The Comics - 1869
24. Komik-M: Aku, Kau & Cinta (Cinta Pandang Pertama) - 1837
25. Oh New Zealand! Indahnya Bumi Maori - 1828
26. Komik-M: Dunia Kartun (Lawak Orang Bujang) - 1814
27. Senangnya Memasak Kuih Kukus - 1784
28. Strobist - 1752
29. Komik-M: Dunia Didi 3 (Balik Kampung) - 1748
30. Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh) - 1745
31. Komik-M: Aku, Kau & Malaysia - 1735
32. Cik Zorro: Lambretta Jambu - 1643
33. Si Duyung Comel: Bidadari Mawar - 1611
34. Susyi Dan Burger - 1599
35. Budak Vespa    - 1592
36. Misteri Jodoh - 1583
37. Senangnya Memasak Ikan - 1534
38. Pesanan Buat Diri - 1519
39. Perang-Perang Yang Benar - 1518
40. Sekolah Agama? - 1496
41. Lego VS Milo - 1480
42. Senangnya Memasak Tauhu & Telur - 1406
43. Pengembaraan Empat Puteri - 1392
44. Chronicle Gincu: 4 Amigos - 1346
45. Diari Pengawas Sekolah - 1329
46. Give & Take Antara Manusia dan Pencipta - 1192
47. Zuriat Biologi - 1180
48. Foto Hebat dengan Kamera Kompak - 1135
49. Hebatnya Android - 1134
50. Panduan Memborong Di China - 1122
51. Jihan Yang Solehah - 1111
52. Komik-M: Langkamaya 2 (Aisyah, Puteri Langkamaya) - 1089
53. Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan) - 1062
54. Dahsyatnya Doa Ibu - 1043
55. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang - 1040
56. Komik-M: Aku, Kau & Cuti Sekolah - 1027
57. Cinta Fansuri - 998
58. Komik-M: Misi 8A - 995
59. Senangnya Memasak Nasi - 995
60. Coklat Untuk Iman: Ada Yang Melihatmu - 993
61. Hidangan Terbaik Dunia - Thailand - 960
62. Komik-M: Misi 10A - 946
63. Cef Pastri Junior - 942
64. Lagi-Lagi Botol Air - 936
65. Komik-M: Shootz! 3 (Cabaran Seorang Jaguh) - 935
66. Komik-M: Meon 3 (Perang Bola Kampung Lagi) - 921
67. Senangnya Memasak Makanan Barat - 919
68. Fikah Perubatan - 914
69. Komik-M: Shootz! 2 (Berani Kerana Benar) - 911
70. Real Leader Don't Do Power Point - Ed. BM - 898
71. Komik-M: Orang Kuat (Gigi Palsu Saya) - 890
72. Hiroshima: Duka Sebuah Perang - 886
73. Timah Cermin - 882
74. Travelog Haji Ed. Kemas Kini - 853
75. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman - 852
76. Senangnya Memasak Sambal & Sos - 850
77. Komik-M: Aku, Kau & Facebook - 844
78. Tuhan Untuk Semua - 840
79. Ajaibnya Sedekah - 826
80. Tabik Cikgu: Cikgu Ada Rahsia? - 818
81. Strategi Bisnes Cina - 816
82. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah - 757
83. Fahami Bacaan Dalam Solatmu - 747
84. Cinderellah vs Rapunzellah - 736
85. Cinta Kembali Bertasbih - 729
86. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 716
87. Abu Zhar Al-Ghifari: Pembela Golongan Miskin - 791
88. Usahawan Cilik: Renda Labuci Biru - 689
89. Bercinta Dalam Tahajudku - 675
90. Konspirasi Yahudi Peperangan Dan Penaklukan - 671
91. Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 657
92. Senangnya Memasak Daging - 655
93. Cita Rasa Malaysia - Kedah - 653
94. Penyeliaan Klinikal Dari Perspektif Pengajaran Di Sekolah - 652
95. Senangnya Memasak Makanan Laut - 643
96. Senangnya Memasak Sayur - 638
97. 40 Hadis Palsu Popular - 627
98. 23 Resipi Buah-buahan: Nanas - 623
99. Kelab Jejaka Tampan - 621
100. Tip Menjadi Ibu Bapa Mithali - 611
101. Pakej Kombo: Senangnya Memasak Ayam - 611
102. 44 Resipi Kek & Biskut - 609
103. Ketika Alam Bertasbih - 608
104. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh - 608
105. Hidangan Terbaik Dunia - Siam - 607
106. Cita Rasa Malaysia - Melaka - 607
107. Act Like A Lady, Think Like A Man Ed. BM - 604
108. Pakej Kombo + DVD:Senangnya Memasak Nasi - 598
109. Jangan Ikut Jalan Ini -595
110. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Sambal & Sos - 593
111. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Daging - 585
112. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps Ed. BM - 585
113. Imam-Imam Yang Benar - 585
114. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman Ed.Jimat - 579
115. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Ikan - 578
116. Hidangan Terbaik Dunia - Cina - 578
117. Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana - 577
118. Kuasa Sukses -569
119. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau - 568
120. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Tauhu & Telur - 568
121. 50 Tip Motivasi Haji - 568
122. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Sayur - 565
123. Si Gadis-Gadis...First Class - 564
124. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Makanan Laut - 558
125. Pakej Kombo :Senangnya Memasak Kerabu & Salad - 557
126. Komik-M: Dear Yayah The Comics 3 (Gotong-Royong & Kutu) - 552
127. Terapi Ruqyah - 547
128. Hidangan Terbaik Dunia - Jawa - 541
129. Cikgu Paling Gempak - 535
130. Agenda Yahudi Menakluk Dunia - 526
131. Travelog Impian Abadi - 520
132. Mengejar Tetamu Di Waktu Senja - 518
133. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - 512
134. Urus Sendiri SOHO Anda - 503
135. Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan - 503
136. Khalifah-khalifah Yang Benar - 499
137. Sun Tzu: Art of War Ed. BM - 496
138. Koleksi Pantun Untuk Kanak-Kanak - 494
139. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung Ed.Jimat - 492
140. Opera Di Gontor - 491
141. Komik-M: Ultra Qalif 2 (Adiwira Muda Beraksi Lagi!) - 483
142. Destinasi Haji Dan Umrah - 481
143. Khutbah Rasulullah - 479
144. Komik-M: Aku, Kau & Sekolah - 476
145. Cita Rasa Malaysia - Pahang - 471
146. Aku, Dia & Drama Queen - 467
147. Catatan Rahsia Gadis.. Shhh... - 466
148. Komik-M: Amylea (Si Penyelamat Anak Patung) - 463
149. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam - 460
150. Manzil Rasm Uthmani - 459
151. Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat! - 455
152. Cita Rasa Malaysia - Perak - 455
153. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis - 453
154. Cita Rasa Malaysia - Johor - 444
155. Mendidik Anak Lelaki - 443
156. Terpelanting Dari Siratulmustaqim - 439
157. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah - 439
158. Komik-M: Aku, Kau & Bola 2 (Separuh Masa Ke-2) - 437
159. Pelaburan Emas - 433
160. Senangnya Memasak Ayam - 431
161. Biografi Muhammad bin Abdullah - 428
162. Akukah Cinderella Itu? - 424
163. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang - 422
164. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan - 421
165. Sarah Dan Kompang - 419
166. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran - 414
167. The Magic Of Thinking Big - Ed. BM - 409
168. Diari Super 3G - 403
169. Pemikiran Tuan Guru - 398
170. 50 Hidangan Penambat Selera - 396
171. Young Aisyah: Tabung Raya - 394
172. Sun Tza: Art of Business Ed. BM - 393
173. Mahar Cinta Cinderella - 393
174. O.T.A.I - Diva Popular - 389
175. Cita Rasa Malaysia - Kelantan - 381
176. Komik-M: Amin - 380
177. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Serumah? - 379
178. Indahnya Kematian - 378
179. Perangi Sihir - 378
180. Misteri Firaun: Musuh Para Nabi - 376
181. Panduan Mudah Urus Jenazah - 375
182. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi - 374
183. Cita Rasa Malaysia - Sabah - 373
184. Sultan Muhammad Al-Fateh - 372
185. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu - 370
186. 10 Tokoh Idola Muslimah - 369
187. Namaku Bedah - 369
188. Akukah Snow White Itu? - 367
189. Koleksi Nama Anak Terindah - 364
190. Syama'il Muhammadiyah - 363
191. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat - 359
192. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan - 357
193. Young Aisyah: Sayang Cikgu - 356
194. Mukjizat Surah Al-Kahfi - 354
195. Kesihatan Keluarga - 351
196. Men Are from Mars, Women Are From Venus Ed. BM - 348
197. Alexander Adalah Zulqarnain - 345
198. Tiga Hati - 345
199. Aku Mahu Popular - 345
200. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - 344

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 08, 2011

Ciri-Ciri Psikologi ‘Remaja Awal’?

Remaja yang berusia antara 10 – 14 tahun dikategorikan sebagai remaja awal.

Mereka sudah dapat membaca dengan cepat, perbendaharaan kata yang mereka kuasai sudah banyak, dan IQ mereka sudah tinggi, oleh itu mereka juga sudah berfikir dan membuat penilaian secara kritikal.

Daripada sudut membaca, mereka sudah mula mahukan bahan-bahan bacaan yang kompleks isinya dan mengandungi maklumat-maklumat baru di luar buku-buku liputan buku teks dalam bidang-bidang yang mereka minati. Pada usia ini mereka sudah mempunyai angan-angan tentang apa yang mereka ingin lakukan apabila mereka dewasa nanti.

Daripada sudut emosi, pada usia ini mereka sudah mula tertarik dengan kaum yang satu lagi, dan sudah mempunyai konsep mereka sendiri tentang ciri-ciri pasangan yang ideal bagi mereka. Maka tidak hairanlah apabila remaja awal perempuan menjadi pembeli dan pembaca kepada novel-novel cinta.

Buku-buku yang diminati oleh kelompok ini sudah serupa dengan buku-buku yang dapat dinikmati oleh pembaca lebih dewasa. Sebagai contoh, siri Harry Porter dinikmati oleh remaja awal dan juga dewasa. Faktor ini menyebabkan siri Harry Porter diterbitkan dengan dua wajah. Satu design kulit bukunya menggunakan wajah yang sesuai dengan remaja awal manakala satu lagi wajah menggunakan wajah untuk pembaca dewasa, tetapi isinya serupa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 07, 2011

600 Judul Buku Terbitan PTS Dipilih Memasuki Pasaran Buku Awan

Tn. Noor Azree Mohd. Hanifiah (foto) adalah eksekutif di unit eBook PTS. Beliau bertanggungjawab melaksanakan strategi bagaimana PTS akan memasarkan buku-buku terbitannya melalui hipermarket buku teknologi awan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Kobo.

Hipermarket buku awan itu adalah umpama hipermarket Carrefour, Tesco dan Walmart. Jadi PTS akan membekalkan buku-bukunya kepada Apple, Google dan Kobo.

Menurut beliau, pada masa ini PTS sedang dalam proses berunding dengan pihak Kobo bagi membolehkan buku-buku PTS dibekalkan kepada hipermarket awan itu.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma yang dicadangkan oleh Kobo, 600 judul akan dapat dibeli melalui website syarikat itu. Judul-judul itu dipilih berdasarkan kriteria (a) laris dijual, (b) penulisnya mempunyai banyak judul, (c) memiliki ciri evergreen, (d) judul sastera kanak-kanak dan remaja.

Sebagai langkah persiapan ke arah itu, pada masa ini 2 orang eksekutif bertugas sepenuh masa menjalankan kerja konversi fail-fail 600 buah buku yang sudah dipilih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 06, 2011

Bahasa Nabi Muhammad kepada Kanak-Kanak

Salah satu isu yang menjadi perbincangan para pakar buku kanak-kanak adalah gaya bahasa yang sesuai digunakan dalam buku untuk bacaan kanak-kanak.

Di bawah ini adalah contoh data bahasa Nabi Muhammad. Dalam hadith ini beliau bercakap kepada kanak-kanak yang berumur 7 tahun, yang bernama Abdullah bin Umar, iaitu anak kepada Umar al-Khattab:

“Wahai budak! Sesungguhnya aku ingin mengajarkan kepadamu beberapa kalimah: Peliharalah Allah, nescaya Dia akan memeliharamu. Peliharalah Allah, kamu akan mendapati Dia bersamamu. Apabila kamu meminta sesuatu, maka mintalah daripada Allah. Apabila kamu meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan daripada Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya jika seluruh manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, mereka sekali-kali tidak akan dapat memberikan manfaat itu kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah untukmu. Dan sekiranya mereka berhimpun untuk mendatangkan sesuatu bencana ke atasmu, mereka tidak akan dapat mendatangkannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah keringlah lembaran.” (Diriwayatkan dari Ibnud Abbas oleh Imam At Tirmidzi, yang mengklasifikasikan status hadith ini hasan sahih)

Ciri-ciri linguistik yang dapat diangkat daripada data di atas:

1. Semua perkataan disebut lengkap. Tidak ada perkataan kontot.

2. Semua ayat menggunakan struktur gramatis.

3. Tidak ada perbezaan antara gaya bahasa yang Nabi Muhammad gunakan apabila bercakap dengan orang dewasa dan dengan kanak-kanak.

4. Apabila Nabi Muhammad memperkenalkan konsep-konsep tauhid, beliau tidak menggunakan istilah-istilah tauhid, sebaliknya beliau menggunakan frasa yang menerangkan konsep-konsep itu.

Dalam hadith di atas Nabi Muhammad menunjukkan 'pedagogi' yang betul apabila mengajarkan konsep-konsep tauhid kepada kanak-kanak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, October 05, 2011

Memperkenalkan Ketua Unit Latihan PTS

Puan Norfadilawati Shamsawi adalah Ketua Unit Latihan PTS yang baru, menggantikan Puan Nurul Hilyati Abd. Halim yang kini menjalankan bisnes keluarga beliau sendiri.

Sebelum memegang jawatan ini, Puan Norfadilawati adalah editor di PTS Professional Sdn. Bhd.

Unit Latihan PTS bertanggungjawab meningkatkan mutu profesionalisme di kalangan staf PTS. Selain memberikan latihan kepada staf, unit latihan juga menjalankan ujian-ujian pelbagai kompetensi yang wajib diambil dan wajib lulus bagi tujuan penetapan jawatan, kenaikan gaji dan kenaikan pangkat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 03, 2011

Tip Survival Penerbit: Strategi Mencipta Desain Kulit Buku Remaja

1. Apabila kita menyediakan bahan untuk kulit buku, kita jangan ikutkan citarasa kita, kita ikut citarasa golongan pembaca. Saya lihat stail kartun zaman gila-gila sudah berlalu. Carilah paling kurang 50 pembaca sasaran untuk memberikan maklumbalas atas konsep buku kita.

2. Bagi desainer buku-buku remaja yang sudah tidak remaja, mereka perlu menyelam dalam kehidupan remaja, lihat trend terbaru desain yang mempengaruhi mereka.

3. Bersedia untuk buang gaya desain yang kita ada, logik desain yang diterima oleh golongan remaja berkemungkinan besar tidak sama dengan logik desain yang kita telah belajar dan dijadikan prinsip selama ini.

4. Ramai pelajar tidak pernah melihat buku-buku PTS. Mereka berlama-lama di meja pameran, hujung jari mereka meraba-raba kulit buku. Mereka sangat terpukau dengan buku PTS.

5. Apabila membeli, mereka tidak dipengaruhi oleh penulis yang telah ada di hadapan mereka. Sekiranya mereka punya cukup wang, mereka memilih buku berdasarkan kulit buku, judul buku, barulah penulis (inilah urutannya).

6. Apabila berbicara tentang citarasa, ia adalah sesuatu yang subjektif. Penulis, editor dan desainer perlu ada kemahiran mengenalpasti "citarasa majoriti". Dalam pasaran akan sentiasa ada golongan yang bercitarasa "minoriti".

Enam tip itu dipetik dari posting Facebook Ain Maisarah Novelis. Lihat cover buku-buku terbaru beliau di Kedai Pink Ain Maisarah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 02, 2011

Senarai Jualan Tertinggi bagi Bulan Januari-September 2011 Berdasarkan Nilai Ringgit

1. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
2. Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
3. Imam-Imam Yang Benar
4. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
5. Biografi Muhammad bin Abdullah
6. Syama'il Muhammadiyah
7. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
8. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
9. Ensiklopedia Sejarah Rasulullah SAW
10. Khalifah-khalifah Yang Benar
11. Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana
12. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed. BM
13. Dahsyatnya Doa Ibu
14. The Best of Dear Yayah The Comics
15. Tuan Bertanya, Dr Danial Menjawab Persoalan Islam Kontemporari
16. Travelog Haji + VCD
17. Young Aisyah The Series
18. Khutbah Rasulullah
19. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
20. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Permasalahan Semasa
21. Tafsir Ayat Ahkam
22. Eksklusif Popular - Akukah Puteri Itu?
23. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
24. Hijrah
25. 31 Kisah Nabi (Premium)
26. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
27. Puteri Selembut Bayu
28. Cinderellah vs Rapunzellah
29. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
30. Kembara Lima Putera: Mencari Pohon Emas
31. 101 Akhlak Rasulullah
32. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Ed. Jimat
33. Alexander Adalah Zulqarnain
34. Al-Amin: Riwayat Sang Kekasih Allah
35. Puteri Qairina & Kristal Ajaib
36. Perang Khandaq: Dendam Tentara Ahzab
37. 50 Tip Motivasi Haji
38. Didik Anak Gaya Rasulullah
39. Aku, Dia & Drama Queen
40. Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad
41. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
42. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
43. 44 Resipi Kek & Biskut
44. Wafiya Puteri Kota Cinta
45. Sultan Muhammad Al-Fateh
46. Ku Damba Cintamu Wahai Rasulullah
47. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
48. Projek Fesyen Ain Maisarah
49. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
50. No Excuses! Jangan Berdalih Lagi Untuk Berjaya
51. Bahagianya Menjadi Pengantin Sepanjang Masa
52. Laksamana Cheng Ho
53. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
54. Act Like A Lady, Think Like A Man - Edisi Bahasa Melayu
55. 50 Hidangan Penambat Selera
56. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
57. Putera Danish & Villa Fantasi
58. Perang Khaibar: Panaklukan Kota Khaibar
59. Konspirasi Yahudi Peperangan Dan Penaklukan
60. Abu Bakar: Sahabat Sejati
61. Madinah Kota Yang Bercahaya
62. Akukah Cinderella Itu?
63. 7 Formulas of Excellent Individuals
64. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps - Ed. BM
65. Hero Rebut Popular
66. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
67. Mekah Kota Suci
68. Duyung Diva & Si Tanggang
69. Ali Bin Abi Talib
70. Diari Super 3G
71. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
72. Senangnya Memasak Puding & Desert
73. Imam Syafie: Pejuang Kebenaran
74. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
75. Fikah Perubatan
76. Salju Sakinah
77. Senangnya Memasak Kuih Kukus
78. Khalid: Memburu Syahid
79. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
80. Menjadi Wanita Super Dengan Asma Al-Husna
81. Cikgu Paling Gempak
82. Puteri Tudung Bermanik
83. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
84. Indahnya Kematian
85. Ajaibnya Sedekah
86. Tok Kenali
87. Senangnya Memasak Nasi
88. Melah Melia: Selamat Tinggal Kawan
89. Pasport Musafir
90. Puteri Kemilau Cahaya
91. Resipi Sihat & Mudah: Sarapan Pagi & Minum Petang
92. Bilal Bin Rabah
93. Senangnya Memasak Ayam
94. Impiana: Misteri Terbongkar
95. Resipi Sihat & Mudah: Tengah Hari & Makan Malam
96. The Magic Of Thinking Big - Ed. BM
97. Jampi Jelmaan Al-Quran & Hadis
98. Terpelanting Dari Siratulmustaqim
99. Pen Merah Pen Biru
100. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
101. Kelab Jejaka Tampan
102. Seni Bahasa Badan: Bukan Sihir Nyata Zahir
103. Ahli Sihir ke Tali Gantung
104. Namaku Bedah
105. Travelog Impian Abadi
106. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
107. Sekiranya Aku Menjadi Novelis
108. Travelog Hidayah
109. Senangnya Memasak Ikan
110. Mendidik Anak Lelaki
111. Tiga Hati
112. 10 Tokoh Idola Muslimah
113. Israk Mikraj: Tinjauan Saintifik Di Sebalik Kontroversi
114. Uswatun Hasanah
115. Bibir Merayu Hati Bernafsu
116. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
117. Dato' Dr Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian
118. Pemikiran Tuan Guru
119. Impiana: Finale
120. Resipi Sihat & Mudah: Pembuka Selera
121. 3I: Iman, Islam dan Ihsan
122. Senangnya Memasak Makanan Barat
123. Chronicle 301: Salji Pertama
124. Start Where You Are - Ed. BM
125. Perangi Sihir
126. Sun Tzu: Art of War - Ed. BM
127. Siti Hajar: Citra Cinta dan Pengorbanan
128. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
129. Usahawan Cilik: Renda Labuci Biru
130. Koleksi Cerita Adam Kecil: Adam Diculik
131. Smart Heart
132. Bacakan Saya Satu Cerita
133. Hijab Cinta
134. Gadis Skuter
135. Aisyah: Keanggunan Sejati - Soft Cover
136. Perang Badar: Perang Penentuan
137. Dahsyatnya Qiamullail
138. Young Aisyah: Operasi 3K
139. Berfikir Gaya Trump
140. Resipi Sihat & Mudah: Salad & Buah
141. Cina Penakluk Bisnes Lautan Pasifik
142. How To Win Friends & Influence People - Ed. BM
143. Nota Adania
144. Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak
145. Deeper - Ed. BM
146. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Ed. Jimat
147. Senangnya Memasak Daging
148. Young Aisyah: Catatan Aktiviti Aisyah
149. Mendidik Anak Perempuan
150. The Leader In Me - Ed. BM
151. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
152. Hidup Tenang Walaupun Berhutang
153. Senangnya Berpuasa Bagi Orang Sibuk
154. Fatimah Fatty
155. Aku Mahu Superbibik
156. Fatimah: Kisah Puteri Nabi
157. Penulis Yang Disayang Tuhan
158. Perang Uhud: Sejarah Duka Tentara Islam
159. Kamilah Kembar Diraja
160 Sebongkah Batu di Kuala Berang
161. Komik-M: Misi 10A
162. GIM & Elergi Tupai & Sepet
163. Dwilogi Padang Bulan
164. Puteri Damia & Cermin Ajaib
165. Panduan Menulis Cerpen
166. Al-Asma Al-Husna 99 Nama Allah Terindah
167. Adilah Cik Serba Tahu
168. 11 Teori Dan Prinsip Motivasi Di Tempat Kerja
169. Abu Zhar Al-Ghifari: Pembela Golongan Miskin
170. Blues Amni: Oh Kerja!
171. Indahnya Didikan Awal Anak Cara Islam
172. Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat !
173. 7 Formula Individu Cemerlang - Edisi Ke-2
174. Senangnya Memasak Sambal & Sos
175. Kelab Gadis Ayu
176. Imam Hanbali: Penegak Kebenaran
177. Komik-M: Aku, Kau & Facebook
178. 5 Tokoh Penggugat Zaman
179. Aku Bukan Minah Bunga
180. Hantaran Kasih Tuhan
181. Quranic Super Healing
182. Destinasi Haji Dan Umrah
183. Kamus Peribahasa Kontemporari - Ed. Ke-3
184. Online Dengan Tuhan
185. Avian Arisa: Cabaran Menjadi Teruna Dugaan Menjadi Dara
186. DSLR Itu Mudah: Kuasai Fungsi & Kawalan
187. Misi Suhana: Saya Sayang Semua
188. 501 Soal Jawab Darah Wanita
189. Ilmuwan Nusantara: Mutiara Ilmu Tanah Serumpun
190. Travelog Ramadan
191. Minda Muslim Super
192. Aku, Dia & Coklat
193. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
194. Hidangan Terbaik Dunia - Cina
195. Jejak Bisnes Rasul
196. Cinta Kembali Bertasbih
197. Ranah 3 Warna
198. Komik-M: Dear Yayah The Comics 3
199. Mustafa Kamal Atarturk
200. For One More Day - Ed. BM
201. Mukjizat Surah Al-Kahfi
202. Shamsiah Fakeh: Pejuang, Pemimpin & Perempuan
203. Kembara Tetamu Allah
204. Senangnya Memasak Makanan Laut
205. Pilihlah Aku Menjadi Pramugari
206. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
207. Kuntum Cinta Di Taman Syurga
208. Putera Fariri & Buku Resipi Ajaib
209. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
210. Aminah: Cinta Puteri Quraisy
211. Cinta Di Hujung Sejadah
212. Andai Syurga Dan Neraka Tidak Ada
213. Komik-M: Aku, Kau & Sekolah
214. Usahawan Cilik: Si Blogger Kampung
215. Aku, Dia & Gaun Pengantin
216. Cara Terindah Untuk Mati
217. Tip-tip Cemerlang Daripada Quran
218. The 360 Degree Leader - Edisi Bahasa Melayu
219. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden - Edisi Kemas Kini
220. Koleksi Cerita Adam Kecil
221. Sarah dan Anting-anting
222. Tiket Bola Sepak Untuk Putera Haziq
223. Pengaruh Gaya Trump
224. Aku Mahu Popular
225. Mahar Cinta Cinderella
226. Amalan Meraih Ganjaran Pahala
227. Everyone Communicates Few Connect - Ed. BM
228. Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah
229. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
230. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
231. Komik-M: Dunia Kartun (Lawak Orang Bujang)
232. O.T.A.I - Lawan Jadi Kawan
233. Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh)
234. Semurni Kasih Adam, Seutuh Kasih Hawa
235. Hidangan Terbaik Dunia - Siam
236. Bangkit Sebagai Pelajar Hebat
237. Tuhan Untuk Semua
238. Travelog Cinta Abadi
239. Peta Minda: Langkah Demi Langkah
240. Imam Maliki: Pengarang Kebenaran
241. Motivasi 5A UPSR
242. Akukah Snow White Itu?
243. Mudahnya Bisnes Dengan Blogshop
244. Imam Hanafi: Pendebat Kebenaran
245. Hidangan Si Cilik
246. Demi Dhuha
247. Sarah Dan Kompang
248. Dunia Baru Yazmin
249. Dunia Coklat Nadia
250. Ketika Alam Bertasbih
251. Bagaikan Khadijah Di Hati Rasullullah
252. Hidangan Sesuci Lebaran
253. Surat Biru Dakwat Ungu
254. Young Aisyah: Cuti Sekolah
255. Aku Mahu Saiz S
256. Mengurus Harta Pusaka
257. Menyingkap Mukjizat Surah Al-Waqiah
258. Pemasaran Gerila Untuk Penulis
259. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran drpd Teropong Sains Ed. Jimat
260. Pelaburan Emas
261. Gila Gila PSP
262. Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan)
263. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Ed. Jimat
264. Impiana
265. Young Aisyah: Sayang Cikgu
266. Melatih Anak Berfikir
267. Siapa Lebih Popular?
268.3T: Taubat Tasbih Tahajud
269. Kelab Da Vinci
270. Tariq: Menang ataupun Syahid
271. Hai Suria!: Suria vs Kaca Mata
272. Pengurusan Disiplin Murid - Ed. Ke-2
273. Mcmya Detektif Matematik
274. Komik-M: Meon 3 (Perang Bola Kampung Lagi)
275. Perang-Perang Yang Benar
276. Fokus & Klik!
277. Komik-M: Aku, Kau & Cuti Sekolah
278. Karipap-Karipap Cinta
279. Young Aisyah: Tabung Raya
280. Semanis Tart Ceri
281. Komik-M: Misi 8A
282. Gadis Bubble Gum
283. 101 Info: Seronoknya Berpuasa
284. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem Ed. Jimat
285. Panduan Menulis Novel Teknik Surah Yusuf
286. Young Aisyah: Ponteng Puasa
287. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
288. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi
289. Misi Suhana: Saya Sayang Papa
290. Sun Tzu: Art of Business Ed. BM
291. Diufuk Fajar
292. Ilmu Hikmah
293. Hulagu Khan: Khabar Hitam Dari Timur
294. Tulis Cinta Dalam Hati
295. Rayyan vs Naznin: Sejak Bila Kami Berkawan?
296. Komik-M: Meon 4 (Jerat Burung )
297. Menjadi Remaja Smart Studi: Tenang Menjawab Soalan
298. The Psychology Of Selling - Ed. BM
299. Seperti Keju & Coklat
300. Aku Mahu Buli

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, October 01, 2011

Unit Wanita dan Motivasi Remaja PTS

Puan Nora Herni (foto) adalah editor perolehan di Unit Wanita dan Motivasi Remaja di PTS Millenia Sdn. Bhd. Produk-produk yang diuruskan oleh Puan Nora adalah:

Produk Wanita
1. Islam Kontemporari untuk Wanita
2. Motivasi Umum untuk Wanita
3. Keibubapaan & Kekeluargaan
4. Perhubungan & Perkahwinan
5. Kesihatan & Kecantikan

Produk Remaja
1. Motivasi Remaja
2. Teknik Belajar

Emel Puan Nora adalah .(JavaScript must be enabled to view this email address)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages