Monday, April 30, 2012

Faktor yang Melariskan Buku Ustaz Azhar Idrus

Foto menunjukkan Ustaz Azhar Idrus menerima Anugerah Platinum dari PTS untuk buku beliau yang terjual lebih 130 ribu unit dalam tempoh 6 bulan selepas terbit.

Beberapa faktor yang menyebabkan buku beliau sangat laris:

1. Nama beliau yang sudah sangat terkenal dalam pasaran ceramah agama.

2. Jumlah peminat beliau yang sangat banyak.

3. Populariti youtube ceramah-ceramah beliau.

4. Pengaruh viral dalam Facebook.

5. Jualan yang sangat tinggi di mana-mana lokasi beliau menyampaikan ceramah.

6. Kandungan buku yang mudah dan memenuhi keperluan pembaca awam.

7. Imej beliau yang sangat positif.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 25, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Sektor Parenting adalah Menguntungkan

Salah satu sektor yang bagus adalah sektor buku-buku parenting, tetapi sektor ini tidak diuar-uarkan, jadi penerbit kurang menekuni sektor ini.

Jualan buku-buku parenting tidaklah meletup-letup, tetapi jualan itu adalah pelaburan yang baik

Kandungan buku-buku parenting boleh bertahan lama dalam pasaran, oleh itu ia berpeluang diulangcetak berkali-kali.

Ciri-ciri pembeli buku parenting:

1. Majoriti pembeli buku parenting adalah pasangan-pasangan muda yang baru mempunyai anak pertama.

2. Mereka tinggal dibandar-bandar utama.

3. Mereka berpendidikan tinggi, oleh itu pendapatan mereka juga tinggi.

4. Mereka sangat mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka oleh itu mereka sanggup membeli pelbagai keperluan anak.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, April 21, 2012

Sistem Royalti: Kos Tinggi yang Tidak Ketara

Semasa mula-mula membuka bisnes penerbitan, banyak penerbit tidak menawarkan sistem royalti, sebaliknya menawarkan sistem membeli hakcipta karya yang diterbitkannya. Rasional di sebalik dasar itu adalah:

1. Mengurus sistem royalti adalah kerja yang rumit, kompleks dan mahal.

2. Aspek yang paling rumit dan kompleks adalah pada proses tracking status kemaskini sesuatu judul. Ini bertambah rumit disebabkan belum ada sofwer komersial bagi menjalankan sistem tracking dan kiraan royalti.

3. Aspek kedua yang paling rumit adalah sistem perkiraan royalti. Sofwer untuk kerja ini pun belum ada dalam pasaran. Jadi, kiraan perlu dibuat secara manual.

4. Proses tracking sangat kritikal bagi memastikan kiraan royalti adalah betul dan tepat.

5. Disebabkan proses-proses yang rumit dan kompleks itu, maka seorang pegawai khas diperlukan secara sepenuh masa bagi menguruskan rekod-rekod tracking setiap satu judul. Ia adalah tugas yang tidak produktif, yakni kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mendatangkan hasil keuntungan kepada syarikat. Penerbit kecil tidak mampu menanggung kos tambahan itu.

NOTA: PTS mempunyai pegawai khas yang menguruskan rekod-rekod harta intelek dan royalti bagi lebih 2 ribu judul buku. Bagi mengurangkan beban kerja itu, PTS terpaksa mengambil konsultan bagi membangunkan sistem khusus untuk pengiraan royalti.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 18, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Bagaimana Penerbit Berebut Ruang di Dalam Kedai Buku

Ruang di dalam kedai buku adalah salah satu faktor yang sangat mempengaruhi jualan buku-buku penerbit.

Di satu pihak ruang pameran di dalam kedai buku tidak dapat dibesarkan, oleh sebab itu jumlah rak buku tidak dapat ditambah. Di satu pihak lain, jumlah penerbit baru semakin banyak, dengan itu bekalan buku-buku baru juga semakin banyak.

Pada saat ini perebutan rak di dalam kedai buku semakin sengit. Masing-masing penerbit berlumba-lumba membekalkan buku-buku berkualiti tinggi yang memenuhi kemahuan pembeli dan pembaca.

Kedai-kedai buku mempunyai pilihan yang banyak disebabkan jumlah judul baru yang ditawarkan oleh penerbit semakin banyak.

Dulu-dulu, disebabkan tidak banyak penerbit, buku yang bergerak sangat perlahan pun akan dipamerkan, maklumlah isu ruang bukan isu kritikal pada waktu itu.

Senario hari ini sudah jauh berbeza. Pekedai berdepan dengan situasi tidak cukup ruang bagi mempamerkan banyaknya buku yang bagus-bagus.

Kedai semakin sesak, manakala buku baru semakin banyak. Akibat daripada situasi ini, pekedai akan melakukan 2 perkara:

1. Hanya buku yang diyakini laku keras sahaja akan diterima oleh kedai buku.

2. Mana-mana buku yang perlahan jualannya akan cepat-cepat dipulangkan kepada penerbit supaya buku baru dapat dipamerkan di rak yang sudah dikosongkan itu.

Implikasi kepada situasi ini adalah: Penerbit perlu semakin memilih-milih judul yang diterbitkan bagi mengelakkan jumlah buku return yang tinggi dan setor penuh dengan buku tidak laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 17, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pecahan Sub-sektor Pasaran Buku

Dalam pasaran buku terdapat banyak sektor. Sebagai contoh ada sektor buku agama, buku fiksyen, buku masakan dan lain-lain. Setiap sektor itu pula terpecah kepada sub-sektor yang lebih kecil.

Sebagai contoh, sektor buku agama. Buku-buku yang dibeli oleh ustaz-ustaz tidak semestinya dibeli oleh mereka yang bukan ustaz.

Buku yang dibeli oleh mereka yang berpelajaran tinggi tidak semestinya dibeli oleh mereka yang lulus sekolah menengah sahaja.

Buku-buku yang laku dengan remaja perempuan belum tentu laku kepada perempuan yang sudah berkahwin.

Desain kulit buku agama yang disukai oleh pembeli muda tidak serupa dengan desain yang disukai oleh pembeli tua.

Malah buku agama yang laku di kedai-kedai buku elit belum tentu laku dijual di dalam kedai-kedai buku agama indie yang kecil-kecil.

Dalam sektor buku fiksyen pun serupa. Sektor itu mempunyai banyak sub-sektornya.

Jabatan editorial perlu mengenal dengan tepat kepada siapa sesuatu buku itu ditargetkan sebelum memilih desain kulit buku.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 15, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Melabur dalam Mengubah Citarasa Pembacaan Pembeli

Salah satu isu dalam apa jua bisnes adalah sama ada kita mahu menghasilkan produk yang ikut trend citarasa pembeli ataupun memperkenalkan produk-produk baru yang dapat mencipta trend dan citarasa baru.

Citarasa sangat dipengaruhi oleh trend, oleh sebab itu citarasa pembeli adalah sesuatu yang tidak tahan lama. Purata sesuatu trend itu bertahan 10 tahun sahaja.

Pada masa ini citarasa remaja sangat menyukai apa-apa yang ala-ala K-Pop. Penerbit novel-novel untuk bacaan remaja pun ikut memperkenalkan desain kaver novel remaja dengan menggunakan tema ala-ala K-Pop.

Trend hanya dapat dicipta oleh pemain-pemain besar dalam industri kerana mencipta trend adalah strategi pemasaran bagi mengekalkan dan meningkatkan permintaan untuk produk yang sama.

Pemain utama dalam sektor buku remaja perlu dari waktu ke waktu mencipta trend baru. Jika tidak, remaja akan berhenti membeli dan membaca novel remaja. Mereka akan membeli produk-produk pesaing lain, bukan buku. Akibatnya saiz pasaran novel remaja akan mengecut.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 11, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Memulakan Trend Desain Kaver

Tn. Syaizul Amal menguruskan brand AinMaisarah. Menurut beliau, remaja membeli buku berdasarkan desain kulit buku.

Pada suatu masa dahulu PTS memulakan trend baru untuk desain kaver novel-novel remaja. Hal ini sangat membantu membezakan penampilan novel-novel remaja PTS dibandingkan dengan novel remaja terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Kini banyak penerbit ikut menceburi pasaran novel remaja. Mereka menghasilkan buku-buku yang tema desain kavernya sangat serupa dengan penampilan novel-novel remaja PTS, sehingga banyak peminat buku Melayu menyangka buku-buku mereka adalah buku-buku PTS.

Fenomena yang sama juga berlaku dalam sektor buku agama. Banyak penerbit agama menerbitkan buku-buku yang tema desain kavernya sangat mirip buku-buku agama PTS.

Blink Book Sdn Bhd adalah sebuah penerbit yang berjaya mencipta trend desain kavernya sendiri.  Blink Book menerbitkan brand AinMaisarah. Di tangan Blink Book, penampilan novel-novel AinMaisarah kelihatan sangat berbeza dibandingkan dengan desain produk sejenis dengannya.

Dalam pemasaran, pem-berbeza-an produk adalah sangat kritikal peranannya bagi survival bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 08, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Meneroka Sektor Demi Sektor

Salah satu strategi dalam bisnes penerbitan buku adalah memilih sektor mana yang mahu diterokai. Kemudian harus memilih pula sub-sektor mana yang mahu diterokai dalam fasa awal, fasa berikutnya, dan fasa berikutnya lagi.

Katakanlah, kita mahu meneroka pasaran sektor buku agama. Dalam sektor buku agama ada banyak sub-sektornya. Contoh sub-sektor buku-buku agama:

i. Al-Quran

ii. Buku-buku ibadat ruji

iii. Buku aplikasi agama

iv. Buku agama kreatif

v. Buku agama kanak-kanak

vi. Biografi

Di dalam kedai-kedai buku yang besar, judul-judul dalam 6 jenis sub-sektor itu lazimnya disusun di rak yang berlainan. Sebagai contoh, al-Quran mempunyai rak sendiri. Begitu juga ada rak-rak khusus untuk buku-buku ruji seperti Yasin, muqadam, doa dan panduan solat.

Buku panduan solat untuk kanak-kanak di letakkan di seksyen buku kanak-kanak, manakala buku panduan solat untuk dewasa diletakkan di syeksyen buku agama.

Supaya brand dan logo syarikat cepat dikenal oleh pembeli, sebaiknya terbitkan judul-judul dalam satu sektor dahulu, supaya semua buku kita disusun di rak yang sama. Jadi dengan itu pembeli yang pergi ke rak itu cepat perasan kewujudan logo dan nama syarikat kita.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, April 05, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Pasaran Buku Professional

.

Pasaran buku-buku profesional memang ada, tetapi saiznya tidak sebesar saiz pasaran buku agama dan buku fiksyen.

Kelebihan buku profesional adalah ia dapat dijual dengan margin yang lebih lebar kerana buku-buku itu dibeli oleh golongan yang mempunyai duit.

Judul profesional boleh dicetak 2 ribu naskhah sahaja, jadi titik pulang modalnya mestilah pada 1 ribu naskhah. Jika terjual lebih daripada 1 ribu naskhah bermakna kita sudah mula membuat keuntungan.

Faktor yang menyebabkan saiz pasaran buku profesional kecil adalah sikap kedai-kedai buku indie yang tidak berminat membawa judul profesional. Mereka tidak percaya judul profesional dapat dijual.

Saluran judul profesional adalah kedai-kedai buku yang pelanggannya adalah kelas menengah.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, April 04, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Lain Bandar Lain Buku yang Laku

Jualan sesuatu tajuk tidak sama rata di seluruh negara:

1. Tajuk yang laku keras di Kuala Lumpur belum tentu laku keras di Kota Baru ataupun di Sg. Petani. Sebagai contoh, buku-buku bisnes dan profesional hanya laku di bandar-bandar utama.

2. Di dalam kota Kuala Lumpur sendiri, tajuk yang laku keras di kedai elit seperti Kinokuniya di KLCC belum tentu laku keras di kedai buku indie.

3. Tajuk yang laku di Setapak belum tentu laku di Cheras. Setapak adalah zon perumahan yang banyak penduduk Melayu, manakala Cheras zon penduduk Cina.

4. Kedai-kedai buku agama tidak mahu menjual tajuk-tajuk sastera remaja dan novel popular.

5. Tajuk yang laku keras di dalam kedai buku belum tentu laku di dalam hipermarket. Orang pergi ke kedai buku kerana hendak membeli buku, manakala orang ke hipermarket mempunyai tujuan lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, April 03, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Stok Buku di Dalam Gudang

Foto menunjukkan buku-buku yang baru tiba dari kilang cetak di hadapan pintu gudang PTS.

Ruang adalah wang. Gudang buku wajib berada di lantai tanah. Ruang di dalam gudang sangat mahal kosnya kerana sewa bulanan lantai tanah adalah lebih mahal daripada sewa lantai tingkat atas.

Justeru ruang dalam gudang wajib diurus dengan efisien. Jika tidak, sebahagian keuntungan jualan buku akan hilang ditelan oleh kos gudang.

Pengurusan ruang gudang bermula dari aktiviti pembinaan judul yang akan diterbitkan oleh jabatan editorial. Jika judul yang diterbitkan laku keras, hal itu sangat baik kesannya ke atas pengurusan ruang di dalam gudang.

Buku yang diterbitkan mesti yang laku sahaja, supaya ia tidak lama berada di dalam gudang sebab ia cepat dipesan oleh pengedar dan kedai. Ini bermakna jabatan editorial perlu mengikuti trend pasaran dengan dekat supaya judul yang dirancang adalah judul-judul yang dapat dijual.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, April 01, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Mengawal Bajet Percetakan

Bajet percetakan bulanan perlu dikawal. Meskipun kita menerima banyak manuskrip yang sesuai diterbitkan, jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan perlu dikawal.

Jabatan editorial mahu menerbitkan banyak judul kerana KPI mereka adalah jumlah judul yang diterbitkan setiap bulan.

Jabatan sale mahu menjual sebanyak-banyak buku kerana KPI mereka adalah nilai jualan. Jualan judul baru sentiasa lebih tinggi daripada jualan judul ulangcetak.

Dari satu sudut apabila penerbitan judul ditangguhkan, itu bermakna kita kehilangan sale. Buku-buku yang sepatutnya sudah dapat dijual, tidak dapat dijual.

Dari sisi lain, jika buku-buku itu diterbitkan juga, bajet percetakan bulanan kita 'meletup'. Ini membahayakan cash-flow syarikat.

Syarikat percetakan hanya memberi kredit 90 hari. Dalam tempoh 90 hari itu sebahagian buku yang dicetak sudah diserahkan kepada pengedar dan agen, sebahagian lagi masih ada di dalam setor.

Dalam masa 90 hari itu juga, pengedar dan agen belum membayar hutang mereka kepada kita. Sedangkan hutang kita kepada syarikat percetakan sudah matang dan mesti dibayar.

Syarikat percetakan mempunyai pistol yang sangat berkesan bagi menagih hutang kita. Mereka tidak akan mencetak buku kita selagi kita belum membayar hutang lama kita.

Menjaga kesihatan cash-flow adalah sangat kritikal bagi survival syarikat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Plus-Minus Susunan Buku Ikut Nama Penerbit

Pada umumnya, kedai-kedai buku mempunyai 2 amalan pada cara mereka menyusun buku-buku yang dipamerkan:

1. Buku disusun ikut nama penerbit.
2. Buku disusun ikut kategori buku.

Kedua-dua cara itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya.

Semua kedai buku besar mengamalkan teknik susunan berdasarkan kategori buku. Justeru semua novel dipamerkan di seksyen 'fiksyen'. Semua buku motivasi dipamerkan di seksyen 'pembangunan diri'.

Kelebihan cara ini adalah ia memudahkan proses pembeli mencari tajuk, memilih buku dan membeli buku.

Sususan ikut kategori juga menghasilkan jualan yang lebih tinggi.

Masuk kedai buku dan mencari buku adalah suatu 'pengalaman'. Apabila pengalaman itu mudah, cepat dan efisien, hati pelanggan menjadi suka, dan perasaan suka itu mendorong mereka membeli lebih banyak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages