Thursday, May 31, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Menyediakan Pelan Eksit

Trainer dan speaker mempunyai banyak persamaan dengan penyanyi kelab malam. Apabila penyanyi kelab malam sakit selesama dan batuk, pada malam itu dia tidak dapat menyanyi. Apabila trainer dan speaker demam, dia tidak dapat menjalankan sesinya.

Sebagaimana penyanyi kelab malam akan tua, demikian juga trainer dan speaker, dfia juga akan tua. Setiap generasi mempunyai artis popularnya. Speaker yang popular untuk generasi ini belum tentu diminati oleh generasi akan datang.

Pelan eksit (exit plan) adalah perkara yang wajib dibuat oleh setiap trainer dan speaker.  Pelan eksit adalah pelan bagaimana kita akan terus mendapatkan rezeki walaupun kita sudah tidak dapat menjalankan kerja-kerja sebagai speaker ataupun trainer.

Ada 2 produk yang dapat dibuat oleh speaker dan trainer bagi dijadikan sebagai sumber pendapatan pasif:

1. Buku-buku yang ditulis dan diterbitkan.

2. Modul-modul training yang dilesenkan.

Satu lagi pelan eksit adalah dengan menyimpan hasil pendapatan sekarang bagi dilaburkan dalam aktiviti bisnes lain yang tiada kaitan dengan bisnes speaking ataupun training.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, May 30, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Modul Training Perlu Memenuhi Keperluan Pelanggan Organisasi

Training dapat dijalankan untuk peserta secara terbuka ataupun khusus untuk pelanggan organisasi.

Modul yang ditawarkan untuk pelanggan kursus terbuka tidak semuanya sesuai bagi memenuhi pelanggan organisasi.

Aktiviti dan latihan dalam modul untuk sesi terbuka perlu bersifat umum kerana pesertanya datang dari pelbagai latar belakang. Sebaliknya aktiviti dan modul untuk pelanggan organisasi tidak boleh bersifat umum. Ia mesti direka khusus untuk organisasi itu sahaja.

Ini bermakna, trainer perlu mendapatkan maklumat yang betul dari pelanggan sebelum mencipta aktiviti dan menyediakan bahan-bahan latihan:

1. Apa tujuan organisasi itu mahu memperkenalkan modul kita kepada staf mereka.

2. Apa keperluan mendesak organisasi itu.

3. Apa jenis-jenis masalah yang sedang dialami oleh organisasi itu.

4. Latar belakang staf yang akan mengikuti kursus itu nanti.

Selepas mendapatkan maklumat yang betul barulah desainer modul mula mencipta modul khusus untuk pelanggan. Modul itu kemudian dihantar kepada pelanggan. Apabila sudah disetujui maka itulah modul yang akan disampaikan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 28, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Memilih Bidang Kepakaran yang Ditawarkan

Bisnes training adalah bisnes menjual skill dan kepakaran. Justeru hanya pakar-pakar sahaja yang dapat membekalkan kepakaran.

Seseorang trainer dapat hidup sepenuh masa daripada yuran yang diterimanya dengan hanya menawarkan 1 produk sahaja. Syaratnya, trainer memiliki kepakaran yang tinggi dan mendalam dalam bidang itu, sehingga pelanggannya sangat berpuas hati dengan mutu training yang disampaikan.

Persaingan dalam bisnes training adalah persaingan siapa lebih pakar dan siapa lebih cekap memindahkan skill kepada peserta.

Seseorang itu menjadi pakar dalam bidangnya disebabkan dia memiliki 2 perkara:

1. Ilmu dan informasi dalam bidang itu.

Ilmu itu datang dari bidang pengajian sewaktu di universiti, daripada kajian yang pernah dilakukan, daripada pembacaan yang luas, dan daripada pengalaman bekerja.

Bukti seseorang trainer itu mempunyai ilmu dalam bidangnya adalah buku yang ditulis dan diterbitkannya, ataupun melalui senarai pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatannya.

2. Skill melakukan kerja-kerja dalam bidang itu.

Skill datang daripada pengalaman sebenar kerana pernah melakukan kerja-kerja dalam bidang itu. Individu yang pernah menjalankan kerja-kerja memborong di Vietnam adalah pakar dalam bidang itu.

Training adalah proses memindahkan skill dari trainer kepada trainee. Ini bermakna, kita hanya dapat menjalankan sesi training bagi skill-skill yang kita miliki. Sebagai contoh, hanya trainer yang pandai membuat hiasan kek pengantin dapat menjalankan sesi training dekorasi kek pengantin.

Di sinilah pentingnya seseorang trainer itu membuktikan kredibilitinya bahawa dia memimiliki kepakaran dengan menulis dan menerbitkan buku-bukunya.

Meskipun kita dapat menuliskan ilmu kita dan membuktikan kepakaran kita dengan membuka blog, namun buku adalah alat marketing yang sangat berpengaruh. Dengan membuka blog dan menerbitkan buku, proses mempengaruhi bakal pelanggan menjadi lebih berkesan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, May 21, 2012

Gaya Bahasa Trainer bagi Pakej yang Disampaikan dalam Bahasa Melayu

Gaya bahasa yang digunakan oleh trainer sepanjang tempoh sesi training adalah salah satu aspek yang meningkatkan keyakinan peserta bahawa trainer seorang yang profesional. Dari satu segi, trainer perlu bercakap menggunakan apa yang lazimnya diusebut sebagai 'gaya bahasa buku'.

Ciri-ciri bahasa yang meningkatkan kredibiliti trainer adalah:

 

1. Sebutan fonetik Bahasa Melayu yang betul. Maksudnya, setiap huruf dibunyikan dengan jelas.

Contoh:

kuala lumpo (SALAH)

kuala lumpur (BETUL)

besa (SALAH)

besar (BETUL)

mahuke (SALAH)

mahukah (BETUL)

 

2. Semua perkataan diucapkan dengan lengkap.

dah (SALAH)

sudah (BETUL)

tak (SALAH)

tidak (BETUL)

 

3. Semua penambahan digunakan dengan betul.

Contoh:

dia dapat (SALAH)

dia mendapat (BETUL)

dia jadi (SALAH)

dia menjadi (BETUL)

 

4. Menggunakan perbendaharaan kata standard.

Contoh:

"Saya ingat belum pukul 9 pagi." (SALAH)

"Saya sangka belum pukul 9 pagi." (BETUL)

"Lepas minum, masuk dewan balik." (SALAH)

"Sesudah minum, masuk dewan semula." (BETUL)

 

5. Semua ayat adalah ayat lengkap, tidak menggunakan ayat-ayat tergantung, ataupun ayat patah-patah.

Contoh:

"Nak rehat 5 minit sekarang?" (SALAH - ayat tergantung sebab tiada subjek)

"Tuan-tuan dan puan-puan mahu berehat 5 minit sekarang?" (BETUL)

 

NOTA: Sentiasa bercakap kepada peserta kursus dengan menggunakan gaya Bahasa Tinggi meskipun semasa duduk di meja makan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, May 13, 2012

Skrip Jualan Produk Training dalam Bahasa Melayu Perlu Meyakinkan Pelanggan GLC

Banyak korporat GLC yang kakitangannya adalah 100% Melayu belum menyedari peranan dan kuasa pasaran Bahasa Melayu.

Sebagai contoh, pegawai-pegawai dalam jabatan latihan di syarikat-syarikat takaful tidak mahu mengambil produk training dalam bahasa Melayu, padahal 100% kakitangannya adalah Melayu dan hampir 100% pelanggan mereka adalah Melayu.

Trainers Melayu perlu meyakinkan GLC-GLC Melayu bahawa penggunaan Bahasa Melayu dapat meningkatkan bisnes dan keuntungan korporat.

Genting Berhad sudah lama menyedari kuasa pasaran Bahasa Melayu. Sudah sejak lama Genting Berhad menggunakan Bahasa Melayu bagi meningkatkan jumlah pengunjung Melayu ke resortnya.

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, Genting Berhad mengeluarkan bajet besar bagi memasang billboard iklan-iklan di tepi jalan. Iklan-iklan itu semuanya ditulis dalam Bahasa Melayu 100%.

Iklan-iklan itu mempromosi percutian keluarga di kota keriangan Genting Highlands.

Genting Berhad menggunakan Bahasa Melayu bagi memujuk golongan kelas menengah Melayu supaya membelanjakan duit mereka di resort-resortnya.

Genting berhad tidak menggunakan bahasa Inggeris, walhal kelas menengah Melayu sangat berbangga dengan penguasaan bahasa Inggeris mereka.

Billboard iklan Genting Berhad itu adalah bukti bahawa korporat itu sudah lama menyedari, jika mahu menarik duit orang Melayu, caranya adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, May 12, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Membangunkan Produk untuk Pelanggan

Pada asanya, bisnes training menjual kepada:

1. B-to-C (business-to-customer).

Maksudnya syarikat menjual kepada pelanggan individu. Di dalam sektor ini ada duit, tetapi situasi pasaran jenis ini di negara kita masih belum matang, jadi lubuk duitnya masih kecil.

2. B-to-B (business-to-business).

Maksudnya, syarikat menjual kepada syarikat, ataupun syarikat menjual kepada organisasi awam. Di sinilah letaknya lubuk duit yang sebenar.

Bagi memasuki pasaran ini, titik masuknya tinggi kerana pelanggan dalam kategori ini hanya membeli modul-modul yang berkualiti profesional. Inilah yang menyebabkan sektor ini banyak membeli modul-modul yang diimport oleh pembekal lokal, yang menjadi agen pemasaran kepada modul luar negara itu.

Pada masa ini sudah ada banyak GLC gergasi yang diketuai oleh tokoh-tokoh korporat berbangsa Melayu, jadi faktor ini adalah suatu keberuntungan bagi syarikat-syarikat training Melayu.

Isunya sekarang, tokoh-tokoh korporat yang memimpin GLC-GLC itu masih tidak membeli modul-modul yang ditawarkan oleh trainer Melayu disebabkan isu kualiti modul yang ditawarkan tidak mencapai mutu yang mereka mahukan.

Justeru, syarikat-syarikat training Melayu perlu membangunkan modul-modul berkualiti tinggi yang memenuhi ekspektasi pasaran GLC. Memang kos pembangunan produk seperti itu adalah tinggi, namun bagi memancing ikan besar umpannya juga perlu besar.

Tetamu-tetamu luar makan roti lazat di atas meja. Tuan rumah hanya makan reja-reja roti yang jatuh di bawah meja. Senario ini perlu dibaiki oleh pemain-pemian dalam industri ini sendiri.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 11, 2012

200 Judul Paling Laku dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 Berdasarkan Jumlah Unit

1. Komik-M: Super Safee 1 (Kelahiran Bintang)
2. Art Of Deception
3. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab
4. Komik-M:Misi 10A Plus
5. Sebarkan Cintamu
6. Mustafa Kamal Atarturk
7. Badiuzzaman Said Nasri
8. Biografi Muhammad bin Abdullah
9. Chicken Soup For The Soul: Think Positive (Ed. BM)
10. Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
11. Cerita Dari Syurga 
12. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed.BM 
13. Syama'il Muhammadiyah
14. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah    
15. Imam-Imam Yang Benar
16. Khalifah-khalifah Yang Benar
17. Komik-M: Misi 10A
18. 70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal
19. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
20. Srikandi-Srikandi Yang Benar
21. 101 Info: Seronoknya Solat
22. Teknik Suntingan Foto Terbaik
23. Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa
24. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
25. Komik-M: Aku, Kau & Komik 3 (Cari Bakat)
26. Komik-M: Dunia Kartun 3 (Lawak Budak Sekolah)
27. Komik-M: Misi 8A
28. Motivasi Gaya Rasulullah
29. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps - Ed. BM
30. Sultan Muhammad Al-Fateh
31. Perang-Perang Yang Benar
32. Travelog Minda Tajdid: Coretan Perjalanan Dari Tanah Barat
33. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V3.0
34. Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan
35. Bacakan Saya Satu Cerita: Kisah Haiwan Teladan
36. Amalan 24 Jam Wanita Haid
37. Fail Sulit Presiden Amerika
38. The Success Principles
39. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
40. Bencana Akhir Zaman
41. Komik-M: Smash-20 #2 (Gelanggang Elit)
42. Sebelas Patriot
43. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf
44. Zubair Bin Awwam: Pengiring Nabi
45. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem  
46. Smile 
47. Young Aisyah: Kawan Baru
48. Perak Boy      
49. Buku Conteng: Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah 
50. Saad bin Abu Waqas
51. Saranghaeyo Arumi
52. Komik-M: Smash-20
53. Jutawan Gedik
54. Dahsyatnya Taubat Nasuha
55. 303 Soal Jawab Fikah Kematian
56. Cinderellah vs Rapunzellah
57. Diari Gadis Bintang
58. Istikharah Cinta 
59. Hero Takut Zombi
60. Awak Semanis Red Velvet
61. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
62. O.T.A.I - Memori Sakura
63. Aku Mahu Popular - Edisi Kemas Kini
64. Wedding Photography
65. Khutbah Rasulullah
66. Terapi Ruqyah
67. Act Like A Lady, Think Like A Man - Edisi Bahasa Melayu
68. Senangnya Memasak Kuih Kukus
69. Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat! 
70. Senangnya Memasak Puding & Desert
71. Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki
72. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
73. The Magic Of Thinking Big - Edisi Bahasa Melayu
74. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
75. Aku Mahu Saiz S - Edisi Kemas Kini
76. Yakjuj Makjuj 2-5 Gelombang
77. Komik-M: Aku, Kau & Bola 2 (Separuh Masa Ke-2)
78. Resipi Warisan Kueh Muih
79. Komika - Ada Apa Dengan Komik?
80. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang
81. Buku Conteng: Jimi dalam Akibat Jambul Alif 
82. 7 Keajaiban Photoshop
83. Mudahnya Google Sketchup
84. Fokus & Klik!
85. Komik-M: Amylea #2 (Si Pencinta Anak Patung) 
86. Senangnya Memasak: Ayam & Daging 
87. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
88. Puteri Damia & Kampung Ajaib
89. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Ed. Jimat
90. How To Win Friends & Influence People - Ed. BM 
91. 7 Surah Pilihan Sebagai Amalan Harian
92. Komik-M: Aku, Kau & Bola 3 (Masa Tambahan) 
93. Trilogi Novel Penyiasatan: Sherlock Holmes
94. Komik-M: Opie & Jaja
95. Senangnya Memasak Makanan Barat
96. Aku Mahu Lawan Hantu
97. 50 Tip Motivasi Haji
98. Senangnya Memasak Ikan
99. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin 
100. Hidangan Terbaik Dunia - Cina
101. Komik-M: Kueh Raya Dari Syurga
102. Doa Murah Rezeki 
103. Komik-M: Aku, Kau & Facebook 
104. Komik-M: Meon 5 (Menentang Kambing United)
105. Aku Mahu Saiz XL          
106. Kisah Si Puteri: Gaun Merah Jambu
107. Travel Photography
108. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
109. Fikah Perubatan
110. Komik-M: Ali & Tuah (Sarang Empat Penjahat)
111. Dunia Coklat Nadia 
112. Aku Mahu Superbibik
113. Oh London!
114. Young Aisyah: Sayang Cikgu
115. Dahsyatnya Doa Ibu
116. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
117. Komik-M: Aku, Kau & Cinta (Cinta Pandang Pertama)
118. Amalan Dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad
119. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
120. Travelog Impian Abadi
121. 50 Hidangan Penambat Selera 
122. Diari Mat Despatch: Patah Hati
123. Travelog Haji + VCD 
124. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Ed. Jimat
125. Misteri Jodoh
126. Mulakan Kerja Dengan Doa
127. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
128. Sekolah Agama? - Edisi Kemas Kini
129. Seni & Kraf Bersama Kak Emila - Origami 
130. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis
131. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
132. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Ed. Jimat
133. Cef Pastri: Biskut Raya 
134. Prince Charming: Siapa Awak?
135. Sun Tzu: Art of War - Ed. Bahasa Melayu                                                         
136. Adobe Photoshop & Berus Ajaib 
137. Pakej Komik Set B
138. Young Aisyah: Catatan Aktiviti Aisyah
139. Komik-M: Budak Takraw 2 (Jurulatih Baru, Rentak Baru!)
140. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V2.0
141. Syahadah Gadis Ateis
142. Motivasi 5A UPSR 
143. 40 Hadis Palsu Popular
144. Cita Rasa Malaysia - Johor
145. Senangnya Memasak Nasi
146. Adik Datang
147. Jihan Yang Solehah                                           
148. Komik-M: Shootz! 1 (Kelahiran Semula Seorang Jaguh)
149. Ali Bin Abi Talib
150. Memasak Sehebat Chef Bubur
151. Akademi Ramadan Menuju Puncak Takwa
152. Resipi Warisan - Lauk Pauk
153. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
154. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
155. O.T.A.I - Diva Popular
156. Lego Berfesyen
157. Pakej JIMAT - Kamus Kanak-Kanak
158. 10 Tokoh Idola Muslimah - Kemantapan Diri & Kecemerlangan Kerjaya
159. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan
160. Cita Rasa Malaysia - Terengganu 
161. Pakej Big Book
162. 44 Resipi Kek & Biskut
163. Bilal Bin Rabah
164. Hero vs Bonda Pet
165. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
166. Komik-M: TwinX 4 (Misi Ke Jupiter) 
167. Komik-M: Shootz! 2 (Berani Kerana Benar) 
168. Senangnya Memasak...Kuih-Muih Minum Petang
169. Abu Bakar: Sahabat Sejati
170. Khalid: Memburu Syahid 
171. Photoshoppeneur 
172. Travelog Cinta Abadi
173. Komik-M: Kartini Kembali
174. Pakej Pak Latip
175. Blog + Google Adsense = Duit
176. Mr Cupcakes
177. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran 
178. Pengantin Al-Quran 
179. Cinta Bintang Jatuh
180. Pakej Komik Set A
181. Usahawan Cilik: Renda Labuci Biru
182. Mudahnya Blogspot
183. Memasak Sehebat Chef Rendang 
184. Young Aisyah: Ponteng Puasa 
185. Melatih Anak Menjadi Genius
186. Sherlock Holmes 5: Sumpahan Empat Sahabat
187. Young Aisyah: Cuti Sekolah 
188. How Successful People Think - Ed. BM
189. Abu Zhar Al-Ghifari: Pembela Golongan Miskin
190. Pakej Pak Latip : JIMAT
191. Foto Hebat Dengan HDR
192. Komik-M: Dunia Kartun 1
193. Panduan Memborong Di China 
194. Hidangan Terbaik Dunia - Singapura
195. Oh, Loceng! 
196. Komik-M: Ultra Qalif 3 (Pertembungan 3 Jaguh)
197. Resipi Warisan Masakan Berkuah
198. Cara Terindah Untuk Mati
199. 50 Tokoh Islam Yg Mengubah Dunia 
200. 101 Akhlak Rasulullah

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, May 10, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Pasaran Training dan Pasaran Speaking

Sektor perkhidmatan kepakaran secara komersial:

1. Sektor training dan kursus. Pakarnya dipanggil trainer.

Ini adalah lubuk duit yang besar. Pelanggan korporat di negara ini banyak membeli pakej-pakej yang dibangunkan di luar negara melalui agen-agen yang ditubuhkan oleh pembekal tempatan. Bisnes mengimport pakej luar negara dan memasarkannya kepada korporat-korporat Malaysia didominasi oleh pemain bukan Melayu.

2. Sektor coaching. Pakarnya dipanggil coach. Ada 2 sektor perkhidmatan coaching.

a. Coaching individu.

b. Coaching korporat. Lubuk duitnya berada di sini.

3. Sektor speaking, termasuk ceramah, kuliah, tazkirah. Pakarnya dipanggil speaker.

Sektor speaking paling mudah dimasuki. Dalam sektor ini terdapat banyak amalan tidak beretika, seperti kejadian speaker mengaku dia memiliki ijazah PhD, mengaku profesor, bercakap dalam bidang yang mereka bukan pakar, tidak menulis buku dan tidak melakukan pembacaan yang banyak dll.

Banyak orang menyangka sektor ini lubuk duit, sebenarnya bukan. Pasaran speaking di negara ini masih bibit, belum menjadi pokok besar sebagaimana keadaannya di Amerika. Sebagai contoh, orang belum sanggup membayar RM1k bagi mendengar seorang speaker tempatan bercakap.  

NOTA: Penulis buku Trump ini mempunyai peluang menjadi trainer, ataupun coach, ataupun speaker.


 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, May 08, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Bisnes Training adalah Jual Beli Kepakaran

Dalam bisnes training, perkara yang dijual dan dibeli adalah kepakaran. Ini bermakna seseorang itu dapat menjadi trainer hanya apabila dia memiliki sesuatu kepakaran. Pelanggan pula tidak memiliki kepakaran itu, sedang kepakaran itu sangat diperlukannya.

Seseorang itu menjadi pakar apabila dia memliki 2 perkara:

1. Sebagai pakar, dia memiliki ilmu dalam bidang kepakarannya.

Dalam lain kata, dia seorang ilmuwan bidang itu. Ilmu itu diperoleh dari pengajian di universiti, dari buku-buku bacaan, dari penyelidikan dan kajian, serta dari pengalaman.

Seorang penulis buku adalah seorang ilmuwan. Isi kandungan bukunya adalah ilmu yang dimilikinya.

Buku menjadi alat marketing penting bagi seseorang yang mahu menjadi trainer kerana buku menjadi bukti bahawa beliau memiliki kelayakan pertama itu.

2. Sebagai pakar, dia memiliki skill-skill.

Dengan memiliki skill, dia dapat melakukan atau mempraktikkan kerja-kerja dalam bidangnya.

Skill-skill yang dimiliki itulah yang dipindahkan kepada peserta sesi trainingnya, kerana tugas trainer adalah memindahkan skill yang dimilikinya kepada trainee-nya.

Seorang profesor dalam bidang pengurusan perniagaan adalah seorang ilmuwan bidangnya. Dia memiliki ijazah dalam bidang itu, menjalankan penyelidikan bidang itu, dan banyak menulis dalam bidang itu.

Tetapi sang profesor itu belum tentu dapat menjadi seorang pengurus perniagaan yang berjaya. Kalau dia membuka bisnes, bisnesnya belum tentu berjaya.

Dalam situasi itu, sang profesor itu bukan seorang 'pakar perniagaan' oleh itu dia tidak dapat menjalankan tugas-tugas seorang trainer kerana dia hanya mempunyai ilmu tetapi tidak memiliki skill-skill berniaga.

Seorang pekedai runcit pula mempunyai skill berniaga dalam bidang kedai runcit, tetapi dia belum tentu mempunyai banyak ilmu dalam pengurusan perniagaan, oleh sebab itu dia bukan seorang pakar pengurusan kedai runcit.

Seorang pengurus cawangan hipermarket adalah seorang pakar kerana (i) dia mempunyai ilmu dalam bidang pengurusan hipermarket dan (ii) dia juga mempunyai skill menguruskan hipermarket. Orang macam dia mempunyai kelayakan menjadi trainer dalam bidang pengurusan sebuah cawangan hipermarket.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis-Trainer: Tulis Buku yang Dapat Dijadikan Modul Training

Bagi penulis yang mahu menceburi bidang training, adalah sangat penting baginya menerbitkan buku yang menjadi asas kepada modul trainingnya. Sebagai contoh, seseorang yang mahu menawarkan modul berfikir secara kreatif, maka sangat perlu beliau menerbitkan buku dengan tema yang sama.

Buku adalah kit marketing yang paling penting peranannya bagi modul training. Trainer menjadi terkenal dalam pasaran disebabkan bukunya terjual dengan baik. Dengan menulis dan menerbitkan buku juga membolehkan trainer boleh meletakkan harga yang lebih tinggi.

Apabila memilih modul yang mahu ditawarkan, pilih modul yang diuperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Sebagai contoh, modul berfikir secara kreatif diperlukan oleh organisasi awam dan swasta. Dengan itu modul training itu dapat ditawarkan kepada kedua-dua sektor pasaran.

Modul yang diperlukan oleh sektor awam dan swasta juga dapat ditawarkan pada harga pasaran yang lebih tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, May 04, 2012

Tip Survival Bisnes Penerbitan: Gambaran Palsu daripada Kemeriahan Pesta Buku

Salah satu kesan daripada suasana meriah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah ia memberi gambaran palsu kepada banyak pihak tentang realiti kelarisan jualan di setiap booth.

Jumlah pengunjung yang sangat banyak tidak bermakna mereka itu semua datang bagi membeli buku ataupun membeli banyak buku. Namun demikian akan ada pelabur baru yang sangat teruja dengan suasana meriah itu lalu membuat keputusan mahu menceburi bidang penerbitan buku.

Apa juga pesta tidak memberi gambaran yang betul tentang sesuatu bisnes. Maklumat yang betul hanya dapat diperoleh daripada pemain yang sudah lama berkecimpung dalam sesuatu sektor bisnes.

Sebagai contoh, bagi mendapatkan maklumat berkenaan sektor buku kanak-kanak kecil, hanya mereka yang sudah lama menekuni sektor itu dapat memberikan gambaran yang betul berkenaan sektor itu.

Buku adalah produk konsumer, oleh itu tingkah laku pasaran buku serupa dengan tingkah laku produk-produk konsumer lain.

Ada kecenderungan penerbit baru menceburi bisnes buku dengan tidak terlebih dahulu mendapatkan maklumat yang betul tentang tingkah laku buku sebagai produk konsumer.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages