Friday, June 29, 2012

Kedai Buku Mudah Buka Mudah Pindah

Foto menunjukkan kedai buku mobile milik seorang pemuda, Tn. Hanif Nordan.

Setiap hari Jumaat beliau membuka kedai bukunya di halaman masjid.

Berikut adalah beberapa tip bisnes jenis ini:

1. Jual beberapa judul yang sangat popular dalam pasaran. Maklumat ini dapat diperoleh dengan bertanya kepada kedai-kedai buku.

2. Pilih masjid di mana banyak golongan professional bersolat di situ.

3. Beli buku-buku secara tunai dari penerbit supaya mendapat diskaun yang bagus.

4. Minta sistem SOR (sale-or-return) dari penerbit. Buku yang tidak laku boleh dipulangkan dan digantikan dengan buku lain.

5. Beri diskaun kepada pembeli.

6. Penerbit juga dapat memberitahu judul apa yang sesuai dijual di masjid-masjid yang berlainan lokasi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 28, 2012

Situasi Lambakan Buku Agama Sedang Berlaku dalam Pasaran

Pada masa ini sektor buku agama sedang mengalami fenomena lambakan judul-judul baru.

Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS mendapati setiap bulan kedai-kedai menerima lebih dari 30 judul baru buku agama.  Jumlah ini jauh lebih banyak daripada jumlah yang dapat diserap oleh pasaran.

Dua faktor utama yang mencipta lambakan adalah:

1. Banyaknya penerbit baru muncul.

2. Mudahnya menerbitkan semula judul-judul Indonesia.

Penerbit-penerbit baru lazimnya tidak melakukan kajian pasaran terlebih sebelum memilih judul yang diterbitkan. Mereka masuk pasaran disebabkan mereka menyangka pasaran buku agama adalah sangat menguntungkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 27, 2012

Situasi Lambakan Buku Kreatif Sedang Berlaku dalam Pasaran

Maklumat yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS menunjukkan pada saat ini fenomena lambakan judul-judul kreatif sedang berlaku dalam pasaran.

Setiap bulan kedai-kedai buku menerima antara 30 - 40 judul novel popular untuk target remaja perempuan dan dewasa perempuan, manakala pasaran tidak dapat menyerap jumlah tajuk yang sebanyak itu.

Pembeli dan pembaca novel popular adalah remaja dan perempuan muda yang masih bergantung kepada duit poket sekolah ataupun duit gaji yang rendah.

Dengan banyaknya judul baru yang dipamerkan oleh pekedai, pembeli cenderung memilih penulis pujaan mereka ataupun novel terbitan penerbit yang mereka sudah kenal lama.

Kesan lambakan ini adalah turunnya jumlah naskhah yang terjual bagi sesuatu tajuk.  Ini memaksa penerbit mengurangkan jumlah cetakan pertama, dan seterusnya menurunkan jumlah naskhah ulang cetak, itupun jika judul itu berjaya diulangcetak.

Maklumat yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS mendapati lambakan juga berlaku dalam sektor novel cabul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 24, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Buku Game untuk Training yang Sesuai dengan Budaya Tempatan

Di kedai buku Kinokuniya, KLCC, Kuala Lumpur, terdapat banyak buku-buku bidang training dan coaching. Rak buku-buku itu berhampiran dengan kaunter bayaran.

Salah satu buku yang banyak di situ adalah buku game dan aktiviti untuk kegunaan training. Banyak game dan aktiviti dalam buku-buku boleh kita pinjam dan gunakan, dengan syarat kita tidak boleh memfotokopi dan mengedarkan salinan fotokopi itu kepada peserta.

Di sebalik setiap satu game dan aktiviti itu, ada teori, falsafah dan nilai yang menjadi asas kepada penciptaan game-game itu. Inilah faktor yang menyebab tidak semua game yang dicipta oleh pakar-pakar Barat sesuai dipinjam dan digunakan dalam modul motivasi Islamik.

Ambil sebagai contoh, budaya Amerika adalah budaya kompetitif. Budaya Islam dan budaya Asia adalah budaya kooperatif.

Pakar-pakar motivasi Amerika mencipta game-game yang objektif di sebaliknya adalah bagi mendorong motivasi semangat bersaing, semangat saling kalah mengalahkan sesama sendiri.

Banyak pengendali kem-kem motivasi Islamik meminjam aktiviti ciptaan pakar Amerika yang fungsinya adalah mendorong semangat saling kalah mengalahkan sesama sendiri.

Falsafah di sebalik game-game Amerika itu bertentangan dengan falsafah Islam, berdasarkan maksud: "Apabila kamu meringankan beban saudara kamu, Allah akan meringankan beban kamu."

Perbezaan akidah dan nilai budaya menjadikan trainer Islamik sebaiknya mencipta sendiri game dan aktiviti original.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 22, 2012

Tip Memilih Merchandise — Pengurus AinMaisarah

Tuan Syaizul Amal adalah Pengurus AinMaisarah, brand No. 1 dalam kategori sastera remaja popular. Beliau menulis tip berguna seperti di bawah ini dalam Facebook beliau...

"Apabila nama penulis semakin popular, penjenamaannya bagus dan mempunyai pembaca tegar, mereka mula memikirkan beberapa cabang produk baru bagi menjana keuntungan.

Barangan cendera hati (merchandise) adalah salah satu daripadanya. Ramai penulis kerugian dalam urusan perniagaan merchandise ini.

Buku dan merchandise adalah dua produk yang sangat berbeza. Dalam banyak situasi, dua produk selalunya tidak boleh duduk bersama dan perlu dipasarkan dengan cara berbeza.

Profail pembeli buku dan pembeli cendera hati juga berbeza. Pembaca yang sukakan tulisan kita tidak semestinya suka cendera hati yang kita jual.

Apa yang penting adalah mengenal pasti nilai yang dihargai oleh pengikut kita itu. Bagi seseorang penulis, pembaca buku menilai hasil tulisan mereka. Jalan cerita itulah kekuatan penulis. Oleh itu, merchandise mestilah berkaitan dengan sesuatu yang dihargai dalam cerita kita.

Kedua, penulis perlu menilai jenis cendera hati mana yang sesuai untuk dijual bersama buku atau dalam kedai buku. Ada produk yang tidak mungkin dapat masuk ke dalam kedai buku. Ada produk juga tidak mungkin dapat dijual bersama buku.

Kenal pasti semua ini bagi meningkatkan peratusan kejayaan kita dalam perniagaan merchandise."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 21, 2012

Pembaca Remaja Tidak Sabar — Pengurus AinMaisarah

Tuan Syaizul Amal adalah Pengurus AinMaisarah, penulis novel pop remaja No. 1. Beliau menulis dalam Facebook beliau nota penting seperti di bawah ini....

"Ini pengalaman saya setelah 12 tahun bergelumang dengan pasaran remaja. Remaja kurang sabar. Kadar perasaan ingin tahu mereka tinggi. Mereka cepat bertindak, kurang berfikir.

Dalam dunia perniagaan, ini adalah elemen bagus untuk buat keuntungan. Kami menjual ringtone kepada remaja. Kami pastikan ringtone ini boleh dibeli dengan mudah dalam masa kurang 1 minit. Mereka tidak sempat berfikir. Mereka lihat iklan, menaip kod dan sms dihantar. Transaksi selesai.

Dalam dunia buku, mereka juga tiada kesabaran. Cerita meleret, satu plot kecil diceritakan sehingga 10 muka surat. Mereka akan selak muka surat dengan cepat.

Sebagai seorang penulis novel remaja, jika mahu cerita kita disukai pembaca remaja, timbulkan perasaan ingin tahu itu sebanyaknya dalam novel dan percepatkan plot penceritaan.

Jika buat novel bersambung atau bersiri, pastikan judul seterusnya keluar dalam masa 3 bulan hingga 6 bulan (paling lama). Ingat remaja tidak punya tahap kesabaran yang tinggi."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 20, 2012

Membaca Yasin dalam Bahasa Dusun Terbitan PTS

PTS Darul Furqan Sdn Bhd menerbitkan Yasin dalam bahasa Dusun-Iban.

Buku Yasin ini dihadiahkan percuma kepada saudara-saudara baru di Sabah dan Sarawak yang menuturkan bahasa itu.

Pengedaran Yasin itu adalah melalui individu-individu yang menjalankan kerja-kerja dakwah di Sabah dan Sarawak.

Foto menunjukkan jemaah di surau Nur Iman, kampung Pinawantai, Ranau, Sabah. Mereka dalam foto ini adalah saudara baru.

Surah Yasin PTS itu dibawa ke kampung pedalaman itu oleh pendakwah Ustah Mohd. Fadli Yusof yang banyak menjalankan kerja-kerja pengIslaman.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, June 17, 2012

Strategi PTS Meneroka Laut Biru Sastera Kanak-Kanak Terjemahan

PTS yakin pasaran sastera kanak-kanak terjemahan dari bahasa-bahasa lain adalah pasaran yang berpotensi.

Pasaran ini adalah pasaran ibu bapa kelas menengah yang mempunyai daya beli tinggi. Oleh itu isu harga bukan isu yang sangat menentukan apabila mereka memilih buku bahan bacaan untuk anak-anak mereka.

Golongan kelas menengah mahukan bahan-bahan bacaan yang menawarkan nilai-nilai universal untuk anak-anak mereka.

Justeru, sektor ini menjanjikan pulangan yang baik kerana pasaran ini memang mempunyai citarasa antarabangsa.

Pada masa ini kita belum mempunyai judul pilihan yang banyak dalam sektor ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 16, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Contoh Lembaran Kerja dalam Buku

Salah satu ciri buku yang dapat berfungsi sebagai kit marketing untuk mendapatkan bisnes training adalah terdapatnya contoh-contoh lembaran kerja di dalam buku itu.

Buku yang mengandung lembaran-lembaran kerja di dalamnya menjadi bukti sahih penulis buku itu adalah seorang trainer profesional.

Contoh lembaran kerja seperti itu terdapat dalam buku-buku bahasa Inggeris. Buku-buku Inggeris  itu dapat dijadikan contoh bagaimana menghasilkan buku serupa dalam Bahasa Melayu.

Penulis mungkin khuatir lembaran-lembaran kerja yang diterbitkan dalam bukunya mungkin diplagiat oleh trainer lain. Kekhuatiran seperti itu tidak perlu. Ia sukar dilakukan oleh trainer lain disebabkan mereka tidak menguasai ilmu di sebalik lembaran-lembaran kerja  itu, akibatnya mereka tidak tahu bagaimana menggunakannya di dalam sesi training.

Nota: Buku Kuasa Sukses oleh Fadzli Yusof mengandungi contoh lembaran kerja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 14, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Belajar Ilmu-Ilmu Training

Industri training dalam Bahasa Melayu semakin berkembang. Pelanggan semakin mahukan kualiti trainer dan modul training yang tinggi. Ini memberi tekanan ke atas trainier supaya membuktikan mutu konten dalam modulnya adalah menepati harapan pelanggan.

Banyak trainer dalam Bahasa Melayu sudah mengambil langkah menerbitkan buku mereka yang selaras dengan modul training yang mereka tawarkan. Ini adalah langkah yang penting kerana buku menjadi alat marketing yang efektif.

Langkah seterusnya adalah belajar ilmu-ilmu bantu yang sangat relevan dengan kualiti penyampaian sesi training:

1. Ilmu mendesain silabus modul yang efektif.

2. Ilmu mendesain aktiviti yang efektif bagi memindahkan skill.

3. Ilmu budaya Melayu tinggi. Ilmu ini sangat berkait dengan kepuasan pelanggan yang berpelajaran tinggi dan pelanggan yang berusia lebih 30 tahun.

4. Ilmu berkomunikasi menggunakan Bahasa Melayu Tinggi supaya peserta yakin trainer adalah seorang profesional yang berkredibiliti tinggi.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, June 13, 2012

Nama Pengarang Menjadi Modal Daya Tarikan

Pada masa ini sudah ada outlet yang menjadikan nama-nama pengarang yang mempunyai banyak peminat sebagai daya tarikan kepada pembeli buku.

Nama-nama pengarang itu dipilih berdasarkan nilai jualan buku-buku mereka semata-mata.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, June 07, 2012

PTS Meneruskan Penerokaan Pasaran Sastera Kanak-Kanak dan Remaja Awal dari Dunia Luar

Buku adalah produk yang dibeli oleh golongan berpelajaran dan berduit, yakni golongan kelas menengah, khususnya mereka yang tinggal di bandar.

Salah satu ciri minda golongan kelas menengah ini adalah, mereka itu mahu menjadi warga dunia yang lebih besar, bukan setakat dunia lokal di mana mereka tinggal.

Ini menjadikan mereka mahukan buku-buku yang membawa mereka ke dalam budaya-budaya lain, dan ke negara-negara lain.

Golongan ini sudah sedia mempunyai citarasa yang 'antarabangsa'. Sepatutnya mereka dapat menerima karya luar dengan lebih mudah.

PTS sudah beberapa lama cuba memperkenalkan sastera kanak-kanak dan remaja dari luar negara. Namun jualan buku-buku itu masih rendah dibandingkan dengan jualan buku-buku hasil penulisan karyawan tempatan.

PTS kini sedang memulakan strategi baru bagi membuka pasaran karya luar negara yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi.

Kali ini PTS memperkenalkan karya luar bermula dari bawah, yakni dari genre kanak-kanak lagi.

Meskipun karya itu ditulis oleh penulis luar namun tapisan kandungannya tetap dilakukan dengan ketat bagi menjaga ciri syariah-compliance buku-buku PTS.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, June 04, 2012

Tip Survival Penulis-Trainer: Buku adalah Kit Pemasaran Paling Penting

 

 

 

 

 

 

Buku-buku yang menerangkan skill adalah sesuai dijadikan sumber pendapatan yuran training.

Banyak penulis buku tidak menjalankan program training, walhal skill-skill yang diterangkan dalam buku mereka mempunyai potensi dalam pasaran.

Langkah mengiklankan modul training menjadi mudah dalam zaman internet sekarang:

1. Buka blog khusus bagi mempromosi skill yang dijadikan modul training.

2. Belajar menggunakan laman sosial seperti Facebook bagi mempromosi blog.

3. Belajar bagaimana mendesain silabus kursus.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, June 02, 2012

TOP 200 Bulan Mei 2012 Berdasarkan Nilai Ringgit

1. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab
2. Rich Dad Poor Dad -  Ed. BM
3. Biografi Muhammad bin Abdullah
4. Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga
5. Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh
6. Srikandi-Srikandi Yang Benar
7. Syama'il Muhammadiyah
8. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
9. Khalifah-khalifah Yang Benar
10. Art of Deception -  Ed. BM
11. 70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal
12. Perang-Perang Yang Benar
13. 50 Hidangan Penambat Selera
14. Urutan Mesra Buat Si Manja
15. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
16. Khutbah Rasulullah
17. Sebarkan Cinta Mu
18. The Success Principles -  Ed. BM
19. Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
20. Mustafa Kamal Atarturk
21. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
22. Imam-Imam Yang Benar
23. Dahsyatnya Doa Ibu
24. 44 Resipi Kek & Biskut
25. Zubair Bin Awwam: Pengiring Nabi
26. Yasin Tahlil & Doa
27. Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana
28. Bacakan Saya Satu Cerita: Kisah Haiwan Teladan
29. Chicken Soup For The Soul: Think Positive - Ed. BM
30. Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa
31. Prince Charming: Siapa Awak?
32. Motivasi Gaya Rasulullah
33. Hero Takut Zombie
34. Asbabun Nuzul
35. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps -  Ed. BM
36. Teknik Suntingan Foto Terbaik
37. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
38. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
39. Koleksi Cerita Adam Kecil: Hari Sukan
40. Puteri Damia & Cermin Ajaib
41. Pengantin Al-Quran
42. Photoshopreneur
43. Apabila Mama Pakai Abaya
44. Badiuzzaman Said Nursi
45. Komik-M: Super Safee 1 (Kelahiran Bintang)
46. Abu Bakar: Sahabat Sejati
47. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
48. Alexander Adalah Zulqarnain
49. Men Are from Mars, Women Are From Venus -  Ed. BM
50. Pilihlah Aku Menjadi Duta Kecantikan
51. Kamus Al-Quran
52. Smile
53. Adik Datang
54. Mendidik Anak Lelaki
55. Senangnya Memasak Ayam & Daging
56. Puteri Damia & Kampung Ajaib
57. 101 Info: Seronoknya Solat
58. Jutawan Gedik
59. Aku Mahu Lawan Hantu
60. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia - Ed. BM
61. 303 Soal Jawab Fikah Kematian
62. Perjanjian Hudaibiyah
63. Komik-M: Dunia Kartun 3 (Lawak Budak Sekolah)
64. Geronimo Stilton: Mata Zamrud
65. Law Of Universal Attraction -  Ed. BM
66. Master PIES
67. Aku Mahu Teman Tapi Mesra 
68. Tasik Syahdu
69. Aku Mahu Popular
70. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
71. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
72. Puteri Qairina & Kalung Azalea
73. Bencana Akhir Zaman
74. Aku Mahu Saiz XL
75. Misteri Firaun: Musuh Para Nabi
76. Aku Mahu Saiz S
77. Komik-M: Opie & Jaja
78. Travelog Minda Tajdid: Coretan Perjalanan Dari Tanah Barat
79. 101 Akhlak Rasulullah
80. Ali Bin Abi Talib
81. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
82. Dahsyatnya Taubat Nasuha
83. Komik-M: Meon 5 (Menentang Kambing United)
84. 1 Hari 1 Resipi 365 Menu Istimewa Chef Hanieliza
85. Umar Al-Khattab: Reformis Dunia Islam
86. Destinasi Haji Dan Umrah
87. Sultan Muhammad Al-Fateh
88. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V3.0
89. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
90. Mendidik Anak Perempuan
91. Puteri Damia & Kawan-Kawan Ajaib
92. Focal Point -  Ed. BM
93. 50 Tip Motivasi Haji
94. Ensiklopedia Sejarah Rasulullah SAW
95. Ajaibnya Sedekah
96. Cara Terindah Untuk Mati
97. Miss Biola
98. Act Like A Lady, Think Like A Man -  Ed. BM
99. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
100. Kuasa Iqra': Menguasai Dunia Menikmati Akhirat
101. Pilihlah Aku Menjadi Pramugari
102. Dahsyatnya Qiamullail
103. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
104. Aku Mahu Superbibik
105. Wedding Photography
106. Amalan 24 Jam Wanita Haid
107. Reinvention -  Ed. BM
108. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
109. Panggil Saya Bedah
110. Komik-M: Kartini Kembali
111. Trilogi Novel Penyiasatan: Sherlock Holmes
112. Kelab Jejaka Tampan
113. Cinderellah vs Rapunzellah
114. Resipi Warisan - Lauk Pauk
115. Travelog Haji + VCD
116. Saad bin Abu Waqas
117. Bahagianya Merayakan Cinta
118. Panduan Memborong Di Vietnam
119. Budak Vespa
120. Surat Biru Dakwat Ungu
121. Saranghaeyo, Arumi! (Arumi Kekasihku)
122. Fikah Perubatan
123. Senangnya Memasak Kuih Kukus
124. Cef Pastri: Biskut Raya
125. Awak Semanis Red Velvet
126. Resipi Warisan - Kerabu
127. How To Win Friends & Influence People -  Ed. BM
128. Salju Sakinah
129. Kisah Si Puteri: Kami Puteri Hebat !
130. Komik-M: Ali & Tuah (Sarang Empat Penjahat)
131. Cinta Bintang Jatuh
132. Akukah Snow White Itu?
133. Resipi Warisan - Makanan Berkuah
134. Resipi Warisan - Kuih Muih
135. 31 Kisah Nabi
136. Menjadi Wanita Super Dengan Asma Al-Husna
137. Abon Orang Kuat Kita
138. Berfikir Gaya Trump
139. Aku, Dia & Gaun Pengantin
140. Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf
141. Didik Anak Gaya Rasulullah
142. Bilal Bin Rabah
143. Istikharah Cinta
144. Akukah Cinderella Itu?
145. Misteri Jodoh
146. O.T.A.I - Memori Sakura
147. Jihan Yang Solehah
148. Kasut Ballerina Putih
149. Senangnya Memasak Puding & Desert
150. Adobe Photoshop & Berus Ajaib
151. Komik-M: TwinX 4 (Misi Ke Jupiter)
152. Senangnya Memasak Nasi
153. Cerita Dari Syurga
154. 7 Keajaiban Photoshop
155. Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain
156. Terpelanting Dari Siratulmustaqim
157. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung - Ed. Jimat
158. Rabiatul Adawiyah: Perindu Cinta Abadi
159. Aku Mahu Bunga Di Hati
160. Kisah Si Puteri: Riang Ria Dunia Persahabatan
161. Bagasi Merah Jambu
162. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
163. Young Aisyah: Cuti Sekolah
164. Speak To Win -  Ed. BM
165. Komika - Ada Apa Dengan Komik?
166. Tafsir Ayat Ahkam
167. Usahawan Cilik: Batik Ropol-Ropol
168. Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak
169. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
170. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
171. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
172. Senah White & Wannababes Kerdil
173. Fail Sulit Presiden Amerika
174. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
175. Abu Ubaidah: Penakluk Parsi
176. Quran Saintifik - Ed.Jimat
177. Duyung Diva & Si Tanggang
178. Ini Mawar, Itu Rose
179. Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna
180. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
181. Aku Mahu Buli
182. Ammar & Lydia: Ini Bukan Dunia Kami
183. Senangnya Memasak Ikan
184. Sun Tzu: Art of War -  Ed. BM
185. Buku Conteng: Jimi dalam Akibat Jambul Alif
186. Nomi Duta Gigi
187. Aku Mahu Ke New York 1
188. Indahnya Kematian
189. Komik-M: Smash-20 #2 (Gelanggang Elit)
190. Buku Conteng: Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah
191. Puteri Qairina & Kristal Ajaib
192. Hidangan Terbaik Dunia - Siam
193. Oh, Loceng!
194. Olah Teks Fantastik Dengan Adobe Photoshop
195. The 360 Degree Leader -  Ed. BM
196. Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel - Ed.Jimat
197. Diari Gadis Bintang
198. Tuhan Untuk Semua
199. Tuan Bertanya, Dr Danial Menjawab
200. Biar Bidadari Mencemburui Dirimu
       

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, June 01, 2012

TOP 200 Bulan Mei 2012 Berdasarkan Unit Terjual

1. Yasin Tahlil & Doa
2. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab
3. Rich Dad Poor Dad - Ed. BM
4. Art of Deception - Ed. BM
5. Biografi Muhammad bin Abdullah
6. Komik-M: Super Safee 1 (Kelahiran Bintang)
7. Cinta Meraikan Kasih Di Langit Syurga
8. 50 Hidangan Penambat Selera
9. Senangnya Memasak Ayam & Daging
10. Pelajar Bertanya Prof. Dr. Muhaya Menjawab
11. Srikandi-Srikandi Yang Benar
12. Komik-M: Dunia Kartun 3 (Lawak Budak Sekolah)
13. 44 Resipi Kek & Biskut
14. Motivasi Gaya Rasulullah
15. Syama'il Muhammadiyah
16. Khutbah Rasulullah
17. Dahsyatnya Doa Ibu
18. Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
19. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
20. Komik-M: Opie & Jaja
21. Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Solat
22. Komik-M: Meon 5 (Menentang Kambing United)
23. Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah
24. 70 Hadis: Mudah Hafal Mudah Amal
25. Komik-M: Aku, Kau & Facebook: V3.0
26. Resipi Warisan - Lauk Pauk
27. 101 Info: Seronoknya Solat
28. Ledakan Facebook: Antara Pahala & Dosa
29. Senangnya Memasak Kuih Kukus
30. Prince Charming: Siapa Awak?
31. Hero Takut Zombie
32. Komik-M: Kartini Kembali
33. Resipi Warisan - Kerabu
34. Amalan 24 Jam Wanita Haid
35. 303 Soal Jawab Fikah Kematian
36. Resipi Warisan - Makanan Berkuah
37. Mustafa Kamal Atarturk
38. Resipi Warisan - Kuih Muih
39. Amalan Dan Doa Kesukaan Nabi Muhammad
40. Asas Praktikal Solat Untuk Lelaki
41. Asas Praktikal Solat Untuk Perempuan
42. Senangnya Memasak Puding & Desert
43. Senangnya Memasak Nasi
44. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang
45. Komik-M: Ali & Tuah (Sarang Empat Penjahat)
46. Bacakan Saya Satu Cerita: Kisah Haiwan Teladan
47. Senangnya Memasak Kerabu & Salad
48. Sebarkan Cinta Mu
49. Senangnya Memasak Kuih-Muih Minum Petang
50. Smile
51. Komik-M: TwinX 4 (Misi Ke Jupiter)
52. Doa Murah Rezeki
53. Khalifah-khalifah Yang Benar
54. Zubair Bin Awwam: Pengiring Nabi
55. Hidangan Terbaik Dunia - Siam
56. Senangnya Memasak Ikan
57. Terapi Ruqyah
58. Koleksi Cerita Adam Kecil: Hari Sukan
59. Puteri Damia & Kampung Ajaib
60. 23 Resipi Buah-buahan: Nanas
61. Armagedon 2012: Bencana Akhir Zaman
62. Bekalan Untuk Musafir
63. Chicken Soup For The Soul: Think Positive (Ed. BM)
64. Apabila Mama Pakai Abaya
65. Dahsyatnya Qiamullail
66. Senangnya Memasak Mi, Mihun & Kuetiau
67. Miss Biola
68. Urutan Mesra Buat Si Manja
69. Magnet Rezeki Dengan Solat Duha
70. Why Men Don't Listen And Why Women Can't Read Maps - Ed. BM
71. The Success Principles - Ed. BM
72. Aku Mahu Lawan Hantu
73. Pengantin Al-Quran
74. Mulakan Kerja Dengan Doa
75. Hidangan Terbaik Dunia - Cina
76. 23 Resipi Buah-buahan: Durian
77. Pilihlah Aku Menjadi Duta Kecantikan
78. Senangnya Memasak Makanan Barat
79. Ajaibnya Sedekah
80. Puteri Damia & Cermin Ajaib
81. Komik-M: Meon 1 (Perang Terung Manggor)
82. Law Of Universal Attraction - Ed. BM
83. Komik-M: Smash-20 #2 (Gelanggang Elit)
84. Cef Pastri: Biskut Raya
85. Bencana Akhir Zaman
86. Eksklusif Popular - Geronimo Stilton: Mata Zamrud
87. Senangnya Memasak Sambal & Sos
88. Kuasa Iqra': Menguasai Dunia Menikmati Akhirat
89. Senangnya Memasak Daging
90. Komik-M: Aku, Kau & Komik 3 (Cari Bakat)
91. Abon Orang Kuat Kita
92. 50 Tip Motivasi Haji
93. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
94. Yakjuj & Makjuj: 5 Gelombang Pembawa Bencana
95. Aku Mahu Saiz XL
96. Jutawan Gedik
97. Senangnya Memasak Ayam
98. Komik-M: Kuih Raya Dari Syurga
99. Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh
100. Koleksi Doa Terpilih Daripada Al-Quran
101. Aku Mahu Popular
102. Teknik Suntingan Foto Terbaik
103. Perang-Perang Yang Benar
104. Travelog Minda Tajdid: Coretan Perjalanan Dari Tanah Barat
105. Fahami Bacaan Dalam Solatmu
106. Aku Mahu Saiz S
107. Umar Abdul Aziz: Bayangan Khalifah al-Rasyidin
108. Abu Bakar: Sahabat Sejati
109. Puteri Qairina & Kalung Azalea
110. Cita Rasa Malaysia - Negeri Sembilan
111. Koleksi Doa Terpilih Daripada Hadis
112. Badiuzzaman Said Nursi
113. Yassin Dan Tahlil
114. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
115. Kuasa Kepemimpinan Al-Fateh
116. Senangnya Memasak Sayur
117. Pesanan Buat Diri
118. Adik Datang
119. Senangnya Memasak Tauhu & Telur
120. Senangnya Memasak Makanan Laut
121. Wedding Photography
122. Photoshopreneur
123. Cita Rasa Malaysia - Terengganu
124. Komik-M: Amylea 2 (Si Pencinta Anak Patung)
125. Pilihlah Aku Menjadi Pramugari
126. Cerita Dari Syurga
127. Master PIES
128. Mendidik Anak Perempuan
129. Cara Terindah Untuk Mati
130. Keluarga Bahagia dengan Asmaul Husna
131. Hadiah Daripada Pengantin
132. Komik-M: Misi 8A
133. Urus Wang Semasa Gawat
134. Motivasi Alihan Untuk Pelajar
135. Perjanjian Hudaibiyah
136. Nomi Duta Gigi
137. Mendidik Anak Lelaki
138. Resipi Ala Gerai: Masakan Mamak
139. Istikharah Cinta
140. Budak Vespa
141. Destinasi Haji Dan Umrah
142. Tasik Syahdu
143. 40 Hadis Palsu Popular
144. Oh, Loceng!
145. Resipi Warisan - Sayur
146. Aku Mahu Superbibik
147. Cita Rasa Malaysia - Kedah
148. Yasin Tahlil & Doa Ed. Keluarga Bahagia
149. Surat Biru Dakwat Ungu
150. Imam-Imam Yang Benar
151. Terpelanting Dari Siratulmustaqim
152. Mudahnya Twitter
153. Agenda Yahudi Menakluk Dunia
154. Young Aisyah: Cuti Sekolah
155. Komik-M: Misi 10A
156. Oh, Gadis Kek!
157. Aku, Dia & Gaun Pengantin
158. Rahsia Pembunuh Ekonomi Dunia - Ed. BM
159. Misteri Jodoh
160. Cinderellah vs Rapunzellah
161. Koleksi Terpilih Doa Untuk Pelajar
162. Cita Rasa Malaysia - Sabah
163. Akukah Snow White Itu?
164. Uthman Affan: Pengumpul Al-Quran
165. Panduan Memborong Di Vietnam
166. Ini Mawar, Itu Rose
167. Panggil Saya Bedah
168. Cita Rasa Malaysia - Melaka
169. Cinta Bintang Jatuh
170. O.T.A.I - Memori Sakura
171. Si Gadis-Gadis 3 Rasa
172. Kelab Jejaka Tampan
173. Focal Point - Ed. BM
174. Yassin & Tahlil Ed. Pengurusan Jenazah
175. Reinvention - Ed. BM
176. Asfa Heroin Mi Goreng
177. Ali Bin Abi Talib
178. Act Like A Lady, Think Like A Man - Ed. BM
179. Men Are from Mars, Women Are From Venus - Ed. BM
180. Pensel Ajaib - Edisi Kemas Kini
181. Alexander Adalah Zulqarnain
182. Kasut Ballerina Putih
183. Usahawan Cilik: Manik Merah Jambu
184. Yasin Tahlil & Doa Edisi Pengantin
185. Tuhan Untuk Semua
186. Buku Conteng: Jimi dalam Akibat Jambul Alif
187. Awak Semanis Red Velvet
188. Akukah Cinderella Itu?
189. Saranghaeyo, Arumi! (Arumi Kekasihku)
190. Sultan Muhammad Al-Fateh
191. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
192. Buku Conteng: Jimi Dan Raksasa Misai Di Sekolah
193. Bagasi Merah Jambu
194. Usahawan Cilik: Batik Ropol-Ropol
195. Lego Berfesyen
196. Dahsyatnya Taubat Nasuha
197. Ammar & Lydia: Ini Bukan Dunia Kami
198. Cita Rasa Malaysia - Kelantan
199. Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak
200. Yasin Edisi Angin Ahmar (Strok)-Doa Pelindung & Penawar

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages