Tip Survival Penulis: Menakluki Rak di Dalam Kedai Buku

Strategi menakluki rak di dalam kedai buku adalah strategi pemasaran dan jualan yang sangat efektif.
Penaklukan hanya dapat dilakukan dengan pelbagai strategi yang dilaksanakan serentak.
1. Jumlah judul mesti cukup banyak bagi mengisi rak itu, sehingga tidak ada ruang lompang.
2. Judul-judul itu mesti semuanya dalam kategori yang sama, dan ditargetkan kepada kelompok pembeli yang sama. Apabila penulis menulis banyak genre, setiap judul mungkin diletakkan di rak-rak yang berlainan.
3. Semua judul itu diyakini oleh pengurus kedai buku sebagai judul yang laku dijual, barulah pengurus kedai sanggup memberi rak khas.
Nota:
1. Pengurus setiap cawangan kedai buku mempunyai kuasa mutlak tentang bagaimana buku-buku di dalam kedainya akan disusun dan dipamerkan.
2. Foto menunjukkan Puan Ain Maisarah dengan sebuah rak di salah sebuah cawangan kedai buku MPH. Rak itu mempamerkan semua 30 judul novel-novel remaja beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


1. 1 Hari 1 Resipi 365 Chef Hanieliza
Jabatan Mufti Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa majalah Manga haram atas alasan majalah itu mempamerkan aurat wanita dan lelaki.

1. Abdul Latip bin Talib







wah…. ini list 200 besar ya… semoga tambah sukses penjualannya…