Thursday, September 27, 2012

Menerokai Pasaran Buku Audio dalam Bahasa Melayu

Saya peribadi sedang mula menerokai pasaran buku audio dalam Bahasa Melayu.

Buku audio sudah lama wujud. Buku-buku bisnes dan motivasi yang bestseller dalam bahasa Inggeris semuanya ada edisi audionya.

Ada 2 jenis buku audio:

1. Buku cetak yang dibaca dan dirakamkan.

Lazimnya, buku jenis ini dijual dalam bentuk kaset ataupun CD bersama-sama dengan buku cetaknya. Justeru, kandungan buku cetak dan buku audionya adalah serupa.

Baik buku fiksyen mahupun non-fiskyen, kedua-duanya dapat dijual sebagai buku audio.

2. Buku audio yang bukan buku cetak.

Buku audio jenis ini seperti ceramah, tetapi ia lebih berstruktur daripada ceramah, seakan-akan buku konvensional.

Pasaran buku audio dalam bahasa-bahasa lain sedang berkembang dengan pesatnya. Saya menerokai pasaram kedua-dua jenis itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 24, 2012

Pasaran Novel Popular

Pasaran novel popular adalah besar, terutama sekali novel-novel popular yang bertemakan pergaulan besas dan skandal-skandal hubungan lelaki dan perempuan dalam masyakarat kota.

Pengedaran novel ini sangat efisien, sehingga ia dapat dijual di pekan-pekan kecil, malah ada yang sampai ke kedai-kedai runcit di kampung-kampung.

Pembeli utama novel jenis ini adalah remaja perempuan yang sedang bersekolah di sekolah menengah. Meskipun sekolah tidak membenarkan pelajar membawa novel-novel ini ke premis sekolah, pelajar perempuan sanggup berkongsi duit bagi membelinya.

Pihak yang paling membuat untung adalah pengedar, bukan penerbit ataupun penulis.

Diskaun yang diambil oleh pengedar boleh sampai 60% daripada harga jualan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru    
1. Pahlawan-Pahlawan Mamluk 3000
2. Diari Mat Despatch - Naluri Ayah 3000
3. Teknik Terhebat Kuasai Pembawa Masalah 2000
4. Teknik Terhebat Kuasai Dunia dengan Kuasa Minda 2000    
5. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab (baki) 20000    

Judul Ulang Cetak    
1. Doa Murah Rezeki 4000    
2. Wedding Photography 2000    
3. 7 Keajaiban Adobe Photoshop 2000    
4. Aku Mahu Saiz S 3000    
5. Aku Mahu Popular 3000    
6. Panduan Memborong di Vietnam 2000    
7. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang 1500    
8. Motivasi Gaya Rasulullah 3000    
9. Senangnya Memasak Kuih Muih Minum Petang 3000    
10. Dahsyatnya Doa Ibu 3000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 18, 2012

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Pilih Kolej Apa? 3000
2. Fiqh Imam Syafie 3000
3. Antara Kabus ke Kabus 2000
4. Jalan Retak 2000
5. Komik-M: Ultra Qalif - Kuasa Baru 8000
6. Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab 15000   
   
Ulang Cetak
1. Pengantin Al-Quran 2000
2. Resipi Ala Gerai - Masakan Thai 4000    
3. Resipi Warisan Kerabu 4000    
4. Resipi Warisan Sayur 4000    
5. 101 Info Seronoknya Solat 3000    
6. Senangnya Memasak Ayam 4000    
7. Hidangan Terbaik Dunia - Thailand 4000    
8. Senangnya Memasak Kerabu & Ayam 4000    
9. Senangnya Memasak Makanan Barat 4000    
10. 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah 4000    
11. Rich Dad Poor Dad - Ed. BM 3000    
12. Amalan 24 Jam dalam Kehidupan Rasulullah 5000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penulis: Buku di Rak Buku

Setakat buku kita ada dipamerkan di dalam kedai buku, itu belum cukup baik.

Di rak mana, dan di para mana buku-buku kita diletakkan menceritakan banyak berkenaan kelarisan jualan buku kita.

Kedai-kedai buku meletakkan buku-buku yang paling laku di rak-rak yang paling hampir dengan pintu masuk kedai.

Buku-buku yang kurang laku diletakkan di rak-rak paling belakang, di mana kawasan itu jarang sekali disinggahi oleh pengunjung kedai.

Buku-buku yang diletakkan di para paling rendah juga menunjukkan buku-buku itu kurang laku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, September 10, 2012

Tip Survival Penerbit: Kos Hospitaliti

Semasa syarikat penerbitan masih kecil, kos menerbitkan buku adalah lebih rendah. Dengan itu margin keuntungan lebih tebal bagi setiap unit buku yang terjual.

Apabila syarikat semakin besar, kos penerbitan akan semakin tinggi, dengan itu margin keuntungan semakin menipis.

Salah satu kos yang tidak ditanggung oleh penerbit kecil adalah kos hospitaliti atau ketamuan.

Penerbit kecil tidak menerima lawatan dari peminat. Oleh itu syarikat tidak perlu menyediakan sedikit jamuan dan cenderamata kepada para tetamu. Tidak begitu halnya dengan penerbit besar.

Para pelawat perlu diberi layanan baik. Mereka adalah peminat buku-buku yang diterbitkan. Pulang dari lawatan mereka menjadi duta syarikat.

Nota: Foto menunjukkan pelajar-pelajar dari sebuah universiti sedang melawat jabatan editorial PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru
1. Kelab Pelajar Super 2000
2. Bebe Koala: Si Comel yang Ceria 5000
3. Tiket Haji daripada Tuhan 3000
4. Resipi Ala Gerai - Makanan Laut 5000        
   
Judul Ulang Cetak
1. Motivasi Super 1500    
2. Pikat Remaja Dengan Kata-Kata 3000
3. Kuasai Dunia Dengan Berfikir 2000
4. Riyadus Solihin: Taman Orang Soleh 1000
5. Law Of Universal Attraction - Ed. BM 3000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, September 07, 2012

Tip Survival Penerbit: Panduan Memilih Desainer Kulit Buku

 

 

 

 

 

 

 

 

Penerbit yang masih kecil tidak perlu mempunyai desainer in-house. Lebih baik menggunakan desainer freelance yang banyak dalam pasaran.

Gunakan beberapa orang desainer, bukan hanya seorang ataupun 2 orang sahaja.

1. Konsep buku yang berbeza-beza memerlukan bakat desainer yang berbeza-beza. Buku agama yang ditargetkan kepada ustaz-ustaz memerlukan bakat desainer yang berbeza daripada buku agama yang ditargetkan kepada remaja perempuan. Ada desainer yang tidak pandai menghasilkan desain untuk perempuan.

2. Desainer yang sama sukar menghasilkan konsep desain yang baru dan segar dari waktu ke waktu.

3. Desainer freelance cenderung mengambil kerja-kerja dari beberapa penerbit. Risiko desain kulit buku kita 'serupa dan sama' dengan buku-buku terbitan syarikat lain akan menjadi lebih serius apabila kita bergantung kepada seorang dua desainer sahaja.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, September 04, 2012

Senarai Judul yang Masuk Gudang PTS Minggu Lalu

Judul Baru    
1. Dia Di Mana-Mana 3000    
2. Young Aisyah: Hari Fesyen 5000
3. Komik-M: Aku, Kau & Ibu 8000
4. Senangnya Memasak Kuih Kukus & Minum Petang 5000
5. Padanya Ada Hikmah 3000    

Judul Ulang Cetak  
1. Fahami Bacaan dalam Solatmu 3000
2. Sultan Muhammad Al-Fateh 3000
3. Serlahkan Aura Guru Super 1000
4. Guru Pemimpin 360 1000
5. Cita Rasa Malaysia - Terengganu 3000
6. Senangnya Memasak Puding & Desert 4000
7. Irkam Ma'ana-Bahtera Menuju Ke Syurga 3000
8. Komik-M: Dunia Kartun 3 (Lawak Budak Sekolah) 5000
9. 303 Soal Jawab Fikah Kematian 3000
10. Impiana Finale 1000
11. 40 Hadis Palsu Popular 3000
12. Himpunan Wirid & Doa Selepas Sembahyang 4000

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Pasaran Eksiklopedia

Tidak semua ensiklopedia dapat dijual melalui kedai-kedai buku. Kedai buku amat memilih-milih jenis ensiklopedia yang mereka mahu pamerkan.

Inilah faktor yang menyebabkan penerbit eksiklopedia mempunyai salesman mereka sendiri bagi menjual ensiklopedia yang mereka terbitkan.

Ensiklopedia yang kedai buku mungkin mahu menjualnya adalah:

1. Ensiklopedia agama berkenaan ibadat-ibadat fardhu ain.

2. Harganya tidak lebih daripada RM100.

Meskipun demikian, majoriti kedai buku indie tidak mahu mempamerkan ensiklopedia disebabkan ia tidak sesuai dengan daya beli jenis pelanggan yang datang membeli buku di kedai mereka.

Sebelum membuat keputusan menerbitkan ensiklopedia, buat kajian dahulu jenis ensiklopedia bagaimana yang ada dipamerkan di kedai-kedai buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages