Thursday, October 25, 2012

Buku Audio Menjadi Kit Pemasaran Penting kepada Trainers

Buku audio adalah lebih persuasif daripada buku cetak. Inilah faktor yang menyebabkan semua penulis buku self-development menerbitkan buku audio mereka juga.

Buku audio adalah marketing kit yang lebih efektif bagi para trainers, khususnya trainers yang menjual modul-modul produk soft-skills.

Trainers yang mempunyai buku cetak dan juga buku audio akan dapat memperkenalkan kepakarannya ke dalam pasaran dengan lebih berkesan.

Bagi trainers yang belum mempunyai buku bercetak, kalau mahu survive dalam pasaran, mereka perlu menghasilkan buku audio mereka.

Saya memiliki saham dalam www.downloadilmu.com yang akan menjadi supermarket buku-buku audio dalam Bahasa Melayu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Peluang Mencipta Harta Intelek dengan Menghasilkan Buku Audio

Bakat dan kemahiran mengarang buku adalah lebih kompleks daripada kemahiran bercakap. Selama ini, mereka yang pandai menulis sahaja yang berpeluang mencipta harta intelek dalam bentuk buku bercetak, ataupun ebook digital.

Buku audio memberi peluang semua orang menjual kepakaran mereka.

Kini, sesiapa sahaja yang mempunyai konten dapat menjual konten mereka dengan bercakap di hadapan rekorder.

Saya memiliki saham dalam syarikat MY IP Sdn Bhd, yang portal yang dapat menjualkan buku-buku audio dalam bahasa Melayu.

www.downloadilmu.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

PTS Mengembangkan Bisnesnya

Dalam waktu yang dekat, PTS Media Group akan membuka ruang pejabat baru di kawasan Setiawangsa, KL, bagi menempatkan pejabat:

1. PTS COE Sdn Bhd yang memperdagangkan hasil kajian Tim Psikologi Hadith. Bermula tahun 2013 PTS COE akan menawarkan pensijilan untuk guru-guru tadika.

2. Blink Book Sdn Bhd yang menerbitkan novel-novel AinMaisarah.

3. MY IP Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku digital, video dan audio dan memiliki www.downloadilmu.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, October 22, 2012

Tempoh Hakcipta Karya yang Diterbitkan di Amerika

The Copyright Term Extension Act (CTEA) of 1998 extended copyright terms in the United States by 20 years. Since the Copyright Act of 1976, copyright would last for the life of the author plus 50 years, or 75 years for a work of corporate authorship. The Act extended these terms to life of the author plus 70 years and for works of corporate authorship to 120 years after creation or 95 years after publication, whichever endpoint is earlier.[1] Copyright protection for works published prior to January 1, 1978, was increased by 20 years to a total of 95 years from their publication date.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, October 21, 2012

Peranan Penulis Mempromosi Buku Sendiri

Banyak penulis tidak puas hati dengan prestasi jualan buku mereka dalam pasaran. Mereka berpandangan faktor utama jualan buku mereka lembap adalah disebabkan penerbit tidak serius menjalankan strategi promosi dan pemasaran.

Penerbit dan penulis sama-sama memainkan peranan penting dalam mempromosi jualan buku-buku yang diterbitkan.

Penerbit mempunyai limitasi bajet promosi. Oleh itu setiap ringgit yang dibelanjakan untuk aktiviti promosi mestilah menghasilkan pulangan yang baik. Inilah faktor utama mengapa penerbit memilih-milih nama pengarang dan judul buku yang akan diberikan peruntukan bajet promosi.

Data jualan buku-buku PTS menunjukkan judul-judul yang laku keras dalam pasaran adalah karya pengarang-pengarang yang sangat aktif mempromosi buku-buku mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 12, 2012

Ciri-Ciri Buku Pembangunan Diri

Buku-buku pembangunan diri mempunyai pasaran yang besar dan baik. Buku-buku itu dapat dijual sepanjang tahun kerana ia tidak bermusim. Ini bermakna pendapatn royalti daripada buku-buku kategori ini juga baik.

Pembeli buku-buku pembangunan diri adalah golongan yang sangat mahukan kejayaan. Golongan ini sanggup melabur bagi mencapai cita-cita mereka.

Ciri-ciri buku pembangunan yang laku:

1. Pembeli mahukan buku-buku yang mudah dibaca dan difahami.

2. Pembeli mahukan tip-tip yang dapat digunakan dengan serta-merta selepas membaca buku itu.

3. Terangkan skill-skill yang diperkenalkan.

4. Terangkan teknik-teknik yang diajarkan.

5. Terangkan langkah-demi-langkah bagaimana teknik itu dikuasai.

6. Terangkan langkah-demi-langkah bagaimana skill-skill itu dapat digunakan dalam alam pekerjaan ataupun dalam kehidupan peribadi

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 11, 2012

PTS Menyewa Booth di Frankfurt Bookfair 2012

Selama ini setiap tahun PTS menghantar misi ke Frankfurt Bookfair dengan tujuan utama menjalin persahabatan dengan penerbit-penerbit antarabangsa dan bagi memilih judul-judul terbitan luar negara yang sesuai dilesen dan diterjemahkan kep dalam bahasa Melayu untuk pasaran Malaysia.

Mulai tahun 2012 PTS mula membuka booth sendiri bagi mempamerkan judul-judul PTS yang sesuai ditawarkan kepada penerbit-penerbit luar negara.

Pada saat berita ini ditulis Frankfurt Bookfair 2012 sedang berlangsung.

Foto menunjukkan booth PTS dengan judul-judul yang ditawarkan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(9) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 05, 2012

Memilih Suara Pembaca untuk Rakaman Buku Audio dalam Bahasa Melayu

Pasaran buku audio dalam bahasa Melayu adalah pasaran laut biru yang menjanjikan pulangan baik.

Eksperimen saya merakamkan buku audio dan menjualnya di portal http://downloadilmu.com menunjukkan jualan yang aktif sejak hari pertama judul-judul itu dipasarkan.

Target pasaran buku audio adalah golongan profesional yang lebih bersifat auditori, yakni mereka lebih suka menerima maklumat dengan mendengar daripada membaca.

Dengan kemajuan teknologi yang ada pada hari ini, penyampaian bahan terakam kepada pembeli menjadi amat mudah. Demikian juga pendengarannya.

Tidak semua suara sesuai digunakan sebagai suara buku audio. Ini bermakna bagi sesetengah penulis, lebih baik menggunakan suara orang lain bagi membacakan bukunya.

Hak memilih suara pembaca adalah lazimnya hak pihak penerbit buku audio itu.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 1 of 1 pages