Sohihkah Hasil Kajian yang Menggunakan Metodologi ‘Meja Bulat’ bagi Mengumpul Maklumat PPSMI?
![]()
![]()
Kementerian Pelajaran akan mengadakan Persidangan Kelima Meja Bulat bagi mengumpul lebih banyak maklumat sebelum membuat keputusan berhubung dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan Datuk Wee Ka Siong dalam kenyataan bersama berkata, persidangan itu akan melibatkan ahli akademik, profesional pendidikan, persatuan ibu bapa dan guru serta pihak berkepentingan yang lain.
Apa pendapat pegawai-pegawai yang memiliki ijazah Ph.D di bahagian EPRD tentang penggunaan metodologi 'meja bulat' ini?
Buku teks yang digunapakai di universiti mana yang mengajarkan 'metodologi meja bulat' sebagai cara mengumpulkan maklumat sohih?
Apakah latar belakang mereka yang dipilih bagi dijadikan 'responden meja bulat' itu? Apakah mereka kaki ampu pak menteri?
Apakah fungsi para 'resonden meja bulat itu'? Untuk meng-endorse kemahuan si pak menteri?
Prof. Emeritus Dato' Dr. Ishak Haron dan pasukan penyelidik di Universiti Pendidikan Sultan Idris telah menjalankan kajian PPSMI dan hasil kaiian itu sudah dibentangkan dalam persidangan akademik, dan sedutan laporan itu sudah diterbitkan oleh banyak akhbar, termasuk NST.
KPM adalah lubuk emas. Bahasa Inggeris adalah lubuk emas. Modul bahan bacaan bergred bikinan Australia yang sekular itu adalah penggali yang digunakan bagi menggali lubang terbaru dalam lubuk emas KPM.
Semua orang tahu. Di sebalik 'metodologi meja bulat' itu adalah metodologi mengorek lubuk emas dalam KPM.
Malaysia Boleh!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Istilah lain untuk komuniksi nonverbal adalah 'body language'. Kemahiran ini amat berguna kepada trainers semasa sedang mengendalikan sesi training. 

Seorang penyokong kuat perjuangan PTS, 

Novel-novel remaja Ain Maisarah menggunakan latar belakang urban - dunia modern kelompok remaja yang dibesarkan dalam keluarga kelas menengah Kuala Lumpur.




Salam, rakan-rakan semua.





Subhanallah, Sifu. Sabar
Ok untuk sejukkan hati, saya umumkan bahawa saya membeli dua buah buku untuk anak saya; Di Bawah Naungan Cahaya Mu dan Srikandi Perisai Nabi, dua hari lepas.
Satu pertanyaan, mengapa bab-bab novel sai-fi Transgenesis terlalu panjang? Tidak bolehkah dipecah-pecahkan jadi bab-bab yang pendek?