Akan Terbit
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Cuasa yang sekejap panas dan sejuk pada beberapa hari kebelakangan ini telah menyebabkan anak saya yang baru berusia enam bulan selsema dan deman. Hari ini hujan pada sebelah petang lagi.
Semasa saya mengambil anak dari rumah pengasuh, awan sudah sangat tebal. Apabila tiba di tempat letak kereta di kawasan apartment, hujan mula turun. Tempat letak kereta dengan pintu masuk unit saya tidak ada tempat lindung hujan.
Alhamdulilah, saya biasa pakai tudung labuh. Saya masukkan anak ke dalam tudung dan berlari ke depan pintu. Kemudian baru saya keluarkan anak saya daripada tudung. Anak saya langsung tidak kena titisan hujan.
Cara ini ialah langkah yang paling berkesan untuk membawa bayi dalam jarak dekat untuk elakkan daripada titisan hujan renyai dan angin. Ini adalah satu daripada banyak kebaikan memakai tudung labuh yang saya menemui selepas satu tahun dua bulan tudung jenis itu berteman saya semasa keluar dari rumah. Selain daripada menutup aurat dengan baik, pakai tudung labuh juga membawa keberkatan/kebaikan yang sangat praktikal.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Sesuatu yang Islami pastilah bersifat universal, yakni ia bagus dan dapat diterima oleh semua orang, bukan hanya dapat diterima oleh orang-orang Islam. Sebagai contoh, sistem perbankan Islam, sistem pajak gadai Islam, dan sistem insurans Islam terbukti dapat diterima baik dan popular di kalangan pelanggan bukan Islam. Malah makanan berstatus 'halal' juga dapat diterima baik oleh pengguna bukan Islam.
Pasaran bagi produk-produk Islami dalam industri training dan konsultansi adalah pasaran Laut Biru yang sangat besar saiznya. Yang diperlukan sekarang adalah produk-produk training yang benar-benar mengemukakan dan mengaplikasikan teori-teori dan teknik-teknik Islami.
Namun pada masa ini sesuatu produk training itu didakwa oleh penjualnya sebagai 'Islami' hanya disebabkan dalam jadual training itu dimasukkan item sembahyang beramai-ramai, ceramah agama selepas sembahyang subuh, dan sembahyang dinihari, manakala input-input yang 'core' dalam modul itu tidak menggunakan teori-teori dan teknik-teknik yang dibangunkan daripada sumber-sumber Islam.
Malah banyak input 'core' dalam modul-modul training yang didakwa sebagai Islami itu bukan hanya tidak berdasarkan sumber-sumber Islam, malah mengandungi ciri-ciri yang tidak selaras dengan ajaran Islam.
Banyak pelanggan korporat mempunyai kakitangan bukan Islam. Adalah tidak praktikal bagi pelanggan apabila modul-modul yang didakwa Islami itu hanya sesuai bagi kakitangan Islam sahaja.
Sebagai contoh, pelanggan korporat perlu memberikan semangat dan budaya kerja berpasukan kepada semua kakitangannya, tetapi modul yang ditawarkan memerlukan item-item seperti berzikir, menghafal asma-ul-husna, qiam-ul-lail dan tazkirah yang khusus untuk orang Islam sahaja.
Sudah sampai masanya para trainer Islam membezakan tugas-tugas trainer korporat aliran 'sekolah Islami' dengan tugas-tugas ustaz-ustaz dan guru agama.
Modul-modul training Islami seharusnya dapat diikuti oleh peserta-peserta bukan Islam.
Bukan itu sahaja, produk-produk training Islami sepatutnya dapat difrancaiskan kepada, dan disampaikan oleh, trainer-trainer bukan Islam - bukan hanya dapat disampaikan oleh fasilitor yang berkopiah ataupun yang berjanggut sahaja.
Begitulah yang berlaku dalam sistem parbankan Islami, di mana bank-bank konvensional yang dimilik oleh Yahudi sekalipun dapat menawarkan perkhidmatan perbankan Islami.
Malah makanan 'halal' pun dapat dikeluarkan oleh kilang dan restoran yang pemilik dan pekerjanya semuanya bukan Islam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam suatu perbincangan dengan Presiden TAMRIN, Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamed, beliau memberitahu salah satu rancangan prioriti TAMRIN adalah mengadakan siri kursus yang tujuannya adalah menerangkan falsafah, teori dan teknik kejurulatihan yang syariah-compliant.
Dalam fasa awal ini, fokus yang diutamakan adalah bagi bidang motivasi kerana banyaknya perkara-perkara yang tidak syriah-compliant yang digunakan oleh fasilitator dalam program-program motivasi yang didakwa oleh penjualnya sebagai bercirikan modul 'Islamik'. Namun begitu semasa menyampaikan modul 'Islamik' itu mereka menggunakan kaedah-kaedah yang tidak digunakan oleh Nabi Muhammad apabila beliau menjalankan fungsi sebagai trainer dan motivator.
Banyak fasilitator yang sekarang mengaku mereka menggunakan metodologi 'Islamik' itu tidak pernah mengikuti sebarang kursus formal dalam bidang kaunseling dan kejurulatihan, baik yang yang berorientasikan teori-teori konvensional mahupun yang Islamik. Justeru, kerap kali mereka menggunakan teknik motivasi yang salah dari sudut teori psikologi dan kaunseling.
Banyak di antara mereka hanyalah bekas-bekas peserta program indoktrinasi Biro Tata Negara (BTN), lalu mereka melakukan apa yang dilakukan ke atas mereka oleh pasukan fasilitator BTN itu, dengan tidak menyedari bahawa banyak teknik-teknik indoktrinasi yang digunapakai oleh BTN adalah salah di sisi agama dan berdosa hukumnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kerajaan negeri Terengganu akan memberikan 25 ribu unit laptop kepada 25 ribu orang pelajar sekolah. Projek ini dijalankan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Baca di sini.
Kita belum mengetahui buku-buku DBP yang mana yang akan dibekalkan sebagai Ebook dalam laptop itu nanti bagi projek ini.
Adakah DBP akan membayar royalti kepada penulis yang buku-bukunya dipilih?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Apabila ustaz-ustaz Malaysia menulis buku, mereka banyak menyalin ayat-ayat terjemahan Quran dan hadith yang dihasilkan oleh ulamak-ulamak Indonesia. Mereka menganggap perkara itu tidak salah sebab Quran adalah harta awam, begitu juga halnya dengan kitab-kitab hadith sahih yang juga sudah menjadi harta awam.
Banyak orang tidak faham yang mana harta awam, yang mana bukan harta awam.
Memang Quran adalah harta awam, tetapi terjemahan Indonesiannya mungkin bukan harta awam. Begitu juga kitab Sahih Bukhari adalah harta awam, tetapi terjemahan Sahih Bukhari dalam Bahasa Indonesia bukan harta awam.
Apabila PTS menerbitkan siri penyiasatan Sherlock Holmes karya Sir Arthur Conan Doyle, PTS tidak perlu mendapatkan izin bagi menterjemahkan karya-karya itu. PTS juga tidak perlu membayar royalti kepada waris Doyle. Ini disebabkan siri SH sudah menjadi harta awam.
Katakanlah siri SH itu diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Puan Juneta, PTS hanya membayar royalti kepada Puan Juneta seorang, waris Doyle tidak menerima satu sen pun.
Apakah makna semua ini?
(i) Hanya karya asal Sherlock Holmes, yang ditulis sendiri oleh mendiang Doyle, yang sudah bertaraf 'harta awam'. Karya original itu sahaja yang boleh diterbitkan semula oleh sesiapa tanpa meminta izin dan tanpa membayar royalti.
(ii) Ada penerbit di England yang menerbitkan siri SH edisi pelajar, maka hakcipta SH edisi pelajar itu bukan harta awam lagi. Maka jangan menterjemahkan SH ke dalam Bahasa Melayu berdasarkan edisi pelajar itu tanpa izin kerana perbuatan itu melanggar hakcipta.
(iii) Berpuluh-puluh negara sudah menterjemahkan siri SH ke dalam bahasa masing-masing, maka hakcipta terjemahan itu belum menjadi harta awam lagi. Maka jangan menterjemah SH berdasaran edisi terjemahan itu tanpa izin.
(iv) Katakanlah Tuan Rastom menterjemahkan siri SH ke dalam Bahasa Melayu, maka beliau mesti menterjemah dengan menggunakan edisi original. Hakcipta terjemahan adalah dimiliki oleh Tuan Rastom. Hanya selepas 50 tahun beliau meninggal dunia barulah terjemahannya itu menjadi harta awam.
(v) Katakanlah ada penerbit ABC hendak menterjemah siri SH juga ke dalam Bahasa Melayu, silakan. Bagi edisi terjemahan itu hakciptanya dimiliki oleh pihak yang berkaitan. PTS mahupun Puan Juneta tidak berhak menghalang mana-mana pihak lain menerbitkan terjemahan Bahasa Melayu mereka sendiri.
Bagi tiap-tiap karya terjemahan, hakciptanya adalah milik si penterjemah itu. Sebagaimana undang-undang hakcipta melindungi karya asal, undang-undang itu melindungi karya terjemahan sebagai karya asal juga.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


Bagi melihat foto-foto lain klik di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Salam, rakan-rakan semua.
Ada sebuah syarikat penerbitan menjemput saya sebagai tetamu TV. Jadi saya bertanya kalau-kalau mereka perlukan panel lain, saya boleh tolong mencarikan. Penerbit itu berminat, dan memberikan saya jadual di bawah ini.
Sesiapa yang rasa berminat, minta tulis emel kepada saya (), dan saya akan berikan nama saudara kepada penerbit. Penerbit akan menghubungi Tuan semua secara personal. Nama syarikat ialah NHF Production. Terima kasih.
Klik di sini: Fadzli Yusof
NOTA: Topik dari episod 5 hingga episod 8, tarikh penggambaran untuk episod 5 hingga 8 ini adalah pada 5 hingga 13 Disember.
episod 5 - Tips Tangani Stress
episod 6 - Menangani perasaan cemburu buta
episod 7 - 5 tip tingkatkan keyakinan diri, perceraian
episod 8 - 9 tip untuk menyesuaikan diri, mengatasi kemurungan
Bagi episod 9 hingga 13, tarikh penggambaran untuk episod 9 hingga 13 ini pula adalah pada 14 hingga 21 Disember.
episod 9 - Mengatasi perasaan marah
episod 10 - Pengurusan kewangan
episod 11 - Kerjaya atau keluarga
episod 12 - Merancang percutian
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Untuk memulakan hubungan niaga dengan PTS, kami hanya memerlukan sijil perniagaan bagi memastikan bahawa sesuatu perniagaan telahpun dijalankan dan sebagai rekod pengarkiban pelanggan. Setelah itu, barulah satu sub-account pada sistem pengkalan data PTS diwujudkan atas nama syarikat peniagaan tuan. Tiada deposit yang dikenakan bagi agen jualan baru dibawah terma C.O.D (cash on delivery).
Bagi pembekalan buku secara kredit, hanya agen penjualan tertentu akan ditawarkan akaun secara kredit. Lazimnya hanya melibatkan agen jualan yang menunjukkan konsistensi rekod jualan tahunan dan mengamalkan ciri-ciri perniagaan yang baik dan sihat. Tiada deposit yang dikenakan, tapi beberapa proses penandatangan kontrak dan butiran-butiran lanjut mengenai perniagaan diperlukan.
Disertakan di bawah ini, berkenaan butiran terma dan syarat pembelian buku-buku PTS untuk agen jualan baru:
Terma: C.O.D (cash on delivery)
Diskaun dagangan: 35% (atas harga kawasan Semenanjung Malaysia)
Penghantaran: Penghantaran adalah percuma ke seluruh kawasan Semenanjung. Tapi di kawasan Malaysia Timur, kos penghantaran adalah atas tanggungan pihak tuan.
Pesanan dapat dilakukan melalui fax ke 03-6189 0316 atau secara emel ke .
Penghantaran pesanan tuan hanya akan dilakukan apabila pembayaran proforma invois dilakukan. Bayaran boleh secara 'bank in' ke akaun PTS atau pos cek kepada pihak kami. Sila fax/email resit kepada kami sebagai rujukan.
Tuan-tuan juga boleh membuat pesanan melalui pengedar-pengedar utama PTS di seluruh negara melalui:
Ar-Risalah Product Sdn Bhd.
http://www.hidayah.com.my/home.php
Jalan Ipoh Kecil, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-4042 0733
MPH Distributors.
http://www.mph.com.my/distributors/
Jalan Tandang, Petaling Jaya.
Badan Cemerlang Sdn Bhd.
http://www.badan-cemerlang.com
Tel: 07-07-236 0449
Plaza Angsana, Johor Bahru.
Cresent News (KL) Sdn Bhd.
http://www.crescentbook.com/
Gombak, Selangor.
Telefon: 03-6184 2448
City Megazone
/
Taman Impian Emas, Johor Bahru.
Telefon: 07-224 4927
Fajar Pakeer Sdn Bhd.
Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-6258 1194
Pustaka Azhar,
Terminal Bas Larkin, Johor Bahru.
Telefon: 07-221 0244
Mehraj Book Distributors,
Pandan, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-9287 8786
CHC Book Distributors,
Subang Jaya.
Telefon: 03-8023 8533
Farana Book Resources Sdn Bhd.
Taman Sri Rampai, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-4149 9750
Syarikat Jaffar Rawas Sdn Bhd.
Kota Bahru, Kelantan.
Telefon: 09-748 1073
Tajrid Enterprise,
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Telefon: 03-4041 9167
Syarikat Buku Thai Kuang,
Melaka.
Telefon: 06-284 0033
Terima kasih.
Zain Nassri bin Abdul Aziz,
Timbalan Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan,
PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pada asalnya, istilah dekorum (Latin: decorum) dalam bahasa Latin bermakna 'elok', 'tampan'. Pada masa ini dekorum bermakna 'penampilan yang elok' dengan disertai 'tingkah laku yang sopan dan beradab'.
Dekorum adalah sebahagian daripada adab majlis. Seseorang yang tidak mematuhi peraturan dekorum majlis adalah orang yang tiada beradab kepada majlis berkenaan.
Termasuk dalam dekorum penampilan adalah pakaian, gaya sikatan rambut, gaya mekap, aksesori dan yang seperti itu.
Penampilan dalam majlis dengan dekorum yang tidak sesuai menyebabkan 'kerosakan' dan 'kecacatan' kepada majlis itu.
Sesetengah tempat dan lokasi, seperti mahkamah, istana dan masjid, mengenakan peraturan pakaian bagi mereka yang datang ke tempat-tempat itu.
Pengurusan hotel-hotel mahal, tidak mengizinkan orang berada di lokasi awam premisnya, seperti di lobi, tanpa mengenakan dekorum penampilan yang betul, seperti memakai selipar jepun, demi menjaga supaya imej hotel itu sebagai hotel mahal tidak rosak, yakni supaya hotel itu tidak kelihatan macam hotel murahan.
Bahasa adalah salah satu unsur dekorum kerana butir-butir dalam percakapan dan gaya bercakap adalah sebahagian daripada tingkah laku.
Majlis-majlis ilmu adalah majlis yang serius dan mulia, oleh itu mereka yang hadir dikehendaki supaya mematuhi dekorum penampilan yang betul dan dekorum linguistik yang betul, sebagai adab kepada majlis berkenaan.
Penganjur majlis-majlis ilmu patut mengenakan syarat ke atas mereka yang akan bercakap dalam majlis itu supaya mematuhi dekorum linguistik yang betul, demi menjaga supaya majlis itu tidak rosak ataupun cacat oleh penampilan linguistik yang buruk.
Sebagai sebahagian daripada adab bermajlis, mereka yang bercakap dalam majlis ilmu mesti memelihara imej keseriusan dan kemuliaan majlis itu dengan cara mereka bercakap menggunakan Bahasa Tinggi (high variety).
Kita pernah menghadiri suatu majlis pelancaran buku ilmiah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di mana tokoh yang diundang bagi memperkenalkan dan membincangkan buku itu bercakap menggunakan bahasa Melayu ala-ala gaya bercakap yang digunakan oleh orang UMNO peringkat cawangan di coffee house hotel tiga-bintang.
Gaya beliau bercakap itu tidak mematuhi dekorum lingusitik majlis ilmu yang mulia dan tinggi statusnya. Tingkah laku linguistik beliau itu menjatuhkan martabat majlis ilmu itu, menjatuhkan martabat buku yang dilancarkan itu, dan menjatuhkan martabat beliau sendiri sebagai presiden sebuah kolej universiti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Hujung tahun adalah musim pelbagai perayaan. Banyak cuti umum berlaku pada masa ini.
Orang ramai mempunyai mood berbelanja. Mereka banyak pergi ke mall-mall membeli-belah.
Oleh itu, hujung tahun adalah masa terbaik bagi syarikat-syarikat penerbit majalah dan buku menerbitkan edisi bumper. Majalah ataupun buku bumper adalah lebih tebal dan lebih mewah, oleh itu harganya lebih mahal daripada biasa.
Bukan semua buku sesuai diterbitkan sebagai edisi bumper. Dua ciri yang mesti ada pada buku itu adalah:
(i) Pengarangnya sudah terkenal dan mempunyai banyak peminat.
(ii) Tema buku itu adalah tema popular, yakni diminati ramai.
Dalam musim perayaan, orang mahukan bahan-bahan bacaan yang mencipta mood seronok.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kata mantan profesor matematik-fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shaharir Mohamad Zain dalam interviunya dengan Aqil Fithri yang diterbitkan dalam akhbar SIASAH 9-15 November 2008 (ms43):
"...Dalam buku Sulalatus Salatin itu ada perihal bahtera Sultan Mahmud Shah ke Majapahit (abad ke-15 Masehi) yang cukup besar yang bernama Mendam Berahi.
Jika ada arkitek kini membaca dan menelitinya nescaya akan dapat melahirkan sebuah bahtera Melayu yang cukup bitara (unik) mengatasi kapal Alfonso de Albuqarque (Feringgi/Portugis), Flor de la Mar, yang dengan tanpa bijaksananya dibina semula dan dilabuhkan di Melaka sekarang. Entah untuk apa selain meng-inferior-kan jiwa-jiwa Melayu kini.
Sepatutnya kerajaan Melaka membina semula kapal Mendam Berahi itu.... Begitulah terjajahnya minda para pemimpin Melayu moden kita."
Nota: otak kaptif = captive mind. Otak yang sudah ditawan dayafikirnya oleh penjajah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Minggu lalu saya menghadiri majlis pelancaran buku Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pada kulit buku itu dicetak nama 2 orang pengarang: Prof. Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, seorang pakar arkeologi Malaysia, dan Bambang Budi Utomo, pakar arkeologi dari Pusat Penelitian dan Pengembangan Arkeologi Nasional Indonesia.
Buku edisi mewah yang ketebalannya lebih 700 halaman dan mengandungi lebih 200 gambarfoto tiada memasukkan bab-bab khusus ditulis bagi menerangkan sejarah zaman klasik Semenanjung.
Prof. Dato' Dr. Hassan adalah seorang ahli arkeologi dan pakar sejarah zaman klasik Semanjung yang sangat terkenal dalam bidangnya dan telah menerbitkan banyak buku dan artikel jurnal berkenaan sejarah klasik Alam Melayu.
Bersama Bambang Budi Utomo, beliau telah menuliskan dengan demikian terperinci tentang zaman klasik di pulau Sumatera, tetapi mengapakah beliau tidak memasukkan bab-bab khusus berkenaan zaman klasik Semenanjung, sesuai dengan kepakaran beliau, memandangkan buku itu diterbitkan di Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk pasaran Malaysia.
Tanpa adanya bab-bab tentang sejarah zaman klasik Semenanjung, buku mewah ini menjadi kurang relevan kepada peminat buku-buku sejarah tanah air.
Editor buku ini seharusnya perasan kekurangan yang amat ketara itu dan meminta supaya bab-bab itu dituliskan sebelum diterbitkan. Bagi seorang pakar seperti Prof. Dato' Dr. Hassan, perkara itu amatlah mudah dilakukan kerana bahan-bahannya sudah pernah dituliskan dalam karya-karya beliau yang lain.
Di satu pihak lain, pakar luar yang membaca dan menilai manuskrip buku ini seharusnya perasaan akan kekurangan itu dan mencadangkan supaya kekurangan itu diperbaiki.
Yang menjadi tanda tanya adalah: Faktor-faktor apakah yang menyebabkan kedua-dua pengarang buku itu bersetuju bahawa bab-bab tentang zaman klasik Semenanjung tidak sesuai dimasukkan dalam buku itu, sedangkan buku itu diterbitkan di Kuala Lumpur oleh DBP untuk pasaran tempatan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dengan lulusnya pendaftaran TAMRIN, maka jawatankuasa protem yang dipengerusikan oleh Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamed sedang bersiap-siap bagi memanggil mesyuarat agungnya yang pertama.
Dengan hal yang demikian, dalam fasa awal TAMRIN mula beroperasi, ia akan membuka permohonan menjadi ahli kepada semua trainer dan perunding motivasi Muslim yang sudah mempunyai syarikat berdaftar.
Tunggu lebih banyak pengumuman daripada YM Dr. Tengku Asmadi dari masa ke masa.
Nota: Foto hiasan adalah barisan penulis PTS yang menganggotai TAMRIN.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Blog rasmi Puan Raja Kusyi Hirdan (bukan nama samaran) sedang menganjurkan peraduan kuiz Mengapa Aku Jadi Pengetua?
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tuan Iskandar adalah seorang jurutera kimia lulusan dari University of Bradford yang sejak berbelas tahun lalu mendedikasikan hidupnya sepenuh masa dengan kerja-kerja amal secara sukarela.
Beliau adalah seorang badut (clown) profesional. Kemahiran beliau adalah dalam bidang badut-perubatan.
Tuan Iskandar belajar caring clowning dan clowning in healthcare setting di clown camp yang diadakan di University of Wisconsin-La Crosse dan di The Celebration Barn Theatre, Maine, USA.
Beliau kemudian belajar eccentric performing daripada Avner Eisenberg & Julie Goell dan di bawah asuhan Giovanni Fusetti di Boulder International Clown School.
Hobi beliau adalah menubuhkan perpustakaan di rumah-rumah kebajikan. Antara perpustakaan yang beliau usahakan penubuhannya adalah:
1. Kg. Banggol Sembilan, Padang Sanai, Kuala Nerang.
2. Rumah Bait Al Amin, Bota, Perak.
3. Rumah NurZaharah, Kg Janda Baik, Bentong, Pahang.
4. Rumah Nurul Hidayah, Bukit Gantang Perak.
Beliau banyak membeli buku-buku PTS untuk projek perpustakaan beliau itu. Disebabkan pembelian itu adalah untuk rumah-rumah kebajikan, Jabatan Jualan PTS memberi diskaun yang tinggi.
Menurut beliau, sastera remaja terbitan PTS sangat digemari oleh anak-anak di rumah-rumah kebajikan itu. Di kalangan budak lelaki, buku 55 Silap Mata Mudah oleh Amar adalah paling popular.
Hari Ahad lalu beliau dan En. Farouk, datang membantu projek saya di perkampungan Orang Asli Kpg. Songkok, Ulu Yam, Selangor, dengan membawa bantuan makanan dari Islamic Relief Malaysia, di mana beliau kini aktif berbakti.
Baca blog beliau di sini Blowing Bubbles.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Pagi ini Sifu menerima mesej SMS ini (tiada nama pengirim):
"Salam, Puan Ainon. Saya bukan lagi penulis PTS. Boleh saya hadiri kursus anjuran puan?"
Terkejut sungguh saya apabila membaca mesej itu. Siapakah penulis PTS yang sudah tidak lagi mahu menerbitkan karyanya dengan PTS tetapi masih mahu menghadiri kursus saya?
Saya sangat mengambil berat jika ada mana-mana penulis PTS yang tidak mahu lagi menerbitkan karyanya dengan PTS.
Sebagai Chairman PTS, perkara seperti itu adalah amat serius. Saya akan siasat apakah faktor-faktor yang menyebabkan tragedi itu menimpa PTS. Saya mahu tahu di manakah salah PTS sehingga berlaku perceraian itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Data jualan PTS menunjukkan musim jualan sastera remaja sudah bermula dengan peningkatan yang 'steady', khususnya di kedai-kedai buku elit di Lembah Kelang dan bandar-bandar utama seluruh negara. Ini adalah trend normal pada musim hujung tahun, setiap tahun.
Trend ini semakin meningkat apabila tiba musim pesta cuti sekolah yang panjang. Pada masa itu banyak ibu bapa membawa anak-anak bercuti ke rumah kaum kerabat di Kuala Lumpur. Mereka mengambil kesempatan shopping dan makan-makan di mall-mall di mana di situ ada cawangan kedai-kedai buku elit.
Bagi orang-orang muda yang bekerja di Kuala Lumpur pula, mereka mengambil peluang bercuti ke rumah ibu bapa mereka. Buku adalah buah tangan yang popular untuk adik-adik mereka yang masih bersekolah dengan tujuan mahu menggalakkan adik-adik mereka supaya suka membaca.
Bagi abang-abang dan kakak-kakak yang balik kampung, mereka juga membawa adik-adik mereka shopping dan makan-makan di kompleks membeli-belah di bandar berdekatan kampung mereka. Kedai-kedai buku POPULAR ada di semua bandar sederhana besar. Ia menjadi destinasi popular.
Hujung tahun adalah masa yang paling sesuai bagi penerbit menerbitkan buku-buku edisi bumper.
PTS ONE memilih karya terbaru pengarang ngetop Ain Maisarah sebagai buku bumper. Novel Aku Mahu ke New York 1 dan Aku Mahu ke New York 2 akan terbit serentak.
Novel kembar ini dicetak 8 ribu naskhah dan diramalkan ia akan habis terjual dalam masa kurang 3 bulan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Kata mantan profesor matematik-fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shaharir Mohamad Zain tentang Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dalam interviunya dengan Aqil Fithri yang diterbitkan dalam akhbar SIASAH 9-15 November 2008 (ms43):
"...Rancangan ITNM untuk menterjemah karya-karya agung Melayu ke dalam bahasa Inggeris yang digembar-gemburkan beberapa ketika dahulu itu bolehlah dikatakan sebagai rancangan yang tidak berfaedah kerana sudah tiada karya agung kita yang belum diterjemah kepada pelbagai bahasa.
Sepatutnya institut itu menumpukan kepada penerbitan terjemahan karya-karya agung bangsa lain kepada bahasa Melayu sahaja, sebagaimana yang digariskan semasa penubuhannya dahulu."
Nota: Foto Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengerusi ITNM.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Hubungi pegawai PTS bagi maklumat lanjut: Tn. Aizat Abd. Razak 016-661-2017.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Novel bumper-kembar Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II akan diluncurkan sempena musim cuti perayaan hujung tahun 2008.
Banyak item untuk marketing kit novel itu sedang disediakan yang memerlukan novelis ngetop Ain Maisarah masuk studio untuk sesi fotografi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Baca tulisan Presiden PTS di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Blog: http://muhdkamil.net/kehidupan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Presiden PTS, En. Arief Rahmad, dan Pengurus Besar (Editorial), En. Fauzul Naim Ishak, akan ke Jakarta. Dua matlamat utama trip ini adalah:
(i) Melawat Pesta Buku Indonesia 2008 dan mengikuti perkembangan mutakhir industri penerbitan buku negara itu.
(ii) Memperkenalkan judul-judul terkini terbitan PTS yang sesuai dilesenkan kepada penerbit-penerbit Indonesia.
(iii) Membuat pilihan judul-judul terbaru Indonesia yang sesuai dilesen bagi pasaran Malaysia.
Moga-moga kunjungan kali ini meningkatkan lagi jumlah judul PTS yang dapat dieksport lesennya ke negara itu.
Nota: PTS mensasarkan nilai bisnes KL-Jakarta sebanyak RM1 juta bagi tahun 2009.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Baca di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Blog: ridzwan-bakar.blogspot.com
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006


-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Assalamualaikum.
Semoga berjaya diucapkan buat rombongan ini.
“Ketuanan Melayu.” Sambil saya mengangkat keris yang tertera ‘Made In China’.