

Kemampuan meneroka dan membuka sektor Blue Ocean adalah sangat kritikal dalam bisnes yang matang. Industri penerbitan buku adalah industri yang sudah matang, oleh itu mana-mana penerbit yang mahu survive perlu mencari sektor-sektor baru yang berpotensi dibangunkan pasarannya.
Sebagai contoh, CESB berjaya membuka Laut Biru sektor novel popular. Manakala ALAF21 berjaya membuka sektor Laut Biru dalam sektor novel cinta popular.
Bagi kita di PTS pula, PTS MILLENIA berjaya membuka laut biru dalam sektor buku-buku motivasi Islami.
PTS ONE berjaya membuka sektor novel remaja Islami.
PTS PROFESSIONAL berjaya membuka laut biru sektor buku bisnes dan pengurusan Islami.
PTS ISLAMIKA berjaya membuka laut biru sektor buku-buku agama untuk pasaran dami-agama.
PTS sedang berjuang membuka laut-laut biru dalam sektor-sektor lain:
(i) Novel Islami
(ii) Novel cinta Islami
(iii) Novel sai-fai dan fantasi Islami
(iv) Komik Malaysia Islami
Sehingga kini konsep Blue Ocean digunakan bagi mengenal pasti peluang-peluang membuat keuntungan daripada sektor-sektor baru dalam dunia bisnes.
Bagi kumpulan syarikat PTS, perjuangannya bukanlah mencari peluang membuat keuntungan bisnes daripada laut-laut biru itu, sebaliknya PTS komited pada misi mahu menerokai peluang laut biru dalam sektor buku-buku yang memandaikan bangsa dan buku-buku berdakwah. Itulah sebabnya buku-buku PTS mempunyai ciri syariah-cxompliant.
Kita percaya duit adalah kerja Tuhan, manakala menerbitkan buku-buku dakwah adalah kerja penerbit. Justeru PTS akan terus meneroka laut-laut biru di mana dalam sektor itu belum ada buku-buku versi Islaminya. Dengan izin Tuhan, dengan membuka laut-laut biru sektor buku Islami, duitnya datang sendiri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006
Dalam Fakulti / Kategori :
(2)
Diskusi Kuliah |
Permalink
wah… wah… wah… bukan main korang meranapka motivasi anak muda. sebab korang lah sebenarnya anak muda jadi pengecut macam hari ini… PKPIM dan GAMIS ni pun dah kira baik, ada berani lagi nak gertak…