Sunday, November 09, 2008

Apa Kata Dr. Shaharir Mohamad Zain tentang ITNM

Kata mantan profesor matematik-fizik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Shaharir Mohamad Zain tentang Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dalam interviunya dengan Aqil Fithri yang diterbitkan dalam akhbar SIASAH 9-15 November 2008 (ms43):

"...Rancangan ITNM untuk menterjemah karya-karya agung Melayu ke dalam bahasa Inggeris yang digembar-gemburkan beberapa ketika dahulu itu bolehlah dikatakan sebagai rancangan yang tidak berfaedah kerana sudah tiada karya agung kita yang belum diterjemah kepada pelbagai bahasa.

Sepatutnya institut itu menumpukan kepada penerbitan terjemahan karya-karya agung bangsa lain kepada bahasa Melayu sahaja, sebagaimana yang digariskan semasa penubuhannya dahulu." 

Nota: Foto Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pengerusi ITNM. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Diskaun RM500 Apabila Mendaftar melalui PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Hubungi pegawai PTS bagi maklumat lanjut: Tn. Aizat Abd. Razak 016-661-2017.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Baguskah Cover Ini

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink

Ain Maisarah Masuk Studio Fotografi PTS

 

Novel bumper-kembar Aku Mahu ke New York I dan Aku Mahu ke New York II akan diluncurkan sempena musim cuti perayaan hujung tahun 2008.

Banyak item untuk marketing kit novel itu sedang disediakan yang memerlukan novelis ngetop Ain Maisarah masuk studio untuk sesi fotografi

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Jualan Buku Diramal Lembap Tahun 2009

Baca tulisan Presiden PTS di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 16 Nov: Prof Kamil Muncul di Selamat Pagi Malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog: http://muhdkamil.net/kehidupan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink

Delegasi PTS ke Pesta Buku Indonesia 2008 (12 - 16 Nov) Jakarta Convention Centre

Presiden PTS, En. Arief Rahmad, dan Pengurus Besar (Editorial), En. Fauzul Naim Ishak, akan ke Jakarta. Dua matlamat utama trip ini adalah:

(i) Melawat Pesta Buku Indonesia 2008 dan mengikuti perkembangan mutakhir industri penerbitan buku negara itu.

(ii) Memperkenalkan judul-judul terkini terbitan PTS yang sesuai dilesenkan kepada penerbit-penerbit Indonesia.

(iii) Membuat pilihan judul-judul terbaru Indonesia yang sesuai dilesen bagi pasaran Malaysia.

Moga-moga kunjungan kali ini meningkatkan lagi jumlah judul PTS yang dapat dieksport lesennya ke negara itu. 

Nota: PTS mensasarkan nilai bisnes KL-Jakarta sebanyak RM1 juta bagi tahun 2009. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Novel Dakwah

Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

JUMAAT 14 Nov: Haji Muda di MHI TV3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog: ridzwan-bakar.blogspot.com

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Silap Mata: SABTU 15 NOV di Subang Parade 4 ptg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog:http://www.amar.com.my

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

AHAD 16 Nov di TV9 Jam 9.00 Malam

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Blog: http://www.danialzainalabidin.com/

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Buku yang Sesuai Dijadikan Modul Training

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasaran training di negara kita adalah pasaran yang besar.

Sebenarnya, jumlah trainer yang bagus adalah amat kecil. Inilah rungutan utama pelanggan.

Banyak buku-buku pengurusan terbitan PTS sesuai dijadikan modul training dan modul itu dapat dipasarkan kepada pelanggan awam dan korporat sebagai pakej training.

Bagi penulis yang berminat terjun ke dalam bisnes training, saudara perlu belajar pelbagai kemahiran yang diperlukan bagi menjadi trainer yang laku dalam pasaran.

Kursus-kursus bagaimana menjadi trainer yang efektif dapat diikuti dengan pelbagai cara.  

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 08, 2008

Tidak Sampai 30 Hari Terbit Stok Hampir Habis

Jabatan editorial PTS Islamika sedang menunggu arahan daripada Pengurus Jabatan Sales PTS bila-bila masa sahaja saat ini supaya buku ini diulangcetak.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Surat Pilihan: Anak Berminat Menulis Novel Inggeris

Assalamualaikum, Pn. Ainon,

Tujuan saya email puan adalah untuk bertanya mengenai penerbitan buku novel. Anak saya berumur 10 tahun (Tahun 4), amat berminat dalam penulisan. Tahun ini dia menjadi Naib Johan dalam Pertandingan Menulis Cerita (Inggeris) peringkat Negeri Selangor sempena Hari Guru 2008. Dia juga sering mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita.

Minatnya dalam penulisan bermula sejak berumur 8 tahun. Ketika itu dia hanya menulis diari/journal. Setakat ini dia telah menulis sebuah novel (dalam bahasa Inggeris) berdasarkan imaginasi sendiri berjudul "The World of Jessica". Adakah pihak PTS menerbitkan buku cerita dalam bahasa Inggeris juga?

Sekiranya puan ingin melihat hasil penulisannya, saya boleh emailkan tetapi akan mengambil sedikit masa kerana anak saya menulis dengan tangan dan diselitkan juga dengan illustrasi/lukisan. Jadi dia kena type dalam komputer dahulu sebelum saya email pada puan.

Untuk makluman puan, anak saya juga cemerlang dalam akademik (setiap tahun menerima hadiah Top 3 bagi  kedudukan dalam kelas, aliran dan menjadi pelajar terbaik bagi Matematik, Sains & Bahasa Melayu) dan menjadi Tokoh Nilam Tahap 1 selama 2 tahun berturut-turut semasa dia berada dalam Tahun 2 & Tahun 3.

Minatnya yang mendalam dalam membaca buku cerita membuatkan dia juga berminat dalam penulisan. Sekiranya berpeluang saya ingin menghantar dia mengikuti kursus/bengkel penulisan sekiranya pihak PTS ada menganjurkan kursus/bengkel sedemikian.

Saya amat berbesar hati sekiranya puan dapat membalas email saya ini dan memberi nasihat dalam merealisasikan impian anak saya untuk menjadi penulis suatu hari nanti, selain mempunyai cita-cita untuk menjadi akauntan. Prof. Dr Haji Muhd Kamil merupakan idola anak saya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

NORULHUDA
UiTM SHAH ALAM

.....................

Respons Sifu:

Puan Norulhuda yang bertuah mempunyai anak yang pintar lagi berbakat, 

(i) PTS tidak menerbitkan karya pengarang yang masih muda disebabkan kualiti isi kandungan maklumat dan mesej-mesej sublime dalam novel-novel remaja PTS mestilah tinggi, dan ini amat bergantung kepada kematangan intelek pengarang.

(ii) PTS tidak menerbitkan fiksyen dalam bahasa Inggeris kerana tidak sanggup bersaing dengan fiksyen Inggeris yang diimpot dari Amerika dan Britain.

(iii) Bagi remaja yang amat berminat menjadi penulis, galakkan mereka membaca segala macam jenis buku, bukan hanya buku-buku cerita, sebab bahan-bahan yang dibacanya itu nanti akan terjelma dalam karya-karyanya apabila usianya sudah cukup matang bagi menghasilkan tulisan yang bermutu tinggi dan publishable. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, November 07, 2008

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink

Pendaftaran TAMRIN Lulus

 

 

 

 

Syukur kepada Tuhan, dengan izinnya pendaftaran TAMRIN telah diluluskan.

Dua orang yang paling kuat bekerja bagi menubuhkan dan mendaftarkan TAMRIN adalah pengerusi protemnya, YM Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamed (dari MAP Training), dan setiausaha protemnya, Tn. Ahmad Fadzli Yusof (dari RK Training).

TAMRIN ditubuhkan bagi mengembangkan dan meningkatkan kualiti produk-produk training yang mematuhi syariah, serta bagi membangunkan industri training di negara ini. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Penerbit: Menentukan Jadual Diulangcetak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Jadual ulangcetak sangat penting dibuat dengan betul. Buku yang sudah dicetak adalah duit. Kalau buku tersangkut lama dalam setor, aliran tunai akan tercekik.

Setiap kategori buku ada gelagat pasarannya sendiri.

Buku-buku agama laku sepanjang tahun, tetapi ia memuncak sebelum dan sepanjang bulan puasa. Buku-buku haji pun demikian juga, ia memuncak semenjak sebelum bulan puasa sehinggalah sebelum jemaah mula berangkat ke Tanah Suci.

Buku-buku kerjaya yang ditujukan kepada pelajar sekolah hendaklah diulangcetak sebelum musim peperikasaan, supaya buku dapat dihantar ke kedai-kedai buku sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan.

Jangan mengulangcetak buku tanpa mengambil kira gelagat pasaran kategori buku. Jangan cetak terlalu cepat sebelum musim, dan jangan cetak selepas musim. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Bahasa Guru, Pensyarah Kolej dan Profesor Universiti

Nabi Muhammad (bacakanlah doa buat beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau) tidak membenarkan kita memanggil orang dengan nama-nama panggilan yang tidak baik maknanya.

Lazimnya larangan itu ditafsirkan sebagai kita tidak boleh memberikan nama-nama jolokan seperti Mat Buntal ataupun Minah Sumbing ataupun Si Bodoh dan lain-lain yang seperti itu.

Namun, panggilan yang tidak baik maknanya bukan hanya terbatas pada nama-nama jolokan.

Dalam Bahasa Melayu, kata ganti nama (istilah Inggerisnya pronoun) juga termasuk dalam kategori kata panggilan.  Ada kata ganti nama yang membawa makna baik, dan ada yang membawa makna kurang baik dan ada yang tidak baik. 

Pada masa ini kata ganti nama orang kedua kamu digunakan oleh guru-guru dan majoriti pensyarah maktab perguruan, kolej dan universiti bagi membahasakan pelajar mereka sedangkan makna konotasi kata ganti nama kamu adalah negatif.

Sekolah, kolej dan universiti adalah pusat-pusat peradaban. Adalah tidak wajar apabila guru-guru dan para pensyarah menggunakan bahasa yang tidak mencerminkan adab-adab berbahasa yang tinggi dan halus.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(11) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, November 06, 2008

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Biar Terlebih, Jangan Terkurang

Bahasa adalah currency  -  matawang.

Bahasa yang digunakan dengan betul dapat menterjemahkan peluang bisnes menjadi duit tunai. Begitu juga sebaliknya. Bahasa yang digunakan dengan salah menyebabkan kita hilang peluang membuat duit.

Semasa bercakap-cakap dengan pelanggan (pengurus latihan dan peserta kursus adalah pelanggan), antara aspek-aspek komunikasi interpersonal yang wajib dijaga dengan ketat sekali adalah:

(i) Jangan yakin bahawa kita tahu apa yang ada dalam hati pelanggan kita.

Kita mungkin suka hendak bermesra-mesra dengan pelanggan kita, tetapi orang itu belum tentu mahu dirinya dimesra-mesrai dengan cara-cara yang kita gunakan itu.

Pendek kata, jangan kita melantik diri sendiri menjadi jurucakap orang lain. Walaupun orang itu hanya pengawal keselamatan, jangan kita berkata dalam hati: "Dia tentu okay kalau aku panggil dia 'abang' sahaja."

Dari mana kita tahu orang itu okay apabila kita panggil dia 'abang'? Inilah yang dikatakan kita melantik diri kita menjadi jurucakap orang lain.

Orang awam macam kita mungkin okay apabila dipanggil 'encik', tetapi pegawai tinggi dalam pasukan beruniform, seperti tentera, polis, kastam, imigresen dll, suka dipanggil 'tuan' oleh orang awam sekalipun.

(ii) Jangan meng-impose nilai-nilai peribadi kita ke atas pelanggan kita.

Teknik-teknik komunikasi dan gaya bahasa yang kita sukai belum tentu disukai oleh orang-orang lain. Jadi, jangan kita paksakan cara-cara dan citarasa kita ke atas orang-orang lain.

Kita mungkin suka bercakap you-I-you-I dengan orang-orang lain. Jadi, kita tidak berasa apa-apa jika orang bercakap dengan kita menggunakan you-I-you-I. Tetapi bukan semua orang macam kita, kerana bagi mereka you-I-you-I serupa maknanya dengan engkau-aku-engkau-aku (itu sebab tidak akan ada sesiapa yang bercakap menggunakan you-I-you-I apabila bercakap dengan ibu dan bapa mertuanya sebab bercakap begitu adalah biadab).

Jika pelanggan kita bercakap you-I-you-I kepada kita, kita jangan ikut gaya bahasanya. 

Pendek kata, bak istilah Inggerisnya, jangan kita ‘take liberty’ ke atas orang-orang lain.

Tanya dahulu kepada orang itu bagaimana sebaiknya kita memanggil dia. Sebagai contoh, kita bertanya: "Minta maaf, bolehkah saya bertanya sedikit?... Apakah panggilan yang sesuai saya gunakan - Datin ataupun Dr.?"

Kalau dia menjawab: "Mana-mana pun boleh."

Kita hendaklah berkata: "Kalau begitu, bolehkah saya gunakan Datin?"

Prinsip yang selamat diikuti dalam apa juga interaksi interpersonal adalah: Biar terlebih, jangan sekali-kali terkurang.

Contoh aplikasi prinsip ini: Kalau kita tidak pasti apakah orang itu seorang yang bergelar Dato’, maka panggil dia Dato’. Jangan sekali-kali panggil dia Encik.

Kalau dia menjawab, “Saya bukan Dato’,” jangan kita jawab, “Minta maaflah, saya silap.”

Jawapan yang betul adalah, “InsyaAllah! Saya doakan tidak lama lagi Tuan menjadi Dato’. Amin.”

Begitulah halnya, jika kita tidak yakin orang itu masih Dato’ ataupun sudah menjadi Tan Sri, maka panggilah Tan Sri.

Jangan sekali-kali membahasakan pelanggan perempuan (tanpa mengambil kira berapa umurnya) dengan panggilan kampungan seperti 'mak aji', 'makcik', 'kakak' ataupun 'adik'.

Biar terlebih, jangan terkurang.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(14) Diskusi Kuliah | Permalink

Menarikkah Cover Ini

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(19) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Buku Tidak Termasuk TOP 20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta TOP 20 Alamanda Putrajaya adalah rekod jualan buku-buku PTS di MPH Cawangan Alamanda Putrajaya sahaja.

PTS menggunakan data jualan di MPH Alamanda sebagai indikator citarasa pembeli kalangan kelas menengah Melayu yang makan gaji dengan kerajaan. 

Data jualan di MPH Alamanda membantu jabatan editorial merancang jenis-jenis judul untuk jualan dalam kedai dengan lebih tepat.

Ada dua jenis judul yang mungkin tidak termasuk dalam carta TOP 20:

(i) Judul itu tidak laku keras di MPH Alamanda.

(ii) Judul itu laku keras, sampai stok habis dalam setor PTS, tetapi belum sempat diulangcetak. 

Buku yang tidak laku keras di MPH Alamanda mungking laku keras di kedai buku lain. Sebagai contoh, ambil kes buku-buku pendidikan. Buku-buku itu laku keras di kedai koperasi universiti, tetapi MPH tidak mahu pun mempamerkannya. 

Faktor demografi mempengaruhi jualan judul buku. Data jualan PTS menunjukkan buku-buku bertemakan pengurusan dan sales lebih laku di outlet MPH di pusat bandar Kuala Lumpur daripada di MPH Alamanda yang dikelilingi oleh kakitangan kerajaan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 05, 2008

TOP 20 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya

Buku-buku Profesional:

1. BUAT DUIT DENGAN RUMAH

2. BUAT DUIT DARI RUMAH

3. KAYA DENGAN RUMAH

4. RAHSIA PELABUR JUTAWAN

5. MENJADI JUTAWAN M.L.M – (edisi jimat)

6. RAHSIA BISNES ORANG CINA

7. MEMOTIVASIKAN PEKERJA

8. RANCANGAN PERNIAGAAN

9. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT

10. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN

11. SIRI MULA BISNES: PASAR MALAM

12. BAGAIMANA MENGURUS HARTA

13. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY

14. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI

15. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET

16. KAMUS INGGERIS – MELAYU UNTUK PENTERJEMAH

17. CARA MUDAH MENCARI PEKERJAAN

18. KOMUNIKASI EFEKTIF

19. RAHSIA BISNES MAMAK

20. RAHSIA BISNES ISTERI NABI: KHADIJAH

 

 

 

Buku-buku Umum:

1. BUKAN YANG PERTAMA

2. HAJI MUDA

3. PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI

4. TRAVELOG HAJI

5. TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK

6. SALJU SAKINAH

7. 55 PETUA ORANG BERJAYA

8. PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI dan SAINS MODEN

9. SUKSES DENGAN DOA

10. HIASI DIRI DENGAN DOA

11. YANG OK & KO DALAM IBADAH HAJI

12. AURA PERSONALITI WARNA

13. QURAN SAINTIFIK – EDISI JIMAT

14. HIDUP DIREDHAI TUHAN

15. LEFTENAN ADNAN

16. TIP-TIP MENZIARAHI ORANG MATI

17. INGAT TUHAN SAMPAI MATI

18. MENGHARAP KASIH SAYANG TUHAN

19. BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH

20. 55 PETUA SERONOK BEKERJA

 

 

 

Buku-buku Remaja:

1. REMAJA @ PTS ONE 2008

2. AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA

3. MENGAPA AKU JADI PENGETUA?

4. ADAM KECIL: DICAKAR HANTU

5. IMPIANA

6. MELAH MELIA 2

7. KETUA BILIK LA 1O1

8. KOTAK RAHSIA ISMAH

9. SARAH DAN ANTING-ANTING

10. SEKOLAH MENENGAH?

11. TABIK CIKGU

12. ABANG, ADIK DAN KASUT

13. DUNIA SAINS AIMAN: DIARI RAMADAN

14. DOA UNTUK AKU

15. EMILDA

16. SEKOLAH KAMPUNG

17. DUNIA SAINS AIMAN: DARI RUSIA KE MALAYSIA

18. ADAM KECIL: DEBARAN BUKU BIRU

19. MY SECRET

20. MELAH MELIA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Jakarta Menunjukkan Minat kepada Sai-Fai PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuan Fauzul Naim, Pengurus PTS yang menggalas tanggungjawab mengembangkan bisnes PTS di Indonesia memaklumkan kepada Sifu bahawa sewaktu beliau di Jakarta minggu lalu, ada penerbit Indonesia yang amat berminat kepada judul-judul Sai-Fai PTS.

Langkah Tn. Fauzul seterusnya sekarang adalah meyakinkan pihak Jakarta akan kualiti dan kesesuaian karya sai-fai PTS buat pasaran negara itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Input Sejarah dalam Karya Evergreen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel-novel yang evergreen tidak boleh tidak adalah novel-novel yang muatan sejarahnya tinggi, baik sebagai settingnya ataupun dalam temanya.

Ini termasuklah buku-buku cerita yang satu kategori dengan buku Sayap dari Syuga dan Srikandi Perisai Nabi. Kedua-dua buku cerita ini berpeluang menjadi buku-buku evergreen.

Justeru, membaca sejarah dunia dan sejarah tempatan menjadi amat penting bagi para penulis.

Sasterawan kontemporari yang sedang menghasilkan karya-karya bermutu evergreen adalah Faisal Tehrani.

Di PTS, karya-karya Abd. Latip Talib mempunyai harapan cerah menjadi karya-karya evergreen, yang akan diulangcetak setiap tahun selama bertahun-tahun. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Kecacatan Karisma Mr. OK, Mr. So-So, dan Mr. Right

Trainer yang memiliki karisma berpeluang menikmati yuran profesional yang lebih tinggi daripada harga biasa dalam pasaran.

Banyak faktor bergabung lalu menghasilkan karisma. Wajah yang tampan sahaja tidak dapat menghasilkan karisma. Wajah tampan yang disertai faktor-faktor lain barulah mencipta karisma.

Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang yang tampan dan karismatik. Tetapi jika wajah beliau yang tampan itu dimiliki oleh seorang juruukur, maka wajah itu menghasilkan juruukur yang handsome sahaja, bukan juruukur yang karismatik.

Dr. Muszaphar karismatik kerana beliau memiliki kombinasi wajah tampan, tinggi, seorang doktor dan seorang 'angkasawan'. Disebabkan beliau memiliki karisma maka beliau dapat meletakkan yuran profesional yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Karisma adalah sesuatu yang dapat dirosakkan dari sudut pandang orang yang menilainya. Sebagai contoh, bagi orang yang cuma melihat foto Dr. Muszaphar, dia melihat angkasawan itu sebagai seorang yang karismatik. Tetapi, selepas mendengar angkasawan itu berucap dia mungkin tidak lagi menganggap angkasawan itu karismatik.

Banyak faktor dapat merosakkan karisma seseorang, seperti skandal, jatuh miskin, hilang populariti dan banyak lagi.

Salah satu faktor yang boleh mencacatkan (bukan merosakkan) karisma seseorang trainer adalah 'habit mulut' semasa bercakap di depan peserta kursus.

Habit mulut adalah kata-kata, ataupun bunyi-bunyi bukan-bahasa (seperti "aa... aa..."), yang terkeluar dari mulut secara refleks.

Ada orang yang diberi nama-nama jolokan oleh orang-orang di sekeliling mereka berdasarkan habit mulut mereka.

Jika seseorang itu selalu menyebut "OK... OK..." apabila bercakap, maka dia diberi jolokan "MR. OK".

Jika seseorang itu suka menyebut "so... so..." semasa bercakap, maka dia diberi nama jolokan "MR. SO-SO".

Jika seseorang itu suka menyebut "Right?... Right?" maka dia diberi jolokan "MR. RIGHT".

Nama-nama jolokan, seperti "Mr. Ok". "Mr. So-so", ataupun "Mr. Right", (termasuklah nama panggilan kampungan seperti "Pak Din" ataupun "Pak Lah"), tetap mencacatkan karisma.

Patutlah Nabi Muhammad tidak membenarkan kita memberi nama jolokan yang tidak cantik maknanya kepada orang lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 04, 2008

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Bahasa adalah Matawang

Bisnes training dan ceramah adalah bisnes bahasa  -  bisnes bercakap.

Dalam dunia bisnes training, bahasa adalah komoditi yang tinggi nilai matawangnya.

Apabila bahasa digunakan dengan betul, orang suka kepada kita, lalu hal itu membuka pintu bisnes, hasilnya rezeki kita menjadi panjang.

Apabila bahasa digunakan dengan cara yang salah, pintu bisnes yang tadi terbuka boleh tertutup semula, dan rezeki kita menjadi pendek.

Salah satu situasi yang dialami oleh trainer adalah pelanggan (pegawai latihan) yang suka tawar-menawar yuran profesional atas alasan mereka mahu menjimatkan bajet  -  sama ada dengan cara supaya yuran dikurangkan, ataupun jumlah peserta dinaikkan.

Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak segan-segan bersikap tawar-menawar adalah bahasa yang digunakan oleh trainer semasa bercakap-cakap dengan pegawai latihan itu.

Tingkah laku tawar-menawar adalah tingkah laku orang yang membeli barang biasa-biasa di pasar malam, bukan membeli item unik di dalam butik eksklusif.

Apabila trainer bercakap kepada pegawai latihan dengan menggunakan bahasa pasar malam, dengan tidak disedari dia memberi signal kepada si pegawai latihan itu bahawa dirinya bukan item eksklusif, justeru patutlah harga yuran profesionalnya boleh ditawar-tawar.

Trainer jangan sekali-kali memberi signal yang salah kepada pegawai latihan. Jangan gunakan bahasa pasar malam. Penggunaan bahasa pasar malam memberikan gambaran si trainer adalah komoditi, modulnya adalah komoditi, oleh itu harganya patut lebih murah.

Bagi mencipta persepsi bahawa kita adalah item unik dan eksklusif, lakukan perkara-perkara berikut:

(i) Bercakap dengan fonetik Melayu yang baik.

(ii) Gunakan perkataan lengkap, bukan perkataan kontot seperti 'tak', 'nak', 'dah', 'ni' dan 'tu'. 

(iii) Ayat-ayat yang dituturkan hendaklah ayat yang lengkap subjek dan predikatnya.

(iv) Gunakan perbendaharaan kata standard, bukan perkataan bahasa basahan. Sebagai contoh, gunakan 'sedang' bukan 'tengah'. Gunakan 'sangka' bukan 'ingat'. Gunakan 'di' bukan 'dekat'.

(v) Bercakap sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan dengan perlahan tetapi lancar.

Bahasa adalah sebahagian daripada pakejing yang lengkap. Tampilkan pakejing yang premium. Trainer yang premium menggunakan bahasa premium. Item premium tidak layak ditawar-tawar.

Sepanjang proses berkomunikasi dengan pegawai latihan, baik secara lisan ataupun dalam tulisan, gunakan bahasa standard, yakni bahasa premium  -  Bahasa Melayu Tinggi.

Ditinjau dari sudut bahasa, YM Dr. Tengku Asmadi adalah trainer paling berjaya menampilkan dirinya sebagai item premium dan eksklusif. Beliau secara konsisten selama 11 tahun menikmati yuran tertinggi dalam kategori motivasi pelajar.

Beliau sentiasa bercakap menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul, meskipun semasa berbual-bual dengan rakan-rakan sejawat di meja makan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 03, 2008

Inilah Barisan Trainer TAMRIN yang Juga Penulis PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota: Foto disalin dari blog Tuan Sabtu Ali.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kalau BPR Boleh Melayan Maklumat yang Disampaikan Menggunakan Surat Layang, Blog Apatah Lagi

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah diarahkan supaya menerima aduan dalam bentuk surat layang bagi tujuan memulakan siasatan.

Ini adalah perkembangan yang bagus kerana banyak orang tidak berani hendak membuat aduan rasmi demi menjaga kepentingan dan keselamatan dirinya.

Jikalau surat layang yang menyembunyikan identiti pengirimnya pun boleh dijadikan alasan bagi memulakan siasatan, sepatutnya maklumat yang diterbitkan dalam blog tentulah boleh diberi layanan yang serupa.

Banyak blog tidak menyembunyikan identiti pemiliknya. Malah banyak pemilik blog berhati-hati dengan apa yang ditulisnya. Maka dalam kes begini maklumat dalam blog yang reputable patut diterima sebagai alasan oleh BPR bagi memulakan siasatan.

Foto Ketua pengarah BPR Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan.

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Inilah 10 Orang Wira Logistik dan Pergudangan PTS

Inilah wajah-wajah para pemuda yang paling kuat bekerja di PTS.

Ya, mereka paling KUAT bekerja.

Setiap hari mereka menurunkan dari lori bertan-tan buku-buku yang tiba dari kilang cetak, kemudian menyusun ke atas 3 lantai.

Mereka juga menaikkan bertan-tan kotak buku ke atas lori PTS secara manual. 

Kotak-kotak itu dihantar ke pusat lori transport bagi penghantaran kepada kedai-kedai buku dan agen-agen PTS di seluruh negara.

Setiap hari mereka berpuluh kali turun naik tangga mencari dan memilih buku-buku yang dipesan oleh kedai dan agen, menyusun ke dalam kotak, dan menaikkannya ke dalam lori.

Setiap hari mereka membuka kotak-kotak buku return yang diterima dari kedai-kedai, mengeluarkan isinya, kemudian terpaksa turun tangga naik tangga pula bagi meletakkan semula buku itu di tempatnya di raknya supaya mudah dicari.

Mereka terpaksa mengingat lebih 1000 judul buku, dan di rak mana setiap judul itu disimpan. Kalau tidak, mereka tidak dapat membuat kerja pencarian buku dan packing dengan tepat dan cepat.

Setiap hari target mereka adalah membuat kerja-kerja packing dan shipment buku bernilai minimum RM50 ribu.

Justeru, hanya dengan melihat otot-otot lengan pemuda-pemuda ini, kita sudah tahu dengan tepat siapa yang lebih senior perkhidmatannya di PTS! 

Tak payah masuk gym dan melakukan senaman body-building pun badan sudah boleh menjadi macho!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 125 pages « First  <  1 2 3 4 5 >  Last »