Thursday, November 06, 2008

Mengapa Buku Tidak Termasuk TOP 20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Carta TOP 20 Alamanda Putrajaya adalah rekod jualan buku-buku PTS di MPH Cawangan Alamanda Putrajaya sahaja.

PTS menggunakan data jualan di MPH Alamanda sebagai indikator citarasa pembeli kalangan kelas menengah Melayu yang makan gaji dengan kerajaan. 

Data jualan di MPH Alamanda membantu jabatan editorial merancang jenis-jenis judul untuk jualan dalam kedai dengan lebih tepat.

Ada dua jenis judul yang mungkin tidak termasuk dalam carta TOP 20:

(i) Judul itu tidak laku keras di MPH Alamanda.

(ii) Judul itu laku keras, sampai stok habis dalam setor PTS, tetapi belum sempat diulangcetak. 

Buku yang tidak laku keras di MPH Alamanda mungking laku keras di kedai buku lain. Sebagai contoh, ambil kes buku-buku pendidikan. Buku-buku itu laku keras di kedai koperasi universiti, tetapi MPH tidak mahu pun mempamerkannya. 

Faktor demografi mempengaruhi jualan judul buku. Data jualan PTS menunjukkan buku-buku bertemakan pengurusan dan sales lebih laku di outlet MPH di pusat bandar Kuala Lumpur daripada di MPH Alamanda yang dikelilingi oleh kakitangan kerajaan.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Wednesday, November 05, 2008

TOP 20 Bulan Oktober di MPH Alamanda Putrajaya

Buku-buku Profesional:

1. BUAT DUIT DENGAN RUMAH

2. BUAT DUIT DARI RUMAH

3. KAYA DENGAN RUMAH

4. RAHSIA PELABUR JUTAWAN

5. MENJADI JUTAWAN M.L.M – (edisi jimat)

6. RAHSIA BISNES ORANG CINA

7. MEMOTIVASIKAN PEKERJA

8. RANCANGAN PERNIAGAAN

9. RAHSIA MENGURUS INSURANS HAYAT

10. CARA MUDAH DAPAT PINJAMAN

11. SIRI MULA BISNES: PASAR MALAM

12. BAGAIMANA MENGURUS HARTA

13. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN E-BAY

14. SUPAYA POKET TIDAK KOSONG LAGI

15. RAHSIA BUAT DUIT DENGAN INTERNET

16. KAMUS INGGERIS – MELAYU UNTUK PENTERJEMAH

17. CARA MUDAH MENCARI PEKERJAAN

18. KOMUNIKASI EFEKTIF

19. RAHSIA BISNES MAMAK

20. RAHSIA BISNES ISTERI NABI: KHADIJAH

 

 

 

Buku-buku Umum:

1. BUKAN YANG PERTAMA

2. HAJI MUDA

3. PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI

4. TRAVELOG HAJI

5. TIP MENJADI INDIVIDU MENARIK

6. SALJU SAKINAH

7. 55 PETUA ORANG BERJAYA

8. PERUBATAN ISLAM DAN BUKTI dan SAINS MODEN

9. SUKSES DENGAN DOA

10. HIASI DIRI DENGAN DOA

11. YANG OK & KO DALAM IBADAH HAJI

12. AURA PERSONALITI WARNA

13. QURAN SAINTIFIK – EDISI JIMAT

14. HIDUP DIREDHAI TUHAN

15. LEFTENAN ADNAN

16. TIP-TIP MENZIARAHI ORANG MATI

17. INGAT TUHAN SAMPAI MATI

18. MENGHARAP KASIH SAYANG TUHAN

19. BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH

20. 55 PETUA SERONOK BEKERJA

 

 

 

Buku-buku Remaja:

1. REMAJA @ PTS ONE 2008

2. AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA

3. MENGAPA AKU JADI PENGETUA?

4. ADAM KECIL: DICAKAR HANTU

5. IMPIANA

6. MELAH MELIA 2

7. KETUA BILIK LA 1O1

8. KOTAK RAHSIA ISMAH

9. SARAH DAN ANTING-ANTING

10. SEKOLAH MENENGAH?

11. TABIK CIKGU

12. ABANG, ADIK DAN KASUT

13. DUNIA SAINS AIMAN: DIARI RAMADAN

14. DOA UNTUK AKU

15. EMILDA

16. SEKOLAH KAMPUNG

17. DUNIA SAINS AIMAN: DARI RUSIA KE MALAYSIA

18. ADAM KECIL: DEBARAN BUKU BIRU

19. MY SECRET

20. MELAH MELIA

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Jakarta Menunjukkan Minat kepada Sai-Fai PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tuan Fauzul Naim, Pengurus PTS yang menggalas tanggungjawab mengembangkan bisnes PTS di Indonesia memaklumkan kepada Sifu bahawa sewaktu beliau di Jakarta minggu lalu, ada penerbit Indonesia yang amat berminat kepada judul-judul Sai-Fai PTS.

Langkah Tn. Fauzul seterusnya sekarang adalah meyakinkan pihak Jakarta akan kualiti dan kesesuaian karya sai-fai PTS buat pasaran negara itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Input Sejarah dalam Karya Evergreen

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Novel-novel yang evergreen tidak boleh tidak adalah novel-novel yang muatan sejarahnya tinggi, baik sebagai settingnya ataupun dalam temanya.

Ini termasuklah buku-buku cerita yang satu kategori dengan buku Sayap dari Syuga dan Srikandi Perisai Nabi. Kedua-dua buku cerita ini berpeluang menjadi buku-buku evergreen.

Justeru, membaca sejarah dunia dan sejarah tempatan menjadi amat penting bagi para penulis.

Sasterawan kontemporari yang sedang menghasilkan karya-karya bermutu evergreen adalah Faisal Tehrani.

Di PTS, karya-karya Abd. Latip Talib mempunyai harapan cerah menjadi karya-karya evergreen, yang akan diulangcetak setiap tahun selama bertahun-tahun. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Kecacatan Karisma Mr. OK, Mr. So-So, dan Mr. Right

Trainer yang memiliki karisma berpeluang menikmati yuran profesional yang lebih tinggi daripada harga biasa dalam pasaran.

Banyak faktor bergabung lalu menghasilkan karisma. Wajah yang tampan sahaja tidak dapat menghasilkan karisma. Wajah tampan yang disertai faktor-faktor lain barulah mencipta karisma.

Dr. Sheikh Muszaphar adalah seorang yang tampan dan karismatik. Tetapi jika wajah beliau yang tampan itu dimiliki oleh seorang juruukur, maka wajah itu menghasilkan juruukur yang handsome sahaja, bukan juruukur yang karismatik.

Dr. Muszaphar karismatik kerana beliau memiliki kombinasi wajah tampan, tinggi, seorang doktor dan seorang 'angkasawan'. Disebabkan beliau memiliki karisma maka beliau dapat meletakkan yuran profesional yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

Karisma adalah sesuatu yang dapat dirosakkan dari sudut pandang orang yang menilainya. Sebagai contoh, bagi orang yang cuma melihat foto Dr. Muszaphar, dia melihat angkasawan itu sebagai seorang yang karismatik. Tetapi, selepas mendengar angkasawan itu berucap dia mungkin tidak lagi menganggap angkasawan itu karismatik.

Banyak faktor dapat merosakkan karisma seseorang, seperti skandal, jatuh miskin, hilang populariti dan banyak lagi.

Salah satu faktor yang boleh mencacatkan (bukan merosakkan) karisma seseorang trainer adalah 'habit mulut' semasa bercakap di depan peserta kursus.

Habit mulut adalah kata-kata, ataupun bunyi-bunyi bukan-bahasa (seperti "aa... aa..."), yang terkeluar dari mulut secara refleks.

Ada orang yang diberi nama-nama jolokan oleh orang-orang di sekeliling mereka berdasarkan habit mulut mereka.

Jika seseorang itu selalu menyebut "OK... OK..." apabila bercakap, maka dia diberi jolokan "MR. OK".

Jika seseorang itu suka menyebut "so... so..." semasa bercakap, maka dia diberi nama jolokan "MR. SO-SO".

Jika seseorang itu suka menyebut "Right?... Right?" maka dia diberi jolokan "MR. RIGHT".

Nama-nama jolokan, seperti "Mr. Ok". "Mr. So-so", ataupun "Mr. Right", (termasuklah nama panggilan kampungan seperti "Pak Din" ataupun "Pak Lah"), tetap mencacatkan karisma.

Patutlah Nabi Muhammad tidak membenarkan kita memberi nama jolokan yang tidak cantik maknanya kepada orang lain.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Tuesday, November 04, 2008

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Bahasa adalah Matawang

Bisnes training dan ceramah adalah bisnes bahasa  -  bisnes bercakap.

Dalam dunia bisnes training, bahasa adalah komoditi yang tinggi nilai matawangnya.

Apabila bahasa digunakan dengan betul, orang suka kepada kita, lalu hal itu membuka pintu bisnes, hasilnya rezeki kita menjadi panjang.

Apabila bahasa digunakan dengan cara yang salah, pintu bisnes yang tadi terbuka boleh tertutup semula, dan rezeki kita menjadi pendek.

Salah satu situasi yang dialami oleh trainer adalah pelanggan (pegawai latihan) yang suka tawar-menawar yuran profesional atas alasan mereka mahu menjimatkan bajet  -  sama ada dengan cara supaya yuran dikurangkan, ataupun jumlah peserta dinaikkan.

Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak segan-segan bersikap tawar-menawar adalah bahasa yang digunakan oleh trainer semasa bercakap-cakap dengan pegawai latihan itu.

Tingkah laku tawar-menawar adalah tingkah laku orang yang membeli barang biasa-biasa di pasar malam, bukan membeli item unik di dalam butik eksklusif.

Apabila trainer bercakap kepada pegawai latihan dengan menggunakan bahasa pasar malam, dengan tidak disedari dia memberi signal kepada si pegawai latihan itu bahawa dirinya bukan item eksklusif, justeru patutlah harga yuran profesionalnya boleh ditawar-tawar.

Trainer jangan sekali-kali memberi signal yang salah kepada pegawai latihan. Jangan gunakan bahasa pasar malam. Penggunaan bahasa pasar malam memberikan gambaran si trainer adalah komoditi, modulnya adalah komoditi, oleh itu harganya patut lebih murah.

Bagi mencipta persepsi bahawa kita adalah item unik dan eksklusif, lakukan perkara-perkara berikut:

(i) Bercakap dengan fonetik Melayu yang baik.

(ii) Gunakan perkataan lengkap, bukan perkataan kontot seperti 'tak', 'nak', 'dah', 'ni' dan 'tu'. 

(iii) Ayat-ayat yang dituturkan hendaklah ayat yang lengkap subjek dan predikatnya.

(iv) Gunakan perbendaharaan kata standard, bukan perkataan bahasa basahan. Sebagai contoh, gunakan 'sedang' bukan 'tengah'. Gunakan 'sangka' bukan 'ingat'. Gunakan 'di' bukan 'dekat'.

(v) Bercakap sepenuhnya dalam Bahasa Melayu dan dengan perlahan tetapi lancar.

Bahasa adalah sebahagian daripada pakejing yang lengkap. Tampilkan pakejing yang premium. Trainer yang premium menggunakan bahasa premium. Item premium tidak layak ditawar-tawar.

Sepanjang proses berkomunikasi dengan pegawai latihan, baik secara lisan ataupun dalam tulisan, gunakan bahasa standard, yakni bahasa premium  -  Bahasa Melayu Tinggi.

Ditinjau dari sudut bahasa, YM Dr. Tengku Asmadi adalah trainer paling berjaya menampilkan dirinya sebagai item premium dan eksklusif. Beliau secara konsisten selama 11 tahun menikmati yuran tertinggi dalam kategori motivasi pelajar.

Beliau sentiasa bercakap menggunakan Bahasa Melayu yang baik dan betul, meskipun semasa berbual-bual dengan rakan-rakan sejawat di meja makan!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Monday, November 03, 2008

Inilah Barisan Trainer TAMRIN yang Juga Penulis PTS

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nota: Foto disalin dari blog Tuan Sabtu Ali.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kalau BPR Boleh Melayan Maklumat yang Disampaikan Menggunakan Surat Layang, Blog Apatah Lagi

Badan Pencegah Rasuah (BPR) sudah diarahkan supaya menerima aduan dalam bentuk surat layang bagi tujuan memulakan siasatan.

Ini adalah perkembangan yang bagus kerana banyak orang tidak berani hendak membuat aduan rasmi demi menjaga kepentingan dan keselamatan dirinya.

Jikalau surat layang yang menyembunyikan identiti pengirimnya pun boleh dijadikan alasan bagi memulakan siasatan, sepatutnya maklumat yang diterbitkan dalam blog tentulah boleh diberi layanan yang serupa.

Banyak blog tidak menyembunyikan identiti pemiliknya. Malah banyak pemilik blog berhati-hati dengan apa yang ditulisnya. Maka dalam kes begini maklumat dalam blog yang reputable patut diterima sebagai alasan oleh BPR bagi memulakan siasatan.

Foto Ketua pengarah BPR Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Said bin Hamdan.

 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Inilah 10 Orang Wira Logistik dan Pergudangan PTS

Inilah wajah-wajah para pemuda yang paling kuat bekerja di PTS.

Ya, mereka paling KUAT bekerja.

Setiap hari mereka menurunkan dari lori bertan-tan buku-buku yang tiba dari kilang cetak, kemudian menyusun ke atas 3 lantai.

Mereka juga menaikkan bertan-tan kotak buku ke atas lori PTS secara manual. 

Kotak-kotak itu dihantar ke pusat lori transport bagi penghantaran kepada kedai-kedai buku dan agen-agen PTS di seluruh negara.

Setiap hari mereka berpuluh kali turun naik tangga mencari dan memilih buku-buku yang dipesan oleh kedai dan agen, menyusun ke dalam kotak, dan menaikkannya ke dalam lori.

Setiap hari mereka membuka kotak-kotak buku return yang diterima dari kedai-kedai, mengeluarkan isinya, kemudian terpaksa turun tangga naik tangga pula bagi meletakkan semula buku itu di tempatnya di raknya supaya mudah dicari.

Mereka terpaksa mengingat lebih 1000 judul buku, dan di rak mana setiap judul itu disimpan. Kalau tidak, mereka tidak dapat membuat kerja pencarian buku dan packing dengan tepat dan cepat.

Setiap hari target mereka adalah membuat kerja-kerja packing dan shipment buku bernilai minimum RM50 ribu.

Justeru, hanya dengan melihat otot-otot lengan pemuda-pemuda ini, kita sudah tahu dengan tepat siapa yang lebih senior perkhidmatannya di PTS! 

Tak payah masuk gym dan melakukan senaman body-building pun badan sudah boleh menjadi macho!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Bahasa Menunjukkan ‘Bangsa’

Seorang pengunjung blog seorang profesor terkenal menulis begini:

"hope prof bersbr…anggap 2 sume dugaan dr Nya…sesungguhya sy juga penah rase…tuk menyampai kn berita sdh kpd org tersyg…sungguh perit rase nye..semoga prof sekeluarga tabah…all d best to azrai…hope die dpt wat yg terbaik…"

Apabila kita datang dan memasuki pejabat, ataupun rumah, seseorang profesor yang terkenal, maka bagi menunjukkan bahawa kita menghormati beliau, kita pun datang dengan memakai pakaian yang lengkap dan sopan dipandang, kita bercakap dengan bahasa yang sopan didengar, dan kita duduk dengan cara yang sopan. 

Apabila kita memasuki blog seseorang yang terhormat, bagi membuktikan bahawa kita menghormati status beliau sebagai seorang yang terhormat pada mata masyarakat, kita menulis komen dengan menggunakan ejaan yang lengkap, memilih perkataan yang halus, mematuhi tatabahasa, dan menggunakan gaya bahasa yang sopan. Itulah buktinya kita menghormati pemilik blog itu.

Bahasa yang kita gunakan menunjukkan 'bangsa' (jenis manusia) kita. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip untuk Penulis-Trainer PTS: Pantang Larang Bercakap dengan Peserta Korporat

Bagi penulis-trainer PTS yang kini aktif dalam sektor motivasi pelajar tetapi bercadang memasuki sektor korporat, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan kepada peserta para pelajar tetapi sama sekali tidak boleh dilakukan kepada peserta korporat.

Pertama-tama: Jangan bercakap kepada peserta korporat dengan menggunakan bahasa 'menggurui'.

Bahasa menggurui adalah bahasa mengajar-ajar. Peserta korporat 'pantang' diajar.  

Contoh bahasa mengajar adalah apabila trainer menanya peserta dan menyuruh peserta menjawab pertanyaan itu. Ini pantang besar bagi peserta korporat. Apabila disuruh menjawab pertanyaan, mereka berasa diri mereka dilayan macam budak sekolah yang bodoh.

Contoh skrip yang pantang digunakan kepada peserta korporat:

Trainer bertanya: "Ada sesiapa yang tahu perbezaan antara kad kredit dan kad debit?" 

(Peserta diam.)

Trainer bertanya: "Takkanlah tidak ada yang tahu?"

(Peserta diam juga.)

Trainer tidak percaya lalu berkata: "Tidak ada yang tahu???" 

(Peserta diam juga.)

Trainer mula resah lalu berkata: "Kalau tidak ada yang mahu menjawab, nanti saya pilih.... Encik yang pakai tali leher biru di barisan belakang sana, cuba terangkan perbezaan kad kredit dan kad debit...."

Skrip di atas adalah skrip yang dapat diterima oleh budak-budak sekolah, tetapi pantang digunakan kepada peserta korporat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink

Mengapa Duit Buku PNM Tidak Menokok Jumlah Buku dalam Kedai Buku

Setiap tahun kerajaan Malaysia mengepam beratus juta ringgit bagi membeli buku-buku terbitan syarikat-syarikat penerbitan tempatan melalui pelbagai bajet pembelian buku oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan agensi-agensi kerajaan seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Dengan begitu banyaknya wang pembelian buku, namun jumlah judul buku Melayu dalam kedai-kedai buku tidak bertambah sebagaimana sepatutnya. Jelaslah duit bajet pembelian buku oleh kerajaan tidak melahirkan lebih banyak buku-buku baru di dalam kedai-kedai buku.

Ke manakah perginya duit bajet pembelian buku PNM itu?

Jikalau PNM membeli buku-buku terbitan penerbit yang reputable, yang menjual buku-buku melalui kedai-kedai buku, nescaya duit PNM itu akan digunakan bagi menerbitkan lebih banyak buku yang mereka jual melalui kedai-kedai buku, kerana mereka semua hidup dengan menjual buku dalam pasaran terbuka. Ini akan mengembangkan industri penerbitan buku-buku Melayu.

Tetapi apabila lebih 80% bajet pemerolehan buku tahun 2008 PNM telah digunakan bagi membeli buku-buku yang dibekalkan oleh penerbit entah-apa-nama, maka jutaan ringgit duit PNM itu akhirnya tidak menjadi buku, sebaliknya menjadi BMW, Mercedes, banglo, mistress dan affair, dan lain-lain yang senama dan sejenama dengan itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Sunday, November 02, 2008

Surat Pilihan: Ada Juga Ibu Bapa di Putrajaya yang Tidak Setuju Anak-anaknya Membeli Buku PTS

Pn Ainon, Assalamualaikum.

Yesterday, after I had dinner at Alamanda Putrajaya, I let my kid spent time in MPH reading books.

From 6:30pm till 7:00pm, I noticed more than 20 books from PTS One being purchased by young girls.  All the books were novel for teenages. Each of them buying 3 to 4 books. They showed the books to their parents before the parents agreed to pay for it. Thanks God that these parents also very supporting.

Of course I also saw parents that didn't allow their kids to buy novels and the book Motivasi Alihan Pelajar. I feel very sad to those kids.

I personnally like PTS books of course because of the good content, on top of this, I also like the pleasant arrangement and alignment of each page and wordings.  The design of the book covers are also very attractive.

School holiday is approaching, surely the sales of PTS One book will go sky-high.  In just half an hour time, more than 20 books were being sold.  Impressive.

Best Regards,
Humairah Yeoh

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink

Pertandingan Menulis Cerpen untuk Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah

Tuan Meor Shariman sedang menganjurkan Pertandingan Menulis Cerpen Magis.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Pengarang Novel ‘Jurassic Park’ Meninggal

Selasa lalu, Micheal Crichton meninggal dunia pada usia 66 tahun akibat kanser.

Beliau adalah seorang doktor perubatan lulusan Universiti Harvard.

Karya beliau yang paling popular adalah Jurrassic Park, yang difilemkan oleh pengarah terkenal Steven Spielberg.

Beliau berkahwin 5 kali dan mempunyai seorang anak. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Akan Terbit

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Badan Pencegah Rasuah (BPR) Siasat PTS

Pada tahun 2007, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah datang ke pejabat pengurusan PTS bagi siasatan kes rasuah dalam kategori salah guna kuasa. Mereka datang bagi mendapatkan maklumat tentang cara-cara PTS menjalankan urusan bisnesnya.

Sifu menerangkan perkara ini di sini supaya para penulis PTS ambil perhatian kerana ia melibatkan kepentingan pihak penulis mahupun pihak PTS sebagai penerbit.

Dalam kes ini, seorang penulis PTS telah membeli beberapa naskhah buku karangannya sendiri bagi kegunaan jabatannya. Kebetulan beliau adalah ketua jabatan itu.

Pembelian itu telah sampai ke pengetahuan BPR, entah bagaimana hal itu terjadi PTS pun tidak diberitahu oleh pegawai-pegawai BPR yang datang menjalankan siasatan. Mungkin jugalah ada staf di jabatan penulis itu yang melaporkan kepada BPR. Perkara ini biasa berlaku disebabkan oleh faktor 'politik pejabat'.

Maka pegawai-pegawai di jabatan jualan dan khidmat pelanggan PTS yang disoalsiasat menerangkan kepada BPR bahawa semua penulis PTS diberi diskaun 35% apabila mereka membeli bukunya terus dari PTS. Diskaun itu diberikan dengan tidak ada soal-jawab lagi kerana itu adalah tatakerja di PTS.

Banyak penulis PTS membeli buku-buku mereka sendiri, dan juga buku-buku karangan penulis lain, dan ini adalah perkara yang digalakkan dalam dasar perniagaan PTS. Diskaun yang diberikan itu memang amat bagus kerana ia adalah salah satu program-setia PTS, yakni supaya penulis-penulis PTS kekal bernaung di bawah bendera PTS.

Kedatangan pegawai-pegawai BPR itu amat mengejutkan pegawai-pegawai PTS. Kita sudah meminta pandangan peguam sebab dalam kes seperti ini pegawai PTS yang meluluskan penjualan itu boleh dituduh bersubahat dengan penulis itu. 

Kepada penulis-penulis PTS, ini pesan Sifu: Jangan sekali-kali saudara membeli buku saudara sendiri untuk kegunaan jabatan saudara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Saturday, November 01, 2008

ISNIN: Cara yang Betul Berhutang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

.

Di bawah ini cover buku yang sama edisi Indonesia.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Friday, October 31, 2008

Puji-pujian Bagi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah

UNIKA PTS dengan ini merakamkan puji-pujian kepada kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah amnya, dan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kedah (PPANK) khususnya, yang baru-baru ini telah menyemak dan mengkaji semula prosedur pemerolehan buku-buku untuk perpustakaan awam negeri itu.

Sebelum era kerajaan Pakatan Rakyat, PPANK telah semacam ibarat kata orang-orang bisnes 'dibela elok-elok' oleh sebuah pembekal sahaja.

Tetapi baru-baru ini, PPANK telah mengubah prosedur pemerolehan itu kepada suatu prosedur baru yang amat telus dan adil kepada kontraktor-kontraktor buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Di Mana Hati Perut PNM untuk Penerbit Melayu

Semua penerbit Melayu yang reputable, yakni yang mempunyai nama baik dalam pasaran, adalah anggota MABOPA (Malaysian Book Publishers Association). MABOPA dianggotai oleh syarikat-syarikat penerbit buku baik milik Cina, Melayu mahupun India.

MABOPA adalah persatuan yang diiktiraf oleh kerajaan sebagai mewakili suara industri penerbitan buku negara ini. 

Namun, tidak sampai 20% daripada bajet pembelian buku 2008 Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) diberikan kepada anggota MABOPA. 

Ke manakah perginya hati perut mereka yang membuat keputusan dalam pemilihan judul buku di PNM?

Kalau pun sememangnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) sudah dimansuhkan sejak zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir, apakah salah di sisi undang-undang jikalau sekurang-kurangnya 30% bajet itu digunakan oleh PNM bagi membeli buku-buku terbitan penerbit Melayu yang menganggotai MABOPA? 

Apakah buruk sangat kualiti buku-buku terbitan penerbit Melayu yang menganggotai MABOPA  -  seperti DBP, Utusan dan lain-lain?

Apakah baik sangat kualiti buku-buku terbitan penerbit-penerbit cap ayam itu?

Nota: Klik di sini bagi membaca senarai penuh anggota MABOPA. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Entri Pertama Peraduan Duta PTS

Bagi maklumat lebih lanjut berkenaan peraduan ini, klik di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Nasihat Penulis PTS (Tn. Sunthara Segar) kepada Penulis PTS (Pn. Norlela Zubir)

Nasihat ini amat relevan kepada penulis, jadi kita salinkan di sini:

Salam Puan Norlela,

Saya sudah membaca blog berkaitan perjumpaan puan dengan doktor. Nampaknya Puan agak sihat meskipun doktor menyatakan keprihatinanya kepada tahap kolestrol. Sementara menanti prosedur "ding dong" dengan pihak underwriter saya cadangkan Puan melihat secara keseluruhan perancangan kewangan secara Islamik untuk keluarga dan juga perniagaan. Mana yang rasa perlu dikaji boleh rujuk kepada saya ataupun penasihat Puan yang sedia ada contohnya peguam atau perunding cukai pendapatan.

Sebagai panduan saya berikan prinsipnya dahulu. Dari segi syariah oleh kerana ajal maut di tangan Tuhan maka peringkat pertama diutamakan:

(1) Menyusun semua aset liabiliti agar akan diperturunkan kepada waris-waris secara adil

(2) Memastikan tiada hutang dibawa ke alam baqa (Hadis Nabi - Orang yang mati syahid diampunkan semua dosanya kecuali hutang). Juga tidak mahu menganiayai waris-waris yang dipertanggung-jawabkan dengan beban hutang. Dengan perancangan yang betul selepas meninggal arwah boleh membayar hutangnya pada kadar diskaun contohnya 3 sen untuk setiap RM1 hutang tanpa menggunakan sinking fund.

(3) Memastikan tidak ada zakat yang terhutang.

Kesemua di atas biasanya memerlukan penyediaan dokumen seperti Wasiat Islam, Hibah dan Buy-Sell Agreement.

Peringkat seterusnya ialah mengoptimumkan aset-aset dan liabiliti yang ada. Contohnya menggunakan portfolio pelaburan Syariah samada yang sederhana atau tinggi pulangannya. Pelaburan pula tidak semestinya dalam saham dalam atau luar negeri tetapi juga hartanah dalam dan luar negeri. Hartanah di luar negeri biasanya mahal tetapi masih boleh melabur menggunakan konsep "strategic land alliance".

Pengoptimum liabiliti bermaksud menguruskan hutang yang ada supaya pembayaran balik lebih cepat, jumlah hutang yang dibayar pun tidaklah berbganda berbanding hutang asal. Contohnya bila membeli bangunan (rumah, pejabat) ramai ahli perniagaan tidak menyedari surat perjanjian bank berat sebelah kepada pihak bank. Bila mengambil hutang baru pula rancangkan supaya surat perjanjian hutang memihak pihak membayar hutang bukannya pemberi hutang.

Peringkat ketiga ialah melakukan perancangan cukai pendapatan yang effisien - apa yang sepatutnya tidak perlu dibayar kepada kerajaan boleh digunakan untuk tujuan lain. Di samping itu pengarah-pengarah syarikat terutamanya berpeluang mengambil kesempatan daripada pengumuman terbaru mesra cukai dari LHDN.

(Boleh kunjungi blog saya ILMUDIGITAL untuk melihat cebisan artikel yang saya tulis untuk Mingguan Wanita berkaitan perkara-perkara di atas.)

Kewangan konvensional Barat sekarang bakal digantikan dengan kewangan Islam. Memang berita sekarang agak suram tetapi pasukan kewangan Islam sudah berada di posisi terbaik untuk mengambil alih ekonomi kapitalis secara diam-diam. Saya meramalkan dalam masa 10 tahun dari sekarang mereka yang mula merancang kewangan secara Islam baik untuk hidup dan mati ,akan mendapat manfaatnya tanpa melalui "financial meltdown" seperti sekarang. Apatah lagi jika semua aktiviti tersebut syariah compliant.

Regards
Sunthara

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Khutbah Jumaat PTS: Zakat (daripada royalti) Penulis boleh Diberikan kepada Orang Bukan Islam

Tuan Amin Ahmad dalam blog beliau menulis seperti di bawah:

Sebenarnya, Islam melalui zakat telah lama membuat pemberian (zakat - Sifu) ini di bawah peruntukan golongan muallaf.

Muallaf itu bukan sekadar mereka yang baru menganut Islam seperti tafsiran singkat sesetengah pihak. Bahkan ia merangkumi mereka yang belum menganut Islam dan diharapkan dengan pemberian zakat tersebut menjinakkan hati mereka kepada Islam. Juga para pemimpin yang lemah iman. Diharapkan dengan pemberian itu menguatkan iman mereka. Juga pemimpin yang kuat iman namun mempunyai saingan dengan kaum kuffar. Dengan pemberian itu diharapkan pesaing mereka akan tertarik kepada Islam.

Bahkan untuk golongan bukan Islam yang diharapkan pemberian zakat dapat mengelakkan mereka menyakiti umat Islam dan akan suka kepada agama ini. Dr Yusuf al-Qaradawi mengumpulkan peluasan ini dalam karyanya Fiqh al-Zakah. Jika hal ini dilihat dengan luas betapa kita dapat menggunakan zakat untuk berbagai aktiviti dakwah agar bukan muslim tertarik kepada Islam. Termasuklah memberikan bantuan kepada mereka yang cuba dipengaruhi agar murtad. Dengan pemberian zakat, boleh kembali menguatkan semangat Islam mereka.

Malangnya, bukan sahaja tafsiran kita tidak luas tentang muallaf ini, bahkan ’saudara baru’ yang sedia ada pun tidak dijaga dengan baik oleh wang zakat. Sehingga ada yang keluar semula kerana tidak mendapat perhatian dari masyarakat Islam. Selepas itu kita hairan kenapa ada orang ingin murtad!! Sepatutnya persatuan-persatuan saudara baru diberikan peruntukan zakat yang banyak agar wajah kita yang tercemar dek kisah ramai yang ingin murtad bertukar menjadi kisah ramainya orang yang ingin menganut Islam”.

Lihat Buku Beliau: Mengemudi Bahtera Perubahan Minda

Dengarlah kata-kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah) Maka Saidina dalam kepimpinannya berusaha mengeluarkan mereka yang fakir dari daerah kefakiran dengan menggunakan harta zakat. Bukan sekadar memberi mereka beberapa suap makanan atau beberapa dirham wang. (lihat: Al-Qaradawi, Fiqh al-Zakat, 2/568, Beirut: Muassasah al-Risalah).

Para mujtahid Islam (ahli ijtihad) berijmak (sepakat) bahawa zakat boleh dipindahkan ke negeri lain jika ahli negeri zakat tersebut sudah mencukupi atau tidak memerlukan lagi. Lihatlah perbahasan hal ini dalam kitab-kitab fekah. Pemerintah atau pengeluar zakat itu sendiri boleh membawa zakat ke negeri atau tempat yang lain, jika berdasarkan keyakinan adanya keperluan atau kemaslahatan yang patut diutamakan di tempat atau negeri yang lain. (lihat: al-Qaradawi, Fiqh al-Zakah, 2/820).

Bahkan pendapat al-Imam al-Bukhari mengharuskan secara mutlak dipindahkan zakat ke negeri lain di atas keumuman dalil Surah al-Taubah ayat 60 yang hanya menyebut asnaf yang layak menerima zakat tanpa dikhususkan tempat. (lihat: Ibn Hajar al-Asqalani, Fath al-Bari, 3/357, Beirut: Dar al-Ma’rifah).

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink

Thursday, October 30, 2008

Karya Azrul Jaini Sama Kuat dengan Karya Faisal Tehrani

Blogger Welma La'anda menulis:

Saya rasa tercas setelah habis membacanya! Mungkin itulah perkataan yang sesuai sebagai gambaran perasaan saya untuk novel sci-fi 'Galaksi Muhsinin'.

Baca lagi klik di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Mencipta Blog di Mana Pengarang Mempromosi Karya Sastera Remaja

Siri Kembar Terpilih adalah salah satu siri popular terbitan PTS ONE. Peminat sisi Kembar Terpilih adalah remaja perempuan.

Pengarangnya, Tuan Meor Shariman, telah membuka blog khusus bagi mempromosi siri itu. Klik di sini.

Pada pendapat Sifu, isi blog ini sungguh bagus. Saya yang sudah tua pun berminat membaca entri-entri dalam blog ini. (Tetapi perwajahan blog ini tidak sesuai dengan psikologi remaja perempuan.)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink

Tip Survival Bisnes dari Bapak Erwin

Sifu baru pulang malam tadi dari Jakarta menghadiri 'rapat kerja' IKAPI JAYA cabang Jakarta. IKAPI - Ikatan Penerbit Indonesia.

Seorang penceramah yang khusus diundang bagi menyampaikan pesan dalam majlis itu adalah Bapak Erwin (berbaju batik). Beliau baru berusia 32 tahun dan syarikat konglomerat yang dipusakai daripada ayah beliau 10 tahun lalu (sewaktu beliau berusia 22 tahun) kini mempunyai lebih 14 ribu pekerja.

Bapak Erwin adalah berdarah Bugis dari Makasar.

Beliau diundang bagi menasihati anggota IKAPI bagaimana caranya hendak memastikan survival bisnes keluarga. 

Menurut beliau, semasa mengambil alih syarikat daripada ayahnya, hampir 20% pekerja ada kaitan jauh dan dekat dengan keluarga dan saudara maranya. 

Apa yang beliau lakukan, mana-mana anggota keluarga yang bagus, mereka tidak dibuang kerja. Mana-mana yang tidak bagus mereka dibuang kerja.

Akibat keputusannya itu beliau dicaci-maki oleh keluarganya sendiri, tetapi bagi beliau perkara itu terpaksa dilakukannya bagi menjaga kepentingan ribuan keluarga pekerja lain yang bergantung rezeki kepada survival syarikatnya.

(Laporan lanjut pesan Bapak Erwin akan saya tulis lagi.) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink

Kicap Buat Pengganti Air Garam

Foto saya dengan Puan Roza (di kiri saya), isteri Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim, dan sebahagian ahli jawatankuasa Persatuan Wanita UiTM kampus Segamat, bergambar dengan 150 biji botol kicap cap kipas udang dan kotak pakaian terpakai untuk disedekahkan kepada penduduk Orang Asli Kpg. Songkok, Ulu Yam, Selangor. Baca laporan di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Ada-ada Sahaja: Perkataan Terbaru Dicipta untuk Bahasa Melayu

Bahasa berkembang kerana adanya individu-individu yang mencipta perkataan-perkataan baru.

Seorang anak Melayu yang paling aktif mencipta perkataan baru bagi Bahasa Melayu adalah Tn. Hishamuddin Rais. Hari ini beliau mencipta satu lagi perkataan baru. 

Baca klik di sini.

Dari sudut ilmu perkamusan, perkataan baru mengambil masa sebelum diiktiraf layak dimasukkan dalam entri kamus bahasa standard.

Ada syarat-syarat yang mesti dipenuhi sebelum perkataan itu diterima sebagai kosa kata bahasa standard. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink

Yuran Profesional Trainer-Speaker: Penguasaan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu Tinggi

Bagi penulis yang mahu menceburi bisnes training dan ceramah, mereka wajib menguasai fonetik dan fonologi Bahasa Melayu Tinggi. Bidang fonetik dan fonologi ini disebut sebagai tajwid dalam bahasa Arab. 

Dalam sektor pendidikan, motivator yang paling mahal yuran profesionalnya adalah Yang Mulia Dr. Tengku Asmadi.

Dr. Tengku Asmadi seorang trainer dan speaker yang bagus penguasaan fonetik dan fonologi Bahasa Melayunya. Beliau seorang anak Terengganu jati, tetapi apabila beliau bercakap orang tidak menyangka beliau anak Terengganu kerana beliau menggunakan fonetik dan fonologi Bahasa Melayu Tinggi.

Suara dan pengucapan bahasa adalah modal penting dalam bisnes spoken language, yakni bahasa yang diucapkan.

Bidang bisnes spoken language termasuklah menjadi penyanyi, berlakon, berucap, berpidato, mengajar, penyampai berita, menjadi dubber, menjadi pengerusi majlis, menjadi hos rancangan radio dan TV, mendeklamasi puisi dan banyak lagi.

Dalam bisnes spoken language, memiliki suara yang sedap sahaja tidak cukup.

Penguasaan subjek, dengan kombinasi suara yang sedap, penguasaan tajwid Bahasa Melayu yang baik, dan lontaran suara yang jauh, barulah kombinasi itu dapat diterjemahkan menjadi yuran profesional yang tinggi dalam bisnes training dan speaking.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Fakulti / Kategori :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Page 3 of 125 pages « First  <  1 2 3 4 5 >  Last »