Wednesday, December 26, 2007

1000 Manuskrip Agama dalam Stok Penerbit

Sebuah penerbit buku-buku agama di negara ini menyimpan hampir 1000 manuskrip buku yang masih belum diterbitkan. Manuskrip itu dibeli tunai daripada ustaz-ustaz Malaysia.

Dari satu sudut, diam tak diam, rupa-rupanya ustaz-ustaz kita amat produktif. Tetapi betulkah ustaz-ustaz itu menulis karya-karya yang sebenar-benarnya karya mereka sendiri? Ataupun apakah hasil tulisan mereka itu mengandungi banyak bahan-bahan rompakan harta intelek daripada kitab-kitab tulisan orang lain, khususnya kitab-kitab Indonesia.

Jika setiap manuskrip itu dibeli dengan harga RM2 ribu ringgit, itu bermakna nilai duit yang tersangkut pada stok itu adalah sebanyak RM2 juta. Wang RM2 juta adalah amat banyak. Mengapakah penerbit itu sanggup mengeluarkan wang sebanyak itu, sedangkan entah bila pula manuskrip yang begitu banyak hendak diterbitkan.

Apakah barangkali faktor yang menyebabkan penerbit Mamak itu gila-gila membeli begitu banyak manuskrip?

Ada beberapa kemungkinan tetapi masuk akal adalah Mamak itu membeli manuskrip-manuskrip itu sebagai strategi persaingan sesama penerbit Mamak.

Dengan membeli manuskrip-manuskrip itu, maka penerbit lain takkan dapat manuskrip tersebut, yang kalau jatuh ke tangan mereka lalu diterbitkan terbitkan, akan bersaing dengan buku si Mamak tadi. 

Justeru manuskrip itu dibeli bukan untuk diterbitkan, tetapi supaya tidak akan jatuh ke tangan pesaing!

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM Previous entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/26  at  06:31 PM

Sikap penerbit tersebut sangat terkutuk! Nampaknya mereka lebih memandang keuntungan dunia berbanding keuntungan akhirat.

Ilmu-ilmu agama diperdagangkan, dimanipulasikan sebagai alat untuk menjatuhkan sesama manusia.

Bukankah sifat ini lebih menyerupai sifat-sifat musuh Islam itu sendiri?

Celakalah penerbit tersebut! Menjatuhkan sesama manusia dengan menyembunyikan ilmu-ilmu daripada disebarkan.

Saya doakan agar penerbit tersebut diberi pengajaran semasa di dunia lagi! Sesungguhnya perbuatan menyembunyikan ilmu untuk menjatuhkan sesama manusia adalah sifat hasad dengki dan tamak yang sungguh hina.

Adakah ada akta yang membolehkan kita mengambil tindakan terhadap sifat terkutuk penerbit seperti ini?

rastom  on  12/27  at  06:09 AM

2x5 juga kalau ustaz yang menulis sebenarnya mencedok daripada kitab Indonesia. tongue laugh

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/27  at  12:56 PM

Kalau begitulah kisahnya, nampak sangat betapa bodohnya penerbit itu kerana menghabiskan dua juta ringgit untuk membeli benda-benda yang lebih kurang sama isinya.

Siapa penerbit yang malang itu? Nampaknya ini peluang keemasan untuk cedok-mencedok kemudian jual kepada penerbit tersebut. Sungguh mudah, sungguh senang untuk menjadi kaya raya.

Lubuk… lubuk…

Firdaus  on  12/27  at  02:21 PM

Hmm, penerbit itu seolah-olah menjadi ‘kedai pajak’ yang sanggup membeli manuskrip. Dalam kes ini, ‘kedai bajak’ lebih sesuai mungkin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.