15 Mac Tarikh Tutup Manuskrip untuk Ramadan 2010
Tuan Ikram Nor Wazir, Pengurus PTS Millenia Sdn. Bhd. memberitahu bahawa semua manuskrip untuk pasaran musim bulan puasa tahun ini hendaklah dihantar kepada beliau sebelum 15 Mac 2010.
Ini bagi membolehkan buku-buku bulan puasa dihantar ke kedai-kedai buku di seluruh negara paling lewat 1 bulan sebelum ketibaan Ramadan.
Sebagaimana tahun lalu, jabatan marketing PTS akan melancarkan kempen promosi Ramadan dalam media bagi meningkatkan pesanan daripada kedai-kedai buku agama.
NOTA: Buku-buku bulan puasa dibeli sebelum bulan puasa. Apabila masuk sahaja bulan puasa, jualan buku-buku musim hari raya mula meningkat.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment