Tuesday, May 19, 2009

1 Sekolah untuk Semua: Malaysia Mahu Melaksanakan Model Benua India

Blogger RockyBru adalah pemuja Mahathirisme. Terakhir beliau membangkitkan semula idea Mahathir dan Mukhriz yang mahukan hanya satu aliran sekolah sahaja untuk semua anak Malaysia, yakni sekolah aliran Inggeris. Mereka mahu supaya dihapuskan aliran kebangsaan, Cina, Arab dan Tamil.

Benua India adalah benua yang mula-mula menggunakan bahasa Inggeris dalam sistem pendidikannya, iaitu sudah 400 tahun lamanya.

Hari ini terbukti bahasa Inggeris gagal memandaikan majoriti bangsa India, dan gagal menghapuskan kemiskinan dan kedaifan di benua itu.

Bahasa Inggeris dipinjam oleh semua bekas-bekas tanah jajahannya di seluruh dunia -- di benua Afrika (Ghana, Kenya, Zambia, Namibia, Zimbabwe dll), di benua India (India, Pakistan, Bangladesh dan Sri Lanka), dan di Asia (Filipina & Burma).

Hanya Malaysia sahaja yang menolak dan menggantikan bahasa Inggeris dalam dasar pendidikan kebangsaannya. 

Terbukti, berdasarkan semua indikator kemajuan ekonomi, Malaysia paling makmur. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dulu Kampung Buku di Langkawi, Hari ini Kota Buku di Kuala Lumpur Previous entry: Emel Pilihan: Keliru Banyak PTS
Afyan  on  05/19  at  03:16 AM

Itulah namanya 1Malaysia!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/22  at  12:12 AM

Sekarang nombor 1(satu/one) sangat popular 1 sekolah, 1 Malaysia sama macam H1N1. Mudah merebak.

Kembara Politik  on  06/11  at  07:22 AM

Salam,

Mungkin Tuan tersilap fakta. Kempen Satu Sekolah Untuk Semua menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di seluruh sekolah. Sistem yang ada sekarang membenarkan Mandarin & Tamil sebagai bahasa pengantar tidak selari dengan Perlembagaan yang menggariskan urusan rasmi perlu penggunaan bahasa Kebangsaan. Sekolah Agama Rakyat pula tidak dihapuskan. Murid-murid mengikuti kelas SAR di waktu petang selepas menghadiri Sekolah Kebangsaan. Tambahan pula SAR dilaksanakan dalam bahasa Kebangsaan.

Harap maklum.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.