2008: PT Gramedia akan Buka Outlet di Singapura, Malaysia dan Brunei
PT Gramedia adalah penerbit buku, akhbar dan majalah terbesar di Indonesia.
Kumpulan Gramedia bukan hanya menguasai media cetak, malah radio dan TV. Ia mempunyai rangkaian kedai buku terbanyak, rangkaian hotel, rangkaian agen travel, dan bank sendiri!
Tuan Fauzul, Pengurus PTS Millenia, saat ini sedang berada di Jakarta atas urusan ekspot-impot lesen buku-buku PTS.
Semalam beliau sempat berjumpa dengan orang penting PT Gramedia yang memberitahu bahawa gergasi itu akan membuka kedai buku di Singapura, Kuala Lumpur dan Brunei pada tahun 2008.
Ini tentu berita buruk bagi:
(1) Para pengimpot buku agama milik Mamak yang sekarang menguasai pasaran buku agama terbitan dan cetakan Indonesia.
(2) Penerbit buku Melayu Malaysia, seperti PTS, yang berasa selesa sebab selama ini mereka tidak bersaing dengan lambakan buku-buku Indonesia.
Bagi PTS sendiri, kita yakin bahawa membuka oulet adalah Langkah 1 PT Gramedia masuk dan mengembangkan sayapnya di sini. Gergasi itu tentu sudah mempunyai "Pelan Besar Bisnes" bagaimana ia mahu bermain dengan rancaknya dalam padang hijau di sini.
PT Gramedia mempunyai berpuluh ribu judul terbitan dan tidak mempunyai masalah mahu mengisi kedai bukunya nanti dengan buku-buku berkualiti daripada semua penerbit utama di Indonesia.
PTS sedang berfikir...
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kuatkan produk tempatan. Fokus dan jangan hilang arah.
——-
Assalamualaikum,
Saya terkejut. Meskipun sedikit suka, namun lebih banyak perasaan kecewa mendengarnya.
Bukan kerana takut bersaing tapi kesal dengan kerenah atau sikap Jakarta sendiri. jika kita membenarkan penerbit Jakarta membuka kedai di sini dan buku mereka merempah ruah dalam pasaran kita minta Jakarta buka pasaran bukunya kepada buku-buku malaysia juga.
Teramat kesal saya kerana kemasukan buku Malaysia secara langsung ke Jakarta umpama melalui `lorong tikus` manakala laluan buku mereka ke negara ini teramat bebas dan luas umpama memandu dalam lebuh raya enam lorong Kuala Lumpur Seremban.
Meskipun Dato` Rais pernah cuba meruntuhkan halangan itu beberapa ketika dahulu, namun tiada sebarang hasil ternampak hingga kini.
Kenapa buku kita hanya boleh dipasarkan ke jakarta melalui cetakan dan terbitan penerbit tempatan di sana sahaja dan tidak boleh masuk secara langsung seperti mana bebasnya buku mereka ke sini ? Apakah yang mereka takutkan dengan buku Malaysia yang diterbit dan dicetak di Malaysia ? Persoalan maruah kita ini masih belum berjawab sehingga sekarang.
Justeru, demi maruah saya membantah kehadiran mereka meskipun ternampak banyak manfaat kepada keperluan intelektual rakyat di negara ini.
wassalam.
Insyaa-Allah dengan berkat usaha kita ke arah menjadikan umat yang berilmu ini berterusan, Allah akan menghantar bantuan bagi menghalang ancaman sebelum ia dapat memusnahkan pusat kecemerlangan ilmu yang sedang kita bina bersama. Mari kita lipatkan ganda usaha bagi menghadapi arus globalisasi.
Mungkin artikel ni boleh bagi sedikit maklumat perbezaan suasana penerbitan buku berkualiti di malaysia dan Indonesia. Lawat http://www.republika.co.id/kolom_detail.asp?id=305625&kat_id=19
PTS pula bila mahu buka toko buku?
Post a comment