2 Booth untuk Penulis PTS Menjalankan Aktiviti pada Pesta Buku
Pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 kali ini, PTS menyediakan 2 booth khas sebagai tempat penulis-penulis PTS membuat aktiviti.
Di booth penulis itu nanti, PTS akan membina platform khas dan menyediakan 20 buah kerusi bagi para pengunjung yang mengikuti aktiviti yang dianjurkan.
Dengan adanya booth khas bagi aktiviti penulis PTS ini nanti dapat menebus kehampaan para penulis PTS yang tidak berpeluang berbuat demikian pada tahun lepas akibat ruang yang terhad.
Sebanyak 42 aktiviti bersama penulis PTS disusun.
Bagi tuan dan puan yang ingin menemui penulis idola masing-masing, bolehlah datang ke booth PTS berdasarkan tarikh-tarikh yang disusun.
Antara penulis yang sudah mengesahkan untuk mengadakan aktiviti di booth PTS adalah penulis novel remaja PTS Natasha Effyzal, Ainin Naufal, Ezee Rahmani, Farihah Iskandar, A. Razak Adam dan Ain Maisarah.
Tidak ketinggalan adalah penulis novel dewasa dan Islami PTS iaitu Lily Haslina, Bahruddin Bekri, Abdul Latip Talib, A. Ubaidillah Alias, Rose Harissa, Zaid Akhtar, Nisah Haron dan ramai lagi.
Penulis lain yang turut sama memeriahkan aktiviti penulis PTS ialah Zamri Mohamad, Shamsuddin Kadir, dan Syahrul Nizam Junaini.
Chef Hanieliza akan membuat demonstrasi memasak.
Bagi peminat komik, temui pekomik-pekomik PTS sepanjang pesta buku di mana mereka akan melukis karikatur percuma apabila tuan dan membeli Komik-M terbitan PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Tidak ketinggalan juga:
Isnin, 22 Mac, jam 11.00-12.00 tengah hari: Nia & Ima Imrani (Ikan Tawar untuk Lego) serta Ammran Yunus (Sherlock Holmes: Kajian Merah Berdarah)
Rabu, 24 Mac, jam 2.00 - 3.00 petang: Imran Yusuf (Cinta Aisyah Berbunga Di Hati Rasulullah)
Post a comment