Januari 2010: PTS akan Melancarkan Kempen Besar-besaran “Komik Masuk Sekolah”
![]()
![]()
Mulai bulan Januari dan sepanjang tahun 2010, jabatan marketing dan unit Komik-M PTS akan melancarkan kempen marketing besar-besaran dengan tema "Komik Masuk Sekolah".
Antara event utama dalam kempen itu nanti adalah pelbagai peraduan melukis komik yang ditargetkan kepada penyertaan pelajar dan sekolah-sekolah.
Komik-komik terbitan PTS adalah berkonsepkan "mesra pendidikan". Keistimewaan komik-komik PTS adalah kerena komik-komik itu menggunakan Bahasa Melayu Tinggi manakala lukisan dan cerita-ceritanya bersifat syariah-compliant.
Bagi mencapai matlamat kempen itu, dua judul Komik-M yang terbaru ini diberikan nama siri "Aku, Kau & Komik" dengan tema dunia persekolahan. Selepas 2 judul ini akan diterbitkan komik-komik yang serupa temanya.
Duta PTS, Puan Ain Maisarah, yang juga akan memulakan road-tour ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh Semenanjung mulai bulan Januari 2010, akan turut mempromosi produk-produk Komik-M kepada guru-guru dan pelajar.
Menurut pengurus unit komik PTS, Tuan Wan Zuhairi (foto), kempen "Komik Masuk Sekolah" ini adalah bagi mengubah tanggapan negatif guru-guru tentang pengaruh komik kepada minda para pelajar.
Selama ini sekolah memusuhi komik. Bukan hanya guru-guru bahasa yang memusuhi komik, malah boleh dikatakan semua guru dan ibu bapa juga, sangat memusuhi komik kerana komik menggunakan bahasa rendah.
Banyak sekolah mengharamkan pelajar membawa komik dalam beg sekolah mereka. Komik juga tidak dibenarkan dijual dalam premis sekolah, termasuk dalam kedai buku koperasi sekolah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum.
saya amat gembira jika program sebegini dilancarkan di sekolah-sekolah. pada pendapat saya, adalah lebih baik jika kanak-kanak diberikan peluang dalam pendedahan sebegini utk menyemai minat membaca bahan-bahan yg berfaedah dan yg mempunyai ‘islamic values’ dan tidak ketinggalan nilai-nilai murni.
kadangkala ada pihak swasta yang datang ke sekolah-sekolah mempromosi bahan bacaan yang ternyata memang rendah kualitinya, mempunyai unsur tahyul yang tidak mendatangkan faedah kepada murid-murid. selain itu saya juga berpendapat kadangkala ia menjadi semacam satu eksploitasi terhadap murid-murid dengan promosi makanan segera, stesen TV (maaf disebutkan di sini) yang lebih mengarah kepada unsur HIBURAN yang melalaikan.
ada pihak sekolah yg memberi ruang seluas-luasnya kepada pihak-pihak yang mempunyai nama besar dalam Malaysia. Ada juga yang bernaung atas nama ‘peraduan’ dan bermacam lagi namun pada pendapat saya, hanya nampak seperti pengeksplotasian terhadap murid-murid yang tidak ada kena mengenanya dengan proses pelajaran dan pembelajaran (P & P)
usaha PTS ini amat dialu-alukan untuk murid-murid. harap dapat dipanjangkan kpd PPD atau Jabatan Pelajaran Negeri.
Post a comment