30 Judul akan Diulang Cetak pada Bulan Julai
En. Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS memaklumkan sekurang-kurangnya 30 judul akan masuk ulangcetak pada bulan Julai depan.
Di PTS, tanggungjawab memilih judul-judul mana yang akan diulangcetak, dan bila judul-judul itu akan diulang cetak, adalah tugas Jabatan Jualan, bukan tugas jabatan editorial. Ini adalah kerana Jabatan Jualan mempunyai maklumat buku-buku mana yang permintaannya tinggi.
Selepas judul-judul itu dikenalpasti, senarai itu dihantar ke jabatan editorial supaya editor-editor buku berkenaan melakukan pembetulan jika ada kesilapan, ataupun dengan desain cover baru.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Buku “Kerjaya Dalam Bidang ICT” telah habis dalam stor PTS. Moga-moga akan diulang cetak
Buku Makan Gaji Tetapi Kaya sudah habis di pasaran sebelum pesta buku 2008.
Semoga ianya juga termasuk di dalam senarai. Amin
http://www.shamsuddinkadir.com
Post a comment