30 Pengarang PTS yang Menerima Royalti Tertinggi bagi Jualan Tahun 2008
Eksekutif Kewangan PTS (royalti), Cik Norizah Wahid, melaporkan nama 30 orang pengarang PTS yang paling banyak menerima royalti bagi jualan tahun 2008:
1. Dr. Danial Zainal Abidin
2. Ain Maisarah
3. Ainon Mohd.
4. Farihah Iskandar
5. Abdul Latip Talip
6. Prof. Dr. Muhd. Kamil Ibrahim
7. Ezee Rahmani
8. Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad
9. Ashadi Zain
10. Ann Wan Seng
11. Ahmad Fadzli Yusof
12. Zaid Akhtar
13. Kusyi Hirdan
14. Dato' Dr. Haron Din
15. Mohammad Rozani Pawan Chek
16. Ainin Naufal
17. Umi Kauthar Abdul Razak
18. Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
19. Shamsuddin Abdul Kadir
20. Dato' Abd. Hadi Awang
21. Aizam Aiman
22. Salina Ibrahim
23. Natasya Effyzal
24. Razzi Armansur
25. Fred Suriya
26. Meor Shariman
27. Ahmad Naim Jaafar
28. Sunthara Segar
29. Mardzelah Makhsin
30. Umi Kalthum Ngah
Nota: Peraturan kewangan PTS tidak mengizinkan orang lain tahu jumlah royalti yang diterima oleh seseorang penulis, melainkan dengan arahan mahkamah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu & semua pembaca budiman,
Tahniah kepada 30 orang pengarang top dan juga kepada yang berada di anak tangga yang ke 31 dan ke bawah!!
Semoga maklumat ini memberi motivasi kepada kita untuk menulis dengan lebih giat dan lebih smart lagi…
Salam takzim kepada semua,
Cemburunya saya pada mereka. Bilakah agaknya nama saya akan tersenarai? Hanya masa yang akan menentukan. Pada masa ini, sebuah buku pun saya belum ada. Tuhan, kabulkanlah hajat hambuMu ini.
Macam keputusan peperiksaan akhir tahun sekolah. Mencabar semua untuk berebut tempat terbaik.
Cuma ketika sekolah, hadiahnya buku. Kali ini hadiahnya DUIT pulak.
Insyallah satu hari saya sasar untuk tersenarai.
Salam,
Bagi penjual buku seperti saya, senarai ini amat penting kerana ia akan digunakan sebagai salah satu kayu ukur apabila kami ingin menempah buku yang kehabisan stok.
Tahniah kepada no 1-30. Kepada no 31—??, ingat kembali apa yang cikgu-cikgu tulis dalam kad kemajuan sekolah dulu, “Usaha lagi” atau “Teruskan usaha anda”.
Saifuddin Awang
pustakamunirah.wordpress.com
Kemaman.
Presiden dan Timbalan Mursyidul Am PAS pun masuk dalam senarai TOP 30.
salam,
wah… mencabar… mencabar…. meh kawan2 penulis semua, kita pakat hantar tulisan2 kita ke pts! (utk lain2 kategori).
Alhamdulillah dan tahniah kepada mantan YDP JIM Pulau Pinang, Dr Danial Zainal Abidin di atas kejayaan ini. Moga terus menyumbang untuk ummah Bersama Islam Membina Masyarakat! Moga ramai lagi pimpinan gerakan Islam mengisi ruang dakwah melalui penulisan ini.
salam,
ada angan angan utk sampai kesitu tetapi sbg penulis dan penerbit sendiri, agak sukar kerana isu marketing. deep inside buku pertama saya, rancang hidup rancang wang boleh pergi jauh dari segi jualan.
tq
hamdy
Saudara Hamdy,
Jika tidak silap tuan menulis dengan penerbit Crxxxx. Marilah lompat ke PTS, ikut gaya penulisan PTS, saya rasa tuan banyak idea untuk disumbangkan.
Hubungi sahaja mana-mana pegawai PTS.
p/s: Saya SAJOHA juga.
myleacollection dot com
saya sedang mencari penulis atau pengarang buku atau karya/ manuskrip yang berminat untuk menerbitkan buku mereka melalui syarikat tempat saya bekerja di bangi..
sila hubungi saya segera..
0199304181
iskandar
Tuan Iskandar blog tuan berikan komen ini adalah blog penerbit PTS.
Aduhai, lucu benar.
saudara zamri,
tidak ada yg lucunya tawaran iskandar itu.
PTS adalah penerbit yang hebat. Cuma kena beratur utk mendapat peluang menerbit buku dgn PTS. Itupun kalau isinya layak utk diterbitkan.
Saya menerbit sendiri setelah ditolak manuscript pertama saya oleh PTS, Ameen dan satu lagi penerbit.
Tawaran iskandar itu memberi peluang kepada pelawat2 PTS yg mahu mencuba. So kalau tidak sanggup beratur, then mungkin boleh approach saudara iskandar.
selamat mencuba.
salam eagle69.
saya ada menyerahkan buku pertama saya, rancang hidup rancang wang, melalui Dr Kalsom kepada Puan Ainon pada pesta buku di PWTC beberapa bulan lalu. Dengan harapan beliau ingin menerbitkan buku itu.
Buku itu mempunyai potensi utk mencapai 10ribu kerana dlm keadaan terkial kial saya telah mencetak 4 kali so sudah 4000 naskhah tercetak. Bayangkan kalau PTS yg mempunyai marketing hebat dapat mencetak buku itu.
Mungkin rezeki saya dgn PTS belum lagi.
hamdy
Tuan Hamdy aalah seorang yang hebat. Saya kagum. Tuan sudah dapat terbit dan jual 4,000 naskah buku terbit sendiri. Saya andaikan royalti/keuntungan tuan ialah 50%.
Tuan patut teruskan sahaja usaha sekarang dengan terbit sendiri. Jika dengan PTS atau lain-lain penerbit pun, tuan cuma dapat 10% royalti. Jika soal pemasaran yang tuan risaukan, tuan boleh cari partner pemasaran atau affiliate. Ia sekitar 20%- 50% sahaja komisyen yang perlu dibayar.
Lebih untung terbit sendiri. Tuan tidak perlu cari penerbit, biarlah penerbt yang cari tuan.
salam MBA,
Tidak juga untung begitu banyak.
pecahannya:
45% pembekal + penjual
10% rakan yg menerbitkan dan menguruskan dgn pembekal.
35% kos penerbitan pertama.
tak le untung byk tapi kalau ada yg membeli mcm perpustakaan negara (baru sekali), baru lah merasa untungnya.
Motivasi untuk kita menulis ialah amal jariah iaitu ilmu yang kita share dan diamalkan orang. Keuntungan adalah perkara ke2.
Tapi sebagai usahawan kecil, saya tetap perlu mengira bab keuntungan. Isu collection dan pemasaran adalah utama.
Mohon maaf kepada PTS, bukan hajat mengganggu web Puan tetapi berkongsi pengalaman.
tq
hamdy
Post a comment