30 Strategi Membina Pengaruh
Apabila kita tidak memiliki daya pengaruh, kita terpaksa melaksanakan kerja kita dengan menggunakan alat-alat kerja yang dapat mencipta kesan sebagai senjata makan tuan, yakni arahan, tekanan, paksaan, ugutan dan ancaman.
Pengaruh adalah alat kerja yang membolehkan orang dengan sukarela mahu dan suka mematuhi kehendak kita.
Individu yang memiliki daya pengaruh tinggi dilihat lebih tampan dan jelita daripada keadaan fizikal mereka yang sebenar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Satu lagi buku dalam genre yang sama bakal terbit Oktober ini. Buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi tetapi Seni akan diterbitkan oleh PTS Pro.
http://ilmupengaruh.blogspot.com/
Kekadang pada ketika yang lain, suasana yang lain, terdapat sedikit kelainan dan kekecualian. Misalnya Nabi Musa (as), Sewaktu Isra dan Mi’raj, Nabi Musa digambarkan sebagai seorang yang tinggi, tidak putih, berambut kerinting; (tidak kacak). Dalam waktu lain Nabi Musa seorang yang mampu mengangkat batu besar, menumbuk seseorang lalu mati orang itu tanpa niat. Nabi Musa juga digambarkan tidak fasih berkata-kata. Maknanya Nabi Musa membawa imej kekuatan. Mukjizat beliau pula ialah tongkat yang bertukar jadi ular, membelah air laut tentunya perlukan banyak tenaga. Nabi Musa memimpin bani Israel yang sukar dibawa berunding oleh mana-mana bangsa lain.
Sebelum matinya Firaun, Bani Israel tidak banyak bawa masalah sebab mereka tertekan dengan Firaun, bila mati Firaun, belang mereka mula kelihatan. Mereka tidak mahu masuk Bumi Palestin kecuali dengan mudah. Mereka berkata kepada Nabi mereka, “pergilah engkau dengan Tuhan Engkau berperang, di sini kami tunggu.”
Bila Nabi Musa meninggalkan kaumnya 40 hari, mereka mula menyembah lembu meskipun Nabi Musa telah bersama mereka 40 tahun. Meskipun bersama mereka masih ada seorang Nabi, Nabi Harun yang disebut sebagai lebih fasih berkata-kata.
Nabi Muhammad (saw) pula seorang yang kacak dan fasih berkata-kata. Mukjizat beliau ialah kitab yang indah gaya bahasanya, sedang kitab Taurat untuk bani Israel bukan mukjizat.
Tunduknya Bani Israel kepada Nabi Musa lain gayanya dengan tertarik dan patuhnya orang Arab kepada Nabi Muhammad pada zamannya.
Post a comment