Friday, June 27, 2008

3 Rak Novel Cinta Dipulangkan

Ada sebuah kedai buku indie di Damansara Utama yang menjual buku-buku PTS, tetapi tidaklah banyak, setakat judul-judul tepilih sahaja.

Baru-baru ini, pemilik kedai itu, seorang Cina, telah menghubungi PTS dengan tujuan yang mengejutkan PTS sendiri. Dia memberitahu En. Zulkimy, pegawai jualan PTS, bahawa beliau telah mengosongkan 3 buah rak yang dulunya diisi dengan novel-novel cinta.

"Awak datanglah, isikan semua 3 rak itu dengan apa buku awak suka!" kata pekedai itu.

Pemilik kedai buku itu telah memulangkan semua novel cinta dalam kedainya kepada pengedar, dan mahu menggantikannya dengan buku-buku popular terbitan PTS pula.

Apa yang berlaku di kedai buku Damansara Utama itu menimbulkan banyak persoalan kepada kita:

(i) Mengapakah novel-novel cinta tidak lagi dapat dijual di kedai Damansara Utama.

(ii) Apakah ciri-ciri pada novel-novel cinta itu yang tidak lagi dapat menarik minat remaja perempuan di Damansara Utama? 

(ii) Jika remaja perempuan tidak lagi membaca novel-novel cinta, apakah bahan bacaan yang mereka baca. 

Damansara Utama adalah lokasi Melayu Kelas Menengah yang memiliki daya beli tinggi. Apa yang berlaku dengan pasaran novel cinta di Damansara Utama itu mungkin sedang berlaku juga di lokasi-lokasi kelas menengah Melayu lain-lain.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menjual Sastera Berat Previous entry: Notis! Pesta Membaca di PWTC anjuran Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: