500 Fiksyen Inggeris, 6000 Fiksyen Melayu
PTS hanya menerbitkan judul-judul buku yang laku dijual di kedai-kedai buku. Justeru maklumat pasaran menjadi asas perancangan judul-judul di Jabatan Editorial PTS.
Tim di Jabatan Sales PTS sentiasa melakukan kerja-kerja risikan maklumat pasaran buku-buku di Malaysia. Maklumat itu diperoleh dengan cara mereka menjalin hubungan profesional yang baik dengan kakitangan syarikat-syarikat kedai buku. Apabila mereka pergi ke kedai-kedai buku bagi menyemak stok buku-buku PTS, mereka mengambil peluang bercakap-cakap dengan staf kedai buku yang kebetulan bertugas.
Antara maklumat yang dikumpulkan adalah: Di sebuah outlet rangkaian kedai buku elit di Kuala Lumpur, setiap bulan jumlah fiksyen Inggeris yang dijual adalah antara 500 - 600 naskhah sahaja, manakala jumlah fiksyen Melayu adalah antara 5500 - 6500 naskhah.
Selain itu, jualan buku-buku Inggeris menunjukkan trend mendatar sejak 5 tahun yang lalu, yakni tidak naik-naik, manakala dalam tempoh yang sama jualan buku-buku Melayu naik menggebu-gebu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Trend ini memang sudah lima tahun terjadi. Memang betul info risikan ini. Contoh untuk saya ialah diri sendiri. Dalam tempoh lebih kurang 16 tahun, berakhir tahun 2004, saya memang mengumpul dan membaca hi-tech thriller, thriller misteri, saga sejarah, sai-fi, dan thriller geo-politik dalam bahasa Inggeris.
Namun empat tahun kebelakangan ini, minat saya ke arah fiksyen bergenre tersebut lebih menjurus ke medium bahasa Melayu. Maksudnya saya lebih terpujuk untuk membeli dan membaca fiksyen berbahasa Melayu, jika ianya ada di pasaran.
Namun begitu, untuk kes-kes khas, fiksyen bahasa Inggeris dari penulis tertentu tetap menjadi idaman.
Post a comment