Friday, October 07, 2011

600 Judul Buku Terbitan PTS Dipilih Memasuki Pasaran Buku Awan

Tn. Noor Azree Mohd. Hanifiah (foto) adalah eksekutif di unit eBook PTS. Beliau bertanggungjawab melaksanakan strategi bagaimana PTS akan memasarkan buku-buku terbitannya melalui hipermarket buku teknologi awan yang dimiliki oleh syarikat-syarikat seperti Apple, Google dan Kobo.

Hipermarket buku awan itu adalah umpama hipermarket Carrefour, Tesco dan Walmart. Jadi PTS akan membekalkan buku-bukunya kepada Apple, Google dan Kobo.

Menurut beliau, pada masa ini PTS sedang dalam proses berunding dengan pihak Kobo bagi membolehkan buku-buku PTS dibekalkan kepada hipermarket awan itu.

Apabila kedua-dua pihak bersetuju dengan terma-terma yang dicadangkan oleh Kobo, 600 judul akan dapat dibeli melalui website syarikat itu. Judul-judul itu dipilih berdasarkan kriteria (a) laris dijual, (b) penulisnya mempunyai banyak judul, (c) memiliki ciri evergreen, (d) judul sastera kanak-kanak dan remaja.

Sebagai langkah persiapan ke arah itu, pada masa ini 2 orang eksekutif bertugas sepenuh masa menjalankan kerja konversi fail-fail 600 buah buku yang sudah dipilih.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ciri-Ciri Psikologi 'Remaja Awal'? Previous entry: Bahasa Nabi Muhammad kepada Kanak-Kanak

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.