Tuesday, April 24, 2007

60 Orang Delegasi IKAPI akan Datang ke Pesta Buku

Maklumat terbaru yang kita terima mengatakan seramai 60 orang anggota IKAPI (Ikatan Penerbit Indonesia) akan datang mengunjungi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada 26 April - 6 Mei 2007.

Jumlah ini tidak disangka-sangka. Selama ini komuniti penerbit Indonesia tidak pandang sebelah mata pada pesta buku kita.

Apakah dalam delegasi yang datang itu terdapat para penerbit Indonesia yang mahu memeriksa judul-judul mereka yang dicetakrompak oleh penerbit Malaysia? Alangkah aibnya kita semua.

Dua bulan lalu, kita sendiri mengesan lebih 20 judul novel remaja terbitan Indonesia dicetakrompak oleh penerbit TST (tau-sama-tau) dan diterbitkan sebagai "Siri Novel Remaja Islami", dengan cara menukar perkataan-perkataan tipikal Bahasa Indonesia dengan perkataan Bahasa Melayu, serta menggantikan nama-nama orang dan tempat di Indonesia dengan nama-nama Malaysia.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Cetak Rompak
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terima Kasih kepada Wira Bukit Previous entry: Hari Ini Sifu Kelam Kabut!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  02:45 AM

Puan Sifu,

Tukar-tukaran atau tiru-tiruan? Plagiat atau adaptasi? atau sekadar ganti-gantian gitu? Untuk elak bayar royalti, atau sememangnya ini semua “grey area” yang belum diperjelas dan diambil kesempatan demi untung?

“kita sendiri mengesan” - “kita” itu siapa? PTSkah? atau termasuk pihak berwewenang seperti DBP? Ada unsur jenayahkah?

Saya minat drama Indon “Kiamat Sudah Dekat” yg disiar bulan puasa.

Saya berasa (peribadi) kita belum upaya bersaing daya kreatif dgn mereka dalam hal tertentu kerana beberapa sebab.

Mungkin sebab itu ini berlaku.
——-

rastom  on  04/24  at  04:21 AM

Benarlah bagai dikata, dengan teknologi internet, batas sempadan semakin menipis sehingga sebarang kerja plagiarisme di “tempat awam” mudah sekali dikesan. Kes yang melibatkan editor kanan akhbar bahasa Inggeris tempatan masih lagi terasa kesannya diblogosfera.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/24  at  06:49 AM

Saya berpeluang lihat sendiri buku yg Sifu PTS katakan itu di cawangan toko buku yg terkenal. Cuma terdetik di hati saya, adakah buku berkonsepkan Islamik yg menjadi dokongan PTS sudah mula jadi ikutan? Fikir-fikirkan

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/25  at  12:24 PM

Oh ya, satu lagi ...

Tidakkah karya2 dulu sama ada akademik atau umum karangan “pengarang2 agama” ada ditulis yang karya tersebut adalah ibadah, dan penyebarannya walaupun secara cetak semula dianggap “penyebaran dakwah” atas sifat semua ilmu itu milik mutlak Tuhan Sang Pencipta.

Manusia hanya kondiut.

Tidak relevankah lagi amalan tersebut? Atau lebih penting, tidak Islamikkah lagi amalan tersebut? Aspek Syariah/Quranic Compliancenya bagaimana?

Saya maklum tentang aspek perundangan hakcipta dan seumpamanya yang berteras kepada Geneva Convention itu - cuma itulah .. mungkin ada sudut pandangan lain yang lebih wibawa.

Terima kasih.

Puan Ainon Mohd.  on  04/25  at  01:31 PM

Sdr Belalang,

Bercakap tentang buku sebagai HARTA INTELEK, ada 2 aspek yang amat berbeda:

(1) Ilmu dalam buku.

Ilmu yang diterangkan dalam sesebuah buku itu tidak dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

(2) Ayat-ayat yang dizahirkan oleh pengarang bagi menuliskan ilmu itu.
Ayat-ayat itu adalah hasil jerih-perih si pengarang, maka ia dilindungi oleh undang-undang hakcipta.

Saya sudah membaca dengan teliti sebuah thesis MA berkenaan konsep HARTA INTELEK dalam Islam, dan saya berpuas hati bahawa konsep HI Islam adalah (1) melindungi apa yang dilindungi dalam Berne Convention, dan (b) konsep HI Islam adalah lebih maju daripada konsep HI ciptaan cendekiawan Barat.

siti  on  09/21  at  05:14 AM

Askum, puan saya nak tanya pasal undang - undang atau akta berkenaan plagiat kat malaysia.

.

Gunakan sistem ejaan dan tatabahasa Bahasa Melayu Standard.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.