Friday, July 24, 2009

80 Sen pun Tidak Boleh Kurang

Di kalangan orang Melayu yang menjadi pembeli buku-buku Inggeris, mereka membayar harga buku yang dibeli tanpa rasa marah ataupun kecewa, meskipun harga buku-buku Inggeris mahal-mahal belaka.

Tingkah laku seperti di bawah mungkin tidak pernah berlaku di kalangan pembeli buku-buku Inggeris.

Pada suatu pesta buku, seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia sekitar 11 tahun, datang ke booth PTS. Anak lelakinya memilih beberapa buku yang diminatinya.

“RM68.80 sen,” kata pegawai PTS yang bertugas menjaga mesin kashier.

“80 sen pun tak boleh kurang!” kata si ibu lalu mencampakkan wang syiling 80 sen ke atas meja kaunter, disaksikan pembeli-pembeli lain yang menunggu giliran membayar.

Selepas si ibu melangkah pergi, anak lelakinya berpatah balik ke belakang.

“Maaf, kak, ya! Maaf, kak, ya!” kata kanak-kanak itu, sambil menunduk-nundukkan kepalanya, kepada gadis mesin kashier yang masih terpinga-pinga.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Panduan Hidup sebagai Penterjemah Sepenuh Masa Previous entry: Duit Raya: PTS Sudah Bersiap-siap Buat Duit
Ahmad  on  07/24  at  10:49 PM

Kebanyakkan pengguna ingin memastikan bahawa barang yang dibeli boleh meminimakan perbelanjaan mereka..Dari aspek ini, kakak itu mungkin tidak salah yang salahnya perbuatan dia mencampakkan duit.. itu la, kadang2 kanak-kanak lebih matang dan beradab dari orang tua..

Roszita  on  07/31  at  05:22 AM

Tingkah laku ini juga terbukti apabila masyarakat Melayu boleh membayar harga yang mahal pada makanan Barat yang difranchisekan, seperti Pizza, Ayam goreng, Burger dan lain-lain lagi. Tetapi apabila restoran Melayu menaikkan harga untuk menu mereka, umumnya masyarakat Melayu tidak boleh menerimanya.

Kedua, harga buku RM68.80 itu, sepatutnya pihak PTS genapkan sahaja, sama ada menjadi 68.00 atau 70.00. Abaikan 80 sen itu. Tidak akan jadi miskinnya PTS jika harga dikurangkan 80 sen. Dan sebaliknya juga, tidak akan kaya PTS jika beza harga 1.20 (70-68.80=1.20) ditambahkan.

Nota: Mungkin harga 68.80 bukan untuk sebuah buku, tetapi jumlah keseluruhan buku-buku untuk anaknya.

Seperti bisnes kami, nilai sen tidak wujud. Cuma jadikan harga produk 4 digit itu tidak sama dengan produk lain, unik. Bagi tujuan akaun senang trace bayaran produk yang mana. Sebab sekarang semua on-linelah katakan. .Sebenarnya menyusahkan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.