85 Judul Sastera Remaja dan Kanak-Kanak akan Diulangcetak
Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS, memberitahu sebanyak 85 judul buku sastera remaja dan kanak-kanak akan diulangcetak dalam masa terdekat ini.
Judul-judul yang akan diulangcetak itu adalah berdasarkan:
(i) Stok dalam setor sudah habis langsung.
(ii) Kuantiti yang ada dalam setor PTS kurang daripada 500 unit.
(iii) Pesanan dari agen dan kedai sudah ada.
Jumlah naskhah ulangcetak adalah antara 2 ribu hingga 5 ribu naskhah bagi setiap judul.
Menurut beliau, jumlah itu dianggarkan dapat memenuhi permintaan sehingga tarikh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada bulan Mac hadapan.
"Kita cuba memastikan semua judul yang sangat laku semasa pesta buku nanti tidak akan putus bekalannya, sebagaimana yang pernah berlaku pada pesta buku yang lalu," kata beliau.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan,
Sherlock Holmes ialah antara novel yang ‘terputus’ bekalan semasa Pesta Buku Antarabangsa KL2009.
Semoga bekalan novel-novel SH mencukupi semasa PBAKL 2010…
Post a comment