Buku-Buku Motivasi Sembahyang adalah Buku Ruji
Buku-buku panduan sembahyang adalah termasuk dalam kategori buku ruji agama, yakni buku-buku wajib beli dan wajib baca. Oleh itu pasaran buku-buku ruji sangat besar kerana ia diperlukan oleh semua orang Islam.
Buku-buku ruji termasuklah buku panduan ibadat-ibadat yang asas, seperti panduan bersuci, sembahyang, puasa, umrah, haji, muqadam, Yasin, doa-doa, zikir dan seumpamanya.
Pasaran buku ruji adalah pasaran Laut Merah. Buku-buku ini dapat dibeli di mana-mana kedai buku, baik yang kecil mahupun yang besar. Malah ia banyak dijual di pasar minggu, pasar malam, dan pasar ceramah-ceramah politik anjuran parti PAS.
Buku-buku ruji adalah kubu penerbit buku-buku agama tradisional, di mana majoritinya adalah penerbit Mamak. Mereka mencetaknya berpuluh ribu naskhah sekali cetak bagi menurunkan kos, dan dengan itu dapat dijual pada harga murah.
Sesiapa penjual buku yang mahu mendapatkan buku-buku ruji daripada penerbit tradisional itu terpaksa membeli tunai, dan mereka diberi diskaun yang besar. Disebabkan buku-buku ruji takkan menjadi out-of-date, mereka sanggup membelinya kerana akhirnya setiap naskhah dapat dijual.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment